Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:06 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Masuk politik agar Islam memerintah

Posted: 05 Jun 2016 08:50 PM PDT


KUALA KANGSAR: Kempen pilihan raya di bulan Ramadan bukanlah kejanggalan, sebaliknya perlu dijadikan perbuatan yang membolehkan pahala.

Ketua Penerangan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, hanya mereka yang berfikiran negatif memisahkan politik dari agama dan dunia dari akhirat.

Sedangkan terangnya, kempen pilihan raya adalah seruan untuk memilih pemimpin dan merupakan urusan pemerintahan yang diberi perhatian semua Nabi.

Jelas beliau, PAS menyertai politik agar Islam dapat memerintah, bukannya untuk menjadikan individu atau parti berkuasa.

"Oleh sebab Umno tidak mahu berubah melaksanakan Islam, maka kita kena ketepikan dan tukar yang baru. Begitu juga Deklarasi Rakyat, cuma kempen untuk buang seorang yang berkuasa.

"Tetapi PAS berkempen untuk tukar sistem (pemerintahan) yang rosak, ekonomi pincang dan sosialnya parah. Masalahnya apabila orang (pemimpin) mengimani sistem yang salah," terangnya pada ceramah di UPU Taman Bunga Raya, di sini semalam.

Dari pemimpin dan sistem sedemikianlah menyebabkan lahirnya dasar dan polisi yang membebankan rakyat seperti GST dan sebagainya.Read More / Baca Lagi >>

P067: Calon Amanah dapat jolokan "Fadzil Noor"

Posted: 05 Jun 2016 08:29 PM PDT


Ahmad Termizi (kiri)  mendapat jolokan "Fadzil Noor" ketika perarakan ke pusat penamaan calon semalam.Ahmad Termizi (kiri) mendapat jolokan "Fadzil Noor" ketika perarakan ke pusat penamaan calon semalam.
Calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli memdapat jolokan "Fadzil Noor" di kalangan penyokong mereka ekoran wajahnya mempunyai iras dengan bekas Presiden Pas Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.
Jolokan Fadzil Noor itu mula dipopularkan ketika perarakan ke pusat penamaan calon semalam, apabila Ahmad Termizi diminta berucap di atas pentas pacuan empat roda yang disediakan.
Ia kemudian mula menjadi buah mulut para jentera dan penyokong yang menyedari persamaan itu.
Mungkin persamaan paling ketara adalah pada bentuk muka yang membujur dan juga jambang serta kumis berwarna putih di keliling wajahnya membuatkan Ahmad Termizi dilihat mirip tokoh politik Islam itu.
Allahyarham menjadi presiden Pas bermula 1989 hingga 2002. Beliau meninggal dunia pada 23 Julai 2002 pada usia 65 tahun dan diganti oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Presiden Pas sebelum beliau adalah Tuan Guru Yusof Rawa.
Allahyarham pernah menjadi ketua pembangkang parlimen ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketokohan, kepetahan serta pendekatan sederhana beliau disegani rakan dan lawan.
Beliau juga antara tokoh gerakan Islam di negara ini yang menjadi pelopor kepada idea kerjasama politik atas nama tahaluf siyasi dengan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah sehingga Pas berjaya memerintah Kelantan pada tahun 1990.
Allahyarham juga antara kawan paliang rapat kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Hari ini, Amanah yang dipelopori bekas pemimpin Pas mendakwa mereka sedang meneruskan legasi perjuangan Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas pemimpin Pas hari ini tidak lagi membawa perjuangan asal parti itu.

Punten, sajian pilihan di Sungai Besar

Posted: 05 Jun 2016 08:28 PM PDT

Ia makanan orang Jawa berasaskan nasi impit yang dicicah dengan sambal.
puntenSUNGAI BESAR: Sebut sahaja 'punten' pastinya ramai berasa pelik malah tertanya-tanya maksud perkataan itu, namun ia tidak asing bagi kebanyakan rakyat berketurunan Jawa di daerah Sabak Bernam.
Punten, adalah makanan berasaskan nasi impit, dicicah dengan sambal, merupakan antara pilihan sajian yang terkenal di Sungai Besar, Sabak Bernam dan ia mudah didapati di kebanyakan kedai makan di sini.
Bagi pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke Sungai Besar, jangan lepaskan peluang merasai sendiri sajian ini sebaik melihat monumen kebuk padi di persimpangan pekan sebagai mercu utama untuk sampai ke kawasan itu.
Berkeluasan 65,238.6 hektar, Sungai Besar kini menjadi perhatian apabila PKR kawasan Parlimen akan diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Tatkala sibuk dengan persiapan menjelang PRK Sungai Besar, pengunjung atau petugas pilihan raya patut mengambil peluang merasai keenakan makanan tersebut dan beberapa lagi jenis masakan Jawa yang terkenal di situ.
Selain popular dengan pelbagai makanan etnik, Sungai Besar juga menjadi tarikan pelancongan agrikultur bagi penggemar keindahan jelapang padi dan laut malah turut dikenali sebagai gedung pakaian murah.
Mendapat jolokan 'Jelapang Padi Selangor' dan 'pengeluar ikan segar Selangor', Sungai Besar menawarkan lebih 100 inap desa yang dibangunkan penduduk di kawasan ini bagi memenuhi keperluan pelancong tempatan dan luar negara.
Jika pengunjung ingin melawat Sungai Besar, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri tinggalan warisan sejarah yang terkenal dan masih kekal di kawasan ini iaitu Lubuk Pusing dan Masjid Jalan di Panchang Bedena.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Parti 'Tak Boleh Menang' - Mat Sabu

Posted: 05 Jun 2016 07:54 PM PDT

SUNGAI BESAR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu melabelkan PAS kini sebagai parti 'tidak boleh menang'.

Mohamad Sabu berkata sejarah politik di Malaysia telah menunjukkan bahawa mana-mana parti yang bertanding bersendirian dalam pilihan raya akan menemui kegagalan dalam perjuangan.

"Sekarang, akibat pergolakan politik, PAS kembali keseorangan. Dari sudut hukum pilihan raya, PAS tentu dah tak boleh menang.

"Kita masuk pilihan raya nak menang, melainkan kalau kita masuk pilihan raya dengan tujuan hanya nak bertanding," katanya ketika menyampaikan ceramah di Dataran Tonggak 10 di sini, malam Sabtu.

Hadir sama Penasihat DAP Lim Kit Siang, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution dan beberapa pimpinan Pakatan Harapan.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar adalah peluang untuk pengundi-pengundi PAS, terutama pengundi muda untuk melakukan perubahan.

Beliau juga meminta pengundi supaya tidak mensia-siakan undi dengan memilih PAS.

"Politik di Malaysia tak boleh bersendirian. 'Sorry'lah…Abang Mat orang lama ni, bukan sehari dua dalam politik, umur 60 lebih, cuma nampak muda.

"Jika kita balik keseorangan, tak boleh menang, saya nak nasihat elok-elok ni, inilah peluang tuan-tuan nak berubah, saya harap semua ahli PAS di Sungai Besar ini jangan sia-siakan undi," katanya.

Beliau turut memberi contoh kemenangan di Meru, Seri Kembangan, Bangi dan Paya Jaras adalah disebabkan faktor kepelbagaian kaum dalam Pakatan Rakyat yang mendokong satu perjuangan.

Read More / Baca Lagi >>

Hanya 'keajaiban politik' dapat bantu calon AMANAH

Posted: 05 Jun 2016 07:52 PM PDT

Lim Kit Siang

Saya sedang minum kopi betentangan Kafe AMG awal pagi semalam, dan secara tiba-tiba, saya merenung seketika apa tujuan saya berada di Sekinchan sedangkan selepas berkecimpung lebih 50 tahun dalam politik Malaysia, semua pihak berpendapat pilihan raya kecil ini pasti akan dimenangi oleh calon Umno / BN .
Malah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai juga begitu yakin sokongan daripada pengundi Cina kepada Umno / BN di Sungai Besar dan Semenanjung Malaysia akan kembali semula seperti apa yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak bulan lalu.
Adakah saya membuang masa saya di Sekinchan dan Sungai Besar dan perlukah saya bersara selepas 50 tahun dalam politik? Lagipun, saya bukannya muda - sudah melewati 75 tahun!
Ini akan menjadi satu pertaeungan yang amat sukar dan berat - sebenarnya hanya "keajaiban politik" dapat membantu calon AMANAH dan Pakatan Harapan, Azhar Shukor, untuk membuat kejutan pada pilihan raya kecil 18 Jun di Sungai Besar.
Ini berdasarkan faktor-faktor berikut.
1. Kerusi Parlimen Sungai Besar sentiasa adalah kubu kuat Umno / BN, dan calon-calonnya tidak pernah tewas dalam pertandingan kerusi Parlimen di kawasan ini sejak enam dekad yang lalu iaitu sejak Merdeka pada tahun 1957.
2. Walaupun pada kemuncak kuasa pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 Mei 2013 (PRU-13), di sebalik wujudnya Pakatan Rakyat, Umno / BN tetap memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar, walaupun dengan majoriti tipis 399 undi.
3. Sekarang, Pakatan Rakyat sudah tidak ada lagi - terima kasih kepada keengganan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk setia dan ikhlas terhadap Kerangka Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti DAP, PKR dan PAS dan secara unilateral beliau mendesak untuk pelaksanaan hudud.

4. Walaupun kini wujd pakatan pembangkang yang baru, Pakatan Harapan (HARAPAN), yang ditubuhkan untuk menggantikan Pakatan Rakyat, namun Parti Amanah Negara, (AMANAH) parti politik paling muda di negara ini, hanya berusia kurang sembilan bulan. Kedua-dua HARAPAN dan AMANAH adalah entiti politik yang belum teruji. Mampukah mereka melakukan lebih baik daripada PAS dan Pakatan Rakyat seperti pada PRU13?
5. Walaupun calon pembangkang tewas dengan majoriti tipis 399 undi di Sungai Besar pada PRU13 adalah dari PAS, 18,296 undi yang diperolehi oleh calon PAS, atau 48.6 peratus yang dimenangi oleh calon Umno atau kejayaan meraih 18,695 undi, keputusan PRU13 ini adalah yang terbaik yang pernah dicapai oleh calon PAS yang bertanding di kawasan. Ini kerana calon PAS itu bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat, dengan sokongan daripada DAP dan PKR.

Undi calon PAS bakal merosot

Kini, selepas PAS mencabuli Dasar Bersama Pakatan dan menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah, calon PAS dijangka mendapat undi yang berkurangan dan bukannya lebih daripada angka pada PRU13. Saya menjangkakan calon PAS kehilangan lebih 10,000 undi berbanding dengan apa yang diperolehi parti itu pada PRU 2013.
Read More / Baca Lagi >>

Isu 1MDB, ketirisan tumpuan AMANAH raih sokongan PRK

Posted: 05 Jun 2016 07:49 PM PDT

AMANAH memberi tumpuan terhadap skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, berkata isu terbabit termasuk ketirisan berlaku dalam pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika ini menjadi kecaman rakyat berbanding isu lain.
Katanya, ini termasuk pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah dicadangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak disentuh pimpinan parti itu dalam kempen mereka.
"Kita tumpukan pada isu 1MDB dan ketirisan berlaku dalam kerajaan.
"Pasal pindaan itu (Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah) pergi tanya PAS, lagipun ia belum dibahaskan di parlimen," katanya kepada media di sini, hari ini.
PRKPakatan Harapan (PAKATAN) diwaliki AMANAH menerusi calonnya, Azhar Abdul Shukur akan menghadapi dua calon lain iaitu Dr Abdul Rani Osman dari PAS dan Budiman Mohd Zohdi (BN).
Manakala di Kuala Kangsar, calon PAKATAN, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (AMANAH) akan ditentang tiga calon lain, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Datin Mastura Mohd Yazid (BN) dan Izzat Bukhari Ismail Bukhari (Bebas).
Mengulas perkara itu, beliau berkata, keyakinan AMANAH tinggi untuk meraih kemenangan dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu.
"Kita yakin dengan sokongan ditunjukkan rakyat kebelakangan ini dan kita akan bekerja keras untuk mencapai kemenangan," katanya.

PAS dan AMANAH masih bermasam muka di PRK Sungai Besar

Posted: 05 Jun 2016 07:11 PM PDT

Walaupun dikatakan mempunyai fokus dan matlamat sama iaitu menumbangkan UMNO/BN pada PRK ini, kedua-dua pemimpin parti yang dulunya duduk semeja kini mengasingkan diri.
Pas-amanah
SUNGAI BESAR: PRK Sungai Besar masih menyaksikan pemimpin PAS dan parti serpihannya, AMANAH bermasam muka.
Walaupun dikatakan mempunyai fokus dan matlamat yang sama iaitu menumbangkan UMNO/BN pada pilihan raya ini, kedua-dua pemimpin parti yang dulunya duduk semeja kini mengasingkan diri.
Sebaliknya, pemimpin PAS mula mendekatkan diri dengan BN, PKR dan juga DAP.
Jelas dapat dilihat kemesraan itu apabila pemimpin parti Islam berkenaan bersarapan bersama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta pemimpin lain pada hari penamaan calon semalam.
Manakala, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pula sempat beramah mesra dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Namun, perkara yang sama tidak dapat dilihat di antara pemimpin PAS dan AMANAH. Ia diakui sendiri Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man apabila katanya tidak ada seorang pun pemimpin tertinggi parti itu dan AMANAH bertemu empat mata.
"Tidak, tidak ada seorang pun pemimpin AMANAH datang bertemu dengan saya," kata Tuan Ibrahim ketika ditemui pada majlis penamaan calon, di Dewan Seri Bernam, hari ini.
Bagaimanapun, pada sidang media kemudiannya, Mustafa ketika diajukan soalan sama menyatakan beliau bertemu degan pemimpin AMANAH dan parti lain sebagai kawan biasa dan bukannya seperti abang dan adik.
Namun tegasnya, kawan tetap kawan dan lawan tetap lawan.
Isu pemimpin PAS bermasam muka dengan pemimpin pembangkang masih tidak terhenti. Wartawan FMT ketika majlis penamaan calon berlangsung melihat sendiri salah seorang pemimpin muda PAS tidak menghormati Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Never in Sarawak, says Adenan

Posted: 05 Jun 2016 07:09 PM PDT

We are multi-racial, we are not Kelantan, we are against the bill on principle, he says after PBB leaders meeting.
adenan-satem-hudud
KUCHING: Hudud would never be practiced in Sarawak, says Adenan Satem, the state's chief minister, after a leadership meeting of the ruling Parti Pesaka Bumiputra Bersatu.
"We will not support the so-called hudud bill. We are a multi-racial country. Muslims only constitute 25 percent (of Sarawak's population). We are not Kelantan," he said after chairing a meeting of the PBB supreme council.
"But anyway, on principle, we are against the hudud bill."
He was referring to a private member's bill brought to Parliament by PAS president Abdul Hadi Awang, which was scheduled for debate in the Dewan Rakyat last Thursday after the government made no objection. However Hadi requested that the debate be deferred to the next meeting in October.
The bill seeks parliamentary approval to amend federal law and allow Kelantan's syariah courts to impose Islamic criminal penalties under state law, such as whipping for adultery. It has faced resistance from both Barisan Nasional and opposition leaders.
Five political parties in Sabah and Sarawak have stated their opposition to the bill while Sarawak PAS commissioner Jofri Jaraiee said that the state chapter of the party supported Hadi's move. He said non-Muslim legislators should not interfere with the bill as they would be interfering in the affairs of Islamic religious law.

Speaker: Hadi’s bill violates equal protection

Posted: 05 Jun 2016 07:08 PM PDT

Sarawak state assembly head says expansion of syariah court power is unconstitutional and unfair to Muslims
Mohd-Asfia-Awang-Nassar
KUCHING: The Hadi bill for expanded Shariah court powers in Kelantan is unconstitutional and should have been thrown out of Parliament, according to the Speaker of the Sarawak state assembly, Mohd Asfia Awang Nassar.
The bill seeks an amendment to federal law to allow all states' Shariah courts to impose Islamic criminal penalties, such as lashing for adultery, on Muslims.
Asfia said the proposal would result in unequal and unfair treatment of Malaysians under the law. "It's unconstitutional. It flagrantly violates Article 8 of the Federal Constitution, whereby all persons are equal under the law, and entitled to the equal protection," he told reporters at a pre-assembly meeting today.
PAS president Abdul Hadi Awang has sought to table a private member's bill for approval by Parliament. Last week, the bill was moved for debate after the government said it had no objection. However, Hadi requested that the debate be deferred to the next meeting of the House in October.
Kelantan, which is under a PAS-led government, has amended state legislation to empower its Shariah courts to impose Islamic penalties for some criminal offences. Hadi's bill seeks to amend federal law, the Shariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965, to enable the state law to come into effect.
Read More / Baca Lagi >>

Nancy: No need to expand Shariah court powers

Posted: 05 Jun 2016 07:06 PM PDT

Federal minister upholds Sarawak stand and warns of conflict with Constitution and human rights.
nancy
KUCHING: Federal minister Nancy Shukri has stood firm against expanding the punitive powers of state Shariah courts as being unconstitutional and a potential violation of human rights.
Current laws were sufficient to deter crime, said Nancy, whose portfolio as minister in the Prime Minister's Department covers legal affairs.
"I have to consistently stay with the Sarawak leaders and the state government's decision that we are not going to support that sort of proposal, whether they call it hudud or not," she told reporters here today after attending Parti Pesaka Bumiputera Bersatu's supreme council meeting.
"We already have sufficient Shariah law. There is no need to have a new one, or to increase what we already have, which we don't really even implement it," she said.
She said there was a possibility of conflict with the Federal Constitution, especially with regards to human rights.
Read More / Baca Lagi >>

Is PAS’ new politics for real?

Posted: 05 Jun 2016 07:05 PM PDT

It must go beyond rhetoric to prove that it is truly a party for all.
pas-1
When PAS announced that it would be the "third force" in Malaysian politics, not many people outside the party took it seriously. The Islamist party had just been hit by the mass resignation of its "professionals", who went on to form Parti Amanah Negara. And that happened not long after the death of Nik Aziz Mat, the party's charismatic spiritual guide.
Furthermore, PAS did not explain how it would go about accomplishing the goal of becoming the third force. Many others had tried to fulfil that role and failed.
At the party's recent muktamar, however, the PAS leadership gave something of an outline of how it would play that role. The leaders spoke of practising a kind of politics governed by a "Budaya Politik Matang Sejahtera" (BMPS), which translates roughly to "Mature and Progressive Political Culture".
BPMS calls for the shunning of excessive politicking. PAS would be open to discussing all matters with all organisations and looking at the bigger picture for the greater good. It will not be an opposition party opposing everything the government does just because it is on the other side of the fence. It will support what is good.
A number of PAS leaders and delegates at the muktamar called for the PAS Supporters Wing, made up of non-Muslims, to be strengthened so it could help the party reach out to the non-Muslims. In fact a proposal to allow non-Muslims to become PAS members is apparently being considered by the party's leadership. This would go a long way towards showing that PAS is truly a party for all. It is a more sensible way of getting the non-Muslim vote than entering into fragile marriages of convenience.
Read More / Baca Lagi >>

PRK P093: Mungkin ada yang beralih sokongan, tapi...

Posted: 05 Jun 2016 07:02 PM PDT


SUNGAI BESAR - Pas membayangkan masih mampu memenangi PRK Parlimen Sungai Besar meskipun mengakui segelintir pengundi parti itu pada PRU13 lalu beralih sokongan kepada Pakatan Harapan.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas yakin dapat menarik pengundi Umno yang dijangka berpecah dua untuk menyokong Pas sekali gus mampu merampas kerusi yang dimenangi BN pada PRU13 lalu.
"Kadang-kadang bila berlakunya perpecahan ini, tak semestinya mendatangkan sesuatu yang negatif. Boleh jadi pengundi Cina akan pergi ke DAP atau Parti Amanah Negara (Amanah).
"Kita perlu tahu juga, kemungkinan pengundi Umno akan berpecah dua dan tak mustahil mereka beri sokongan kepada Pas," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Ketua Lajnah Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Pas sentiasa bersikap optimis bahawa mereka sentiasa berpeluang untuk menang, asalkan strategi, cara kempen dan ahli parti itu bekerja keras.
"Kami telah mengambil ketetapan apa jua keadaan, termasuk tiga penjuru kita tetap meneruskan langkah dan perjuangan kita untuk berdepan dengan sesiapa saja kerana kita membawa ideologi dan prinsip perjuangan yang jelas.
"Kita tak boleh kompromi dalam urusan prinsip perjuangan ini. Kita akui PRK ini bukanlah mudah, tetapi jika semua jentera parti bersatu-padu, saya yakin kita mampu peroleh kemenangan," katanya.

Tipulah jika Umno tak sedar MCA anti-Islam, kata Ridhuan Tee

Posted: 05 Jun 2016 06:56 PM PDT

Menurut Ridhuan, MCA tidak pernah menggunakan khidmat saya sebagai jambatan untuk memahami Islam.
ridhuan-tee-mca-umno
PETALING JAYA: Pensyarah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah hari ini membidas bekas partinya MCA sebagai "parti ultra kiasu yang anti Islam" yang berpura-pura menyokong kerajaan bagi mendapatkan projek, tetapi sebenarnya menentang agenda Islam.
"Ironinya, DAP lebih berterus terang daripada MCA, yang menjadi musuh dalam selimut. Tipulah, jika Umno tidak sedar," kata Ridhuan, yang sebelum ini mengejutkan ramai pihak berkenaan keahliannya dalam parti Cina itu.
Ridhuan mengumumkan keluar MCA kerana parti itu menentang rang undang-undang yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awnag, bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Menulis dalam akhbar Sinar Harian hari ini, Ridhuan menyelar pemimpin MCA kerana tidak sedar mengenai keahliannya.
"Kononnya tidak nampak muka saya dalam acara mereka. Perlukah kesemua 1.07 juta ahli menghadiri acara MCA? Dewan mana yang boleh memuatkan? Layakkah mereka memimpin negara?"
Katanya, dalam 20 tahun bersama MCA, ia tidak pernah meminta bantuannya bagi memahami Islam.
"Pemimpinnya jahil tentang ahli mereka sedangkan saban kali saya menerima emel berita buletin MCA. Bagaimanakah saya rasis sehingga 20 tahun di MCA? Isteri saya Melayu lah. Siapa rasis?" tanya beliau.
Ridhuan juga menuduh MCA cuba melobi bertanding kawasan majoriti Melayu, termasuk di Gua Musang, Kelantan.
"Sekiranya Umno melayan permintaan MCA, Umno akan kehilangan lebih banyak kerusi malah mengkhianati amanah Melayu Islam."
Read More / Baca Lagi >>

Ceramah Perdana PAS di Kuala Kangsar kurang sambutan

Posted: 05 Jun 2016 06:52 PM PDT

Ceramah Perdana PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang turut dihadiri kepemimpinan tertinggi parti itu malam semalam dilaporkan kurang mendapat sambutan.
Menurut portal Berita Harian Online, ceramah yang berlangsung di padang di Taman Bunga Raya, di Kuala Kangsar yang adalah ceramah sulung PAS sempena PRK kali ini itu hanya dihadiri kira-kira 200 hadirin termasuk penyokong parti.
Antara pemimpin PAS yang hadir termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta naib presidennya, Ahmad Idris serta calon parti itu, Dr Najihatussalehah Ahmad.
Portal itu melaporkan Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang menggunakan pentas berucap pada malam semalam bagi memberi penjelasan berkenaan keputusannya membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Mahkamah Syariah.
Malah, beliau juga menempelak sikap DAP yang secara berterusan mempersoal usaha PAS membawa usul bagi membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat, biarpun berpuluh penjelasan dibuat.
"Pindaan ini adalah apa yang pegawai agama negeri mahukan, malah mufti juga perjuangkan, ini untuk menambah hukuman dan tiada kaitan dengan orang bukan Islam," katanya.

Islam lebih dihayati dalam negara sekular?

Posted: 05 Jun 2016 06:49 PM PDT

Konsep sekularisme biasanya ditentang oleh gerakan Islam Malaysia tetapi bagi seorang pakar perundangan Islam, agama hanya boleh benar-benar dihayati di dalam sebuah negara sekular.
Menurut Prof Abdullahi Ahmed An-Naim, keimanan sebenar kepada apa pun agama, termasuk Islam, hanya boleh dibentuk sekiranya seseorang itu hidup di bawah pemerintah yang bersikap neutral terhadap agama.
Iaitu sebuah pemerintah yang tidak menghalang aktiviti penganut apa-apa agama dengan syarat penganut itu tidak mencabuli hak agama lain, dan pemerintah juga tidak memihak kepada apa-apa agama.
Akan tetapi, hujah pensyarah undang-undang itu tidak bermakna agama dan politik itu tidak boleh bercampur.
Sebaliknya, penganut agama tidak boleh dihalang daripada terlibat di dalam politik seperti menyertai parti, membuang undi atau membentuk dasar, berdasarkan kepercayaan mereka, kata Abdullahi.
"Hujah saya adalah saya boleh menjadi seorang Muslim yang lebih baik di dalam negara sekular berbanding dengan sesebuah negara yang mendakwa ia negara Islam," kata Abdullahi yang berasal daripada Sudan tetapi kini menetap di Amerika Syarikat.
"Saya percaya bahawa sikap neutral negara terhadap agama adalah kondusif kepada ketulenan penghayatan saya terhadap Islam," beliau berkata di dalam sebuah kuliah di Sunway University baru-baru ini.
"Oleh itu tuntutan saya untuk sebuah negara sekular adalah pada asasnya, Islamik."
Niat dan paksaan
Hujah Abdullahi nampaknya agak kontroversi, terutama di dalam suasana masyarakat Malaysia dicengkam rhetorik hukuman hudud, perlaksanaan undang-undang Syariah dan perselisihan antara penganut berbagai agama.
Malah gerakan Islam konservatif sering berkata bahawa "Islam adalah agama Persekutuan" bagi menjustifikasikan campurtangan penguatkuasa agama di dalam kehidupan orang Muslim dan juga bukan Muslim.
Read More / Baca Lagi >>

Calon Pakatan Harapan, sebelah kaki pengundinya Pas-Amanah, kata Budiman

Posted: 05 Jun 2016 06:47 PM PDT


Pertembungan tiga penjuru antara calon (dari kiri) Dr Azhar Shukur, Budiman  Mohd Zohdi  dan Dr Abdul Rani Osman.Pertembungan tiga penjuru antara calon (dari kiri) Dr Azhar Shukur, Budiman Mohd Zohdi dan Dr Abdul Rani Osman.
Sejumlah 42,655 pengundi di Parlimen Sungai Besar harus bijak membuat pilihan calon wakil rakyat yang boleh menjadi "perantara" antara masalah rakyat dengan kerajaan, kata calon BN Budiman Mohd Zohdi.
Beliau yang bakal berhadapan dengan dua calon lagi dari Amanah dan Pas juga berpandangan walaupun Amanah dikatakan sebagai calon Pakatan Harapan, tetapi dalam masa sama mereka datang dari "pakatan" yang sama pada PRU13 lalu.
"Kita mahu cari wakil rakyat yang boleh jadi 'mediator' (perantara) antara masalah rakyat dengan kerajaan.
"Dalan situasi itu bagaimana mahu ambil tindakan berkesan dalam gerak kerja menyelesaikan masalah rakyat.
" Lebih-lebih lagi calon Amanah, yang mana parti yang mahu disokong itu pula tiada wakil di peringkat negeri dan pusat pada masa ini.
"Kalau kita lihat dalam kontek hari ini, sudah ada Pas dan Pakatan Harapan dan dalam masa sama mereka datang dari 'pakatan yang sama' dulu (Pakatan Rakyat).
"Dalam PRK kali ini, jika menilai persepaduan parti lawan, mereka dilihat  sangat rapuh.
"Pakatan Harapan mereka bukan pakatan rakyat tetapi pakatan pemimpin.
"Kalau kita lihat konteks yang berlaku hari ini bukan disebabkan oleh rakyat tetapi pemimpin mereka berpecah membentuk pakatan baru.
"Bukan rakyat berkehendak begitu tetapi pemimpin mereka yang mahu begitu.
"Dalam konteks Selangor, jika pengundi pilih calon Amanah maknanya sebelah kakinya Pas, kalau pilih Pas sebelah kakinya Amanah.
"Kelemahan mereka (pemimpin) yang tidak mahu bersatu, itulah satu kelemahan," ujarnya merujuk kepada kumpulan pemimpin dan pengundi 'harum manis'  dan perbalahan pemimpin DAP-PKR dengan Pas  dalam wawancara diadakan bersama Malaysia Dateline.
Semalam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia telah menerima kertas pencalonan daripada tiga calon iaitu Budiman Mohd Zohdi (BN) pada pukul 9.03 pagi, Azhar Abdul Shukur pada 9.05 (Amanah) dan Dr Abdul Rani Othman (Pas) pada 9.12 pagi di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar semalam.Budiman Mohd Zohdi calon BN di PRK Sungai BesarBudiman Mohd Zohdi calon BN di PRK Sungai Besar

Budiman,44, yang juga Ahli Dewan Undang Negeri(Adun) Sungai Panjang mahu menonjolkan diri sebagai calon "underdog" pada PRK Sungai Besar.
Read More / Baca Lagi >>

Siasat bukti baharu skandal 1MDB

Posted: 05 Jun 2016 03:22 PM PDT


ALOR SETAR - Pihak berkuasa digesa bersikap telus dan memandang serius beberapa pendedahan terbaharu dan mengejutkan berhubung apa yang didakwa sebagai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, siasatan ke atas 1MDB wajar diteruskan susulan penemuan buktibukti baharu yang didedahkan itu.
"Wall Street Journal telah mendedahkan sekeping surat daripada Bank Negara Malaysia kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hassan Ariffin.
"Surat itu mengesahkan syarikat Good Star Limited yang menerima bayaran sejumlah AS$1.03 bilion dolar (RM4.2 bilion) daripada 1MDB adalah milik Jho Low," katanya.
Menurutnya, ini mengesahkan andaian sebelum ini bahawa Jho Low memainkan peranan secara langsung dalam pergerakan wang 1MDB. Mukhriz berkata, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) sebelum ini telah menafikan pembabitan Jho Low namun, tindakan BNM menyaman pendedahan surat terbabit seakan mengesahkan bahawa maklumat surat itu adalah sahih.
"Sebelum ini dikatakan syarikat Good Star Limited kononnya anak syarikat Petrosaudi.
Nampaknya dakwaan itu meleset. Saya andaikan maklumat terbaharu itu penting dalam menjalankan siasatan. Jangan tutup siasatan ini," katanya.
Menurutnya, dengan adanya maklumat penting ini, semua agensi penguat kuasa seperti Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PAC harus meneruskan siasatan kes 1MDB.
"Rakyat menuntut pendedahan dan mahukan kebenaran didedah. Saya tidak nampak kenapa kita perlu sembunyikan fakta ini dengan menggunakan OSA (Akta Rahsia Rasmi) kerana ini maklumat penting yang ada kaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

NAMA NAJIB JANGAN SESEKALI DILUPAKAN....

Posted: 05 Jun 2016 02:57 PM PDT

Mesej paling penting dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun nanti ialah untuk menghantar mesej penolakan terhadap kepimpinan Najib Razak.

Kalahnya BN nanti dalam pilihanraya itu, walaupun mungkin tidak merubah apa-apa atau Najib boleh saja terus berdegil untuk kekal sebagai Perdana Menteri, tetapi sekurang-kurangnya harapan rakyat untuk melihat perubahan dalam PRU 14 semakin ternampak sinarnya.

Kemenangan BN pula pasti akan menambahkan lagi "kembangnya kepak" Najib untuk terus memimpin dan menghadapi pilihanraya umum akan datang dengan keyakinan yang semakin bertambah.

Oleh yang demikian, pilihan yang ada bagi Pakatan Harapan selain berusaha sedaya mungkin memastikan kekalahan BN ialah menjadikan Najib sebagai sasaran utama sepanjang kempen dan ceramah yang akan diadakan. 

Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar harus disedarkan mengenai beban yang terpaksa mereka tanggung selagi Najib tidak berjaya diundurkan dan bagaimana banyak kemanfaatan dapat dijelmakan sekiranya ketiadaannya dapat dijadikan kenyataan.

Daripada kenaikan kos sara hidup, beban GST, peningkatan hutang negara, Perdana Menteri dan keluarga paling bermewah dan membazir, terpalit dengan skandal kewangan terbesar dunia, 1MDB yang ditubuhkannya sedang disiasat oleh sekurang-kurangnya 7 buah negara, duit beribu-ribu juta pernah ada dalam akaun peribadinya, didedahkan media terpalit dengan penggubahan wang haram dan sehinggalah kepada pandangan buruk antarabangsa terhadap Malaysia, semuanya adalah Najib puncanya.

Daripada enam Perdana Menteri yang kita ada setakat ini, Najib ternyata mencipta rekod paling buruk untuk negara.

Tugas menyedarkan pengundi itu tentulah menjadi tanggungjawab Pakatan Harapan yang meletakkan calon Amanah di kedua-dua pilihanraya ini, dan bukannya boleh disandarkan kepada Pas, meskipun kedua-dua berlawan dengan calon BN juga. 

Pakatan Harapan adalah gabungan pembangkang yang lengkap dan mewakili semua kaum serta selayaknya menawarkan kerajaan alternatif kepada rakyat. Pas pula hanya mewakili satu kaum saja dan tidak  mungkin mampu membawa sebarang perubahan. 

Lagi pun, Pas juga awal-awal lagi mengatakan mereka tidak mahu berebut kuasa dengan BN dan selesa jika dapat menjadi penasihat kerajaan saja.

Dengan itu, calon Amanah sebenarnya menggalas amanah yang cukup besar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Read More / Baca Lagi >>

Undi PAS sama seperti undi UMNO?

Posted: 05 Jun 2016 02:52 PM PDT

Mujahid Yusof Rawa membidas kenyataan pemimpin PAS yang mendakwa sokongan terhadap AMANAH dalam PRK kali ini bermaksud menyokong DAP.
Mujahid-pas-umno
SHAH ALAM: Naib Presiden AMANAH Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa membidas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali yang menyifatkan sokongan terhadap parti serpihan itu sama seperti menyokong DAP.
Beliau merujuk kenyataan Mustafa pada muktamar parti itu yang berlangsung baru-baru ini seperti dilaporkan dalam Sinar Harian, 3 Jun lalu.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengelirukan, Mujahid berkata ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang ahli politik veteran seperti Mustafa.
"Bila orang lama seperti Mustafa hendak matang dan menunjukkan jalan kepada generasi muda jika beliau hanya berulang menyalahkan orang lain tetapi gagal mengkritik diri sendiri?
"Tidak adil masalah PAS dan AMANAH dipertanggungjawabkan ke atas DAP untuk menutup kelemahan pimpinan PAS yang gagal berubah mengikut keperluan semasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata AMANAH bukan lahir daripada DAP, sebaliknya ekoran kecelaruan PAS yang menjejaskan usaha menuju politik baharu nasional.
Beliau turut memulangkan paku buah keras kepada Mustafa yang menurutnya mengikut naratif perkauman Umno dalam menyerang DAP dan AMANAH.
"Saya mengharapkan perkara baharu daripada seorang veteran PAS tetapi ternyata PAS kehabisan peluru dan terpaksa memakai peluru UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M sindir keris PAS lebih panjang daripada UMNO

Posted: 05 Jun 2016 02:50 PM PDT

Nasionalisme kini diukur berdasarkan kepanjangan keris. Lebih panjang keris lebih nasionalis. Sekarang mereka (PAS) sedar mereka orang Melayu, sindir Dr Mahathir.
mahathir-keris
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PAS kini sebuah parti yang lebih nasionalis daripada UMNO.
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu menyindir parti Islam itu susulan pemimpinnya menggunakan keris, lebih panjang berbanding yang pernah digunakan UMNO pada majlis perasmian Muktamar PAS ke-62 Khamis lalu.
Katanya, PAS sebelum ini pernah mengkritik UMNO apabila parti itu menggunakan keris dan memakai busana baju Melayu menjelang perhimpunan agung UMNO setiap tahun.
Namun Mahathir berkata perbuatan itu nampaknya kini terbalik dan meresap ke dalam jiwa pemimpin PAS pula.
"Sebelum ini mereka kritik UMNO sebagai nasionalis. Sekarang mereka lebih nasionalis kerana keris mereka lebih panjang daripada UMNO.
"Kita ukur nasionalis berdasarkan kepanjangan keris. Lebih panjang keris lebih nasionalis. Sekarang mereka sudah sedar mereka orang Melayu," sindir Dr Mahathir pada sidang media selepas merasmikan pelancaran buku 'Perjuangan Tanpa Noktah & The Misunderstood Man' di Saloma Bistro hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang paling menjadi tumpuan kerana memotong pulut besar dengan keris panjang semasa majlis perasmian muktamar Khamis lepas, sehingga mendapat kritikan banyak pihak termasuk musuh politik mereka.
Read More / Baca Lagi >>

PAKATAN yakin rakyat bijak buat pilihan

Posted: 05 Jun 2016 02:49 PM PDT

Pakatan Harapan (PAKATAN) yakin rakyat khususnya di Sungai Besar bijak membuat pilihan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu, 18 Jun ini.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata ia berpandukan kecemerlangna Kerajaan Negeri dipimpin gabungan itu untuk meraih kejayaan.
"Kita harap akan menanglah, berdasarkan situasi di Selangor bukan mudah untuk membuat pilihan tetapi pengundi tahu dan bijak memilih," katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.
PRK Sungai Besar menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon PAKATAN dari AMANAH, Azhar Abdul Shukur serta Calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dan calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi.
Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, PAKATAN berusaha gigih dalam tempoh kempen walaupun pihak lawan terutama BN memilik kelebihan.
"Kita realistik dalam mana-mana pilihan raya kecil, kita berhadapan dengan jentera BN yang kuat," katanya.
PRK Sungai Besar diadakan semula ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Azmin: Tumpu kalahkan BN di PRK

Posted: 05 Jun 2016 02:46 PM PDT

Kehadiran Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar mencuri tumpuan petugas media yang membuat liputan proses itu.
Mohamed Azmin tiba kira-kira jam 9.05 pagi di perkarangan Dewan Seri Bernam di sini sebelum bersarapan bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Menteri Besar Selangor itu bersama Dr Wan Azizah kemudian meluangkan masa beramah mesra dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Mustapa Ali berserta calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi dan pimpinan BN dan PAS lain.
Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, beliau mengarahkan jentera Pakatan Harapan membantu kempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Saya harap dan menggesa kedua-dua parti PAS dan Amanah supaya memberi fokus kepada BN dalam dua PRK ini," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan turun lebih kerap pada dua PRK ini, Mohamed Azmin berkata, beliau cuba berbuat demikian.
"Seperti tahun sebelumnya saya mempunyai jadual rasmi bersama DYMM Sultan Selangor berbuka puasa setiap malam.
"Namun saya cuba turun padang membantu bagi kempen PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar," kata Mohamed Azmin.

PRK P093: Hubungan Pas - PKR tidak terjejas

Posted: 05 Jun 2016 02:44 PM PDT

SUNGAI BESAR - Pas optimis hubungannya dengan PKR di Selangor tidak terjejas walaupun parti itu menyokong calon Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, perkara itu tidak menjadi masalah kepada hubungan politiknya dengan PKR memandangkan situasi sama pernah berlaku di negara lain.
Iskandar Abdul Samad Mengambil contoh di Britain, beliau berkata kerajaan campuran parti Konservatif dan Liberal Demokrat berjaya mengekalkan kerajaan perpaduan yang dibina selama lima tahun walaupun bertanding dalam beberapa pilihan raya kecil.
"Tiada masalah sebenarnya dan kita sepatutnya mempunyai kematangan politik perkara ini," katanya pada sidang media di Markas Pas di sini, hari ini.
Beliau mengulas kehadiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR pada proses penamaan calon Amanah pada PRK Sungai Besar di Dewan Seri Bernam di sini, hari ini.
Mohamed Azmin sebelum ini tidak menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil itu pada Rabu lalu bagi mengelakkan konflik kepentingan dalam kerajaan negeri.
Tiga anggota Exco Pas dalam kerajaan Selangor ialah Iskandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy Abdul Talib.
Read More / Baca Lagi >>

PRK P067: Pas lebih kuat berbanding Amanah

Posted: 05 Jun 2016 02:42 PM PDT

KUALA KANGSAR - Pas mengakui mereka lebih kuat di kawasan Parlimen Kuala Kangsar berbanding Amanah.
Pas lebih kuat berbanding Amanah Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, perkara itu dibuktikan berdasarkan kepada kekuatan akar umbi meliputi 35 cawangan di dalam Pas Kawasan Kuala Kangsar.
Beliau berkata, penyertaan Amanah pada PRK Parlimen Kuala Kangsar kali ini memberi kelebihan kepada BN kerana Pas menjangkakan pertembungan dua penjuru.
"Amanah seolah-olah memberi tongkat kepada BN kerana mereka sendiri tahu tiada kekuatan.
"Ini kerusi tradisi Pas dan sepatutnya kita hanya bertembung dengan BN," katanya kepada media, di Wisma Pas Kawasan Kuala Kangsar, di sini, hari ini.
Hadir sama pada sidang media itu, Ketua Penerangan Pas Perak, Dr Mohd Zuhdi ‎Marzuki dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Muhammad Ismi Mat Taib.
Idris berkata, bagaimanapun Pas tidak takut untuk berhadapan dengan sesiapa dan menggunakan politik matang ketika berkempen.
Menurutnya, kemenangan Pas di Parlimen Kuala Kangsar penting sebagai signal rakyat bagi membukti mereka memang menolak BN disebabkan beberapa isu yang menghimpit rakyat.

Anwar Ibrahim: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Posted: 05 Jun 2016 08:47 AM PDT

Comments (0)