Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:11 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MB Pahang: Muhyiddin lawan tauke bukan benda baru

Posted: 26 Jun 2016 05:46 PM PDT

Presiden adalah tonggak kekuatan Umno dan disiplin adalah asas perjuangan, kata Adnan.
adnan-yaakob-muhyiddin
PETALING JAYA: Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Umno bukan perkara baharu dan pernah dialami pemimpin Umno sebelumnya, kata Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
"Kita pentingkan parti, kes 'lawan tauke' ini bukan perkara baharu kerana sebelum ini kita pernah berhadapan perkara sama melibatkan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Musa Hitam (Tun Musa Hitam) yang bertindak menentang presiden parti pada ketika itu," kata menteri besar Pahang itu dipetik Bernama.
"Dalam hal ini kita harus bersikap rasional, siapa yang bersalah perlu dikenakan tindakan, presiden adalah tonggak kekuatan parti dan disiplin adalah asas perjuangan kita, semestinya tindakan ini diambil demi keharmonian dan memperkukuh kedudukan parti."
Jumaat lepas, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz kerana didapati melanggar disiplin parti dengan berkongsi pentas bersama pembangkang.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung keanggotaannya sementara menunggu syor Jawatankuasa Disiplin parti.
Read More / Baca Lagi >>

Could the 3Ms form the Third Force?

Posted: 26 Jun 2016 05:31 PM PDT

Umno's dismissal of Muhyiddin and Mukhriz may lead to a realignment of Malaysian politics.
mahathir-mukhriz-muhyiddin
The political futures of Muhyiddin Yassin and Mukhriz Mahathir are in limbo, now that they have been sacked from Umno after a year of confrontation between former PM Mahathir Mohamad's forces and those loyal to Prime Minister Najib Razak.
Muhyiddin's fall from grace is particularly spectacular. Last year, he was merely a step away from the PM's post.
But he quickly became sidelined from Umno after he chose to speak against the 1MDB. He has cut a forlorn figure since, never materialising into the galvanizing, unifying leader Mahathir hoped he would become so that he could be a figurehead for the anti-Najib movement.
Mukhriz by and large kept his nose clean of his father's affairs, but only until he was removed some months ago from the post of Kedah Menteri Besar. That dismissal was widely seen as the vicarious political punishment that his father had earned. Mukhriz has since taken and active part in the anti-Najib movement.
Now, this recent turn of events raises the question of whether Mahathir, Mukhriz and Muyhiddin – the so-called 3Ms – can form the core of a third force? One might have imagined the third force to be one that would be driven by moderate Malaysia, perhaps spearheaded by Zaid Ibrahim, but should the 3Ms form their own political bloc, they may have enough influence to gather allies and put together a war chest to empower a credible force in anticipation of GE14.
Ostensibly, their anti-Najib alignment would make an alliance with Pakatan Harapan the most logical move, but PKR would present a problem. Many of its members are fiercely loyal to Anwar Ibrahim. They would be loath to have any meaningful relationship with Mahathir, the man they see as being ultimately responsible for their jailed leader's downfall. DAP and Amanah, though, have thus far shown a willingness to break bread with Mahathir.
However, it is safe to say that many supporters of Pakatan will not be comfortable with too close an alignment between the coalition and a group of politicians considered to be Umno thorougbreds. If such an alignment further fractures Pakatan and alienates a section of its support base, then the three parties in the coalition must either reject the third force or organise their coalition around it.
One thing is for sure, though: the opposition parties, including PAS, cannot match BN's war chest on their own, and with the whispers already beginning about GE14 being held next year, one can imagine the ruling coalition already starting to amass the funds necessary to deploy its particular ground game and election machinery.
Read More / Baca Lagi >>

Najib dijangka umum rombakan kabinet hari ini

Posted: 26 Jun 2016 05:29 PM PDT

Kali terakhir rombakan kabinet dilakukan ialah pada Julai 2015 ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan.
najib-cabinet-2016
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan rombakan Kabinet hari ini, menurut beberapa laporan media yang memetik sumber.
Rombakan tersebut dijangka melibatkan empat jawatan menteri dan tiga jawatan timbalan menteri.
Beberapa perubahan berlaku dalam kabinet baru-baru ini, khususnya selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Mei lalu.
Antaranya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas melepaskan jawatannya sebagai menteri perusahaan perladangan dan komoditi, selepas dilantik menjadi timbalan ketua menteri Sarawak susulan kemenangan Barisan Nasional.
Jawatan timbalan menteri perusahaan, perladangan dan komoditi juga kosong selepas kematian Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak, Mei lalu.
Sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala tamat tempoh dua penggal menjadi senator, dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar diberitakan tidak mahu menyambung jawatannya selepas tamat tempoh sebagai senator.
Turut kosong ialah jawatan timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan selepas Datuk Seri Ahmad Bashah dilantik jadi menteri besar Kedah.
Najib sebelum ini berkata beliau perlu masa untuk memikirkan rombakan kabinet.
Kali terakhir rombakan kabinet dilakukan ialah pada Julai 2015 ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal digugurkan, bersama tiga yang lain.

Muhyiddin bayangkan tanding kerusi Pagoh atas tiket selain BN pada PRU14

Posted: 26 Jun 2016 05:10 PM PDT


Post Pic

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh biarpun terpaksa bertanding sebagai calon bebas di Pilihan Raya Umum ke- 14 (PRU14) akan datang.
 
Katanya keputusan berkaitan platform mana yang akan dipilih beliau masih terlalu awal untuk diputuskan tatkala banyak pihak mahu beliau menyertai gabungan pembangkang selepas dipecat sebagai ahli Umno.
 
"Kalau saya bertanding, sudah tentu saya menentang BN itupun kalau saya nak bertanding. Kalau saya bertanding takkan MCA nak terima saya (sebagai calon). Saya bukan lagi dalam BN. Kalau nak bertanding takkan saya nak bertanding atas tiket Umno.
 
"Keputusan yang kami buat adalah satu keputusan yang besar. Dan tidak pernah mimpi oleh kami," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, lewat petang ini.
 
Muhyiddin mendakwa akar umbi Umno bahagian Pagoh bertegas untuk beliau meneruskan usaha untuk mempimpin serta mewakili mereka.
 
"Saya dah jumpa pemimpin Pagoh malam selepas saya dipecat, mereka nak ketahui apa kedudukan. Saya jelaskan Ahli Parlimen Pagoh (yang kini) bebas, saya dah nyatakan kepada pemimpin Pagoh yang masih nyatakan sokongan pada saya, mereka menolak keputusan MT.
 
"Mereka lebih mengetahui kedudukan saya dan tindakan saya lakukan," katanya merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Umno Pagoh, Hairul Izam Abd Samat yang menolak pemecatan Muhyiddin semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Pecat dan gantung ahli: Umno seperti parti 'kongsi gelap'

Posted: 26 Jun 2016 04:34 PM PDT


Anina SaadudinAnina SaadudinUmno dianggap sama seperti sebuah parti 'kongsi gelap' kerana tindakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memecat dan mengantung tiga pemimpin utama parti itu pada Jumaat, hanya untuk melindungi kepentingan peribadi Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saadudin berkata, 3.2 juta ahli Umno harus menyedari hakikat pemecatan Tan Sri  Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pengantungan jawatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Jumaat lalu, adalah musibah paling besar terhadap parti tertua itu.
"Kita sudah tahu lambat laun akan berlaku keputusan pemecatan dan pengantungan ini.
"Jadi kepada 3.2 juta ahli Umno perlu tahu sebab utama mereka dipecat dan digantung,kerana mereka mengkritik presiden bukan menyerang parti.
"Mereka ini bukannya ahli biasa tetapi seorang wakil rakyat di Parlimen (Muhyiddin dan Shafie) dan Dewan Undangan Negeri (Mukhriz) telah dibuang dalam parti sendiri.
"Jika ahli Umno terus `tidur' dan membiarkan perkara ini berlaku maka Umno bukanlah sebuah parti politik yang melindungi rakyat tetapi Umno melindungi Presidennya seorang yang korup dan tidak amanah.
"Umno kini sudah menjadi sebuah parti atau kumpulan kongsi gelap," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau turut hadir dalam sidang media oleh Muhyiddin dan Mukhriz semalam di Kelab Alumni Universiti Malaya, Petaling Jaya semalam.
Anina berkata, Muhyiddin dan Mukhriz ibarat "seekor harimau" yang sudah berdarah tidak akan berdiam diri sebaliknya akan mengaum untuk menyerang balas terhadap apa yang telah MT lakukan terhadap mereka.
"Mereka ini ibarat harimau yang luka dan berdarah. Mereka akan mengaum dalam satu pasukan yang besar membabitkan rakyat.
"Ahli Umno sejak dahulu lagi, mereka berpegang kesetiaan pada parti.
"Keadaan sekarang menimbulkan dilema bagi ahli yang setia pada parti dan situasi menentang presiden menjadi kebimbangan ahli parti.
"Hari ini jangan ingat dia (Najib) bebas kerana berjaya memecat Muhyiddin dan Muhriz dari Umno.

"Jangan fikir tindakan pemecatan dan pengantungan mereka yang mahu membebaskan Umno daripada kepincangan terang-terangan terhadap perlembagaan parti dan pentadbiran negara, tidak menggugat kesetiaan ahli yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Hati-hati simpati rakyat untuk Muhyiddin, Mukhriz

Posted: 26 Jun 2016 04:32 PM PDT


Muhyiddin, Mukhriz

SHAH ALAM – Penganalisis politik menyarankan Umno agar berhati-hati selepas keputusan Majlis Tertingginya (MT) memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana ia akan mengundang simpati rakyat.
Menurut Pensyarah Kanan Universiti Selangor (Unisel), Dr Shamsinor Abdul Azzis, kedua-dua pemimpin itu mempunyai pengaruh dan sokongannya tersendiri.
"Umno perlu berhati-hati terhadap persepsi negatif rakyat umum yang simpati dengan dua tokoh ini di mana mereka dilihat mengangkat isu persepsi negatif kepimpinan Umno tapi dipecat pula.
"Rakyat akan menilai. Harus diingat Muhyiddin orang lama di Johor...ada penyokong dan Mukhriz pula dianggap sebagai ikon pemimpin sehingga BN dapat membentuk kerajaan negeri di Kedah," katanya kepada Sinar Online.
Menurutnya, meskipun penyokong Umno akan terus bersama Umno pasca pemecatan itu tetapi golongan atas pagar atau orang awam melihat Umno gagal selesaikan isu Muhyiddin dan Mukhriz secara harmoni.
"Perkara utama yang perlu diperhalusi dan diselesaikan oleh Umno adalah persepsi terhadap isu yang dibawa oleh Muhyiddin dan Mukhriz yang masih belum dijawab dengan kemas kepada pengundi umum.
"Dalam mana-mana pilihan raya, golongan atas pagar yang kelihatan 'sepi tapi terus tajam memerhati' ini adalah penentu kemenangan. BN dan Pakatan Harapan serta Pas sedang dinilai oleh mereka.
"Mereka akan sokong kepada parti yang mengangkat isu yang rapat dgn mereka. Bukan parti yang rakus berpolitik tapi tidak prihatin keperluan rakyat," katanya.
Dalam pada itu, menurutnya Umno perlu menyelak kembali sejarah di mana BN pernah kehilangan Selangor di sebalik keghairahan memenangi Dun Ijok.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas ketua cawangan Umno: Buku ini sudah tak berguna

Posted: 26 Jun 2016 03:27 PM PDT

Muhyiddin dan Mukhriz tampil tegas menentang kepimpinan parti dan berkata akan mengumumkan langkah seterusnya.
Rushdan-Mohamedumno
PETALING JAYA: Kumpulan bekas ketua cawangan Umno hari ini bertindak membakar buku Perlembagaan Umno bagi menunjukkan kemarahan mereka terhadap pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada parti itu.
Protes dilakukan Gerakan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) sebaik sahaja selesai sidang media bersama Muhyiddin dan Mukhriz di perkarangan Rumah Alumni Universiti Malaya (UM) petang tadi.
"Buku ini sudah tidak berguna lagi, tidak digunakan (oleh pimpinan tertinggi). Maka hari ini GKCM akan membakar buku Perlembagaan Umno," kata Naib Presiden GKCM Rushdan Mohamed.
Jumaat lepas, Majlis Tertinggi Umno sebulat suara mendapati Muhyiddin dan Mukhriz melanggar disiplin dengan bersekongkol dengan pembangkang menyerang kepimpinan parti.
Sidang media hari ini merupakan yang pertama menampilkan kedua-dua tokoh itu, yang kekal tegas menentang kepimpinan parti, dan mempertimbangkan "platform politik baru" pada masa akan datang.
"Saya dan Mukhriz berpandangan sama, kami akan mengambil masa untuk menentukan hala tuju sebab kini. Kami sudah tiada platform politik," kata Muhyiddin.
"Kita akan berbincang dengan tokoh, sahabat handai dan mereka yang berfikiran sama untuk menentukan pendekatan yang perlu diambil.
"Ramai sudah buat tawaran tidak rasmi. Perlu teliti dengan mendalam sama ada tubuh platform politik baru atau sertai sedia ada. Ia bukan sekadar tubuh platform, tetapi apa matlamat dan dasarnya," kata bekas timbalan perdana menteri itu.
Ditanya bila keputusan akan dibuat memandangkan PRU ke-14 tidak lama lagi, beliau menjawab ia akan dibuat pada masa yang sesuai.
"Perlu teliti secara mendalam. Ini adalah antara keputusan terbesar yang bakal dibuat dalam hidup kami. Saya faham ini bukan sekadar soal diri saya tetapi negara," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Perlu Kaji Keupayaan Untuk Wujudkan Platform Politik Baharu - Muhyiddin

Posted: 26 Jun 2016 03:19 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada Umno Jumaat lepas,  mengesahkan mereka ada menerima tawaran menyertai parti-parti politik tertentu. 

"Kami ada menerima banyak tawaran secara tidak rasmi dari parti-parti politik yang mempelawa sertai mereka tetapi semua ini perlu difikirkan secara mendalam. 

"Saya dan Mukhriz akan membuat keputusan yang amat besar dalam sejarah hidup kami," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Mukhriz, pada Ahad.

Muhyiddin berkata, mereka berhasrat meneruskan perjuangan politik mereka menerusi platform politik baharu. 

Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak menyatakan secara terperinci mengenai platfom baharu itu, sama ada menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu. 

Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Presiden Umno berkata pada masa inibeliau dan Mukhriz masih mengadakan perbincangan dan sedang mendapat pandangan pelbagai pihak untuk menentukan hala tuju mereka dalam politik.

Jumaat lepas, Majlis Tertinggi Umno memutuskan memecat Muhyiddin dan Mukhriz daripada parti itu, dan menggantung keahlian Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. 

Ditanya tempoh masa untuk menentukan platform baharu itu, Muhyiddin bagaimana pun tidak dapat menyatakannya kerana perlu memikirkan secara mendalam dalam konteks negara pada hari ini. 

"Kalau setakat tubuh parti baharu, hari ini pun boleh tubuh, tapi ia bukan hanya soal tubuh parti, ini bukan sebab saya atau Mukhriz, ini soal negara, apa nak difikirkan adalah hala tuju negara," katanya.

Muhyiddin tinjau platform politik baru selepas dipecat Umno

Posted: 26 Jun 2016 03:11 PM PDT

Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang mempertimbangkan wardah perjuangan politik baru untuk beliau terus aktif dalam politik ekoran pemecatannya daripada Umno pada Jumaat yang lalu.
Bercakap semasa membuat kemunculan pertama sejak pemecatan itu, beliau yang merupakan ahli parlimen Pagoh memberitahu pemberita bahawa beliau akan berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas, tetapi memerlukan masa untuk membuat keputusan mengenai langkah seterusnya.
Ia termasuk menubuhkan organisasi yang baru atau menyertai parti sedia ada, ujar bekas pemain nombor dua Umno itu.
"Ramai yang secara tidak rasmi telah membuat tawaran mereka. Atau mungkin kita akan menubuhkan satu wardah politik yang baru," kata Muhyiddin pada sidang akhbar itu yang turut disertai oleh bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau perlu berbincang dengan para penyokong dan mereka yang berkongsi keinginan yang sama untuk perubahan, sebelum membuat keputusan muktamad.
Ditanya sama ada beliau bersedia untuk mempertahankan kerusi Pagoh menentang BN, Muhyiddin menegaskan bahawa beliau masih belum membuat sebarang keputusan.
"Kini saya tidak lagi dalam Umno ... Jika saya bertanding, sudah tentu saya akan bertanding menentang BN," katanya.
Muhyiddin menambah, beliau akan terus berkhidmat sebagai ahli parlimen bebas dan telah menerima maklum balas daripada akar umbi di Pagoh berkenaan sokongan berterusan kepadanya, tanpa mengira platform politik beliau selepas ini.
Mengenai penurunan secara ketara oleh sokongan dari Umno Johor, Muhyiddin berkata: "Ia okay. Saya faham. Apa yang anda harapkan mereka untuk kata (mengenai pemecatannya ). . ?"

Muhyiddin, Mukhriz sertai parti lain?

Posted: 26 Jun 2016 03:07 PM PDT

Muhyiddin dan Mukhriz masih berteka-teki sama ada akan menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu.
muhyiddinnuzrizKUALA LUMPUR: Persoalan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada UMNO Jumaat lepas, wujud apabila mereka mengakui menerima tawaran menyertai parti politik tertentu.
Namun, Muhyiddin menegaskan perkara itu sedang difikir secara mendalam oleh beliau dan Mukhriz.
"Saya dan Mukhriz akan membuat keputusan yang amat besar dalam sejarah hidup kami," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Mukhriz, lapor Bernama.
Muhyiddin tidak menolak beliau akan terus meneruskan perjuangan politik menerusi platform politik baharu tetapi tidak menjelaskan secara lanjut platform baharu yang dirancang digunakan kelak.
Muhyiddin dan Mukhriz masih berteka-teki sama ada akan menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu.
Bekas Timbalan Presiden UMNO itu juga berkata, beliau dan Mukhriz masih berbincang tentang hal tersebut dan mendapat pandangan pelbagai pihak untuk menentukan hala tuju mereka dalam politik.
Jumaat lepas, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan memecat Muhyiddin dan Mukhriz daripada parti itu manakala Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdaldigantung keahlian.
Ditanya tempoh masa untuk menentukan platform baharu itu, Muhyiddin bagaimana pun tidak dapat menyatakannya kerana perlu memikirkan secara mendalam dalam konteks negara pada hari ini.
"Kalau setakat tubuh parti baharu, hari ini pun boleh tubuh, tapi ia bukan hanya soal tubuh parti, ini bukan sebab saya atau Mukhriz, ini soal negara, apa nak difikirkan adalah hala tuju negara," katanya.

Mukhriz syak Umno serah Kedah, T'ganu, Kelantan kepada PAS

Posted: 26 Jun 2016 03:05 PM PDT

Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesyaki perjanjian Umno -PAS membabitkan 'pertukaran' yang melibatkan Kedah , Terengganu dan Kelantan.
"Mesti ada perjanjian. Mereka cuba untuk membawa PAS dan Umno bersama-sama. Perlu ada tukaran untuk PAS. Saya melihat Kelantan , Terengganu dan Kedah (akan) kembali kepada PAS...," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian semasa membuat kemunculan pertama selepas pemecatannya daripada Umno pada Jumaat lepas.
"Jadi, dalam fikiran saya, ini amaran untuk Umno Kedah. Bersiap sedialah untuk serahkan Kedah kepada PAS kerana tanda-tanda sudah ada," katanya pada sidang media di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya.
Ditanya sama ada kerjasama itu akan berbentuk kerajaan perpaduan, Mukhriz berkata: "Bukan kerajaan perpaduan. Mereka akan serahkan kepada PAS. Itu pandangan saya. . ."
Turut berada pada sidang akhbar itu ialah bekas pemimpin nombor dua negara dan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga dipecat pada Jumaat lepas.
Sambil menafikan dakwaan beliau bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan BN , Mukhriz berkata, walaupun memecatnya, kerajaan negeri Kedah kekal stabil dengan BN mengekalkan majoriti lima kerusi di Dewan Undangan Negeri.
Ini, katanya , tidak seperti di Terengganu dengan BN hanya mempunyai majoriti dua kerusi berbanding PAS.

‘Kami bukan pengkhianat parti’

Posted: 26 Jun 2016 03:02 PM PDT


Muhyiddin, Mukhriz

DAMANSARA - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaklumkan bahawa dakwaan yang mengaitkan beliau bersama bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat parti adalah tidak benar.
Menurut Mukhriz, beliau dan Muhyiddin tidak pernah melanggar perjuangan parti dan hanya menyuarakan kritikan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan penyelewengan dilakukannya berdasarkan bukti yang boleh diterima.
"Dakwaan oleh Majlis Tertinggi (MT) yang mengatakan kami bersekongkol dengan pembangkang untuk hatuhkan Umno, BN dan kerajaan.
"Kami dah nyatakan pendiri sebelum ini yang Najib perlu turun dan jika itu berlaku pun, BN serta Umno masih tetap berkuasa," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya hari ini.
Selain itu, Mukhriz turut mempersoalkan MT Umno berikutan tidak menjatuhkan sebarang hukuman kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang sebelum ini turut membuat undi tidak percaya sebelum ini.
Mukhriz berkata, tindakan Ahmad Said tersebut lebih serius kerana mampu menggugat kedudukan BN di Terengganu.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Maszlee: Sertai Amanah pilihan terbaik Muhyiddin, Mukhriz

Posted: 26 Jun 2016 03:00 PM PDT


Dr Maszlee Malik

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat tidak mustahil bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai Pakatan Harapan selepas penggantungan mereka daripada Umno.
Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, penyertaan mereka itu sama ada atas kapasiti individu ataupun menyertai mana-mana parti yang ada dalam Pakatan Harapan.
Menurutnya, pilihan terbaik bagi kedua-dua pemimpin itu sekarang adalah menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
"Selepas apa yang berlaku, apakah mereka akan sertai Pakatan Harapan atau menubuhkan parti baharu?...Namun untuk menubuhkan sebuah lagi parti politik Melayu yang baru agak tidak efektif. Cukuplah kita lihat jerih payah Amanah yang sehingga kini terpaksa berkorban dan membanting tulang untuk melebarkan pengaruh mereka di kalangan orang Melayu di luar bandar.
"Pilihan yang terbaik ialah untuk mereka menyertai Amanah dan parti tersebut melakukan penstrukturan semula untuk menerima sebilangan besar ahli-ahli Umno yang mendokong dan menyokong Tun M dan kedua-dua Muhyiddin dan Mukhriz," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bila 'ularmak' besar negara berbicara pasal agama...

Posted: 26 Jun 2016 02:57 PM PDT


PM mahu rakyat menolak golongan anti Islam

Posted: 26 Jun 2016 02:52 PM PDT

Muhyiddin speaks out after being sacked by Umno

Posted: 26 Jun 2016 02:51 PM PDT

Mukhriz says Shafie will make announcement on his suspension

Posted: 26 Jun 2016 08:05 AM PDT

Umno Kedah Kena Sedia Serah BN Kepada Pas

Posted: 26 Jun 2016 08:04 AM PDT

Mereka Keluarkan Kami Daripada Umno

Posted: 26 Jun 2016 08:03 AM PDT

Muhyiddin: Saya Akan Lawan BN

Posted: 26 Jun 2016 08:02 AM PDT

Hairan MT Buat Keputusan Kerajaan

Posted: 26 Jun 2016 08:02 AM PDT

Anti-Najib group burns Umno constitution

Posted: 26 Jun 2016 06:17 AM PDT

Muhyiddin mulls 'new political platform'

Posted: 26 Jun 2016 06:08 AM PDT

Muhkriz suspects Kedah, T'ganu, Kelantan trade-off in Umno-PAS deal

Posted: 26 Jun 2016 06:07 AM PDT

Muhyiddin addresses media on his ideas for viable platform

Posted: 26 Jun 2016 05:39 AM PDT

Comments (0)