Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:01 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Najib ‘ludah ke langit’ tuduh Dr M gagal pengangkutan awam

Posted: 30 Jun 2016 05:39 PM PDT

Najib merupakan sebahagian kabinet sepanjang 22 pemerintahan Dr Mahathir, kata bekas pengarang kumpulan NST
Mustapha Kamil
PETALING JAYA: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak semalam yang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad gagal membangunkan pengangkutan awam umpama "meludah ke langit", kata seorang bekas pengarang kanan New Straits Times.
Mustapha Kamil, yang baru-baru ini meletak jawatan sebagai pengarang kumpulan akhbar milik Umno itu, berkata beliau sendiri terlalu malas memikirkan kenyataan dibuat Najib itu.
"Tetapi bukankah ia semacam pepatah Melayu, 'meludah ke langit'?
"Maksud saya, bukankah dia (Najib) juga dalam kabinet (Dr Mahathir) selama ini? tulis beliau dalam Facebook pagi tadi.
Semalam, ketika melancarkan Projek Penyambungan Jajaran Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dan Ampang/Sri Petaling di Putra Heights, Najib berkata Dr Mahathir gagal menyediakan pengangkutan awam yang mapan walaupun 22 tahun menjadi perdana menteri.
"Bila saya ambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009, kita lihat bahawa salah satu cabaran kita pada masa itu… salah satu kelompongan yang berlaku dalam negara kita ialah masalah pengangkutan awam.
"Ini adalah kerana pemerintah sebelum ini yang memerintah selama 22 tahun tidak mengambil banyak perhatian dalam pembangunan pengangkutan awam dan menyebab berlakunya kelompongan, berlakunya kurang pelaburan, berlakunya sistem yang tidak bersepadu dan dimiliki oleh terlalu ramai pihak," katanya.
Dr Mahathir merupakan perdana menteri dari 1981 sehingga 2003.
Di bawah Dr Mahathir, Najib pernah memegang jawatan menteri belia dan sukan (1986-1990), menteri pertahanan (1991-1995) dan menteri pendidikan (1995-2000).

Pakar: Hati-hati cucuk sarang IS

Posted: 30 Jun 2016 05:26 PM PDT

Banyak negara lain dengan tahap keselamatan tinggi masih menjadi mangsa kumpulan pengganas itu
ISIS
PETALING JAYA: Malaysia bukan lagi sekadar laluan transit pengganas tetapi juga menjadi sasaran, dan oleh itu lebih banyak langkah keselamatan dan kewaspadaan diperlukan, kata seorang pengkaji keganasan.
Pensyarah kajian jenayah di Universiti Help, R Paneir Selvam, memberitahu FMT kenyataan cuai perlu dielakkan kerana ia boleh membangkitkan kemarahan atau mencabar kumpulan pengganas itu.
Ini termasuk kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dilaporkan mencabar anggota IS warga Malaysia di luar negara supaya pulang sekiranya berani.
"Ancaman kumpulan pengganas, terutamanya IS, tidak boleh diambil ringan. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai matlamat mereka," kata Paneir yang merupakan pengerusi Persatuan Penyelidik Dasar dan Undang-Undang.
"Lihat serangan terbaharu di Istanbul, Brussels dan Paris. Walaupun ada langkah keselamatan yang tinggi, mereka boleh melakukan serangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa yang besar.
"Sebab itu pihak berkuasa tidak boleh rasa terlalu yakin. Mereka tidak patut membahayakan keselamatan orang awam dengan membuat kenyataan-kenyataan yang membangkitkan kemarahan pengganas hingga mahu menyerang kita."
Khalid dilaporkan membuat kenyataan itu Jumaat lepas, menjawab video yang memaparkan pengganas IS warga Malaysia di Syria mengancam menyerang Bukit Aman.
Dalam video propaganda itu, tiga pengganas IS di Syria – rakyat Malaysia yang dikenalpasti polis sebagai Mohd Rafi Udin dari Negeri Sembilan, seorang rakyat Filipina dan seorang rakyat Indonesia – bergilir menggesa penyokong di tiga negara ini melakukan serangan.
Read More / Baca Lagi >>

Abim bidas minyak naik musim raya

Posted: 30 Jun 2016 05:23 PM PDT

"Ke manakah perginya subsidi melindungi kepentingan rakyat?"
Mohamad Raimi Ab Rahim
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mempersoalkan ke mana perginya subsidi melindungi kepentingan rakyat, selepas kerajaan semalam mengumumkan kenaikan 5 sen bagi semua kategori minyak.
"Mengapakah subsidi bagi kemaslahatan rakyat terbanyak ini tidak lagi mampu ditampung oleh kerajaan, walhal pada masa yang sama billion ringgit dari khazanah negara dibazirkan atas kelemahan urus tadbir kerajaan?" soal Presiden Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim.
Katanya, kenaikan terbaru itu tidak kena pada masanya dan membebankan rakyat terutama mereka yang akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
"Selain tambahan perbelanjaan untuk pengangkutan jutaan rakyat yang pulang ke kampung halaman menemui keluarga tercinta, kenaikan harga barangan keperluan dan persiapan perayaan adalah sesuatu yang dijangkakan," katanya.
Harga minyak dikaji setiap akhir bulan, berikutan keputusan Putrajaya memansuhkan subsidi petrol dan diesel, dan melaksanakan "apungan terurus" dalam menentukan harga bahan api runcit berasaskan harga minyak mentah dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Cuti atau tidak? Kes Guan Eng lain sikit, kata pemerhati

Posted: 30 Jun 2016 05:20 PM PDT

'Berapakah pemimpin pembangkang terpaksa mengambil cuti apabila mereka sengaja didakwa di mahkamah?'
wan-saiful-ideas-1
PETALING JAYA: Walaupun secara prinsipnya, Lim Guan Eng perlu bercuti sepanjang perbicaraan rasuahnya, penganalisis dan pemerhati politik berpendapat ia bukan semudah itu kerana terdapat unsur pendakwaan terpilih.
Bagi Wan Saiful Wan Jan yang mengetuai Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), wujud halangan dari segi perlaksanaan berhubung perkara tersebut, walaupun beliau setuju ketua menteri Pulau Pinang itu perlu memberi ruang kepada seorang pemangku.
"Ada sedikit komplikasi perlaksanaan idea (bercuti) itu. Jadi saya rasa lebih bagus kalau keputusan di peringkat mahkamah dijalankan secepat mungkin.
"Tapi ini pun kita dah tahu pendengaran pertama akan dijalankan pada bulan September. Takkan tiga bulan itu tak ada buat apa-apa walaupun kes mahkamah belum berjalan. So ada komplikasi di situ yang perlu difikirkan lagi.
"Kalau itu tidak dapat dipastikan maka mungkin ada baiknya paling tidak DAP lantik orang lain memangku untuk jangka masa yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Wan Saiful berkata beliau tidak pasti siapa layak memangku tugas ketua menteri tetapi penggantinya perlu menjawat jawatan paling kanan dalam urusan parti dan mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.
Semalam, Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mendakwa setiausaha agung DAP itu di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, atas tuduhan salah guna kuasa untuk kepentingan diri dan isterinya dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd menukar status tanah pertanian kepada kediaman.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Tambun jumpa Husni, tapi apa penjelasannya?

Posted: 30 Jun 2016 05:11 PM PDT

Pertemuan antara Umno Tambun bersama bekas pemimpinnya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah telah diadakan pada
Rabu malam, ekoran peletakan jawatan mengejutnya dalam parti dan kabinet.
Timbalan Ketua Umno Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan menyatakan
sama ada Husni menjelaskan perkara itu.
"Saya sudah bertemu dengan Datuk Seri Husni dan beliau mengesahkan peletakan jawatan parti beliau sepertimana yang
telah diuar-uarkan sebelum ini.
"Dalam konteks Tambun, sudah pasti Umno/BN Tambun terasa kehilangan beliau tetapi selaku anggota parlimen Tambun,
beliau akan terus memberi khidmat bakti dalam kapasiti tersebut," katanya kepada Malaysiakini semalam.
Aminuddin sebelum ini berharap Husni dapat tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu supaya semua pihak tidak
membuat sebarang spekulasi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan rombakan kabinet hanya berkata Husni tidak mahu lagi
menjadi menteri kewangan kedua atas sebab peribadi.
Masa perubahan
Husni juga dilapor meletakkan jawatan sebagai bendahari Umno dan BN, timbalan pengerusi Umno dan BN Perak serta
ketua Umno dan BN Tambun.
Selain itu, Aminuddin juga menganggap sudah tiba masanya bagi Umno bahagian melakukan pertukaran bagi menghadapi
persediaan pilihan raya umum akan datang.
"Bagi Tambun, beliau (Husni) merasakan sudah tiba masanya untuk lakukan proses pertukaran seperti yang beliau
Read More / Baca Lagi >>

SPRM digesa buktikan integriti, bukan dakwaan terpilih, desak rebel Umno

Posted: 30 Jun 2016 04:29 PM PDT


Datuk Seri Khairuddin Abu HassanDatuk Seri Khairuddin Abu HassanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan integriti, ketelusan dan keadilan badan itu dalam membuat pendakwaan terhadap pesalah rasuah, kata bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Beliau menegaskan imej SPRM kini tercemar dengan begitu teruk di dalam dan luar negara ekoran tindakan SPRM mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Rabu.
Katanya lagi, SPRM seharusnya meneruskan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang masih tidak diselesaikan oleh badan itu hingga kini.
"SPRM seharusnya meneruskan pendakwaan dalam kes membabitkan SRC International berjumlah RM42 juta serta dana derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu.

"Dari kaca mata rakyat dan dunia luar menampakkan SPRM takut untuk bertindak ke atas Najib walaupun bukti sahih telah diperolehi khususnya mengenai wang anak syarikat SRC yang masuk secara terus ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
"Apa nak jadi dengan SPRM?," soalnya dalam satu kenyataan.
Khairuddin yang juga Setiausaha Kerja Sekretariat Deklarasi Rakyat mendakwa, SPRM dilihat seolah-olah pilih kasih dan tidak telus di dalam melaksanakan tanggungjawab badan itu dalam usaha memerangi kes rasuah di negara ini.
"Bagi saya imej SPRM kini telah mengalir ke dalam longkang. Kita tak faham apa agenda SPRM?
"Adakah SPRM benar-benar berdikari dan bebas dari telunjuk sesiapa di dalam menggalas tanggungjawab secara professional?
"Kalau SPRM mahu pulihkan imej serta reputasi, mereka harus mendakwa Najib dalam kadar segera.
"Biarlah mahkamah yang menentukan sama ada Najib bersalah ataupun tidak. Najib harus bersihkan namanya di mahkamah," ujarnya.
Khairuddin dan peguamnya, Matthias Chang pernah menjadi perhatian setelah berdepan tuduhan cuba melakukan khianat terhadap ekonomi negara selepas membuat aduan kepada beberapa pihak berkuasa asing mengenai 1MDB dan perdana menteri.
Justeru gesanya lagi, SPRM seharusnya tidak mengambil sikap berat sebelah dan rakyat ujarnya lagi, mahu memastikan SPRM melaksanakan tanggungjawab secara professional, amanah, berintegriti serta bersikap adil dalam memelihara kedaulatan undang-undang rasuah di negara ini.
"SPRM jangan jadi bacul seandainya mereka mahu memulihkan keyakinan rakyat kepada badan ini yang sepatutnya berfungsi secara bebas," tegasnya.
Pada Rabu, Lim ditahan SPRM di tingkat 28 bangunan Komtar pada jam 5.45 petang, manakala pemilik banglo Phang Li Koon ditahan pada jam 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden.
Semalam Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Read More / Baca Lagi >>

Hudud : Amanah Tuntut PAS Minta Maaf

Posted: 30 Jun 2016 04:00 PM PDT

Oleh: DR DZULKEFLY AHMAD 
[pengarah strategi, Parti Amanah Negara (AMANAH)].

Tahniah blok ketiga PAS-IKATAN. Tergantung kepada usaha dan pendekatan blok baru ini, jangka usianya akan ditentukan. Sebagai ingatan, parti berdasarkan ideologi dan kuat pula doktrinnya bukan mudah untuk bergabung dengan pihak lain, tambahan kalau mereka mengakui " western-educated liberal ". PAS wajar segera dewasa dengan realiti.

Pun begitu, ramai yang terkejut dengan laporan sidang akhbar mereka semalam ( FMT dan lain-lain). Kejutan tercetus kerana tajuk yang diberikan portal berita FMT "PAS-IKATAN sepakat hudud tidak sesuai di Malaysia". Pada awalnya saya jangka FMT silap lapor atau ada ' spin ' tajuk oleh wartawan.
Setelah mendengar dengan teliti sendiri video sidang akhbar itu, saya yakin laporan itu adalah benar dan tepat dengan maksud penerangan yang dibuat oleh kedua-dua presiden parti itu.

Dengan ini maka jelas kepada semua bahawa pendirian dan sikap PAS terhadap kedudukan hudud telah berubah. PAS yang sebelum ini menganggap, bahkan menuduh pelbagai pihak yang menolak perlaksanaan hudud di Malaysia – dengan hujah memerlukan suasana kondusif, tidak bertepatan dengan keutamaan dan umat yang belum bersedia – sebagai golongan yang menolak hudud.
Bahkan ada sesetengah pimpinan dan ulama PAS langsung menuduh pihak-pihak tersebut sebagai liberal, sekular serta menentang syariah. Lebih berat lagi, ada di kalangan ustaz-ustaz PAS ini yang mengajar di masjid-surau, telah menjatuhkan hukuman murtad dan kafir ke atas mereka yang didakwa perlu bertaubat.

Ternyata mengikut video ini, PAS telah menggunakan hujah yang sama untuk memberi alasan mengapa hudud tidak boleh dilaksanakan ketika ini di Malaysia.
Sikap melampau

Justeru PAS wajar menjelaskan kedudukan sebenarnya serta segera menarik balik tuduhan dan memohon maaf kepada semua pihak yang telah mereka zalimi dengan sikap melampau ( al-ghuluw ). Antara yang tertuduh adalah Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin yang telah pun mengeluarkan kenyataan beliau dalam Facebooknya semalam.

Mengandaikan mereka sebenarnya faham prasyarat perlaksanaan hudud (termasuk keperluan pindaan perlembagaan), maka tidak dapat dielakkan tanggapan dan persepsi umum bahawa PAS telah secara sengaja, menekankan agenda perlaksanaan hudud sebelum ini, demi untuk mencetuskan pertelingkahan di kalangan pemimpin dan parti-parti Pakatan Rakyat, bagi akhirnya memecahkan gabungan pembangkang ini. Perkara ini telah pun menjadi rakaman sejarah.
Read More / Baca Lagi >>

Saya lebih sokong Guan Eng yang beli rumah pakai duit sendiri, berbanding orang Islam yang sapu RM2.6B duit rakyat.!!!!!!

Posted: 30 Jun 2016 03:16 PM PDT


Majlis Fatwa Kebangsaan perlu perjelas ‘Kafir Harbi’ - ASWAJA

Posted: 30 Jun 2016 03:06 PM PDT

Supaya masyarakat dicerahkan dengan takrifan yang jelas.
zamihan
PETALING JAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan dan agensi agama sewajarnya perjelaskan 'kafir harbi' supaya masyarakat dicerahkan dengan takrifan yang jelas.
Ini kerana ketidakfahaman istilah 'kafir harbi' telah membawa kepada kenyataan-kenyataan yang menunjukkan sikap sembrono dan terlebih prasangka terhadap Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman.
"ASWAJA berpuas hati dengan penjelasan yang berikan oleh mufti dan kenyataan mengenai kafir harbi tidak ada cacat celanya," kata Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) Zamihan Mat Zin, yang bertemu Abdul Rahman bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataannya.
Penjelasan yang diterimanya, menurut Zamihan, dibuat mengikut nas dan kitab ulama.
"Ahli politik, sarjana dan agamawan seharusnya 'tabayyun' (mencari penjelasan) terlebih dahulu sebelum membuat ulasan bebas menerusi berita akhbar dan media yang masing-masing mempunyai motif tersendiri," kata Zamihan, yang mengatakan isu ini dimanipulasikan oleh segelintir agamawan dan sarjana "terlajak ulas" dan mengaitkan kenyataan mufti itu dengan keganasan.
Dalam kenyataannya malam tadi, Zamihan tidak menafikan istilah harbi bermaksud memerangi dan diperangi.
"Namun, jangan sempitkan tafsiran ini dengan minda yang cetek. Islam mengajar umatnya untuk tidak memerangi mana-mana pihak kecuali sekiranya Islam itu diperangi maka wajib umat Islam mempertahankannya," tegas Zamihan.
Kontroversi kafir harbi mendorong Jemaah Menteri mengeluarkan kenyataan semalam bagi menjelaskan kenyataan Abdul Rahman. Pejabat Perdana Menteri menjelaskan mufti bermaksud golongan kafir harbi wajib ditentang dan bukannya diperangi.
"Isu ini telah menimbulkan kontroversi kerana ada pihak yang cuba menyeleweng kenyataan berkenaan dengan menggunakan istilah 'diperangi'", kata Pejabat Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Umno tidak lagi mampu bela generasi muda

Posted: 30 Jun 2016 03:03 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tokoh wartawan veteran, A Kadir Jasin berkata, Umno yang ada hari ini tidak lagi mampu menjamin kehidupan generasi anak dan cucunya.

Bagi saya, era Umno sudah berlalu, begitu juga PAS, katanya yang pernah menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar The New Straits Times.

"Cara Umno dan PAS mengepung dan mengandangkan orang Melayu-Islam dengan menggembar-gemburkan sentimen bangsa dan agama tidak boleh diterima lagi.

"Jika diteruskan ia akan mengepung orang Melayu-Islam dalam penjara minda yang semakin hari semakin sempit, mundur, jumud, tidak bertoleransi dan anti-kemajuan.

"Kita perlu tabur angin perubahan supaya kita boleh melayari ombak perubahan," tambah beliau.

Menurut A Kadir, dulu ramai orang Melayu menjadi ahli Umno kerana talian sejarah, parti keturunan dan merekalah ahli sebenar Umno.

Berbeza hari ini, ramai ahli Umno adalah ahli rekrut, ahli yang diheret masuk hinggakan ada yang tidak tahu pun yang mereka ahli Umno.

Read More / Baca Lagi >>

Amanah dakwa SPRM berbeza layan Guan Eng, 1MDB

Posted: 30 Jun 2016 03:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil pendekatan berbeza dalam kes rasuah Lim Guan Eng dan 1MDB serta derma RM2.6 bilion.

Timbalan Pengerusi Biro Undang-undang, Wan Anwar Wan Ibrahim juga berkata, penahanan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai wayang.

Katanya, kehadiran ramai pegawai SPRM juga bagi meraih publisiti murahan media pada bulan Ramadan.

"SPRM boleh mengambil pendekatan dan tindakan yang lebih berhemah seperti menghubungi Ketua Menteri dan memberitahu tarikh kehadiran ke mahkamah sepertimana yang lazimnya dilakukan ke atas tertuduh lain,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Anwar berkata, Guan Eng dalam tempoh siasatan memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM.

Malah, beliau membuka pintu rumahnya untuk SPRM membuat lawatan.

"Oleh itu, tidak nampak Ketua Menteri akan melarikan diri atau tidak hadir jika dipanggil untuk dituduh di mahkamah.

"Tangkapan sehari sebelum dituduh itu adalah di luar amalan biasa dan bertujuan untuk mengaibkan Ketua Menteri,"katanya lagi.

Manakala, SPRM mengambl tindakan dan layanan berbeza berkaitan skandal RM2.6 billion dan 1MDB.

Tiada 'wayang' dibuat malah semuanya dianggap rahsia kerajaan yang tidak berkaitan dengan rakyat, kata Wan Anwar.

"Walhal kebusukan skandal RM2.6 billon dan 1MDB itu seakan 'bangkai gajah yang telah ditutup dengan daun pisang," tambah beliau.

Rafizi: Tangkap untuk tunjuk Guan Eng penjenayah besar

Posted: 30 Jun 2016 02:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pemimpin PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau mengagak penangkapan Lim Guan Eng bertujuan menunjukkan kepada pengundi Melayu di kampung bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang penjenayah besar.

Akan ada yang berkata, itulah balasannya kerana Guan Eng ini terlalu kasar, kata Rafizi.

Menurutnya, beliau tidak mempersoalkan hak pihak berkuasa untuk menyiasat, mendakwa dan menghukum jika bersalah.
Katanya, beliau tidak minta pun pimpinan pembangkang dilayan istimewa.

"Saya telah buat pelbagai laporan polis terhadap 1MDB, Arulkanda (Kandasamy), Shahrol (Azral Ibrahim Halmi), Jho Low dan beberapa yang lain yang terlibat dengan 1MDB.

"(Manakala) ramai yang lain buat laporan terhadap Najib Razak.

"Selain dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya yang memanggil kesemua untuk diambil kenyataan, sehingga kini saya tidak tahu sama ada Polis Diraja Malaysia ada memanggil mereka.

"Yang tentu tidak ada seorang pun yang didakwa kerana kertas siasatan dari SPRM terhadap Perdana Menteri ditolak balik oleh Peguam Negara," kata Rafizi.

Beliau menambah, sebab itu bila Guan Eng ditahan dan didakwa secepat kilat (dalam tempoh 3 bulan), sudah tentu rakyat merasakan ia tidak kena.

Tangkapan pula dibuat sehingga kereta-kereta polis digunakan untuk menghadang jalan keluar dan kehadiran anggota keselematan yang ramai seolah-olah Guan Eng pengganas berbahaya, kata Rafizi.

MTUC gesa TH tanggungjawab kepada pekerja High 5

Posted: 30 Jun 2016 02:56 PM PDT

Tabung Haji selaku pemilik syarikat pembuat roti berjenama High 5 digesa agar bertanggungjawab terhadap semua pekerja yang diberhentikan.
Menurut Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Abdullah Sani Abdul Hamid, Tabung Haji yang merupakan pemegang saham terbesar syarikat tersebut tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan tangan ekoran penutupan kilang roti itu.
"Saya mahu beri amaran kepada syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung seperti Tabung Haji di dalam roti High 5.
Tabung Haji adalah salah satu pemegang saham terbesar dalam High 5.
"MTUC akan berperanan syarikat tersebut membayar pampasan kepada pekerja, mereka tidak akan boleh lari," katanya kepada Berita Daily ketika dihubungi.
Berdasarkan Seksyen 60 di bawah Akta Kerja 1955 syarikat yang mahu menamatkan operasi seharusnya memberikan pampasan kepada pekerjanya.
Berbeza pula yang dilakukan oleh High 5 yang hanya memberikan gaji untuk 15 hari bekerja sahaja selain memberikan notis 24 jam pada 22 Jun yang lalu.
Mengulas lanjut, kerajaan dan pekerja menerusi undang-undang juga boleh mendakwa syarikat seperti High 5 ini.
Sehubungan itu, Abdullah menggesa agar penguatkuasaan terhadap isu-isu yang menindas pekerja seperti ini dilakukan dengan segera.
"Perkara ini berlaku oleh sebab penguatkuasaan yang tidak baik, tidak efisyen. Terlalu banyak politik dalam Sumber Manusia dan sebagainya hingga terlupa hak rakyat," tambah beliau.
Salah seorang bekas pekerja syarikat roti itu hari ini mendakwa High 5 mengalami kerugian RM26 juta sehingga mengakibatkan operasi perlu ditamatkan dengan serta-merta.
Namun begitu, perkara tersebut menimbulkan curiga kerana jualan High 5 terlebih dahulu memberangsangkan dan tiada tanda-tanda mengalami masalah kewangan.
Sabtu yang lalu, lebih 60 pekerja kilang tersebut diberhentikan selepas menerima notis 24 jam pada 22 Jun.

Di mana ada Tabung Haji di situ juga ada 1MDB..

Posted: 30 Jun 2016 02:51 PM PDT

TAHUKAH ANDA !!.. Pengerusi Tabung Haji, Azeez Rahim, berkata penggantian CEO TH mmg sudah dirancang sejak Januari 2015.

NAMPAK TAK !!!

Bauksit: Kerajaan negeri gagal ikut SOP, lanjutan tempoh moratorium sudah dijangka, kata Fuziah

Posted: 30 Jun 2016 07:40 AM PDT


Fuziah SallehFuziah SallehAhli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sudah menjangka lebih awal kerajaan akan melanjutkan tempoh moratorium bauksit di negeri Pahang ekoran ketidak sungguhan kerajaan negeri melaksanakan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Beliau merujuk kepada SOP yang telah di gariskan oleh pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ke atas industri bauksit ianya merupakan satu SOP yang cukup komprehensif.
Begitu juga dengan objektif yang perlu di capai sewaktu tempoh moratorium pertama dan kedua, ianya merupakan objektif yang cukup jelas.
"Saya tidak lihat kesungguhan pihak pelombong dan pihak Kerajaan Negeri Pahang di dalam melaksanakannya. Target yang ditetapkan oleh pihak kementerian juga gagal di capai setiap kali.

"Oleh kerana itu saya memang sudah menjangkakan bahawa tempoh moratorium tersebut akan dilanjutkan sekali lagi. Kali ini sehingga 14 September 2016 pula," ujarnya dalam satu kenyataan yang diemailkan dari kota Mekah.
Fuziah yang juga Pengerusi Gabungan Badan Bertindak Mencegah Pencemaran Bauksit itu juga menegaskan, gabungan itu tidak pernah menentang industri bauksit ini.
"Kami cuma menentang industri yang tidak di laksanakan secara lestari justeru menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar serta menggugat kesihatan serta keselamatan awam.
"Dengan itu kami amat mengalu-alukan ketegasan pihak Menteri Datuk Seri Wan Junaidi dan juga pihak Kementerian Alam Sekitar di dalam melaksanakan SOP yang telah di gariskan.
"Selain dari membersihkan stokpile di lombong dan di luar pelabuhan, ada beberapa perkara lagi yang kami sedang pantau dan sedang nantikan pengumumannya, iaitu berkenaan lokasi tapak 'central stockpile', laluan khas buat lori bauksit dan pelan rehabilitasi keatas lombong2 yang di tinggalkan.
"Selain dari itu pihak gabungan juga ambil berat keatas kehadiran lombong-lombong tinggal yang kedudukannya berada di hulu sungai di mana terdapat muka sauk untuk beberapa loji rawatan air di sekitar Kuantan.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah ajak sertai Himpunan Solidariti Selamatkan Al-Quds esok

Posted: 30 Jun 2016 07:35 AM PDT


Himpunan Solidariti Selamatkan Al Quds akan diadakan selesai solat Jumaat di kedutaan AS esok.Himpunan Solidariti Selamatkan Al Quds akan diadakan selesai solat Jumaat di kedutaan AS esok.Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong penuh penganjuran Himpunan Selamatkan Al-Quds oleh gabungan NGO di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat esok.
Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir berkata, atas rasa solidariti dan tanggungjawab sebagai umat Islam, Amanah menyeru seluruh ahli, penyokong khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor untuk bersama-sama NGO dan individu prihatin pada himpunan ini yang dijadual bermula selepas solat Jumaat.
"Al-Aqsa adalah kiblat pertama dan masjid suci ketiga menjadi kebanggaan umat Islam seluruh dunia. Pencerobohan dan 'pengyahudian' Masjid Al-Aqsa oleh rejim zionis yang didokong kuat kuasa besar seperti Amerika Syarikat tidak boleh dibenarkan berlaku kerana ia mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
"Sejak beberapa bulan lalu, rejim Israel semakin agresif merempuh masuk kawasan Masjid Al-Aqsa dan sengaja mencabar kesabaran umat Islam apabila cuba menghalang masuk ke masjid pada bulan Ramadan ini.
"Amanah akan diketuai oleh Presiden, Mohamad Sabu yang turut akan menyampaikan pidato pada himpunan tersebut.
Orang ramai boleh berkumpul di Masjid Tabung Haji sebelum berarak bersama ke bangunan kedutaan," ujarnya dalam satu kenyataan.
Antara penganjur utama adalah Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) yang dipengerusikan oleh Timbalan Penasihat Umum Amanah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Bersatulah pembangkang hadapi “era baru politik jijik”

Posted: 30 Jun 2016 07:33 AM PDT

Najib kini mempunyai kuasa yang sama sekali tiada imbang periksa, kata Azmin
azmin-pakatan-harapan
PETALING JAYA: Pendakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng harus menjadi panggilan kepada parti-parti pembangkang yang berbalah supaya bersatu menghadapi "era baru politik jijik".
Menyifatkan pendakwaan itu suatu penganiayaan terpilih, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ianya menunjukkan Najib kini mempunyai kuasa yang sama sekali tiada imbang periksa.
Menghadapi keadaan ini, Azmin menyeru parti-parti pembangkang supaya kembali membulatkan muafakat membina blok pembangkang yang kuat untuk pilihan raya umum akan datang.
"Najib Razak sebenarnya telah pun bertindak melangkaui sempadan salahguna kuasa tersebut apabila memulakan dakwaan-dakwaan ini terhadapnya.
"Kini masanya untuk kita mengenepikan prejudis dan perbezaan pada masa lalu dan kembali mengatur langkah bersama," seru Azmin dalam satu kenyataan lewat petang tadi.
Azmin merupakan Timbalan Presiden PKR, salah satu parti komponen Pakatan Harapan yang dibentuk selepas perpecahan Pakatan Rakyat angkara perbalahan antara PAS dan DAP.
Sebagai satu blok, parti pembangkang mengejutkan negara selepas merampas empat negeri daripada BN dalam pilihan raya umum 2008.
Dua penggal dan satu perceraian kemudian, BN menang bergaya dalam pilihan raya negeri Sarawak angkara perbalahan antara PKR dan DAP, dan PH tewas dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar angkara pertandingan tiga penjuru dengan PAS.
"Pembangkang kini perlu bersatu dan kekal fokus kepada perjuangan tunggal kita," pesan Azmin.
"Kita mahu bersihkan pertiwi ini daripada wabak rasuah di peringkat tertinggi, salah guna kuasa yang tidak terbendung serta bebas daripada cengkaman sekumpulan elit yang berterusan menjarah sumber negara," tambahnya.

NAMPAKNYA usaha 'mereka' tidak pernah terhenti terhadap LGE sehingga ke hari ini...

Posted: 30 Jun 2016 07:26 AM PDT

MASIH ANDA INGAT.. ketika CM Lim Guan Eng dipenjara kerana perjuangkan nasib gadis sunti yang menjadi mangsa ROGOL pemimpin UMNO...!!!

SIAPAKAH PEMIMPIN UMNO itu ??

Peguam Negara, SPRM & Polis bekerja utk SIAPA SEBENARNYA ??!!

Posted: 30 Jun 2016 07:23 AM PDT

Apakah sebenarnya dah terjadi pada sistem perundangan & penguatkuasaan undang2 di negara kita???

Gaji ANDA siapa yg bayar ??
Taxpayer takyat atau pemimpin2 Umno ??

Percayalah.. SELAGI NAJIB & Umno/BN berkuasa di negara kita, jgn haraplah undang2 nak sentuh Najib & kuncunya utk dibawa ke muka pengadilan..


Inilah strategi lidah pengampu Umno utk perbodohkan rakyat..

Posted: 30 Jun 2016 07:18 AM PDT


BN MENANG, RAKYAT SENANG !!!

Posted: 30 Jun 2016 07:16 AM PDT


Dah abes semua pilihanraya, baru berani nak naikkan harga minyak ??

NAMPAK TAK !!!.. Masih buta lagi ka...

JANGAN MARAH minyak naik kerana Najib dah kata, bila minyak naik rakyat akan sejahtera..

Posted: 30 Jun 2016 07:13 AM PDT


Kalau camtu, bulan depan & PASTIKAN HARGA MINYAK TERUS KEKAL NAIK ya !!.. JANGAN TURUN2. klu turun nanti kehidupan rakyat TAK AKAN SEJAHTERA !!!

Terima kasih PM-ku Najib Razak
MINYAK NAIK LAGI !!

Apa sudah berlaku dalam sistem nilai hidup masyarakat di tanah air kita ini?

Posted: 30 Jun 2016 07:04 AM PDT


Oleh Arif Atan
Tetak, tembak, letup tapi program TV kita masih berbincang panjang lebar tentang "kenapa Allah mengambil tempoh enam hari untuk mencipta langit?" Ini bukan "klinik". Ini buat masyarakat kita jadi tambah sakit. Di Kelantan, seorang warga tua sampai dipotong kaki.
Di Terengganu, seorang anak sanggup ugut ibunya untuk bakar rumah dan khusus untuk dua negeri itu, kes jenayah dalam keluarga amat menjolok mata. Kedah pula menjadi negeri paling ramai ibu bapa menolak pemvaksinan untuk anak mereka sebab mengangkang bahan suntikan haram. Pahang menjadi negeri paling serius tahap perogolan alam sekitar dari sumber hutan sampai saliran. Perlis masih sarat dengan kemiskinan tegar walaupun negerinya paling kecil yang kalau ikut logik agihan pungutan zakat mesti memantaatkan seluruh masyarakat Islam di negeri itu.
Krisis kemanusiaan dan kemasyarakatan di negeri-negeri majoriti Melayu di atas yang semuanya ada raja/sultan itu semakin membeliakkan mata kita kalah negeri yang bercampur dengan ramai penganut agama lain apalagi negeri yang dikuasai Cina DAP yang kafir harbi kalau mengikut kata Mufti Pahang.
Tapi pada masa sama hampir semua program agama Islam di TV bahkan sekarang sudah ada saluran TV agama masih terus mengulang bercakap "topik selamat" yang semua orang Islam dah dengar sejak di bangku sekolah sampai tazkirah solat tarawih.
Tentang alam bukti kewujudan Allah; tentang syurga dan neraka; sungai jernih mengalir di syurga; tentang dosa meninggalkan solat dan puasa; tentang sahabat Nabi begitu, sahabat Nabi begini.
Ya. Topik "hubungan dengan Allah" itu tak salah tapi kenapa tidak dibimbangi dengan pengisian "hubungan dengan manusia"? " "Mendekatkan diri pada Allah", kata ustaz di bawah ini tapi "mendekatkan diri pada manusia," bagaimana?
Maaf, bagi saya masyarakat kita bertambah sakit walaupun program "klinik agama" ini disiar 24 jam pun selagi golongan agamawan Islam di Malaysia tak berani bercakap tentang penting idea perubahan dan ilmu menuju kepada masyarakat lebih sejahtera dan bahagia.
Read More / Baca Lagi >>

DAKWALAH 1,000 ORANG SEKALIPUN, TIDAK TERTEGAK KEADILAN SELAGI NAJIB BEBAS MERDEKA

Posted: 30 Jun 2016 07:01 AM PDT

Pendakwaan atas tuduhan rasuah terhadap Lim Guan Eng memperlihatkan beberapa perkara yang di luar daripada kebiasaan.

Pertama, walaupun Lim Guan Eng sebelum ini memberi kerjasama penuh ketika siasatan, tetapi beliau tetap diserbu dan ditahan di pejabatnya oleh sekurang-kurangnya oleh lapan orang pegawai SPRM seolah-olah untuk menangkap seorang penjenayah besar yang berpotensi untuk melarikan diri.

Atas kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, kenapakah sedikit penghormatan tidak boleh diberikan kepadanya dengan sekadar memintanya hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan?

Kedua, pasukan pendakwaan seramai enam orang diketuai sendiri oleh Peguam Negara, Apandi Ali.

Ketiga, jaminan yang agak besar iaitu sebanyak RM1 juta bersama seorang penjamin dikenakan ke atas Lim Gun Eng.

Keempat, penglibatan Peguam Negara mengetuai pasukan pendakwaan dan jumlah jaminan yang dikenakan seperti tidak sepadan dengan kes iaitu hanya berkaitan pembelian banglo yang bernilai RM2.8 juta dan pertukaran status sebidang tanah.

Ia secara nyata jauh lebih kecil, bukan saja berbanding RM42 juta yang diterima Najib Razak daripada SRC International, tetapi juga daripada RM2,600 juta atau mengikut dakwaan WSJ RM4,200 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib, yang kemudian kesnya tidak diteruskan dengan pendakwaan, malah diarahkan dihenti penyiasatannya oleh Peguam Negara.

Tindakan membesar-besarkan penangkapan, jumlah jaminan dan Peguam Negara sendiri mengetuai pendakwaan, bukan saja memperlihatkan dengan jelas sebagai bermotif politik untuk melemahkan Pakatan Harapan, bahkan juga untuk mengalihkan perhatian kepada skandal kewangan berskala besar yang melibatkan Najib dan 1MDB yang sedang diperkatakan di seluruh dan disiasat oleh sekurang-kurangnya tujuh negara.

Ia juga bertujuan untuk menjadikannya kelihatan besar dan begitu serius kesalahannya di mata umum.

Hanya dengan membesar-besarkan segala apa yang boleh diperbesarkan, barulah ia diharapkan mampu menutup apa yang diperkatakan ramai mengenai Najib selama ini.
Read More / Baca Lagi >>

'Polis bimbang 20,000 orang ikut BERSIH ke SPR esok'

Posted: 30 Jun 2016 06:59 AM PDT

Pihak polis hari ini memanggil Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 berhubung penyerahan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.
Menurut Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, pihaknya dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk 'berbincang' mengenai sesi penyerahan memorandum dan data pemindahan pengundi.
Maria memberitahu, pihaknya bertemu Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan selama kira-kira 15 minit. Turut hadir bersamanya ialah pegawai BERSIH Zoe Randhawa serta peguam Melissa Sasidaran.
Dalam pertemuan berkenaan, Maria memberitahu, pihak polis melahirkan kebimbangan sekiranya sesi penyerahan memorandum tersebut akan dihadiri sehingga 20,000 orang.
Katanya, pihak berkuasa itu juga mempersoalkan mengapa tiada sebarang notis diberikan kepada mereka.
"Sebenarnya kita hanya nak beri memorandum, kita lakukan ini setiap masa. Sebelum ini kita beri pada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Tak ada apa-apa berlaku. Sekarang, saya tak tahu kenapa.
"Saya rasa tak ada (sampai 20,000 orang). Saya rasa hanya 15 orang sahaja," katanya kepada Malaysiakini.
Esok BERSIH 2.0 akan menyerahkan memorandum data pemindahan pengundi kepada SPR di Putrajaya pada jam 10.30 pagi.
Gabungan itu telah pun memaklumkan kepada SPR berhubung perkara berkenaan dengan memberi surat bertarikh 28 Jun kepada Pengerusinya Datuk Seri Hashim Abdullah.

Comments (0)