Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:30 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Pelik kilang roti High 5 boleh tutup, notis berhenti pekerja mengejut'

Posted: 24 Jun 2016 10:13 PM PDT

Politik Malaysia gunung berapi, PRU 14 rakyat akan muntahkan lahar

Posted: 24 Jun 2016 09:39 PM PDT


Read More / Baca Lagi >>

Umat Islam kiamat lebih dahulu dari kaum kafir, seolah-oleh negara hanya perlu ustaz dan Ustazah sahaja

Posted: 24 Jun 2016 09:36 PM PDT


Pengurusan zakat perlu diperkemaskanPengurusan zakat perlu diperkemaskan
Saya mengucapkan tahniah kepada Astro Oasis yang berani menampilkan Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Perlis untuk mencabar pemikiran orang Islam yang sekian lama dilesu dan dibekukan pemikiran mereka menerusi berbagai program agama stesen-stesen TV yang lebih menjuruskan kepada pendekatan bersifat ritual, wahyu, doa dan penyerahan.
Pendekatan ke arah kecanduan kepada agama dan bukan kesedaran beragama telah dibiarkan begitu lama tanpa teguran dan nasihat kerana beberapa stesen TV lebih mementingkan komersialisme kerana rating program agama yang tinggi sehingga sampai ke peringkat pengacara-pengacara yang mengendali berbagai program popular pun bercakap mengenai agama untuk menunjukkan mereka juga dalam golongan ustaz dan ustazah.
Kita telah sampai kepada peringkat berada dalam kepercayaaan boleh membayar upah kepada ustaz dan ustazah untuk menjadi wakil menebus dosa dan menjampi air dan buah kismis untuk diminum dan dimakan bagi mencerdikkan otak anak-anak dalam menghadapi peperiksaan dan sebagainya.
Jika demikian kata Dr. Asri maka orang-orang kayalah yang paling beruntung kerana boleh menggunakan wang untuk menebus dosa mereka.
Ketika saya tefikir kenapa ulama yang progresif dan dinamik seperti Dr. Asri tidak muncul untuk menyekat dakwah kejumudan yang berlaku dengan liar tanpa perhatian dari pihak yang bertanggungjawab terutama Jabatan Perdana Menteri, maka muncul Dr.Asri di Astro Oasis yang dengan berani mendedahkan aliran dakwah Islam yang tidak realistik dan tidak berpijak kepada permasalahan semasa, sebaliknya banyak merujuk kepada zaman nabi-nabi!
Pada keseluruhannya khutbah ustaz dan ustazah di TV dan juga radio tidak mengajar orang Islam untuk bersikap dinamik bagi mempersiapkan diri untuk survival Islam jangka masa yang panjang sebaliknya menekankan kepada kiamat dan kematian yang menyebabkan umat Islam mati sebelum mati dan kiamat sebelum kiamat.
Inilah yang sedang berlaku di negara-negara Arab yang menyebabkan mereka lari mencari kehidupan dan keselamatan di Barat dan juga ke Malaysia.
Dalam berfikir demikian maka saya bagitu gembira apabila dalam sebuah program agama pagi di Astro Oasis muncul Dr. Asri yang bercakap secara terus terang kelemahan pendekatan Islam di negara ini. Beliau mencabar penggunaan wang zakat yang terhimpun beratus juta ringgit tetapi tidak dapat diuruskan secara lebih efektif.
Beliau berkata "tidak sahaja orang yang tidak membayar zakat berdosa tetapi orang yang tidak menjalankan pengurusan zakat dengan sempurna juga adalah berosa"
Read More / Baca Lagi >>

Mengenang 14 tahun perginya Fadzil Noor

Posted: 24 Jun 2016 09:35 PM PDT

Oleh Dr Riduan Mohamad Nor
"Islam sebagai satu al-din tidak dapat ditafsirkan dengan fikiran manusia. Dalam mentafsirkan makna Islam itu kita wajib berpandukan kepada al-Quran dan Al-sunnah serta orang yang menghayati al-Quran dan al-Sunnah seperti para sahabat, ulama-ulama dan juga para tabiin.
 


"Kita tidak melihat dan memahami cara Islam membentuk satu peradaban kemanusiaan seperti yang digambarkan oleh setengah orang. Islam juga bukanlah satu kebudayaan atau serpihan daripada kehidupan manusia, kalau kita melihat dan mengambil Islam dengan cara yang sedemikian, dapatlah diumpamakan seperti orang buta yang cuba mengenali seekor gajah.

"Bila dipegangnya ekor gajah itu dikatakan gajah itu seperti tali, apabila dipegang kaki gajah itu dikatakannya gajah itu seperti tiang dan apabila terpegangnya telinga gajah itu dikatakan gajah itu seperti dinding. Sedangkan tali, tiang dan dinding bukanlah gajah tetapi ia hanya sebahagian daripada anggota-anggota gajah itu." (Fadzil Noor: 1992) Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama' dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram.

Ulama' yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar.

Antara ulama' ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama yang lain.
Penampilan negarawan
Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai sama ada kebangsaan Melayu, sosialisisme atau Islam.

Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu.
Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Datuk Fadzil Mohd Noor.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Najib Buang Muhyiddin, Mukhriz

Posted: 24 Jun 2016 09:34 PM PDT

Oleh A Kadir Jasin

KEDIKTATORAN dan penafian demokrasi oleh Umno Mohd Najib Abdul Razak mencapai kemuncak hari ini apabila ia membuang Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin  dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Muhyiddin dan Mukhriz dibuang kerana didakwa melanggar disiplin parti. Muhyiddin adalah Timbalan Presiden manakala Mukhriz adalah ahli Majlis Tertinggi.
Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian sehingga Lembaga Disiplin membuat perakuan muktamad atas dakwaan yang sama.

Keputusan dibuat oleh MT dalam mesyuarat petang ini dengan dipengerusikan oleh Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone di Ibu Pejabat Umno.

Hal ini dimaklumkan kepada media oleh Mohd Najib selepas mesyuarat itu.

Dia turut mengumumkan yang peruntukan kerajaan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana ditarik balik serta-merta dan semua kakitangannya akan diberikan notis berhenti kerja.

Katanya, keputusan itu dibuat berikutan yayasan itu mempunyai usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan yang sah.

Wallahuaklam.

Rumusan saya bagi PRK Parlimen Sungai Besar...

Posted: 24 Jun 2016 09:30 PM PDT

Oleh Arif Atan
Rumusan saya bagi PRK Parlimen Sungai Besar:
Akses media kepada parti pembangkang terhad. Walaupun klise, tapi ini hakikat. Media perdana berbahasa Melayu baik dari Buletin TV3 sampai Utusan Malaysia yang di bawah telunjuk parti pemerintah mengampu tahap gaban. Tempoh 13 hari kempen macam BN bertanding sorang-sorang. Cerita pasal dia sajalah terbaik itu, ini.

Akibat akses media yang terhad kepada rakyat: 1. Ramai pengundi masih tidak kenal parti Amanah. Kalau kenal pun tanggapan mereka negatif - wujud selepas kalah pemilihan, lawan Presiden Pas, liberal, tolak ulamak, tunggangan DAP dll - naratif sama didendangkan TV3, Utusan.
Paling kritikal segmen pengundi Melayu. Kadar celik politik mereka umumnya tidaklah 'smart' macam 'smart phone' yang mereka miliki. Berbanding pengundi Cina yang ditemui kerap mereka beritahu dapat maklumat itu, ini daripada akhbar mereka yang lebih bebas tidak terkongkong seperti akhbar perdana berbahasa Melayu. Lanjut baca
https://malaysiadateline.com/…/3209-lepas-tok-guru-tiada-pa…
2. Sentimen bangsa dan agama menyuburkan emosional pengundi Melayu. Kenaikan berganda kos sara hidup akibat GST dan salah tadbir urus negara yang kena pada semua rakyat tidak menjadi pertimbangan rasional majoriti pengundi Melayu. Isu penyelewengan massa seperti rasuah berbilion ringgit, skandal 1MDB dan jet Rosmah dianggap sebagai isu nasional yang konon tak memberi tempias kepada mereka.
PRK kali ini juga buat julung-julung kali menyaksikan TV3 dan Utusan memberi ruang kepada Pas untuk menyerang Amanah. Isu hukum hudud dieksploitasi. Proses RUU Akta 355 begitu sakral untuk dipersoal.
Masjid Jamek Makmuriah di Sg Besar pun tumpang sekali berkempen tolak calon Amanah. Lanjut baca
https://malaysiadateline.com/…/3256-ada-parti-guna-masjid-u…
3. Pengundi Melayu gagal untuk bezakan antara parti dan individu dengan kepentingan institusi. Mengkritik Umno (parti) dan mendesak Najib (individu) supaya berundur dianggap menghina Melayu (institusi). Jadi, tak hairanlah apabila mereka menganggap Melayu itu Umno dan Umno itu Melayu walaupun moyang kepada moyang mereka boleh hidup pun tanpa Umno. Samalah juga persepsi kalangan penyokong tegar Pas. Tidak puas hati dengan Hadi Awang sebab suka menghukum dianggap sebagai pengkhianat perjuangan Islam walaupun tak tau hujung pangkal apa yang diperjuangkan parti itu sekarang.
4. Terpedaya dengan falasi Pas kononnya semakin bersungguh memperjuangkan undang-undang Islam. Persepsi ini biasanya bagi pengundi kategori Islamis yang konservatif. Imej Amanah yang moderat tidak 'kena' dengan jiwa kelompok pengundi ini yang ramai di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sesuai dengan faktor demografi luar bandar yang dimiliki. Usaha Pas untuk semakin tampil lebih Melayu pada ketika Umno juga menyamar untuk jadi lebih Islamis sebenarnya memberi kesan positif pada sebahagian besar pengundi Melayu. Walaupun di media sosial imej Pas jadi 'lauk' dan bahan sarkastik netizen tetapi hanya berlegar di alam maya belum cukup-cukup ampuh diterjemah sebagai undi protes terhadap Pas sehingga membolehkan calon Pas di Kuala Kangsar berada di nombor dua mengatasi calon Amanah.
Selain faktor akses media yang terbatas, perkara lain turut memenangkan BN dengan undi majoriti bertambah ialah:
1. Manipulasi besar-besaran segala alat, peruntukan dan kenderaan kerajaan untuk kempen bagi pihak BN. Itu sebab kalau dicampur undi kepada Amanah dan Pas masih gagal mengatasi jumlah undi dipungut BN. Janji pelbagai janji manis berkumandang di TV hampir setiap hari , 'dedak' ditabur. Segala menteri turun umum itu, ini.
Paling kurang RM7 juta pelbagai bentuk dana segera diumum banyak menteri di Sg Besar saja sepanjang tempoh kempen berdasarkan laporan di media. Itu yang dilapor, yang tidak dilapor tentu banyak lagi. Lanjut baca:
https://malaysiadateline.com/…/3234-paling-kurang-rm7-juta-…
Di Sg Besar juga, pada hari mengundi, tak lebih 20 kereta berlogo Pelan Integrasi Nasional membawa bendera BN berlegar sekitar Sungai Limau dan Sungai Haji Dorani. Situasi ini jelas tidak adil.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim rayu pembangkang bersatu

Posted: 24 Jun 2016 09:23 PM PDT

Anwar berkata, parti-parti pembangkang harus menerima kekalahan pilihan raya kecil dengan rendah hati.
anwar_undi_pkr_600
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim merayu agar pihak pembangkang merapatkan barisan, mengetepikan perbezaan dan elak bertengkar sesama sendiri.
Dalam sepucuk surat terbuka yang ditulis dari penjara Sungai Buloh, beliau yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas tuduhan liwat menggesa ahli-ahli politik pembangkang meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.
"Kita wujud untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya. Teks surat itu telah dikeluarkan oleh Parti Keadilan Rakyat.
Awal bulan ini, pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah memberi pengajaran besar kepada calon pembangkang dalam pilihan raya kecil. Calon-calon dari Amanah yang disokong oleh Pakatan Harapan, serta calon daripada PAS, kedua-duanya kalah kepada Barisan Nasional.
Sejak itu terdapat rayuan bagi PAS untuk menyertai semula pakatan pembangkang yang mana sebelum ini berpecah ekoran pertikaian antara DAP dan beberapa pemimpin PAS.
Anwar berkata, parti-parti pembangkang harus menerima kekalahan pilihan raya kecil dengan rendah hati.
Rakyat Malaysia menyematkan harapan mereka terhadap parti-parti pembangkang untuk menyelamatkan negara ini daripada penindasan, rasuah dan kebankrapan moral rejim semasa," katanya yang turut menggesa ahli-ahli politik pembangkang untuk bersatu dan mengalahkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita mesti melalui segala-galanya demi Malaysia", tulis Anwar dan surat terbukanya itu.

All is not lost, Amanah will work harder

Posted: 24 Jun 2016 09:21 PM PDT

We fully recognise the gargantuan task before us to reshape Malaysia's political landscape and how small and young Amanah is, but we will be bolder in our fight for national unity and ethical governance.
dzulkefly_amanah_600_new
By Dr Dzulkefly Ahmad
We, Parti Amanah Negara (Amanah), truly understand the uneasiness and agony that the outcomes of both by-elections have caused (P067 Kuala Kangsar and P093 Sungai Besar).
The Umno Barisan Nasional government namely Prime Minister Najib Razak were seen gloating and seizing the opportunity to absolve the sins of omissions and commissions in the RM4.2 billion donation scandal and the many debacles of 1Malaysia Development Berhad (1MDB). The latest sacking of Tan Sri Mahyudin and Mukhriz Mahathir could very well be related to their euphoric and bullish state.
Be that as it may, on behalf of my party and leaders-colleagues of the Pakatan Harapan, we profoundly and humbly submit our sincere apologies to all our well-wishers and supporters for having lost both the by-elections.
While fighting the entire fire-power of the BN's government machineries, in a very uneven battleground, Amanah and Pakatan Harapan must also honestly admit of our many shortcomings for these failures.
The last minute choice of the party to contest both by-elections sufficed as one striking evidence of our indecisiveness.
We are conscious of the rakyat's urgent demand that we exude more solid solidarity and unflinching tenacity as a Political Coalition capable of unseating the BN government.
But 'All is Not Lost'..! Though BN is painted as achieving a thumping victory, our early findings in the post-mortem have revealed the 'silver linings' that we did not anticipate to see with such bad outings.
Comparing the recent by-elections and results in the 13th General Election of 2013, in the predominantly Malay Polling Districts (90% and above) in both constituencies, we have consistently found out the following:
  1. That PAS lost 1 in 4 votes (ca 26%) it won in 2013 in both Kuala Kangsar and Sungai Besar.
  2. That BN lost 1 out of 10 votes (ca 10%) it won in 2013 in Kuala Kangsar and 1 out of 7 votes (ca 14%) in Sungai Besar.
  3. Amanah, however, only managed to gain 1 out of 2 votes that BN (Umno) and PAS lost in Kuala Kangsar and 1 out of 3 votes in Sungai Besar. The other votes are either wasted as spoilt votes (not many) or voters didn't turn out to vote.
  4. More specifically, 1 out of 2 voters that abandoned PAS in Kuala Kangsar and 1 out of 3 voters in Sungai Besar had chosen to not vote.
Similar analysis in the predominantly non-Malay (90% and above) Polling Districts in Kuala Kangsar and the predominantly Chinese ones in Sungai Besar found that:
  1. PAS lost 99% of the votes it gained in 2013 in Sungai Besar and 91% of that in Kuala Kangsar. (Serious implication for 14th GE).
  2. Amanah gained 2 out of 3 votes PAS lost in Sungai Besar and 1 out of 2 votes in Kuala Kangsar.
  3. Umno gained only 1 out of 20 votes PAS lost in Sungai Besar and 1 out of 5 votes in Kuala Kangsar.
  4. More than 1 out of 4 voters that abandoned PAS however had chosen to not vote.
That we have failed to both (a) gain more votes from Umno and PAS and (b) received all votes that have abandoned these two parties show that Amanah's pursuit of an Inclusive lslam that serves all Malaysians is still a novel cause to most voters, sandwiched between Umno's Malay nationalism and PAS's Neo-Muslim nationalism. There are still 'upsides' or potential to be tapped, given the right strategy and approach of Amanah and the PH.
We reckon our weaknesses in effectively promoting to both the Malay and non-Malay voters how Islam can and must be a "Blessing for All" (Rahmatan lil 'Aalamin) premised on the principles of 'Human Dignity' (Karamah Insaniyah) and 'Brotherhood of Man' (Ukhuwwah Insaniyah). We must work harder to combat the abuse of Islam to poisonously divide and segregate the nation and to cynically defend and cover-up corruption.
Read More / Baca Lagi >>

Rumah tangga Umno bercempera, rakyat jadi mangsa

Posted: 24 Jun 2016 09:19 PM PDT

RAKYAT tetap tidak mendapat sebarang manfaat dari perkembangan terbaru Umno yang bertindak memecat Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Sebaliknya kepentingan rakyat kekal berada paling akhir dalam senarai projek Umno.

Umno dalam pergaduhan sesama mereka tetap sibuk mengaut dan memfaraid hak rakyat serta hasil negara atau negeri melalui jawatan-jawatan yang direbut. Rumah tangga mereka porak peranda, malangnya rakyat dan negara menjadi mangsa kerana diabaikan.

Khususnya rakyat negeri Kedah, sejak memberi mandat kepada Umno BN kembali memerintah tiga tahun dahulu, terus melopong tanpa pembelaan atau menerima sebarang perkongsian untung dari pembangunan negeri.

Terbukti batang tubuh Mukhriz hanya dijadikan umpan pertaruhan sebagai Menteri Besar untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Pelbagai janji manis dan enam projek mega serta perubahan yang kononnya tidak pernah dilihat, jelas sebuah mitos angan-angan Mat Jenin. Sebaliknya rakyat bagaikan jatuh ditimpa tangga.

Kepentingan dan kebanggaan rakyat Kedah seperti rangkaian Maahad Mahmud, diserah kepada pihak lain. Kolej Universiti Insaniah (KUIN) umpama bola yang disepak ke sana ke mari serta mengalami kemerosotan teruk pengambilan pelajar. Manakala Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) tidak diteruskan pembangunan sebagaimana diluluskan.

Begitu juga kenaikan cukai tanah, caj-caj perbandaran, pengambilan tanah dengan harga tidak kompetitif, isu perkhidmatan bekalan air SADA, pembangunan perumahan mampu milik tidak rancak dan terlepas penajaan untuk Persatuan Bola Sepak Kedah. Semuanya sebahagian daripada kegagalan Umno BN memberi tumpuan kepada Kerajaan Negeri Kedah.
Read More / Baca Lagi >>

Aktivis tanah NCR sentiasa berhadapan ancaman, kata Nurul Izzah

Posted: 24 Jun 2016 09:18 PM PDT


Nurul mahuperjuangan Allahyarham Hasbi diteruskanNurul mahuperjuangan Allahyarham Hasbi diteruskan
Keselamatan aktivis yang memperjuangkan hak tanah adat bumiputra (NCR) di Sarawak semakin terancam apabila ada antara mereka sering mendapat ugutan dan ancaman oleh syarikat berminat mengambil tanah terbabit bagi tujuan mendapatkan hasil balak.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata beliau dimaklumkan perkara sama turut kerap dilalui Allahyarham Bill Kayong atau nama Islamnya, Mohamad Hasbi Abdullah sehinggalah membawa kepada pembunuhan beliau.
Keselamatan mereka yang memperjuangkan isu tanah adat ini terancam kerana kami dapat maklumat daripada Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo, bekas calon Adun kita di DUN Muru, Abun Sui Anyit, begitu ramai diugut oleh syarikat besar yang terlibat dengan pengambilalihan tanah untuk balak.
"Kita desak pihak berkuasa tidak mudah memberi alasan tidak cukup bukti, atau kurang masa kerana isu ini membelenggu rakyat Sarawak khususnya aktivis dan pejuang keadilan," kata Nurul Izzah seperti dilaporkan SelangorKini.
Jelasnya, perjuangan Allahyarham Hasbi hendaklah diteruskan supaya usaha dan pengorbanannya sebelum ini tidak menjadi sia-sia begitu sahaja.
Semasa hayatnya, meperjuangkan isu tanah adat Sarawak begitu dekat dihatinya sehingga menimbulkan perasaan kurang senang sesetengah pihak.
Allahyarham Hasbi yang juga Setiausaha KEADILAN Cabang Miri ditemui mati ditembak di Miri, pada 21 Jun lalu.
Beliau yang turut memimpin pelbagai NGO lain itu ditembak mati di lampu trafik berhampiran pusat membeli belah E-mart di Jalan Permyjaya-Kuala Baram di Senadin, Miri.

Politik Rasulullah vs budaya simplistik PAS

Posted: 24 Jun 2016 09:17 PM PDT

Bersambung dari semalam, penulis menganalisa pandangan jauh politik Rasulullah dan membuat perbandingan tajam dengan politik PAS yang akhirnya akan memakan diri.
hijrah
Oleh Madah Pujangga
Sekiranya kita meneliti sejarah hijrah Rasulullah s.a.w., kita akan dapati pemikiran politik baginda jauh lebih canggih dan proaktif.
Baginda tidak dikekang oleh congak jumlah pengikut yang simplistik. Sebaliknya, kejayaan Rasulullah s.a.w. adalah kerana kematangannya menghadapi realiti semasa.
Ketika baginda berhijrah ke Madinah, orang Islam di Madinah merupakan golongan minoriti. Masih terdapat ramai penduduk Madinah yang tidak memeluk Islam. Ini termasuklah golongan yang masih menyembah berhala, penganut agama Kristian dan suku-suku Yahudi.
Baginda tidak menjadikan statusnya sebagai minoriti sebagai kekangan. Sebaliknya, baginda menumpukan usaha mewujudkan satu gagasan untuk menyatukan semua kelompok di bawah pemerintahannya. Ini baginda lakukan dengan memahami golongan lain dan mewujudkan satu piagam yang melahirkan suasana kebersamaan. Ini memupuk satu "sense of common destiny" di kalangan seluruh masyarakat Madinah.
Strategi politik ini berkesan kerana baginda mempunyai kredibiliti, berwawasan dan memahami keperluan bertindak bijak dalam masyarakat majmuk Madinah. Bagi mereka yang tiada kredibiliti dan ketandusan idea, pemikiran mereka hanya setakat mencongak sama ada mereka majoriti atau minoriti.
Tidak dinafikan kesatuan di Madinah tergugat apabila ada di antara suku Yahudi yang mengkhianati perjanjian yang dicapai dan menyebelahi pihak musuh. Namun, ini adalah "exception" dan bukan norma di Madinah.
Ketika perang Khandaq, penduduk bukan Islam Madinah turut berperang di sisi tentera Islam mempertahankan Madinah. Malahan, perang Ahzab merupakan peperangan di antara dua pakatan. Satu adalah barisan yang dipimpin oleh golongan Quraish Makkah dan disertai suku-suku yang bersekutu dengannya. Satu lagi ialah pakatan yang dipimpin Rasulullah s.a.w. yang mempertahankan Madinah.
Selari dengan risalah "rahmatan lil alamin", Rasulullah s.a.w. meletakkan dirinya sebagai penyatu semua golongan dari berbagai bangsa dan agama yang terdapat di Semenanjung Arab ketika itu. Inilah sebabnya masyarakat Madinah menjadi sebuah masyarakat majmuk yang begitu berjaya dan dinamik.
Baginda melihat jauh ke hadapan dan memahami kerelevanan Islam bergantung kepada menjadikan Islam relevan kepada ummat Islam dan juga golongan bukan Islam.
Baginda bukan pejuang "satu agenda" untuk satu bangsa tetapi benar-benar membawa Islam kepada seluruh alam.
Selain membina gagasan menyatukan Madinah, strategi yang digunakan Rasulullah s.a.w. ialah mencari peluang memecahkan barisan yang dipimpin Quraish. Ini dilakukan baginda melalui perjanjian Hudaybiyah yang memberi kebebasan kepada pihak Islam untuk menyampaikan dakwah Islam kepada suku-suku lain di Semenanjung Arab.
Sebelum Hudaybiah, Rasulullah s.a.w. menghadapi kesukaran menyampaikan dakwah baginda kepada suku-suku lain kerana kesetiaan mereka kepada Quraish di Makkah.
Hanyut dalam hedonisme Umno
Sekiranya kita ingin mengambil pengajaran dari sejarah Rasulullah s.a.w., nyata sekali di sini pencapaian politik umat tidak akan terjamin dengan sekadar congak yang simplistik. Pemerintahan majoriti Islam yang tiada arah, wawasan dan daya tarikan kepada semua golongan di Malaysia tidak akan ke mana.
Read More / Baca Lagi >>

Kafir harbi: Adakah mufti Pahang jahil fekah semasa?

Posted: 24 Jun 2016 09:16 PM PDT

"Bagaimana jika sebentar lagi ada mana-mana orang yang terjumpa mana-mana ahli DAP dan membunuh mereka kerana mengikut hukum yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang ini?" soal Omar.
Sheikh-Omar-Ali_rahman-osman_law_600
PETALING JAYA: Kenyataan Mufti Pahang bahawa 'DAP tergolong kafir harbi yang wajar ditentang' dianggap bukan sahaja merbahaya malah suatu tuduhan amat berat yang mana implikasinya boleh menyebabkan pertumpahan darah, kacau bilau dan menggugat ketenteraman awam serta negara.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali mengecam kenyataan Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman yang boleh mengancam keselamatan negara.
"Bagaimana jika sebentar lagi ada mana-mana orang yang terjumpa mana-mana ahli DAP dan membunuh mereka kerana mengikut hukum yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang ini?" soal Omar yang juga Graduan Usuluddin Akademi Pengajian Islam UM.
Mufti Pahang dalam sebuah laporan di akhbar Utusan Malaysia berkata, penentangan DAP terhadap pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama dengan mereka.
"Kami amat kecewa kerana Mufti Pahang gagal mengemukakan fakta dan bukti kukuh untuk dijadikan hujah yang boleh disandarkan ke atas tuduhan berat 'kafir harbi' tersebut.
"Bahkan kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah beliau gagal menekuni fiqh muassirah (fekah semasa) yang giat diperbahaskan ulama' dan para sarjana lewat hari ini seperti Dr Yusuf Al-Qardhowi dan sebagainya!" katanya.
Read More / Baca Lagi >>

GKCM beri amaran 'badai' besar bakal landa Umno

Posted: 24 Jun 2016 09:16 PM PDT

Umno bakal dilanda pergolakan besar selepas pemecatan beberapa tokoh parti itu seperti diumumkan Majlis Tertinggi parti itu pada sidang media semalam, kata Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM).
Ketuanya Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, GKCM akan mula bertindak balas di atas 'penghinaan yang tidak boleh diterima' terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"GKCM akan mula bertindak. Umno akan dilanda badai ketidakpercayaan yang amat dasyat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.
Kenyataan itu menyusul sejurus keputusan Majlis Tertinggi Umno sebulat suara memecat Muhyiddin dan Mukhriz sementara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung daripada Umno.
Sementara itu Kamarul Azman juga tidak menolak kemungkinan akan wujud parti baru menggabungkan ketiga-tiga tokoh penentang Datuk Seri Najib Razak iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin dan Mukhriz yang disebut sebagai kumpulan 3M.
Tokoh 3M ini adalah antara yang lantang mengkritik Najib khususnya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mereka juga terlibat dalam gerakan Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia bersama pembangkang, mengumpul tandatangan bagi mendesak Najib berundur dari jawatan perdana menteri.
Mengulas lanjut Kamarul Azman juga mendakwa pemecatan Muhyiddin bakal menambah lagi persepsi negatif dan kebencian rakyat kepada Najib.
Justeru katanya Najib dan MT Umno perlu mengambil iktibar daripada revolusi rakyat Filipina yang berjaya menggulingkan Fredinand Marcos pada 22 hingga 25 Februari 1986.

Kenapa asyik salahkan Cina?

Posted: 24 Jun 2016 09:14 PM PDT

Syarikat Cina menjalankan perniagaan untuk mencari keuntungan, bukannya badan kebajikan yang boleh menyara pekerja tidak berdaya saing berdasarkan bantuan kerajaan.
rakyat_cina_salah_600
Setiap kali timbulnya masalah berkaitan kaum tertentu, sudah pasti kaum lain yang akan dipersalahkan.
Contoh terbaik ialah kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali semalam yang menuduh syarikat Cina tidak mengambil graduan Bumiputera dari universiti awam dengan alasan bahasa Inggeris mereka lemah.
Bukan itu sahaja, Ibrahim turut mendakwa orang Cina hanya bekerjasama sesama kaum sendiri dalam bidang perniagaan dan tidak memberi peluang kepada orang Melayu berniaga.
Bekas naib canselor Universiti Malaya Ghauth Jasmon pula menjangkakan jumlah graduan menganggur dari universiti awam akan terus meningkat dengan 80% daripada 400,000 penganggur itu terdiri daripada Bumiputera disebabkan mereka lemah dalam bahasa Inggeris.
Kenyataan Ghauth itu jelas menunjukkan masalah terletak pada graduan Bumiputera itu sendiri yang lemah dalam bahasa Inggeris, tetapi pernahkah graduan mengkaji diri dan kelemahan sendiri?
Jika sudah mengkaji diri, adakah sebarang usaha diambil untuk meningkatkan kemahiran sendiri sejajar keperluan semasa pekerjaan?
Ia sama dengan keadaan di mana sesetengah orang akan bertanya apakah manfaat yang boleh diberikan majikan, tetapi mereka tidak pula tanya diri apa yang boleh mereka lakukan untuk syarikat.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah mengkritik isu sama kerana trend graduan Melayu lebih gemar memilih "mata pelajaran senang" yang langsung tiada nilai di pasaran kerja dan seterusnya menyebabkan kadar pekerjaan rendah di kalangan kaum itu.
"Graduan Cina memilih mata pelajaran yang betul supaya mereka boleh diambil. Kami dapati graduan Melayu terutamanya daripada aliran Melayu, tidak fasih berbahasa Inggeris.
"Tidak kisah berapa harga anda letak pada sijil, hakikatnya majikan hendak mengupah seseorang yang dapat berkomunikasi. Majikan itu bukan Melayu, mereka dari luar negara dan sekiranya mereka tidak dapat berkomunikasi dengan anda, mereka tidak akan mengambil anda," demikian kata Dr Mahathir.
Tambahan, ada di kalangan syarikat hanya mengambil graduan Cina kerana mereka memerlukan pekerja fasih bercakap dan tahu menulis bahasa Cina demi keperluan perniagaan mereka.
Ada pula graduan Bumiputera yang memilih berkhidmat dalam sektor awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disebabkan gaji dan manfaat yang ditawarkan kerajaan seperti pencen dan sebagainya.
Sesetengah graduan Bumiputera pula tidak minat bekerja dengan syarikat Cina kerana bukan semua syarikat Cina yang mampu menawarkan gaji dan manfaat seperti GLC.
Lagipun syarikat swasta milik orang Cina menjalankan perniagaan untuk mencari keuntungan, bukannya badan kebajikan yang boleh menyara pekerja tidak berdaya saing berdasarkan bantuan kerajaan.
Lantaklah Ibrahim hendak jadi hero kampung atau bangsa, tetapi usahlah memijak dan memfitnah kaum lain sehingga menyebabkan sifat benci-membenci di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini semakin menebal.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin, Mukhriz boleh sertai kempen Bersih

Posted: 24 Jun 2016 09:13 PM PDT

Mereka haruslah terima agenda gerakan, iaitu reformasi institusi dan demokratik sistem negara
maria chin
PETALING JAYA: Pemberontak Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir boleh menyertai kempen pemantau pilihan raya Bersih 2.0, sekiranya mereka bersetuju dengan agenda gerakan itu.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah membuka pintu itu susulan pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz hari ini.
"Saya tak tahulah sekiranya mereka mahu sertai Bersih, tetapi pendirian Bersih sentiasa mereka harus terima agenda reformasi kita," katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Bersih 2.0 malam tadi.
Prinsip yang Maria maksudkan adalah reformasi insitusi dan reformasi demokratik sistem negara.
Beliau mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dibenarkan berucap di platform tunjuk perasaan Bersih 4.0 tahun lalu kerana bekas perdana menteri itu tidak bersetuju dengan agenda mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Kilang Roti High 5 milik Tabung Haji ditutup, 60 pekerja dibuang

Posted: 24 Jun 2016 09:12 PM PDT

Kilang roti jenama High 5 ditutup serta merta mulai hari ini tanpa sebarang makluman awal dan tiada pampasan serta baki gaji dilunaskan.
Jurucakap pekerja yang dibuang, Cik Jani berkata seramai 60 pekerja diberhentikan serta merta dengan bayaran saguhati setengah bulan gaji sahaja.
"Para pekerja diberikan notis satu bulan bermula 23hb.Jun,2016 tetapi diarahkan supaya tidak datang kerja lagi dari hari ini, 24hb.Jun,2016," katanya.
Pekerja katanya amat tidak berpuashati kerana hanya ditawarkan gaji 1/2 bulan tanpa apajua jaminan bahawa pampasan berhenti kerja dan baki gaji akan dibayar.
Menurutnya, Roti jenama High 5 ini adalah jenama syarikat Siverbird Group Berhad yang meruapakan syarikat pelaburan Tabung Haji (TH).
"Ini bakal mengundang kontroversi kerana TH membeli saham-saham di dalam Siverbird Group yng kini telah gulung tikar dan mengalami kerugian RM90 juta," katanya.

Pengurus zakat perlu lebih efisyen untuk dapatkan keyakinan umat

Posted: 24 Jun 2016 06:04 PM PDT

Masyarakat wajar menghormati institusi yang dipertanggungjawab menguruskan zakat namun institusi tersebut juga harus lebih efisyen dalam mengagihkan wang zakat supaya ia benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.
Naib Presiden parti Amanah Negara (Amanah), Hasanuddin Mohd Yunus berkata, institusi yang bertanggungjawab menguruskan zakat seperti majlis agama Islam negeri mesti menjalankan tugas dengan lebih efisyen bagi mengelakkan kecurigaan masyarakat dan memberikan keyakinan kepada masyarakat untuk membayar zakat kepada pusat pungutan zakat.

"Kalau kita lihat dari sudut sebuah negara yang besar, memang saya hampir bersutuju supaya kita serahkan kepada amil dan amil akan mengkajinya di peringkat negara dan ia akan lebih melata dan akan mencapai orang-orang yang lebih layak.

"Cuma realiti pada hari ini kita dapati tidak efisyennya kerajaan dan juga amil yang ada yang akhirnya kita curiga dengan pembahagian zakat itu," katanya kepada Malaysia Dateline.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia harus mencontohi majlis agama Islam di Singapura yang sangat cekap dan berhati-hati dalam menguruskan zakat bagi memastikan ia sampai kepada golongan sasaran.

"Berbeza dengan Singapura, saya melihat teman-teman yang menguruskan majlis agama Islam Singapura dan menguruskan masjid mereka boleh melihat dari dalam helikopter, tengok keseluruhan jumlah fakir miskin yang mereka kenal pasti dan mereka dapat agihkan zakat malah dengan duit itu mereka boleh menukar daripada seorang yang layak menerima zakat kepada pemberi zakat selepas beberapa tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Dr. Mujahid - Kafir Harbi dan Mufti Pahang

Posted: 24 Jun 2016 05:59 PM PDT

1. Mufti Pahang dinasihatkan bercermat dalam mengkategorikan orang bukan Islam dalam negara ini sebagai Kafir Harbi atas dasar mereka menentang Islam. Kenyataan umum demikian amat merbahaya dalam konteks pembinaan negara bangsa yang terdiri dari berbagai agama di Malaysia, apatah lagi diisyaratkan kepada parti politik tertentu.
2. Apakah yang didefinisikan sebagai alasan 'menentang Islam' sebelum Kafir Harbi dikategorikan? Apakah Sohibus Samahah Mufti Pahang mengandaikan memberi pandangan dalam konteks demokrasi dalam soal perundangan negara dan perlembagaan negara dalam hal pentadbiran Islam itu menentang Islam?
3. Mufti Pahang nampaknya keliru antara mengkritik isu pentadbiran Islam dengan menentang Islam, ia adalah dua perkara yang berbeza, malah kedudukan beliau sebagai mufti juga ditentukan oleh perundangan  negara yang boleh dikritik dan dipertikaikan dari segi pentadbiran. Apakah Mufti menganggap dirinya yang ditentukan oleh pentadbiran sebagai 'suci' tidak boleh dikritik?
4. Mufti Pahang juga ketinggalan dalam fatwa terkini yang diterimapakai oleh dunia Islam bahawa pengkategorian hubungan Muslim dan bukan-Muslim dalam konteks kenegaraan atau Muwathanah ditentukan oleh prinsip kewarganegaraan atau kerakyatan yang diikat dengan undang-undang negara dalam memberi hak dan  keadilan kepada semua warganya. Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan menyatakan hak mendapat keadilan undang-undang untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, keturunan, bangsa dan tempat lahir.
5. Dr Yusof Qaradhawi dalam bukunya Al Jihad dan lain-lain ulamak berwibawa menjelaskan bahawa tiada sebab wujudnya Kafir Harbi dan Kafir Zimmi kerana hubungan antara negara dan dalam negara ditentukan oleh kedaulatan undang-undang negara masing-masing dan terikat di bawah piagam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Kafir Harbi dan Zimmi hanya wujud atas sebab dunia dibahagikan atas geo-politik masa itu antara Darul Harb dan Darul Islam. Tiada Darul Islam atau Darul Harb hari ini dalam konteks hubungan resmi antara negara mahupun dalam negara.
6. Implikasi Kafir Harbi ialah dihalalkan darah mereka dan semua harta dan barangannya dirampas dan mereka boleh dihalau keluar. Apakah Mufti sedar kenyataannya itu? Melainkan IS dan kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda dan Taliban, seluruh dunia Islam menafikan pengkategorian Harbi atau Zimmi ke atas bukan Islam dalam negara masing-masing dan digantikan atas pendekatan prinsip kerakyatan. Apakah Mufti Pahang mempunyai pandangan yang sama dengan IS?
Read More / Baca Lagi >>

GKCM bayang kemungkinan wujud parti baru

Posted: 24 Jun 2016 05:52 PM PDT

Menganggap 'penghinaan' terhadap beberapa tokoh Umno oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai "tidak dapat diterima lagi", Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) membayangkan kemungkinan bakal wujud parti baru di negara ini.
Menamakan kumpulan penentang Najib itu sebagai 3M (Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Ketua GKCM Kamarul Azman Habibur Rahman mempertikaikan tanggapan mereka tidak lagi berpengaruh.
"Benarkah 3M ini tidak ada pengaruh? Bagaimana jika mereka menubuhkan sebuah parti baru?
"GKCM akan mula bertindak. Umno akan dilanda badai ketidakpercayaan yang amat dasyat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.
GKCM adalah gabungan pemimpin Umno peringkat bawahan yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
Kenyataan GKCM itu dibuat selepas Majlis Tertinggi Umno sebulat suara memecat Muhyiddin dan Mukhriz, serta menggantung keahlian Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dari Umno.
Muhyiddin adalah bekas timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, manakala Mohd Shafie adalah naib presiden parti. Mukhriz pula bekas menteri besar Kedah.
Ketiga-tiga mereka - bersama Dr Mahathir - adalah antara pengkritik paling lantang terhadap kepimpinan Najib.
Dr Mahathir sendiri terlibat menggerakkan kempen Deklarasi Rakyat bersama beberapa parti pembangkang bertujuan mendesak Najib berundur daripada jawatannya sebagai perdana menteri.
Kata Kamarul Azman pemecatan Muhyiddin dan Muhkriz serta penggantungan keahlian Mohd Shafie sebenarnya akan melahirkan banyak persoalan.
Persoalan utama, katanya, ialah tentang integriti Najib.
Beliau mendakwa bahawa Najib kini menjadi 'orang nombor satu paling dibenci di negara ini' tetapi beliau tidak mahu menerima hakikat itu.
Manakala pemecatan Muhyiddin dan Muhkriz serta penggantungan Mohd Shafie, tambah Kamarul, akan mempunyai tempias negatif terhadap MT.
Justeru katanya Najib dan MT Umno perlu mengambil iktibar daripada revolusi rakyat Filipina yang berjaya menggulingkan Fredinand Marcos pada 22 hingga 25 Februari 1986.

Analyst: Dr M never resorted to drastic measures against predecessors

Posted: 24 Jun 2016 05:50 PM PDT

He says corporate sector that benefited from the former prime minister's 22 years in service must respond to help run Mahathir's Perdana Leadership Foundation as the government has ceased its funding.
azman
PETALING JAYA: Former Premier Dr Mahathir Mohamad never resorted to drastic measures when faced with opposing views from his predecessors.
From the late first Prime Minister Tunku Abdul Rahman to the third Premier Hussein Onn, Mahathir never went against them despite criticisms stemming from differing views.
Political analyst Prof Madya Awang Azman Awang Pawi said this was the way to go in a democratic country where all voices had the right to be heard.
"Mahathir is the country's statesman, which means he belongs to Malaysians, not just to a political party.
"His views should be considered as being honest, especially coming from someone who is aged and more experienced."
He was speaking to FMT over the Umno Supreme Council's decision to have the government cease all financial funding to Mahathir's Perdana Leadership Foundation.
Prime Minister Najib Razak said this was because Mahathir had used the foundation as a centre to meet and formulate plans aimed at toppling the government.
Awang Azman, an associate professor at Universiti Malaya, said now the public will get to see just how far corporate bodies, formed during Mahathir's 22 years' of service as PM, were willing to go against the tide and provide financial assistance to the foundation.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan must dump Mahathir or risk losing GE14

Posted: 24 Jun 2016 05:48 PM PDT

Mahathir Mohamad is a liability to any organisation including the Opposition - he practices selective amnesia and tells partial stories.
mahathir
By Karamjit Singh
The battle for Sungai Besar and Kuala Kangsar is over. Cavalries from both sides of the political divide have given it their all. Gladiators have clashed. The winners from both battlefields are representatives of the Barisan Nasional (BN) coalition. Now that the dust has settled, Pakatan Harapan (PH) should regroup, reflect and plot ways on how to differently approach the upcoming war of GE14.
It is evident that social media sites like Facebook and Twitter are by no means a reliable indicator of what is happening on the ground. There may be 200 negative comments to a post by Najib Razak. However, the 200 comments are never from 200 people. They are probably comments by 20-30 cyber-troopers who function with fake profiles that may not even translate to a single vote in a voting constituency. Hence, individuals like Tony Pua should stop ranting on social media and should instead start doing some real work. It is obvious the modus operandi of PH has so far failed miserably.
BN candidates in both the by-elections won with majorities that were significantly more than GE13. This is despite national issues like the 1MDB scandal, GST, KBS corruption, private jet travels etc. Can we conclude that BN has become stronger despite all the alleged misdeeds? Can we say that Malaysians care less about national issues? The answer is obviously NO! BN has definitely become weaker than what it was during GE13. However, the Opposition has disintegrated and is worse than what they were prior to 2008. Nobody in his or her sane mind would entrust the Opposition to govern the country at this point in time. This is exactly the reason BN emerges victorious time and time again. It may hurt to swallow this, but reality is always bitter. The faster we acknowledge the problem, the faster we can fix it. Otherwise, the resultant war in GE14 will achieve status quo, if not, with BN faring way better.
The Mahathir factor
Some members of the Opposition thought that flirting with Dr Mahathir Mohamad would give them more leverage. It is pretty obvious that the people have outrightly rejected Mahathir. The sorry state of the country today is due to Mahathir's leadership. Although some may say he has repented and is therefore trying to correct his mistakes, it is important to note that Mahathir has never accepted his wrongdoings till today. He still maintains that he was right in everything he did. There is absolutely no remorse in him.
Read More / Baca Lagi >>

Masing: Kekosongan jawatan menteri harus diisi wakil dari S'wak

Posted: 24 Jun 2016 05:45 PM PDT

Kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam Kabinet Persekutuan harus diisi oleh seorang anggota Parlimen dari Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Masing.
Katanya, kekosongan itu adalah khusus untuk diisi oleh wakil dari Sarawak dan berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memilih calon yang sesuai untuk menggantikan Uggah.

"Ada 14 anggota parlimen dari Sarawak. Siapa yang menggantikan Douglas Uggah mestilah orang yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan firma guaman, Ling Sempurai Hii & Partners Advocates di Sibu semalam.

Ketika ditanya anggota parlimen yang akan menggantikan Uggah mewakili parti mana, Masing berkata beliau tidak tahu tetapi jika Najib memutuskan bahawa wakil dari parti pimpinannya - Parti Rakyat Sarawak (PRS) adalah layak, beliau menghargainya.

Uggah melepaskan jawatannya sebagai menteri perusahaan perladangan dan komoditi berikutan pelantikannya sebagai timbalan ketua menteri Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri ke-11 bulan lepas.

Selain untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Uggah, rombakan itu juga untuk mengisi jawatan timbalan menteri selepas Tan Sri Noriah Kasnon, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Dua jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga kosong – satu bertanggungjawab bagi PEMANDU dan satu lagi bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Read More / Baca Lagi >>

Mufti sepatutnya pupuk harmoni, bukan budaya ’mengharbi’

Posted: 24 Jun 2016 05:41 PM PDT

Manhaj takfiri atau pemikiran mudah mengkafirkan sesama Islam jelas berbahaya kerana boleh menjadi alat justifikasi kepada perlakuan keganasan.
Edry-Faizal_isis_600
Oleh Edry Faizal Eddy Yusof
Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu video dipercayai daripada militan IS yang merakamkan mesej untuk memerangi warga dan pihak berkuasa Malaysia.
Mengikut ideologi mereka, 'darah orang kafir halal ditumpahkan' (boleh dibunuh). Malah tidak berhenti di situ, bagi mereka darah polis termasuk yang Muslim, dirujuk sebagai Bukit Aman, juga halal ditumpahkan.
Manhaj takfiri atau pemikiran mudah mengkafirkan sesama Islam jelas berbahaya kerana boleh menjadi alat justifikasi kepada perlakuan keganasan. Selain bahaya pemikiran mengkafirkan yang Muslim, satu lagi pemikiran yang juga bahaya adalah 'mengharbikan' yang kafir. Bermudah-mudah menggelar penganut agama lain sebagai kafir harbi, golongan kafir yang wajar diperangi.
Kedua-dua amalan ini boleh mencetuskan tindakan ganas kerana ramai yang percaya kafir harbi itu wajib diperangi dan halal untuk dibunuh.
Amat menyedihkan pada saat Malaysia diancam dengan keganasan daripada puak yang melencong ideologi agamanya, kita mendengar pula laporan akhbar yang rapat dengan parti pemerintah, Utusan menyebut Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman melabelkan DAP sebagai kafir harbi serta menyeru agar DAP diperangi.
Gelaran harbi dan seruan memerangi tentu sekali menghantar isyarat kepada umum, halal untuk bertindak ganas ke atas mana-mana ahli atau penyokong DAP.
Mufti Pahang mengecam parti DAP sebagai harbi dengan alasan DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah. Ini jelas menunjukkan kecaman itu berat sebelah dan satu cubaan bermain politik.
Read More / Baca Lagi >>

Who Could Replace David Cameron?

Posted: 24 Jun 2016 04:56 PM PDT

Who Chooses Cameron's Replacement?

Posted: 24 Jun 2016 04:54 PM PDT

Comments (0)