Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:06 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Haron Din: Mahathir cabuli prinsip bila bersama DAP

Posted: 22 Jun 2016 09:54 PM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menggadaikan prinsipnya apabila bersekongkol dengan DAP yang didakwanya sebagai parti yang memusuhi Islam.
Malah akhbar Utusan Malaysia melaporkan, Haron berkata tindakan Dr Mahathir yang mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini juga mengundang banyak perkara negatif.
"Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga.
"Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita balik mempertahankan syariat Islam dengan mengutamakan ukhuwah atau persaudaraan yang berteraskan kepada hukum-hukum syarak dan menjauhi diri daripada tindakan yang mengundang kemurkaan Allah," katanya yang dipetik akhbar milik Umno itu.
Sebelum ini bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran bahawa tindakan negarawan itu bersama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) akan membawa kemudaratan kepada orang Melayu.
Ini berikutan tindakan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkempen bersama Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar minggu lalu.
Selain itu, Haron yang juga ketua kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) turut berpendapat, tindakan Mahathir kini berkemungkinan disebabkan sikapnya yang emosional untuk menukar perdana menteri tidak berjaya.
Ia dilihat berbeza dengan hasrat Mahathir sebelum ini yang mana semuanya dapat dicapai, kata Haron lagi.
"Apabila hasratnya untuk menukar perdana menteri tidak berhasil, maka semuanya telah berubah.
"Perjuangan untuk memartabatkan Islam melalui perpaduan sepatutnya menjadi keutamaan Dr Mahathir dalam umur yang begitu lanjut," katanya.

Nurul Izzah dan Wan Azizah mahu Anwar diberi penjagaan penuh di hospital

Posted: 22 Jun 2016 09:45 PM PDT


Anwar IbrahimAnwar IbrahimKeluarga bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tujuan penjagaan penuh Anwar di Hospital Kuala Lumpur atas faktor kesihatan yang membimbangkan.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah menerusi surat bertarikh 18 Jun 2016 berkata, pada 15 Jun lalu, Anwar dikejarkan ke hospital kerana mengadu sakit di bahagian belakang.
"Pada 17 Jun, pihak keluarga dimaklumkan tentang penangguhan rawatan Magnetic Resonance Imaging (MRI) disebabkan tekanan darah masih tinggi dan tidak sesuai untuk prosedur MRI," katanya menerusi surat rasmi beralamat ke Pejabat Perdana Menteri.
Nurul Izzah berkata, faktor dikenal pasti punca tekanan darah Anwar tidak stabil ialah pemindahan dari satu lokasi ke satu lokasi secara drastik dan wujud ketumbuhan dalam ginjalnya.
"Apa yang dipinta adalah penjagaan rapi menepati keadaan beliau yang uzur di umur menjangkau 70 tahun di hospital sepenuhnya. Malangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami pemindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara drastik.
"Dari penjara ke mahkamah, penjara ke hospital, kemudian ke penjara lagi. Pastinya proses perpindahan ini menyebabkan tekanan darah menjadi tidak menentu," katanya.
Menurutnya, Anwar sepatutnya menerima rawatan fisioterapi berkala secara optimum sementara menunggu pembedahan di bahu yang ditawarkan Georgetown University.
"Perlu diingat, semasa mula-mula ditahan, Anwar hanya alami frozen shoulder. Namun, kerana penahanan di dalam lokap tanpa katil untuk bulan pertama sebelum dipindahkan ke ruang lebih selesa, kecederaan bahu beliau semakin runcing.
"Fisioterapi yang jarang-jarang berlaku, memandangkan keengganan pihak penjara menghantar Anwar ke hospital untuk rawatan intensif (seperti 1999 hingga 2004) akhirnya menjadikan kecederaan bahu bertindan dengan sakit tulang belakang berulang.
"Saya tidak boleh terus melihat kesihatan ayahanda merosot dengan tempat penahanan yang tidak sesuai dengan keperluan ayahanda yang bakal mencecah umur 70 tahun," katanya.
Tambahnya, selaku bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar wajar mendapat layanan lebih baik berbanding bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang diberi kemudahan tahanan parol di rumah walaupun sabitan kurang setahun.
"Besar harapan saya sekeluarga agar pihak perdana menteri mempertimbangkan Anwar dibenar dirawat di hospital sepenuhnya sehingga mendapat ruang pembedahan kelolaan Georgetown University," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ke mana Kit Siang nak bawa Pakatan Harapan?

Posted: 22 Jun 2016 09:44 PM PDT

Apa diperolehi PAS di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah undi bersih kekuatan PAS selepas melalui proses pemecahan, dilanyak dan juga RUU Hadi.
lim-kit-siang-ph
Oleh Timothy Heng
Kata Penasihat DAP Lim Kit Siang, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menang dengan majoriti yang begitu besar dengan lebih 16,000 di Sungai Besar dan lebih 11,000 di Kuala Kangsar, sekiranya pertembungan satu lawan satu antara PAS dan BN.
Jangkaan itu atas dasar beliau mempercayai pengundi yang menyokong DAP akan menyokong BN dan bukannya PAS.
Betul ke?
Keputusan PRK Sungai Besar:
BN (Umno): Budiman Mohd Zohdi, 16,800
Amanah: Azhar Abdul Shukur, 7,609
PAS: Dr Abd Rani Osman, 6,902
Keputusan PRK Kuala Kangsar:
BN: Datin Mastura Yazid, 12,653
PAS: Dr Najihatussalehah Ahmad, 5,684
Amanah: Dr Ahmad Termizi Ramli, 4,883
Bebas: Izat Bukhary Ismail Bukhary, 54
Dari sudut undi popular antara pembangkang, PAS dan Pakatan Harapan (PH) menguasai sokongan hampir sama rata iaitu 50%.
Bahkan sebenarnya, jumlah undi popular yang diperolehi oleh PH kurang daripada apa yang diperolehi PAS yang bertanding sendirian, iaitu 12,492, berbanding 12,586.
Jika Kit Siang boleh membuat andaian bahawa undi DAP tidak akan pergi ke PAS, andaian yang sama juga boleh dibuat bahawa jika PAS tidak bertanding, kesemua undi PAS akan pergi ke BN dan bukannya PH.
Harus diingat apa yang diperolehi PAS di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar adalah undi bersih kekuatan PAS selepas melalui proses pemecahan, dilanyak dan juga RUU Persendirian 355 dibacakan di Parlimen.
Menggunakan perkiraan Kit Siang yang sama, PH dijangka akan tewas sebanyak 16,000 undi majoriti juga di Sg Besar setara dengan apa yang diunjurkannya terhadap PAS.
Akan tetapi, PH akan kalah lebih teruk di Kuala Kangsar berbanding unjuran Kit Siang terhadap PAS, iaitu sebanyak 13,000 bernding 11,000 undi majoriti.
Read More / Baca Lagi >>

Azmin kecewa PAS lupa prinsip pakatan

Posted: 22 Jun 2016 09:42 PM PDT

Azmin kesal ada pemimpin PAS lupa dasar pembangkang. Beliau turut menceritakan persahabatan rapat beliau dengan Dr Mahathir.
azmin-ali
PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui komunikasi dengan pucuk pimpinan tertinggi PAS berdepan kesukaran kerana parti Islam itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.
"Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku.
"Saya sedikit kecewa kerana ada pucuk pimpinan tertinggi PAS lupa prinsip paling asas pakatan. Ini perkara berbahaya, kami perlu saling menghormati bukan hanya melindungi idea dan pendirian sendiri," kata Timbalan Presiden PKR itu dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.
Azmin berkata pengakuan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang parti Islam itu tidak boleh berjuang bersendirian menunjukkan masih ada peluang mengadakan rundingan dan hanya pendirian sesetengah individu dalam PAS agak keras.
Menteri besar Selangor itu menjelaskan, kekalahan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak bermakna parti pembangkang tidak boleh bangkit semula.
"Untuk bangkit semula, pembangkang perlu lebih jujur, hormat pendapat berbeza, parti dan pemimpin lain, sedar terhadap realiti rakyat mahu parti pembangkang yang kuat dan bersatu.
"Proses ini walaupun susah tetapi kita tidak patut putus asas. Penyatuan semula parti pembangkang memerlukan kerjasama semua pihak," katanya sambil berharap semua pemimpin boleh bersikap terbuka dan terima hakikat rakyat mahu perubahan.
Anak angkat Dr Mahathir
Sementara itu, Azmin yang pernah dianggap "anak angkat" Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui hubungannya dengan bekas perdana menteri itu amat baik, namun menegaskan kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana tegasnya, sebagai seorang yang berprinsip, beliau tidak pernah meninggalkan Anwar selepas dipecat daripada Kabinet pada 1998 .
Read More / Baca Lagi >>

Najib bidas label keterlaluan ‘pemakan dedak’

Posted: 22 Jun 2016 09:41 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengecam tindakan keterlaluan sesetengah pihak yang melontarkan label-label yang menghina selepas kehilangan modal politik.
Katanya, mereka yang menyifatkan penerima bantuan kerajaan sebagai "pemakan dedak" cuba merendahkan bantuan kerajaan kepada golongan yang memerlukan.
Walaupun dia tidak menyebut sebarang nama, kenyataan beliau jelas merujuk kepada bekas mentornya yang kini menjadi seteru, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Hari baik, bulan baik ini, ada pula sesetengah pihak yang semakin lama semakin keterlaluan dalam tutur kata mereka.
"Bantuan kerajaan selama ini untuk membantu rakyat dilabel seperti memberi dedak kepada haiwan," katanya dalam satu posting di Facebook.
Perdana Menteri berkata kerajaan BN membina rumah-rumah, jalan raya dan sekolah-sekolah untuk rakyat, dan ini tidak boleh disamakan dengan memberi mereka makan dedak.
"Dedak itu makanan haiwan, tidak patut disamakan dengan bantuan yang diberikan kerana kita prihatin dengan keperluan rakyat.
"Janganlah ada yang kehilangan modal politik kini bermain pula dengan retorik dan kata-kata kesat dan merendahkan bantuan kepada mereka yang memerlukan," katanya.
Mahathir dan konconya sering-kali menuduh mereka yang menyokong Najib sebagai "pemakan dedak" atau yang telah "dibeli".
Bekas perdana menteri itu menerima tamparan dalam usaha untuk menumbangkan Najib apabila gesaannya kepada pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk menolak perdana menteri tidak diendahkan.
BN memenangi kedua-dua pilihan raya kecil itu dengan majoriti besar.

Rombakan besar-besaran SPRM, dua pegawai kanan berundur

Posted: 22 Jun 2016 09:38 PM PDT

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan digantikan tidak lama lagi dan penggantinya dipercayai adalah seorang pegawai kanan dari Jabatan Peguam Negara.
Sumber yang rapat dengan perkara itu membayangkan bahawa Abu Kassim diberi tekanan oleh Pejabat Perdana Menteri untuk mengosongkan jawatannya. Beliau akan meletak jawatan pada 1 Ogos.
Lebih menggemparkan lagi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull juga dikatakan akan bersara bulan depan, manakala tiga panel utama SPRM dibiarkan kosong.
Panel Penilaian Operasi (ORP) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (CCPP) kosong sejak 24 Februari lalu, manakala Jawatankuasa Khas di Pencegahan Rasuah kosong sejak bulan lalu.
ORP dikatakan banyak mengkritik keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mereka juga mahu siasatan lanjut, termasuk SPRM diberikan kuasa Bantuan Hukum Timbal Balik atau 'Mutual Legal Assistance' untuk menjalankan siasatan di luar negara.
Sementara itu, CCPP menentang langkah kontroversi memindahkan dua pegawai kanan SPRM Julai lalu - Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohd Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.
Spekulasi bahawa Abu Kassim akan diberhentikan meskipun kontraknya berlangsung sehingga 2018, mula tersebar awal tahun ini.

GST: Barang semakin mahal, makan roti dan bihun sahaja!

Posted: 22 Jun 2016 07:39 PM PDT

Pasca pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan harga barang pengguna naik melambung-lambung seolah-olah tiada kawalan pihak berkuasa.
Sementara kerajaan BN pula merasakan diri mereka kebal tidak lagi perlu melihat kesensaraan rakyat. Lebih buruk, kenaikan harga akibat GST didakyahkan sebagai kelemahan rakyat kerana terlalu banyak berbelanja sehingga kekurangan stok di pasaran.
GST: Barang semakin mahal, makan roti dan bihun sahaja!Tinjauan Suara pakatan daily (SPD) ke pasar pagi Taman Sri Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini disambut rungutan spontan seorang suri rumah.
"Harga kini sudah gila dan pasar pagi tempat untuk dapat sakit jantung," katanya ketika wartawan SPD mendapati sebiji bawang putih saiz sederhana berharga RM1.50 dan 3 ketul ubi kentang saiz kecil berharga RM3.00 setelah ditimbang.
Mengulas isu sama, bekas penyelia stor barangan runcit, Alan Chong, 63, dari Setapak Jaya, Kuala Lumpur berkata, kenaikan harga menyebabkan beliau dan keluarga terpaksa menukar diet harian kepada roti dan bihun sahaja.
"Setiap hari kami hanya makan roti, mi segera atau bihun goreng, telur dan bawang serta minum air sahaja. Kami makan sekadar cukup untuk hidup sebab perlu berjimat membayar bil-bil bulanan kerana harga barang runcit kerap naik sejak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada April tahun lalu," katanya yang masih menanggung seorang anak perempuan dan isteri.
Chong menyelar pendapat menteri kononnya GST tidak meningkatkan harga. Katanya, beliau amat arif mengenai harga barang runcit kerana telah puluhan tahun bekerja sebagai pembantu stor barangan runcit. Harga barang malambung tinggi selepas perlaksanaan GST, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tolak sentimen ‘anti-Malaya’, fokus aspirasi rakyat, kata Pengerusi DAP Sabah

Posted: 22 Jun 2016 07:37 PM PDT


IMG-20160622-WA0004
KENINGAU, 22 JUN: Rakyat Sabah khususnya masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di sini diseru supaya tidak terpengaruh dengan dakyah parti-parti tempatan yang berada dalam gabungan United Sabah Alliance (USA) kononnya memperjuangkan nasib Sabah.
Sedangkan, tindak-tanduk sebahagian mereka selesa menggunakan sentimen 'anti-Malaya' hanya mencerminkan pemikiran ekstrem dan tidak menguntungkan perjuangan masyarakat yang tertindas di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah.
IMG-20160622-WA0005Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt, berkata, tindakan gabungan parti-parti tempatan ini yang dilihat terlalu ghairah 'membuai' angan-angan masyarakat di pedalaman khususnya di Keningau tidak mencerminkan aspirasi rakyat Sabah yang sebenar.
"Gabungan parti-parti di bawah USA ini dilihat sebagai terlalu ekstrem dalam sentimen malah suka 'membuai' angan-angan masyarakat di pedalaman khususnya di Keningau dengan menyatakan bahawa Keningau akan diiktiraf sebagai 'ibu negara' kepada 'negara Sabah' kelak," katanya dalam sebuah majlis di sini.
Sebaliknya Ahli Parlimen Sandakan itu berpandangan, isu utama yang perlu diberi perhatian saat ini meliputi soal kebajikan, kemudahan awam dan pembangunan.
Read More / Baca Lagi >>

Pupuskah PAS selepas PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar

Posted: 22 Jun 2016 07:35 PM PDT

PAS kalah malah pembangkang kalah di PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar. BN menang bergaya. Memang ia sudah dijangka. Namun yg. menjadi bualan mulut murai ialah PAS akan pupus selepas dua PRK tersebut dan PAN akan menggantikan PAS sebagai pembangkang utama melayu.

Penulis katakan ini hanyalah dari sudut persepsi orang yang tidak mengenal PAS. Ia hanya andaian mereka yang tidak memahami bahawa PAS tidak pernah pupus, insya'ALLah.
Pas ujud sejak lama dan telah mengalami kejatuhan hingga hilang wang pertaruhan dalam PRU. PAS hilang Kelantan pada tahun 1978 kalau tak silap. Namun PAS bangkit semula hingga mampu memberi pukulan K.O kepda BN di Kelantan. 
Mungkin akan ada yang berkata, PAS menawan Kelantan dengan bantuan S46. Ya benar! Namun PAS mampu mengekalkan kuasa selepas S46 berkubur.
Bagi pembenci PAS atau paling kurang yang menyanjung sikap biar islam diletakkan di sisi asalkan menang, mereka lebih berpersepsi bahawa dengan adanya PAN, PAS tidak relaven lagi dalam politik blok pembangkang. Bagi mereka, PAS lebih relaven. Sebab PAN parti profesional sedangkan PAS parti pak lebai. Pak lebai tak tahu berpolitik. Namun mereka ternganga bila tuan guru Haji Haji berhujah tentang ekonomi di parliment.
PAS telah masak dengan asam garam politik. PAS cukup berpengalaman. Jatuh bangun dalam memperjuangkan islam dalam konteks sistem demokrasi bukan pelik. Kerana dalam konteks demokrasi, islam seboleh-bolehnya tidak mahu dilibatkan. Jadi tidak hairan jika PAS diserang kiri kanan atas bawah depan belakang.
Namun penulis percaya PAS tidak akan pupus berdasarkan sejarah, sejarah, bukan berdasarkan hanya dua PRK yang lalu.
Insya'ALLah. 

PAS sudah serik dengan DAP - Mohd Amar

Posted: 22 Jun 2016 07:30 PM PDT

PAS tidak mungkin akan kembali duduk semeja dan mengadakan kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam Pakatan Harapan kerana sudah serik dengan pengalaman lalu.
Naib Presiden PAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini parti itu berpendirian untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan DAP dan AMANAH kerana sedang memberi tumpuan untuk memperkasakan blok pembangkang ketiga.
"Kita sudah bekerjasama dengan DAP dan kita ada pengalaman dengannya. Jadi mungkin sukar untuk kita ulangi kerjasama itu. Pendirian kami setakat ini, kami tak kan bincang dengan AMANAH dan DAP.
"Dengan PKR (Parti Ke-adilan Rakyat) setakat ini kita masih ada hubungan, masih tidak putus. Kita dalam usaha untuk mengukuhkan blok ketiga (dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia). Cuma mungkin ambil masa sedikit," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama pengamal media di sini malam kelmarin.
Beliau diminta mengulas saranan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor agar PAS kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah Pakatan Harapan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Dalam perkembangan lain, Mohd Amar meminta kerajaan persekutuan agar memainkan peranan dalam menjelaskan mengenai Rang Undang-undang Persendirian berkaitan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
Read More / Baca Lagi >>

Pas bakal kalah semua kerusi

Posted: 22 Jun 2016 07:23 PM PDT


OBT

JIKA berdasarkan keputusan PRK kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pas bakal kalah semua kerusi Dun di Perak dan Selangor pada PRU akan datang.
Demikian kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataannya kepada Sin Chew Jit Poh.
Beliau berkata, dalam PRU lalu, Pas Selangor dan Perak masih boleh berbangga dengan masing-masing memenangi 15 dan lima kerusi Dun.
"Tetapi jika melihat trend pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pas akan terus kehilangan pengaruh di Selangor dan Perak dalam PRU14, bahkan boleh kalah dalam semua kerusi Dun yang ditandingi mereka," kata pemimpin veteran DAP itu.
Menurut Kit Siang lagi, apa yang menyedihkan ialah walaupun telah melalui selama 65 tahun dalam perjuangan politik di negara kita, Pas kini berperanan sebagai 'pengacau' dalam politik tanah air.
"Saya mencadangkan agar Pas menumpukan perhatian mereka dengan bertanding di empat negeri sahaja dalam PRU akan datang bagi mengelak pertembungan tiga penjuru seperti apa yang telah berlaku dalam dua PRK baru-baru ini.
"Pas sepatutnya hanya tanding di empat negeri ini iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, manakala Amanah boleh tanding di negeri-negeri lain. Terpulanglah bagaimana kata sepakat boleh dicapai antara kedua-dua parti ini," katanya.
Kit Siang berkata, dalam PRU lalu, Pas hanya kalah 399 undi kepada BN di kerusi Parlimen Sungai Besar, manakala di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Pas kalah 1,082 undi.
"Undi-undi yang diperoleh oleh Pas adalah hasil kerjasama ketika bersama dalam Pakatan Rakyat dan bukan usaha Pas secara bersendirian," terang Kit Siang.
Sementara itu, China Press melaporkan, Pakatan Harapan berharap akan membuat keputusan menentukan hubungan dengan Pas sedikit masa lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama politik: Pas jangan bercanggah pendapat - Takiyuddin Hassan

Posted: 22 Jun 2016 07:22 PM PDT


Takiyuddin Hassan

SHAH ALAM - Ahli Pas dan pimpinan semua peringkat diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti Islam itu berhubung kerjasama politik dengan pihak lain.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, mana-mana ahli tidak boleh bertindak sedemikian yang boleh dilihat sebagai mewakili parti itu sedangkan pendirian Pas berbeza daripada individu tersebut.
"Saya ingin memberi ingatan kepada mana-mana ahli Pas sama ada pemimpin ataupun ahli biasa supaya tidak membuat apa-apa kenyataan mewakili Pas atau boleh dianggap seolah-olah mewakili Pas sedangkan pandangan itu bercanggah dengan Pas sendiri atau dalam parti.
"Ini termasuklah dalam Deklarasi Rakyat, pendirian Pas, kita tidak campur tangan atau terlibat dalam apa-apa program yang mereka atur atau tidak terlibat dalam Deklarasi Rakyat," katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.
Beliau mengulas segelintir ahli dan pemimpin Pas sebelum ini cenderung terlibat dalam mana-mana program anjuran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan khususnya melibatkan kempen Deklarasi Rakyat di seluruh negara.
Pembabitan ahli dan pemimpin Pas tertentu bukan sahaja terlibat, bahkan membuat kritikan terbuka terhadap pimpinan tertinggi Pas sudah pun dikenakan tindakan tatatertib dan segelintirnya pula masih menjadi tanda tanya.
Beliau juga berkata, jika ada pun pendirian yang dibuat mestilah tidak bercanggah dengan keputusan parti Islam itu.
"Jadi seharusnya mana-mana ahli atau pemimpin Pas perlu selari dengan pandangan parti," katanya.

Nufam: Christoph ‘tampar’ pekerja MAS dibuang

Posted: 22 Jun 2016 07:06 PM PDT

Nufam berkata kesatuan itu tidak menggalakkan tidur waktu bekerja, sebaliknya mendakwa kenyataannya tidak dilaporkan sepenuhnya.
Christoph-R-Mueller
PETALING JAYA: Pemecatan 6,000 kakitangan Penerbangan Malaysia berlaku lebih setahun lalu, mengapa perlu conteng arang ke muka mereka kini?
Itu soalan yang diajukan Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) yang berpendapat Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia Berhad (MAB), Christoph Muller, berlaku tidak adil dengan menuduh kakitangan syarikat penerbangan itu tidur semasa waktu bekerja.
"Sesetengah kakitangan yang ditamatkan berkhidmat dan berkorban untuk penerbangan itu berdekad lama, bahkan lebih lama daripada Mueller dalam industri ini.
"Sekiranya alasan pengecilan lantaran beliau percaya ada dalam kalangan kakitangan tidak melaksanakan kerja mereka, maka itu yang perlu dinyatakan dalam surat penamatan khidmat kakitangan.
"Membuat tuduhan seperti itu setahun kemudian adalah sangat tidak bertimbang rasa. Bagi kami, seolah-olah beliau menampar muka kakitangan selepas mereka ditendang keluar," katanya kepada FMT.
Ismail mengulas temubual Christoph dengan media Jerman, Deutsche Welle (DW), di mana beliau berkata 6,000 pekerja terpaksa dibuang kerana 20,000 kakitangan syarikat penerbangan itu tidak bekerja, malah ada yang tidur di hangar.
Read More / Baca Lagi >>

Singkir Najib: Ini sumbangan terakhir Dr M, kata Zam Maidin

Posted: 22 Jun 2016 07:04 PM PDT

Dr Mahathir ibarat sebatang lilin membakar dirinya dalam usaha menjatuhkan Najib.
zam maidin
PETALING JAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak mungkin sumbangan terakhir bekas perdana menteri itu ke arah perpaduan nasional, kata bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.
"Mungkin inilah sumbangan yang terbesar dan terakhir Mahathir kepada Umno dan juga kepada pemulihan perpaduan nasional.
"Beliau telah menjadi ibarat sebatang lilin yang sedang membakar dirinya," kata bekas ketua pengarang Utusan Melayu itu dalam blognya.
Bagaimanapun, Zainuddin yang dikenali sebagai Zam mengakui tindakan Dr Mahathir itu bukan sahaja menguatkan lagi Barisan Nasional (BN), tetapi juga melemahkan pembangkang.
Zainuddin berkata ia bukan sengaja dilakukan Dr Mahathir.
Menurutnya, Dr Mahathir ikhlas dalam matlamatnya menjatuhkan Najib dan tidak berhasrat kembali menjadi perdana menteri semula.
"Tetapi didorongkan oleh keyakinan kuat berasaskan kepada bukti yang ada padanya Najib telah menyalahgunakan tabung negara dan kerana itu beliau mesti berundur," ujarnya.
Ketokohan Dr Mahathir jelas dapat dilihat apabila beliau mengetuai Deklarasi Rakyat, kata Zainuddin, sehingga mengatasi suara pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Azmin Ali dan Mohamad Sabu.

Haron Din pula serang Dr M berkawan ‘musuh Islam’

Posted: 22 Jun 2016 07:03 PM PDT

Yang terbaru mengutuk Dr Mahathir ialah pemimpin tertinggi PAS yang turut menganggotai Majlis Perundingan Islam bersama pemimpin Umno.
Datuk Dr Haron Din
KUALA LUMPUR: Selepas diserang bertubi-tubi pemimpin Umno, kali ini giliran pemimpin tertinggi PAS pula menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang baru lepas.
Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din memberitahu akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, bekas perdana menteri itu bersekongkol dengan DAP "yang nyata menjadi musuh Islam".
"Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga.
"Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita balik mempertahankan syariat Islam dengan mengutamakan ukhuwah atau persaudaraan yang berteraskan kepada hukum-hukum syarak dan menjauhi diri daripada tindakan yang mengundang kemurkaan Allah," kata Haron, yang merupakan anggota Majlis Perundingan Islam (MPI) diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dr Mahathir sebelum ini menjadi sasaran serangan pemimpin Umno dan PAS ekoran sokongan terbukanya kepada calon Amanah, yang mewakili Pakatan Harapan di kedua-dua PRK Sabtu lepas.
Calon Barisan Nasional (BN) di kedua-dua kawasan Parlimen itu menang dengan majoriti besar.
Ekoran kemenangan BN itu, Dr Mahathir menerima pelbagai sindiran dan teguran, termasuk daripada Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, yang berkata pemimpin berusia 90 tahun itu perlu perbanyakkan masa di atas tikar sembahyang dan bersara dari politik.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau akan terus bersuara menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya dilanda salah guna kuasa dan rasuah.
Haron berkata Dr Mahathir "berubah" kerana gagal menjatuhkan Najib.
"Apabila hasratnya untuk menukar Perdana Menteri tidak berhasil, maka semuanya telah berubah.
"Perjuangan untuk memartabatkan Islam melalui perpaduan sepatutnya menjadi keutamaan Dr. Mahathir dalam umur yang begitu lanjut," kata beliau dipetik Utusan Malaysia.

Pengerusi NGO anti jenayah ditahan peras ugut

Posted: 22 Jun 2016 07:00 PM PDT

Pengerusi ini memperoleh hasil peras ugut sebanyak RM300,000 setiap bulan sejak beberapa tahun.
haram
PETALING JAYA: Akibat tidak tahan dengan peras ugut berterusan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan berkaitan jenayah, pengusaha judi ekor haram tampil membuat laporan polis.
Pengusaha itu mendedahkan suspek bergelar Datuk itu memeras ugut wang berjumlah RM25,000 sebulan.
Ekoran itu, suspek ditahan lewat malam Rabu di Nilai, Negeri Sembilan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pada jam 10.50 malam Rabu, di Plaza Tol Nilai.
Menurut sumber seperti yang dipetik sebuah laporan portal, pengerusi ini memperoleh hasil peras ugut sebanyak RM300,000 setiap bulan sejak beberapa tahun.
Tambah sumber lagi, pengerusi itu dikesan membuat peras ugut terhadap pengusaha judi haram di seluruh negara antaranya Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
"Kami mendapati nilai tertinggi yang direkod dibayar pengusaha judi ekor haram kepada Datuk itu ialah RM25,000 sebulan," kata sumber.
Dalam satu lagi kenyataan, sumber turut menyatakan pengerusi yang berusia 30an merupakan ahli kumpulan kongsi gelap 36 namun belum dapat disahkan tahap penglibatannya dalam kumpulan haram itu.
Pengerusi yang ditahan itu terkenal dengan pelbagai pendedahan lantang aktiviti berkaitan jenayah seperti judi, maksiat dan kongsi gelap.
Dia ditahan ketika sedang menerima wang daripada pengusaha judi ekor haram.
Menurut laporan berita itu lagi, pengerusi terbabit bertemu pengusaha judi haram dan memeras ugut untuk bersetuju dengan rundingan RM25,000 sebulan jika tidak mahu kegiatannya didedahkan oleh pihak media atau dilaporkan kepada polis.
"Mangsa juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Datuk ketika berurusan dengan pengusaha itu," petik laporan itu yang turut mendapatkan pengesahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh berhubung penangkapannya.

Abu Kassim tamat perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos

Posted: 22 Jun 2016 06:57 PM PDT


Tan Sri Abu Kassim Mohamed Tan Sri Abu Kassim Mohamed Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak akan meneruskan perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mulai 1 Ogos ini seperti dipohonnya, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Ali berkata selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Abu Kassim, 55, untuk menamatkan perkhidmatannya itu dengan memberi sebulan notis.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ali berkata Abu Kassim akan terus menyumbang kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Dis 2020. Abu Kassim dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Jan 2010.
"Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Abu Kassim yang telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya.
Beliau berkata dalam tempoh Abu Kassim menerajui SPRM, suruhanjaya itu telah melaksanakan fungsi-fungsinya dengan cemerlang selaras dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi.
Kerajaan juga mengucapkan tahniah kepada Abu Kassim atas pelantikan sebagai anggota fakulti (pakar jemputan) International Anti-Corruption Academy, Austria, iaitu institusi pengajian anti-rasuah yang unggul di dunia di bawah tajaan Pertubuhan Bangsa Bersatu, katanya.

"Beliau (Abu Kassim) juga akan menyumbang pengalaman dan kepakarannya sebagai perunding di Universiti Teknologi MARA (UiTM)," katanya.

Ali berkata di peringkat antarabangsa, Abu Kassim akan terus memegang jawatan sebagai Naib Presiden International Association of Anti-Corruption Authorities dan Ahli Board of Governance, International Anti-Corruption Academy, Austria sehingga tamat tempoh pelantikan tersebut.

Pembangkang boleh hilang 13 kerusi parlimen jika pengundi Cina alih sokongan

Posted: 22 Jun 2016 06:54 PM PDT

Peralihan sokongan undi masyarakat Cina dalam pilihan raya umum akan datang - sepertimana yang dilihat dalam pilihan raya kecil (PRK) berkembar Sabtu lepas - mungkin menyaksikan kesan negatif terhadap pembangkang.
Di Sungai Besar, peralihan sokongan kira-kira 10 peratus pengundi Cina telah mengakibatkan pembangkang kehilangan sekitar 1,300 undi.
Berdasarkan simulasi Malaysiakini menggunakan keputusan pilihan raya umum 2013, peralihan yang sama sebanyak 10 peratus undi masyarakat Cina kepada BN, boleh menyebabkan pembangkang kehilangan 12 kerusi Parlimen di Semenanjung, dan satu kerusi Sabah.
Kerusi terbabit ialah Alor Setar, Bukit Gantang, Sungai Siput, Kampar, Raub, Temerloh, Sepang, Lembah Pantai, Teluk Kemang, Bukit Katil, Bakri, dan Batu Pahat di Semenanjung, dan Sandakan di Sabah.
Simulasi itu juga menunjukkan bahawa pembangkang akan kehilangan tiga kerusi di Sarawak iaitu Sarikei, Sibu dan Miri. Bagaimanapun, ini tidak mengambil kira perubahan dalam kawasan pilihan raya pengundi ekoran persempadanan semula di Sarawak.
Ia harus diperhatikan, pengundi Cina yang kembali memberi sokongan kepada BN dalam PRK apabila tidak ada kemungkinan untuk menukar kerajaan, seperti yang berlaku dalam PRK Teluk Intan pada 2014.
Dan sebagaimana yang berlaku pada peratusan keluar mengundi pada hari Sabtu lalu, pengundi luar berkemungkinan tidak pulang mengundi dalam PRK, dan oleh itu meningkatkan kemungkinan berlaku satu peralihan sokongan yang ketara.
Read More / Baca Lagi >>

DAP akui BN kuat pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

Posted: 22 Jun 2016 04:00 PM PDT

Kelemahan Pakatan Harapan telah menyebabkan parti pembangkang itu tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Beliau mengakui Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan tersendiri terutamanya jentera pilihan raya.
"Kami terima keputusan ini dengan hati terbuka kerana ini adalah keputusan rakyat, dan kami hormatinya," katanya pada sidang media semalam.
Bagaimanapun, beliau yakin Pakatan Harapan tidak patah semangat dan mampu bangkit semula bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
DAP juga bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan untuk mengadakannya dalam masa terdekat, kata Lim.
Ditanya mengenai cadangan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya semua parti pembangkang berbincang bagi menyusun strategi menghadapi PRU14, Lim berkata beliau akan menemui Mohamed Azmin berhubung perkara itu.
BN menang besar di kedua-dua kawasan Parlimen itu dengan Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh majoriti 6,969 undi pada PRK Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi meraih majoriti 9,191 undi bagi PRK Sungai Besar.

RUU Mahkamah Syariah perlu penjelasan terperinci, kata pakar Perlembagaan

Posted: 22 Jun 2016 03:46 PM PDT


Presiden Pas sepatutnya tampil ke hadapan bagi penjelasan supaya ia dapat difahami oleh semua orang.Presiden Pas sepatutnya tampil ke hadapan bagi penjelasan supaya ia dapat difahami oleh semua orang.Rakyat perlu diberi penjelasan terperinci berhubung pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) berkaitan pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) di Dewan Rakyat.
Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata kurang penjelasan dan salah tafsiran RUU itu adalah antara faktor yang mengundang bantahan pelbagai pihak kononnya ia sebagai langkah memperkenalkan hukum hudud.
Katanya Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mengemukakan usul RUU itu di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu, sepatutnya tampil ke hadapan bagi penjelasan supaya ia dapat difahami oleh semua orang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengupas buku 'Negara Maslahah: Pemikiran Al-Ghazali dalam konteks Politik Malaysia' hasil tulisan Tan Sri Dr Alies Anor Abdul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Shamrahayu, yang merupakan pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), menjelaskan RUU berkenaan hanya melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah dan bukannya tentang hudud seperti yang difikirkan oleh pelbagai pihak.

Pakatan Harapan diminta ubah strategi berkempen pada PRU14

Posted: 22 Jun 2016 03:27 PM PDT


Suhaizan Kaiat (kiri) dan  Hasbie MudaSuhaizan Kaiat (kiri) dan Hasbie Muda
 Serangan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberi keuntungan kepada BN dan Pas.
Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat  berkata, jentera BN dan Pas sangat kurang berbalas serangan sebaliknya serangan hanya tertumpu kepada Amanah yang mewakili Pakatan Harapan.
"Hanya Amanah mewakili Pakatan Harapan mendapat serangan daripada dua penjuru BN dan Pas. Model PRK ini telah menguntungkan BN dan boleh memberi kemenangan berganda kepada BN dalam pilihan raya umum ke-14," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Terengganu Hasbie Muda berpandangan, undi Amanah di kawasan Melayu yang agak rendah berpunca daripada sikap Amanah yang terlalu defensif.

Beliau berkata, Amanah tidak membalas serangan Pas walaupun pelbagai cercaan dan maki-hamun dilemparkan oleh mereka.

"Amanah juga memilih untuk tidak banyak menjawab kononnya 'yang lepas itu lepaslah'," katanya.

Sikap berdiam diri ini katanya akan dilihat seperti mengiyakan tuduhan yang dibuat pihak lawan.

"Psiko politik orang Melayu berbeza dengan orang Cina. Pengundi luar bandar berbeza cara berfikir berbanding dengan di kawasan bandar. Cara fikir golongan terpelajar berbeza dengan yang berpendidikan rendah.

"Apabila anda banyak berdiam diri, ia akan dilihat mengiayakan tuduhan yang dibuat oleh pihak lawan.

"Semakin kerap label diberikan, lama-kelamaan ia akan terus melekat. Orang akan percaya suatu pembohongan yang diulang-ulang," katanya yang juga penulis buku politik.

Sehubungan itu beliau berkata, Amanah perlu mengubah strategi menjelang PRU14 dengan menggandakan penerangan kepada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Menantu Hadi dakwa sistem KWSP haram, puji pengenalan akaun patuh syariah

Posted: 22 Jun 2016 03:21 PM PDT


KWSP haram kata ZaharuddinKWSP haram kata Zaharuddin
Isnin lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan akaun patuh syariah di mana ahli boleh memilih berpindah daripada akaun sedia ada kepada akaun "Simpanan Syariah" mulai Ogos ini.
Mengulas mengenai pengumuman itu, AJK Pas Pusat Zaharuddin Muhammad yang juga menantu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata, apa yang diperkenalkan itu bertepatan dengan kaedah muamalat Islam tetapi dakwanya, sistem KWSP itu sendiri bercanggah dengan Islam kerana ia umpama cukai yang dipaksa.
Beliau menyifatkan sistem KWSP sebagai haram, zalim dan menjadikan masyarakat dijajah sekalipun kontraknya halal.
Beliau yang mempertikaikan peraturan mewajibkan majikan dan pekerja menyumbang ke dalam KWSP itu turut menyamakan caruman KWSP dengan perbuatan merompak.
"Gambaran awal yang saya boleh berikan ialah seperti seseorang yang merompak wang kita dan menjadikannya modal untuk dibeli barang dan barang itu dijual semula kepada kita.
"Waktu dia beli barang tu dia guna kontrak patuh syariah. Tapi waktu dia paksa kita bayar, waktu dia beli barang, waktu wang itu diberikan kepada siapa untuk dijadikan modal, untuk meniaga apa, semuanya tanpa izin kita, hatta bila dia nak bagi balik duit yang dia rompak pun tanpa restu kita.
"Ini bahagian besar KWSP yang tidak patuh syariah," tulis Zaharuddin dalam laman Facebook, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Al kisah skandal yuran RM12...

Posted: 22 Jun 2016 03:16 PM PDT


BEBAN 1MDB & JHO LOW, PENGUNDI PRU 14 PASTI PEDULI

Posted: 22 Jun 2016 08:03 AM PDT

Meskipun pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah dimenangi BN yang menurut penyokong, pengampu dan penerima dedak daripada Najib Razak sebagai membuktikan pembohongan dan fitnah 1MDB tidak diterima pengundi, isu berkaitan syarikat pelaburan itu sebenarnya belum lagi berakhir.

Selari dengan maklumat yang diperolehi Bank Negara, agensi berita antarabangsa, Reuters yang melihat dokomen berkaitan telah menerbitkan pengakuan seorang pegawai yang berpengetahuan dalam penyiasatan kawal selia mengesahkan bahawa Good Star Ltd yang telah menerima wang sebanyak RM1.03 bilion daripada 1MDB adalah milik Jho Low.

Syarikat itu adalah milik eksklusif Jho Low, ditubuhkan pada 18 Mei 2009 iaitu empat bulan sebelum ia menerima pembayaran awal daripada 1MDB dan dibubarkan pada 2 Mei 2014.

Kenapa setelah dapat wang, syarikat itu ditutup? Ke mana wang telah dipindahkan?
Dengan pengesahan ini bermakna  ia bercanggah seratus-peratus dengan pendirian kerajaan selama ini bahawa Good Star Ltd adalah milik rakan kongsi PetroSaudi, begitu juga dengan kenyataan Pengerusi PAC, Hasan Arifin yang mendakwa kaitan Jho Low dengan Good Star itu adalah tidak tepat.

Kini bukan saja sudah disahkan Good Star adalah milik Jho Low, bahkan kita tentunya harus bertanya mengapa dan sebab apa bayaran selumayan itu perlu dibayar kepada playboy yang gemar berhibur dengan artis Hollywood itu?
Read More / Baca Lagi >>

Jangan letak agenda parti sebagai pra-syarat, gesa Tian Chua kepada parti pembangkang

Posted: 22 Jun 2016 08:02 AM PDT

"Tidak boleh letakkan apa-apa pra-syarat sebelum duduk semeja, sama ada mahu menegakkan hudud mahu pun sekular. Ini tidak membantu keadaan."
Tian Chua
PETALING JAYA: Semua parti pembangkang diharapkan agar tidak meletakkan sebarang pra-syarat dalam mengusahakan kerjasama baru pembangkang menghadapi BN, kerana ia hanya akan membantutkan usaha tersebut.
Malah tindakan meletakkan agenda parti yang bertentangan dengan parti lain sebagai perkara utama akan menyebabkan pembangkang 'tidak akan ke mana', kata Naib Presiden PKR Tian Chua.
"Tidak boleh letakkan apa-apa pra-syarat sebelum duduk semeja, sama ada mahu menegakkan hudud mahu pun (negara) sekular. Ini tidak membantu keadaan.
"Masing-masing perlu akui realiti politik di Malaysia bahawa pembangkang perlu bersatu untuk melawan BN," katanya kepada FMT.
Beliau berkata lagi, sebarang bentuk kerjasama boleh dicapai melalui rundingan yang dijalankan secara ikhlas dan dengan pendekatan 'mengenepikan kepentingan tunggal parti masing-masing'.
"Jangan jadikan pra-syarat sebagai halangan untuk duduk semeja," kata Ahli Parlimen Batu itu lagi.
Cadangan agar semua pembangkang untuk kembali bekerjasama dibincangkan selepas kekalahan PAS dan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan jurang undi yang melebar.
Malah ada pihak yang mengatakan usaha Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang cuba mencapai persetujuan dengan PAS sebelum PRK berlangsung sebagai pendekatan yang tepat.
Tian Chua berkata, PKR sememangnya sejak dari awal konsisten menegaskan betapa perlunya perpaduan parti-parti pembangkang.
Beliau berkata lagi, sepanjang 50 tahun politik negara jelas menunjukkan pembangkang akan mencapai kemenangan yang lebih baik apabila membentuk gabungan.
"Sama ada Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif sehinggalah kepada Pakatan Rakyat. Dan apabila gabungan berpecah, BN sentiasa akan meraih kembali sokongan. Bukankah ini sudah jelas?" katanya lagi.
Lama-kelamaan rakyat bosan
Menurut laporan Sinar Harian 22 Jun lalu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS akan terus berusaha mengukuhkan 'blok ketiga' bersama Ikatan, dan tidak akan menyertai pakatan pembangkang bersama Amanah dan DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)