Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:21 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Letak calon lightweight, Amanah dilihat kalah awal kata Dr Kamarul Zaman

Posted: 06 Jun 2016 09:07 PM PDT

Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat seolah- olah menyerah kalah sejak dari peringkat awal apabila meletakkan calon 'lightweight' dalam dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ini sekaligus menunjukkan Amanah tidak serius untuk mencapai kemenangan dalam PRK berkenaan.

"Sebelum ini pemimpin Amanah sering memperlekehkan Pas kononnya tidak serius untuk menentang Umno sekaligus mendorong pihaknya meletakkan calon dalam kedua- dua PRK berkenaan.

"Bila dikatakan Amanah serius mahu menentang Umno, maka jangkaan pihak di dalam dan luar parti itu ialah Presidennya, Mohamad Sabu sendiri akan diangkat sebagai calon di Sungai Besar, manakala bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pula di Kuala Kangsar," katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kedua- dua PRK berkenaan.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, bagaimanapun, apa yang berlaku adalah di sebaliknya apabila dua nama tidak dikenali, iaitu Azhar Abdul Shukur dan Dr Ahmad Termizi Ramli, yang diletakkan sebagai calon Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Perletakan dua calon tidak terkenal ini menunjukkan Amanah takut untuk menghadapi risiko imej parti terjejas teruk jika calon terkenal di kalangan pemimpin tertinggi parti diturunkan dan kalah teruk dalam PRK berkenaan," katanya.

Menurutnya, jika kedua- dua calon tidak terkenal ini berdepan kekalahan, maka Amanah boleh berdolak dalih kononnya wajar berikutan ia parti baru dan calon diketengahkan juga muka baru.

Kamarul Zaman, sikap berhati-hati Amanah ini mengecewakan banyak pihak yang mengharapkan nama besar dari bekas pemimpin Pas yang akan membawa cabaran parti itu.

"Kalaupun bukan Mohamad Sabu dan Datuk Seri Mohd Nizar, nama- nama seperti Salahudin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Ahmad Awang atau Asmuni Awi diharapkan akan diangkat Amanah sebagai calon.

Read More / Baca Lagi >>

Misi Amanah tumbangkan BN, bukan Pas

Posted: 06 Jun 2016 09:03 PM PDT


SUNGAI BESAR – Misi utama Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding pada PRK Sungai Besar adalah untuk menumbangkan BN.
Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, Amanah tidak menganggap pertembungan tiga penjuru di Sungai Besar itu untuk melawan Pas.
"Bagaimanapun, misi berkenaan akan gagal sekiranya penduduk memberikan undi mereka kepada Pas kerana akan berlaku pecah undi.
"Jadi penting untuk Amanah meraih undi sepenuhnya supaya misi menumbangkan BN tercapai," katanya selepas siri ceramah kelompok Amanah di sini, semalam.
Dalam perkembangan sama, Izham turut menegaskan Amanah tidak pernah menggunakan harta kerajaan negeri untuk berkempen walaupun mereka berada di dalam Pakatan Harapan.
"Semua wang yang telah digunakan adalah milik parti dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah Selangor ketika ini.
"Ini bukan pendekatan yang diketengahkan Pakatan Harapan kerana parti yang bertanding bergantung pada kekuatan sendiri," katanya.

PRK SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR PENGHANTAR ISYARAT YANG BERKESAN

Posted: 06 Jun 2016 08:52 PM PDT

Kedua-dua pilihan raya kecil ini penting. Samada di Sungai Besar atau di Kuala Kangsar, kedua-duanya penting sebagai penghantar isyarat kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini. Rakyat Malaysia seolah-olah menyerahkan kepada pengundi di kedua-dua kawasan ini untuk membuat penentuan, melakar hala tuju negara pada hari-hari mendatang. Ia merupakan 'wake-up call' kepada kepada kerajaan sekiranya keputusan PRK nanti tidak langsung memihak kepada calon Barisan Nasional.
            Pihak kepimpinan kerajaan sentiasa berpaut kepada rakyat luar bandar (khususnya orang Melayu) untuk memberikan 'nafas' dan 'talian hayat' untuk terus mememerintah di negara ini, walaupun seluruh dunia melihat apa yang sedang berlaku dalam negara kita kini tidak ubah sepertimana mereka melihat kepimpinan Idi Amin (Uganda) pada suatu ketika dahulu, ataupun pemerintahan Robert Muggabe di Zimbabwe kini ataupun Filipinan dibawah Presiden Marcos (dan keborosan isterinya Imelda Marcos) suatu ketika dahulu.
            Orang Melayu (dari kawasan luar bandar dan FELDA ) sentiasa menjadi bahan 'kutukan' pihak tertentu yang menyebabkan pemimpin-pemimpin negara dapat 'bermaharajalela' membelanjakan wang negara sesuka hati mereka. Dan kepimpinan negara sentiasa 'menggunakan' 'orang kampung dan FELDA' untuk dijadikan sebagai tempat 'menyangkutkan dagu' apabila berhadapan dengan masalah negara. Dan tentunya BRIM merupakan 'ubat' yang paling mujarab untuk dijadikan 'penawar' bagi hati yang duka lara.
            Lantas apa yang dilakukan oleh kepimpinan negara dilihat sebagai sesuatu yang lumrah dan yang biasa berlaku kepada sesebuah negara. Walaupun seluruh dunia 'berketak' dan 'bergoncang' melihatkan bagaimana IMDB yang telah hampir memusnahkan negara Malaysia yang tercinta, namun hasil 'kebijaksanaan' media masa (cetak dan elektronik) dapat memutarbelitkan berita yang hasilnya dapat 'diperbodohkan' golongan yang kurang cerdik di kampung-kampung. Bagi golongan yang agak cerdik digunakan pula 'dedak' hasil daripada 'rompakan' untuk 'menutup mulut, memekakkan telinga dan menutup mata' siapa sahaja yang melihat.
            Kini masanya telah tiba bagi pengundi di kedua-dua kawasan PRK ini untuk memberikan isyarat yang jelas bahawa pengundi di kawasan ini bukan merupakan orang Melayu kampung yang bodoh yang tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku khususnya yang berkaitan dengan IMDB yang hampir menghancurkan negara ini. Tunjukkan kepada pihak kepimpinan bahawa orang Sungai Besar dan 'Oghang Kuale' juga tahu apa yang sebenarnya telah berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Penyiasat AS tumpu pada Goldman Sachs "transaksi mencurigakan" berkait skandal 1MDB

Posted: 06 Jun 2016 08:43 PM PDT

Penyiasat AS percaya Goldman Sachs mempunyai asas untuk merumuskan yang wang tersebut tidak digunakan untuk tujuan asal.
wsj_1mdb_usa_goldman_600_2

Pasukan penyiasat Amerika Syarikat sedang cuba untuk menentukan sama Goldman Sachs Group Inc melanggar undang-undang apabila ia gagal memberi amaran berhubung transaksi yang mencurigakan yang membabitkan firma pelaburan negara yang bermasalah, 1MDB.
Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini memetik sumber yang mendedahkan bahawa pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang menjadualkan siasatan dengan eksekutif Goldman meskipun bank itu belum dituduh berhubung sebarang salah laku.
Menurut bank berkenaan ia tidak mengetahui bagaimana 1MDB menggunakan wang yang dikumpulkan untuk firma pelaburan Malaysia itu.
Goldman telah mengumpulkan AS$3 bilion menerusi terbitan bon 1MDB pada Mac 2013, yang sepatutnya untuk membiayai projek hartanah utama di Kuala Lumpur demi meningkatkan ekonomi negara.
Bank itu kemudian menyalurkan dana berkenaan ke dalam akaun bank Swiss yang dikawal oleh 1MDB.
Menurut sumber WSJ dan individu yang telah melihat maklumat pemindahan wang, selang beberapa hari kemudian, separuh daripada wang itu hilang di luar pesisir, dengan sebahagiannya berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pasukan penyiasat sekarang cuba untuk menentukan sama ada Goldman gagal mematuhi Akta Kerahsiaan Bank Amerika Syarikat yang memerlukan institusi kewangan untuk melaporkan urus niaga mencurigakan kepada pihak berkuasa.
"Para penyiasat percaya bank (Goldman) mempunyai sebab untuk mengesyaki wang yang dikumpulkannya itu tidak digunakan untuk tujuan yang dimaksudkan, menurut mereka yang biasa dengan siasatan.
Read More / Baca Lagi >>

Hutang 1MDB antara sebab taraf unjuran kredit Malaysia bakal turun

Posted: 06 Jun 2016 08:41 PM PDT

Peningkatan hutang awam Malaysia merupakan paling tinggi sejak 1992, dan jauh meninggalkan Indonesia (29%) dan Thailand (31%).
Oxford-economics-Nikkei
PETALING JAYA: Sebuah badan kajian ekonomi berpusat di United Kingdom meramalkan Malaysia menghadapi risiko diturunkan taraf unjuran kredit disebabkan hutang syarikat milik kerajaan termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Nikkei Asian Review hari ini.
Menurut Oxford Economics, pelabor asing semakin kurang minat terhadap pasaran saham tempatan walaupun dengan aliran masuk tunai ke dalam pasaran serantau.
Hutang awam Malaysia bertambah kepada 54.5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2015, iaitu peningkatan daripada 40% pada 2008 dan menghampiri kadar maksima yang ditetapkan kerajaan pada 55%.
Ia merupakan peningkatan paling tinggi sejak 1992, dan jauh meninggalkan Indonesia (29%) dan Thailand (31%), kata laporan itu.
"Kerajaan mempunyai lebihan 15% hutang daripada KDNK yang tidak tersenarai sebagai liabiliti dalam laporan kewangannya disebabkan komitmen terhadap syarikat milik kerajaan termasuk 1MDB," kata Sian Fenner, pakar ekonomi Oxford Economics yang berpusat di Singapura.
Dana pelaburan strategik 1MDB yang sarat hutang baru-baru ini gagal membayar balik jumlah faedah susulan pertikaian dengan penjamin bonnya, International Petroleum Investment Co, yang berpusat di Abu Dhabi.
Beberapa buah bank mewakili 1MDB juga menjadi sasaran penyiasatan pihak berkuasa luar negara termasuk Singapura dan Switzerland berhubung dakwaan salah laku dan pengubahan wang haram.
Kerajaan kini dalam usaha memindahkan kesemua aset 1MDB kepada Perbendaharaan.
Read More / Baca Lagi >>

P093: PAS terpaksa terbit risalah Cina jelaskan ‘kematian’ Pakatan Rakyat

Posted: 06 Jun 2016 08:31 PM PDT

PAS menggunakan strategi menerbitkan risalah bahasa Cina dalam usaha mengembalikan sokongan masyarakat tersebut yang terhakis sejak perpecahan Pakatan Rakyat dan terbaharu membabitkan isu hudud.
Dalam satu risalah yang diedarkan di kawasan Parlimen Sungai Besar kepada pengundi Cina, PAS menjelaskan punca perpecahan menyebabkan mereka tidak lagi bersama dengan Pakatan bermula sejak krisis Menteri Besar Selangor dimana Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan.
Artikel pertama dalam risalah dua muka bertajuk 'PAS silap dituduh menyebabkan keretakan dalam Pakatan Harapan' itu, PAS menjelaskan tindakan menyingkirkan Khalid menerusi "Langkah Kajang" sengaja direncana kerana wujud pergelutan kuasa dalam PKR.
"Dalam Langkah Kajang, PKR dan DAP ingin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baru.
"Namun, ini hanyalah pertarungan kuasa dalaman PKR, iaitu ingin menukar seorang pimpinan yang dikatakan rasuah, namun sebenarnya hanya kerana Khalid Ibrahim ditolak oleh puak satu lagi.
"Akhirnya kebenaran terbongkar apabila Khalid menyaman bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution dan beliau terpaksa memohon maaf kepada Khalid," petik artikel itu.
Risalah itu juga mempertahan tindakan Exco PAS yang masih bersama Khalid walaupun DAP dan PKR meletak jawatan daripada kerajaan negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Pembangkang cuba elak sentuh isu pindaan Akta 355

Posted: 06 Jun 2016 08:29 PM PDT

AMANAH terkepit dalam situasi yang tidak memberi mereka sebarang ruang kerana mereka memerlukan sokongan kaum Cina dan pada masa sama berharap untuk meraih sokongan pengundi Melayu.
keruak
KUALA LUMPUR: Parti pembangkang cuba mengelak menyentuh isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dalam kempen PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar disebabkan AMANAH tidak dapat mengambil sebarang pendirian berhubung isu itu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, ini kerana AMANAH tidak mampu untuk mengisytiharkan mereka menentang atau menyokong Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2015.
"Jadi, AMANAH terkepit dalam situasi yang tidak memberi mereka sebarang ruang. AMANAH memerlukan sokongan kaum Cina dan pada masa yang sama berharap untuk meraih sesetengah daripada sokongan pengundi masyarakat Melayu.
"AMANAH tidak dapat mengambil sebarang pendirian mengenai pindaan syariah kerana mereka berkata beberapa hari lalu, mereka tidak menyokong atau menentang pindaan syariah itu tetapi hanya tidak mahu membuat sebarang pendirian buat masa ini," katanya menerusi catatan dalam blognya sskeruak.blogspot.my malam tadi.
Salleh menjelaskan, AMANAH juga mengancam untuk menyaman sesiapa yang mendakwa mereka menentang pindaan syariah itu.
PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun ini diadakan selepas kedua-dua penyandangnya terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

P067: Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘ajar’ Najib dan Zahid - Bekas MB

Posted: 06 Jun 2016 08:27 PM PDT

Pilihan raya kecil parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini diadakan berikutan nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, bulan lalu yang mengakibatkan penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terbunuh.
Namun bagi bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, ada sesuatu sebab tersirat mengenai mengapa pilihan raya kecil itu terpaksa diadakan.
Berucap pada sesi ceramah di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, malam semalam, pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata dirinya tertanya-tanya mengapa daripada 222 kerusi parlimen di negara ini, Allah memilih supaya pilihan raya kecil diadakan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Kenapa tidak pilih Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, kenapa pilih Kuala Kangsar, Bandar Diraja?
"Bila saya fikir-fikir dengan mendalam, di sinilah buminya semasa saya diberikan amanah untuk menjadi menteri besar Perak, daripada Mac 2008 hingga Februari 2009.
"Di sinilah buminya yang mana kedua-dua makhluk ini datang merampas kerajaan Pakatan yang saya pimpin ketika itu. Siapa makhluk itu? Tak lain tak bukan (Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi).
Dengan berbuat demikian, Nizar berkata, Najib dan Zahid tidak menghormati hak rakyat Perak yang telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat.
"Kebiadapan Najib dan Zahid merampas kerajaan Perak ini di bumi Kuala Kangsar, maka Allah jadikan di bumi ini juga pilihan raya kecil terpaksa diadakan.
"(Ini) supaya orang Kuala Kangsar mengajar mereka kerana kamu kurang ajar kepada pilihan rakyat, kamu berlaku jahat, zalim kepada rakyat Perak," katanya.
Justeru, Nizar yakin bahawa penduduk Kuala Kangsar akan mengajar dua pemimpin tertinggi negara itu.
"Orang Kuala Kangsar nak ajar kamu, bahawa mereka mewakili 30 juta rakyat Malaysia.
"Kami sudah tak mahu Najib, Zahid, kerajaan BN, betul tak betul?" soalnya sambil disambut tepukan daripada hadirin.
Nizar sehubungan itu, menyeru rakyat tempatan untuk menolak mana-mana calon yang mempunyai sebarang kaitan dengan BN dan sebaliknya menyokong calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh AMANAH, iaitu Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli.
Dr Ahmad Termizi akan berdepan dengan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid yang mempertahankan kerusi mendiang suaminya.
Read More / Baca Lagi >>

P067: Calon Amanah wakili kumpulan deklarasi rakyat

Posted: 06 Jun 2016 08:25 PM PDT


Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan turun membantu kempenDr Mahathir Mohamad yang mengetuai gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan turun membantu kempen
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu mendedahkan bahawa calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Dr Ahmad Temizi Ramli adalah calon mewakili NGO dan juga kumpulan Deklarasi Rakyat.
Mohamad berkata pada awalnya beberapa nama dicadangkan termasuk beliau sendiri, namun selepas perbincangan dengan NGO, mereka memberi pandangan supaya calon bukan bekas pemimpin Pas bertanding.
"Bila saya kemukan (Ahmad Termizi) dalam mesyuarat tertinggi sebulat suara kata inilah calon terbaik untuk Kuala Kangsar dan untuk semua NGO yang menyokong.
"Beliau juga dianggap calon daripada Deklarasi Rakyat untuk kita kemukakan di Parlimen," katanya ketika berucap di kampung Sayong Lembah malam tadi.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan proses pemilihan calon Amanah bagi PRK Kuala Kangsar ini dibuat sekaligus menjawab persoalan mengapa bukan beliau dipilih sebagai calon seperti yang disebut-sebut sebelum ini.
Turut serta dalam ceramah itu calon Ahmad Termizi dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Sebelum ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan turun membantu kempen calon parti yang menyokong Deklarasi Rakyat.
Langkah ke Putrajaya
Sementara itu, Ahmad Termizi ketika berucap berkata kemenangan Pakatan Harapan di Kuala Kangsar adalah penting sebagai permulaan langkah ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
"222 langkah (kerusi parlimen) untuk menang PRU14 dan Putrajaya memerlukan kita menang di dua langkah ini iaitu di Kuala Kangsar dan Sg Besar.
"Marilah kita sama-sama mencipta sejarah menyelamatkan negara kita untuk terus maju ke hadapan," katanya.

Kedudukan PAS, AMANAH di Selangor dipertikai Umno

Posted: 06 Jun 2016 08:25 PM PDT

Ketika ini kedudukan PAS dan AMANAH dalam pentadbiran kerajaan Selangor tidak jelas.
noh-omar-azmin-ali
SUNGAI PANJANG: BN mencabar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan kedudukan AMANAH dan PAS dalam pentadbiran negeri itu.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, ketika ini kedudukan PAS dan AMANAH dalam pentadbiran negeri Selangor tidak jelas.
"Saya nak tanya menteri besar, AMANAH ini pembangkang atau kerajaan dan PAS hari ini adalah kerajaan atau pembangkang?
"Saya nak tanya pada PAS dan tiga EXCO PAS Selangor, adakah mereka ini dalam kerajaan negeri Selangor atau pembangkang di Selangor," katanya dalam sidang media lewat malam tadi.
Kata Pengarah BN di PRK Sungai Besar itu lagi, ketika ini kerajaan yang ditubuhkan di Selangor itu masih kurang jelas kerana tidak didaftarkan secara sah.
"Ada dua wakil AMANAH dalam negeri Selangor. Adakah mereka ini pembangkang atau kerajaan? Azmin kena jawab kedudukan PAS dan AMANAH dalam kerajaan negeri," jelasnya.
Pada masa sama, Noh yakin kempen BN tidak akan terjejas sekalipun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun membantu kempen AMANAH di Sungai Besar.
"Sesiapa yang hendak turun, turunlah. Sesiapa sahaja yang menentang BN kita akan hadapi. Kalau Tun M fikir dia turun BN akan terjejas, dia silap," katanya sambil menambah BN yakin dapat meraih kemenangan selesa di Sungai Besar.
Ini kerana jelasnya, parti itu akan memastikan jentera kempennya bergerak secara teratur di setiap Pusat Daerah Mengundi yang ditetapkan.

Mat Sabu tidak ambil hati ceramah menghina, anggap "adik-adik" berlatih ceramah

Posted: 06 Jun 2016 08:23 PM PDT


Kempen Amanah di Kuala Kangsar semakin diterima rakyatKempen Amanah di Kuala Kangsar semakin diterima rakyat
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu tidak ambil hati terhadap perbuatan menghina beliau dengan kata-kata buruk sebagaimana yang viral di media sosial.
"Ada yang kecam saya. Naik atas lori panggil saya dengan nama yang buruk.
"Saya tak marah. Saya rasa adik-adik itu berlatih berceramah. Saya faham sangat adik-adik saya dalam parti Islam itu," katanya.
Mengulas soal penghinaan salah seorang penceramah Pas terhadap namanya yang digelar 'Mata Sabun' pada hari penamaan calon semalam, Mohamad berkata beliau tidak mengambil hati soal itu.
Beliau sebaliknya menyeru "adik-adik dalam Pas" untuk mengundi calon Amanah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini.

Sambil membahasakan dironya sebagai "abang", bekas timbalan presiden Pas itu berkata, ahli Pas perlu sedar bahawa sejarah membuktikan parti Islam itu tidak pernah menang pilihan raya ketika bersorangan.

"Kepada saudaraku ahli Pas, adik-adikku yang ku kasihi. Kamu boleh terus undi calon Pas, tapi tak boleh menang pilihan raya. I'm sorry to say that.

"Oleh itu saudaraku, adik-adik yang berada dalam parti Islam, nak kekal dalam parti itu silakan, tapi tolong undi parti Amanahmewakili Pakatan Harapan. Ini sahaja yang boleh mencabar Barisan Nasional," katanya pada ceramah kelompok di Lembah Sayong malam tadi.

Mohamad berkata, hanya selepas mengadakan tahaluf dengan parti lain, barulah Pas menang termasuk di Kelantan selepas bersama Semangat 46 dan di Kedah dan Perak pada 2008 ketika bersama dalam Pakatan Rakyat.

Lonjakan paling ketara katanya pada pilihan raya umum 2013 apabila Pakatan Rakyat mendapat 52 peratus undi popular berbanding BN.

"Formula inilah ditakuti oleh BN. Tapi sayang Pakatan Rakyat telah berpecah. Dan yang paling gembira adalah BN.
"Sebab itu dengan cepat kita tubuhkan Amanah dan mengusahakan bersama dengan rakan-rakan lain tubuhkan Pakatan Harapan" katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Kepimpinan Melayu dan al-Quran

Posted: 06 Jun 2016 02:19 PM PDT


Ramadan memabawa rahmat untuk seluruh alamRamadan memabawa rahmat untuk seluruh alam
Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur.
Ramadhan adalah bulan Al Qur'an: Penurunannya, pembacaannya, pengkajiannya dan penghayatannya.
Ummat Melayu di Malaysia dianugerahkan dengan tampuk kepimpinan negara. Mereka adalah tonggak kepimpinan di pelbagai peringkat, sampai yang tertinggi.
Dari se hari ke sehari, semacam terdapat rasa terancam di kalbu orang Melayu tentang kedudukan mereka sebagai tonggak kepimpinan negara. Atau mereka perlu kembali kepada kepompong keMelayuan melebihi keIslaman.
Mereka merasa seakan boleh kehilangan kuasa politik yang mereka nikmati selama ini.
Kenapa?
Apakah yang menyebabkan hakisan kekuatan kepimpinan mereka?
Adakah ancaman itu datang dari luar diri orang Melayu atau berpunca dari dalam diri mereka sendiri?
Adakah kepimpinan Melayu dan masyarakat Melayu telah menghayati Al Qur'an, untuk menjadikan kepimpinan dan kedudukan mereka kukuh dan dihormati?
Atau adakah kerana mereka sebenarnya telah mengabaikan petunjuk Al Qur'an sehingga menyebabkan nikmat yang diperolehi selama ini akan ditarik semula oleh Allah s.w.t?
Perlukah kepimpinan Melayu menilai diri mereka berdasarkan ajaran Al Qur'an untuk mengembalikan kekukuhan kepimpinan mereka?
Apakah ajaran-ajaran Al Qur'an berkait dengan kepimpinan dan berkerajaan?
Adakah ajaran-ajaran itu telah dipatuhi?
Jika ajaran-ajaran itu tidak dipatuhi, adakah wajar menyalahkan pihak lain atas kemerosotan kedudukan kepimpinan Melayu?
Jika ajaran-ajaran itu diikuti dan kepimpinan Melayu menjadi kuat dan dihormati, adakah itu tidak akan membawa rahmat kepada semua rakyat, termasuk orang bukan Melayu?
Al Qur'an memimpin.
Al Qur'an membawa rahmat kepada semua rakyat.
Al Qur'an menganjurkan menegakkan keadilan: hukum dan peradilan, ekonomi dan sosial.
Al Qur'an menganjurkan kasih sayang sesama manusia.
Al Qur'an menganjurkan hubungan baik antara kaum.
Al Qur'an menganjurkan perpaduan berteraskan kebenaran, keadilan, kemakrufan dan kesentosaan bersama.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M boleh jadi penyumbang kekalahan BN di PRK Kuala Kangsar

Posted: 06 Jun 2016 02:17 PM PDT

KUALA KANGSAR, 6 JUN: Faktor Tun Mahathir juga boleh jadi faktor penentu kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) yang diwakili Dr Ahmad Termizi Ramli dari Parti Amanah Negara (Amanah).
amanah kuala kgsarMenurut Pengarah Pilihanraya DAP bagi PRK Kuala Kangsar, Paul Yong Choo Kiong, pertembungan 'kem Najib' dan 'kem Mahathir' menjejaskan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) khususnya di kalangan ahli-ahli UMNO.
"Rakyat dapat melihat Tun Mahathir yang telah memimpin negara selama 22 tahun akhirnya keluar UMNO kerana tidak dapat menerima kepimpinan dan pentadbiran Najib Razak yang banyak dikaitkan dengan skandal rasuah seperti 1MDB dan derma RM4.3 bilion," katanya kepada Roketkini.
Paul menambah, lebih memberi tekanan terhadap BN apabila tindakan Mahathir disokong beberapa lagi pimpinan utama UMNO sebelum ini seperti bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas UMNO Tan Sri Rafidah Aziz, dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, selain pemimpim UMNO di pelbagai peringkat.
Ditanya mengenai pertembungan empat penjuru yang dilihat dapat memberi keuntungan kepada BN, Paul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh menjelaskan bahawa calon Amanah, Dr. Ahmad Termizi berbeza dari calon-calon lain.
Read More / Baca Lagi >>

P067: Apa orang Kuale mau?

Posted: 06 Jun 2016 02:15 PM PDT


Kalau sudah sampai Kuala Kangsar, tidak sah kalau tak pekena cendol dan laksa. Jadi, usai penamaan calon  Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar semalam, saya berkesempatan meronda-ronda bandar kecil ini mencari laksa dan cendol, sehari sebelum berpuasa, eloklah tu.
kuala kangsar rencanaApa istimewanya laksa di Kuala Kangsar dengan laksa di tempat lain? Beza laksa di sini ialah bahan yang digunakan. Barulah saya tahu, menurut Kak Su, laksa Kuala Kangsar dibuat dari tepung gandum dan bukannya tepung beras seperti laksa yang lain. Jadi, rasanya pun sedikit berbeza.
"Laksa ni akak buat sendiri, tak sama dengan laksa putih tu. Akak guna tepung gandum, campur garam dan minyak sikit, lepas tu uli," kata Kak Su.
Menurut ibu berusia awal 50-an ini, beliau sudahpun berniaga laksa di Kuala Kangsar sejak 15 tahun lalu. Perniagaan laksa yang diusahakan mendapat sambutan baik dari masyarakat setempat mahupun pelawat dari luar.
"Sehari akak boleh jual dalam 30 kilo," ujarnya kepada saya.
"Saya rasa kak, masa pilihanraya ni kena tambah banyak kilo lagilah," sambut saya mencelah.
"Eloklah tu, bila lagi nak macam ni, jarang-jarang pilihanraya, satu Malaysia tumpu kat sini," sampuk temannya Kak N sambal memotong bawang. Kak Su pula sibuk melayan pelangan yang baru duduk.
Saya tersenyum mendengar ngomel Kak N, mengangguk. Sebagaimana peniaga-peniaga kecil yang lain, mereka gigih berniaga. Sesekali sempat juga saya bertanya pendapat mereka mengenai politik.
"Adik ni dari NGO kan? " soal Kak N bila melihat saya mencatit sesuatu di buku nota kecil saya sambal memerhati t-shirt yang saya pakai yang tertera sloga "Never Surrender" yang merupakan t-shirt yang dibikin komuniti Pangrok Sulap.
Saya tidak pula menjawab ya atau tak, saya beritahu kak N yang saya datang untuk buat sedikit tinjauan pendapat masyarakat tempatan sempena PRK Kuala Kangsar. Mungkin jika saya cakap saya dari parti Roket, mereka akan lebih 'segan' nak berbual.
"Akak rasa sebagai peniaga, apa masalah yang akak hadapi? Bagaimana dengan majlis perbandaran?" soal saya.
"Dengan majlis memang tak ada masalah, janji ada lesen. Harga barang naik!" pantas Kak Su jawab.
Kata Kak Su, dalam tiga bulan lalu, sekilo laksa dijual RM12 sahaja, sekarang harganya sudah RM13. Kenaikan ini termasuklah harga cili burung.
Read More / Baca Lagi >>

DAP gesa Najib berhenti salah guna undang-undang untuk kepentingan peribadi

Posted: 06 Jun 2016 02:14 PM PDT


KUALA LUMPUR, 6 JUN: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhenti menyalahgunakan badan kerajaan dan undang-undang untuk mengenakan tindakan terhadap pihak yang mengkritik beliau.
lks_fahmirezanajibbadutKit Siang berkata, Najib seharusnya memulakan saman sivil kepada mana-mana pihak yang dirasakan telah menghina dan memalukan dirinya, dan bukannya menggunakan undang-undang jenayah untuk kepentingan peribadi.
Beliau turut menegaskan bahawa Najib perlu hentikan intimidasi terhadap aktivis dan pelukis grafik, Fahmi Reza yang kini disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 disebabkan lakaran imej Najib berwajah badut yang dijual dalam bentuk t-shirt.
"Apa yang harus ditekankan oleh Najib dan penasihatnya ialah mengapa wujudnya pasaran di kalangan masyarakat untuk baju lakaran badut itu, bukannya menyalahgunakan kuasa untuk menghentikan ia dari terus berlaku.
"Jika pihak kerajaan masih membantah perbuatan Fahmi selepas berbincang tentang perbuatan tersebut, barulah Najib ada hak untuk mengambil tindakan terhadap Fahmi.
"Itupun dengan memulakan saman sivil terhadapnya, bukan dengan menggunakan undang-undang jenayah," katanya.
Sabtu lalu, Fahmi Reza bersama empat yang lain termasuk Pengarah Eksekutif Institut Rakyat Yin Shao Loong dan pelukis Arif Rafhan Othman ditahan kerana menjual baju t-shirt #KitaSemuaPenghasut dengan wajah badut Najib di program KL Alternative Bookfest di Publika.
Mereka yang ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPPD) Sentul untuk siasatan lanjut dan dibebaskan semalam.
Read More / Baca Lagi >>

83% sokong perlaksanaan hudud – Syed Saddiq

Posted: 06 Jun 2016 02:12 PM PDT

Ramai peserta berpendapat undang-undang itu adalah baik untuk memerangi rasuah walaupun pada hakikatnya rasuah bukan kesalahan hudud
syed
PETALING JAYA: Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Abdul Rahman terkejut melihat sebahagian besar peserta tinjauannya di Twitter mahu hudud dilaksanakan di Malaysia.
Daripada 22,304 orang yang menyertai tinjauan selama satu minggu itu, 83% mengundi "Ya" untuk hudud dilaksanakan.
Namun melihatkan kepada komentar-komentar yang ditinggalkan oleh peserta tinjauan, Syed Saddiq merasakan ramai peserta sebenarnya tidak arif mengenai hudud.
Beliau menjelaskan, ramai peserta berpendapat undang-undang itu adalah baik untuk memerangi rasuah walaupun pada hakikatnya rasuah bukan kesalahan hudud.
"Saya bimbang dengan keputusan itu kerana sebahagian besar orang yang memberi komen di ruangan komen di Twitter saya menyokong hudud dan mengatakan bahawa undang-undang ini adalah baik untuk memerangi rasuah," katanya lapor Malay Mail Online.
Tambahnya, debat atas talian berhubung hudud dibelenggu emosi kerana penyokong dan pengkritik kanun keseksaan Islam itu mengambil jalan untuk menyerang peribadi sebagai ganti terhadap perbincangan rasional.
Read More / Baca Lagi >>

Deklarasi Rakyat juga 'turun kempen' di Kuala Kangsar

Posted: 06 Jun 2016 02:09 PM PDT

KUALA KANGSAR - Selain Parti Amanah Negara (Amanah), Pas, BN dan Bebas yang meletakkan calon untuk  bertanding, nampaknya Kumpulan Deklarasi Rakyat turut 'menyelit' dalam kerancakkan PRK  Kuala Kangsar untuk memancing tandatangan orang ramai menandatangani deklarasi itu.
Deklarasi Rakyat juga 'turun kempen' di Kuala Kangsar
‎Maka tidak hairanlah Kumpulan Deklarasi Rakyat dilihat turut 'turun berkempen' bersama-sama parti-parti yang bertanding pada PRK Kuala Kangsar kali ini.
Timbalan Pengerusi Gabungan Akar Umbi Negeri Kedah, Abdul Razak Khamis ketika ditemui di tapak bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar berkata, 'kempen' Deklarasi Rakyat  yang mereka jalankan sejak dua hari lalu berjaya menarik 2,000 tandatangan penduduk Kuala Kangsar.
"Sudah lebih 2,000 tandatangan sudah dikumpul sejak semalam. Seramai empat petugas yang akan bergerak dari masa ke masa untuk mendapatkan tandatangan," katanya kepada Sinar Online.
Menurut Abdul Razak lagi, mereka menyasarkan 20,000 tandatangan sepanjang PRK Kuala Kangsar.
"Insya-ALLAH, kami akan menyerahkan 'hasil' kami kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum hari pengundian," katanya.

"Tak Guna Julang Keris Jika Takut Tegur Kezaliman"

Posted: 06 Jun 2016 01:34 PM PDT

Sekalipun keris dijulang, dan besar (panjang) kerisnya, tapi kalau tidak ada keberanian menegur kezaliman, penyelewengan, rasuah dan juga tekanan di atas derita rakyat kita juga minta calon mereka juga ditolak (rakyat)".

Demikian kata Datuk Saifuddin Nasution di majlis ceramah memperkenalkan calon Pakatan Harapan, Ustaz Azhar Abd Shukur di Tongkat 10 Sungai Besar malam kelmarin.


Ustaz Azhar tak payah julang keris, kata Saifuddin dan jika beliau menang pada 18 Jun ini, suara pembangkang akan bertambah dan yang lebih penting dari itu ialah kita ingin mengajak rakyat supaya memahami politik negara di dalam memilih pemerintah kita sedang menuju ke arah sistem dua parti.

"Jika rakyat tidak setuju dengan Barisan Nasional, kita minta rakyat sokong Pakatan Harapan. Itu dua pilihan. Kita tak mahu rakyat beri peluang hantar Ustaz Azhar ke parlimen hanya untuk jadi "penasihat".

Saifuddin juga menjelaskan sebab mengapa Keadilan menyokong Amanah di dalam dua-dua PRK yang akan berlansung 18 Jun ini.

"Jawapannya jelas, Amanah sekutu didalam Pakatan Harapan. Noktah. Apa ertinya rakan sekutu? Ertinya kita sudah seia sekata, sehati sejiwa, mengikat janji setia," ujarnya.

"Apabila kita bekerja memenangkan Amanah dan apabila parti Amanah itu menang, orang Keadilan merasakan itu juga kemenangan buat orang-orang Keadilan. Amanah yang menang, DAP juga akan merasa kemanisan, ini juga kemenangan DAP," tambahnya lagi.

Mengulas PRK yang berlaku di bulan puasa, beliau menyatakan ia tidak jadi masalah. Katanya beliau pernah bertanding di dalam PRK di Lunas pada bulan Ramadhan tahun 2000 dan alhamdulillah beliau menang di dalam PRK itu.

Malah katanya di dalam sejarah Islam terdapat beberapa peperangan yang berlansung di bulan Ramadhan dan hampir kesemua pepernagan itu dimenangi oleh Rasulullah.


Read More / Baca Lagi >>

PRK seperti gelanggang ‘wrestling’, kata Mahfuz

Posted: 06 Jun 2016 01:30 PM PDT

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pertembungan parti-parti politik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar seperti pertemuan musuh di gelanggang gusti.
Ini kerana kata beliau, Pas dan BN hanya menumpukan usaha untuk menjatuhkan Parti Amanah Negara (Amanah), bukannya berkempen untuk mengatasi calon parti pihak lawan.
Mahfuz Omar "Bagi saya pertandingan seperti ini tak ubah macam pertandingan gusti (wrestling) di mana tiga pihak sekali lawan dalam satu pertandingan atas satu pentas gelanggang. Lalu dua pihak akan cari jalan untuk lemahkan yang satu pihak lagi.
"Bila seorang itu lemah dan berjaya dikeluarkan dari gelanggang baru dua pihak lagi akan berlawan dan bergantunglah kepada kekuatan,kehandalan dan kebijaksanaan menipu," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, tentangan daripada Pas dan BN juga seolah-olah menunjukkan Amanah parti yang digeruni oleh kedua-duanya.
"Nampaknya parti saya Pas macam sudah isytihar yang parti Amanah sebagai musuhnya dalam PRK ini dan tidak pula akan menyerang BN seperti yang dinyatakan oleh pimpinan Pas sebelum ini.
"Begitu juga BN, mengisytihar Amanah musuh mereka dan tidak Pas. Sesekali dilihat dari serangan BN dan Pas nampak macam Amanah begitu hebat dan kuat kerana ditakuti oleh Pas dan BN. Saya percaya pemerhati dan penganalisis politik Malaysia sedang melihat dalam kepeningan dengan perkembangan politik baru dari PRK ini," katanya.

BN SUDAH-SUDAHLAH MENJAJA SIMPATI....

Posted: 06 Jun 2016 01:28 PM PDT

Andaian bahawa pemilihan Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad sebagai calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar semata-mata untuk menagih simpati pengundi semakin terlihat kebenarannya.

Lihat...satu demi satu dan seperti akan berterusan lagi.


Sampai bila mahu menjaja simpati untuk ditukar dengan undi dan usaha memenangi pilihanraya semata-mata dengan mengajak pengundi menangis serta mengalirkan airmata, sedangkan orang lain menawarkan idealisme, perjuangan dan keberanian?

Apa salahnya DAP sokong AMANAH?

Posted: 06 Jun 2016 01:27 PM PDT

Guan Eng berkata, DAP dan AMANAH mempunyai matlamat dan agenda sama, iaitu menentang BN.
guan-eng-amanahGEORGE TOWN: DAP menyokong AMANAH pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana ia adalah rakan sekutu dalam Pakatan Harapan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
"Kita sokong parti AMANAH sebagai rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan. Apa salahnya kalau kita (DAP) sokong calon parti AMANAH.
"Satu tuduhan melulu kalau nak sebut kita ada agenda tertentu," katanya pada sidang akhbar hari ini.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP menyokong calon AMANAH dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana parti itu mempunyai agenda seperti menghalang perjuangan Islam yang dibawakan PAS.
Abdul Hadi berkata, tindakan AMANAH bertanding dalam kedua-dua PRK itu hanya untuk memecahkan undi yang sepatutnya diterima calon pembangkang.
Guan Eng berkata, DAP dan AMANAH mempunyai matlamat dan agenda sama, iaitu menentang BN.
PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid; Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad; Naib Ketua AMANAH kawasan Kuala Kangsar, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Read More / Baca Lagi >>

P093: Budiman tidak mahu kempennya diganggu usul Hadi

Posted: 06 Jun 2016 01:25 PM PDT

Ajukan semua soalan berkenaan usul Hadi pada PAS, kata calon BN itu
Budiman-Mohd-Zohdi
SUNGAI PANJANG: Calon BN, Budiman Mohd Zohdi tidak mahu kempennya untuk memenangi hati pengundi diganggu usul Hadi.
Ketika ditanya mengenai pendiriannya berhubung usul tersebut sekiranya menang kelak, Budiman meminta pengundi Sungai Besar supaya memilihnya terlebih dahulu.
Usul Hadi, atau Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), akan dibawa semula ke Dewan Rakyat Oktober depan.
"Fokus saya adalah nak menang PRK. Bagi saya menang dulu," katanya dalam sidang media di Operasi Utama BN di Sungai Panjang hari ini,
Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata partinya mahu menggunakan usul Hadi ini sebagai bahan kempen dalam pilihan raya kecil Sungai Besar.
Disoal lanjut, Budiman menunjukkan pihaknya tidak berminat dengan isu bawaan PAS itu.
"Saya fikir kerana isu ini dibawa oleh PAS, jadi penjelasan itu harus diambil daripada PAS.
Read More / Baca Lagi >>

P067: Calon Bebas Kuala Kangsar hina wanita

Posted: 06 Jun 2016 01:24 PM PDT

Zambry berkata, kenyataan Izat Bukhary dilihat telah memperkecilkan kemampuan golongan wanita di negara ini.
zambry-perakKUALA KANGSAR: Kenyataan calon Bebas di PRK Kuala Kangsar, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang mempertikaikan kemampuan wanita menjadi pemimpin merupakan penghinaan terhadap golongan itu.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kenyataan calon Bebas itu dilihat telah memperkecilkan kemampuan golongan wanita di negara ini.
"Ia bukan satu sikap yang baik apabila memperkecilkan kebolehan orang lain terutama wanita yang bertanding dalam PRK kali ini (calon PAS dan BN), ia tidak seharusnya ditonjolkan seseorang yang bertanding untuk mewakili rakyat," katanya selepas meninjau operasi Bilik Gerakan BN di Safari Resort, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Izat Bukhary semalam bahawa hanya lelaki layak menjadi pemimpin dan bukannya wanita.
Calon Bebas itu dipetik sebagai berkata: "Lelaki perlu menjadi pemimpin, bukan wanita. Kalau memimpin keluarga pun tidak mampu, bagaimana mereka hendak memimpin sesuatu yang lebih besar?" soalnya selepas proses penamaan calon di Dewan Jubli Perak, semalam.
Zambry yang juga Pengarah Pilihan Raya BN PRK Kuala Kangsar turut meminta semua pihak yang berkempen dalam PRK itu supaya berkempen secara berhemah bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadan.
Read More / Baca Lagi >>

P093: 'Kawan tetap kawan, namun lawan tetap lawan'

Posted: 06 Jun 2016 01:23 PM PDT

'Kawan tetap kawan, namun lawan tetap lawan' 
 Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan mengesahkan akan berkempen menentang calon Pas, Dr Abdul Rani Osman yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Manivanan berkata, meskipun pada mulanya ahli Parlimen PKR itu tersepit dengan situasi tersebut, beliau akhirnya memilih untuk mengutamakan prinsip perjuangan parti yang didukung selama ini.
"Tidak begitu sukar untuk menentang kepimpinan Abdul Rani, tetapi cukup melukakan hati saya apabila terpaksa menentang beliau dan akar umbi Pas.
"Ini adalah satu keputusan yang sukar untuk dibuat tetapi ia merupakan keputusan yang sangat diperlukan buat masa sekarang," katanya menerusi sebaran surat terbuka dituju kepada Abdul Rani, hari ini.
Katanya lagi, meskipun terpaksa berdepan dan menentang rakannya sendiri pada PRK kali ini, beliau masih tidak melupakan jasa yang ditabur oleh Pas dan Abdul Rani.
"Saya masih ingat, bagaimana Abdul Rani dan akar umbi Pas di Meru (termasuk Sementa dan Selat Klang) membantu dan membimbing saya kepada kemenangan indah pada PRU13.
Read More / Baca Lagi >>

MIC 'tutup mulut' isu hudud di Sg Besar, Kuala Kangsar

Posted: 06 Jun 2016 01:20 PM PDT

MIC akan mengambil pendekatan 'tutup mulut' dalam bantahan parti itu terhadap isu 'Rang Undang-undang (RUU) Hudud' ketika bertemu dengan penduduk Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata demikian ketika ditanya jika partinya akan mengikuti jejak MCA untuk memaklumkan tentangan hudud dalam kempennya di kedua-dua kawasan tersebut.
"Di peringkat akar umbi, ini bukan lagi suatu isu; jadi buat masa sekarang, kami tidak akan gunakannya ketika berkempen," ujar  Subramaniam kepada pemberita di Sungai Besar, hari ini.
Ditanya jika ia akan memberi kesan terhadap usaha parti itu menolak hudud di Parlimen, menteri kesihatan itu menambah: "Kita akan berdepan isu ini apabila tiba masanya."

Comments (0)