Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:47 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


[Video] Rafizi Tak Berani Berhadapan Dengan Pegawai Khas Isteri PM, Dato Rizal Mansor

Posted: 15 Jun 2016 07:00 AM PDT


Tak pelik bila melihat kejadian hari ini di Pejabat PAN, Kuala Kangsar apabila budak² PAN melarang Pegawai Khas Datin Sri Rosmah Mansor iaitu Dato Rizal Mansuor untuk memasuki premis tersebut bagi mendengar dan mencatat sidang media Rafizi berhubung isu jet.


Sebelum ini, Rafizi hanya berteriak di dalam Facebook nya konon akan melakukan pelbagai pendedahan berhubungan penerbangan Rosmah Mansor ke Turki bagi menerima anugerah mewakili Permata dan ianya telah beberapa kali dijawab oleh Rizal Mansor kepada Rafizi melalui Facebook miliknya.

Namun hari ini, Rizal Mansor sendiri cuba untuk mendengar secara berhadapan isu yang cuba disampaikan Rafizi namun semua ini tidak berjaya dan mereka berjaya menghalang kebebasan suara yang digembar-gemburkan mereka sebelum ini.

Jet Pejuang Milik Vietnam Hilang Di Laut China Selatan @f_kedaulatan

Posted: 15 Jun 2016 05:30 AM PDT


Dalam keadaan dimana negara-negara di Asia Tenggara kebimbangan berkenaan usaha China membina infrastuktur ketenteraan tambahan di pulau buatan di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

Hari ini kebimbangan ini semakin bertambah apabila sebuah jet pejuang Vietnam buatan Rusia yang dilaporkan hilang daripada radar semasa penerbangan latihan di sepanjang pantai Laut China Selatan negara ini.
Jet pejuang Sukhoi SU-30 MK2 terbang sejauh 30 hingga 40 kilometer di kawasan pantai wilayah Nghe An berdekatan Pulau Hainan ketika dilaporkan hilang.

Timbalan Ketua Angkatan Tentera, Leftenan Besar Kanan Vo Van Tuan berkata, kesemua model jet pejuang yang hendak menjalani latihan penerbangan akan diberhentikan sementara waktu.

#PRKSgBesar : PAN Lumpuh, Ahli Akar Umbi Protes Kewibawaan Calon & Kepimpinan Parti #SCS93

Posted: 15 Jun 2016 02:30 AM PDT


Timbalan Penaja PAN Sg Besar Mohd Sapigni Tulus bersama 32 ahlinya berpaling tadah menyokong YB Budiman calon tempatan dari Barisan Nasional. Mereka telah hilang kepercayaan terhadap Azhar Ab Shukur dan tidak berpuas hati dengan pimpinan tertinggi parti berkenaan.

"Amanah telah meletakkan calon yang kami sifatkan sebagai 'Touch N Go' kerana beliau tak bermastautin di sini dan bukan dikira sebagai anak tempatan kerana menetap di Pahang.

Baru-baru ini dalam ceramah PAN, Azhar calon PAN berjanji akan balik kawasan dua bulan sekali sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen. Hal ini jugalah seperti yang disuarakan oleh Mohd Sapigni dalam kenyataan media mereka.

"Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan melaksanakan apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya berada di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan," katanya 

Sapigni bersama 32 ahli yang berpaling PAN yang sedar kebobrokan PAN dibawah telunjuk DAP menyeru supaya pengundi di Sungai Besar sama ada Melayu, Cina dan India memilih Budiman dan menolak Azhar PAN dan Dr Abdul Rani Othman PAS.

[Video] Perancangan Bunuh PM @NajibRazak Boleh Menjerat Diri Rafizi Sendiri - @HishammuddinH2O

Posted: 15 Jun 2016 12:10 AM PDT

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, alasan gurauan ataupun media salah lapor adalah alasan biasa pembangkang apabila sudah terjerat dengan provokasi sendiri.

Katanya, jika ada sebarang isu yang ditimbulkan pembangkang menaikkan kemarahan rakyat maka alasan mudah seperti itulah yang akan digunapakai bagi membela diri.

Beliau berkata demikian mengulas alasan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang mendakwa dirinya hanya bergurau berkaitan kenyataan yang berharap calon PAN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli 'membaling bom atom' kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika menang dalam pilihan raya kecil 18 Jun ini.

"Jika beginilah corak politik masa hadapan negara maka hancurlah negara ini. Kalau betul nak cakap pasal demokrasi yang matang, pasal politik yang boleh menyatupadukan negara, ini bukan caranya.

"Nak gurau ada had dan batasnya… sekarang jawablah kepada pihak polis," katanya dalam sidang media selepas menemui para pengundi di di Kampung Manora Kuala Kangsar di sini, Selasa.

Akhirnya jelas Hishamuddin, rakyat akan menilai cara politik pembangkang ini malah beliau berharap agar anak muda tidak mengikut contoh sebegini.

"Politik sebegini untuk anak-anak muda yang telah cerdik pandai, mereka akan pastikan masa mereka memimpin nanti, mereka tidak ikut corak sebegini. Itu saya harapkan.

"Di saat akhir ini pembangkang cuba secara agresif menggunakan cara politik serangan terhadap pemimpin, politik pecah-belah dan kebencian tapi yang boleh menentukan samada siapa yang menang dalam pilihan raya ini adalah rakyat di Kuala sendiri.

"Saya cukup yakin bahawa pengundi-pengundi di sini dapat menilai sendiri mana calon yang benar ikhlas dan jujur nak bantu. Banyak isu lain boleh jadi bahan untuk berkempen tapi boleh pengaruhi atau tidak terpulang kepada rasional pengundi sendiri," katanya lagi.

Bila Menjelang Pilihanraya Negeri & Kecil, Rakyat Sering Ditakutkan Dengan #GST #PRKSgBesar #SCS93

Posted: 14 Jun 2016 07:00 PM PDT


Setiap kali menjelang Pilihanraya Kecil / Negeri, rakyat khususnya pengundi sering dimomokkan dengan perkataan GST yang mungkin membawa maksud 'rakyat bakal mati' apabila kononnya cukai dikatakan akan dinaikkan pada tahap² tertentu.

Seolah² tiada isu dan mengulangi semula isu lama yang telah basi. Cuma seperkara yang rakyat perlu tahu dan wajib ingat bahawa tidak ada apa-apa yang hendak ditakutkan kerana sebelum ini rakyat membayar SST setiap hari dan ia juga bukan cukai tambahan.

Walhal kerajaan dah berjanji tidak akan menaikkan kadar peratusan GST sehingga suatu tarikh diberitahu melalui Kabinet dan Kabinet perlu mencapai kata setuju terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan.

Yang takut akan hal GST ini adalah golongan peniaga yang menipu cukai dalam perniagaan mereka sebelum ini. Mereka declare perniagaan tidak untung dan tidak perlu membayar cukai. Walhal kekayaan mereka berlipat kali ganda sehingga boleh membuka cawangan perniagaan yang sama tetapi menggunakan nama yang berbeza semata² untuk mengelakkan cukai.

Siapa di belakang mereka?

Mereka terdiri daripada pemimpin² Pembangkang yang lantang menyuarakan kebimbangan mengenai hal GST ini.

Strategi peniaga hari ini adalah mereka hanya meletakkan harga yang belum dikenakan GST. Apabila kita bertanya atau tiba di kaunter pembayaran, barulah diberitahu akan hal harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai GST. Mengapa mereka berbuat demikian?

Jawapannya hanya kerana ingin menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan yang mengenakan cukai GST.

Aikk Azmin Nyatakan Sokongan Penuh Pada PAN #PRKSgBesar #SCS93

Posted: 14 Jun 2016 03:30 PM PDT


Parti Amanah Negara (Amanah) membidas tindakan PAS yang mempertikaikan mengenai kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, parti itu mendapat sokongan majoriti Pakatan Harapan yang mempunyai 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berbanding PAS yang mempunyai 13 Adun.

"Pakatan Harapan ada 29 Adun dalam kerajaan negeri. Kalau 29 banding dengan 13, jelaslah 29 lagi besar.
"Kita disokong oleh menteri besar, oleh exco-exco PKR dan DAP yang jauh melebihi jumlah exco yang ada dalam PAS," katanya kepada pemberita di pejabat Amanah Sungai Besar di sini, Isnin.

Khalid menjawab kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad bahawa Amanah tidak layak untuk menabur janji kepada pengundi di Sungai Besar kerana tidak mempunyai wakil dalam kerajaan negeri.

Iskandar turut mempersoalkan kempen yang dijalankan Amanah, seolah-olah parti itu berada dalam pentadbiran terdahulu dan pentadbiran semasa kerajaan Selangor.

"Saya cukup hairan kenapa ia diungkit oleh Iskandar kerana semestinya jika dakwaan kita tidak tepat, ia akan disanggah oleh menteri besar, PKR atau DAP sendiri.

"Jadi kita cukup berhak untuk bercakap bagi pihak kerajaan negeri Selangor dan menjanjikan beberapa tindakan atau janji-janji yang ada hubung kait dengan kerajaan negeri," katanya.

Jelasnya, PAS kini bersendirian dengan 13 Adun, berbeza dengan Amanah yang mendapat sokongan PKR dan DAP.

"Atau dia (PAS) bersama Umno saya tak tahulah," katanya.

Keseluruhannya, Selangor mempunyai 56 kerusi DUN.

Comments (0)