Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:21 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


5 Konspirasi Dunia Yang Akan Menghairankan Anda

Posted: 03 Jun 2016 09:07 PM PDT

Orang Malaysia Tidak Sensitif Dengan Rasuah - Mat Sabu

Posted: 03 Jun 2016 09:05 PM PDT

Jangan Terpukau Dengan Orang Macam Najib - Ariff Sabri

Posted: 03 Jun 2016 08:48 PM PDT

50 Bilion 1MDB, Apa Rakyat Dapat ? - Mahfuz

Posted: 03 Jun 2016 08:47 PM PDT

'Saya tidak akan khianati pimpinan parti saya' - Dr Rani

Posted: 03 Jun 2016 06:42 PM PDT

SUNGAI BESAR: Dr Abd Rani Osman menegaskan sasaran PAS bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar hanya untuk menumbangkan BN daripada terus meluaskan kuasa rakus dan kejam terhadap rakyat.

Katanya, PAS mahu mewakili rakyat dengan menghantar mesej bahawa BN sudah tidak layak untuk terus mentadbir negara kerana terlalu banyak melakukan kerosakan.

"Sasaran PAS hanya Umno BN. PAS hanya bermatlamat untuk berlawan dengan BN. PAS tidak akan bersekutu dengan Umno BN," tegasnya selaku calon PAS pada PRK itu.

Menurut beliau, PAS tidak akan bergabung dalam Pakatan Harapan jauh sekali tunduk dengan kehendak DAP.

Beliau akan terus istiqamah dalam perjuangan Islam yang didukungi PAS kerana PAS adalah satu-satunya parti yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dalam setiap langkah yang dilakukan.

PAS juga, kata beliau merupakan parti yang dibimbing oleh Majlis Syura Ulamak khususnya melibatkan hukum.

"Saya tidak akan mengkhianati pimpinan parti saya," tegasnya sebagai respons terhadap saranan Adun Sekinchan supaya menyertai PAN untuk mendapat bantuan DAP ketika berkempen di Sungai Besar.

Ini kerana tegas beliau lagi, dalam PAS tiada jamaah dalam jamaah dan ahli akan akur dengan apa sahaja keputusan pimpinan tertinggi parti kerana mereka lebih berpandangan jauh dan lebih faham dengan kedudukan sebenar.
Read More / Baca Lagi >>

"Memabukkan dan Arak ": Terkilan dakwaan Pas terhadap Amanah

Posted: 03 Jun 2016 06:40 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu terkilan dengan kata-kata kurang sopan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mendakwa DAP 'memabukkan' dan 'memberi arak' kepada beberapa bekas pemimpin Pas sehingga tertubuhnya Amanah.
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyedari kenyataan itu melalui satu rakaman berkata, ia tidak seharusnya dikeluarkan apatah lagi Nik Abduh merupakan anak kepada seorang tokoh negarawan yang dihormati.
"Pengasas Amanah majoritinya orang Islam dan dengan menggunakan istilah 'memberi arak' dan 'mabuk' memberi gambaran seolah-olah kami dihukum berakhlak rendah dan tidak bermoral," katanya.
Beliau berkata, sekalipun Nik Abduh berasa marah kepada DAP, perumpamaan sedemikian tidak harus dikeluarkan apatah lagi rakyat kini di ambang bulan Ramadan.
Raja Bahrin yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, turut menasihatkan Nik Abduh memelihara nama baik ayahnya yang juga bekas Mursyidul Am Pas yang disifatkan seorang ulama yang memberi contoh pekerti dan akhlak mulia.

Pas bekukan kerjasama dengan PKR

Posted: 03 Jun 2016 06:37 PM PDT

BUKIT CHANDAN - Pas Kuala Kangsar membekukan kerjasama dengan PKR Kuala Kangsar sepanjang PRK Parlimen berkenaan berikutan parti itu menyokong calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli.
Yang Dipertuanya, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, kehadiran Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada majlis pengisytiharan calon Amanah bagi PRK terbabit bukti sokongan itu.
"Bagaimana Presiden PKR boleh hadir menyokong calon yang akan menentang rakan tahalufnya (Pas)?
RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS "Pada saya, ia satu tindakan tikam belakang terhadap kami di Kuala Kangsar selain merupakan pengkhianatan terhadap tahaluf siyasi yang diasaskan bersama," katanya.
Menurutnya, tindakan lanjut berhubung kerjasama itu akan  diserahkan kepada Pas Perak untuk menentukannya.
"Sebagai Yang Dipertua, saya sedikit tergores atas kehadiran dan ceramahnya di sana. Tergores kerana setahu saya Pas dan PKR masih rakan tahaluf," katanya.
Mengulas mengenai PRK itu, beliau berkata, Pas Kawasan Kuala Kangsar akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan diraih calon parti, Dr Najihatussalehah Ahmad.
Katanya, beliau optimis dengan peluang Pas dalam PRK itu meskipun akan berlaku pertandingan tiga penjuru.
"Malaysia sebuah negara demokrasi tidak pernah menghalang mana-mana parti atau individu dari bertanding dalam apa jua pilihan raya," katanya.

APA YANG TAK BETULNNYA DENGAN KENYATAAN HADI AWANG INI?

Posted: 03 Jun 2016 06:35 PM PDT

Antara perkara yang disentuh oleh Hadi Awang dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas kali ini ialah mengenai hasrat untuk meramaikan kawan dan bukan menambah musuh.

Kita perlu mengambil pendekatan strategik untuk meramaikan kawan sebanyak mungkin, bukan menambah musuh. Kemenangan bukan untuk balas dendam, tapi untuk menunjukkan kebaikan, kata Presiden Pas itu lagi.

Benarkah Pas suka ramai kawan?

Betulkah parti Islam itu tidak suka menambah musuh? 

Lupakah Hadi Awang berapa ramai yang dimusuhinya atau lafaz kata-katanya yang sekian banyak lebih menggamit permusuhan berbanding mengundang persahabatan?

Atau semua ini sekadar untuk menghalalkan lebih keintiman bersama dengan UMNO?

MEMBANTU BALU WAKIL RAKYAT IALAH MENJAGA KEBAJIKANNYA, BUKAN MENJADIKANNYA WAKIL RAKYAT JUGA

Posted: 03 Jun 2016 06:34 PM PDT

Di mana-mana, masih ada kedengaran pemimpin dan ahli UMNO yang bersungut dan keliru dengan pemilihan Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun depan.

Mereka tidak pasti sama ada ia benar-benar kehendak Najib Razak atau ia dicadangkan dengan bersungguh-sungguh oleh pihak lain seperti Zambry Abd Kadir selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Perak atau Zahid Hamidi yang atas kapasitinya menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO memang berperanan penting berkaitan mana-mana pilihanraya kecil.

Mereka juga tidak tahu apakah benar desas-desus yang berlegar di awang-awangan bahawa Mastura sendiri yang melobi dan berjumpa dengan pemimpin tertentu untuk menawarkan dirinya menjadi calon menggantikan arwah suaminya.

Bagi yang selalu bertemu arwah Wan Khairil Wan Ahmad, tentu sedar bahawa Mastura bukan saja biasa menemani suaminya berkempen dan bertemu pengundi di Kuala Kangsar, bahkan turut kerap menjadi pendamping setia di majlis-majlis tidak rasmi atau jamuan-jamuan di rumah pembesar-pembesar UMNO.

Lantaran itu, tidaklah menghairankan jika beliau dikenali atau mengenali sebahagian besar pemimpin UMNO atas kedudukannya sebagai isteri Wan Khairil.
Read More / Baca Lagi >>

Calon AMANAH calon terbaik buat penyokong Deklarasi Rakyat

Posted: 03 Jun 2016 06:29 PM PDT

Datuk Kadir Jasin menggalakkan peserta Deklarasi Rakyat berkempen bagi pihak calon AMANAH pada PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
kadir jasin
PETALING JAYA: Calon AMANAH yang mewakili Pakatan Harapan merupakan calon terbaik buat penyokong-penyokong Deklarasi Rakyat yang dibawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tokoh wartawan, Datuk Kadir Jasin juga menggalakkan peserta Deklarasi Rakyat berkempen bagi pihak calon AMANAH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
"Walaupun jalan di hadapan adalah mencabar bagi peserta dan penyokong Deklarasi Rakyat, namun apa yang mereka pamerkan sejak 4 Mac lalu memberi harapan baru kepada rakyat jelata yang ditindas akibat penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan kerajaan Mohd Najib," katanya.
Menulis di blog, Kadir turut menyenaraikan beberapa alasan mengapakah calon yang mewakili PH merupakan calon terbaik. Antaranya, melihat keppada situasi semasa antara PAS dan UMNO, rakyat tidak pasti siapakah yang menentang siapa dan besar kemungkinan kedua-dua parti ini sudah berpakat.
"Hadi mengaku berunding dengan 'kerajaan' mengenai pembentangan Rang Undang-Undang Bukan Kerajaan untuk meminda Akta (Bidang Kuasa Jenayah) Mahkamah Syariah Kelantan. 'Kerajaan' dalam konteks ini adalah Mohd Najib," katanya.
Jelasnya, Najib kini juga tidak lagi menjaga kepentingan dan perasaan ahli dan penyokong UMNO tetapi mengambil hati Hadi serta Datuk Dr. Haron Din. Hal ini kerana, Najib dihantui kemungkinan dipecat melalui akuan berkanun oleh Dewan Rakyat.
"Antara hilang undi dan hilang jawatan, Mohd Najib lebih rela memperjudikan undi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Najib percaya sebarang kemarahan pengundi UMNO/BN kerana bersekongkol dengan Hadi dan Haron boleh diubati oleh penawar 'cash is king'," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Bukan Islam tak percaya Umno, Pas

Posted: 03 Jun 2016 06:28 PM PDT

SEJAK dua minggu lalu, sudah berbuih mulut pemimpin Umno dan Pas beri jaminan RUU Persendirian yang dibentangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Parlimen 19 Mei lalu, bukan untuk pindaan melaksanakan undang-undang hudud.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pun tampil berkata, parti-parti komponen dalam BN telah silap faham kerana RUU persendirian itu hanya untuk memperkasa Mahkamah Syariah.
Kata Umno, pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) tiada kaitan dengan pelaksanaan hukum hudud. Pelaksanaan hudud hanya ada kena mengena dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, kawan-kawannya seperti MCA, Gerakan, MIC dan SUPP perlu yakin dan percaya kata-kata ini.
Manakala kata Pas, DAP tidak perlu campur tangan dalam perkara yang melibatkan orang Islam kerana tidak menyentuh hal orang bukan Islam.
Jadi, soalnya apakah masyarakat bukan Islam percaya akan kata-kata pemimpin Umno dan Pas ini?
Jawapannya mudah, masih tidak percaya! Pemimpin MCA, Gerakan, MIC dan SUPP sepakat menegaskan tindakan Abdul Hadi itu adalah 'pembuka jalan' untuk membenarkan undang-undang hudud dikuatkuasakan di negara kita.
Malahan semua menteri dan timbalan menteri bukan Islam ini sanggup meletakkan jawatan masing-masing sebagai protes sekiranya hukum hudud berjaya dilaksanakan di negara kita.
Begitu juga dengan pemimpin DAP dan pemimpin-pemimpin pembangkang bukan Islam yang lain. Mereka mengutuk Umno demi untuk melaksanakan undang-undang Islam, sanggup bersekongkol dengan Pas tanpa memikirkan perasaan masyarakat bukan Islam.
Sehingga hari ini, masyarakat bukan Islam, sama ada pemimpin politik, persatuan mahupun dewan perniagaan masih lantang mengkritik dan terus mendesak agar kerajaan menarik balik RUU persendirian itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tun Mahathir tolak idea hantar calon Deklarasi Rakyat di PRK serentak

Posted: 03 Jun 2016 06:25 PM PDT


Syed Saddiq Syed Abdul RahmanSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Desas-desus kononnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan meletakkan calon bebas dari kalangan ahli dan penyokong Umno untuk bertanding di pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar untuk menentang calon BN tidak mungkin berlaku.
Jika perkara itu berlaku kemungkinan calon bebas itu hanya akan diletakkan di Kuala Kangsar.
Perkara ini disahkan oleh dua penggerak Deklarasi Rakyat iaitu Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman dan Jurucakap Challengers Syed Saddiq Abdul Rahman kepada Malaysia Dateline.
Turut diberitahu satu pertemuan membabitkan sekretariat Deklarasi Rakyat di Yayasan Perdana Putra telah diadakan pada Khamis.
Antara perkara yang dibangkitkan mengenai meletakkan seorang calon bebas di dua PRK ini.
Kamarul Azman yang hadir pada pertemuan itu mendakwa, dari awal Tun Mahathir yang juga penaung GKCM, bersepakat dengan beberapa pihak dalam sekretariat Deklarasi Rakyat untuk meletakkan seorang calon bebas.Kamarulazman Habibur RahmanKamarulazman Habibur Rahman
"Namun setelah berbincang kami berpendapat adalah lebih baik mengutama persahabatan antara rakan pakatan pembangkang untuk membuktikan lagi semangat setiakawan dalam usaha yang digerakkan bersama melalui Deklarasi Rakyat ini, berbanding kepentingan meletakkan calon bebas dikalangan orang Umno bertanding dalam PRK.
"Kami tidak akan letakkan calon pada PRK. Kami akan berkempen dan menyatakan bahawa Najib adalah pemimpin yang harus berundur," ujarnya.
Manakala Syed Saddiq yang turut hadir dalam pertemuan itu, mengakui adanya perbincangan mengenai siapa calon bebas untuk dua PRK itu dibangkitkan dalam pertemuan tersebut.
"Memang ada dibincangkan dikalangan ahli pendokong awal deklarasi rakyat.Tetapi tidak melibatkan pemimpin utama pakatan pembangkang, namun ada wakil mereka dalam pertemuan itu.
Read More / Baca Lagi >>

RUU Mahkamah Syariah bukan hudud, jangan peduli DAP, kata Asyraf Wajdi

Posted: 03 Jun 2016 06:23 PM PDT


Datuk Dr Asyraf Wajdi DasukiDatuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengulangi kenyataannya bahawa Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat baru-baru ini hanya melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah dan bukannya tentang hudud.
Beliau meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan DAP, yang membantah pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Pada 26 Mei lepas, Presiden PAS Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Mengulas mengenai parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya di Kelantan, Asyraf Wajdi berkata Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan memberi taklimat kepada wakil parti komponen berkenaan dalam masa terdekat.
"Saya nasihatkan rakyat supaya jangan mudah melatah atau percaya apa yang DAP laungkan kerana ia boleh cetuskan ketidakstabilan dalam negara," katanya selepas melancarkan Program Pelancaran Skuad Taawun dan Ihya Ramadan Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Tumboh di sini, hari ini.

Mastura jadi 'kambing hitam' BN untuk menangkan Pas, dakwa rebel Umno

Posted: 03 Jun 2016 06:22 PM PDT


Pilihan Raya Kecil Kuala KangsarPilihan Raya Kecil Kuala Kangsar
BN mempunyai strategi untuk 'tidak menang' pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar kerana akan memberikan laluan kepada Pas untuk menang dalam pertandingan tiga penjuru 18 Jun ini.
Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa, strategi itu dilakukan untuk menarik undi orang Melayu  agar diberi kepada Pas ekoran calon BN Datin Mastura Mohd Yazid bukanlah calon popular dalam Umno.
"Umno sengaja meletakkan calon tidak popular dari Umno untuk bertanding walaupun mendapat tentangan ahli Umno dan pemimpin di Kuala Kangsar.
Kamarulazman Habibur RahmanKamarulazman Habibur Rahman"Saya nak tanya Umno adakah ini salah satu daripada cara Umno untuk mengorbankan semangat Umno demi kesepakatan kerjasama Umno dan Pas.
"Adakah ini strategi menunjukkan bahawa perpaduan antara Pas-Umno  dalam politik sedang berlaku apabila Umno sanggup letak calon tidak popular yang menimbulkan kemarahan pemimpin dan ahli parti di negeri ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Kamarul Azman berkata, dengan strategi meletakkan Mastura, membuka ruang kemenangan Pas di Kuala Kangsar dan BN akan menang di Sungai Besar.
"Macam ada satu kesepakatan untuk menentukan bahawa Pas akan menang di Kuala Kangsar dan BN di Sungai besar. Itu yang kami nampak sebenarnya.
"Ahli dan pemimpun  Umno sebenarnya ramai yang kecewa. Mereka tidak puas hati seakan hari ini Umno ketandusan pemimpin sehingga perlu mengenengahkan calon yang masih dalam edah untuk bertanding.
Read More / Baca Lagi >>

Bukan DAP rampas tanah Melayu Pulau Pinang, tapi sekutu baru Pas

Posted: 03 Jun 2016 06:20 PM PDT


Tanah milik Melayu di Pulau Pinang kian merosot angkara pemimpin Melayu.Tanah milik Melayu di Pulau Pinang kian merosot angkara pemimpin Melayu.
DAP menyelar kenyataan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Alias yang cuba menyemarakkan emosi perkauman dengan menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak berlaku adil terhadap penduduk Melayu berhubung isu tanah di negeri tersebut.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Syerleena Rashid, berkata dakwaan oleh ahli Pas itu seolah-olah cuba 'meniru' budaya Umno yang sentiasa mengaitkan sebarang isu melibatkan DAP dengan sentimen perkauman.
Kenyataan Hafiz bahawa semua pihak perlu menuntut agar kerajaan negeri mengekalkan 'tanah milik Melayu' dengan meminta semua konstituensi di Pulau Pinang menentang dasar-dasar kerajaan negeri bercanggah dengan fakta dan bukti sedia ada.
Syerleena RashidSyerleena RashidMalah, Syerleena menegaskan, Pas 'buat-buat lupa' dengan segala perlakuan Umno selama ini yang telah banyak merampas tanah-tanah milik Melayu dengan harga murah melalui syarikat proksi dan kemudian menjualkannya dengan harga yang lebih tinggi.
"Contohnya seperti apa yang berlaku di Kampung Terang Balik Pulau. 31 pemilik tanah Melayu menjual tanah mereka kepada Maison Heights Sdn Bhd dengan jumlah kira-kira RM8.56 juta pada Januari 2012. Syarikat itu kemudiannya menjual tanah tersebut kepada Kay Pride Sdn Bhd dengan harga sekitar RM13.45 juta pada Mei tahun yang sama.
"Keuntungan sebanyak RM5 juta, hanya dalam masa 5 bulan. Ini secara terang-terangan merupakan satu eksploitasi terhadap sistem sedia ada dan eksploitasi terhadap penduduk Melayu dengan cara yang sangat jijik.
"Jangan kita lupa bahawa dua anggota Lembaga Pengarah Maison Heights pada masa itu adalah Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Pengerusi Pilihanraya Barisan Nasional, Datuk Omar Faudzar," lapor Roketkini.com.
Menurut Syerleena yang juga ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP), kerajaan negeri di bawah pemerintahan DAP telah berusaha sedaya-upaya membantu menyelesaikan masalah penduduk dengan pemaju di negeri itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu jelaskan kenapa beliau tidak tanding 2 PRK

Posted: 03 Jun 2016 06:19 PM PDT

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu atau lebih popular dengan gelaran Mat Sabu hari ini tampil menjelaskan sebab-musabab beliau tidak bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) dalam masa terdekat.
Ini kerana parti telah memilih calon-calon terbaik untuk bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata Mat Sabu kepada pemberita.
"Hanya boleh letak satu calon, betul? Jika boleh ramai, saya juga mahu bertanding juga, tetapi kita hanya boleh pilih satu sahaja.
"Kami pilih seseorang yang kami rasakan sesuai untuk kerusi tersebut," kata beliau semasa ditemui semasa Kongress Kebangsaan Parti Sosialis Malaysia di Shah Alam, hari ini.
Mat Sabu pernah menjadi ahli parlimen selama beberapa penggal sebagai mewakili kerusi Kuala Kedah, Kedah dari tahun 1999 hingga 2004 selain Kubang Kerian serta Nilam Puri di Kelantan atas tiket PAS.
AMANAH telah memilih profesor fizik, Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon pilihan raya kecil Kuala Kangsar bagi menentang calon Umno dan PAS manakala di Sungai Besar pula, Azhar Abdul Shukur dipilih sebagai calon parti itu untuk menentang dua parti lain.

Muktamar perlihat PAS ambil 'jalan selamat'

Posted: 03 Jun 2016 06:14 PM PDT

Muktamar Tahunan PAS ke-62 kali ini memperlihatkan parti Islam itu mengambil 'jalan selamat' dengan membawa agenda budaya politik matang dan sejahtera menjadi gagasan baru parti itu.
Agenda itu dilihat sebagai satu langkah bagi meneruskan perjuangan mereka dalam kancah arus politik semasa.
Malah, dengan mengetengahkan agenda tersebut, PAS juga dilihat bercita-cita dan berharap dapat menawan Putrajaya bersendirian.
Namun, sebelum sampai ke tahap itu, PAS terlebih dahulu ingin menjadi penasihat kepada kerajaan melalui pendekatan ta'awun siyasi dengan menolak politik dendam dan kebencian.
Oleh itu, PAS kini mengambil pendekatan untuk tidak akan menentang dan menghentam sebaliknya menawarkan penyelesaian kepada masalah yang wujud dan terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang boleh menerima prinsip perjuangan mereka.
Sehubungan itu, ia sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat sama ada PAS mahu menjadi sebuah parti politik yang ingin memerintah atau sekadar parti yang mesra pemerintah.
Pada muktamar kali ini juga, usul dibawa oleh Dewan Muslimat yang meminta PAS mengkaji semula hubungan kerjasama dengan PKR menjadi perhatian.
Bagaimanapun, usul tersebut tidak dibahaskan pada sidang muktamar sebaliknya ia di bawa terus ke Majlis Syura.
Ia tindakan sama pada muktamar tahun lalu apabila usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP dibawa terus ke Majlis Syura dan tidak dibahaskan.
Tindakan itu dilihat sebagai langkah yang diambil parti Islam berkenaan bagi mengelakkan ia terus dijadikan 'isu hangat' terutamanya menjelang pilihan raya kecil 18 Jun depan.
Ia juga bagi mengelakkan lebih banyak luahan serta rasa tidak puas hati anggota akar umbi parti terhadap PKR.
Read More / Baca Lagi >>

PAS isytihar AMANAH musuh di PRK, bukan Umno@Bn

Posted: 03 Jun 2016 06:12 PM PDT

PAS semalam mengisytiharkan parti serpihan AMANAH sebagai lawan utama mereka dan bukan UMNO dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana berdegil meletak calon mereka.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti tersebut dilihat beriya-iya mahu menentang PAS dalam PRK kali ini dan bukannya Umno.
"Nampaknya yang beriya nak bertanding (lawan) kita sekarang ialah Amanah," katanya.
Mustafa menggesa supaya pengundi menolak AMANAH yang disifatkan parti tajaan DAP.
"Tradisinya, PAS melawan mana-mana parti kerana kita ada tahaluf siyasi dengan semua, tapi kini lain.
"AMANAH ini tajaan DAP. Kalau sokong AMANAH, samalah macam sokong DAP," katanya pada sesi penggulungan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-62, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK).
Mustafa berkata, saingan dihadapi PAS ketika berdepan pelbagai ujian, termasuk menjelang pilihan raya ibarat 'alah bisa tegal biasa' kerana parti itu sudah lama bertapak dalam dunia politik.
Katanya, lawan utama PAS pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan UMNO, sebaliknya AMANAH yang terbentuk pasca pemilihan parti Islam itu pada tahun 2015.
PAS akan berdepan saingan tiga penjuru dalam dua PRK Parlimen pada 18 Jun ini.

Muktamar PAS ke 62 hambar

Posted: 03 Jun 2016 06:08 PM PDT

JELAJAH SELAMATKAN MALAYSIA KUALA TERENGGANU

Posted: 03 Jun 2016 06:06 PM PDT

Takiyuddin: Husam Adun Bebas, Exco Jaga Salor

Posted: 03 Jun 2016 06:05 PM PDT

Muktamar Pas 2016: Cari Menantu Baharu, Menantu Dah Jadi 'Menate'

Posted: 03 Jun 2016 06:04 PM PDT

Muktamar Pas 2016: Ahli Pas, Pimpinan Perlu Patuh Keputusan Parti

Posted: 03 Jun 2016 06:04 PM PDT

Muktamar Pas 2016: Jangan Keluar Parti Kalau Tak Suka Calon

Posted: 03 Jun 2016 06:03 PM PDT

Kami bukan berseluar pendek, tak bertudung, kata naib presiden PAS

Posted: 03 Jun 2016 01:57 AM PDT

Idris Ahmad menjawab tuduhan parti itu ketinggalan zaman kerana tampil dengan pakaian hulubalang Melayu.
Idris-Ahmad_pas_600
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Idris Ahmad membidas mereka yang mengkritik pimpinan parti itu kerana berpakaian hulubalang Melayu lengkap dengan keris dan tengkolok, pada perasmian Muktamar Pemuda PAS baru-baru ini.
"Apa masalahnya dgn keris dan tengkolok? Berdosakah? Kalau perwakilan Pas pakai seluar pendek. Muslimat pula tdk bertudung. Pimpinan Pas bersalam lelaki perempuan. Barulah Pas boleh dituduh sesat," tulisnya dalam Facebook.
Rabu lepas, pemimpin kanan sayap Pemuda PAS dan Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tampil dengan pakaian ala pahlawan Melayu silam.
Muktamar kali ini juga melihatkan kelainan dengan pertunjukan silat dan upacara menjulang keris gergasi oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum memotong pulut hijau putih.
Susulan itu, Ketua Komunikasi AMANAH Khalid Samad menyifatkan bekas partinya itu "mabuk" dan ketinggalan zaman.
"Anggap diri berada di zaman lain. Dia berada dalam kurun 21 tapi pergi perasmian majlis rasmi pakai baju hulubalang abad ke-14! Ini orang mabuk," katanya semalam.
Idris berkata PAS semakin mantap dan dibuktikan dalam muktamar kali ini.
"Cita2 hdk lihat Pas berpecah dan ghuyub drp persada politik. Muktamar tdk bermaya. Ahli tdk hadir. Semua tdk berjaya. Alhamdulillah Pas semakin mantap. Apabila hati sudah benci maka setiap langkah Pas semuanya sumbang.
"Akhirnya isu keris dan pakaian tengkolok yg jadi isu."

Comments (0)