Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:55 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kafir harbi 2.0: Persediaan BN hadapi Pilihanraya Umum tahun ini?

Posted: 25 Jun 2016 09:53 PM PDT

Belum sempat selesai BN merayakan kemenangan dalam dua Pilihanraya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kini, lidah rasmi mereka Utusan digunakan sekali lagi menyerang Pakatan Harapan khususnya DAP dengan mengsensasikan semula isu kafir harbi.
Serangan ini dilakukan tatkala BN berasa puas hati dan percaya imej mereka telah pulih prestasinya berdasarkan keputusan dua pilihanraya kecil 18 Jun lalu. Apa yang pasti, tomahan jahat terhadap DAP ini adalah serangan yang sama sebelum Pilihanraya Umum ke-13 lalu.
prkRealitinya, perkara ini sengaja ditimbulkan untuk memberi tekanan terhadap Pakatan Harapan yang baru sahaja ditubuhkan setelah musnahnya Pakatan Rakyat; selain satu percubaan berani memesongkan wacana sebenar rakyat yang terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
Isu 'Kafir Harbi 2.0' ini adalah isu serupa dengan Pilihanraya Umum ke-13 lalu, apa yang berlaku adalah serangan hebat talam dua muka parti-parti komponen BN terhadap PR.
Di saat pengundi bandar dilihat beralih sokongannya dari MCA kepada DAP yang bekerjasama dengan PAS dan PKR, parti Cina itu (MCA) bertungkus lumus menakut-nakutkan masyarakat Cina supaya menolak DAP atas sebab DAP diperkudakan oleh PAS.
Dalam masa yang sama, UMNO pula bekerja keras menabur dakyah jahat kepada pengundi Melayu untuk menolak PAS dan PKR dengan menuduh dua parti itu menjadi tunganggan DAP.
Apa yang berlaku saat ini serupa dengan apa yang pernah dilakukan oleh BN sebelum Pilihanraya Umum ke-13 lalu yang menyaksikan BN berada di tahap yang begitu lemah di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak; malahan, slogan '1Malaysia, Rakyat Didahulukan-pencapaian diutamakan' tidak mampu menarik pengundi untuk kembali kepada BN.
Sekarang, isu ini meledak kembali dengan wajah pakatan pembangkang yang baharu; Pakatan Harapan. Tujuannya mudah; untuk pecah-belahkan pakatan baharu ini yang dilihat ancaman terbesar survival politik BN. Sudah tentu, BN tidak lagi keseorangan-PAS kini cenderung diperalatkan dengan mudah oleh mereka.
Oleh kerana apa yang berlaku saat ini saling tak tumpah dengan serangan sebelum pilihanraya umum yang lalu, mungkinkah BN sedang berkira-kira untuk mengadakan pilihanraya umum ke-14 dalam masa terdekat?

Kenyataan Mufti Pahang berbaur ekstremisme ala IS

Posted: 25 Jun 2016 09:52 PM PDT

oleh Ahmad Anwar Asyraf

Semalam saya berbual melalui telefon dengan seorang rakan dari Langkawi, saudara Saifol Adli Azizan. Sementara menanti waktu berbuka puasa, perbualan kami terarah kepada sikap ramai Muslim terutama dalam media sosial yang pantas menghukum tanpa menyelidiki atau berdiskusi secara ilmiah.
isSikap begini telah menenggelamkan sifat Islam sebagai Rahmat Sekalian Alam, sebaliknya menonjolkan seolah-olah ia adalah satu fraksi yang hanya menghukum semata-mata. Kenyataan Mufti Pahang yang menyatakan parti DAP adalah Kafir Harbi mengesahkan intipati perbualan kami itu.
Lalu, saya tertanya-tanya apa bezanya kenyataan Mufti Pahang dengan anggota IS, Rafi Udin? Kedua-duanya kenyataan ekstremis yang boleh mengundang implikasi pertumpahan darah. Kenyataan mufti lebih berbahaya kerana pada pandangan orang ramai, kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang mufti adalah satu fatwa.
Manakala Utusan Malaysia pula adalah penyebar semangat ekstremisme apabila melaporkan kenyataan tersebut. Sebagai seorang Muslim yang menganggotai parti DAP, saya amat kecewa dan membantah keras kenyataan tersebut yang hanya bersandarkan kepada emosi dan sentimen.
Sebagai seorang ilmuwan Islam, seharusnya seorang Mufti mengeluarkan pandangan ilmiah tanpa niat tersembunyi untuk menimbulkan kacau ganggu dalam hubungan antara etnik terutamanya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Kenyataan yang keluar dari lidah seorang Mufti sepatutnya bersandarkan kepada fakta dan ilmu yang tepat.
Mufti Pahang ini boleh sahaja memanggil kepimpinan DAP terlebih dahulu bagi mendengar penjelasan dan berdiskusi ilmiah sebelum mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab sebegini.
Meletakkan hukum bahawa DAP adalah kafir harbi memang membawa implikasi besar kerana hukum kafir harbi ini bukanlah hukuman yang kecil, ia hukuman yang berat kerana kafir harbi ini sampai ke tahap dia boleh dibunuh. Jadi, adakah Mufti Pahang ini sedang menghantar isyarat kepada orang Muslim lain untuk memerangi orang Bukan Islam?
Read More / Baca Lagi >>

Mufti Pahang label DAP ‘kafir harbi’ bermotif politik

Posted: 25 Jun 2016 09:51 PM PDT

GEORGETOWN, 26 JUN: Kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman yang melabel DAP sebagai 'kafir harbi' atas alasan kononnya parti itu menentang undang-undang hudud dibidas Penolong Setiausaha Publisitinya, Zairil Khir Johari.
Menyifatkan ia sebagai sasaran yang bermotifkan politik, Zairil dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa DAP tidak pernah mempersoalkan kedudukan hudud dalam konteks hukum Islam, sebaliknya melihat ia dalam kerangka Perlembagaan dan masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk.
"Malangnya, pendirian ini diputar belit sehingga dijadikan alasan untuk melabelkan DAP sebagai anti-Islam," katanya.
Malah, jelasnya lagi, Rang Undang-Undang Persendirian 'hudud' yang dibentang Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang beberapa minggu lalu itu bukan sahaja dikritik oleh DAP, malah parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain.
"Hukum hudud versi PAS bukan hanya dikritik oleh DAP, malah ditentang lebih keras oleh sekutu BN sendiri termasuk Presiden PBB merangkap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, serta Nancy Shukri yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
"Demikian juga dengan parti komponen BN lain termasuk Gerakan, MIC dan MCA yang jauh lebih lantang menolak pelaksanaan hudud. Mengapa tiada sebarang kecaman dan ugutan untuk diperangi terhadap mereka ini?
"Malahan, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pun melihat hudud yang dijuarai PAS sebagai taktik politik semata-mata, dan tidak melihat adanya keperluan melaksanakan undang-undang ini melainkan hanya untuk mengalihkan perhatian rakyat. Apakah beliau juga wajib diperangi?" soalnya.
Abdul Rahman dilaporkan media arus perdana sebagai berkata "hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar", justeru atas alasan itu mufti berkenaan menggelar DAP sebagai 'kafir harbi'.
Mengulas lanjut, Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera turut membidas Abdul Rahman yang didakwa berdiam diri dalam isu yang melibatkan isu alam sekitar seperti skandal bauksit di Kuantan dan hutan simpan di Cameron Highlands yang ditarah secara berleluasa.
Sedangkan ia jelas "terhasil daripada kerakusan dan kepincangan yang nyata oleh pemerintah", tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>

MUHYIDDIN, MUKHRIZ PALING TIDAK BERPOTENSI TUMBANGKAN BN DI JOHOR DAN KEDAH

Posted: 25 Jun 2016 09:05 PM PDT

Sebaik dipecat daripada UMNO pada Jumaat lalu, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir sudah hilang peluang untuk menjatuhkan Najib Razak melalui saluran dalaman parti itu. Permusuhan mereka juga tidak lagi bersifat terhadap batang tubuh Perdana Menteri sahaja.

Muhyiddin dan Mukhriz kini sudah menjadi musuh kepada UMNO. Melalui pemecatan yang dilakukannya, Najib telah memindahkan permusuhan kedua-dua pemimpin itu terhadapnya kerana membangkitkan kecurangannya berkaitan 1MDB dan kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya, kepada parti untuk menanggungnya.

Sesuai dengan itu, Muhyiddin dan Mukhriz harus juga mengambil sikap bermusuh dengan UMNO mulai sekarang. Adalah tidak jantan jika dalam keadaan UMNO sudah mengambil sikap bermusuh, mereka sebaliknya masih lagi bernada syahdu kepada UMNO. Harus diletakkan titik noktah dalam hal ini.

Mereka kini mesti menjadikan PRU 14 sebagai detik perhitungan dengan Najib, kecuali kalau ingin bersara dan reda dengan segala keburukan Najib selama ini. Tetapi jika itu pilihannya, Muhyiddin dan Mukhriz tidak lagi dianggap pejuang, malah akan dibenci dan dikecam.

Ada dua langkah yang boleh dilakukan sekiranya Muhyiddin dan Mukhriz ingin terus berjuang dan berlawan dengan UMNO dan Najib yang kini dimusuhinya.

Pertama, ia boleh dilakukan dengan salah seorang daripadanya sedia menentang Najib di Parlimen Pekan dalam pilihanraya akan datang. Tumbang Najib di Pekan, tergoleklah jawatan Perdana Menteri yang disandangnya meskipun jika sekiranya BN masih menang dalam pilihanraya nanti.

Namun, persaingan itu amat berat dan hampir mustahil untuk mencapai kejayaan. Dengan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri serta kuasa dan wang yang dimilikinya, tentu saja banyak dedak yang mampu ditaburkan untuk memastikan kemenangan kekal dalam genggamannya.
Read More / Baca Lagi >>

Menanti sifir baru politik Muhyiddin

Posted: 25 Jun 2016 08:51 PM PDT

Tanpa dirancang lagu allahyarham Sudirman, Gerimis Di Lautan, bagaikan menjadi lagu latar ketika saya membaca berita pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.
Bukannya mengejutkan sangat berita itu. Kedatangan pengumuman begitu kira-kira seperti menunggu durian gugur di dusun. Buahnya ada, cuma menanti detik matang yang betul.
Bersama 'gugur' dengan Muhyiddin ialah bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Kedudukan itu menjadikan mereka - dari satu segi - sama seperti bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di luar Umno kerana mengkritik pemimpin Umno.
Bekas menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keahliannya. Dia tidak dipecat, tetapi penggantungan itu meletakkan sebelah kaki beliau sudah berada di luar lingkaran Umno.
Siapa yang tidak tahu kerunsingan dialami mereka terhadap nasib Umno kini. Di mata sebahagian orang - termasuk 3M itu (Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz) - Umno kini dalam keadaan parah akibat tindak-tanduk presiden dan penyokongnya.
Justeru mereka bergerak ke sana sini membuat penjelasan dan menarik sokongan supaya Datuk Seri Najib Razak diketepikan daripada jawatannya sekarang.
Tapi biasalah, kecuali Dr Mahathir, yang lain tidak ada pengalaman menjadi pembangkang. Atau bersahabat dengan pembangkang. Maka kemarahan itu kita lihat tidak lebih daripada sekadar macam marah-marah manja.
Menyindir, berkias, kemudian barulah sedikit lebih keras. Oh, semasa menegur itu adalah sekali dua mereka bersajak.
Pada Mac lalu misalnya Muhyiddin membaca sajak ikonik Chairil Anwar, Aku, semasa majis di Kampung Batu Ampat‎, Kota Tinggi.
Cuma sedihnya sajak ranggi Chairil itu menjadi suku masak di tangan Muhyiddin kerana beliau hanya membacakan dua daripada 13 baris Aku.
"Aku ini binatang jalang
dari kumpulannya terbuang."
Barangkali ada benarnya juga kata sesetengah orang, dalam keadaan berhemah dan berlapik itu pun Muhyiddin dibuang, lebih baiklah beliau sebelum ini melawan dengan lebih garang.
Kini nasi bukan saja sudah menjadi bubur, malah menjadi bubur basi.
Dengan kemenangan bergaya BN di Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Muhyiddin.
Najib dan sekutunya memiliki testimoni untuk menunjukkan majoriti rakyat sebenarnya masih yakin kepada Umno yang diterajuinya. Pedulilah apa pun yang dikata orang.
Sedangkan cakap Dr Mahathir pun tak dipeduli orang, apa lagilah ceramah pembangkang. Cakap Muhyiddin, lagilah.
Dalam keadaan begitu apakah pilihan yang ada pada bekas timbalan perdana menteri dan menteri besar Johor itu?
Pertama, beliau boleh bersara daripada politik. Atau hanya bergerak di belakang tabir untuk menyedarkan rakyat Malaysia, terutama ahli Umno supaya melakukan sesuatu pada parti itu.
Tanpa menjadi ahli Muhyiddin boleh menubuhkan suatu pertubuhan bukan kerajaan dan bergerak di atas landasan itu. Kalau bernasib baik pertubuhan berkenaan boleh berkembang dan lebih berpengaruh daripada PERKASA.
Kedua, menyertai kumpulan bekas yang berhormat dalam Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) selepas ini.
Read More / Baca Lagi >>

'Kafir harbi': Tiada seorangpun menteri akan bersuara, rasa Kit Siang

Posted: 25 Jun 2016 08:48 PM PDT

Tiada seorangpun di kalangan menteri BN dirasakan akan bersuara menentang pengisytiharan 'kafir harbi' oleh mufti Pahang terhadap mereka yang menentang pelaksanaan hudud oleh PAS.
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyatakan keraguannya itu setelah membantah kenyataan mufti berkenaan minggu lepas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diselar kerana terus mendiamkan diri.
"Majlis Tertinggi BN hendaklah mengumumkan pendirian BN mengenai kenyataan 'kafir harbi' itu yang bukan sahaja telah melanggar dasar dan konsensus BN, tetapi turut mengancam kesatuan dan perpaduan negara terutamanya dengan merujuk kepada Perjanjian Malaysia 1963.
"[Ini] belum mengambil kira pembangunan negara Malaysia selama 59 tahun dan asas dalam prinsip Rukunegara berhubung usaha menegakkan kedaulatan undang-undang," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
"Nampaknya, tiada seorangpun menteri, walaupun perdana menteri dan timbalan perdana menteri menuntut agar mufti Pahang menarik balik kenyataan berunsur hasutan dan memusnahkan 'kafir harbi' tersebut.
"Siapakah yang akan menjadi menteri pertama yang akan bersuara untuk menolak dan benar-benar menjarakkan dirinya dari kenyataan tersebut?," tanya Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Jumaat lepas, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, menerusi artikel dalam Utusan Malaysia dilaporkan telah menggelar DAP sebagai 'kafir harbi' kerana menentang langkah langkah PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan menerusi pembentangan rang undang-undang anggota persendirian oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Apabila rasuah dianggap rezeki

Posted: 25 Jun 2016 07:37 PM PDT

Apakah yang dimaksudkan rasuah?

Rasuah ialah apabila seorang cuba membayar sejumlah wang bagi melepaskan diri daripada saman trafik, dan duit itu pula diterima oleh penguatkuasa sebagai imbuhan untuk melepaskannya.

Rasuah ialah apabila seorang mengambil tawaran daripada seorang pembida agar peluang dia memenangi bidaan tersebut menjadi tinggi sebagai imbuhan.

Rasuah ialah apabila ada pihak menawarkan duit kepada pengundi supaya pengundi dapat mengundi pihaknya sebagai imbuhan.

Dalam erti kata lain, rasuah sebenarnya ialah tindakan memakan harta orang lain dengan cara yang batil iaitu menerima rasuah atau suap bagi mendapatkan manfaat seperti menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya atau merugikan lawannya, didahulukan urusannya atau ditunda kerada suatu kepentingan atau mendapatkan satu kedudukan dan pekerjaan yang tidak setimpal dengan kelayakan pemberi rasuah daripada mereka di kedudukan berkuasa.

Pengertian rasuah itu sebenarnya amat luas, ia bukan hanya tertumpu kepada masalah kewangan sahaja, tetapi juga termasuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan.

Yang menyayatkan hati ialah meskipun mengetahui rasuah ialah satu perbuatan jenayah, namun rakyat dan kerajaan telah membiarkan virus ini menular dan menjadi darah daging masyarakat.

Rasulullah S.A.W. dalam hadis sahih menyebut "pemberi rasuah, penerima rasuah & orang perantaraan menguruskan rasuah (orang tengah) semuanya sama akan dimasukkan ke dalam neraka".

Hatta di dalam ayat Quran pun disebut rasuah adalah haram di sisi Islam.

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." (Al-Baqarah: 188)

Cuma masalahnya, ramai yang hanya mulutnya menolak rasuah, namun apabila berdepan dengan rasuah, ia pula dianggap rezeki.

Contoh yang paling mudah ialah rasuah kesalahan trafik. Yang memberi rasuah menganggap ia adalah rezekinya untuk membayar 'denda' yang jauh lebih rendah daripada sepatutnya manakala penerima rasuah menganggap ia adalah rezeki lebihan kerana berbuat baik melepaskan seorang pesalah trafik.

Perkara yang sama juga berlaku di peringkat yang lebih tinggi, apabila pembida kontrak memenangi bidaan yang tidak sepatutnya dimenangi melalui rasuah menganggap itu adalah rezekinya. Penerima rasuah pula berasa ia adalah rezeki tambahannya kerana ada pembida yang sanggup membayarnya, kerana baginya tiada beza sekiranya projek itu dianugerah kepada pembida A mahupun B.
Read More / Baca Lagi >>

Abu Hassan ganti Mukhriz di Jerlun

Posted: 25 Jun 2016 07:19 PM PDT

Ahmad Bashah berkata, DUN Ayer Hitam yang masih dipegang Mukhriz pula dijadikan DUN angkat badan perhubungan Umno negeri bagi memastikan nasib pengundi di DUN tersebut terus terbela.
abu-hassan-mukhriz
ALOR SETAR: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif dilantik pemangku Ketua Bahagian UMNO Jerlun bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang dipecat daripada Umno.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, DUN Ayer Hitam yang masih dipegang Mukhriz pula dijadikan DUN angkat badan perhubungan Umno negeri bagi memastikan nasib pengundi di DUN tersebut terus terbela.
"Tumpuan khusus akan diberikan saya sendiri bagi memastikan segala keperluan, agenda pembangunan dan kebajikan masyarakat di DUN berkenaan terus terbela," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Jumaat lalu, Majlis Tertinggi Umno sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sebelum ini digantung sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Mukhriz berkuat kuasa serta-merta manakala Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie
Apdal pula digantung keanggotaannya.
Muhyiddin dan Shafie sebelum ini digugurkan daripada Kabinet pada Julai 2015 manakala Muhkriz melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pada Februari lepas.
Read More / Baca Lagi >>

‘Selamat tinggal Umno, saya hanya tentang pemimpin korup’ – Muhyiddin

Posted: 25 Jun 2016 07:11 PM PDT

Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam Umno, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti.
Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.
Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah Umno dan negara yang melibatkan perdana menteri.
'Selamat tinggal Umno,  saya hanya tentang pemimpin korup' - MuhyiddinSahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur perdana menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan Umno yang asal.
Saya berasa kecewa kerana Umno yang ada pada hari ini bukan lagi Umno yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya.
Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.
Mereka yang menguasai Umno boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.
Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam Umno.
Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana Umno telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya.
Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati Umno. Saya hanya menentang pemimpin Umno yang korup dan menyeleweng.
Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.
Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Pagoh kekal bersama Muhyiddin, ulangi episod Permatang Pauh?

Posted: 25 Jun 2016 07:07 PM PDT


Umno Pagoh kekal bersama Muhyiddin, ulangi episod Permatang Pauh?

Umno Pagoh dan pergerakan pemuda bahagian itu berdiri teguh di belakang Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas bekas timbalan perdana menteri itu dipecat dari parti semalam.
Ketua Penerangan Umno Pagoh Hairul Izam Abd Samat bekata mereka juga menolak keputusan majlis tertinggi parti berkenaan memecat Muhyiddin atas pertimbangan empat perkara.
  • Dibuat tanpa mengikut prosedur sepatutnya mengikut perlembagaan parti sebaliknya majlis tertinggi dan perlembagaan disalah guna presiden manakala Muhyiddin tidak dipanggil mempertahankan tuduhan ke atasnya
  • Muhyiddin dipilih sebagai timbalan presiden dan ketua bahagian oleh ahli Umno di seluruh dunia dan keputusan MT mengkhianati anggota parti. Beliau terpaksa menggunakan pertubuhan bukan kerajaan untuk meneruskan perjuangan selepas dinafikan haknya melaksanakan tugas sebagai timbalan presiden
  • Salah laku presiden Umno didakwa Muhyiddin berdasarkan laporan berintegriti daripada agensi kerajaan seperti bekas peguam negara, gabenor Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  • Teguran dibuat Muhyiddin demi kepentingan parti dan bukan kepentingan peribadi dan tidak pernah memburuk-burukkan Umno sebaliknya memastikan parti itu kukuh
Sementara itu Ketua Pemuda Umno Pagoh Mohd Zaid A Rahman berkata mengutuk tindakan MT memecat Muhyiddin.
"Tindakan dilakukan itu adalah amat tidak berperlembagaan sama sekali," katanya dalam satu kenyataan .
Melalui sumber sahih, kata Mohd Zaid, Muhyiddin tidak pernah diberi surat tunjuk sebab dan dipanggil untuk membela diri atas tuduhan yang dikenakan kepadanya.
Justeru katanya, tindakan MT Umno semalan merupakan kezaliman dan jelas bersifat pembunuhan watak secara terancang.
"Tidak masuk akal jika tindakan begini boleh diterima oleh ahli-ahli marhaen seperti kami yang melihat salah guna kuasa MT sewenang-wenangnya terhadap amanah yang diberi selama ini.
"Kita sedia maklum ciri-ciri kefasikan itu adalah orang yang tidak memegang amanah. Apatah lagi kami dikaitkan secara langsung dgn Muhyiddin sebagai ketua Umno Pagoh.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Bakal Mengalami Krisis Identiti Yang Parah

Posted: 25 Jun 2016 06:56 PM PDT

Oleh ramziredang
Tidak sukar untuk kita menduga apa sebenarnya dalam benak pemikiran pemimpin utama PAS sekarang. PAS sudah rela kalah asalkan bukan DAP atau PKR yang menang. UMNO? setengah pemimpin PAS sudah mula mencanang, walau zalim walau kenakan tol walau kenakan gst, UMNO masih lagi islam. Jadi pilihannya adalah kalau tidak PAS,UMNO yang menang.
Setakat hari ini, sandiwara antara PAS dengan UMNO bahawa UMNO mula berubah kepada hendakkan Islam, masih lagi berjalan dan kelihatan seperti betul. Isu RUU355 masih lagi boleh menjadi senjata rahsia untuk mengaburi mata sesetengah orang orang kampung. Setakat mana ia dapat bertahan sebagai alat propaganda, kita tidak pasti. Tetapi adat lumrah membuktikan, kita tidak boleh menggunakan helah yang sama berulang kali dan berlamaan masa. Kelak akan terdedah jua.
Untuk menggarap dan 'menaiktaraf Islam' UMNO di mata rakyat, maka perlu dua cara, pilihan pertama samada menggambarkan kelebihan Islam pada UMNO sendiri atau pilihan kedua mencipta satu musuh kepada Islam. Tetapi untuk memilih kelebihan Islam yang ada pada UMNO adalah sangat janggal buat masa ini. Dalam hal ini PAS dan UMNO sepakat memilih pilihan kedua, senjata yang paling ampuh untuk digunakan ialah mewujudkan satu musuh Islam yang bernama DAP.
Bagaimana dengan MCA? GERAKAN? MIC? Sepertimana yang kita tahu mereka juga mudah melenting malah kekadang lebih melenting dari DAP, tetapi mereka tidak dimasukkan dalam senarai musuh islam oleh PAS apatah lagi UMNO. Pemilihan yang selektif ini mungkin berjaya untuk jangka pendek ketika ini, tetapi kelak akan memakan diri PAS dan UMNO sendiri akhirnya.
Sekalipun UMNO dapat berbincang secara rahsia dengan MCA, Gerakan, Mic dan yang lain supaya melembutkan suara anti Islam mereka, tetapi ini sudah pasti tidak akan dapat ditunaikan oleh rakan UMNO tersebut. Jika mereka melembutkan suara anti Islam mereka, seolah mereka telah hilang jatidiri parti mereka dan menjauhkan pengundi tegar mereka dari kalangan bukan Islam dan akan semakin ramai pula penyokong tegar mereka beralih kepada DAP.
Propaganda yang di bawa oleh UMNO dan PAS ini hanya seolah olah mencari untung di kalangan pengundi melayu Islam tetapi rugi di kalangan pengundi bukan Islam. Kerana itulah MCA dan rakan sepertinya sering juga ingin melebihkan suara anti islamnya lebih dari DAP, supaya berjaya menarik minat pengundi bukan Islam.
Bila mencanangkan DAP anti Islam, apakah realitinya nampak begitu? Keadaan realiti dan sejarah yang baru digarap oleh DAP di pulau pinang menggambarkan sebaliknya. Berbagai insentif telah disediakan kepada madrasah, pusat tahfiz dan intitusi islam di pulau pinang. Malah sesiapa yang hafal quran mendapat imbuhan dengan banyak, jumlah imbuhan berdasarkan berapa banyak juzuk quran yang dihafal. Malah peruntukan disediakan kerajaan negeri pulau pinang untuk majlis agama negeri, paling tinggi berbanding peruntukan majlis agama negeri negeri lain.
Dari satu sudut yang lain, PAS juga mencanangkan bahawa parti Amanah adalah talibarut DAP. Ini mungkin kerana PAS ingin menjauhkan pengundi melayu Islam dari Amanah, atau mencegah ahli PAS dari mengundi Amanah. Tetapi pada masa yang sama PAS kehilangan sokongan bukan Islam. Tuduhan Amanah sebagai boneka DAP ini pun, sepintas lalu kononnya merugikan Amanah, tetapi sebaliknya menjadi kemenangan moral yang sangat tinggi bagi Amanah. Bukan Islam tidak akan segan segan untuk menyokong Amanah. Maka masa depan Amanah sebagai parti yang mempunyai perpaduan kaum yang tinggi menjadi cerah masa depannya. 
Read More / Baca Lagi >>

Aktivis: Bayar terus zakat lebih baik daripada melalui pusat zakat

Posted: 25 Jun 2016 06:51 PM PDT

Sebaliknya, ramai membayar zakat melalui pusat zakat kerana mereka mahu mendapatkan rebat cukai, kata Dr Farouk.
Datuk-Dr-Ahmad-Farouk-Musa
PETALING JAYA: Umat Islam yang menunaikan kewajipan zakat tanpa melalui pusat zakat tidak boleh dipersalahkan, kerana ia dibuat atas niat mahu memastikan wang itu tidak disalah gunakan, kata aktivis Datuk Dr Ahmad Farouk Musa.
Sebaliknya, beliau berkata ramai memilih membayar zakat melalui badan zakat kerajaan kerana mereka mahu mendapatkan rebat cukai pendapatan.
"Tetapi mereka yang ingin melaksanakan kewajipan agama pasti akan menjauhi institusi yang sedemikian rupa," katanya kepada FMT, sambil menyeru agar institusi zakat direformasikan.
Beliau mengulas amaran mufti Perak baru-baru ini yang menganggap haram menyalurkan wang zakat terus kepada asnaf (golongan layak terima zakat) tanpa melalui badan zakat yang disediakan.
Tan Sri Harussani Zakaria berkata umat Islam wajib membayar zakat kepada badan khas dipertanggungjawabkan sambil menafikan dakwaan wang zakat disalah gunakan.
"Adalah salah pendapat mendakwa majlis agama menggunakan bahagian-bahagian asnaf itu bagi tujuan lain, sedangkan pegawai menguruskan hal zakat hanya diberi ganjaran gaji melalui bahagian amil," katanya.
Pendapat Harussani itu dilihat bercanggah dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin, yang November lalu berkata tidak salah memberi zakat terus kepada asnaf sekiranya seseorang itu tidak ada kepercayaan terhadap institusi zakat.
Read More / Baca Lagi >>

Haram bayar terus zakat kepada asnaf, kata mufti Perak

Posted: 25 Jun 2016 06:49 PM PDT

Umat Islam diminta tidak membayar zakat secara terus kepada asnaf kerana perbuatan itu hukumnya adalah haram, kata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Beliau berkata orang ramai dinasihatkan untuk membayar zakat kepada pusat zakat yang dilantik oleh kerajaan di setiap negeri.
"Mengikut hukum syarak, apabila ada satu badan yang telah dilantik kerajaan untuk mengumpul zakat fitrah dan harta, setiap orang wajib mengeluarkan zakat kepada badan tersebut.
"Ini kerana badan itu telah diperintahkan supaya mencari dan mengumpulkan para asnaf yang ada untuk disampaikan secara adil hasil zakat itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyampaian bantuan Aidilfitri kepada 300 fakir miskin dan sumbangan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) oleh Yayasan Muhibbah Fng Ah Seng di sini hari ini.
Setiap fakir miskin menerima sumbangan RM200 dan wakil bagi setiap 10 masjid di daerah Kerian menerima RM2,000.
Dr Harussani mengulas berhubung isu viral di Facebook di mana sebanyak 70 peratus orang ramai bersetuju membayar zakat terus kepada asnaf manakala 30 peratus lagi kepada badan pungutan zakat.
Menurut beliau, pembayaran seperti itu hukumnya tidak sah dan dikhuatiri asnaf yang menerima itu layak atau tidak menerima zakat.
"Pendapat seperti ini salah kerana MAIPk memberikan zakat secara adil kepada asnaf yang layak menerima zakat. Pegawai kita masuk kampung untuk mengesan asnaf yang layak menerima zakat dan gaji mereka kita ambil dari bahagian amil dan bukan dari asnaf," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin akan bersama Amanah?

Posted: 25 Jun 2016 06:44 PM PDT

PARTI Amanah akan 'bungkus'. Itu tanggapan sesetengah pihak berdasarkan keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.
Meskipun di Sungai Besar, Amanah mendapat undi kedua terbanyak selepas  BN dan berjaya mengatasi Pas – apa yang disebut-sebut sebagai sebab dan matlamat mereka menyertai pilihan raya – bagi sesetengah pemerhati,  7,609 undi diperoleh sekadar menyerlahkan lagi kelemahan parti pimpinan Mat Sabu itu.
Muhyiddin Yassin Ini kerana, jumlah undi sebanyak itu dianggap kecil berbanding Pas yang mendapat 6,902 undi. Walaupun undi untuk Pas kurang berbanding Amanah, apa yang diperoleh parti itu dikategorikan sebagai undi 'solid'  sedangkan undi untuk Amanah, selain daripada penyokong sendiri, juga adalah daripada penyokong DAP dan PKR.
Ini bermakna untuk mengatasi Pas, Amanah memerlukan undi daripada penyokong dua parti lain yang secara relatif menunjukkan parti itu belum cukup kuat untuk menyaingi Pas.
Tambahan pula sepanjang tempoh kempen PRK, calon Amanah mendapat sokongan padu jentera DAP terutama di kawasan majoriti Cina di Dun Sekinchan yang diketahui adalah kubu parti itu.
Lalu pada PRU, apabila setiap parti bertanding di kawasan sendiri, dengan kekuatan jentera sendiri dan tidak lagi mendapat sokongan daripada rakan-rakan pakatan sebagaimana PRK, apa yang diperlihatkan oleh Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah meragukan!
Di Kuala Kangsar, meskipun menjadi satu-satunya parti yang menampilkan calon anak tempatan, Amanah sekadar mampu meraih 4,883 undi berbanding BN (12,653 undi) dan Pas (5,684 undi).
Justeru, Amanah dianggap parti yang melangkah menuju PRU14 dalam keadaan tempang, setidak-tidaknya berdasarkan keputusan kedua-dua PRK ini!
Namun bagi sesetengah pemerhati,  keadaan ini boleh berubah menjelang PRU14.  Kedudukan Amanah yang dianggap lemah dan masih terkial-kial mencari tempo, mungkin akan menjadi sebaliknya dalam tempoh dua tahun lagi.
Ini berdasarkan perkembangan semasa yang bagi sesetengah pemerhati, membuka ruang untuk Amanah menjuarai keadaan  jika pemimpin parti itu bijak mengeksploitasi situasi terutama membabitkan dua bekas pemimpin besar Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang baru dipecat daripada parti itu kelmarin.
Kata mereka, laba sedang bergolek ke kaki pemimpin Amanah.
Pada kedua-dua PRK, Tun Dr. Mahathir Mohamed turun berkempen untuk calon parti itu. Beliau sepentas bukan sahaja dengan Mat Sabu malahan juga supremo DAP, Lim Kit Siang yang dianggap godfather Amanah.
Deklarasi Rakyat yang dipelopori Mahathir, disokong kuat oleh pemimpin Amanah pada ketika ia ditentang bukan sahaja oleh Umno, bahkan juga Pas dan pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini sekali gus menunjukkan Mahathir memerlukan Amanah untuk terus menggerakkan kempen menurunkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari kerusi Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Pecat: Mungkin ada sabotaj dalam PRU14 nanti

Posted: 25 Jun 2016 06:41 PM PDT



SHAH ALAM - Penganalisis politik melahirkan kebimbangan tindakan pemecatan ke atas dua pimpinan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam bakal mewujudkan sabotaj dalaman pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Muhyiddin yassin Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata sabotaj itu mungkin berlaku secara besar-besaran walaupun percikannya langsung tidak kelihatan ketika ini.
"Kebimbangan saya hanya satu, ahli Umno memang tidak akan beri reaksi (sekarang) tapi apabila berlaku pilihan raya nanti, mungkin akan berlaku sabotaj dalaman yang besar. Itu tidak pasti akan berlaku atau tidak tapi boleh berlaku.
"Sebab kita tahu sokongan kepada Tun (Dr) Mahathir (Mahathir) masih kuat. Muhyiddin dan Mukhriz pun ada sokongannya. Cuma, setakat ini ahli Umno nak lihat apa tindakan mereka selepas dipecat. Selepas itu baru mereka bertindak tapi di Jerlun dan Pagoh pasti akan ada kesannya," katanya kepada Sinar Online.
Semalam, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan untuk memecat Muhyiddin dan Mukhriz serta menggantung keahlian Datuk Seri Shafie Apdal dari parti itu.
Mengulas lanjut, menurut Azizuddin, berdasarkan tradisi Umno, penyokongnya mengikut kata ketua dan jika mereka tidak bersetuju, protes tidak dilakukan secara terang-terangan.
"Apa-apa tindakan diambil oleh ketua, walau mereka tidak setuju sekalipun mereka tidak akan protes tapi ia hanya akan dilakukan secara senyap. Apabila pilihan raya selalunya mereka akan sabotaj.
"Saya rasa buat waktu ini ahli Umno akan terus menyokong pucuk pimpinan. Mereka tidak akan bertindak seperti zaman (pemecatan) Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu...demonstrasi besar-besaran kerana keadaan itu berlainan," katanya.
Beliau juga berpendapat Umno masih mempunyai masa untuk memujuk ahli-ahlinya yang marah dengan keputusan pemecatan itu sebelum PRU14.
Katanya lagi, keputusan Muhyiddin dan Mukhriz selepas pemecatan ini pastinya dinanti-nanti penyokong.
Read More / Baca Lagi >>

Letak jawatan tindakan emosi, kata Hishammuddin

Posted: 25 Jun 2016 06:40 PM PDT

Tindakan beberapa anggota Umno Bahagian Pagoh yang meletak jawatan sebagai tanda membantah keputusan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat berasaskan sentimen emosi semata-mata, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Anggota Parlimen Sembrong itu berkata beliau amat memahami keputusan yang dibuat mereka, bagaimanapun ia (emosi) boleh dibendung menggunakan penjelasan dan pendekatan yang ikhlas.
"Saya setuju dengan hujah Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tentang perkara ini (isu pemecatan Muhyiddin) dan saya percaya kalau kita pegang kepada nilai-nilai perjuangan, kita melihat sesuatu itu bukan berkisar kepada peribadi tetapi kepada kepentingan parti.
"Kita tengok apa yang diputuskan itu bersandarkan kepada disiplin yang mengikat kita semua termasuk diri saya sendiri sebagai naib presiden...apa yang kita fahami di Pagoh, ada sentimen emosi tetapi saya harap ia tidak menular kepada bahagian-bahagian lain. Setakat ini, saya tidak nampak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Rahmat Ramadan, Khatam al-Quran serta Majlis Kesyukuran Projek Jiwa Murni Parlimen Sembrong di Felda Ulu Dengar, dekat sini petang tadi.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan itu berkata sejak dari dahulu, Umno terutamanya Umno Johor tidak pernah meletakkan kepentingan peribadi dan kepentingan individu melebihi kepentingan parti.
"Daripada isu Tun Musa Hitam, isu Tun Dr Ismail semasa dia Menteri Dalam Negeri, Datuk Onn Jaafar lagi iaitu pengasas Umno. Bila dia (Onn Jaafar) keluar dari Umno disebabkan visinya jauh ke hadapan, ditolak oleh Johor, ditolak oleh orang Melayu, ia tidak menjejaskan parti.
Read More / Baca Lagi >>

NASIB DAP APABILA LAHIR DALAM POLITIK DI MALAYSIA

Posted: 25 Jun 2016 06:27 PM PDT


Pada tahun 1978, bila Kjaan Pas di Kelantan dirampas secara zalim dan tidak demokrasi, sebuah parti yg dikatakan "kafir Harbi" iaitu Dap adalah satu2nya parti yg membela Pas waktu itu. Ini diakui sendiri oleh Hadi Awang, Presiden Pas.
Begitu juga, sewaktu peristiwa Memali yg mengorbankan Syuhadak Us Ibrahim Libya dan para pengikutnya, di Parlimen waktu itu parti "Kafir Harbi' iaitu Dap ini lantang mendesak kerajaan zalim Umno/Bn untuk melakukan Suruhanjaya Diraja Bebas dan pembentangan kertas putih bagi menyiasat tragedi yg berlaku.
Apabila wang royalti petroleum dirampas dari Kjaan Tganu sebaik saja Pas mengambil alih kjaan Tganu, sekali lagi lantang Dap parti 'Kafir Harbi" ini mengecam tindakan zalim kerajaan Umno/Bn ke atas Kjaan Tganu di bawah Pas.
Di waktu seorang anak gadis Melayu Islam di bawah umur di Melaka dirogol sehingga melahirkan anak oleh seorang pemimpin politik, bangkit Lim Guan Eng, salah seorang pimpinan Dap "kafir harbi' ini membela nasib anak gadis Melayu Islam tersebut sehinggakan Guan Eng rela dipenjarakan.
Kita juga masih ingat, seorang gadis Melayu Islam yg berfurdah dibuang kerja kerana enggan menanggalkan furdahnya, bangkit Karpal Singh seorang peguam dan pimpinan utama dari Dap parti 'kafir harbi' ini membela nasib Muslimah tersebut.
Di Parlimen, suatu ketika, diwaktu kerajaan Umno/Bn ingin mengadakan judi bolasepak Piala Dunia, Dap sebuah parti 'kafir harbi' sebulat suara bangun di Parlimen menentang cadangan kerajaan diwaktu itu.
Sesungguhnya, Dap memiliki banyak sejarahnya. Pernah digelar pemimpinnya sebagai mengikut cara "Omar Abdul Aziz' sehinggalah pernah digelar juga "kafir harbi". Semua gelaran itu bergantung kpd kepentingan kita untuk menunjukkan Dap itu baik atau buruk. Dap baik ketika mereka menguntungkan kita dan Dap buruk ketika kita tidak beruntung.
Nasib kamulah Dap lahir dalam politik di Malaysia.

Wfauzdin Ns

Dedak yang ditabur kerajaan bukan hampas kelapa, tapi dedak permata.....

Posted: 25 Jun 2016 03:16 PM PDT

Pembangkang perlu melihat usaha kerajaan membantu rakyat dalam menyediakan pelbagai kemudahan secara zahir, bukan menuduh segala pemberian itu ibarat 'dedak' yang ditaburkan kepada rakyat.
"Saya fikir kita kena melihat secara zahir tanggungjawab kerajaan, setakat apa yang terdaya oleh oerajaan berikan kepada rakyat, kalau ada yang baca sebagai perkara negatif, mereka perlu lihat wacana tanggungjawab kerajaan itu sendiri.
Nak cakap pasal pembangkang bagi dedak ni, biarkan mereka cuma saya nak ingatkan dedak yang diberi bukan dedak jagung atau hampas kelapa, tapi dedak yang dihancurkan dari batu permata zamrud dan sebagainya," kata Presiden MUAFAKAT, Ismail Mina kepada BNBBC.my portal.
Beliau berkata demikian bagi menyokong kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak yang menyamakan bantuan kerajaan kepada rakyat dengan dedak.
Najib menyifatkan tindakan sedemikian sebagai keterlaluan, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.
"Kerajaan Barisan Nasional bina sekolah, bina rumah, bina jalan, semua ini untuk rakyat, bukannya bagi makan dedak. Dedak itu makanan haiwan, tidak patut disamakan dengan bantuan yang diberikan kerana kita prihatin dengan keperluan rakyat," katanya dalam catatan di laman Facebooknya.
Katanya lagi, dalam Islam sekalipun mana-mana pihak dilarang untuk menuduh seseorang sama ada ikhlas atau tidak pada setiap tindak tanduk yang dilakukan kerana ia merupakan perihal dalaman yang dinilai oleh Allah.
Najib_Razak_-_2016-06-26_04.22.06"Siapa kita nak cakap dia ikhlas atau tidak? Siapa kita nak cakap yang dia buat semua itu hanya kerana kepentingan politik sahaja? Kita yang Islam ni kena sedar, kenapa kita yang Islam ni tak mampu berfikir pada perkara asas dan boleh pula mendengar tuduhan daripada orang yang tidak sepatutnya?
"Dia buat sekolah, buat surau itu kerja Najib, itu kerja kerajaan, kalau dia tak buat lagi semua mengatabuat pun mengata, habis kamu nak yang mana?" Soalnya.

Tuduhan dedak hina rakyat, kata PM

Posted: 25 Jun 2016 03:12 PM PDT

Perdana menteri sekali lagi mengecam pengkritiknya yang mendakwa kerajaan BN memberi "dedak" kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan.
Kali ini Datuk Seri Najib Razak berkata, sesiapa yang membuat tuduhan begitu sebenarnya mereka telah menghina rakyat.
Hakikatnya, kata Najib, sokongan yang diberikan membuktikan rakyat berkeyakinan kepada kerajaan kerana mengutamakan kemaslahatan ramai.
"Sebab itulah kalau ada orang kata kita menang (dalam pilihan raya Sarawak dan dua pilihan raya kecil pada 18 Jun lalu) kerana kita beri dedak kepada rakyat, itu adalah satu penghinaan. Penghinaan kepada rakyat," katanya di majlis Nur Ramadan di Putajara malam tadi.
Najib berkata rakyat memang tahu menilai dan membuat keputusan memilih kerajaan yang mengutamakan mereka.
Kerajaan, kata perdana menteri, terus memberi bantuan kepada rakyat walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan kerana ia adalah tanggungjawab.
Bantuan itu kata Najib bukan bertujuan untuk menghina rakyat kononnya dengan memberi 'dedak' sebaliknya ia dibuat kerana kerajaan sentiasa mementingkan kemaslahatan rakyat.
"Sbb itulah kerajaan pimpinan saya, kami dengan rakan-rakan jemaah menteri, kami tak kisah (orang) nak cakap apa pun, cakaplah.
"Akhirnya rakyat bertambah yakin kepada kerajaan," katanya disambut tepukan orang ramai.
Dedak adalah istilah yang dipopularkan kumpulan pengkritik Najib dalam usaha mereka mendapatkan sokongan bagi menyingkirkan beliau daripada jawatan perdana menteri serta presiden Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Rasuah tak pernah sedahsyat ini

Posted: 25 Jun 2016 03:02 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui wujud amalan rasuah ketika beliau menjadi perdana menteri namun apa yang berlaku kini jauh lebih buruk.
Dalam temu bual beliau dengan stesen televisyen Al Jazeera, Dr Mahathir berkata rasuah berlaku di semua negara namun tahap amalan itu yang menentukan sama ada ia buruk atau terkawal.
"Saya mengaku ketika masa saya ada amalan rasuah, tetapi tidak sehebat pembabitan Najib yang membabitkan berbilion-bilion, puluhan bilion ringgit.
"Ia tidak pernah dilakukan atau didengari di negara ini," katanya kepada hos program UpFront, Mehdi Hasan.
Temu bual itu disiarkan stesen televisten berkenaan semalam dan turut dipaparkan di laman sesawang Al Jazeera.
Sebelum itu Mehdi menyoal Dr Mahathir mengenai amalan rasuah ketika beliau mengetuai kerajaan Malaysia selama kira-kira 22 tahun.
Dr Mahathir juga ditanya mengenai kempennya untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam temu bual itu Dr Mahathir turut mempertahankan rekod perkhidmatannya.
Kata perdana menteri keempat Malaysia itu jika beliau tokoh yang korup tidak mungkin negara mencapai kemakmuran.
"Sebuah negara yang korup tidak boleh maju.
"Pada era saya negara menunjukkan kejayaan. Ia begitu makmur dan rakyat gembira menyokong kerajaan - kerajaan saya - dan setiap pilihan raya selama lima kali saya memenanginya dengan majoriti dua per tiga," katanya.
Kini katanya beliau tidak lagi memegang kuasa.
Jika tuduhan rasuah yang dilemparkan kepadanya benar, beliau tentu dihadapkan ke mahkamah.
Beliau juga mempertahankan kempennya menyingkirkan Najib dengan alasan perdana menteri kini menutup saluran demokrasi untuk terus berkuasa.

Penganalisis: Pola undi PRU14 tidak akan berubah

Posted: 25 Jun 2016 07:14 AM PDT


undi

PUTRAJAYA - Pola pengundian kaum Melayu dan Cina di Semenanjung Malaysia tidak akan berubah dalam PRU14.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan berkata, seperti PRU13 yang lalu, majoriti undi Melayu akan tetap menjadi milik Umno manakala undi Cina berpihak kepada pembangkang.

"Separuh undi akan pergi kepada BN dan separuh lagi pembangkang. 80 peratus undi Cina akan pergi kepada pembangkang dan 20 peratus lagi untuk BN.

"Manakala 60 peratus undi Melayu masih dengan Umno dan baki 40 peratus lagi pula 'berterabur' kepada Pas, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah). Itu hakikatnya dan saya tidak lihat akan ada perubahan dalam masa terdekat, " katanya dalam perbincangan meja bulat bertajuk 'Transformasi Pengundi Malaysia Menjelang PRU14' anjuran MPN, semalam.

Menurut beliau, faktor yang akan menjadi penentu sama ada BN akan kembali memerintah ialah undi dari rakyat Sarawak.

"Kesedaran rakyat di Sarawak sudah meningkat namun belum diterjemahkan lagi kepada undi. Sebagai contoh, ada golongan tertentu di Sarawak yang marah kepada BN dalam sesuatu isu namun akhirnya apabila mengundi tetap juga pilih BN.

"Jika BN menang, ia bukan kerana parti itu kuat tetapi lebih kepada kelemahan parti pembangkang yang tidak teratur. Ini termasuklah pemilihan pemimpin pembangkang yang tidak terlalu kuat," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, strategi pembangkang yang berkempen menggunakan retorik dan serangan peribadi terhadap lawan tidak lagi sesuai digunakan di negara ini.

Read More / Baca Lagi >>

Wujudnya "Melayu Harbi" Disamping "Budaya Takfiri" Cemarkan Islam

Posted: 25 Jun 2016 07:08 AM PDT

Penularan fahaman takfiri di negara ini membimbangkan

Penularan fahaman takfiri di negara ini begitu membimbangkan sehingga gejala mengkafirkan pihak yang tidak sealiran pemikiran semakin menjadi-jadi di media sosial, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Beliau juga melahirkan kebimbangan jika fahaman takfiri yang memporak-perandakan rantau Teluk khususnya Syria dan Iraq dibawa masuk ke negara ini oleh elemen Daesh (IS).

"Saya amat gusar dan bimbang dengan fahaman takfiri yang mula melanda negara kita secara hebat sekarang ini. Melabel mengkafirkan, 'menerakakan' orang sudah menjadi trend di negara ini khususnya di media-media sosial.



"Saya berpesan kepada diri saya, pimpinan, penyokong Amanah dan umat Islam dan bukan Islam supaya kita bertanggungjawab menjaga keamanan, keharmonian sesama masyarakat.

"Fahaman takfiri yang akhirnya menjadi punca pembunuhan sesama Islam seperti sedang melanda Iraq, Somalia, Syria, Libya, Afghanistan, Pakistan dan negara umat Islam lain, diharap tidak merebak ke negara ini," tegasnya.

Menurut Mohamad, kemenangan mengejut kumpulan Daesh atau Islamic State (IS) pimpinan Abu Bakr Al-Baghdadi di Iraq pernah dipuji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedangkan ia boleh mengundang bahaya kepada umat manusia khasnya umat Islam.

Mereka yang terjebak dalam budaya dan fahaman takfiri ini, jelas Mohamad sukar dipulihkan dan boleh memusnahkan negara.

"Parti Amanah berpendapat, dalam menangani perbezaan perlu banyakkan program dialog berbanding melabel-label orang.

"Pihak bertanggungjawab perlu menjaga fatwa-fatwa mereka supaya ia akhirnya tidak menjerat umat Islam itu sendiri.

"Pihak keselamatan negara pula hendaklah lebih berhati-hati dan berusaha supaya fahaman yang boleh menjahanamkan negara dan umat tidak bermaharajalela masuk ke negara ini," katanya.

Sempena bulan Ramadan yang mulia, Mohamad merayu mereka yang berbeza pendapat supaya berlawan hujah dan tidak sampai melabel seseorang itu sehingga menghalalkan darahnya secara tidak sah oleh undang-undang dan agama. -MD


VIDEO BERKAITAN
 


 

Bagi GB, selain dari "budaya takfiri", yang lebih membimbangkan ialah wujudnya kumpulan Melayu Harbi. Kumpulan Melayu Harbi inilah yang menyemarakkan budaya takfiri di dalam masyarakat Islam selain mengkafirhabikan kumpulan bukan Islam yang menjadi musuh politik mereka.

Kononnya akidah akan jadi sesat jika tidak memilih pemimpin dari kalangan kumpulan mereka. Mereka yang meninggalkan kumpulan mereka dianggap kafir dan wajar diperangi dan seumpamanya.


Mereka menganggap kumpulan mereka atau parti mereka sebagai "satu-satunya jemaah Islam" yang ada, dan kumpulan dan parti lain walaupun berteraskan Islam tidak diterima.

Ini amat bertentangan dengan kenyataan Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi.


Kumpulan mereka juga adalah ganas, kasar dan membawa ciri-ciri budaya IS (Daeisy). Sanggup memaki-hamun, bertumbuk, melakukan keganasan, sanggup memfitnah kerana ketaksuban mereka menyebabkan mereka hilang pertimbangan akal dan menjadi gila kerana mereka berpendapat mereka saja yang membawa Islam yang benar, yang lain tidak.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin: I won’t stop fighting

Posted: 25 Jun 2016 06:44 AM PDT

Sacked by Umno, former deputy president says the torch in his soul will continue burning.
muhyiddin
PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin, expelled from Umno yesterday, has vowed to not let his sacking get in the way of the truth.
He said his expulsion was unjust and unconstitutional but he would not appeal against the decision.
Also expelled with him was Supreme Council member Mukhriz Mahathir, whose father has led a year-long campaign to oust Najib. An ally, Shafie Apdal, was suspended.
In a statement today, Muhyiddin stood his ground against Umno's actions and maintained that he was fired simply because he took the "brave step" to speak up against the controversies surrounding Umno president Najib Razak, who is the prime minister.
"I was fired because of what I have said about the biggest moral and financial scandals in the history of Umno and the country. All this happened because we (Muhyiddin, Mukhriz Mahathir) took the brave step to voice out against the PM," said Muhyiddin.
"I am very disappointed because the Umno today is no longer the real Umno. It has become a party that is led by an individual who is willing to do anything to hide his wrongdoings and save himself."
He said his sacking was very much expected, but said that his memories in Umno will live on. "I have never betrayed Umno. I am only against a corrupt Umno leader.
Read More / Baca Lagi >>

Gerakan wants mufti to face criminal probe

Posted: 25 Jun 2016 06:43 AM PDT

Use Penal Code provisions on incitement and public mischief for 'kafir harbi' remark, says head of Gerakan Youth legal bureau.
chai-ko-thing
PETALING JAYA: The police have been urged to open an criminal investigation against the mufti of Pahang on grounds of creating public mischief and incitement.
Chai Ko Thing, head of Gerakan Youth's legal bureau, said the mufti, Dr Abdul Rahman Osman, had made a threat to public order and security by declaring the DAP as 'kafir harbi' for being against the enforcement of Islamic criminal penalties.
The mufti has come under widespread criticism as those termed as 'kafir Harbi' are at risk of being against the implementation of Islamic principles and going against God.
Chai said the police could invoke Section 505 of the Penal Code, for a statement made to conduct public mischief, and subsection (c) on incitement of a certain community to commit an offence against another community.
The mufti's declaration was against Malaysia's principles of religious tolerance, moderation and rationality, Chai said, urging religious leaders not to cross the line into politicking.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi: Little room now for coup in ‘rotten’ Umno

Posted: 25 Jun 2016 06:42 AM PDT

Muhyiddin and Mukhriz should move on and join the movement for changing the system, says PKR secretary-general.
rafizi
PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin and Mukhriz Mahathir, expelled from Umno, should not join the movement for changes in the country's systems, said PKR secretary-general Rafizi Ramli today.
He said there was now less room for an internal Umno coup against party president Najib Razak and he urged the pair to look beyond ousting Najib.
The two men have been part of a campaign led by former premier Dr Mahathir Mohamad to force Najib out of office as Umno president and prime minister.
An ally, Umno vice president Shafie Apdal, was suspended yesterday.
"Any hope for Najib to be removed through other means apart from the electoral process, appears difficult as the space in Umno is being shut down," Rafizi said in a statement.
He said Muhyiddin and Mukhriz would have "a significant impact" on the opposition's efforts to unseat Najib at the next general election if they joined the reform movement and offered solutions to the country's problems.
He said: "Umno is rotten and anyone who has power and money will be in power." However, Najib might become overconfident about the people's support after the Barisan Nasional victories in two by-elections this month.

Comments (0)