Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:16 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Macai Azmin Ali Ditangkap Salah Guna Kuasa Minta Rasuah #PKRRasuah

Posted: 15 Jun 2016 10:37 PM PDT


Manikavasagam A/L Sudram iaitu Penyelaras DUN Bukit Melawati (N10) yg juga Ketua Cabang PKR Kuala Selangor telah ditangkap SPRM hari ini (15.06.2016) setelah mengambil rasuah bernilai RM30,000.00 (tunai) dari seorang Kontraktor Klas G3 sebagai imbuhan Sykt tersebut mendapat Tender (Peruntukkan Marris) bernilai hampir RM1juta.

SPRM telah mengesahkan penangkapan tersebut selepas membuat intipan selama 4 bulan berikutan terdapat banyak aduan rasmi yg diterima berkaitan penyalahgunaan kuasa beliau sebagai Penyelaras Dun, Ketua Cabang dan Pengerusi Biro Aduan PKR.
Sumber SPRM memaklumkan penyiasatan berkaitan Salahlaku Manikavasagam telah dimulakan sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Kapar iaitu memperdayakan OKU dengan mengeluarkan semua caruman OKU tersebut di KWSP dengan jumlag lebih RM60,000 dan 8 kes lagi yang sedang dalam siasatan SPRM sehinggalah tertangkapnya Manikasagam pada hari ini.

Beliau akan direman beberapa hari bagi menjalani siasatan terhadap semua aduan rasmi yg di terima oleh pihak SPRM.


P/s : Manikavasagam merupakan org kanan Azmin Ali yang ditugaskan menentang Tan Sri Khalid Ibrahim semasa pemilihan PKR yg lalu sebagai Ketua Cabang. Tan Sri Khalid tewas ditangan beliau

Fakta Kos Perjalanan Rosmah Dari KL - Turki 26 Jam

Posted: 15 Jun 2016 08:00 PM PDT



Harap Simpati Pengundi, DAP Sabotaj Billboard Sendiri #PRKSgBesar #SCS93

Posted: 15 Jun 2016 03:30 PM PDT


Lepas satu demi satu usaha dilakukan oleh DAP bagi memastikan parti adik bongsu mereka memenangi ‪#‎PRKSgBesar‬ kali ini.

Sebelum ini, PAN didakwa menaikkan billboard provokasi terhadap BN dengan mengetengahkan tagline 'BN Rasuah Rakyat Susah' dan juga gambar permuafakatan antara UMNO & PAS. Akhirnya DAP mengaku ianya perbuatan mereka.

Kantoi di situ.
Kemudian DAP naikkan pula billboard kononnya BN sedang mensabotaj calon YB Budiman di atas tapak milik billboard PAN. Beberapa kali calon BN diprovoke supaya melatah dengan situasi. Juga turut diperkongsikan kononnya simbol 2 jari yang sering digunakan YB Budiman adalah bermaksud negatif di negara Barat.

Walhal di sini, kita memahami maksud tersebut sebagai 'peae' (keamanan) dan 2 fokus utama perjuangan calon BN di sini. Kantoi juga akhirnya.

Hari ini DAP up gambar kononnya juga billboard mereka telah disabotaj oleh pihak tertentu kerana mempamerkan isu RM2.6 bilion. Siapa lagi yang selalu dikaitkan dengan RM2.6 bilion, sudah tentulah Perdana Menteri.

Apa yang pasti, mereka sengaja memberi persepsi negatif supaya rakyat marah akan beberapa isu² semasa.

Comments (0)