Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Amanah seru Melayu tolak kempen perkauman sempit

Posted: 09 Jun 2016 07:52 PM PDT


Anuar Tahir minta orang Melayu tolak kempen perkauman yang dibuat dalam dua PRK sekarang.Anuar Tahir minta orang Melayu tolak kempen perkauman yang dibuat dalam dua PRK sekarang. Pengundi Melayu di Parlimen Sungai Besar dinasihatkan supaya tidak terperdaya dengan kempen pilihan raya bersifat  perkauman.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir berkata, sentimen tersebut tidak relevan dengan keperluan sebenar rakyat di negara ini yang mahukan pemimpin cakna rakyat dan bebas rasuah.
"Pengundi-pengundi Melayu tak sepatutnya masih termakan dengan kempen-kempen perkauman.
"Dakwaan dikitar semula bahawa Melayu akan hilang kuasa jika pembangkang menang, tidak berpandukan fakta.
"Begitu juga fitnah kononnya Amanah boneka DAP dan sebagainya. Itu hanya mahu mengalihkan perhatian dan masalah sebenar rakyat yang terbeban dengan peningkatan berganda kos sara hidup," ujarnya ketika ditemui di Pejabat Amanah Parlimen Sungai Besar baru-baru ini.
Sehubungan itu, beliau berharap jentera pilihan raya Amanah giat memberi penjelasan kepada bakal pengundi berhubung fitnah perkauman berkenaan.
"Kita berharap anggota parti bekerja keras untuk menangkis kempen mengapi-apikan semangat perkauman ini," jelasnya.
Mengulas lanjut, Anuar yakin pengundi di Sungai Besar mahukan pemimpin dari parti yang berintegriti dan berusaha menyelesaikan permasalahan rakyat.
"Kita bina politik baru yang menekankan urus tadbir baik dan telus dengan manfaatnya akan lebih banyak diperoleh rakyat.
"Saya percaya pengundi di Sungai Besar terutamanya golongan muda menyedari keperluan ini dan bijak membuat pilihan," tambahnya lagi.
Untuk rekod, 67.16 peratus daripada jumlah keseluruhan 42,655 pemilih berdaftar di Parlimen Sungai Besar merupakan pengundi Melayu.

Di sebalik bayang menara RM687j, pendapatan peserta Felcra bawah RM1k sebulan

Posted: 09 Jun 2016 07:48 PM PDT

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra Berhad) mensasarkan keuntungan yang besar daripada projek Menara Felcra RM687 juta.
Namun, tidak begitu pula dengan penduduk luar bandar yang menyertai program Felcra.
Aktivis dan ketua biro isu-isu tanah dan luar bandar AMANAH, Mazlan Aliman, berkata ini kerana ramai peserta Felcra memperolehi pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan.
"Apabila Datuk Tajuddin Abdul Rahman menjadi Pengerusi Felcra (2008-2012), sasarannya ialah (untuk peserta) mendapat RM1,000 sebulan.
"Salah satu cara adalah melalui ternakan lembu, tetapi semuanya gagal.
"Dengan kejatuhan harga getah... ia jauh dari sasaran (RM1,000)," Mazlan kepada Malaysiakini.
Beliau membangkitkan perkara ini ketika mengulas mengenai projek Menara Felcra.
Malaysiakini melaporkan pada hari Selasa bahawa Felcra kini membiayai pembangunan bercampur RM687 juta, yang termasuk unit kediaman dan pusat membeli-belah, selepas kumpulan pemaju WZR didakwa gagal untuk mendapatkan pembiayaan.
Felcra pada asalnya sepatutnya mendapatkan percuma ibu pejabat baru sebagai pertukaran untuk membenarkan WZR membina projek itu di kawasan utama Felcra di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Mazlan berkata ia akan menjadi lebih murah jika Felcra hanya menaik taraf ibu pejabatnya yang sedia ada, dan sebaliknya memberi tumpuan kepada meningkatkan mata pencarian peserta.
Read More / Baca Lagi >>

SUDAH SAMPAI MASANYA ROSMAH PERLU DIBELIKAN JET KHUSUS

Posted: 09 Jun 2016 05:27 PM PDT

Selain mengenai barang kemas mewah, beg tangan mahal, pakaian gemerlapan, percutian hebat, berbelanja sakan dan pembaziran, isu lain yang kerapkali diperkatakan mengenai Rosmah ialah berkaitan penggunaan jet kerajaan. 

Sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri lebih tujuh lalu, sudah beberapa kali kaitan antara Rosmah dengan jet ini timbul dan menjadi bualan ramai.

Rosmah pula, sejak lakinya menjadi Perdana Menteri,  seolah-olah ada keghairahan tersendiri terhadap jet dan seperti tidak boleh lagi menaiki penerbangan komersil biasa seperti sebelumnya.

Bukan saja ke luar negara, bahkan dalam negara pun kenderaan biasanya ialah jet.

Jika menaiki jet bersama Najib yang memang mempunyai kelayakan menggunakan kemudahan itu, ia mungkin lumrah dan boleh diterima ramai, tetapi menghadiri program Permata pun, Rosmah tetap mahukan kenderaan istimewa membawanya.
Kadangkala bukan setakat isteri menteri-menteri yang turut dibawanya menaiki jet itu, bahkan juga anak-anaknya.

Melalui perbualan dengan beberapa bekas pemimpin UMNO, termasuk yang pernah menjadi menteri, semua mereka mengatakan tiada kelayakan khusus untuk isteri Perdana Menteri menggunakan jet kerajaan.

Yang layak hanyalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri saja. Isteri masing-masing hanya boleh menumpang jika si suami menggunakannya, tetapi tidak boleh menggunakannya secara sendirian.

Ini bermakna jika isteri Perdana Menteri mahu menggunakan jet kerajaan atas keperluan khusus, ia memerlukan kelulusan kerajaan atau kabinet mengenainya. 
Read More / Baca Lagi >>

Tuan Ibrahim: PRK bukan medan wrestling Pas

Posted: 09 Jun 2016 05:06 PM PDT

Pas hari ini menyanggah dakwaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa parti Islam itu memberi serangan hebat kepada Parti Amanah Negara  (Amanah).
Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan Mahfuz yang menyifatkan  Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai medan gelanggang wrestling (gusti) antara Pas, Amanah dan BN tidak tepat memandangkan parti itu tidak memberi 'serangan' kepada Amanah.
Sebaliknya tambah Tuan Ibrahim lagi, parti itu kekal menyasarkan BN sebagai lawan terdekat pihaknya.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, pada pilihan raya kali ini, Pas lebih memberi tumpuan terhadap prestasi dan kredibiliti parti berbanding memberi kritikan kepada parti lain.
"Pas sudah buat penegasan tidak akan serang Amanah dan hanya akan serang BN, Pas hanya angkat parti dan tidak akan memuji dan menyanjung parti lain.
"Kita bila masuk politik mesti beri perhatian pada parti (sendiri). Bila kita bertanding (dalam pilihan raya), tak kan kita nak puji parti politik lain?" soalnya sinis.
Mahfuz dalam sebuah kenyataan pada Isnin lalu menyifatkan pertembungan parti-parti politik pada PRK seperti pertemuan musuh di gelanggang gusti.
Ini kerana kata beliau, Pas dan BN hanya menumpukan usaha untuk menjatuhkan Amanah, bukannya berkempen untuk mengatasi calon parti pihak lawan.
Tuan Ibrahim ketika dihubungi Sinar Online hari ini turut menempelak Mahfuz yang dilihat menyebelah parti-parti pesaing.
"Sepatutnya beliau perlu sokong parti sendiri sebab dia masih ahli Pas. Dia tidak boleh dilihat menyebelahi pesaing-pesaing Pas," bidasnya.

Anwar restu calon Amanah bertanding dua PRK, kata Salahudin

Posted: 09 Jun 2016 05:04 PM PDT

Salahudin bersama masyarakat Cina di Taman Kenas, Kuala Kangsar malam tadi memberikan sokongan penuh kepada Termizi. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Salahudin bersama masyarakat Cina di Taman Kenas, Kuala Kangsar malam tadi memberikan sokongan penuh kepada Termizi. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditahan di Penjara Sungai Buluh ketika ini turut bersetuju Amanah mewakili Pakatan Harapan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala kangsar dan juga Sungai Besar, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, keputusan meletakkan Dr Ahmad Termizi Ramli yang merupakan anak tempatan dipersetujui semua parti dalam Pakatan Harapan bagi memastikan perjuangan untuk membela rakyat semua kaum dapat diteruskan.
Kemesraan Termizi diterima oleh pelbagai pihak. Termizi bersalam dengan orang ramai di Taman Kenas malam tadi. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Kemesraan Termizi diterima oleh pelbagai pihak. Termizi bersalam dengan orang ramai di Taman Kenas malam tadi. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh."Kita letakkan Dr Ahmad Termizi Ramli kita putuskan bersama dengan pimpinan Pakatan Harapan termasuk Datuk Seri Anwar di penjara Sungai Buluh anwar telah beri persetujuan bahawa Amanah mewakili Pakatan Harapan mewakili bertanding di kuala kangsar," kata beliau dalam ceramah di Taman Kenas Jalan Sultan Iskandar Shah, Kuala Kangsar malam tadi.
Kenyataan Salahudin melengkapkan kedudukan bahawa Dr Termizi mendapat sokongan semua pihak kecuali Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Sebelum ini, Presiden Amanah, Mohamad Sabu memaklumkan, bekas perdana menteri paling lama,  Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin NGO dan parti politik yang menyertai Delarasi Rakyat yang memilih Dr Termizi.
Pemimpin Deklarasi Rakyat termasuk Dr Mahathir dijangka akan turun ke Kuala Kangsar dan Sungai Besar hujung minggu ini.
Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail adalah pihak yang menyerahkan watikah pemilihan Dr Termizi sebagai calon yang disokong oleh Amanah, PKR dan DAP. Beliau turut berada di Kuala Kangsar malam tadi untuk berkempen.
AMANAH PERLU KAWAN
Dalam pada itu, Salahudin menegaskan, Amanah memerlukan kawan dalam parlimen untuk melawan Barisan Nasional (BN) kerana kemenangan sukar dicapai jika sesebuah parti bersendirian.
"Kita perlu kepada kawan dalam parlimen. Politik kalau seorang memang sukar. Kita mudah untuk dikalahkan. Bila kita bersama kita telah buktikan kita kuat dan boleh kalahkan kerajaan negeri dan inilah yang kita sedang lakukan untuk Pakatan Harapan mengambil alih kekutan kita yang diinggalkan Pakatan Rakyat," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Najib gesa kerajaan Selangor pilih Pas atau Amanah

Posted: 09 Jun 2016 05:01 PM PDT


Najib turun berkempen dan berbuka puasa di Sungai Besar malam tadi. Najib turun berkempen dan berbuka puasa di Sungai Besar malam tadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa kerajaan negeri Selangor menyatakan pendirian berhubung sokongan mereka sama ada kepada Pas atau Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
 Katanya, kerajaan Selangor pimpinan PKR dilihat kabur dengan pendirian mereka kerana masih menjalin hubungan dengan Amanah dalam Pakatan Harapan tetapi pada masa sama mengekalkan pertalian dengan Pas, iaitu sekutunya dalam Pakatan Rakyat yang kini telah berkubur.
 "Di sini pun kita lihat...di mana letak pendirian kerajaan negeri Selangor, siapa yang dia sokong? Sokong PAN (Amanah) atau sokong Pas? Tolong jelaskan," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat negeri Selangor di Masjid Ma'muniah, Simpang Lima, di sini hari ini.
 Perdana Menteri turut mempersoal pendirian kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali terhadap Pas yang wakil rakyatnya masih berkhidmat dalam kerajaan negeri, tetapi parti itu tidak bersama dalam Pakatan Harapan.
 "Duduk dalam satu kerajaan tetapi tiada persefahaman. Seolah-olah tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Ini bukan ramuan yang boleh memberi kita keyakinan," kata Najib.
 Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, dan calon BN, Budiman Mohd Zohdi.
Read More / Baca Lagi >>

P067: 8 Sebab Mengapa Perlu Undi Calon AMANAH

Posted: 09 Jun 2016 02:46 PM PDT










Jangan percaya pada pembangkang yang celaru sembang Najib

Posted: 09 Jun 2016 02:37 PM PDT

Mereka tidur sebantal tapi mimpi lain-lain, kata Najib
najib
SUNGAI BESAR: Buruk padahnya jika rakyat meletakkan kepercayaan kepada parti-parti pembangkang yang bercelaru, pesan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Turun ke kempen pilihan raya Parlimen Sungai Besar di Sungai Nibong, Simpang Lima hari ini, Najib menembak kekacauan dalaman pembangkang di peringkat antara parti dan pentadbiran kerajaan.
Beliau menggesa Kerajaan Selangor supaya menyatakan secara muktamad siapakah yang mereka sokong – PAS atau AMANAH – di Sungai Besar.
PAS merupakan rakan dalam kerajaan Selangor yang dipimpin PKR, manakala AMANAH pula merupakan rakan komponen Pakatan Harapan yang dianggotai PKR.
"Kecelaruan di pembangkang amat jelas di Sarawak apabila mereka bertembung di banyak kawasan. Di sini pun kita lihat perkara yang sama, mana letaknya pendirian kerajaan negeri?
"Kita masih tidak tahu PAS ni masih mereka terima atau tidak. Seolah-olah tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain," kata Najib seusai berbuka puasa bersama penduduk.
Tegasnya, kecelaruan pembangkang sekiranya di bawa ke peringkat urustadbir negara hanya akan mewujudkan kerajaan yang lemah.
Maka, beliau menyeru pengundi supaya memenangkan calon BN, Budiman Mohd Zohdi bagi menguatkan pentadbirannya.
"Kalau Kerajaan Pusat tidak kuat, kita akan hadapi banyak tekanan dan menderita. Kita tidak mahu rakyat menderita," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi Ramli: Kenapa Pengundi Perlu Memilih Calon Amanah Dr Termizi Ramli?

Posted: 09 Jun 2016 02:25 PM PDT

Rafizi Ramli: Wang RM86.4 Juta Sewa Jet Peribadi Boleh Digunakan Untuk Membiayai Biasiswa

Posted: 09 Jun 2016 02:24 PM PDT

Want more donation? See me again after the polls, Najib tells mosque

Posted: 09 Jun 2016 09:09 AM PDT

RUU MKN 2015 diwartakan 18 Februari 2016 sebagai Undang-Undang

Posted: 09 Jun 2016 09:04 AM PDT

Sg Besar: Tidak mustahil Amanah menang jika dapat 35% undi atas pagar

Posted: 09 Jun 2016 07:26 AM PDT


Sg Besar: Tidak mustahil Amanah menang jika dapat 35% undi atas pagar

Amanah mensasarkan golongan 'atas pagar' untuk memberi undi penentu kepada parti itu dalam pilihan raya kecil Sungai Besar.
Pengarah Biro Pilihan Raya (BPR) Amanah Selangor, Cikgu Jaafar Shamsuddin berkata, sebahagian pengundi atas pagar pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu berpotensi untuk mengundi Amanah pada PRK, 18 Jun ini.
"Sokongan yang kita mahu raih adalah pengundi atas pagar yang sebelum ini mengundi Pas atau BN.
"Kalau kita dapat undi 35 peratus daripada kelompok mereka ini, tidak mustahil Amanah boleh menang," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline.
Walau bagaimanapun, beliau berharap peratus pemilih untuk keluar mengundi tidak terjejas ketika bulan Ramadan ini.
Sehubungan itu, ujarnya, gerak kerja kempen pilihan raya ke lapangan turut dipergiat dengan mengambil kira kesesuaian waktu sempena bulan Ramadan ini.
"Kita akan turun ke bazaar Ramadan bertemu dengan pengundi manakala di sebelah malam, ceramah kelompok akan diadakan selepas solat terawih sampai jam 12 tengah malam," katanya.
Selain itu, ujar beliau, usaha menjejaki dan menziarahi pemilih berdaftar diteruskan bagi tujuan mengemaskini pangkalan data, e-profiling yang dihubungkan dengan Pusat IT Nasional.
"Majlis berbuka puasa dalam sehari kita cuba di beberapa tempat. Kerja-kerja kempen dan ceramah juga fokus pada pengundi muda," jelasnya.
Mengulas komposisi 67.16 peratus pengundi Melayu di Sungai Besar, beliau tidak menolak segmen tersebut sebagai kritikal seperti dianggap banyak pihak.
"Peluang Amanah untuk menang lebih 50 peratus jika sokongan pengundi Melayu meningkat dan mencecah target," tambah Cikgu Jaafar lagi.
Untuk rekod, di Parlimen Sungai Besar juga terdapat 30.7 peratus pengundi Cina, India (1.92 peratus) dan lain-lain (0.23 peratus).
Mengikut pecahan jantina, 50.16 peratus daripada jumlah keseluruhan 42,655 pengundi di P.93 merupakan wanita.

Pas berdepan dengan BN-DAP bukan Amanah, kata Mustafa

Posted: 09 Jun 2016 07:21 AM PDT

Mustafa Ali 2Mustafa Ali 2Pas berdepan dengan BN dan DAP pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar kata Ketua Pengarah Pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali.
Pada pemerhatian beliau, strategi dan kerja-kerja yang melibatkan calon Amanah diatur dan dilakukan oleh DAP.
"Berdasarkan laporan dari lapangan dan pemerhatian saya, strategi dan kerja-kerja untuk calon Amanah dibuat oleh DAP.
"Jadi secara realitinya pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar, Pas berdepan dengan BN dan DAP," ujarnya seperti dipetik Harakahdaily hari ini.
Menurutnya lagi, melalui pemerhatian beliau juga mendapati DAP membuat arahan secara senyap dan mengatur gerak kerja secara bersungguh-sungguh.
"DAP bersungguh-sungguh dalam PRK ini, buat arahan secara senyap kepada seluruh jenteranya, seolah-olah dia (DAP) yang bertanding di Sungai Besar, PRK ini juga maruah dia," katanya.
Justeru, beliau menyifatkan calon yang dikemukakan Amanah adalah 'pinjaman' DAP yang bukan dari kalangan parti itu.
Beliau juga difahamkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijangka akan turun untuk berkempen pada PRK Sungai Besar diatur oleh DAP.
"Macam mana pun bagi Pas itu bukan perkara besar, Pas tak kisah kerana secara tradisi kita berdepan, lawan BN.
"Tapi secara realitinya pada PRK Sungai Besar ini, Pas berdepan dengan BN dan DAP," ujarnya lagi.
Pada PRK Parlimen Sungai Besar ini, calon Pas, Dr Abdul Rani Osman ditentang calon BN Budiman Mohd Zohdi dan Azhar Abdul Shukur (Amanah).
Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong kerana penyandang, Tan SriNoriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Hari pengundian ditetapkan pada 18 Jun ini.

PAS pimpinan Hadi semakin lama semakin menjadi UMNO

Posted: 09 Jun 2016 07:17 AM PDT

oleh LIM KIT SIANG

Saya amat terkejut dengan serangan ke atas DAP yang dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang pilihanraya kecil parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, seolah-olah kaliber politik dan kepimpinan Hadi perlu dinilai daripada serangannya terhadap DAP tanpa mengira kebenaran atau kepalsuannya.
IMG_9584PAS pimpinan Hadi semakin lama semakin menjadi UMNO, malah kadang-kala menjadi lebih UMNO dari UMNO, dan saya semakin tidak mengenali PAS yang berfikiran terbuka yang dahulunya diterajui oleh Tok Guru Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat yang merupakan Menteri Besar Kelantan untuk 23 tahun, atau PAS semasa zaman Presiden Fadzil Noor dan Yusuf Rawa, dua dekad sebelum Hadi.
Hadi pernah menyatakan bahawa beliau merupakan penasihat kepada UMNO dan Najib, tetapi saya terfikir sama ada Najib sebenarnya yang sedang menasihati Hadi!
Baru-baru ini, ada beberapa contoh yang membuktikan bahawa PAS pimpinan Hadi semakin menjadi UMNO, malah kadang-kala menjadi lebih UMNO dari UMNO itu sendiri.
PAS telah menuduh UMNO sebagai parti perkauman dengan menyokong "ketuanan Melayu" tetapi ia semakin mengikuti jejak langkah UMNO seperti yang digambarkan oleh penggunaan pakaian pahlawan Melayu baru-baru ini di Muktamar PAS – sehingga Menteri UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz dengan sinis menyatakan bahawa formula UMNO terbukti berjaya apabila PAS meniru mereka.
Tetapi peniruan PAS terhadap UMNO bukan setakat itu sahaja – Hadi kemudiannya menghunus keris panjang di Muktamar PAS, malah lebih panjang daripada keris pendek yang dihunus oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein semasa Perhimpunan Agung Pemuda UMNO ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO sehingga menyebabkan mudarat yang teruk kepada masyarakat majmuk di Malaysia!
muktamar62b
Malah, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir turut membidas PAS kerana cuba menjadi lebih nasionalis dari UMNO – kononnya semakin panjang keris semakin nasionalis sesebuah parti itu, menggunakan kepanjangan keris untuk mengukur nasionalisme!
Dengan semua insiden tersebut, semua pihak seharusnya tidak terperanjat apabila PAS pimpinan Hadi semakin mengabaikan objektif dan slogan "PAS untuk Semua" serta mengakibatkan perpecahan Pakatan Rakyat apabila Hadi berkeras tidak mahu menghormati kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat dan gagal menjadi "pemain pasukan" dalam Pakatan Rakyat, malah, secara unilateral menggunakan kuasa veto yang tidak wujud untuk menyekat keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat walaupun pemimpin PAS yang lain bersetuju dengan keputusan tersebut semasa ketiadaan Hadi.
Semasa PAS masih berada dalam Pakatan Rakyat untuk tujuh tahun iaitu dari 2008 hingga 2015, Hadi dan pemimpin PAS yang lain dituduh menjadi bidak dan tali barut DAP. Kini, Hadi dan kuncu-kuncunya pula yang menggunakan taktik UMNO dengan menuduh pemimpin Amanah sebagai bidak dan tali barut DAP.
Adakah Hadi cuba membuktikan tuduhan UMNO bahawa PAS merupakan tali barut DAP sebelum perpecahan PR itu benar?
Hadi kadang-kala cuba menjadi lebih UMNO dari UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

Akta Majlis Keselamatan Negara adalah ‘Akta Derhaka’

Posted: 09 Jun 2016 07:07 AM PDT



KUALA LUMPUR, 9 JUN: Akta Majlis Keselamatan Negara adalah 'akta derhaka' kerana ia telah diluluskan tanpa mengambil peduli titah Majlis Raja-raja supaya diperhalusi kandungannya mahupun perkenan Yang Di-Pertuan Agong.
Lim Lip Eng mknDemikian reaksi Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng terhadap akta yang menurutnya adalah simbol penderhakaan UMNO yang telah mencuri kuasa Raja-raja Melayu.
"Sebuah 'orde baru' telah muncul di negara ini dalam bentuk Majlis Keselamatan Negara, atau apa yang saya lebih suka panggil sebagai 'Majlis Keselamatan Negara UMNO (MKN UMNO)'.
"Ini kerana keseluruhan anggota majlis dan ketua pengarahnya dilantik oleh Perdana Menteri, tanpa sebarang campur tangan daripada Majlis Raja-raja, Kabinet atau pun Parlimen sendiri," ujar beliau yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan.
Lebih membimbangkan katanya, tafsiran 'keselamatan negara' tidak dihuraikan secara panjang lebar di dalam akta baru itu.
"Adakah mungkin satu hari nanti, karikatur pemimpin UMNO atau tindakan menggugurkan belon di pusat membeli belah pun ditafsir sebagai menggugat keselamatan negara?" soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

P093: PRK Sungai Besar adalah perlawanan kebaikan menentang kejahatan

Posted: 09 Jun 2016 06:55 AM PDT


SEKINCHAN, 9 JUN: Calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur menegaskan bahawa pertandingan tiga penjuru yang melibatkan ketiga-tiga parti yang diwakili calon Melayu, tidak seharusnya dilihat sebagai pertarungan Melayu lawan Melayu.
IMG_9612Sebaliknya, menurut anak jati Sungai Besar itu, pertembungan tiga parti iaitu Amanah, UMNO, dan PAS itu adalah mengenai pertembungan antara kelompok 'baik dan jahat'.
"Kita undi orang baik, kita dapat pemimpin yang baik.
"Seluruh Malaysia, daripada Johor sampai ke Perlis rasa marah kepada pimpinan kita yang korup, dan yang curi duit (rakyat)," katanya dalam sesi ceramah di sini, semalam.
Sehubungan itu, Azhar berkata, pengundi pelbagai kaum di Sungai Besar perlu menjadikan platform pilihanraya kecil ini untuk menyampaikan mesej yang jelas mengenai kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional.
"Seluruh Malaysia berharap semua pegundi di sini, supaya undi untuk kami (Pakatan Harapan).
"Satu undi daripada anda sebenarnya mewakili 100 undi daripada seluruh rakyat di Malaysia. Jangan sia-siakan peluang ini," katanya.
Pada 18 Jun nanti, masyarakat Sungai Besar akan menentukan nasib Azhar yang berhadapan dengan calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi dan calon daripada PAS, Dr. Abdul Rani Osman.
Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dari kaum lain.

P093: Potong harga padi basah, monopoli BERNAS cekik pesawah Sungai Besar

Posted: 09 Jun 2016 06:54 AM PDT



azharshukurbernas
SEKINCHAN, 9 JUN: Ribuan pesawah di daerah ini mengalami kerugian ekoran kadar pemotongan harga padi basah yang semakin meningkat ditambah pula dengan monopoli padi oleh syarikat swasta, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).
Membangkitkan permasalahan berkenaan dalam satu sidang media di sini, hari ini, calon Pakatan Harapan, Azhar Abdul Shukur berkata tindakan itu telah mengakibatkan pendapatan pesawah yang terlibat terjejas teruk.
"Kadar pemotongan harga padi basah telah dinaikkan dari sekitar 15 peratus hingga 18 peratus ke 18 peratus hingga 23 peratus mulai Januari 2016.
"Ia bermakna hasil jualan merosot sebanyak RM400 hingga RM500 untuk setiap petak padi," ujar calon dari Parti Amanah Negara itu.
Malah, menurutnya, terdapat juga pesawah di kawasan Tanjung Karang yang ditekan oleh syarikat BERNAS dengan pemotongan melampau sebanyak 25 peratus.
"Bayangkan perasaan para pesawah yang menghantar hasil padi 10 tan ke kilang beras, namun tak sampai 8 tan yang dikira untuk bayaran.
"Ini belum mengambil kira peningkatan harga baja, harga racun, gaji pekerja dan macam-macam lagi kos yang kian meningkat, namun hasil jualan padi pula menurun," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

P067: Kerajaan PR Perak dah buat dulu sebelum BN buat

Posted: 09 Jun 2016 06:53 AM PDT


Misbahul MunirMisbahul Munir
 UMNO BN mendakwa kononnya kerajaan PR 11 bulan memerintah Perak tidak buat apa-apa untuk rakyat. Kononnya PR kerjanya saban hari saban malam ceramah memburuk-burukkan UMNO.
Ini memberi gambaran seolah-olah MB, EXCO dan seluruh adun-adunnya bersama pegawai-pegawai kerajaan tidak buat apa-apa untuk kebajikan rakyat.
Kita akui sepanjang 11 bulan memerintah, pimpinan PR terpaksa menemui rakyat samada dalam program rasmi kerajaan atau ceramah politik yang dianjurkan oleh parti.
PR buat begitu kerana inilah caranya menjelaskan kepada rakyat polisi dan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh PR dalam menerajui negeri Perak, selain menjawab tohmahan UMNO BN.
Kalau peluang tersebut kita boleh perolehi melalui radio, tv dan akhbar media perdana, tidak perlu PR keluar saban hari dan malam menyampaikan maklumat kepada rakyat.
Ini adalah satu pembohongan besar UMNO BN kepada rakyat. Bukan itu sahaja, malahan mereka sentiasa mendakwa negeri Perak diperintah oleh Cina DAP, Hj Nizar dan PAS boneka serta kuda tunggangan Cina.
PAS gadai tanah orang Melayu kepada orang Cina. Tohmahan ini sedikit sebanyak meresap juga kepada orang Melayu. Sebuah Ngo Melayu menghantar memorundum kepada Sultan Perak konon nak selamatkan tanah-tanah orang Melayu.
Itulah persepsi buruk yang cuba digambarkan oleh UMNO BN melalui media.
Sebenarnya program-program kebajikan yang UMNO BN buat sekarang untuk rakyat di Perak itulah dulunya dibuat oleh PR.
Dalam akhbar Sinar Harian (21 Julai 2010) Kerajaan Negeri telah mengumumkan pemberian 1000 hektar tanah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 2000 hektar tanah kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).
BN juga turut memberi bantuan dermasiswa kepada pelajar-pelajar Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT dan sebagainya. Berita-berita tersebut memberi gambaran seolah-olah PR dulu tidak buat apa-apa pun pada rakyat.
Pada hal UMNO BN meniru dan meneruskan apa yang PR buat dulu. Kita tidak pula mempertikaikan apa yang mereka buat. Cuma dulu apabila PR mengumumkan pemberiaan tanah 1000 hektar tanah kepada sekolah Cina dan memberi peruntukan kewangan 60 ribu setahun kepada SJKC ini, seluruh pemimpin UMNO menjaja merata Perak kononnya Hj Nizar ikut telunjuk Cina dan DAP untuk bantu sekolah Cina manakala SAR kononnya diabaikan.
Inilah fitnah jahat UMNO BN. Pada hal PR juga memberi 1000 hektar tanah kepada SAR dan mengembalikan semula bantuan perkapita kepada SAR.
Read More / Baca Lagi >>

P067: Faktanya Umno yang khianati tanah orang Melayu Perak

Posted: 09 Jun 2016 06:51 AM PDT


Idris AhmadIdris Ahmad
Umno Perak terutama Dato' Zamri ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak antara orang yang lantang menuduh Dato' Seri haji Nizar boneka kepada China DAP kerana beri tanah kepada orang China di Perak.
 Modal yang sama juga sedang difitnah oleh jentera Umno/BN kepada pengundi Bukit Gantang. Fitnah kalau undi Pas/Pakatan Rakyat bermakna menggadai tanah orang melayu kepada bangsa asing.
Ini adalah jawapan kepada Dato' Zamri dan kuncu-kuncu Umno, bahawa yang khianat tanah orang Melayu ialah pemimpin Umno, bukan Pas, bukan DAP dan bukan PKR
Fakta yang Dato' Seri haji Nizar kemukakan sudah cukup untuk membuktikan Umno pengkhianat kepada orang Melayu bukan Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita sudah buktikan Umno kepala bapa penderkahaka kepada Raja-Raja Melayu.
Sekarang fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli).
Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
Melayu sangatkah Umno, sehingga buat bising fasal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang China yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini, mereka bukan China Singapura atau China Vietnam.
Kalau Umno tuduh Pakatan Rakyat boneka China dan khianat tanah orang Melayu kenapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada 2008 sebanyak 45 ekar.
Kalau kerajaan yang dipimpin oleh Dato' Seri Haji Nizar boneka China sudah tentulah permohonan ini tidak diluluskan. Adakah pemimpin Umno ingat Pak Teh ini China Taiwan sehingga permohonan beliau tidak diluluskan.
12 tahun Pak Teh menunggu kelulusan. Tiba-tiba kerajaan yang kononnya boneka China meluluskan permohonan tersebut walaupun tidak sampai sepuluh bulan memerintah.
Manakala Umno yang mendakwa tonggak orang Melayu telah kianat kepada bangsa sendiri walaupun tanah itu untuk kegunaan pondok.
Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;
◾22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.  5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
Read More / Baca Lagi >>

P067: Tak pernah ada pecah tanah Jambatan Manong – UMNO

Posted: 09 Jun 2016 06:50 AM PDT

BN telah lama berjuang mendapatkan jambatan itu tetapi ia bukan perkara mudah
Mohd Kamil Shafie
KUALA KANGSAR: Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Mohd Kamil Shafie hari ini mengecam tindakan pembangkang yang memasang papan tanda iklan berunsurkan fitnah di sekitar Kuala Kangsar dan Manong dalam kempen mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.
Beliau berkata papan iklan berunsur fitnah itu dilihat memutar belit sesuatu perkara dalam usaha mereka meraih undi.
"Contohnya satu papan iklan yang menfitnah bahawa Jambatan Manong sudah tiga kali pecah tanah sedangkan tidak pernah dilakukan pecah tanah, ini merupakan satu polemik untuk mendapat sokongan rakyat semata-mata," katanya kepada pemberita di Pusat Media di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan bahawa kerajaan BN telah lama berjuang untuk mendapatkan jambatan itu tetapi ia bukan perkara mudah kerana memerlukan perancangan dan penelitian.
Bagaimanapun beliau berkata BN belum membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Mengulas mengenai tindakan pihak tertentu yang mengadakan ceramah ketika waktu berbuka beliau berkata pihak terbabit sepatutnya menghormati kesucian bulan Ramadan ini.
"Ada masa selepas tarawih untuk berkempen. Kenapa tidak guna waktu itu untuk mengadakan ceramah,?" katanya.
Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata terdapat beberapa papan tanda yang tidak mengikut peraturan telahpun diturunkan.
Read More / Baca Lagi >>

BELILAH, APA DITUNGGU LAGI....

Posted: 09 Jun 2016 05:23 AM PDT

Perdana Najib Razak mengakui beliau mengimpikan mahu memiliki kereta limosin canggih "The Beast"  seperti kegunaan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Jika seorang nelayan di Kuala Sungai Pahang yang menzahirkan impian seperti itu, ia tentu saja dikatakan "angan-angan Mat Jenin", tetapi apabila Najib yang dalam akaun peribadinya pernah ada wang sekurang-sekurangnya RM2,600 juta, mengimpikan kenderaan sedemikian rupa bukanlah sesuatu yang mustahil baginya.

Najib sebenarnya mampu untuk membeli sebuah, tiga buah atau sepuluh buah sekali pun kereta kalis peluru seperti itu.

Dengan memiliki limosin hebat itu, sekurang-kurangnya Najib bukan saja akan disayangi oleh Amerika Syarikat, bahkan lebih dipuja dan disanjung oleh rakyat Malaysia.

Belilah, apa ditunggu lagi....

Kerajaan BN terdesak inginkan kuasa Akta MKN?

Posted: 09 Jun 2016 05:20 AM PDT

Majlis Raja-raja telah meminta RUU MKN dikaji semula sebelum diluluskan, namun Peguam Negara mengesahkan tidak ada pindaan dibuat.
Syahredzan
PETALING JAYA: Seorang peguam hak asasi manusia mempersoalkan mengapa Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjadi Akta tanpa sebarang pindaan.
Syahredzan Johan tampil membangkitkan isu itu, setelah Peguam Negara akui bahawa tidak ada sebarang pindaan dibuat kepada RUU MKN walaupun diminta Majlis Raja-raja supaya dikaji semula.
"Selepas Majlis Raja-raja membuat pengumuman sedemikian, Peguam Negara sendiri menyatakan bahawa beberapa peruntukan RUU MKN ini akan dikaji semula.
"Namun, seperti yang disahkan oleh Peguam Negara sendiri melalui laporan The Star, tidak ada pindaan yang dibuat kepada RUU MKN yang menjadi Akta ini," katanya melalui catatan di Facebook.
Mengulas lanjut, Syahrezan berpandangan Akta MKN tidak diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
"Menurut Perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan, jika sesuatu RUU tidak diperkenankan oleh YDPA dalam masa 30 hari dari tarikh RUU tersebut dikemukakan, maka RUU seolah-oleh diperkenankan oleh YDPA dan menjadi Akta.
"Apabila YDPA tidak memberi perkenan secara nyata, ianya adalah suatu situasi yang amat luar biasa.
"Ini boleh ditafsirkan bahawa YDPA tidak bersetuju dengan Akta MKN ini.
"Ini juga dapat dilihat apabila Majlis Raja-raja sendiri sebelum ini menyatakan bahawa beberapa peruntukan dalam RUU tersebut harus diperhalusi."
Tanpa mahu spekulasi sebab keputusan Agong dan Majlis Raja-raja, Syahredzan berkata banyak pihak mengkritik RUU MKN kerana didakwa memberi kuasa-kuasa darurat kepada Kerajaan Malaysia tanpa memerlukan Agong membuat suatu pengisytiharaan.
"Adakah pihak Kerajaan begitu terdesak ingin kuasa yang diberikan oleh undang-undang ini?" soalnya.
RUU MKN diluluskan pada Disember tahun lalu apabila 107 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 77 lagi menolak.

Perubahan politik perlu disertai semua kaum, kata Dr Termizi

Posted: 09 Jun 2016 05:18 AM PDT

Dr Ahmad Termizi RamliDr Ahmad Termizi Ramli
 
Dr. Ahmad Termizi Ramli dilihat pelbagai pihak sebagai tokoh yang bakal membawa dimensi baru politik Malaysia melalui pendekatan merentas kaumnya.
Menurut pemerhati, ucapan Dr. Termizi di pelbagai tempat sangat menarik yang membawa unsur peduli rakyat, menguasai suasana realiti politik semasa, berfakta dan mempunyai visi yang jelas.
Dalam ucapannya di Manong dan beberapa tempat lain, Dr. Termizi menekankan bahawa jika rakyat negara ini mahu melakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial di negara ini, ia mesti dilakukan bukan saja oleh orang Melayu, tetapi juga kaum Cina, India dan kaum-kaum lain.
"Ia mesti dilakukan melalui usaha bersama, baru boleh berjaya dan tentunya bukan bersifat perkauman," kata beliau disambut gemuruh oleh oang ramai yang mendengar.
Konsep inilah, katanya, yang hendak dilakukan oleh parti Amanah dan inilah mesej yang hendak dibawanya kepada para pengundi.
Oleh itu, kata Dr. Termizi, semua pihak rakyat Malaysia yang sedar, perlu menyokong usaha Amanah ini.
"Kita boleh merobah suasana politik, ekonomi dan sosial di Malaysia daripada suasana yang penuh rasuah, ketidakadilan, ketirisan, kepincangan ekonomi dengan usaha bersama rakyat berbilang kaum," kata Dr. Termizi.
Kalau satu kaum saja hendak melakukan usaha ini, katanya tidak akan berjaya.
Read More / Baca Lagi >>

'Atas pagar' target lonjak undi Amanah

Posted: 09 Jun 2016 05:17 AM PDT


Pengundi 'atas pagar' menentukan kemenangan Amanah di Sungai Besar.Pengundi 'atas pagar' menentukan kemenangan Amanah di Sungai Besar.
Golongan pengundi bukan penyokong tegar mana-mana parti politik menjadi sasaran untuk membantu kemenangan Amanah.
Pengarah Biro Pilihan Raya (BPR) Amanah Selangor, Cikgu Jaafar Shamsuddin berkata, sebahagian pengundi atas pagar pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu berpotensi untuk mengundi Amanah pada PRK, 18 Jun ini.
"Sokongan yang kita mahu raih adalah pengundi atas pagar yang sebelum ini mengundi Pas atau BN.
"Kalau kita dapat undi 35 peratus daripada kelompok mereka ini, tidak mustahil Amanah boleh menang," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline.
Walau bagaimanapun, beliau berharap peratus pemilih untuk keluar mengundi tidak terjejas ketika bulan Ramadan ini.
Sehubungan itu, ujarnya, gerak kerja kempen pilihan raya ke lapangan turut dipergiat dengan mengambil kira kesesuaian waktu sempena bulan Ramadan ini.
"Kita akan turun ke bazaar Ramadan bertemu dengan pengundi manakala di sebelah malam, ceramah kelompok akan diadakan selepas solat terawih sampai jam 12 tengah malam," katanya.
Selain itu, ujar beliau, usaha menjejaki dan menziarahi pemilih berdaftar diteruskan bagi tujuan mengemaskini pangkalan data, e-profiling yang dihubungkan dengan Pusat IT Nasional.
"Majlis berbuka puasa dalam sehari kita cuba di beberapa tempat. Kerja-kerja kempen dan ceramah juga fokus pada pengundi muda," jelasnya.
Mengulas komposisi 67.16 peratus pengundi Melayu di Sungai Besar, beliau tidak menolak segmen tersebut sebagai kritikal seperti dianggap banyak pihak.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)