Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:40 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Biarkan Pas dengan labu - labunya, PH perlu bergerak sebagai satu pasukan bukannya sendiri2

Posted: 21 Jun 2016 10:31 PM PDT

Oleh Mejar Zaidi Ahmad

Walaupun keputusan dua PRK agak mengecewakan namun ia sudah dijangka memandangkan berbagai dedak yg disediakan oleh BN bagi menarik undi. Beberapa kesimpulan boleh saya buat dari dua PRK ini;
1. Keputusan ini menggembirakan BN terutama Najib Razak namun kegembiraan itu mungkin menjadikan mereka lalai utk membuat persediaan sebaiknya utk hadapi PRU 14.

2. Pengundi masih kekok dengan situasi tiga penjuru dan usaha penerangan perlu dipergiatkan mengapa perlu memilih PH berbanding PAS. Yang penting mereka kena faham bahawa kemenangan itu penting untuk melaksanakan apa2 jua agenda termasuk agenda Islam. Hasrat Pas konon untuk melaksanakan sebahagian kecil perundangan Islam melalui pertolongan Umno hanya umpama masuk perangkap. Terbukti Pas semakin kehilangan sokongan terutama dari non muslim.

3. Biarkan Pas dengan labu2nya, tak perlu dipujuk kerana ia seolah2 menggambarkan PH itu lemah dan perlukan Pas. Halikatnya PH di landasan yang betul cuma kena tambahkan gerakerja agar mendapat sokongan rakyat. Jika Pas berhasrat nak sertai PH mereka yang sepatutnya memohon dan bukan sebaliknya.

4. PH perlu bergerak sebagai satu pasukan bukannya sendiri2. Saling membantu dan saling menegur bukan atas dasar "jaga tepi kain" tetapi sama2 membina kekuatan dan kelemahan salah satu komponen akan menjejaskan yang lain. Program2 penerangan atas nama PH perlu di perbanyakkan mulai sekarang dan bukannya menunggu parlimen dibubarkan yang dijangkakan paling awal tahun depan.

AYUH BANGKITLAH WAHAI2 WIRA2 PH SEKALIAN, PALUKAN GENDANG
MULAKAN PERANG DEMI ANAK CUCU DAN NEGARA TERCINTA!

Fitnah halang azan di Pulau Pinang, penceramah PAS dituntut mohon maaf

Posted: 21 Jun 2016 10:27 PM PDT


GEORGE TOWN, 22 JUN: Yang diPertua (YDP) PAS Padang Serai, Ustaz Shaharuddin Ibrahim yang menimbulkan kontroversi kerana melemparkan fitnah kononnya masjid-masjid di Pulau Pinang tidak boleh melaungkan azan dituntut untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah tersebut.
13483350_1338144486202998_4869636909595337449_oExco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim berkata, beliau amat kesal dengan kenyataan berunsurkan fitnah yang dilemparkan Shaharuddin ketika menyampaikan tazkirah Ramadan di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kedah pada 11 Jun 2016.
"Tazkirah Ramadan sepatutnya menjadi wadah penyebaran ilmu agama, menyingkap kisah-kisah nabi, kelebihan Ramadan dan bukannya dijadikan pentas politik kepartian dengan menabur fitnah," katanya dalam satu sidang media di Komtar.
Menurut Abdul Malik, lebih dikesalkan adalah tohmahan dan fitnah yang dilakukan itu 'dilontarkan' ketika di dalam masjid dan di bulan Ramadan yang mulia.
"Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menuntut supaya beliau (Shaharuddin) memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah tersebut dalam media massa.
"Beliau (Shaharuddin) juga perlu memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui kenyataan bertulis dalam tempoh seminggu. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dipertimbangkan," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan digesa dakwa pegawai SPRM atas kematian Sarbaini

Posted: 21 Jun 2016 10:25 PM PDT

Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu didakwa kerana melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed lima tahun lalu.
pak_samadSasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berkata pampasan sebanyak RM213 ribu yang diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk dibayar sebagai ganti rugi kepada keluarga mangsa semalam tidak harus menjadi penamat kepada tragedi melibatkan SPRM itu.
Sebaliknya, beliau yang juga Presiden Teoh Beng Hock Trust For Democracy (TBH Trust) berkata agensi dan pegawai-pegawai yang tidak bertanggungjawab harus didakwa kerana menyebabkan dua kematian di dalam premis mereka pada tahun 2009 dan 2011, iaitu dalam kes Teoh Beng Hock dan Sarbaini.
"TBH Trust menggesa kerajaan untuk memulakan pendakwaan terhadap pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam menyebabkan kematian Ahmad Sarbani atas kesalahan membunuh tanpa niat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
"Kerajaan juga mesti mengambil lebih banyak inisiatif dalam menyelesaikan kes ini secara adil dan saksama. Ia isu yang sangat besar dan berkaitan dengan nyawa individu, maka tidak harus dibiarkan tergantung begitu saja," katanya kepada Roketkini.
Mahkamah Rayuan semalam menganugerahkan RM213 ribu sebagai ganti rugi kepada keluarga Ahmad Sarbaini selepas mendapati SPRM telah melakukan kecuaian sehingga membawa kepada kematiannya.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau ikut rentak UMNO-BN, sampai bila-bila pembangkang takkan jadi kerajaan

Posted: 21 Jun 2016 10:24 PM PDT

Pembangkang di Malaysia tidak akan mampu jadi kerajaan baharu menggantikan UMNO BN jika masih terikut-ikut dengan rentak politik parti itu.
Sebaliknya, mereka perlu yakinkan pengundi bahawa kerajaan baharu yang bakal ditubuhkan tidak dengan terjebak dengan politik agama dan perkauman seperti yang dimainkan UMNO BN.
Pembangkang perlu beri penekanan kepada isu dan polisi yang melibatkan golongan biasa termasuklah peluang pekerjaan, pendidikan, pendapatan yang lebih baik, sistem perbandaran dan luar bandar, kehidupan yang lebih sempurna tanpa bebanan hutang dan sebagainya.
Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan Liew Chin Tong, berkata aspirasi sebenar rakyat Malaysia seperti yang disebutkan itu seringkali diketepikan kerana ia tidak sensasi sebagaimana isu kaum dan agama yang sering dimainkan.
Dalam masa sama, pembangkang pula dilihat gagal memberi pendirian ataupun jawapan yang tuntas bagi isu yang sentiasa dimanipulasi media itu.
"Di sinilah UMNO BN memainkan isu agama dan perkauman untuk terus kekal berkuasa sekaligus menafikan aspirasi rakyat biasa dengan merompak masa depan mereka melalui rasuah, kronisme dan nepotisme," ujar beliau.
Ahli Parlimen Kluang itu berpandangan, pihak pembangkang tidak boleh mengambil jalan pintas dalam mengangkat isu dan aspirasi sebenar rakyat Malaysia.
"Jika kita gunakan jalan pintas. Pengundi nampak.
"Suka atau tidak, kita perlu mengambil tanggungjawab besar untuk membina Malaysia yang lebih baik untuk rakyat. Kita memberi inspirasi kepada diri sendiri dan pengundi manakala mereka akan memberi inspirasi kepada generasi baru mereka yang mengambil bahagian dalam politik untuk membentuk masa depan yang lebih baik," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Kesihatan ayah semakin teruk, Nurul Izzah rayu Najib

Posted: 21 Jun 2016 10:17 PM PDT

Anak sulung bekas ketua pembangkang itu berkata ayahnya dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara drastik.
nurul-izzah_anwar_600
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini memohon perdana menteri mempertimbangkan rayuan supaya ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditempatkan di hospital sementara menunggu pembedahan otot bahu yang akan dilakukan pakar dari Georgetown University, Amerika Syarikat.
"Saya kira Anwar yang juga merupakan bekas pegawai kerajaan kedua tertinggi di negara, sewajarnya mendapat layanan yang jauh lebih baik daripada mantan Menteri Besar Selangor (Dr Mohamad Khir Toyo) yang diberi kemudahan tahanan parol di rumah walaupun sabitan kurang setahun," kata anak sulung Anwar itu dalam surat terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak.
"Saya tidak boleh terus melihat kesihatan ayahanda (Anwar) terus merosot dengan tempat penahanan yang tidak sesuai dengan keperluan ayahanda."
Dalam suratnya, Nurul Izzah turut menyatakan kebimbangan kesihatan bekas ketua pembangkang itu semakin teruk.
Anwar, 69, kini menjalani tahun kedua hukuman penjara lima tahun, selepas disabitkan dengan kesalahan liwat pada Februari tahun lalu.
Nurul Izzah berkata ayahnya dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara drastik, dan ia antara faktor beliau mengalami tekanan darah tinggi.
"Dari penjara ke mahkamah, penjara ke hospital, kemudian ke penjara lagi. Pastinya proses perpindahan ini akan menyebabkan tekanan darah menjadi tidak menentu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Analisa keputusan PRK-PRU13 Kuala Kangsar dan Sungai Besar

Posted: 21 Jun 2016 10:10 PM PDT


Dalam PRK  Hanya Amanah mewakili Pakatan Harapan mendapat serangan daripada dua penjuru BN dan Pas.Dalam PRK Hanya Amanah mewakili Pakatan Harapan mendapat serangan daripada dua penjuru BN dan Pas.BN dan Pas mengalami kemerosotan undi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) berbanding Pilihan Raya Umum Ke-13( PRU13) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. BN mengalami kemerosotan undi Melayu sebanyak 3% di Sungai Besar dan 6% di Kuala Kangsar.
Pas pula mengalami kemerosotan undi Melayu yang sama di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebanyak 7 peratus. Kemerosotan sokongan undi Melayu kedua-dua parti tradisi ini telah diserap oleh Amanah.
Pengundi Amanah terdiri daripada pengundi Melayu progresif, Islamik dan kelas menengah yang terdedah dengan maklumat. Amanah juga mendapat sokongan undi Melayu hasil daripada program Deklarasi Rakyat yang dipelopori Tun Dr Mahathir terutamanya di Kuala Kangsar. Amanah mendapat lebih sokongan undi Melayu di Kuala Kangsar berbanding Sungai Besar.
Kebanyakan pengundi Melayu kurang mengenali logo Amanah kerana baru berusia 9 bulan dan pertama kali bertanding dalam pilihanraya di Semenanjung. Ada setengahnya menganggap logo Amanah seperti parti bebas.
Terdapat ramai pengundi Melayu pro pembangkang yang keliru, manakah pembangkang sebenar di antara Amanah dan Pas. Pas memiliki kelebihan dengan usianya 65 tahun. Amanah pula ditohmah sebagai pro DAP dan pro Cina sama seperti tohmahan yang dihadapi oleh Pas dalam PRU13.
Faktor-faktor ini menyebabkan Amanah mendapat sokongan yang lebih rendah berbanding Pas dan BN. Jika pengundi Melayu lebih mengenali Amanah dan propaganda perkauman dapat diredakan maka sokongannya dijangka meningkat.
Pendekatan Pas yang berkerat rotan dengan DAP dan usul RUU tidak menambahkan undi Melayu. Sebaliknya Pas pula mengalami kemerosotan mendadak undi Cina dalam PRK berbanding PRU13 sebanyak 73% di Sungai Besar dan 63% di Kuala Kangsar.
Hasilnya, Pas hanya memperolehi undi teras seperti yang diperolehi dalam PRU11(2004). Dalam undi teras Pas terdapat undi tegar Pas sekitar 2000 hingga 3000 orang di kedua-dua parlimen ini.
Jika berlaku 10 penjuru sekalipun undi tegar Pas ini tidak akan berganjak. Undi teras Pas boleh menyusut tetapi undi tegar Pas tidak akan berubah.
Undi Cina yang diperolehi oleh Amanah adalah rendah berbanding yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU13.
Read More / Baca Lagi >>

KWSP haram, zalim, kata menantu Hadi

Posted: 21 Jun 2016 10:04 PM PDT

Katanya kaedah KWSP umpama seorang yang merompak wang bagi membeli barang, kemudian menjual semula barang itu kepada pemiliknya.
zaharuddin-muhammad
PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Zaharuddin Muhammad mempertikaikan peraturan mewajibkan majikan dan pekerja menyumbang ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sambil mendakwa ia sistem yang zalim dan haram di sisi Islam.
Beliau membuat perbandingan caruman KWSP dengan perbuatan merompak di mana perompak menjadi wang rompak sebagai modal membeli barang sebelum "barang itu dijual semula kepada kita".
"Waktu dia beli barang tu dia guna kontrak patuh syariah. Tapi waktu dia paksa kita bayar, waktu dia beli barang, waktu wang itu diberikan kepada siapa untuk dijadikan modal, untuk meniaga apa, semuanya tanpa izin kita, hatta bila dia nak bagi balik duit yang dia rompak pun pun tanpa restu kita.
"Ini bahagian besar KWSP yang tidak patuh syariah," tulis Zaharuddin, yang juga merupakan menantu kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam coretan di Facebook.
Isnin lalu, KWSP mengumumkan akaun patuh syariah, di mana ahli boleh memilih berpindah daripada akaun sedia ada kepada akaun "Simpanan Syariah" mulai Ogos ini.
Dana simpanan persaraan itu berkata kadar dividen Simpanan Syariah berdasarkan prestasi portfolio patuh syariah dengan tiada jaminan kadar dividen.
Menurutnya, lebih 45% atau RM295 bilion daripada jumlah aset pelaburanya adalah patuh syariah.
Zaharuddin mengalu-alukan langkah KWSP itu dan berkata umat Islam wajib berpindah kepada akaun patuh syariah, tetapi mendakwa sistem KWSP itu sendiri bercanggah dengan Islam kerana ia umpama cukai yang dipaksa.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan penjelasan lanjut, sekadar berkata: "Insyallah anda akan faham bagaimana KWSP boleh meranapkan ekonomi rakyat bawahan seterusnya menjerumuskan kita dalam hutang dalam siri penerangan saya akan datang," tulisnya.
KWSP, dengan keahlian hampir 15 juta, ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 bagi menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan cekap.
Undang-undang mewajibkan potongan gaji pekerja sebanyak 11% setiap bulan, manakala majikan diwajibkan mencarum 13% daripada gaji pekerja.
Dana itu memberikan dividen tahunan kepada ahli melalui keuntungan pelaburan. Sejak 2011, ia mengumumkan dividen melebihi 6%, dengan keuntungan kasar RM44.23 bilion dicatatkan pada 2015.

PAS tidak mungkin duduk semeja dengan DAP, Amanah

Posted: 21 Jun 2016 10:02 PM PDT

"Kita sudah bekerjasama dengan DAP dan kita ada pengalaman dengannya. Jadi mungkin sukar untuk kita ulangi kerjasama itu."
Mohd-Amar-Nik-Abdullah_pas_dap_amanah_600
KOTA BAHARU: PAS tidak mungkin akan kembali duduk semeja dan mengadakan kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pakatan Harapan kerana sudah serik dengan pengalaman lalu.
Naib Presiden PAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata setakat ini parti itu berpendirian untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan DAP dan Amanah kerana sedang memberi tumpuan untuk memperkasakan blok pembangkang ketiga.
"Kita sudah bekerjasama dengan DAP dan kita ada pengalaman dengannya. Jadi mungkin sukar untuk kita ulangi kerjasama itu. Pendirian kami setakat ini, kami tak kan bincang dengan Amanah dan DAP.
"Dengan PKR (Parti Keadilan Rakyat) setakat ini kita masih ada hubungan, masih tidak putus.
"Kita dalam usaha untuk mengukuhkan blok ketiga (dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia). Cuma mungkin ambil masa sedikit," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama pengamal media di sini malam tadi.
Beliau diminta mengulas saranan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor agar PAS kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah Pakatan Harapan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Dalam perkembangan lain, Mohd Amar meminta kerajaan persekutuan agar memainkan peranan dalam menjelaskan mengenai Rang Undang-undang Persendirian berkaitan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
Read More / Baca Lagi >>

Sikap BN Selangor tidak profesional enggan terima peruntukan kerajaan negeri

Posted: 21 Jun 2016 10:01 PM PDT


Lau Weng SanLau Weng SanKemenangan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Besar tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan parti itu untuk menawan Selangor dalam pilihanraya umum akan datang.
Ini kerana sikap tidak profesional dan ketinggalan zaman menjadikan mereka tidak mampu menjadi pembangkang yang efektif dan berkesan dalam Dewan Negeri Selangor.
Ini termasuk keengganan BN Selangor untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri sejak sekian lama, serta tidak mahu menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Dun Selangor dan tidak mahu menerima peruntukan RM200,000 daripada kerajaan negeri.
Dalam perkara berkaitan, Adun Kampung Tunku Lau Weng San menasihati Ahli Parlimen Sungai Besar yang baharu, Budiman Mohd Zohdi yang juga Adun Sungai Panjang supaya tidak menggadaikan nasib rakyat di kawasannya.
"Budiman pernah didatangi dengan permintaan peruntukan daripada pengundi semasa kempen pilihanraya tetapi telah menangguhkan permohonan itu dengan alasan "tunggu saya menang dahulu".
"Saya menganggap jawapan ini sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab kerana sama ada Budiman menang atau kalah dalam PRK, beliau tetap Adun Sungai Panjang dan layak untuk menggunakan peruntukan RM200,000 yang ditawarkan kepada beliau oleh Kerajaan Selangor," ujar beliau seperti di lapor Roketkini.
Bagi beliau Budiman seharusnya menerima tawaran Kerajaan Negeri dan membantu rakyat di kawasannya.
Menurutnya sebelum BN Selangor menanam cita-cita untuk 'merampas' negeri itudalam PRU14, mereka perlu terlebih dahulu mengetengahkan sikap professional dan bekerja tanpa menggadaikan kepentingan rakyat.

Jika pembangkang bersatu BN akan goyah,akui veteran Umno

Posted: 21 Jun 2016 08:00 PM PDT


Faktor pembangkang yang masih berpecah memberi kelebihan kepada BN untuk mendapat sokongan rakyat.Faktor pembangkang yang masih berpecah memberi kelebihan kepada BN untuk mendapat sokongan rakyat.Jentera BN tidak boleh cepat 'khayal' dengan kemenangan dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu sebaliknya perlu memantapkan gerak kerja mereka, kata Veteran Umno.
Pengerusi Veteran Umno Kelantan, Datuk Mohd Rozali Isohak berkata, momentum yang tercetus daripada dua PRK itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meraih sokongan lebih besar dalam PRU14.
"Masalah dengan jentera BN ialah kadang-kadang mereka buat kerja, kadang-kadang tidak. Tetapi, di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jentera yang turun memang terbaik. Jadi, mereka hanya perlu meneruskan kecemerlangan ini dan turun padang," katanya.
Selain itu, menurut beliau, faktor pembangkang yang masih berpecah memberi kelebihan kepada BN untuk mendapat sokongan rakyat.
"Apa yang penting kita kena berjaga-jaga dengan pembangkang. Jangan sesekali biarkan mereka bersatu. Kalau ambil contoh di dua PRK lalu, undi Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) memang tak boleh atasi BN. Tetapi kalau mereka bersatu, kedudukan BN mungkin agak goyah," katanya seperti dipetik Sinarharian online.
Sementara itu, Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, PRU14 tidak perlu diadakan lebih awal dan tergesa-gesa walaupun BN menang besar dalam dua PRK lepas.
Katanya, keputusan cemerlang BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan penanda aras sebenar kepada PRU14.
"Suasana PRK dan PRU sangat berbeza, misalnya dari segi jentera yang turun. Dalam PRK, seluruh tenaga jentera dapat ditumpukan di satu kawasan.
"Namun, dalam PRU setiap jentera perlu menjaga kawasan masing-masing. Jadi kita tidak boleh samakan PRK dengan PRU," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRK: Prestasi merosot, penganalisis tuding jari pada pembangkang

Posted: 21 Jun 2016 07:58 PM PDT

Pakatan Harapan (HARAPAN) mungkin menyalahkan peratusan keluar mengundi yang rendah ekoran prestasi kurang memberangsangkan dalam pilihan raya kecil (PRK) berkembar baru-baru ini, tetapi penganalisis politik menuding jari pada pembangkang kerana menyebabkan pengundi berpaling sokongan.
Kegagalannya untuk memastikan pertandingan satu lawan satu adalah antara sebab pengundi tidak menyokong pembangkang, kata penganalisis politik Liew Wui Chern.
Katanya, mereka sepatutnya belajar daripada masalah yang dialami dalam pilihan raya negeri Sarawak di mana , seperti yang didepani oleh DAP, yang sebahagiannya kerana pertembungan banyak penjuru dalam enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dalam pilihan raya negeri Sarawak, DAP dan PKR tewas di enam kerusi, manakala PAS bertembung dengan AMANAH dan PKR di semua 11 kerusi yang ditandinginya. BN Sarawak berjaya memenangi 72 daripada 82 kerusi untuk memperolehi majoriti dua pertiga.
PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun pula menyaksikan peratusan keluar mengundi sebanyak 71 peratus, berbanding 84.1 peratus pada pilihan raya umum 2013.
Kira-kira 4,800 pengundi di Kuala Kangsar tidak mengundi Sabtu lepas.
Manakala di Sungai Besar, jumlah keluar mengundi ialah 74 peratus berbanding 88 peratus pada tahun 2013. Lebih 10,000 pemilih tidak mengundi.
"Sepanjang kempen, DAP telah menggambarkan pilihan raya kecil itu sebagai titik permulaan bagi Pakatan Harapan untuk menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang," kata Liew kepada Malaysiakini.
"Tetapi rakyat terutamanya golongan muda dan kelas pertengahan, tidak tertarik. Harapan mereka lebih tinggi kepada Pakatan Rakyat (yang telah berkubur) untuk mengambil alih Putrajaya, berbanding dengan HARAPAN."
Ketika itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Karpal Singh, berkongsi matlamat yang sama dan mampu menyatukan gabungan tersebut.
"Sekarang ni, nak berpakat bagi satu lawan satu dalam pilihan raya negeri dan PRK pun tak mampu. Adakah anda akan bertelagah merebut jawatan perdana menteri dan menteri sebaik saja ambil alih kerajaan?"
Liew berkata rakyat kelas menengah dan golongan muda mungkin mengambil risiko untuk menukar kerajaan ketika itu, tetapi kini mereka memilih kestabilan, di tengah-tengah keadaan ekonomi yang tidak menentu dan ancaman pengganas antarabangsa.
"(Tambahan pula), rakyat tidak lagi merasakan mereka perlu memilih BN atau pembangkang. Jadi, mereka memilih untuk tidak mengundi sebagai tanda protes," katanya.
Barisan pembangkang berpecah
Read More / Baca Lagi >>

Demi Rakyat & Negara: Rafizi tak kisah dianggap bodoh tinggalkan kerjaya mewah

Posted: 21 Jun 2016 07:09 PM PDT

Sebaliknya, ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau memilih melawan kezaliman.
rafizi
PETALING JAYA: Rafizi Ramli berkata keputusan beliau meninggalkan kerjaya mewah untuk menyertai politik dianggap "bodoh" oleh sesetengah pihak.
"Saya telah ikut suara hati itu sejak 1998 sehingga kini. Ada yang kata saya bodoh kerana tinggalkan kerjaya mewah, ada yang kata saya berani.
"Ada yang mengutuk saya kerana terlalu berani. Ada yang kata saya fitnah, kebelakangan ini ramai yang kata saya sesat," kata setiausaha agung PKR itu yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pengurus kanan perakaunan di Petronas.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata penyertaannya dalam PKR bukan mencari jawatan atau mahu menjadi menteri, tetapi mengikut suara hati melawan kezaliman.
"Saya tidak masuk PKR kerana saya mahu jadi wakil rakyat atau jawatan atau mahu jadi menteri.
"Saya hanya mengikut suara hati bahawa Allah SWT memberi kekuatan kepada sesiapa yang mahu melawan kezaliman tidak kira sekecil mana sumbangan kita," ujarnya.
Tambahnya, beliau tidak takut dan redha dengan risiko kerana menganggap ia sebahagian kecil dari usaha besar membantu kemanusiaan.
Rafizi, yang sebelum in menonjol dalam pendedahan pelbagai skandal, kini menghadapi beberapa tuduhan mahkamah.
April lalu, beliau didakwa dengan dua kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi, kerana dituduh mendedahkan maklumat sulit laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau juga menghadapi tuduhan jenayah memfitnah Lembaga Tabung Haji di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Kemenangan BN di dua PRK sudah dijangka - Shafie Apdal

Posted: 21 Jun 2016 07:05 PM PDT

Tun M Perlu Batalkan Deklarasi Rakyat - Noh Omar

Posted: 21 Jun 2016 07:04 PM PDT

Will Najib's Plan B Proceed Notwithstanding The By Election Victory

Posted: 21 Jun 2016 06:58 PM PDT

How To Counter Mental And Psychological Rape By the Najib Regime By Matthias Chang

Posted: 21 Jun 2016 06:57 PM PDT

Umno Leaders Move Out, Stay Out & Get Out Of Our Way! By Matthias Chang

Posted: 21 Jun 2016 06:56 PM PDT

Ahli Ahli UMNO, Jangan Rasa Berdosa dan Bersalah! Mesej Daripada Matthias Chang

Posted: 21 Jun 2016 06:55 PM PDT

BN Selangor berjaya capai KPI tarik pengundi - Noh Omar

Posted: 21 Jun 2016 06:35 PM PDT

Lepas Mngundi Ambil Habuan
Barisan Nasional (BN) Selangor berjaya mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan dalam menarik 17,000 pengundi daripada pelbagai parti komponen BN untuk keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar Sabtu lepas.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata pendekatan dan transformasi baharu yang diperkenalkan BN termasuk mengadakan sesi pemukiman dengan semua pimpinan BN negeri membolehkan ramai pengundi putih keluar mengundi.
"Pendirian kami di BN adalah kami tidak ambil kira perpecahan dan kelemahan parti lawan kami, tetapi apa yang ditekankan ialah menguatkan kedudukan BN sendiri.
"Sebab itulah kami capai matlamat (tarik 17,000 pengundi putih daripada parti komponen BN). Semua parti komponen termasuk MCA, MIC dan PPP mencapai KPI masing-masing setelah menunaikan janji, memastikan ahli mereka keluar mengundi," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Dalam PRK Parlimen Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang besar dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon Pas Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur, dalam pertandingan tiga penjuru.
Noh yang juga Pengarah PRK Parlimen Sungai Besar berkata pendekatan dan transformasi yang dilakukan dalam PRK itu akan diguna pakai dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Dalam pada itu, beliau berkata kemenangan BN di dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak pada PRK itu, membuktikan Deklarasi Rakyat yang dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak relevan dan ditolak rakyat.
"Dr Mahathir sepatutnya mengarahkan deklarasi ini dihentikan sebab tidak beri faedah kepada rakyat.
"Eloklah Tun berehat pada masa ini agar dapat kembali penghormatan daripada rakyat," katanya.

Isu pembangkang bawa tidak difahami rakyat – Musa Hitam

Posted: 21 Jun 2016 06:18 PM PDT

Bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam menyifatkan kegagalan pembangkang membawa isu mudah difahami rakyat sebagai punca kekalahan mereka dalam dua pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ini.
Musa berkata isu-isu nasional seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menjadi modal parti pembangkang bertanding tidak memberikan kesan kepada pengundi kampung dimana kebanyakkannya tidak memahami.
Isu yang dibawa oleh BN pula sangat mudah, isu-isu 'kampung' seperti masalah jalan, sekolah, pendapatan dan pekerjaan membuatkan pengundi cepat faham," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran Festival Seni Yayasan Sime Darby pada Isnin.
Beliau juga berkata keputusan pilihan raya tersebut juga merupakan tamparan hebat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang selama ini berjuang mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, malah turun berkempen bersama pembangkang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Saya melihat Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah kalah dalam perjuangannya sebelum ini. Kalau dia (Mahathir) turun pasti akan berjaya. Tetapi kali ini lain pula yang terjadi," katanya.
Beliau memberitahu, hanya pasukan kuat dari segi kewangan dan bersatu seperti Barisan Nasional mampu untuk membangunkan serta membawa perubahan kepada negara.
"Pembangkang hanya berani cakap besar, seolah-olah indah rupa daripada berita," katanya.
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan BN berjaya mengekalkan kerusi yang dimenangi semasa pilihan raya umum ke-13 lalu, malah mendapat majoriti lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Kemenangan tersebut juga menyaksikan kerajaan pemerintah masih mendapat sokongan padu rakyat walaupun sering dikritik hebat pembangkang.

Apa Kehendak Rakyat?

Posted: 21 Jun 2016 06:16 PM PDT

Semua pihak tahu, kehendak rakyat negara ini sebenarnya berpaksi pada soal-soal ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan, tingkat pendapatan, perumahan, kesihatan, pembangunan kemudahan asas atau infrastrukutur serta perkhidmatan kerajaan tempatan, bukannya soal-soal agama dan perkauman.
Jarang benar, parti-parti yang membangkang parti kerajaan mempunyai hala tuju khusus berkaitan dengan perkara-perkara kehendak rakyat itu, sebaliknya parti-parti yang membangkang, lebih suka bermain dengan faktor keagamaan dan perkauman.
Puncak parti pembangkang mendapat manafaat kepada permainan keagamaan dan perkauman, adalah melalui PRU-12 dan 13, kemudian trend itu menurun dengan sendirinya, kerana rakyat akhirnya faham, kerana sebenarnya parti-parti pembangkang sebenarnya ikut menari sesuai dengan rentak parti Barisan Nasional., di mana akhirnya rakyat tersedar, adalah lebih baik menyokong syaitan yang dikenali berbanding malaikat yang belum dikenalpasti.
Permainan politik, jika tidak mampu menyediakan padang permainan yang berbeza, maka ikut rentak permainan yang sedia ada. Untuk masa ini, salah seorang pemimpin pembangkang yang mampu mengikut rentak permainan adalah Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR- Dato Azmin Ali. Azmin faham "cash is king" merupakan tarikan utama rakyat, khususnya penjawat awam kepada sesebuah kerajaan. Penjawat awam, walaupun jumlahnya tidaklah begitu ramai, namun pengaruhnya cukup signifikan, kerana mereka juga mempunyai keluarga. Pengaruh mereka terhadap keluarga masing-masing mempunyai impak kepada keputusan menentukan sesebuah kerajaan.
Sempena Hariraya yang menjelang tiba, Kerajaan Pesekutuan serta kerajaan-kerajaan negeri di bawah naungan Barisan Nasional mengumumkan bantuan hariraya sebanyak RM500 kepada pejanjawat awam, tanpa mengira pangkat. Pada keadaan yang sama, Azmin Ali mengumumkan untuk negeri Selangor, semua kakitangan awam diberikan satu setengah bulan gaji bagi lebih 17ribu kaitangan awam negeri itu.
Kemungkin besar Azmin mengambil iktibar kepada keputusan dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bahawa isu-isu setempat yang berkaitan dengan kehidupan pengundi secara langsung menyebabkan calon-calon Bn menang besar. Isu yang dimainkan Tun Dr Mahathir, isu yang dimainkan pemimpin DAP serta isu yang dimainkan Rafizi Ramli berkaitan jet yang disewa khas membawa Datin Rosmah mansor Ke Istanbul, hanya menyebabkan pengundi jelak, khususnya mereka yang mengundi calon-calon pembangkang pada PRU-13 lalu.
Adalah menjadi penghalang utama kepada Parti barisan Nasional untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pembangkang, jika para pemimpin negeri itu, menukar pendekatan kepada faktor-faktor yang dikehendaki rakyat. Selangor dan Pulau Pinang, boleh menjadikan "cash is king" kepada rakyat dua negeri itu, memandangkan dua negeri tersebut merupakan negeri kaya.
Read More / Baca Lagi >>

Kemenangan BN bukti Deklarasi Rakyat tidak relevan kepada rakyat ....

Posted: 21 Jun 2016 06:06 PM PDT


Tun Mahathir ketika menyampaikan ceramahnya kepada pengundi di Parlimen Sungai Besar baru-baru iniTun Mahathir ketika menyampaikan ceramahnya kepada pengundi di Parlimen Sungai Besar baru-baru iniKemenangan Barisan Nasional (BN) di dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Sabtu lalu, membuktikan Deklarasi Rakyat yang dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak relevan dan ditolak rakyat, kata Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar.
" Dr Mahathir sepatutnya mengarahkan deklarasi ini dihentikan sebab tidak memberi faedah kepada rakyat.
"Eloklah Tun berehat pada masa ini agar dapat kembali penghormatan daripada rakyat," katanya.
BN Selangor katanya berjaya mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan dalam menarik 17,000 pengundi daripada pelbagai parti komponen BN untuk keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar Sabtu lalu.
Beliau berkata pendekatan dan transformasi baharu yang diperkenalkan BN termasuk mengadakan sesi pemukiman dengan semua pimpinan BN negeri membolehkan ramai pengundi putih keluar mengundi.
"Pendirian kami di BN adalah kami tidak ambil kira perpecahan dan kelemahan parti lawan kami, tetapi apa yang ditekankan ialah menguatkan kedudukan BN sendiri.
"Sebab itulah kami capai matlamat (tarik 17,000 pengundi putih daripada parti komponen BN).
"Semua parti komponen termasuk MCA, MIC dan PPP mencapai KPI masing-masing setelah menunaikan janji, memastikan ahli mereka keluar mengundi," katanya dalam sidang media diadakan semalam.
Dalam PRK Parlimen Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang besar dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon Pas Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur, dalam pertandingan tiga penjuru.
Noh yang juga Pengarah PRK Parlimen Sungai Besar berkata pendekatan dan transformasi yang dilakukan dalam PRK itu akan diguna pakai  dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Tuduhan Tun M jauh tersasar rakyat sudah buat pilihan, kata pemimpin BN

Posted: 21 Jun 2016 06:04 PM PDT


Datuk Abdul Rahman DahlanDatuk Abdul Rahman DahlanRakyat tidak patut disalahkan dalam membuat pilihan pada pilihan raya kecil (PRK)kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laman blognya bahawa kemenangan BN dalam kedua-dua PRK itu hasil pemberian wang dan barang kepada pengundi, Abdul Rahman menyatakan kesal dengan tuduhan itu kerana seolah-olah pengundi di kawasan berkenaan tiada pendirian.
"Saya berpendapat rakyat memilih BN kerana BN memberikan harapan sebagai parti yang baik untuk generasi mereka akan datang dan jaminan keselamatan negara dan bukannya berdasarkan sesuatu isu tertentu.
"Tuduhan itu jauh tersasar, tidak munasabah dan alasan yang karut kerana kalah dalam pilihan raya itu. Beliau telah lakukan apa yang beliau lakukan, saya fikir beliau perlu menerima yang rakyat telah menyatakan pilihan mereka," kata Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika ditemui selepas menyertai program bubur lambuk di kementeriannya semalam.
Beliau berkata pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah matang dan mempunyai pendirian sendiri mengenai isu yang dibawa oleh Dr Mahathir.
"Mereka mendengar apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir dan keputusan yang mereka buat ialah bahawa mereka tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir, itu saja," katanya.
BN menang besar dalam kedua-dua PRK pada Sabtu lepas dengan Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh majoriti 6,969 undi di Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi meraih majoriti 9,191 undi di Sungai Besar.

BN lagi suka kalau boikot pilihan raya, kata pembangkang

Posted: 21 Jun 2016 06:02 PM PDT

Kerajaan boleh memilih mengabaikan pembangkang seperti yang mereka selalu lakukan, kata Amanah dan DAP.
khalid samad
PETALING JAYA: Pemimpin Amanah dan DAP tidak bersetuju dengan seruan Datuk Zaid Ibrahim semalam supaya pembangkang memboikot pilihan raya sehingga beberapa tuntutan dipenuhi.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata langkah itu tidak tidak mungkin mengganggu kerajaan kerana ia boleh mengabaikannya seperti yang selalu dilakukan.
"Walaupun pembangkang tiada, kerajaan boleh membuat pembangkang palsu seperti PAS," sindirnya.
Pengarah komunikasi Amanah itu mengulas cadangan bekas menteri undang-undang itu, yang mahu pembangkang memboikot semua pilihan raya akan datang selagi perubahan mendesak tidak dilaksanakan, susulan keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang mengecewakan.
Zaid berkata Barisan Nasional (BN) akan sentiasa menang selagi rasuah berleluasa, merujuk kepada pemberian wang dan projek sepanjang tempoh berkempen.
"Sejak Najib (perdana menteri) diberikan mandat untuk memerintah, mungkin pembangkang tidak harus bertanding dalam pilihan raya sehingga 1) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bebas, 2) Larangan menyeluruh keatas rasuah pilihan raya dan pembelian undi, 3) pasukan polis yang bebas untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut, dan 4) Anwar Ibrahim dilepaskan dari penjara," tulis Zaid dalam blognya, sambil turut melahirkan rasa sedih dengan sikap pengundi Melayu yang tidak mementingkan kerajaan telus.
Jangan pupus macam Parti Buruh
Cadangan Zaid itu juga tidak dipersetujui Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
"BN dan Najib sama sekali tidak akan melayan permintaan daripada masyarakat sivil dan Pakatan Harapan," kata Teresa.
"BN dan Najib akan mara mengadakan pilihan raya tanpa peduli sama ada PH bertanding atau tidak."
Kok berkata memulaukan pilihan raya hanya akan kemenangan percuma kepada BN, dan bimbang PH mengulangi kegagalan Parti Buruh pada 1969.
Read More / Baca Lagi >>

PAS puas hati walau kalah PRK - "Menang Untung, Kalah Balik Modal"

Posted: 21 Jun 2016 05:56 PM PDT

Naib presiden PAS berkata pembangkang perlu bersikap realistik terima kekalahan
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
PETALING JAYA: Walaupun kalah pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, PAS berkata ia masih sebuah parti yang kuat walaupun dilanda perpecahan.
"Kita berjaya mengekalkan sokongan, perbezaan undi dalam pilihan raya umum lalu dan PRK kali ini dilihat cukup kecil. Daripada pencapaian ini, kita berpuas hati," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik Utusan Malaysia.
Amar turut menasihati parti pembangkang lain seperti DAP dan PKR supaya mencontohi PAS dalam menerima kekalahan.
"Saya rasa semua pihak yang kalah ini perlu bersikap realistik menerima kekalahan, seperti mana Pas terima kekalahan secara terbuka dan menganggap itu cabaran kepada kita untuk memperkuatkan parti," kata timbalan menteri besar Kelantan itu.
Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang melahirkan rasa kecewa dengan kemenangan besar diperolehi Barisan Nasional di kedua-dua PRK itu.
Mereka turut mempersoalkan sama ada rintihan rakyat selama ini tidak berasas berikutan sokongan besar yang diberikan mereka kepada BN.
Semalam, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata pengundi Melayu seakan-akan tidak kisah dengan rasuah selagi mereka diberikan habuan.
Sabtu lepas, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid menang di Kuala Kangsar dengan majoriti 6,969 (dari hanya 1,083 pada 2013) manakala Budiman Mohd Zohdi menang di Sungai Besar dengan majoriti 9,191 (dari hanya 399 pada 2013), menewaskan calon Amanah dan PAS di kedua-dua kawasan Parlimen itu.

Comments (0)