Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:16 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Sg Besar: Ribuan iringi calon PAS, yakin peluang menang ada

Posted: 04 Jun 2016 08:38 PM PDT

Penamaan Calon PRK P067 Kuala Kangsar - Lensa 5

Posted: 04 Jun 2016 08:30 PM PDT













AMANAH bertanding, PRK Kuala Kangsar sengit

Posted: 04 Jun 2016 08:24 PM PDT

Tidak guna julang keris kalau takut menegur kezaliman, tegur PKR

Posted: 04 Jun 2016 08:24 PM PDT

PAS dan UMNO makan satu meja, mesra di Sg Besar

Posted: 04 Jun 2016 08:23 PM PDT

PRK P067: Abu Backer koyak kertas pencalonan

Posted: 04 Jun 2016 08:21 PM PDT

Abu Backer Sidek Mohd Zan yang mahu bertanding sebagai calon bebas di Kuala Kangsar menarik balik dan mengoyakkan borang pencalonan selepas pencadang dan penyokongnya tidak dibenarkan masuk ke dewan penamaan calon.
Kejadian itu berlaku selepas pencalonannya ditolak oleh pegawai pengurus pilihan raya, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria.
Abu Backer kemudian dilihat menuju ke meja pegawai berkenaan dan menjerit dengan mengatakan beliau juga mempunyai maruah diri.
Selepas berkata sesuatu dengan Mior, beliau meninggalkan dewan dan kembali semula menyerahkan borang pencalonan, tetapi ditolak sekali lagi.
Ketika ditemui kemudian, Abu Backer mendakwa seseorang tidak mahu beliau bertanding di kawasan itu.
Abu Backer sebelum ini pernah bertanding di Bukit Gelugor pada tahun 2014, dan mencuri tumpuan apabila menghalang kereta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, selepas kecewa tidak bertemu pemimpin DAP itu.
Susulan itu PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Calon BN, Mastura Mohd Yazid, calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad, calon parti Amanah Negara (AMANAH) Ahmad Termizi Ramli dan seorang calon bebas, Izat Bukhari Ismail Bukhari.
Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kuala Kangsar, Meor Mohd Jamil Meor Zakaria ketika mengumumkan perkara itu berkata, pihaknya menerima empat borang pencalonan.
"Saya telah menyemak dan berpuas hati dengan senarai calon yang dikemukan serta tiada calon yang ditolak bagi penamaan calon hari ini.
"Dengan ini saya mengumumkan kesemua calon ini sah bertanding bagi parlimen Kuala Kangsar," kata Meor Mohd Jamil.
Read More / Baca Lagi >>

PRK P067: Empat penjuru di Kuala Kangsar

Posted: 04 Jun 2016 08:07 PM PDT


KUALA KANGSAR - Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar bakal memperlihatkan pertandingan empat penjuru antara Pas, BN, Amanah dan Bebas.‎
‎Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kuala Kangsar, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria‎ berkata, pihaknya menerima ‎empat nama pencalon dan tiada kertas pencalonan ditolak, sebentar tadi.
BN yang akan mempertahankan kerusi parlimen itu mencalonkan Datin Mastura Mohd Yazid.
Beliau akan menentang calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad; calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli dan Calon bebas, Izzat Bukhari Ismail Bukhari, 49.

PRK P093: Pertembungan tiga penjuru di Sungai Besar

Posted: 04 Jun 2016 08:05 PM PDT


SUNGAI BESAR - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Pengumuman itu diumumkan Pengurus PRK Sungai Besar, Khairuddin Md Som di Pentas Pekarangan Dewan Seri Bernam di sini, pada jam 10.30 pagi tadi.
Tiga calon, iaitu Budiman Mohd Zohdi dari Barisan Nasional (BN),  Dr Abdul Rani Osman daripada Pas dan Azhar Ab Shukor dari Amanah yang mewakili Pakatan Harapan, iaitu gabunan parti PKR-DAP-Amanah telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing.
Sebelum itu, Adun Sungai Panjang, Budiman, 44, diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar telah berarak dari Umno Cawangan Sungai Besar, kira-kira 1 kilometer dari pusat penamaan calon pada jam 8.30 pagi.
Kira-kira 3, 000 pemimpin dan penyokong BN berarak ke pusat penamaan calon.
Sementara Pas yang menamakan Adun Meru, Dr Abdul Rani, 58, sebagai calon parti itu diiringi Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Turut mengiringi calon Pas, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mahmod, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan)Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, Ketua Lajnah Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan bersama penyokong parti itu.
Sementara Amanah yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan mempertaruhkan Azhar, 51, yang diiringi Presiden amanah, Mohamad Sabu.
Selain Mohamad Sabu, beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang turut hadir memberi sokongan kepada calon parti itu antaranya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Sungai Besar akan diadakan serentak dengan PRK Kuala Kangsar di Perak pada 18 Jun ini,  dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun, manakala pengundian awal pada 14 Jun.
Read More / Baca Lagi >>

Pengundi Cina Sungai Besar mahu wakil rakyat tepati janji

Posted: 04 Jun 2016 07:56 PM PDT

Mereka hanya akan mengundi calon yang mampu memberikan 'peluang' terbaik kepada masyarakat di kawasan itu.
Sungai-besar
SUNGAI BESAR: Suara hati pengundi Cina dalam Parlimen Sungai Besar menjelang PRK kawasan itu rata-rata mahukan seorang pemimpin yang mampu menepati janji, mudah didekati serta tidak dilabel ibarat sekadar menanam tebu di tepi bibir.
Parlimen Sungai Besar mempunyai 13,094 pengundi Cina daripada keseluruhan 42,655 jumlah pemilih berdaftar dengan majoriti tertumpu di kawasan DUN Sekinchan iaitu 9,139 pengundi.
Pengundi, Ng Boon Keong, kawasan itu sememangnya menikmati perubahan dan pembangunan namun apa yang penting adalah pemimpin yang menepati janji dan bertanggungjawab.
"Saya sebenarnya tak kisah sangat siapa yang bertanding tetapi saya inginkan calon dipilih merupakan orang yang boleh pegang amanah, bertanggungjawab dan tepati janji. Soal lain-lain akan difikirkan lagi," katanya.
Terdapat dua DUN di bawah Parlimen Sungai Besai Besar, iaitu Sekinchan diwakili Ng Suee Lim daripada DAP dan Sungai Panjang diwakili Budiman Mohd Zohdi daripada Barisan Nasional (BN), yang kali ini diletakkan sebagai calon bagi mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Besar.
Seorang lagi pengundi, Chang Kai Ming, 25, pula percaya generasi pengundi muda sepertinya akan berhati-hati memilih calon terbaik dan benar-benar mampu membuat kerja untuk rakyat dalam kawasan yang ditanding itu.
"Sekarang ini kita hanya akan mengundi calon yang didapati mampu memberikan 'peluang' terbaik kepada masyarakat di kawasan ini. Tidak kisahlah sama ada calon itu Melayu, Cina atau India yang bertanding.
"Kami tidak mahu calon yang jenis bila dia sudah menang, kemudian sudah lupa janji apa yang mereka umumkan sebelum ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Dulu Umno dakwa Pas alat DAP, sekarang Pas dakwa Amanah pula

Posted: 04 Jun 2016 07:55 PM PDT


Tuan Ibrahim Mustafa bersama pemimpin BN di Sungai Besar.Tuan Ibrahim Mustafa bersama pemimpin BN di Sungai Besar.
Dakwaan Pas bahawa Amanah adalah khadam dan alat DAP hanyalah pengulangan dakwaan Umno selama ini yang mendakwa Pas adalah khadam DAP.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, kalau selama ini dakwaan sebegini adalah mainan Umno untuk memburukkan Pas, kini Pas pula menggunakan taktik yang sama.
"Sebelum pilihan raya umum ke 13 lalu, Umno dakwa Pas alat DAP tetapi sekarang Pas pula yang dakwa Amanah alat DAP. Mana yang betul sebenarnya," kata Lim Kit Siang.
Lim mengulas dakwaan pemimpin Pas terbaru kononnya menyokong calon Amanah dalam dua pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar umpama menyokong DAP.
Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi pula berkata, pertandingan dalam PRK kali ini adalah pertandingan dua penjuru sahaja iaitu antara Pakatan Harapan melawan BN dan sekutunya.
Dalam muktamar di Kota Bharu baru-baru ini, PAS menganggap menyokong Amanah pada PRK ini ibarat memberi sokongan kepada DAP.
Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata pertembungan tiga penjuru dalam dua PRK kali ini jadi medan menentang DAP secara tidak langsung selepas perpecahan dua parti itu susulan terkuburnya Pakatan Rakyat yang wujud sejak PRU12.
"Kali ini (PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar) tiga penjuru antara BN, PAS, dan Amanah yang ditaja DAP, sebab DAP kata sokong Amanah.
"Sokong DAP sama macam sokong Amanah," katanya ketika ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-62 di Putik semalam.

Pemimpin BN, PAS, PKR, AMANAH mesra di Sungai Besar

Posted: 04 Jun 2016 07:37 PM PDT

Pemimpin tertinggi PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali duduk semeja bersarapan bersama pemimpin BN.
pemimpim-bermesra
SUNGAI BESAR: Suasana mesra di antara pemimpin parti yang bertanding jelas dapat dilihat sewaktu proses penamaan calon berlangsung di PRK Sungai Besar.
Ia dimulakan apabila pemimpin tertinggi PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali duduk semeja bersarapan bersama pemimpin BN.
Gelak tawa antara pemimpin PAS dan BN seperti Naib Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Pengarah Pilihan Raya Sungai Besar Tan Sri Noh Omar, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor jelas dilihat.
Bukan itu saja, Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga sempat bertemu dan berborak dengan pemimpin PAS dan tidak ketinggalan bersama pemimpin UMNO.
Azmin juga sempat mengucapkan tahniah kepada Noh kerana dianugerahkan gelaran 'Tan Sri' semalam.
Bagaimanapun, suasana serupa antara PAS dan pemimpin AMANAH tidak dapat dilihat.
"Sehingga ini, tidak ada lagi pemimpin AMANAH yang bertemu dengan saya," kata Tuan Ibrahim.

PRK P067: Syed Rosli tak jadi tanding, sokong calon AMANAH

Posted: 04 Jun 2016 07:33 PM PDT

Seorang anggota Pemuda yang mahu bertanding dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar hari ini menukar fikiran dan memberi sokongan kepada calon Patri Amanah Negara (AMANAH).
Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata beliau memutuskan perkara itu kerana parti serpihan PAS itu meletakkan anak tempatan sebagai calon mereka.
Beliau, yang berdepan pemecatan jika bertanding sebagai calon bebas juga, berkata masih sayangkan Umno.
"Saya menyokong beliau (calon AMANAH) bukan kerana beliau dari Parti AMANAH namun kerana beliau anak jati Kuala Kangsar! Itu sahaja.
"Pada calon Umno BN, saya anak jati Kuala Kangsar tidak menentang kamu lagi dan juga tidak menyokong kamu juga.Saya tidak masuk campur," katanya.

PRK P093: Azmin hadir penamaan calon, peluk Mat Sabu

Posted: 04 Jun 2016 07:30 PM PDT

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini hadir ke pusat penamaan calon di Sungai Besar bagi memberi sokongan kepada calon sekutu mereka Parti Amanah Negara (AMANAH).
Beliau tiba kira-kira jam 9 pagi dan kelihatan beramah mesra, termasuk berpelukan dengan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.
Azmin sebelum ini tidak hadir ketika AMANAH mengumumkan calon mereka.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata Azmin dinasihatkan tidak menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Harapan di Sungai Besar.

Katanya, larangan itu dibuat supaya Azmin 'menjaga' kerajaan Selangor dan hubungannya dengan PAS yang masih mempunyai wakil dalam kerajaan negeri.

Penamaan Calon PRK P093 Sungai Besar - Lensa 7

Posted: 04 Jun 2016 07:18 PM PDT














Penamaan Calon PRK P093 Sungai Besar - Lensa 6

Posted: 04 Jun 2016 07:06 PM PDT








Penamaan Calon PRK P067 Kuala Kangsar - Lensa 4

Posted: 04 Jun 2016 06:49 PM PDT












Penamaan Calon PRK P093 Sungai Besar - Lensa 5

Posted: 04 Jun 2016 06:41 PM PDT









Penamaan Calon PRK P093 Sungai Besar - Lensa 4

Posted: 04 Jun 2016 06:35 PM PDT









Penamaan Calon PRK P093 Sungai Besar - Lensa 3

Posted: 04 Jun 2016 06:23 PM PDT












Penamaan Calon PRK P067 Kuala Kangsar - Blok Ke 3

Posted: 04 Jun 2016 06:13 PM PDT








Penamaan Calon PRK P067 Kuala Kangsar - Lensa 3

Posted: 04 Jun 2016 06:07 PM PDT








Penamaan Calon PRK P093 Sungai Besar - Lensa 2

Posted: 04 Jun 2016 05:40 PM PDT







Penamaan Calon PRK P067 Kuala Kangsar - Lensa 2

Posted: 04 Jun 2016 05:32 PM PDT











Penamaan Calon PRK P093 Sungai Besar - Lensa 1

Posted: 04 Jun 2016 05:24 PM PDT








Penamaan Calon PRK P067 Kuala Kangsar - Lensa 1

Posted: 04 Jun 2016 05:18 PM PDT


 











Comments (0)