Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:59 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Hari Ini Dalam Sejarah - Mat Kilau Menyerang Kuala Tembeling @f_kedaulatan

Posted: 14 Jun 2016 05:30 AM PDT


Pada bulan Oktober 1892, Pentadbiran Inggeris di Pahang telah membuat pengumuman pengampunan beramai-ramai kepada pahlawan-pahlawan Melayu Pahang yang menentang Pentadbiran Inggeris.

Serangan di Kuala Tembeling ini merupakan antara beberapa siri penentangan yang dilancarkan oleh Mat Kilau untuk menghapuskan penjajahan Inggeris.
Mat Kilau dan pasukannya telah memperolehi kejayaan dalam serangan di Kuala Tembeling ini.

Sesungguhnya, semangat perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu tulin ini telah membuahkan hasil dengan kejayaan penduduk Tanah Melayu membebaskan diri daripada belenggu penjajahan dengan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Sumber : Friends of Kedaulatan

Peluang Kerjaya Sebagai Kapten Bas Bersama #RapidKL @azmiaziz60 @Khairykj

Posted: 14 Jun 2016 01:30 AM PDT


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan PRASARANA Malaysia Berhad dengan kerjasama 1B1K-Majils Belia Malaysia mempelawa golongan belia untuk merebut peluang Latihan & Penempatan Pekerjaan sebagai KAPTEN BAS.

Berikut adalah info selanjutnya:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur antara 21 - 40 tahun
3. Sihat tubuh badan
4. Memiliki Lesen Memandu yang sah (Kelas D Penuh) (Bukan P)
5. Kelayakan Akademik : SRP/ PMR/ SPM
6. Tiada rekod jenayah/ dadah

KEISTIMEWAAN

-Latihan intensif 3 bulan sepenuhnya di Akademi Bas Prasarana
-Penginapan, pengangkutan dan elaun disediakan sepanjang latihan
-Tajaan daripada Prasarana untuk memperolehi Lesen Memandu (PSV)
-Elauan latihan RM900 sebulan

PERMOHONAN

Permohonan secara online dengan melayari www.1B1K.net

TEMUDUGA

Semua pemohon akan melalui proses temuduga. Sila sediakan dokumen asal dan Salinan seperti berikut:

-Kad Pengenalan
-Sijil SRP/PMR/SPM/SPMV
-Lesen memandu

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Sekretariat 1B1K-MBM : 013-3630960 / 013-7733676

Jangan Bajet² Macam Tuhan Nak Kritik Kerja Orang Lain @ZahidaZK #PRKSgBesar #SCS93

Posted: 13 Jun 2016 11:15 PM PDT


Gara² Puteri UMNO menyumbangkan sebuah basikal kepada mangsa kebakaran semalam, telah menyebabkan Kuala Lumpur hujan lebat kerana perbuatan tersebut tidak boleh diterima akal para netizen tegar yang menilai daripada posting yang telah dimuatnaik di laman Facebook.

Secara peribadi, saya telah membaca satu persatu posting di dalam timeline Facebook dan juga milik Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarik Khan. Ada yang memperli usaha Puteri, ada juga yang memberi persepsi kononnya Puteri UMNO kedekut nak menyumbangkan bantuan dan tidak kurang juga yang back up usaha mereka.


Malaslah nak sembang panjang. Berikut jawapan daripada tuan empunya badan yang terlibat semasa pemberian basikal kepada mangsa kebakaran. Meh baca dulu.


Saya fikir takkanlah sebagai manusia, si Puteri² UMNO ni tak mempunyai perasaan belas dan kasihan langsung kepada mangsa kebakaran dengan hanya menyumbangkan basikal sebagai ganti basikal yang telah terbakar sama sebelum ini. Gila lah sekiranya mereka hanya berbuat demikian saja kan. Kalau PAN, mungkin ya haha.

Jika kita sebagai pembaca mengikuti perkembangan semasa dan memahami isu² yang sedang bertebaran di sekeliling kita, maka kemungkinan besar tiada masalah untuk menghadam setiap satu² perkara, contohnya seperti hal basikal ni lah.

Pemberian basikal itu lebih mulia kerana dapat membantu mangsa bergerak ke sana sini melakukan pelbagai kegiatan daripada duduk depan henpon atau pc dan mencari salah orang tanpa mengeluarkan satu sen sumbangan kepada mangsa kebakaran tersebut.

[Video] PAN Menang Maknanya DAP Menang - Ng Suee Lim #PRKSgBesar #SCS93

Posted: 13 Jun 2016 07:30 PM PDT


Apabila mendengar ucapan daripada ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang bukan secara berseloroh tapi bercakap dengan niat sebenar DAP dari awal penubuhan PAN. Sekiranya parti asuhan mereka memenangi mana² PRK, sudah pasti ianya merupakan kemenangan kepada DAP juga.


Hal ini bukan sesuatu yang menghairankan apabila pemimpin DAP dilihat kerap menemani mengawal ketat pergerakan calon PAN ke mana-mana saja lokasi yang ditetapkan. Termasuk juga kawalan tidak membenarkan calon untuk ditemuramah oleh media tanpa persetujuan 'abang long'.

Apa yang pasti segala tindakan PAN hari ini dilihat adalah bayangan daripada DAP. Benar seperti yang dikatakan oleh Ng Suee Lim bahawa kemenangan PAN merupakan kejayaan kepada DAP.

Sebagai pengundi, pastinya peluang yang telah dibentangkan ini tidak disia²kan tanpa menilai baik dan buruk yang bakal diterima kelak.

Bayar #Zakat Di Negeri Tempat Tinggal Atau Negeri Tempat Bekerja? #Ramadhan

Posted: 13 Jun 2016 03:00 PM PDT


TANYA : Di mana kita sebaiknya membayar zakat fitrah? Apakah bagusnya dibayarkan di tempat kerja, tempat tinggal (sekitar rumah), di kampung halaman, atau di mana?

JAWAB : Tidak ada nash atau dalil yang menyebutkan zakat fitrah harus dibayar di mana. Tidak ada juga dalil yang mengharuskan setiap Muslim zakat fitrah di tempat tinggal sekarang, di kampung, atau negara asal.
Pembayaran zakat fitrah dapat dilakukan di mana saja, selama dilakukan dengan tata cara yang benar serta disalurkan kepada orang yang benar-benar berhak untuk menerimanya (fakir-miskin).

Zakat Fitrah merupakan kewajiban yang harus dipenuhi oleh setiap ummat Islam yang lahir di dunia secara perseorangan, mulai dari bayi yang baru lahir hingga orang yang sudah tua renta yang dilaksanakan menjelang Iedul Fitri di bulan Ramadan.

Hadits-hadits tentang Zakat Fitrah hanya menegaskan keharusan bayar zakat fitrah, besaran (jumlah), dan waktunya.

"Rasulullah Saw mewajibkan zakat fitrah satu sha' kurma atau gandum pada budak, orang merdeka, lelaki perempuan, anak kecil dan orang dewasa dari ummat Islam dan memerintahkan untuk membayarnya sebelum mereka keluar untuk salat Ied." (HR Mutafaqun alaih).

Rasulullah Saw memerintahkan agar zakat fitrah diberikan sebelum manusia berangkat untuk salat Ied. (HR Muslim).

Namun demikian, sebagian ulama menganjurkan zakat fitrah ditunaikan di tempat mereka tinggal, kecuali jika penduduk daerah zakat itu tidak memerlukannya (tidak ada mustahik/tidak ada fakir-miskin).

Menurut Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili, hendaknya zakat diberikan di tempat mereka tinggal. Hal itu berdasarkan hadits: "Ambillah zakat dari orang-orang kaya mereka dan berikanlah kepada orang-orang fakir di antara mereka". (HR. Bukhori)

Kalau ada seorang yang mencari rezekinya di negeri orang, sebaiknya menunaikan zakat di tempat mereka bekerja.

Mazhab hanafi, Syafii, Maliki dan Hanbali menjelaskan zakat harus dibagikan di tempat harta kekayaan diambil.

Berdasarkan Fatwa Simposim Yayasan Zakat Internasional II Tentang Zakat Kontemporer di Kuwait tahun 1989, pada dasarnya penyaluran zakat dilakukan kepada mustahik di tempat pemungutannya sendiri, kemudian baru ditransfer ke luar daerah pemungutan bila masih terdapat kelebihan, kecuali dalam masa-masa paceklik dan bencana yang dapat ditransfer sesuai urutan prioritas yang paling membutuhkan. Wallahu a'lam bish-showabi.

Comments (0)