Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:27 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


[Gambar] Fakta Penerbangan & Keadaan Pesawat MAS #MH1 Yang Dilanda Turbulence Teruk

Posted: 05 Jun 2016 11:36 PM PDT



Sebelum terbang dari London, Capt Amir memberitahu perjalanan MH3 ke Kuala Lumpur adalah melalui cuaca baik, kecuali di Bengal Bay.

Perjalanan tersebut lancar, kecuali dua kali pilot meminta krew kabin duduk sewaktu melintasi Bengal Bay.

Saya perhatikan pilot juga membuat beberapa lencongan di kawasan tersebut, menjadikan pesawat lewat tiba satu jam di Kuala Lumpur.


Bagi mereka yang pernah terbang di laluan itu, gegaran akibat gelora udara (turbulence) di Bengal Bay adalah dijangkakan. Alhamdulillah, penerbangan MH3 saya pagi ini tidak ada masalah besar.

Bagaimanapun, pesawat MH1 selepas pesawat saya tadi dilaporkan mengalami gelora udara yang kuat mengakibatkan beberapa orang tercedera pada malam ini.

(Nota: MH1 telah selamat mendarat dan mereka tercedera ringan diberikan rawatan sebaik tiba).

Sebelum "keyboard warrior" membuat komen yang bukan-bukan, biar saya sebutkan bahawa kesemua penerbangan mengalami gelora udara ini. Ia adalah risiko penerbangan.


Saya pernah alami gelora udara yang kuat sewaktu di Amsterdam beberapa tahun dulu. Saya faham perasaan takut yang amat sangat.

Maka, sebab itulah penumpang diminta memakai tali pinggang keselamatan di sepanjang penerbangan, walaupun lampu isyarat pakai tali pinggang dipadamkan.

A380 Singapore Airlines juga mengalami gelora udara di tempat yang sama, mengakibatkan penumpang tercedera dan makanan bertaburan. Begitu juga dengan Thai Airways yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Bangkok. Bulan lepas, Delta Airlines dari Atlanta ke Chicago juga mengalami gelora udara yang kuat, memaksa ia mendarat di Nashville.


Apabila mengetahui ada gelora udara, pilot akan membuat lencongan seperti yang dilakukan oleh MH3 pagi tadi. Bagaimanapun, ada kala ia berlaku tatkala cuaca cerah. Inilah yang sukar diramalkan.

Dari segi teknikal, sekiranya "terperangkap" dalam gelora udara, pilot tidak akan "fight back" dan "membiarkan" saja pesawat bergerak. Kapalterbang mungkin "melompat-lompat" seperti bot di atas air atau kereta di jalanraya berlubang,

Ini akan membuatkan penumpang kurang selesa, namun dari segi teknikal, ia selamat. Dalam bahasa yang mudah, gelora udara lebih merupakan "isu keselesaan", bukannya "isu keselamatan."

Kapal terbang direkabentuk untuk tahan pergerakan sedemikian. Sayap kapalterbang boleh "melentik" bagi menghadapi situasi sebegini. Dari segi statistik, sehingga kini tidak ada kemalangan udara atau kapalterbang terhempas disebabkan oleh gelora udara.

Alhamdulillah, MH1 selamat mendarat di KLIA. Peringatan untuk kita semua, pastikan sentiasa pakai tali pinggang keselamatan semasa di dalam pesawat - walaupun tatkala langit cerah!

Berbuka Puasa KL International Hotel Beli Baucer 1 Free 1

Posted: 05 Jun 2016 09:33 PM PDT


Sempena Ramadhan 2016, Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) menawarkan baucer 1 percuma 1 untuk buffet Ramadhan pada kali ini.

Sehubungan itu, pihak KLI turut menawarkan baucer 2 percuma 1 dimana orang ramai berpeluang mendapatkan tawaran baucer percuma sekali gus dapat menikmati buffet Ramadhan bersama keluarga tersayang.

Dengan buffet yang menepati citarasa, KLIH yang menyediakan hidangan berbuka puasa ini mengutarakan masakan Melayu sejati atau sajian traditional dari hari pertama Ramadhan sehingga menjelang hari raya.

Antara hidangan yang menjadi tarikan di KLIH iaitu 30 jenis kerabu, 15 jenis sambal, dan 5 jenis sup setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

Tambahan pula, hidangan buffet ini turut menyajikan Murtabak, Lok-lok, Ikan Bakar, disamping tidak melupakan hidangan makanan goreng panas yang mengetengahkan masakan tradisional serta juadah istimewa.

Tidak ketinggalan, hidangan pencuci mulut tradisional Melayu seperti Sagu Gula Melaka, Agar-agar campur, Tapai, Lopis, 'hot plate' dan ubi rebus turut menjadi tarikan sajian tradisional di sini.

Hidangan popular di bulan Ramadhan ini sudah tentunya menjadi tarikan kepada peminat setia masakan kampung.

Untuk tempahan hubungi KLIH di talian : 03-26978833 / 016-2108833 / 016-9108831, atau layari www.klitel.com.my atau terus ke Facebook.

Polis Tangkap Individu Gunakan Para Glider Pada Penamaan Calon Di #PRKSgBesar #InilahBudiman

Posted: 05 Jun 2016 07:15 PM PDT


Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat tangkapan terhadap empat lelaki yang dipercayai terlibat menaiki Glider semasa proses penamaan calon bagi Parlimen P.093 Sungai Besar bertempat di Dewan Seri Bernam, Sg Besar,di sini pagi tadi.

Jurucakap polis bagi PRK 0.93 Sg Besar, Asisten Komisioner Polis, Khalil bin Arifin berkata, semasa tempoh proses penamaan calon berlangsung bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi itu, telah kelihatan tiga 'Glider' bersama bendera sebuah parti berlegar di ruang udara dan mendekati kawasan penamaan calon.
"Setelah hampir 30 minit berlegar di ruang udara, ketiga 'Glider' tersebut telah mendarat di Padang Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, Sg Besar.

"Polis telah membuat tangkapan kesemua mereka yang terlibat di lokasi tersebut dan merampas tiga buah 'Glider' beserta peralatan lengkap," katanya pada sidang media di Bilik Media Planning, Martek, IPD Sabak Bernam.

Tambah Khalil, kesemua mereka yang terlibat berusia dalam lingkungan 30-an ke 40-an telah dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan Civil Aviation Regulation (CAR) 2016 bertarikh 14/05/2016, P.U (A)97 Peraturan 140 orang ramai yang menerbangkan UNMANNED AERIAL VEHICLE (UAV) dalam kawasan NOTICE TO AIRMEN (NOTAMN) bagi tempat dan masa yang telah ditetapkan adalah tidak dibenarkan sama sekali tanpa kelulusan Ketua Pengarah DCA dan Pasukan Gerakan Udara (PGU).

"Peraturan ini adalah merupakan kesalahan lazim ditangkap dan boleh dihukum mengikut peraturan 206 (3)a denda tidak lebih RM 50,0000 atau penjara tidak lebih (3) tahun atau kedua duanya," katanya lagi.

Jelas Khalil, pihak polis telah melakukan persiapan rapi dengan menggerakkan pegawai dan anggotanya di banyak lokasi bagi memastikan perjalanan proses penamaan calon berjalan dengan lancar.

"Proses pergerakan calon yang bertanding dan penyokong parti masing – masing telah berarak dan berkumpul mengikut laluan dan tempat yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, situasi keselamatan sepanjang proses penamaan adalah tenang dan terkawal,".

Comments (0)