Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:18 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Video poster Najib dikoyak ahli Umno Sabah

Posted: 28 Jun 2016 08:37 PM PDT

Samakan Najib dengan Idi Amin, polis siasat Mahathir

Posted: 28 Jun 2016 08:28 PM PDT

Polis sedang menyoal-siasat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya yang menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai 'Idi Amin Malaysia'.
Mengesahkan perkara itu, peguam Haniff Khatri berkata Mahathir kini disoal siasat di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Mahathir pada ucapannya pada pilihan raya kecil di Kuala Kangsar berkara Najib ibarat diktator Uganda itu kerana menggunakan harta negara sehingga dia ditolak oleh rakyat.
Idi Amin adalah Presiden Uganda yang memerintah dari tahun 1971 hingga 1979. Beliau dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia, rasuah dan pembunuhan.
Najib pada malam kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu secara berseloroh membidas Mahathir dan berkata "Idi Amin Malaysia lebih popular" dan keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa rakyat menolak Deklarasi Rakyat.

Skandal 1MDB: Di mana Jho Low sekarang?

Posted: 28 Jun 2016 08:23 PM PDT

Jutawan ranggi Jho Low kembali menarik perhatian berikutan polis menyiasat dakwaan hubungannya dengan syarikat yang kini tidak lagi berfungsi, Good Star Ltd.
Bagaimanapun, jutawan berusia 35 tahun itu telah hampir setahun menjauhkan diri dari perhatian awam.
Malah, organisasi amalnya, Yayasan Jynwel, turut berdiam diri sejak 26 Jun tahun lepas. Itu hanya seminggu sebelum Wall Street Journal memecahkan berita bahawa RM2.6 bilion ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Jynwel Capital - sebuah firma pelaburan yang berpangkalan di Hong Kong di mana Low merupakan pengasas bersama dan juga menjadi ketua pegawai sksekutifnya - turut sama berdiam diri.
Walaupun syarikat Low itu berpangkalan di Hong Kong, tetapi dia dikhabarkan berada di Taiwan.
Menurut khabar angin, ini kerana Taiwan kekurangan perjanjian bantuan perundangan dan perjanjian ekstradisi, yang mana boleh melindungi seseorang yang dikatakan terlibat dalam skandal 1MDB.
Skandal itu kini menjadi bahan siasatan berasingan tetapi bertindih yang dijalankan oleh pihak berkuasa di lapan buah negara - Malaysia, Singapura, Switzerland, Luxemburg, Hong Kong, United Arab Emirates, Australia, dan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, khabar angin itu tidak disahkan walaupun itu tidak menghalang seorang ahli parlimen DAP untuk mendapatkan bantuan Taipei bagi mengesan Low tahun lepas.
Namun, Taiwan mempunyai perjanjian bersama bantuan perundangan dengan salah sebuah daripada negara yang menyiasat sesuatu skandal 1MDB - Amerika Syarikat.
Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - merupakan orang penting dalam penubuhan pendahulu 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA). Reuters baru-baru ini mepetik orang yang mempunyai pengetahuan tentang siasatan, mengesahkan dakwaan sebelum ini bahawa Low merupakan pemilik tunggal Good Star.
Pada tahun 2009, 1MDB menghantar kira-kira AS$1.03 bilion yang sepatutnya untuk rakan kongsi perniagaannya ketika itu, PetroSaudi International (PSI), tetapi wang itu dilencongkan ke Good Star.
Kerajaan bertegaskan bahawa Good Star merupakan anak syarikat PSI, manakala Low menafikan ada kaitan dengan Good Star.
Berikutan laporan Reuters itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis akan menyiasat dakwaan kaitan antara Low dan Good Star.
Kapal layar mewah
Read More / Baca Lagi >>

Amanah itu mata bagi PKR, akui Saifuddin Nasution

Posted: 28 Jun 2016 08:18 PM PDT


Saifuddin NasutionSaifuddin NasutionPengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengakui Parti Amanah Negara (Amanah) lebih penting berbanding Pas dalam usaha menjatuhkan Umno-BN pada pilihan raya akan datang.
"Amanah itu mata bagi PKR. Kita anggap Pas itu cermin mata bagi PKR. Tak pakai pun nampak. Tiada masalah.
"Cermin mata boleh tanggal. Bahkan, sekarang sudah ada rawatan khas yang membolehkan kita tak perlu pakai cermin mata," ujarnya pada Wacana Terbuka: Amanah Bawa Tuah atau Rebah? malam tadi.
Dalam program lebih dua jam itu juga, Saifuddin mendedahkan kepincangan kepimpinan Pas sejak blok pembangkang masih dalam gagasan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, pendirian Pas semuanya terletak pada Datuk Seri Hadi Awang walaupun parti itu sudah sedia memiliki struktur dan proses tertentu dalam membuat keputusan.
"Pas dulu dan sekarang ada strukturnya. Semua proses itu terpakai tapi sekarang semua keputusan di pihak Presiden.
"Ketika Langkah Kajang pun, masalah timbul apabila berlaku 'u-turn' di pihak Pas," dedahnya dalam forum yang juga dihadiri Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke itu.
Tambahnya, Pas telah melanggar kesepakatan yang ditandatangani bersama bagi mengelak pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
"(Keputusan rundingan elak pertindihan) kita sudah cantik tapi Pas tetap letak tujuh calon. Bertindih.
"Padahal, kita sudah minta pada pimpinan Pas dalam mesyuarat rasmi bukan tepi jalan. (Hasil selepas itu) negatif," ujarnya.
Mengakui PKR sukar untuk mengendurkan keegoan Pas, beliau memberitahu pihaknya masih tidak berputus asa untuk berunding dengan parti itu walaupun tidak dapat memberi jaminan untuk "melunakkan" Pas.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan pertahan AMANAH

Posted: 28 Jun 2016 08:16 PM PDT

Ahli panel forum mengenai Parti Amanah Negara (AMANAH), termasuk wakil dari PKR dan DAP, mempertahankan AMANAH sebagai sebuah parti yang baru ditubuhkan, walaupun PSM menyasarkan keseluruhan pembangkang.
Setiausaha organisasi kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata AMANAH, sebuah parti serpihan PAS, tidak boleh dinilai dengan keputusan dua pilihan raya kecil (PRK) pada 18 Jun lalu.
Sudah tentu, katanya, terdapat beberapa kelemahan tetapi menegaskan ia adalah kelemahan yang boleh diperbaiki dan pihaknya boleh membantu untuk menambahbaik AMANAH dalam jangka masa panjang.
"Tetapi adakah kita menilai AMANAH sekarang, hanya setahun selepas ia ditubuhkan?" tanya Loke dalam forum itu di Petaling Jaya malam tadi.
Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution pula berkata membina sesebuah parti dari mula, dengan sumber yang terhad dan berdepan dengan parti pemerintah yang kuat, adalah bukan satu tugas yang mudah.
Saifuddin berkata AMANAH dan Pakatan Harapan adalah permulaan yang baik, selagi mereka tidak mempunyai "sindrom penafian", dan bersedia untuk mengakui mereka mempunyai tanggungjawab yang besar.
'AMANAH ada potensi'
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar juga berkata AMANAH mempunyai potensi, selagi ia disokong oleh rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.
Hisomuddin memetik kempen parti yang baru ditubuhkan itu di kedua-dua PRK, yang menerima banyak bantuan dari DAP di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Read More / Baca Lagi >>

PEMIMPIN UMNO INI DAH 'GILA', DIA CADANG MUHYIDDIN DIPECAT, DIA JUGA CADANG BUAT RAYUAN!!

Posted: 28 Jun 2016 06:47 PM PDT

Antara pemimpin UMNO yang lantang bersuara agar Muhyiddin Yassin dipecat daripada UMNO ialah Fuad Zarkashi yang kalah di Batu Pahat pada pilihanraya 2013, tetapi kemudian diberikan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwa Khas atau Jasa.

Pada Mac lalu, beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan dipetik sebagai berkata bahawa penyertaan Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir dalam Deklarasi Rakyat untuk menyingkir Najib Razak adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

"Mereka harus dipecat. Kali ini saya sendiri akan mencadangkannya kepada MT UMNO," tegas beliau.
Setelah beberapa kali tertangguh berikutan menunggu selesainya pilihanraya negeri Sarawak dan pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar,  Muhyiddin dan Mukhriz akhirnya dipecat daripada UMNO pada mesyuarat MT, 24 Jun lalu.

Dalam reaksinya setelah dipecat, Muhyiddin menegaskan beliau tidak akan membuat sebarang rayuan kerana menganggap keputusan MT itu sebagai penamat kepada sejarah panjang penuh liku dalam perjuangannya bersama dengan UMNO.

Beliau kemudian tidak menolak kemungkinan mahu menubuhkan parti baru atau menyertai parti-parti politik sedia ada untuk meneruskan perjuangannya demi agama, bangsa dan negara.

Namun, meskipun sudah menyatakan tidak akan merayu, Fuad Zarkashi bersuara pula dengan menasihatkan Muhyiddin agar merayu kepada Lembaga Disiplin untuk menyertai semula UMNO.

Katanya, dengan membuat rayuan adalah langkah terbaik untuk menjadikan Muhyiddin lebih dihormati dalam kalangan ahli-ahli UMNO, selain membolehkannya meneruskan kembali perjuangan sehingga ke akhir hayat.

Hadoii...'gila'  ke apa Fuad ini? Atau dah putus wayar dalam otaknya?

Dulu dia sendiri antara yang bersungguh-sungguh agar Muhyiddin dipecat daripada UMNO, kini dia juga yang menyarankan agar bekas Timbalan Presiden UMNO itu membuat rayuan.
Bukankah dia sepatutnya gembira bila Muhyiddin sudah dipecat kerana itulah yang dicadangkannya?

Kenapa sekarang diminta merayu pula?

Dah kurang dedak agaknya?

‘Amanah masih perlu DAP, PKR sebelum berdikari’

Posted: 28 Jun 2016 06:38 PM PDT

PKR dan DAP bersetuju Amanah perlu disokong, namun PSM menganggap ia menghancurkan pembangkang.
amanah-backup
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) masih belum mampu berdikari dan memerlukan sokongan rakan sekutunya untuk terus menambat hati pengundi khususnya orang Melayu, menurut pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Bercakap pada forum "Amanah membawa tuah atau rebah" di Petaling Jaya semalam, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke berkata Amanah merupakan parti baharu, dan rakyat tidak patut menghakimi kekalahan di dua pilihan raya kecil (PRK) pada 18 Jun lalu itu sebagai kelemahan pembangkang.
"Memang kita akui Amanah ini masih banyak kelemahan tetapi kelemahan itu boleh diatasi dengan kerjasama yang baik dalam gerak kerja bersama rakan PH untuk meningkatkan kepercayaan pengundi terhadap Amanah dalam jangka masa panjang.
"Tidak adil untuk pengkritik di luar hanya mengadili Amanah yang baru setahun ditubuhkan," katanya pada forum anjuran saya Pemuda PKR itu.
Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata bukan mudah membina parti yang baru dengan sumber terhad.
Beliau berkata, Amanah dan PH masih ada harapan menang pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya semua parti dalam komponen itu bersatu dan memikul tanggungjawab besar menentang Umno dan Barisan Nasional (BN)
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar percaya Amanah masih mempunyai potensi menambat hati pengundi selagi mereka disokong oleh rakan mereka dalam PH.
Katanya, berdasarkan kajian kempen dalam dua PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kempen Amanah jauh lebih berjaya daripada kempen PH di pilihan raya negeri (PRN) Sarawak Mei lalu.
"Kita lihat 'trend' pengundi di dua PRK lalu nampaknya lebih berjaya kerana Amanah dilihat dapat banyak bantuan daripada DAP dan PKR. Berbeza dengan kempen di PRN Sarawak, setiap komponen parti dalam PH dilihat hanya berkempen sendiri bagi merebut kerusi sesama sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Di mana wajah muda dan bakat baharu Borneo dalam kabinet Najib?

Posted: 28 Jun 2016 06:33 PM PDT


Tiada bakat-bakat baru yang boleh membaiki keadaan, rombakan ini jelas merupakan rombakan yang gagal dakwa Pemuda Amanah.Tiada bakat-bakat baru yang boleh membaiki keadaan, rombakan ini jelas merupakan rombakan yang gagal dakwa Pemuda Amanah.Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak masih mengulangi paten kabinet yang sama, bahkan lebih buruk dengan peletakan jawatan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah.
Kabinet yang masih dalam skala besar (pastinya dengan perbelanjaan mengurus yang besar), portfolio antara kementerian yang tidak bersepadu, menjadikan kabinet kali ini lebih buruk berbanding sebelumnya.
Berapa juta lagi Perdana Menteri mahu bazirkan setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun menteri-menteri yang rakyat rasakan sebagai membazir dan tidak perlu?
Gaji pokok sebagai ahli parlimen ialah RM16,000. Jika dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri, kerajaan perlu menyediakan tambahan RM14,907.20 dan RM10,847.65 lagi untuk setiap perjawatan.
Itu tidak termasuk elaun-elaun lain yang total jumlahnya menghampiri gaji pokok! Dengan keadaan kewangan negara yang semakin tenat, mengapakah Perdana Menteri mahu meneruskan trend pembaziran ini?
Lebih merunsingkan, kita tertanya-tanya di mana kedudukan bakat-bakat muda dalam kabinet kali ini? Dengan pengambilan 'menteri recycle' seperti Tan Sri Noh Omar, pengekalan menteri seperti Datuk Seri Azalina Othman dan Datuk Seri Shahidan Kasim dengan portfolio mengurus Parlimen yang sangat minimum sifatnya, tiadanya pertambahan portfolio penting dan kritikal kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang masih kekal dengan portfolio tradisi, menunjukkan tiadanya anjakan baru yang mahu diaspirasikan oleh Perdana Menteri ketika ini.
Bahkan lebih teruk, bakat-bakat muda daripada parti-parti komponen khususnya parti-parti daripada Sabah dan Sarawak langsung tidak diberi ruang untuk dibawa dalam Jemaah Menteri kali ini.
Ia menguatkan lagi telahan ramai bahawa Datuk Seri Najib hanya ingin 'menggunakan' sahaja pemimpin-pemimpin politik daripada Borneo untuk mengekalkan kedudukannya di Putrajaya, tanpa sedikit pun mahu berkongsi kuasa sebagaimana semangat Perjanjian Malaysia 1963.
Belum lagi ditelusur bakat-bakat muda daripada MIC dan MCA yang langsung diketepikan terus. Jika ada pun, hanyalah muka lama yang dilihat setia mengampu Datuk Seri Najib sebelum ini seperti Datuk Chua Tee Yong yang diletakkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Tiada langsung sosok-sosok baharu yang dibawa masuk untuk
meremajakan imej Kerajaan Persekutuan yang rosak teruk bawah kendalian Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Shafie dijangka umum keluar parti?

Posted: 28 Jun 2016 06:32 PM PDT


Datuk Seri Mohd Shafie ApdalDatuk Seri Mohd Shafie ApdalKetua Umno Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang kini berada di Mekah kerana mengerjakan umrah dijangka mengumumkan keluar parti selepas Majlis Tertinggi memutuskan menggantung beliau sehingga siasatan selesai dijalankan.
Daripada sumber maklumat yang dilapor portal MalaysiaGazette hari ini,  menyebut, Shafie difahamkan akan membuat pengumuman tersebut sekembalinya daripada menunaikan umrah.
Jumaat lepas, MT sebulat suara membuat keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai ahli UMNO ekoran perbuatan mereka yang secara terang-terangan melanggar disiplin dan perlembagaan parti.
Antara yang dilakukan oleh kedua mereka adalah duduk sepentas dengan parti pembangkang sambil memburuk-burukkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia.
Walaupun Shafie sejak mula dipecat dari Kabinet telah bersama Muhyiddin mengkrittik kepimpinan Najib, namun nasibnya agak baik kerana MT hanya menggantung keahliannya sehingga siasatan jawatankuasa disiplin parti selesai.
"Shafie sekarang sudah nekad akan keluar daripada Umno walaupun dipujuk kerana hatinya sudah cukup kecewa.
"Dia akan buat pengumuman nanti sebaik sahaja dia sampai di Semporna nanti," kata sumber berkenaan seperti dipetik.
Semalam, lebih 300 ahli Umno di Semporna bertindak melepaskan semua jawatan dan keahlian mereka kerana membantah keputusan MT berhubung penggantungan keahlian Shafie.
"Mungkin akan lebih ramai ahli Umno di bahagian lain di Sabah akan menyertai Shafie sebagai tanda sokongan kepadanya selepas pengumuman dibuat," ujarnya.

DEMOKRASI- KEGANASAN PERSEPSI DALAM PERSPEKTIF ISLAM [28 JUN 2016]

Posted: 28 Jun 2016 06:27 PM PDT

Pecat Muhyiddin-Mukhriz: Kalau baik tetap ada dalam Umno, kata Tun Abdullah

Posted: 28 Jun 2016 04:46 PM PDT


Tun Abdullah Ahmad BadawiTun Abdullah Ahmad BadawiTindakan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Umno dianggap wajar oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata apa yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Mukhriz selama ini tidak membawa sebarang kebaikan kepada ahli dan parti.
"Tindakan mereka tidak membawa kebaikan kepada Umno," ujarnya.
Malah Tun Abdullah yang mesra dipanggil Pak Lah berkata, jika tindakan Muhyiddin, Mukhriz dan penyokongnya dilandasan yang betul, mereka tidak akan dipecat daripada parti.
" Muhyiddin dan rakan-rakannya telah menunjukkan apa yang dilaksanakannya (tentangan terhadap pemimpin parti). Kalau dia baik tetap ada dalam Umno," ujarnya.
Beliau ditemui Malaysia Dateline ketika hadir pada majlis berbuka puasa bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) malam tadi.
Pak Lah pernah menjadi presiden pertubuhan itu pada 1960-1962.
Mengulas mengenai pembubaran Umno Bahagian Semporna pada Isnin, ekoran keputusan Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat, yang turut menggantung jawatan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdhal.
Katanya," Saya melihat Umno di Sabah menunjukkan kekuatan tetapi yang ada tidak seratus peratus kuat.
"Saya yakin belum sampai (masa) sokongan rakyat masih lagi kepada Umno,"
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mujahid Sanggah Hanya Jemaah Mereka Saja Yang Islam

Posted: 28 Jun 2016 03:15 PM PDT

Naib Presiden Parti Amanah negara (AMANAH), YB Dato Dr.Mujahid Yusof hari ini membidas tanggapan kumpulan (didalam konteks jemaah Islam) bahawa hanya mereka sahaja yang betul dan orang lain tidak betul. Keluar dari jemaahnya dianggap keluar agama dengan meletakkan agama sebagai jemaah dan jemaah sebagai agama dan ia adalah pemikiran takfiri seperti yang berlaku di IS dan Qaedah.

Mujahid berkata demikian di dalam satu forum bertajuk KEGANASAN PERSEPSI DALAM PERSPEKTIF ISLAM di dalam rancangan DEMOKRASI yang disiarkan secara lansung oleh RTM1. Forum tersebut menampilkan dua orang lagi ahli panel selain Mujahid iaitu Fathul Bari Mat Yahya, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, dan Ustaz Ahmad Marzuki Shaary, Ahli Parlimen Bachok dari Parti Islam SeMalaysia (PAS).


Tatkala mengupas lanjut mengenai keganasan persepsi tersebut, Mujahid juga menegur mereka yang menanggapi perlaksanaan Islam itu tanpa melihat realiti, tanpa melihat perundangan dan kerangka yang ada sehingga ia melahirkan persepsi ganas seperti mereka melihat mereka saja yang betul dan orang lain salah belaka.

Itulah hal yang mendasari pemikiran seseorang sehingga lahirnya sikap keganasan.

Ia adalah akibat dari penafsiran Islam secara literal dan sempit dan mengambil sejarah secara totok dimana elemen keganasan menyusup masuk di dalam pemikiran rakyat lebih-lebih lagi di dalam zaman kini melalui media sosial.

Sebelum itu Mujahid menyatakan bahawa pentingnya fiqh itu difahami dengan waqi' dan Fiqh Malazi perlu difahami sebelum terperangkap dengan keganasan persepsi.

Fathul Bari pula menyatakan bahawa elemen keganasan persepsi adalah suatu yang lumrah yang telah wujud sekian lama semenjak penciptaan manusia lagi dimana malaikat pernah bertanya kepada Allah swt tatkala Adam hendak dijadikan khalifah di atas mukabumi. Apakah Allah swt ingin menjadikan makhluk yang boleh mendatangkan kerosakan di atas mukabumi dan mampu untuk melakukan pertumpahan darah.

Namun katanya, persepsi malaikat berakhir dengan kepatuhan kepada Allah apabila Allah menyatakan bahawa "Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui" (penghujung ayat 30 suratul Baqarah).

Jadi Fathul Bari menganggap bahawa keganasan persepsi itu sebagai sesuatu yang semulajadi.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau dah 'toman' letakkan mahkota di kepalanya pun ia tetap 'toman'

Posted: 28 Jun 2016 03:11 PM PDT

Kata orang tua-tua di Negeri Sembilan untuk meletakan seseorang ditempatnya, ada satu pepatah yang selalu kita dengar dimasa yang lama dahulu. Perpatah itu berbunyi  'Kalau dah toman tu letak mahkota dikepalanya pun ia tetap toman'. Istilah 'toman' ini merupakan istilah yang dikatakan kepada manusia yang rendah darjatnya malahan ia lebih rendah dari perkataan yang semua orang pernah mendengarnya iaitu, sengkek.
Ia selalunya diberikan kepada manusia yang mempunyai peribadi yang terlalu rendah dan tidak layak untuk diberikan tanggungjawab yang besar, kerana orang yang dalam kategori 'toman' ini tidak akan melakukan perkara-perkara yang baik samada kepada dirinya sendiri atau pun kepada masyarakat. Malahan perbilangan ini ditambah dengan berbunyi begini: 'jika yang berdarah Raja itu jika ia menjadi seorang tukang sapu sampah pun ia tetap Raja'.
Jika kita fikir dan dibandingkan dengan kepimpinan pula perbilangan tentang 'toman' ini amat relevan sekarang ini. Kita sering melihat ramai pemimpin yang bertaraf 'toman' ini diberikan tanggungjawab besar sedangkan tempat itu bukannya tempat untuk mereka. Itu sebabnya mereka menjadi pemimpin yang tidak betul kerana mereka ini tidak mempunyai moral dan boleh menghalalkan perkara yang haram. Malahan tidak kurang yang mengharamkan perkara-perkara yang halal.
Seseorang 'toman' ini boleh kita berikan tanggungjawab besar seperti untuk memimpin misalnya (yang diibaratkan sebagai meletakkan mahkota di kepala mereka), tetapi mereka tetap 'toman' yang rendah taraf nya di sisi masyarakat. Mereka akan menjadi takbur dan angkuh dan berbuat apa-apa yang mereka suka kerana mereka telah diberikan pangkat atau mahkota di kepala mereka sedangkan mereka tidak layak untuk dimahkotakan. Mereka akan melakukan semuanya perkara yang mungkar seperti rasuah serta menyalah gunakan kuasa dan sebagainya.
Mereka tidak akan ada perasaan malu kerana mereka adalah 'toman' atau sengkek tadi. Sikapnya, perangainya dan peradaban mereka adalah sengkek atau 'toman' tadi. Apabila tidak bersetuju dengan pengkritik mereka si pengkritik akan dibinasakan dan dihukum mengikut hawa dan nafsu mereka sahaja. Yang salah menjadi benar dan yang benar menjadi salah kepada mereka. Mereka lebih cenderung untuk melaksanakan hukum rimba. Mereka yang dalam kumpulan 'toman' ini tidak ada 'gentlemanship'nya.
Tetapi di sebaliknya yang mempunyai budaya atau berdarah raja tidak seperti 'Toman' tadi. Tunku Abdul Rahman misalnya tetap bertaraf dan berdarah raja walaupun beliau semasa dalam persaraan nya tidak mempunyai apa-apa harta yang diambilnya semasa memimpin negara. Hidup nya kembali seperti orang biasa dan beliau tidak merasa rendah diri walaupun beliau duduk dalam rumah yang usang yang saya selalu bertandang semasa beliau masih hidup dahulu. Tunku tidak merasa rendah diri kerana beliau terdidik dengan baik oleh keluarga beliau. Beliau tidak mempunyai perasaan rendah diri kerana beliau tahu beliau telah berbuat banyak jasa kepada rakyat jelata dan generasi beliau.
Tunku tidak menggunakan jet-jet peribadi atau eksekutif yang mahal-mahal tetapi beliau tetap tinggi di mata masyarakat dan rakyat jelata. Pakaian beliau simple, makanan beliau pun simple dan mudah dan cara hidup nya amat sederhana seperti rakyat biasa. Kata perpatah 'ular itu jika menyusur akar tidak akan hilang bisanya'.
Semasa mangkatnya keluarga beliau dihujani oleh ucapan-ucapan takziah dari seluruh dunia tanpa henti-henti. Beliau tetap segar dalam ingatan pemimpin seluruh dunia, malah semasa hayatnya Ratu Elizabeth mengambil kesempatan untuk menziarahi beliau secara peribadi semasa ratu itu melawat negara kita. Begitu tinggi sekali pandangan Ratu itu terhadap Tunku.
Read More / Baca Lagi >>

"KELAKAR KALAU HARAPKAN NOH OMAR BOLEH TAWAN SEMULA SELANGOR"

Posted: 28 Jun 2016 02:57 PM PDT

Orang yang barangkali paling gembira dengan rombakan kabinet semalam tentunya ialah Noh Omar. Digugurkan selepas pilihanraya 2013 kerana gagal menawan Selangor walaupun bergandingan dengan Najib Razak, hanya dengan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil Sungai Besar menjadikannya kembali semula sebagai menteri.

Sebelum ini, Noh adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, kini beliau dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jika selepas menang di Sungai Besar, Noh membayangkan harapan cerah untuk menawan semula Selangor dalam PRU 14 akan datang, perlantikan sebagai menteri pula dianggap memberinya suntikan lebih semangat ke arah yang sama.

Jadi dengan perlantikan baru ini akan memberikan semangat baru, suntikan baru dan akan memudahkan saya menguruskan masalah rakyat, terutama yang tinggal dalam bandar, kata Noh semalam.

Najib sendiri memberinya jawatan menteri itu tidak lain selain memudahkan matlamat untuk membawa kembali Selangor ke pangkuan BN dapat menjadi kenyataan, setelah gagal melakukannya pada 2013 yang lalu.

Soalnya mampukan Noh dengan jawatan barunya ini menawan semula Selangor dalam pilihanraya akan datang ini?

Sementara Pakatan Harapan Selangor dalam reaksinya menyatakan perlantikan Noh itu bukan merupakan ancaman kepada mereka, kalangan dalam UMNO  Selangor sendiri turut mempunyai keraguan perlantikan Noh sebagai menteri mampu menyumbang sesuatu yang positif.

Seorang pemimpin peringkat pertengahan dalam satu bahagian UMNO di Selangor tidak menyembunyikan kesangsian mereka terhadap kemampuan Noh untuk menawan semula Selangor daripada Pakatan Harapan.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah: Kabinet baharu nampak ‘tidak bernafsu’

Posted: 28 Jun 2016 08:41 AM PDT


MOHD SANY HAMZAN

SHAH ALAM – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan pembentukan Kabinet baharu langsung 'tidak bernafsu' untuk mengembalikan negara ke laluan yang selamat.
Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan berkata, rombakan Kabinet baharu yang diumum semalam masih tidak mempamerkan wajah dan bakat muda dalam pentadbiran baharu.
Malah menurutnya lagi, pembentukan Kabinet kali ini seolah-olah memperlihatkan kerajaan mengetepikan terus kedudukan bakat-bakat muda daripada parti-parti komponen khususnya parti-parti daripada Sabah dan Sarawak.
"Kita tertanya-tanya di mana kedudukan bakat-bakat muda dalam kabinet kali ini.Bakat daripada parti-parti komponen langsung tidak diberi ruang untuk dibawa dalam Jemaah Menteri kali ini.
"Belum lagi ditelusur bakat-bakat muda daripada MIC dan MCA yang langsung diketepikan terus. Jika ada pun, hanyalah muka lama," ujarnya menerusi kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, Najib masih mengulangi paten kabinet yang sama di mana peletakan jawatan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah menambah kesan buruk kepada pentadbiran negara
"Berapa juta lagi perdana menteri mahu bazirkan setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun menteri-menteri yang rakyat rasakan sebagai membazir dan tidak perlu?
"Pokoknya, pembentukan Kabinet kali ini masih menunjukkan tiadanya anjakan baru yang mahu diaspirasikan oleh perdana menteri ketika ini," katanya lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan Kabinet baharu di Putrajaya, semalam.
Ia berikutan lima kekosongan jawatan, iaitu tiga menteri dan dua timbalan menteri.
Pengumuman tersebut dibuat dalam sidang media khas Kabinet di pejabatnya pada   jam 3.15 petang.

Parti baharu mampu saingi Umno?

Posted: 28 Jun 2016 08:39 AM PDT

Parti baharu mampu saingi Umno?
Abdullah (duduk, tengah) bersama pimpinan tertinggi GPMS. Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusof.‎
KUALA LUMPUR - "Belum boleh lagi, kekuatan masih ada pada Umno," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ‎ketika menggulas sama ada Umno akan tergugat sekiranya parti baharu ditubuhkan.
Ini rentetan daripada beberapa cadangan yang mencadangkan agar  bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menubuhkan parti baharu selepas dipecat daripada Umno.
Katanya, Umno mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak mampu disaingi oleh mana-mana parti.
"Umno masih menerima sokongan ramai," katanya ringkas ketika sidang media media dalam Majlis Berbuka Puasa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bersama beliau di Restoran D Saji Titiwangsa Kuala Lumpur hari ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya adalah isu pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz memberi kesan kepada Umno, Abdullah berkata, impak terhadap Umno hanyalah sedikit.
Terdahulu, Majlis Tertinggi  memutuskan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.
Sementara, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

Lima Ketua Umno Cawangan Pagoh letak jawatan

Posted: 28 Jun 2016 08:20 AM PDT

Lima Ketua Umno Cawangan Pagoh letak jawatan
Mohd Solihan membakar kemeja Umno sebagai tanda protes terhadap keputusan parti berkenaan yang melucutkan keahlian Muhyiddin baru-baru ini.
PAGOH - Lima ketua Umno Cawangan Pagoh meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta ekoran kecewa dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang melucutkan keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti berkenaan baru-baru ini.
Bagaimanapun, kelima-lima individu terbabit mendakwa mereka masih mengekalkan keahlian dalam parti berkenaan kerana masih sayangkan Umno.
Mereka adalah Ketua Cawangan Grisek, Datuk Tahir Mohd Taat; Ketua Cawangan Batu Enam, Datuk Abd Aziz Hashim; Ketua Cawangan Parit Medan, Mohd Solihan Badri dan Ketua Cawangan Kurnia Sakti, Hedzer Ahmad serta Ketua Cawangan Kundang Ulu, Ahmad Kamit.
Tahir berkata, tindakan mereka meletakkan jawatan adalah sebagai tanda protes selain membantah keputusan yang dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
"Kita membantah pemecatan Tan Sri Muhyiddin yang dibuat oleh MT baru-baru ini. Bagi saya, pemecatan itu dibuat tanpa mengikut prosedur yang selaras dengan perlembagaan parti.
"Tan Sri Muhyiddin menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah dan tindakan beliau menegur presiden adalah demi menyelamatkan parti ini," katanya ketika ditemui selepas perjumpaan tertutup dengan Ketua-ketua Cawangan dalam bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini.
Manakala bagi Ahmad, keputusan MT melucutkan jawatan Muhyiddin sememangnya meninggalkan kesan kepada beliau.
"Beliau (Muhyiddin) merupakan pemimpin yang disegani dan dihormati. Saya boleh terima sekiranya beliau hanya dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden, namun tindakan MT yang turut melucutkan keahliannya sebagai Umno turut membuatkan saya terasa.
"Saya sememangnya tidak dapat menerima keputusan ini dan membantah sekeras-kerasnya tindakan yang dilihat tidak wajar dalam sesebuah parti," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Husni lepas semua jawatan Umno enggan terbabit skandal 1MDB?

Posted: 28 Jun 2016 08:09 AM PDT


Husni lepas semua jawatan Umno enggan terbabit skandal 1MDB?

Tindakan Datuk Seri Husni Hanadzlah melepaskan semua jawatan kerajaan dan Umno membuktikan bahawa beliau mempunyai prinsip yang cukup tulen untuk tidak bersekongkol dengan segala bentuk amalan salahlaku rasuah.
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata walau apapun alasan yang mendorong beliau meletak jawatan sebagai menteri kewangan kedua serta semua jawatan-jawatan politiknya perlu diberi sanjungan kerana tindakan ini bertepatan dengan ajaran agama islam yang tulen yang tidak mahu bersubahat dengan tokoh pemimpin paling korup masakini.
"Bagi saya beliau juga adalah seorang tokoh pemimpin bersih yang berpegang utuh pada hukum-hakam Allah SWT yang tidak meletakkan kepentingan peribadi bagi mempertahankan pangkat, perut mahupun poketnya," kata Khairuddin melalui satu kenyataannya.
Keseluruhan rakyat katanya harus beri tabik hormat pada Datuk Seri Husni, pemimpin-pemimpin yang beginilah yang harus dipertahankan apabila berlaku pertukaran kepimpinan kelak.
"Malahan keseluruhan pemimpin-pemimpin umno yang tiada aqidah agama yang bersekongkol dengan amalan korupsi harus mengikuti contoh yang telah dipamerkan beliau dan pemimpin-pemimpin Umno yang telah tersesat jalan harus balik ke pangkal jalan.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada perjanjian serah Kedah, Kelantan, Terengganu pada PAS - Ahmad Yakob

Posted: 28 Jun 2016 08:07 AM PDT

Timbalan Mursyidul Am PAS menafikan sebarang kerjasama dengan Umno mengenai penyerahan tiga negeri itu
Ahmad-Yakob-pas-umn
KOTA BAHARU: PAS tiada sebarang kerjasama dengan UMNO mengenai penyerahan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada PAS pada pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata jika adapun kerjasama hanya yang membabitkan perkara kebajikan dan kebaikan kepada rakyat.
"Setakat ini tiada sebarang perjanjian, cuma kita (PAS) akan beri kerjasama kepada pekara yang membawa kebaikan dan kebajikan kepada rakyat. Itu dasar kita sejak dahulu lagi.
"Dalam perkara yang menimbulkan dosa dan perseteruan sebagainya, kita tidak ada sebarang kerjasama," katanya selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 100 pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mendakwa wujud kerjasama politik antara UMNO dan PAS.
Ahad lepas, dalam satu majlis di ibu negara, Muhkriz mendakwa beliau mengesyaki terdapat perjanjian UMNO-PAS membabitkan 'pertukaran' yang melibatkan Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata kemungkinan isu itu timbul disebabkan kecelaruan politik buat masa sekarang.

Mufti Pahang: Tetap fatwa walau tidak diwarta

Posted: 28 Jun 2016 08:06 AM PDT

Abdul Rahman menepis kenyataan Syahredzan Johan yang mengatakan fatwa tidak rasmi selagi belum diwartakan.
pahang--mufti
PETALING JAYA: Mufti Pahang menegaskan tidak salah dalam hal "kafir harbi" dan mempertahankan kesahan fatwa yang dikeluarkan selaku mufti.
Bercakap kepada FMT, Datuk Seri Abdul Rahman Osman membalas kenyataan peguam Syahredzan Johan yang mengatakan fatwa perlu diwartakan supaya menjadi rasmi dan Rahman boleh didakwa dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan itu.
Seksyen 40 menyebut mufti tidak boleh dipanggil ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah untuk memberi pandangan atau bukti berkenaan undang-undang Islam.
Seksyen 505 pula menyebut kenyataan yang boleh menghasut golongan masyarakat supaya melakukan kesalahan terhadap golongan masyarakat lain boleh dihukum sehingga dua tahun pemenjaraan.
Abdul Rahman berkata sebagai seorang mufti, fatwa yang dia keluarkan tetap fatwa, samada ia sudah atau belum diwartakan.
"Fatwa tetap fatwa, tanpa mempedulikan diwartakan atau tidak.
"Bezanya kalau tidak diwarta, ia tidak boleh dikuatkuasakan."
Maka, katanya, dirinya dilindungi dibawah Seksyen 40 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Pahang) 1991.
Mengulas kenyataan Syahredzan bahawa kenyataan yang dikeluarkan itu merupakan kesalahan dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Abdul Rahman percaya kenyataannya tidak melanggar mana-mana undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

ABESLAH !!! Rakyat Selangor....

Posted: 28 Jun 2016 08:00 AM PDT

Akhirnya Noh Omar lebih semangat mahu rampas Selangor slps dilantik jadi menteri semula oleh Najib w'pon telah ditendang Najib jadi menteri 3 tahun yg lalu...

JANGAN RISAU, bila BN rampas balik kerajaan nanti rakyat S'ngor akan dapat air percuma 20 LITER, bukannya 20 METER PADU air (spt kerajaan S'ngor skrg).

NAMPAK TAK !!!.. Bila BN jadi Bodoh Negara..

PAKAR TANG MANA TU !!!

Posted: 28 Jun 2016 07:59 AM PDT

"Kerajaan hanya membayar gaji dan elaun Sharizat Abdul Jalil mengikut kelayakan berdasarkan kepada kepakaran yang diberikan," jelas Shahidan Kassim.

Pelik Tapi Benar...

Posted: 28 Jun 2016 07:58 AM PDT


Sama-sama kita renungkan...

Posted: 28 Jun 2016 07:57 AM PDT

Sesiapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang melakukan kejahatan dan kezaliman serta mempermainkan ayat2 Allah, maka sesungguhnya...

DIA SAMA-SAMA MENANGGUNG DOSA DGN PEMIMPIN TERSEBUT

Mungkin dia berkata, saya tidak menzalimi orang lain, atau mempersendakan agama tetapi sekadar jadi ahli biasa parti sahaja, sedangkan pemimpinnya zalim dan jahat...

MAKA DIA TURUT TANGGUNG DOSA

- Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

DAP jadi 'kafir harbi' bila M'sia di ambang PRU14

Posted: 28 Jun 2016 07:15 AM PDT

Kali ini merupakan kali kedua DAP dituduh sebagai kafir harbi setelah label yang sama dilemparkan oleh Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah pada bulan Ogos 2012.
Ketika kali pertama DAP dituduh sebagai kafir harbi itu, kenyataan Abdullah turut disokong oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengatakan ia tidak sama sekali bercanggah dengan Islam.
DAP, jelas Harussani, memang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Di sebalik 'ribut kecil' yang terjadi ekoran pertikaman lidah antara BN dan pembangkang mengenai isu berkenaan ketika itu, secara tiba-tiba, bertebaran gambar Abdullah yang menerima replika cek RM2 juta.
Gambar Abdullah menerima replika cek berkenaan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamad mula dikesan di internet pada bulan yang sama.
Selain Abdullah, DAP juga agak 'bernasib baik' ketika itu kerana Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu menjadi mursyidul am Pas masih hidup.
Arwah Nik Aziz telah membantu mempertahankan DAP dari dari serangan Harussani yang beliau selalu sifatkan sebagai ejen Umno.
Ironinya, tidak sampai setahun selepas 'pengumuman' kafir harbi oleh Abdullah itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada bulan Mei 2013.
Pada pilihan raya umum tahun itu, BN kekal sebagai parti pemerintah walaupun gagal mendapat majoriti dua pertiga setelah memenangi 133 kerusi parlimen daripada 222 kawasan.
Kini, ketika negara di ambang pilihan raya umum ke-14 yang dijangka diadakan setahun dari sekarang ekoran desakan pelbagai pihak dalaman Umno setelah BN menang besar dalam pilihan raya Sarawak dan dua pilihan raya kecil berkembar baru-baru ini, label 'kafir harbi' ke atas DAP muncul kembali.
Yang berbeza cuma individu yang membuat kenyataan tersebut dan masa ketika kenyataan itu dibuat tetapi masih berlegar-legar dalam isu, intipati tuduhan, matlamat dan dilapor juga oleh akhbar yang sama.
Nama Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman terpampang di banyak dada akhbar dan portal berita dengan mempertahankan kenyataan turut merujuk DAP sebagai kafir harbi.
Kali ini, DAP mendapat gelaran sedemikian kerana menentang pembentang rang undang-undang oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan undang-undang Islam.
Terbaru, Abdul Rahman menyatakan keengganan untuk menarik balik kenyataan itu, apatah lagi meminta maaf walaupun didesak oleh pelbagai pihak yang khuatir kenyataan sedemikian boleh mencetuskan suasana huru-hara.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)