Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:57 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Sarjana tegur mufti, 'fatwa' undang pertumpahan darah

Posted: 23 Jun 2016 09:41 PM PDT

Seorang sarjana di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menegur laporan Utusan Malaysia yang mengisytiharkan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.
Dr Maszlee Malik berkata, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman (gambar) patut sedar gelaran itu, yang menyebabkan halal darah pihak dirujuk.
"Istilah itu memberi maksud seseorang atau sekumpulan boleh dibunuh dengan sah oleh orang Islam kerana kekafiran dan penentangan mereka terhadap orang Islam, seperti dibincangkan sarjana Islam daripada semua mazhab.
"Oleh itu, mengisytiharkan seseorang individu atau sesebuah kumpulan di Malaysia sebagai kafir harbi membuka pintu keganasan dan menyokong wacana (kumpulan bersenjata) IS," katanya.
Utusan melaporkan, DAP, yang disifatkan jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular, tergolong dalam kalangan kafir harbi.
Memetik Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, akhbar Umno itu melaporkan, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.
Beliau merujuk kepada penentangan DAP terhadap Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bagaimanapun, dalam laporan Utusan itu, tidak dinyatakan petikan langsung Abdul Rahman yang menunjukkan beliau menyebut istilah kafir harbi.
Sementara itu, merujuk RUU itu, Maszlee juga membangkitkan status anggota parlimen beragama Islam yang mungkin menolaknya.
"Adakah fatwa itu menyebabkan anggota parlimen beragama Islam sama halal darahnya?" soalnya.
Beliau justeru mengingatkan pemimpim-pemimpin agama supaya berhati-hati mengeluarkan pandangan yang berkaitan dengan nyawa seseorang.

"Mereka semua dinasihat membaca tulisan (sarjana Islam terkemuka) Dr Yusuf al-Qaradawi bertajuk Fiqh a-Jihad (fekah jihad) berkaitan gelaran kafir habir.

TAK CUKUP SEKADAR TIDAK BERMUSUH, TUN M PERLU SEGERA BERDAMAI SECARA TERBUKA DENGAN ANWAR

Posted: 23 Jun 2016 09:28 PM PDT

Di bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, pengumuman Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak lagi bermusuh dengan Anwar Ibrahim tentunya sesuatu yang menggembirakan sesiapa jua yang cintakan perubahan.

Menurut bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu kepada Al Jazeera, "saya tidak lagi bermusuh dengan Anwar, itu semua adalah masa lalu.

"Dia sekarang ditahan di penjara pun bukan kerana saya, tetapi kerana Najib."
Walaupun mungkin Anwar, Dr Wan Azizah, Nurul Izzah, ahli keluarga dan ramai penyokongnya yang lain masih terguris hati dengan apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir dalam episod hitam 1998 yang lalu, yang harus disedari juga ialah bukan saja pemenjaraan sekarang tiada kena mengena dengan Tun Mahathir, malah kegawatan kronik dalam negara sekarang amat memerlukan penyatuan kedua-dua tokoh tersebut.

Melihat kepada apa yang sedang berlaku dalam negara di bawah Najib sekarang, mesej penyatuan semula dan saling bermaaf-maafan antara Tun Mahathir dengan Anwar tidak mustahil akan mewujudkan gelombang yang lebih baik dalam sokongan rakyat ke arah perubahan.

Kedua-duanya, Tun Mahathir dan Anwar, walaupun salah seorangnya berada di penjara, tetapi penyatuan hati mereka bakal mampu menarik sokongan rakyat pelbagai kelompok, apatah lagi melihat keadaan dalam negara yang begitu terancam dan memalukan di mata dunia sekarang ini.

Sebelum ini, program Selamatkan Malaysia yang ditunjangi oleh Tun Mahathir, di sebalik mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan pelbagai ketua masyarakat sivil, bukan saja Anwar terus melahirkan kebimbangan melalui surat yang ditulisnya dari dalam penjara, malah Dr Wan Azizah, Nurul Izzah dan mereka yang pro keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut mengasingkan diri daripadanya.

Ini menjadikan seolah-olah Pakatan Harapan sendiri tidak memberi sokongan yang padu kepada agenda untuk menyelamatkan negara dan menyingkirkan Perdana Menteri, Najib Razak.

Blog ini sendiri pada 17 Mei lalu pernah menyarankan tentang perlunya Tun Mahathir dan Anwar segera bersatu dan berhenti mengungkit kesalahan serta menuding antara satu sama lain, jika benar Najib yang ingin ditumbangkan.
Read More / Baca Lagi >>

Polis siasat hubungan Jho Low dengan Good Star

Posted: 23 Jun 2016 09:15 PM PDT

Polis sedang menyiasat hubungan antara Good Star Ltd dan hartawan yang dikaitkan dengan 1MDB Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.
"Itu adalah sebahagian daripada siasatan kami," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu sidang akhbar di Ampang hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada polis akan membuat tindakan susulan berikutan laporan The Wall Street Journal (WSJ) bahawa Jho Low merupakan pemilik tunggal Good Star.
Reuters juga mengesahkan pemilikan Low dengan seorang pegawai yang dilaporkan mempunyai pengetahuan mengenai siasatan kawal selia.
Sebahagian daripada AS$1.03 bilion daripada 1MDB telah dialihkan ke dalam Good Star pada tahun 2009, apabila syarikat dana pelaburan negara itu menjalankan perniagaan dengan PetroSaudi International.

KAFIR HARBI: KENYATAAN MUFTI PAHANG AMAT BAHAYA.

Posted: 23 Jun 2016 09:10 PM PDT

ABDUL RAHMAN OSMANSaya ingin menarik perhatian semua pihak kepada berita yang dimuatkan di laman sesawang Utusan Online bertarikh 24 Jun 2016 bertajuk "DAP tergolong kafir harbi yang wajar ditentang" seperti capaian berikut "http://m.utusan.com.my/berita/politik/dap-tergolong-kafir-harbi-wajar-ditentang-1.346464".

Saya berpendapat dan merasakan bahawa kenyataan Mufti Negeri Pahang ini amat merbahaya dalam konteks negara kita Malaysia. Mengeluarkan hukum bahawa DAP adalah kafir harbi adalah sesuatu yang serius dan boleh menyebabkan pertumpahan darah, kacau bilau dan menggugat ketenteraman awam dan negara.

Menggolongkan DAP secara keseluruhan sebagai kafir harbi, bermaksud darah seluruh ahli DAP adalah halal termasuk darah kami ahli DAP yang beragama Islam. Tidakkah kenyataan ini mengancam keselamatan negara? Bagaimana jika sebentar lagi ada mana-mana orang yang terjumpa mana-mana ahli DAP dan membunuh mereka kerana mengikut hukum yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang ini??

Mufti Pahang dilaporkan berkata "Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama dengan mereka."

Kenyataan tersebut amat berat malah tidak langsung disandarkan kepada fakta dan bukti yang kukuh. Bagaimana seorang mufti kerajaan negeri boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian yang hanya berasaskan emosi. Apa bukti DAP menentang Islam? Di mana bukti DAP membenci Islam? Menyandarkan hujah DAP tidak bersetuju dengan Rang Undang-Undang Persendirian Ahli Parlimen Marang sebagai menentang dan membenci Islam adalah hujah yang amat lemah.
Read More / Baca Lagi >>

Cakap tak ikut fatwa masuk saja politik, bidas Ahmad Awang

Posted: 23 Jun 2016 08:50 PM PDT


Ahmad AwangAhmad AwangUmat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar hanyalah tuduhan bersifat peribadi bukannya fatwa, kata Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) Ustaz Ahmad Awang.
Beliau membidas kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman semalam, di media pro kerajaan dipetik berkata, mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.
Kata beliau politik kebencian yang diamalkan DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh mengugat keamanan dan keselamatan negara.
Ini kerana DAP  tergolong sebagai kafir harbi dakwanya, kerana  menentang pelaksanaan hukum hudud dan terkini menentang Rang Undang-undang Presendirian Mahkamah SYariah (Bidang Kuasa Jenayah Pindaan) 2016 yang dibentangkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen Mei lalu,
" Itu pendapat peribadinya (Abdul Rahman) bukan fatwa. Cakap politik sajalah.
"Jika dia nak cakap begitu,kenalah tanya kepada kami (Amanah) atau DAP sendiri.
"Dulu zaman Pas bersama DAP tiada pula dia nak kata DAP kafir harbi.
"Sedangkan ketika itu mendiang Karpal Singh kata langkah mayat dia, jika Tok Guru (Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat) mahu laksanakan hudud di Kelantan.
"Tok Guru pergi jumpa Karpal dan menerangkan kepadanya mengenai hudud.
"Dari dulu DAP takut pada Islam tetapi bila dapat penjelasan pada kami (Amanah) mereka sanggup bersama-sama dalam Pakatan Harapan," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Keratan akhbar yang menyiarkan kenyataan Mufti Pahang berkaitan dengan DAP yang didakwanya sebagai kafir harbi Keratan akhbar yang menyiarkan kenyataan Mufti Pahang berkaitan dengan DAP yang didakwanya sebagai kafir harbi Ahmad menjelaskan maksud kafir harbi adalah dikalangan orang kafir yang tidak mahu patuh dan tunduk dengan pemerintahan Islam di bawah negara Islam.
Namun katanya, di Malaysia belum lagi melaksanakan pemerintahan Islam yang sebenar untuk melabelkan DAP itu sebagai kafir harbi dan orang yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram dan berdosa besar.
"Adakah kita ini sudah negara Islam sepenuhnya. Adakah negara Islam itu semata-mata laksana hudud sahaja?
Read More / Baca Lagi >>

Dua penyakit pengundi: Rafizi berkata benar - Zuraida

Posted: 23 Jun 2016 08:40 PM PDT

Zuraida Kamaruddin SHAH ALAM - "Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hanya memberikan pandangan beliau sebagai ahli politik dan saya rasa apa yang dikatakannya adalah benar," demikian ujar Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin.
Zuraida berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rafizi tentang dua penyakit pengundi menjelang pilihan raya.
Menyokong pendapat yang diberikan rakannya, Zuraida berkata, apa yang diperkatakan Rafizi hanyalah pandangan peribadi dan ia tidak akan menjejaskan sokongan pengundi kepada parti.
"Saya rasa apa yang dikatakan Rafizi benar. Ia hanya pandangan ahli politik. Mungkin ia kedengaran agak kasar  tetapi saya yakin beliau hanya bercakap dari segi perspektif sendiri.
"Saya yakin sokongan rakyat kepada kami kekal sama (meskipun selepas apa yang diperkatakan oleh Rafizi). Beliau tidak memperlekehkan sesiapa dan hanya memberi pandangan peribadinya," tegasnya.
Rafizi ketika dihubungi Sinar Online baru-baru ini menyifatkan kemenangan BN di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar akibat dua penyakit yang dideritai pengundi sejak sekian lama.
Beliau berkata, perjuangan masih jauh sekiranya rakyat terus dijangkiti dua penyakit ini iaitu sentimen perkauman atau keagamaan dan kebendaan.

Tun M ni parti apa, soal Pemuda Umno

Posted: 23 Jun 2016 08:33 PM PDT


Tun M ni parti apa, soal Pemuda Umno

KUALA LUMPUR - "Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) parti apa? Beliau bersuara atas agenda peribadi atau parti? Kalau parti, parti apa?".
Itu antara soalan yang diulang beberapa kali oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun dalam sidang media di ibu pejabat pergerakan itu, di sini, hari ini.
Khairul Azwan berkata, Pemuda Umno mempersoalkan tindakan Mahathir yang dilihat giat membantu kempen dijalankan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, baru-baru ini.
"Jikalau beliau hendak bersama DAP dan Amanah, molek beliau jadi ahli dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
"Sebelum ini, Tun Mahathir membayangkan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai referendum rakyat menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan ternyata, rakyat telah memilih kepimpinan Datuk Seri. Beliau kena terima dengan hati terbuka," katanya.
Persoalan Pemuda itu adalah merujuk kepada status Tun Mahathir yang tidak menganggotai mana-mana parti setakat ini, setelah mengumumkan keluar Umno buat kali kedua, Februari lalu.
Tun Mahathir juga pernah meninggalkan parti itu pada Mei 2008‎, bagaimanapun menyertai semula  pada tahun 2009.
Dalam pada itu, Khairul Azwan turut mendesak kerajaan menghentikan segera bantuan kewangan dan harta tetap yang dibiayai kerajaan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana yang dipengerusikan Mahathir.

Lagi dakwa diperas ugut pengerusi MyWatch

Posted: 23 Jun 2016 08:32 PM PDT

Tiga lagi individu tampil membuat pengakuan mereka diperas ugut oleh Pengerusi Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bercakap pada sidang akhbar di Ampang hari ini, Khalid berkata, tiga individu itu mendekati pihak polis selepas keluar berita penangkapan Sanjeevan.
Ketua badan pemantau jenayah itu ditahan bersama-sama dengan pemandunya kerana ugutan jenayah dan peras ugut pada hari Rabu.
Ini berikutan aduan daripada seorang lelaki, yang dikatakan pengendali judi haram, yang mendakwa Sanjeevan mengancam untuk mendedahkannya dalam talian sekiranya tidak membayar wang perlindungan.
Khalid berkata pengadu sedang dilindungi sebagai saksi, dan polis kini tidak bercadang untuk membuat pendakwaan terhadapnya.
"Beliau adalah seorang pemberi maklumat yang telah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi," kata ketua polis.

Mengapa GLC Malaysia tidak berdaya saing berbanding China, Singapura

Posted: 23 Jun 2016 08:21 PM PDT

GLC tempatan perlu mencontohi model Singapura dan China yang bebas, berani dan berdikari
Yeah Kim Leng
PETALING JAYA: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu mencontohi model Singapura dan China sekiranya mereka mahu bertahan dan berjaya, kata seorang ahli ekonomi.
Bekas ketua ahli ekonomi Kumpulan RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, berkata GLC di kedua negara itu turut berdepan tekanan politik dan campurtangan kerajaan namun masih dalam keadaan baik.
Profesor di Universiti Niaga Sunway itu berkata di Singapura, ketua pegawai eksekutif (CEO) diberi kebebasan menggaji yang terbaik atau memecat mengikut budi bicaranya.
"CEO menetapkan nada urus tadbir dan amalan terbaik supaya setaraf dengan piawaian antarabangsa, cara lain tidak boleh diterima," katanya kepada FMT.
Sekiranya CEO gagal meraih keuntungan, kerajaan tidak akan jamin keluar GLC itu sebaliknya menggajikan pasukan baru menguruskan syarikat berkenaan, katanya.
"Lembaga pengarah sentiasa berwaspada kerana menyedari mereka perlu buat sehabis baik. Atas sebab itu mereka menggaji yang terbaik untuk menyertai pasukan mereka."
Budaya GLC Malaysia
Di Malaysia, beliau berkata CEO tidak menikmati kebebasan yang sama, sebaliknya mereka beroperasi pada dua tahap berbeza. Satu untuk memaksimumkan keuntungan dan satu menyediakan peluang pekerjaan.
"CEO tidak boleh menggaji atau memecat mengikut budi bicara. Itu sekatan pertama yang dihadapi CEO GLC di Malaysia. Mereka terhimpit antara memaksimumkan keuntungan dan kewajipan mengekalkan orang.
"Keadaan itu boleh dilihat di Malaysia Airlines yang menggaji orang lebih daripada yang diperlukan tetapi CEO tidak boleh pecat kakitangan."
Masalah kedua adalah GLC tidak hadapi persaingan.
Di China, kerajaan mewujudkan sekurang-kurangnya dua atau tiga pemain dalam industri yang sama.
"GLC bersaing sesama sendiri. Untuk bertahan, mereka perlu sentiasa berjaga-jaga.
Read More / Baca Lagi >>

Mahkamah Switzerland arah bank dedah dokumen berkait Musa Aman

Posted: 23 Jun 2016 08:20 PM PDT

Bayaran dimasukkan ke dalam akaun UBS di Singapura dan Hong Kong, di mana sesetengah transaksi dirujuk sebagai "wang muka konsesi balak"
Musa-Aman,-UBS-Banking,-BMF
PETALING JAYA: Mahkamah Persekutuan Switzerland semalam memerintahkan UBS Bank mendedahkan rekod berkaitan hubungan perniagaannya dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Ia berkait siasatan pihak berkuasa negara itu mengenai kes pengubahan wang haram melibatkan AS$90 juta (RM363 juta).
Kes itu dibawa aktivis anti-pembalakan Yayasan Bruno Manser (BMF) pada Ogos 2012 dengan mendakwa terdapat aktiviti pengubahan wang haram yang turut berkait dengan Musa.
Pada November 2014, pendakwa raya Switzerland merampas rekod UBS menunjukkan hubungannya dengan Musa, yang dituduh menerima rasuah hasil pembalakan hutan di Sabah.
Menurut BMF, bayaran dimasukkan ke dalam akaun UBS di Singapura dan Hong Kong, di mana sesetengah transaksi dirujuk sebagai "wang muka konsesi balak"
"Walaupun ia mengumumkan akan bekerjasama dengan siasatan itu, UBS enggan berkongsi dengan pendakwa raya beberapa dokumen penting mengenai hubungannya dengan Musa Aman," kata BMF dalam kenyataannya.
UBS berhujah, memandangkan ia sendiri tertuduh dalam kes itu, ia tidak perlu menjadi saksi.
Bagaimanapun, mahkamah memutuskan kes melibatkan rasuah dan pengubahan wang haram sebesar itu memerlukan pendedahan rekod bank kepada pihak pendakwa.
"Bruno Manser Fund mengalu-alukan keputusan penting dari Mahkamah Persekutuan Switzerland itu dan berharap UBS akan didakwa atas pengubahan wang haram dalam kes Musa Aman beberapa minggu yang akan datang."

PAS dan congak majoriti Melayunya

Posted: 23 Jun 2016 08:13 PM PDT

Dalam bahagian pertama ini, penulis merungkai alasan mempertahankan pemerintahan 'majoriti Islam' yang kerap digunakan PAS mutakhir ini.
pas-1Oleh Madah Pujangga
Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas menunjukkan pertandingan tiga penjuru hanya memanfaatkan Barisan Nasional (BN).
Namun, sikap PAS tidak menunjukkan ia mempelajari sesuatu dari keputusan ini.
Sebaliknya, pemikiran pemimpin dan pengikut tegar PAS sedang melalui proses nafi-rasionalisasi (deny and rationalise).
DAP dijadikan jembalang dan Amanah dituduh boneka DAP. Orang Melayu ditakutkan-takutkan: jika Pakatan Harapan memerintah, negara akan dipimpin DAP.
Pemimpin PAS tahu ini tidak benar. DAP sentiasa menerima peruntukan kerusi paling sedikit dalam pakatan pembangkang. Kalau pun DAP menang di kesemua kerusi yang ditandinginya ia masih tidak menguasai majoriti.
Justifikasi yang diberi watak-watak dalam PAS dalam mempertahankan tindakannya keluar dari Pakatan Rakyat dan bermanja dengan Umno ialah ia perlu demi kepentingan Islam.
Seorang lebai PAS berhujah, PAS menolak langkah September 16 Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana langkah itu dikatakan akan menjadikan orang bukan Islam majoriti di Parlimen.
Lebai ini mendakwa sebanyak 80 ahli Parlimen Sabah akan menyertai kerajaan baru pasca-September 16. Ini akan menjadikan ahli Parlimen beragama Islam golongan minoriti.
Maudu' ucapan ini seolah-olah datang dari skrip yang disediakan Biro Tata Negara (BTN).
Mungkin si lebai ini gagal mata pelajaran ilmu hisab di sekolah rendah dahulu.
Sabah hanya mempunyai 24 kerusi Parlimen dan Sarawak pula mempunyai 31 kerusi. Jumlahnya ialah 55, bukan 80. Daripada 19 ahli Parlimen BN Sabah pada pilihanraya ke-12, hanya 10 adalah bukan Islam.
Sarawak pula mempunyai 19 orang ahli Parlimen BN bukan Islam.
Selain dakwaan salah mengenai ahli Parlimen dari Sabah, lebai ini turut membuat beberapa tuduhan palsu lain. Bahasa yang digunakannya kesat dan bengis. Sukar memahami bagaimana orang berpendidikan agama boleh bertindak sebegini.
Apa guna majoriti Islam
Seperti biasa, logik yang digunakan PAS ialah hujah perlunya mengekalkan majoriti orang Islam di Parlimen. Landasan kepada hujah ini ialah Islam akan terjamin hanya bila orang Islam menguasai majoriti dalam kerajaan. Sekiranya majoriti ini terjejas, Islam akan hancur.
Hujah ini kelihatan meyakinkan dan mudah diterima ramai orang Melayu yang tidak berpendidikan. Ia menjadi justifikasi kenapa dua parti Melayu terbesar, iaitu PAS dan Umno, perlu bersatu. Adakah hujah ini berasas?
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Kerajaan selepas PRU ialah kerajaan rasuah

Posted: 23 Jun 2016 08:08 PM PDT

Dr Mahathir berkata rasuah berlaku sejak zaman British yang cuba membeli sokongan raja-raja Melayu, tetapi kini ia dilakukan secara terbuka.
mahathir
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengasak pentadbiran Barisan Nasional (BN) dengan berkata pemberian wang tunai secara terbuka di musim pilihan raya bererti kerajaan yang didirikan selepas pilihan raya umum (PRU) nanti adalah kerajaan rasuah.
"Ia (rasuah) sudah jadi perkara biasa," tulis bekas perdana menteri itu dalam catatan terbaru blognya.
"Dalam PRU dan PRK pengundi menanti, suapan yang terbesar menentukan siapa yang memerintah.
"Ini bermakna pemerintahan yang akan didirikan hasil PRU ialah pemerintahan rasuah."
Dr Mahathir berkata rasuah merupakan masalah lama di Malaysia dan berlaku sejak zaman penjajahan British yang cuba membeli sokongan raja-raja Melayu ketika itu.
"British menggunakan pendekatan ini untuk menjajah negeri-negeri Melayu. Tetapi setelah menjajah, pentadbiran British mengawal rasuah di kalangan anggota pentadbiran.
"Tahap makan suap tidaklah terlalu tinggi sehingga menjejas pentadbiran wilayah yang dijajah mereka," katanya.
Beliau berkata rasuah semakin berleluasa apabila negara semakin kaya, dan turut diamalkan parti pemerintah di mana jawatan dibeli.
"Dalam keadaan inilah datang pemimpin yang percaya wang boleh menjayakan segala-galanya. Slogan yang dipercayai dan diamal ialah 'Cash is King'," kata Dr Mahathir, menggunakan ungkapan yang sering dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Cash yang boleh berlagak sebagai 'King' tentulah besar," tulisnya.
Menurutnya, rasuah yang berlaku kini bukan lagi "di bawah meja", dan diamalkan tanpa perasaan takut didakwa di mahkamah kerana "Badan Pencegah Rasuah dikuasai oleh perasuah".
"Rasuah bukan sahaja menaikkan kos segala-galanya tetapi juga mengganggu dan melewatkan pengurusan. Negara di mana rasuah berleluasa sukar dibangunkan dan dimajukan. Rakyat akan menderita kerana sebahagian dari kos sara hidup ditelan oleh suapan rasuah.
"Bisnes menghadapi keadaan kos yang tidak menentu yang merugikan. Pelabur dari dalam dan luar tidak berminat untuk melabur dan ini mengurangkan peluang pekerjaan dan menjejaskan pembangunan ekonomi."

Calon Amanah tunai janji tabur bakti di Kuala Kangsar

Posted: 23 Jun 2016 08:04 PM PDT


Dr Ahmad Termizi bertanya khabar seorang peniaga pasar Kuala Kangsar.Dr Ahmad Termizi bertanya khabar seorang peniaga pasar Kuala Kangsar.
Meskipun pilihan raya kecil P067 Kuala Kangsar telah berlalu dan calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ismail tewas di tangan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid dalam pertandingan empat penjuru, beliau menunaikan janji untuk terus berbakti kepada penduduk Kuala Kangsar.
Pagi tadi Dr. Ahmad Termizi meneruskan usaha bertemu penduduk di Pasar Besar Kuala Kangsar sebagai tanda terima kasih dan di sebelah petangnya pula ke Pekan Manong.
Meskipun berada di kedudukan ketiga dalam PRK 18 Jun lalu, D Ahmad Termizi tidak kecewa malah sangat berbangga dengan kerjasama padu daripada Amanah, PKR dan DAP.
"Ini satu yang sangat kita banggakan, sangat berharga iaitu satu kerjasama yang padu yang tidak mungkin dapat dibina secara realiti kalau tidak ada PRK ini," kata beliau.
Pada PRK itu calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid meraih 12,653 undi manakala calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684 undi), calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (54 undi).
Menurut Ahmad Termizi beliau akan terus menetap di Kuala Kangsar walaupun kalah dalam pilihan raya ini bagi memberi fokus kepada PRU14.
"Saya akan terus berada di sini kerana fokus kita untuk 2018 iaitu PRU14.
"Keputusan ini menunjukkan realiti bahawa betapa kerasnya kerja yang kita perlu lakukan untuk menyelamatkan negara.
"Di Manong misalnya kita masih baru dan belum ada cawangan pun. Jadi saya akan fokus kepada kawasan ini untuk meramaikan ahli dan membina cawangan," katanya.
Dr Ahmad Termizi dan para aktivis Amanah Kawasan Kuala Kangsar seusai melawat pasar besar Kuala Kangsar.Dr Ahmad Termizi dan para aktivis Amanah Kawasan Kuala Kangsar seusai melawat pasar besar Kuala Kangsar.

Keputusan PRK: PAS kembali ke kedudukan pra 2008

Posted: 23 Jun 2016 08:02 PM PDT

Rafizi Ramli berkata jika calon PKR diletakkan, peratusan pengundi Melayu untuk PAS di kedua-dua kerusi akan rendah dan mungkin hanya mencapai 24%.
rafizi-ramli_pas_600
PETALING JAYA: Keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu menunjukkan PAS mula kembali kepada kedudukannya pada pra 2008.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata PAS hanya memperoleh 26.6% sokongan Melayu di Kuala Kangsar dan 30.6% di Sungai Besar.
"Tiada berita buruk atau serangan yang berlaku terhadap PAS, namun setiap serangan PAS terhadap Pakatan Harapan diberikan liputan sepenuhnya.
"Boleh dijangka sekiranya calon daripada PKR diletakkan, peratusan pengundi Melayu untuk PAS di kedua-dua kerusi akan rendah dan mungkin hanya mencapai 24%. Ia jumlah yang mereka capai pada PRU 2004," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Amanah yang mewakili PH pula hanya mendapat 9.5% sokongan pengundi Melayu di Kuala Kangsar dan 8.6% di Sungai Besar.
"Ini kes dan senario terburuk untuk Pakatan Harapan memandangkan Amanah adalah parti baharu, oleh itu ia kekurangan jentera dan pengiktirafan," katanya selepas analisis dilakukan.
Bukan itu saja, dalam dua PRK ini pengundi Cina dilihat mula beralih arah kepada BN walaupun bilangan yang keluar mengundi rendah iaitu hanya 21 hingga 28% saja.
"Jika kita mengandaikan bilangan keluar mengundi normal berlaku, kita masih lihat berlaku peralihan dari 5 hingga 7% kepada Umno/BN. Saya rasa ia disebabkan oleh janji dan hadiah yang diberikan BN," katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu turut menyifatkan kekalahan kepada BN sebagai 'wake up call' untuk Pakatan Harapan menumpukan pertandingan satu lawan satu dengan PAS.
"Ia juga mengesahkan kekalahan tempoh hari bukan bermakna rakyat mengabaikan Pakatan Harapan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tuduh Azmin punca kalah PRK

Posted: 23 Jun 2016 08:00 PM PDT

PAS merasakan dikhianati menteri besar Selangor itu meskipun mempunyai hubungan baik dengannya.
Tuan Ibrahim Tuan Man
PETALING JAYA: Sokongan terbuka Datuk Seri Azmin Ali kepada calon Amanah merupakan punca kekalahan PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini, kata Timbalan Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau dipetik Malay Mail Online sebagai berkata, PAS merasakan dikhianati Azmin meskipun ia mempunyai hubungan baik dengan menteri besar Selangor itu.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata beliau memahami dilema Azmin yang menghadapi tekanan partinya (PKR) di Selangor.
Katanya, PAS tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi mahu parti itu menghormati kerusi PAS.
Semalam, Azmin dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily berkata sukar berkomunikasi dengan pimpinan tertinggi PAS kerana parti itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.
"Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku," kata Azmin.

UNTUK SESIAPA YANG MASIH TAK FAHAM HAKIKAT DI DEPAN MATA

Posted: 23 Jun 2016 03:27 PM PDT


Untuk itu, tindakan Tun Mahathir Mohamad bekerjasama dengan semua pihak yang mempunyai matlamat yang sama untuk menyelamatkan Malaysia mesti disokong sebelum segala-galanya "terbakar habis"  dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Dulu Jabatan Peguam Negara, kini hanya setelah beberapa hari menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, SPRM pula seperti mahu dijinakkan kuasanya.

Selepas ini apa lagi agaknya? 

Dan sampai bila semua ini mahu terus dibiarkan berlaku tanpa kita berkata apa-apa atau kekal berdiam diri saja?

Dr M: Saya tidak lagi bermusuh dengan Anwar

Posted: 23 Jun 2016 03:02 PM PDT

Bekas PM berkata tidak punyai kuasa untuk membebaskan bekas anak didiknya yang kini dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh
mahathir anwar
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak lagi bermusuh dengan bekas anak didik dan seteru ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini sedang menjalani hukuman lima tahun penjara.
"Saya tidak lagi bermusuh dengan Anwar. Itu semua di masa lalu," kata bekas perdana menteri itu dalam satu temubual dengan Mehdi Hassan, pengacara program UpFront di Al Jazeera.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai Anwar, dan menambah tidak punyai kuasa untuk membebaskan mereka yang sedang dipenjarakan.
Pernah dinamakan sebagai pengganti perdana menteri paling lama di Malaysia, Anwar – pada ketika itu timbalan perdana menteri – dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan seks luar tabii.
Ramai penyokong Anwar hari ini meletakkan tanggungjawab ke atas bahu Dr Mahathir di atas pemenjaraan ketua umum PKR itu.
Bekas wakil rakyat Permatang Pauh itu sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya.
"Dia sekarang ditahan bukan kerana saya, tetapi kerana Najib," kata Mahathir, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Meskipun negarawan ini mendakwa tidak lagi bermusuh dengan Anwar, pemimpin PKR itu masih berwaspada dengan bekas gurunya.
Pada Mei lalu, Anwar mengutuskan surat amaran kepada kepimpinan partinya supaya berwaspada dengan muslihat Dr Mahathir susulan pelancaran Deklarasi Rakyat, yang menuntut perletakan jawatan Najib dan perlaksanaan reformasi institusi di negara ini.

Umno pertimbang tarik balik dana Yayasan Perdana

Posted: 23 Jun 2016 03:00 PM PDT

Ahli MT persoal kewajaran menyumbangkan dana kepada yayasan yang diterajui oleh seseorang yang mahu jatuhkan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Selepas Proton dan Petronas, bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad mungkin bakal kehilangan peruntukan untuk Yayasan Kepimpinan Perdana (YPM) yang diterajuinya sejak tertubuhnya badan itu.
Di sidang media hari ini, ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan perkara peruntukan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat MT esok.
"Dana itu sumbangan (kerajaan). Kita kena fikir adakah kita masih mahu menyumbangkan dana kepada orang yang mahu jatuhkan Perdana Menteri dan BN.
"Kalau kita buat (sumbang dana), saya rasa ia kerja bodoh," kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mengulas gesaan Pemuda Umno kepada kerajaan supaya menghentikan semua bantuan kepada YPM, termasuk dalam bentuk harta tetap dan kakitangan.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun hari ini berkata Dr Mahathir memperalatkan YPM dalam usahanya melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
YPM ditubuhkan pada Januari 2003 sebagai pertubuhan yang bukan membuat keuntungan untuk mengkaji dan mempromosikan pemikiran dan warisan perdana menteri Malaysia.
Ia dilancarkan secara rasmi pada 10 Mei 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi. Dr Mahathir pula merasmikan Pustaka Perdana – yang menempatkan pelbagai maklumat berhubung perdana menteri negara.

Kes pengubahan wang haram 1MDB: BSI rayu keputusan Finma

Posted: 23 Jun 2016 02:56 PM PDT

Bank Swiss, BSI merayu terhadap keputusan pemantau kewangan Swiss, Finma yang mendakwa BSI telah melanggar peraturan pengubahan wang haram melalui hubungan perniagaan dan transaksi yang dikaitkan dengan 1MDB.
Finma, pada bulan lalu, mengarahkan BSI untuk menyerahkan keuntungan berjumlah 95 juta Swiss francs (AS$99,400,000 ) dan menutup bank itu apabila ia telah diintegrasikan ke dalam EFG Antarabangsa yang sememangnya dalam proses pembelian BSI.
1MDB sedang bergelut di tengah-tengah yang rasuah skandal bernilai berbilion dolar dengan transaksinya telah mencetuskan proses siasatan di tiga benua.
Dalam kenyataan hari ini, BSI yang berpangkalan di Lugano berkata, ia telah membawa rayuan kepada Mahkamah Pentadbiran Persekutuan Swiss dengan alasan prosedur Finma itu "cacat dalam banyak aspek dan keputusan Finma itu, seperti tidak seimbang dan tidak betul", memetik laporan Reuters.
"Selain daripada itu, komunikasi Finma terhadap perkara itu telah memberi kesan nagatif terhadap reputasi bank dan para pekerjanya," kata BSI.
BSI berkata, pihaknya telah berhubung dengan Finma mengenai kes 1MDB sejak musim luruh tahun 2013 dan semua hubungan pelanggan yang berkaitan dengan 1MDB telah ditamatkan pada awal tahun 2015.
"Justeru, sementara BSI mengakui kelemahan dalaman tertentu pada masa lalu, BSI percaya bahawa keputusan tersebut, masa serta cara bagaimana Finma memutuskan untuk menyampaikan maklumat itu secara keseluruhannya adalah tidak sesuai ," kata BSI.
Jurucakap Finma enggan mengulas mengenai tindakan BSI itu dan merujuk semula kepada kenyataannya pada bulan Mei yang lalu.
Finma berkata, pada bulan lalu, BSI telah berkali-kali terlepas banyak amaran yang dikeluarkan dalam pelbagai pemindahan melibatkan 1MDB selama beberapa tahun, dan gagal menyemak transaksi suspek berpotensi, termasuk deposit sebanyak AS$20 juta yang dianggap oleh pelanggan sebagai "hadiah".

APA DAH JADI pada 13,589 lagi ??!!

Posted: 23 Jun 2016 05:12 AM PDT

Kalau dua tahun lps seramai 112,635 peneroka Felda terima duit raya..

TIBA-TIBA tahun ini hanya 99,046 peneroka Felda shj terima duit raya dari Najib...

Abu Sayyaf pon bole kena kencing RM3.2 juta, inikan pula peneroka..

Ameno mmg kaki kencing kan rakyat..

Polis minta mangsa peras ugut tampil bantu siasatan

Posted: 23 Jun 2016 05:08 AM PDT

Polis sahkan suspek yang ditangkap adalah Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan, pengerusi sebuah badan pemantau jenayah

PETALING JAYA: Polis mengesahkan Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan sebagai pengerusi NGO yang ditahan malam semalam kerana disyaki menjalankan ugutan jenayah dan pemerasan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch itu ditahan sepasukan polis dari Unit Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7).
"Polis menyeru mana-mana pihak yang pernah diugut oleh suspek, untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan," kata Mohmad dalam kenyataannya petang tadi.
Sanjeevan ditangkap bersama pemandunya di Plaza Tol Nilai sekitar jam 10.50 malam. Sejumlah RM41,080 dan lima telefon bimbit dirampas semasa tangkapan.
Kedua-dua suspek ditangkap dibawah Seksyen 506 serta 385 Kanun Keseksaan dan direman sehingga Jumaat.
Mohmad memaklumkan tangkapan dibuat susulan laporan polis oleh seorang pengadu yang tidak dinamakan, bahawa Sanjeevan mengugut akan menyiarkan fitnah mengenainya jika tidak membayar wang perlindungan sebanyak RM25,000.
Read More / Baca Lagi >>

Sanjeevan MyWatch ditahan babit kes ugutan

Posted: 23 Jun 2016 05:06 AM PDT

Polis menahan Pengerusi MyWatch, Datuk Seri Sanjeevan berhubung kes ugutan membabitkan wang tunai bernilai RM25,000.
Menurut laporan polis, Sanjeevan mengugut Goh Toh Hon untuk menyebarkan fitnah di laman sosial Facebooknya sekiranya mangsa tidak membayar wang perlindungan.
Ekoran itu, mangsa yang berasa berasa takut dan tertekan atas ugutan itu bertindak membuat laporan polis bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya.
Mangsa berjumpa dengan Sanjeevan di Tol Nilai dan menyerahkan duit pelindungan sebanyak RM 25,000.
"Sejurus pengadu menyerahkan duit dengan meletakkan di atas tempat duduk penumpang belakang sebelah kiri seperti diarahkan oleh Sanjeevan, pihak polis telah menangkap (Datuk Seri Sanjeevan) dan merampas duit berkenaan," menurut laporan polis.

Benarkah AMANAH tandus undi Melayu?

Posted: 23 Jun 2016 05:04 AM PDT

Pilihanraya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah melabuhkan tirainya.
Masing- masing telah mengetahui keputusan, kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Namun, yang peliknya, PAS masih lagi menyasarkan kemarahannya kepada parti AMANAH khususnya dan Pakatan Harapan umumnya setiap hari sehingga ke hari ini.
Yang lebih menghairankan adalah, analisis-analisis pasca pilihanraya yang dikeluarkan oleh PAS
sama ada dalam bentuk rasmi atau tidak rasmi, hampir semuanya hanya berkisar tentang undi kaum Melayu.
Ia dibincangkan daripada sudut polarisasi kaum dengan menghentam parti AMANAH dan Pakatan Harapan sahaja.
Dalam senario politik Malaysia terkecuali Kelantan dan Terengganu, undi daripada masyarakat
berbilang kaum sangat mustahak untuk menjamin kemenangan bagi satu-satu kerusi yang ditandingi.
Oleh itu, analisis-analisis yang dibuat oleh PAS yang hanya membincangkan undi Melayu sahaja
membuktikan bahawa PAS telahpun berputus asa untuk menarik undi kaum selain Melayu dan
seterusnya menang di dalam perlawanan dengan Umno di masa akan datang.
Ia adalah satu pendekatan defensif dengan hanya membincangkan kekuatan asas yang ada. Ia menunjukkan PAS mula berundur dan menyudutkan diri mereka kepada politik satu kaum sahaja bukan lagi berbilang kaum dan bangsa seperti mana sebelum ini.
Analisis atas pengundi Melayu sahaja tidak ada makna untuk memenangi kerusi, tidak juga
memberikan harapan dan pelan yang jelas untuk memenangi kerusi, tetapi sekadar untuk memberitahu bahawa PAS juga ada sedikit kekuatan asas.
Sekadar kekuatan asas ini tidak cukup pun untuk memenangi PRU.
Ia juga untuk sekadar memberikan gambaran bahawa mereka "menang dalam kalah" kepada
ahli-ahli PAS yang mungkin telah mula risau tentang nasib parti mereka jika keputusan PRK baru-baru ini diterjemahkan kepada PRU14.
Pendekatan mendabik dada dengan undi satu kaum sahaja yang dilakukan oleh PAS berbeza dengan AMANAH dan Pakatan Harapan yang terus melakukan penelitian dan analisis terhadap
pelbagai faktor.
Ini kerana perjuangan AMANAH dan Pakatan Harapan meliputi keseluruhan rakyat Malaysia. Ia lebih realistik dalam usaha menjatuhkan BN.
Dalam mana-mana analisis yang dilakukan oleh pihak PAS, mereka cuba menggambarkan
bahawa AMANAH langsung tidak ada kekuatan, langsung tidak ada nilai tambah di dalam Pakatan Harapan dan langsung tidak mendapat sokongan pengundi Melayu.
Apa yang cuba disembunyikan oleh PAS adalah AMANAH mengatasi PAS di saluran daerah
mengundi yang majoritinya Melayu di Parlimen Sungai Besar iaitu saluran-saluran di Daerah Mengundi Pekan Sungai Besar, Kampung Baharu Nelayan dan Taman Berkat.
Dengan data di atas, dakwaan yang mengatakan AMANAH tiada kekuatan asas langsung dan
sebaliknya hanya bergantung kepada parti lain adalah jauh tersasar.
PAS juga cuba menyembunyikan realiti yang memalukan mereka dalam PRK Kuala Kangsar iaitu bagi kerusi DUN Manong yang majoritinya Melayu, AMANAH mendapat 2491 undi mengatasi PAS yang hanya mendapat 2426 undi.
Ia terus memberikan indikasi bahawa AMANAH boleh mengatasi PAS dalam beberapa keadaan sekarang dan memberikan harapan yang besar di masa akan datang.
Cubaan letakkan harga
Ada beberapa perkara menarik tentang perubahan PAS sebelum dan selepas PRK ini. Antaranya,
sebelum PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS sering mendakwa bahawa PAS boleh menang jika bersendirian.
Namun, selepas PRK baru-baru ini, menang bersendirian tidak lagi menjadi bualan pemimpin PAS, dan mula berundur dengan hanya mengatakan Pakatan Harapan memerlukan PAS untuk menang.
Sebelum ini juga PAS mendakwa Parti Amanah Negara tidak langsung menjadi ancaman sedikit
pun kepada PAS, tetapi selepas PRK, PAS berundur lagi dengan mengatakan bahawa parti AMANAH berjaya menyaingi PAS walaupun bergantung kepada sokongan DAP dan PKR.
Sebelum PRK, PAS mengatakan bahawa ia menjadi ancaman kepada BN, selepas PRK, PAS
terus berundur dengan mengatakan PAS hanya menjadi ancaman kepada PKR sahaja seperti tulisan pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), "Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya PAS masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah".
Komentar berbaur ugutan ini menunjukkan PAS langsung tidak menghormati parti yang bersama dengan PAS di dalam kerajaan negeri Selangor, bahkan cuba mengugut PKR untuk tunduk kepada semua kemahuan PAS apabila menyedari bahawa PAS tidak mampu berhadapan dengan BN secara bersendirian.
PPP sebelum PRK menyatakan PAS akan menang, namun selepas PRK PPP mengubah nada
hanya dengan mengatakan bahawa PAS ada kekuatan teras sendiri.
Yang mana difahami dengan kekuatan teras itu sahaja tidak memungkinkan kemenangan. Seolah-olah PAS mula mengakui bahawa PAS lebih memerlukan Pakatan Harapan.
Apa yang hendak saya katakan bahawa, daripada pengunduran-pengunduran di atas, menunjukkan PAS mula mengakui bahawa mereka tidak boleh bersendirian di dalam PRU14 kelak.
Cuma, disebabkan ego, mereka tidak mahu mengakuinya secara terus. Segala kecaman-kecaman di atas hanya membuktikan bahawa PAS sudah mula sedar bahawa kekuatannya tidak sekuat mana jika bersendirian.
Read More / Baca Lagi >>

Mapim Pelawa Rosmah Sertai Himpunan Al Quds

Posted: 23 Jun 2016 03:49 AM PDT

Undi Cina Bukan Hak DAP, MCA Kena Bertindak

Posted: 23 Jun 2016 03:49 AM PDT

Comments (0)