Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:48 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


TAKUT DISOAL DI AKHIRAT, SYUKUR KITA ADA PERDANA MENTERI MACAM NAJIB!!

Posted: 19 Jun 2016 05:33 PM PDT

Alhamdulillah...walaupun baru menang selesa di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Najib Razak tetap merendah diri dan menunjukkan beliau juga sentiasa mengingati hari matinya.

Di Kelantan semalam, beliau berkata, kerajaannya bersikap adil terhadap rakyat negeri itu, meskipun ia bukan ditadbir oleh BN.

Tambah Najib, di sebalik ramai yang mendakwa kerajaan pusat menganaktirikan Kelantan, hakikatnya peruntukan besar telah disalurkan, khususnya bantuan rumah banjir yang membuktikan keprihatinan kerajaan kepada rakyat negeri itu.
Orang kata Kelantan anak tiri, tapi itu tuduhan tidak benar. BN tetap adil kerana pemimpin perlu bersikap adil, saya tak mahu dipersoal di akhirat nanti, tambahnya lagi.

Sekali lagi, syukur Alhamdulillah kita ada Perdana Menteri yang takutkan hari akhirat macam beliau ini. 

Jamil Khir Baharom, menteri yang jaga agama pun jarang-jarang sebut tentang hari akhirat.

Tetapi adakah bab itu saja yang Najib takut dipersoalkan di akhirat nanti?

Bab-bab lain macam mana?

1MDB, wang RM2,600 juta dalam akaun peribadinya, pembaziran, bermewah, memecat Peguam Negara, menerima wang daripada SRC International dan banyak hal lagi - tak takutkah juga disoal di akhirat nanti?

Bekas ketua hakim: Masa untuk Umno bersihkan imej

Posted: 19 Jun 2016 05:30 PM PDT

Pengundi bukan Melayu terutama masyarakat Cina akan membuat perhitungan untung-rugi semula.
Tun-Abdul-Hamid-Mohamad--umno-bn
KUALA LUMPUR: Bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menasihatkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bongkak dengan kemenangan pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar Sabtu lepas.
Sebaliknya, beliau berkata Umno perlu berterima kasih kepada pengundi dan cuba meluaskan sokongan dengan membersihkan dirinya dari imej rasuah, lapor Utusan Malaysia.
"Apabila BN kembali kuat, pengundi bukan Melayu terutama masyarakat Cina akan membuat perhitungan untung-rugi semula dan keadaan ini mungkin akan mengubah pendirian mereka untuk mengundi BN semula kerana mereka takut rugi," katanya dipetik akhbar milik Umno itu.
Calon BN di kedua-dua kawasan Parlimen menang dengan majoriti lebih besar mengalahkan calon PAS dan Amanah.
Di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,969 (dari 1,083 pada 2013), manakala di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti 9,191 (dari 399 pada 2013).
Sementara itu, Hamid turut menyelas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa bekas perdana menteri itu merosakkan integriti dan pencapaian beliau dengan menyokong pembangkang pada PRK ini.
"Janganlah menyusahkan orang untuk terus menghormati beliau.
"Lebih baik Dr Mahathir berehat supaya orang boleh terus menghormatinya," katanya.

Pendekatan berbaik dengan Umno gagal

Posted: 19 Jun 2016 05:22 PM PDT

Pendekatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbaik-baik dengan Umno bagi tujuan mendapatkan undi dari pengundi parti itu nyata gagal.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Abdul Samad berkata, strategi Pas itu hanya memberi kelebihan kepada BN padaPRK ierus Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana undi orang Melayu dari Umno tidak berpihak kepada mereka.
Dakwanya, kempen Pas pada PRK berkenaan yang menyerang Amanah dan DAP berjaya melindungi kesilapan Umno seolah-olah parti itu bukan punca masalah yang dihadapi negara ini.
"Oleh kerana masyarakat diberi gambaran Umno itu baik dan DAP itu punca kepada krisis, maka pengundi tidak berganjak dan tetap beri undi kepada Umno," katanya, semalam.‎
Mengenai pencapaian Amanah pada PRK itu, beliau berkata, antara kekangan yang dihadapi pihaknya adalah usaha memecahkan undi orang Melayu yang menyokong Umno.

Najib: Saya tak mahu dipersoal di akhirat

Posted: 19 Jun 2016 05:20 PM PDT


KUALA KRAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau bersikap adil terhadap rakyat Kelantan walaupun negeri ini bukan dikuasai BN.
Najib berkata, ramai yang mendakwa kerajaan pusat menganaktirikan negeri Kelantan, sebaliknya peruntukan besar disalurkan khususnya bantuan rumah banjir membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat negeri ini.
"Orang kata Kelantan anak tiri, itu tuduhan tidak benar, BN tetap adil kerana setiap pemimpin perlu berlaku adil, saya tidak mahu dipersoalkan di akhirat walaupun bumi ini bukan diperintah BN,"katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyerahan Rumah Mangsa Banjir di Kampung Staponal di sini, hari ini.
Najib berkata, beliau terharu dengan kesengsaraan mangsa banjir setelah melakukan lawatan pada Disember 2014, selepas banjir besar berlaku.
"Saya lihat keadaan banyak rumah yang hanyut. Rosak dan rumah tersebut tidak boleh dibaik pulih, saya sedih, menyusuk kalbu melihat penderita mangsa banjir di Kuala Krai dan daerah lain.
"Saya kembali (berbincang) jemaah menteri, kita perlu buat sesuatu, kita perlu ada program bantuan banjir khususnya Kelantan dan kita usahakan rumah,"katanya.
Apa yang menarik, Najib berkata, pembinaan rumah dengan kos RM65, 000 sebuah adalah pertama kali dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.
"Bila kita dapat tahu masalah tanah timbul, saya arahkan untuk membeli tanah swasta, kita usahakan sedaya mungkin supaya mangsa dapat  kediaman," katanya.

Sebar kata-kata TGNA, ini pesan Nik Abduh

Posted: 19 Jun 2016 05:16 PM PDT


Nik Abduh

SHAH ALAM – Anak lelaki Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh berpesan kepada mana-mana pihak yang menyebarkan kata-kata Allahyarham ayahnya itu agar menyertakan sekali sumber ia diperoleh.
Menurut Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, ia bagi mengelakkan perbuatan golongan yang tidak bertanggungjawab menyebarkan kata-kata yang bukan dari bekas Menteri Besar Kelantan itu.
"Kepada rakan-rakan yang menjadi penyebar pertama kalam-kalam nasihat dan motivasi Allahyarham ayahanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, saya sarankan agar disertakan juga dua perkara utama, pertama, penerbit dan kedua, dari sumber mana kalam itu diambil.
"Rujukan ini amat penting bagi mengelak perbuatan golongan yang beringan-ringan dan tidak bertanggung jawab sehingga menukilkan kalam yang bukan daripada ayahanda. Begitulah Islam mementingkan keaslian sumber yang sahih bagi menghidupkan hati-hati manusia dengan cara yang benar dan diredai," katanya melalui status yang dimuat naik di Facebooknya, semalam.
Nik Abduh turut mencatat doa, "semoga ALLAH menjadikan kita semua dari kalangan orang-orang yang berjaya membersihkan diri di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan dan ketinggian ini."
Allahyarham Nik Abdul Aziz menghembuskan nafasnya yang terakhir Februari tahun lalu selepas menderita kanser.
Terbaharu, keluarganya membuka Galeri Tok Guru di hadapan kediaman keluarga itu yang mempamerkan barangan peribadi Allahyarham untuk tatapan umum.

Pengorbanan Anwar Ibrahim dan hilangnya fokus pembangkang

Posted: 19 Jun 2016 04:27 PM PDT


Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Anwar Ibrahim
Di saat Ramadan dan bakal menyambut Hari Raya, Anwar Ibrahim kini dikurung di balik jeriji besi di Sungai Buloh sehingga tahun 2020. Sepanjang perjuangannya, telah lebih sembilan tahun beliau mendekam dipenjara. (1972-1974, 1999-2004, dan kini 2015 -?).
Anwar dipenjara kerana kerana satu sebab: Sikap tegasnya membanteras rasuah dan penyelewengan kerajaan Umno-BN. Lalu fitnah direkayasa dan polis, hakim, penguasa agama serta Peguam Negara diguna sebagai pekakas bagi merelisasikan skrip pemerintah. Bukti yang tiada, diadakan dan kebenaran dipadamkan.
Akibatnya di negara Malaysia, di negara yang umatnya melaung-laungkan nama Islam, Allah,Nabi Muhammad, fitnah terbesar dicipta dan dihalalkan. Besarnya dosa pereka-pereka fitnah, penyebar, penyokong dan orang yang berdiam serta merelakannya tidak pernah dibincang dalam forum-forum agama di pentas atau di TV.
Di University Curtin, Perth saya bertemu dengan seorang pelajar Malaysia yang memberitahu bahawa pensyarah beliau yang berbangsa Australia sudah mengambil keputusan enggan datang ke Malaysia lagi kerana membantah fitnah dan pemenjaraan Anwar pada februari 2015. Pensyarah tersebut dulunya sering ke Malaysia atas urusan akedemik dan pertukaran mahasiswa.
Tindakan seorang Mat Saleh tidak banyak membantu merubah keadaan, tatapi ia merupakan tamparan hebat kepada kita kepada rakyat Malaysia yang kebanyakannya kelihatan pasrah dan tidak melakukan apa-apa melihat fitnah dan kerakusan kuasa di depan mata. Kita boleh tidak bersetuju dengan cara politik Anwar, tetapi kita tidak boleh berdiam diri melihat kezaliman.
Dalam perjalanan sebagai seorang ahli politik, Anwar lebih mementingkan kesejahteraan rakyat berbanding diri sendiri.
Sebagai contoh, sejurus selepas PRU 13, Najib cuba mendekati Anwar di Jakarta untuk menawarkan jawatan tinggi dalam kabinet, tetapi Anwar menolak. Terdahulu, beberapa bulan sebelum dipenjarakan pada 10 Februari 2015, beliau ditawar oleh sebuah negara untuk perlindungan politik, tetapi juga menolak. Ini semua atas satu prinsip, semua tawaran jawatan dan perlindungan politik hanya mampu menyelematkan diri beliau sendiri, tetapi tidak menyelamatkan rakyat dan negara Malaysia.
Sekarang di Sungai Buloh keadaan kesihatan Anwar juga merosot. Menurut maklumat keluarga terdekat, bahu kanan beliau mengalami masalah saraf, sering kekebasan dan adakalanya tangan tidak dapat digerakkan dan berkemungkinan boleh menyebabkan kelumpuhan jika dibiarkan berlarutan.
Selama lebih setahun beliau dinafikan rawatan perubatan oleh doktor pilihan beliau sendiri. Doktor yang dihantar untuk merawat Anwar sekarang tidak boleh dipercayai kerana beliau adalah juga doktor peribadi Najib. Sekali sekala KDN di bawah perintah Zahid Hamidi membenar Anwar ke hospital hanya untuk sehari dua sebelum dengan tergesa-gesa menghantar semula ke penjara tanpa menunggu keputusan ujian kesihatan dan rawatan lanjut di hospital.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRK dan cabaran politik baru Pakatan Harapan

Posted: 19 Jun 2016 04:26 PM PDT


PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh parti parti bertandingPRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh parti parti bertanding

Keputusan dua PRK yang baru sahaja usai pastinya meninggalkan kesan mendalam terhadap penyokong serta pendokong Pakatan Harapan khususnya parti Amanah yang telah meletakkan calon bertanding.
Saya sendiri telah meluangkan masa dan tenaga untuk bertugas membantu gerak kerja memenangkan calon Pakatan Harapan di Sungai Besar.
Pelbagai analisa dikeluarkan oleh organisasi penyelidikan, ahli akademik, aktivis parti, pemerhati politik, mahupun orang perseorangan yang peduli terhadap perkembangan politik semasa khasnya pasca dua PRK tersebut.
Pilihan Raya Pasca Amanah, Pakatan Harapan
Pasca penubuhan Amanah dan pembentukan kolasi baharu parti-parti pembangkang membentuk Pakatan Harapan, tidak lain hanyalah mengukuhkan lagi premis bahawa tugas untuk menumpaskan Umno-BN bukanlah suatu misi mudah.
Umno-BN yang telah mencengkam kuasa kerajaan pusat sejak lebih 50 tahun dengan dilengkapi segala jentera, pastinya tidak akan memberi laluan mudah setiap kali pilihan raya datang menjengah.
Dalam PRU ke-13 sahaja pun, kita menyaksikan Umno- BN mengoptimumkan segala sumber untuk memastikan mereka kekal berkuasa sekalipun dengan undi popular 47% sahaja berbanding 53% sokongan terhadap Pakatan Rakyat ketika itu.
Bersetuju dengan lontaran oleh pengerusi DAP Johor merangkap Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan - Liew Chin Tong, fasa kali ini menyaksikan badai senario politik nasional dalam kerangka membentuk political realignment atau penstrukturan semula politik tanah air.
Mengalih Kompas Politik Malaysia
Dalam hal ini, cabaran getir Pakatan Harapan adalah untuk mengalih kompas politik tanah air kearah membawa rakyat untuk melihat isu sebenar yang melingkari mereka. Ya, mengalih kompas tersebut dicelah-celah konflik dalaman dihadapi pakatan pembangkang termasuklah juga Umno BN itu sendiri.
Isu ekonomi yang memberi kesan langsung terhadap kehidupan rakyat akibat tiris serta korupsi UMNO BN perlu digarap kemas agar masuk ke dalam benak pemikiran dan pemahaman rakyat.
PH tidak boleh berputus asa bahkan perlu melipat gandakan usaha dan kekuatan untuk mendidik rakyat memahami isu sebenar yang menghimpit mereka ini.
Skandal 1MDB, cukai GST, pembaziran dana awam dan segala macam rasuah tajaan UMNO BN pada saya masih menjadi tajuk besar yang perlu dikemukakan oleh PH.
Maksud saya, Pakatan Harapan sudahpun berada pada landasan yang betul. Namun, strategi yang lebih rapi dan tepat sehingga menyentuh akal dan hati rakyat perlu dirangka untuk memastikan kakuatan, kefahaman dan kesedaran mereka berjaya digembeling sehingga mampu diterjemahkan keatas kertas undi menerusi penolakan terhadap Umno-BN.
Politik Lama VS Politik Baru
Dalam skala besar, saya anggap pertembungan kini adalah pertarungan antara politik lama tajaan Umno-BN dengan politik baru yang dibawa oleh PH. Pertembungan ini adalah suatu agenda perlawanan yang amat besar, kritikal dan mencabar dalam pentas demokrasi hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pas sedia kerjasama tetapi bukan dengan Amanah dan DAP

Posted: 19 Jun 2016 04:19 PM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man 1Tuan Ibrahim Tuan Man 1Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang tidak memihak kemenangan kepada parti pembangkang telah membuka mata Pas untuk menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan, bagaimanapun kerjasama itu bukanlah dengan Amanah dan DAP.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas masih berpendirian untuk tidak menggadai prinsip perjuangan Islam yang dibawa parti itu.

"Saya fikir dengan DAP, Amanah tidak mungkin (akan kerjasama). Sebab prinsip Pas, orang (Amanah, DAP) tidak boleh terima, itu tidak mungkin berlaku.
"Sebab kita bekerjasama (dalam PR) sampai kita hilang prinsip yang kita perjuang, Pas fikir tidak ada parti yang sanggup begitu.

"Sebenarnya kita tengok Amanah ini lahir daripada sikap agak mengecewakan Pas. Mereka tewas pada muktamar dan menarik ahli-ahli parti keluar, saya fikir ini kita tidak boleh terima begitu," kata beliau seperti dipetik daripada portal berita Antarapos.
Beliau mengakui pembangkang perlu kembali bekerjasama antara satu sama lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya mahu mengekalkan kerusi masing-masing.
Namun beliau menyatakan pendirian parti itu tidak akan mengorbankan kerusi Pas bagi memberi laluan kepada parti lain dalam Pakatan Harapan.
"Saya tengok ada keperluan, tidak semestinya gabungan. Saya rasa ada mekanisma lain yang perlu dicari. Saya sebut dulu bahawa diantara mekanisma yang boleh Pas terima ialah sepakat untuk satu lawan satu.

"Tapi Pas tegaskan setuju satu lawan satu di kedua PRK ini tapi bukan prinsip kita terpaksa korbankan kerusi Pas, itu tidak betul dari segi sepakat. Kita kena hormati hak kerusi yang sedia ada dan parti lain tidak perlu sertai sama. Itu sepatutnya dihormati.

"Kalau prinsip itu tidak dihormati maknanya kita bergabung tapi kita terpaksa korbankan kita punya kerusi, saya fikir tidak betul dari segi kaedah kerjasama," katanya seperti dilapor.
Read More / Baca Lagi >>

Pengusaha restoran mamak mahu pengecualian GST

Posted: 19 Jun 2016 04:13 PM PDT

Ini kerana, kebanyakan pelanggan restoran di luar hotel seperti mamak sering dikunjungi golongan berpendapatan sederhana.
noorul-hassan-presma-gst
PETALING JAYA: Kerajaan digesa mempertimbangkan pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk semua restoran di luar hotel, termasuk restoran mamak bagi mengurangkan beban kewangan dan tekanan yang dihadapi pengguna.
Gesaan itu dibuat Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed, kerana kebanyakan pelanggan restoran di luar hotel seperti mamak sering dikunjungi golongan berpendapatan sederhana.
Jelasnya, pelaksanaan GST yang dikenakan ke atas harga makanan di restoran mamak tidak baik untuk kesihatan pelanggan kerana dasar itu menyebabkan mereka tertekan.
"Kita alu-alukan cadangan Kementerian Kesihatan untuk menghapuskan GST ke atas air mineral, tetapi kita juga harapkan kerajaan mengecualikan GST kepada restoran di luar hotel seperti restoran mamak, restoran masakan Malaysia yang lain, kerana ia akan membawa kegembiraan kepada rakyat, apabila mereka gembira mereka tidak tertekan dan itu juga baik untuk kesihatan.
"Sebab rata-rata pelanggan yang datang mereka tak berapa gembira bila ada GST di premis kami, sebab yang datang adalah golongan pertengahan dan bawah, mereka rasa terbeban dan tertekan bila harga (makanan) mahal disebabkan GST," katanya ketika dihubungi FMT baru-baru ini.
Minggu lalu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dilaporkan sebagai berkata, cadangan mengecualikan GST ke atas air mineral sebanyak 6% bertujuan menggalakkan orang ramai berhenti mengambil minuman bergula.
Cadangan itu turut disokong Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah yang mendakwa harga air mineral dijual di negara ini sama dengan harga satu liter petrol.
"Harga mineral sekarang masih tinggi, kenapa pihak KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) membiarkan perkara ini, saya setuju GST dimansuhkan tetapi walaupun GST dimansuhkan harga tetap tinggi.
"Sepatutnya, menteri yang mengawal turun naik harga barang perlu meletakkan air mineral di bawah jenis barang kawalan supaya tidak mahal dan dapat menarik orang ramai meminum air putih untuk kesihatan," katanya kepada FMT.

Awalkan PRU14 perlu banyak perkiraan kata Najib

Posted: 19 Jun 2016 04:09 PM PDT

BN akan membuat analisis mendalam mengenai kemenangan parti itu pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
najib-pru14
KUALA KRAI: Perdana Menteri menegaskan, banyak perkiraan perlu dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 boleh diadakan.
Datuk Seri Najib Razak berkata demikian sebagai mengulas kemenangan besar BN di PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, semalam.
"Biarlah sehari dua ini kita hayati kemenangan dan seronok sikit, jangan lama sangat seronok kerana banyak tugas yang patut dilakukan untuk kita terus berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat.
"Saya hendak kita jangan terbawa-bawa dengan kemenangan ini, kita mesti bawa sikap rendah diri, sikap mendekati rakyat, sikap rajin membantu rakyat, kalau kita pegang pada prinsip ini, sokongan kepada BN akan terus meningkat," katanya selepas majlis Penyerahan Kunci Rumah Kekal Mangsa Banjir di Tapak Maju Ternak, Kampung Staponal, Batu Jong hari ini.
Pengerusi BN itu juga berkata, pihaknya akan membuat analisis mendalam mengenai kemenangan BN pada kedua-dua PRK itu.
Sementara itu, majoriti besar yang diraihkan BN pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam membuktikan rakyat menolak pungutan suara dan Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib berkata, kedua-dua PRK itu menjadi luar biasa kerana pembangkang khususnya Mahathir menjadikannya platform bagi mendapatkan pungutan suara mengenai kepimpinan beliau.
"Dia (Dr Mahathir) berkempen secara terbuka supaya pengundi menolak BN tetapi dengan kemenangan dan peningkatan majoriti berlipat ganda kepada BN, terbukti apa yang disarankan itu ditolak rakyat.
"Kalau pungutan suara Deklarasi Rakyat kononnya dapat banyak pihak menyokong tetapi ia tidak diterjemahkan dalam bentuk Pilihan Raya Negeri Sarawak dan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar," katanya.
Semalam, BN menang di Kuala Kangsar dengan majoriti 6,969 undi berbanding 1,082 undi pada PRU13 manakala majoriti 9,191 undi pula dicapai di Sungai Besar berbanding majoriti 399 undi pada 2013.
"Kita iktiraf bukan melalui pungutan suara, melalui cara yang tidak sah. Ini kerana tidak ada kesahihan tandatangan (Deklarasi Rakyat) dan sebagainya.
"Cuma yang sah ialah proses mengikut undang-undang negara dan Perlembagaan negara iaitu melalui pilihan raya sama ada pilihan raya umum, negeri dan kecil," katanya.
Dengan kemenangan itu, Najib berkata kerajaan BN akan meneruskan dasar-dasarnya untuk membawa kemajuan, kemakmuran dan kestabilan negara kepada rakyat.
Ditanya apakah iktibar kemenangan itu kepada Mahathir, beliau berkata: "Lebih kerap Tun Mahathir turun (berkempen), (ia) lebih menguntungkan BN, saya harap beliau jangan berhenti turun (berkempen) lagi."

Deklarasi Dr Mahathir tidak berjaya singkir saya, kata Najib

Posted: 19 Jun 2016 02:44 PM PDT

Datuk Seri Mohd Najib Razak menyifatkan kemenangan menyakinkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) semalam membuktikan usaha mengumpulkan pungutan suara untuk menyingkirkannya sebagai sia-sia.
Perdana Menteri berkata tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kerap bersama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinannya sebaliknya hanya menguntungkan mereka, ia terbukti dengan kemenangan semasa di Sarawak dan terbaharu di dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Lebih kerap Tun Dr Mahathir turun, lebih menguntungkan BN, saya harap dia jangan berhenti, turun lagi," kata Najib sinis selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mangsa Banjir di Kampung Staponal di Kelantan pada Ahad.
Najib juga berkata, kehadiran bekas perdana menteri itu yang mahu memungut tandatangan bagi menentang kerajaan gagal sama sekali dan gagal diterjemahkan dalam kedua-dua PRK tersebut apabila majoriti BN semakin meningkat berbanding sebelumnya.
"Pungutan suara kononnya banyak pihak yang menyokong tetapi tidak diterjemahkan di dalam di dua PRK dan PRN Sarawak, ini kerana BN mendapat majoriti yang melipat kali ganda,
"Pungutan suara pula dilakukan tidak sah termasuk isu tandatangan," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

'Tampil ke depan kalau betul anak jantan' - Zuraida

Posted: 19 Jun 2016 08:00 AM PDT

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin"Kalau dia anak jantan, kalau dia berani, sila datang kemukakan bukti dan jangan hanya buat dakwaan," demikian bidas Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin.
Zuraida berkata demikian ketika menjawab dakwaan kekayaan luar biasa yang dimiliki seperti yang tersebar di Facebook sejak beberapa hari lalu.
"Saya tak faham khabar angin seperti itu. Kalau dia anak jantan, dia berani, sila datang kemukakan bukti.
"Saya tak nak rendahkan martabat saya melayan orang-orang yang buat cerita dan fakta tak betul," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Sebuah akaun Facebook di atas nama Captain M sebelum ini mengeluarkan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal menyiasat dan menahan Zuraida yang dikatakan sebagai proksi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menguasai semua projek dan tender Peruntukan Marris yang disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kos bawah RM3 juta.
Zuraida juga didakwa memiliki kekayaan luar biasa dan beberapa aset milik Zuraida turut disenarai dalam pendedahan tersebut.
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki hari ini berkata, pihaknya tidak menjalankan siasatan ke atas Zuraida seperti dakwaan yang tersebar.
"Kita ikut saluran yang betul. Kalau dia datang dengan cara yang betul, saya akan lawan dan jawab dengan saluran yang betul," katanya lagi.

Budiman dilantik timbalan menteri?

Posted: 19 Jun 2016 07:57 AM PDT

Ia sebagai perangsang buat BN Selangor untuk bekerja lebih keras pada PRU akan datang dalam usaha untuk menawan kembali Selangor.
awang-pawi-budiman-1
PETALING JAYA: Selepas meraih majoriti besar pada PRK Sungai Besar semalam, Budiman Mohd Zohdi diramalkan akan dilantik sebagai timbalan menteri.
Ramalan itu dibuat penganalisis, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi memandangkan kerusi Parlimen Sungai Besar pernah disandang Allahyarhamah Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Pensyarah Jabatan Sosiobudaya Universiti Malaya itu berkata, jika dilihat daripada senarai anggota Kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terdapat kuota untuk jawatan timbalan menteri bagi wakil rakyat Selangor.
"Jadi, peluang Budiman diangkat sebagai timbalan menteri juga besar. Ia juga sebagai perangsang kepada BN Selangor untuk bekerja keras pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang untuk menawan Selangor.
"Berbanding dengan Datin Mastura Mohd Yazid yang memenangi PRK Kuala Kangsar, Budiman ada pengalaman lebih luas dalam politik," katanya kepada FMT hari ini.
Semalam, Budiman berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Besar yang disandang Allahyarhamah Noriah yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pda 5 Mei lalu dengan majoriti amat selesa iaitu 9,191 undi.
Calon Amanah, Azhar Abdul Shukur yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar sekadar meraih 7,609 undi sementara calon PAS, Dr Abdul Rani Osman yang juga Adun Meru mendapat mendapat 6,902 undi.

NAJIB TERUS MENCABAR MAHATHIR?

Posted: 19 Jun 2016 05:30 AM PDT

Selepas kemenangan membanggakan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Najib Razak nampaknya tidak henti-henti melepaskan sindirannya kepada Tun Mahathir Mohamad.

Di Sungai Besar malam semalam, Najib berkata, kemenangan cemerlang BN menunjukkan "Idi Amin Malaysia" tetap popular di hati pengundi.

Hari ini pula, beliau menyifatkan kekerapan bekas Perdana Menteri itu turun berkempen memihak kepada pembangkang lebih menguntungkan BN.
Lagi kerap Tun Mahathir turun, lagi menguntungkan BN, saya harap dia jangan berhenti, turun lagi, kata Najib.

Walaupun berupa sindiran, Najib sebenarnya sedang mencabar Tun Mahathir.

Apakah Tun Mahathir akan menyahut cabaran itu?

Tidak sukar sebenarnya menduga langkah Tun Mahathir seterusnya, lagi pun sudah disebutnya sebelum ini, sama ada BN menang atau kalau di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, usaha menurunkan Najib tetap akan diteruskan sehingga berjaya.

Sama ada lebih kerap turun, terus bercakap atau dalam bentuk bagaimana cabaran itu disahut, sehingga PRU 14 akan datang, Najib pasti merasakan asakan dan serangan Tun Mahathir dengan lebih "menggila" lagi selepas ini.

Melayu bergurulah dengan Cina

Posted: 19 Jun 2016 05:26 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Kemenangan besar calon BN Budiman Mohd Zohdi di Sungai Besar dan Masturi Mohd Yazid di Kuala Kangar semalam ialah kerana peralihan undi Cina daripada pembangkang (sebuat Pakatan Rakyat) sebelum ini kepada BN. Pihak MCA mendakwa mereka berjaya meraih 35% undi Cina di Sekinchan berbanding 13% pada Peraum 2013 yang lalu. Manakala pihak Gerakan pula mengatakan mereka berjaya mengalihkan 40% undi Cina kepada BN.

Perubahan undi itu memang jelas dan menjadi fakta yang tidak boleh dipertikaikan. Peralihan itu memberi signifiken kepada parti DAP kerana ia dilihat kegagalan parti itu mengekalkan sokongan lalu untuk melonjakkan undi kepada rakannya Amanah. Cina di Sekinchan adalah penyokong dan ahli DAP. Dun Sekinchan satu-satu Dun yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam Peraum lalu.
Manakala di Kuala Kangsar, undi Cina di Jerlon yang dulu dimenangi oleh pembangkang kini jadi sebaliknya.

Mungkin peralihan undi Cina itu meresahkan DAP? Ia akan menjadi lebih menakutkan kalau siptom yang ditunjukkan di Sungai Besar itu khasnya berpanjangan hingga ke pilihan raya umum akan datang. DAP sudah tentu akan bangkit dan bingkas mencari formula dan kaedah untuk membendung siptom itu agar tidak menjadi barah kepadanya.

Bagaimana pun, saya melihat peralihan undi Cina yang boleh dikira besar itu, bukan kegagalan DAP dalam berkempen dan menarik perhatian orang Cina. Ia ada hubung kait dengan masalah lain. Seperti mana kata seorang politician Cina, pengundi Cina beralih kepada BN kerana bosan dengan apa yang berlaku dalam parti pembangkang.

Perpecahan dalam parti agama (Pas) sehingga muncul parti Amanah menyebabkan pengundi Cina keliru dan mereka bingung kalau pun tidak nanar. Mereka mungkin juga jeluak memikirkan cara orang Melayu bermain politik menggunakan agama sebagai modal mengkafirkan sesama sendiri. Perpecahan dan perbalahan itu boleh menyebabkan mereka lari kepada BN sebagai memberi peringatan agar pembangkang kembali bersatu.

Dari sudut lain, perubahan pengundi Cina di Sekinchan dan Jerlon itu ada kena mengena dengan cara orang Cina bermain politik. Seperti juga peralihan besar undi Cina dalam pilihan raya negeri Sarawak tempoh hari. Mereka tidak bersemangat untuk kekal mengundi pembangkang, kerana mereka menyedari pilihan raya negeri Sarawak itu tidak akan membawa perubahan total, melihatkan kerajaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Pendekatan politik PAS mengundur ke belakang.

Posted: 19 Jun 2016 05:25 AM PDT

Oleh Mohammad Agus Yusoff
PRK ini menarik. Pertama, semua calon yang bertanding hebat dan mempunyai kelulusan yang tinggi. Kedua, banyaknya isu dalam kedua-dua PRK ini. Ketiga, kali pertama parti serpihan PAS, Amanah turut bertanding. Keempat, PAS kembali bertanding sendirian tanpa kerjasama dengan parti lain, tetapi masih yakin untuk mencipta kemenangan.

PARTI MANA MENANG?
Tanpa ragu BN akan menang di kedua-dua kawasan. Senarailah apa juga masalah dalaman dan luaran yang dihadapi oleh BN, namun parti ini tetap menang cemerlang dengan majoriti yang meningkat berbanding PRU 2013.
Amanah di tempat kedua. Biarpun parti baru, sokongan diterimanya dari bukan Melayu cukup kuat. Selain itu, Amanah juga mendapat sokongan kuat golongan Melayu Islamis yang progresif.
PAS yang telah lama dalam politik negara pula ketinggalan di belakang. PAS hanya bergantung undi kepada penyokong tegarnya sahaja. Pengundi bukan Melayu yang sebelum ini menyukai PAS tidak akan mengundi PAS lagi. Pengundi atas pagar juga begitu, tidak ramai yang akan mengundi PAS.
Berbeza sungguh dahulu dan sekarang. Dahulu PAS boleh berharap kepada pengundi atas pagar untuk menyokongnya, tetapi sekarang ini PAS sendiri pula yang berada di atas pagar—ke kanan tidak ke kiri pun tidak.
Mengapa begitu PAS sekarang? Panjang huraiannya. Yang pastinya selepas dua PRK ini, jika masih ada lagi penyokong tegar PAS berkata, kami tidak mengharapkan kemenangan dan hanya mahukan redha Alah sahaja, maka saya tidak boleh hendak komen lagi.
**************************************
Melihat perjalanan PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, saya fikir pendekatan politik PAS mengundur ke belakang.
Nasihat saya, jika PAS mahu kekal bersaing dalam politik negara, bekerjasama dengan kaum lain dan juga parti lain yang kuat. Percayalah PAS tidak boleh hebat sendirian.

PRK: PAS paling tercorot?

Posted: 19 Jun 2016 05:25 AM PDT

Oleh SYED AHMAD FADHLI
Keputusan seperti dijangka, BN berjaya kekal di dua kerusi yang memang sudah disandang sebelum ini. Dengan pertandingan 3 penjuru, BN dapat menang dengan lebih bergaya berbanding PRU13.

Adakah PAS tercorot?

Ya dan tidak.

Di Sungai Besar, PAS berada di no 3 manakala di Kuala Kangsar pula PAN berada di kedudukan tercorot.

Mengapa kelihatan PAS hilang begitu banyak undi berbanding PRU13?

Kerana dahulunya penyumbang utama undi PAS ialah undi dari kaum Cina di kedua-dua Parlimen tersebut. Boleh rujuk keputusan mengikut Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang lebih mikro sifatnya dalam menganalisis keputusan pilihan raya.

Apabila pengundi Cina sudah beralih arah, maka PAS begitu zahir terkesan hilang banyak undi.

Undi Cina beralih kepada siapa?

Ini bersifat 'alarm bell' kepada pembangkang kerana pengundi Cina sudah mula kembali kepada BN, dan selebihnya mengundi PAN-PH.

Risiko besar menanti di Selangor menjelang PRU14 kerana kelihatannya BN mampu memberi saingan untuk merampas kembali kerajaan daripada gabungan PH-PAS.

Undi Melayu persaingan antara siapa?

Jelas, apabila melihat keputusan semalam mengikut PDM, persaingan kekal tradisi antara Umno dan PAS di kawasan Melayu. PAN gagal mengganti PAS untuk mendapat undi Melayu.

Bagaimana PAS boleh tercorot di Sungai Besar tetapi no.2 di Kuala Kangsar?

Kerana di Sungai Besar adanya 33% jumlah pengundi kaum Cina manakala di Kuala Kangsar, pengundi kaum Cina tidak seramai itu.
Read More / Baca Lagi >>

Jalannya masih jauh jika rakyat sendiri terus ..

Posted: 19 Jun 2016 05:23 AM PDT

Oleh Rafizi Ramli
BismillahirRahmanirRahim.Saya mengikuti keputusan kedua-dua pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar di atas bas dalam perjalanan dari Pandan ke Kemaman. Hujung minggu ini adalah satu-satunya peluang untuk berbuka puasa bersama mak dan ayah.

Keputusan itu sudah jelas dan saya juga percaya semua pihak di Pakatan Harapan telah mencuba sebaik yang mungkin dengan kekangan yang ada. Sememangnya pertandingan politik di Malaysia tidak pernah adil kerana kita berdepan dengan pelbagai rasuah pilihanraya - jadi itu tidak pernah menjadi kejutan kepada kita apabila pengundi-pengundi beralih sokongan setelah dijanjikan dewan, jambatan dan lain-lain. Begitu juga kehadiran yang rendah semasa pilihanraya kecil juga dijangka.
Begitu juga perpecahan undi pembangkang apabila ada pertembungan 3 penjuru.
Satu-satunya perkara yang betul-betul mengejutkan saya ialah setelah pelbagai kepayahan yang ditanggung rakyat (dari GST, kenaikan kos sara hidup, skandal 1MDB, wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri, kemewahan isteri Perdana Menteri yang dibayar oleh wang rakyat dan pelbagai isu lagi) pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar memberi isyarat bahawa mereka tidak kisah pun dengan segala perkara ini.
Maksudnya segala keributan dan keresahan yang disuarakan selama ini (baik yang menulis secara terus, baik yang menzahirkan kemarahan itu di media sosial dan lain-lain) hanya satu kepura-puraan?
Maksudnya rakyat tidak kisah sebenarnya dengan kepayahan hidup yang disebabkan oleh GST? Mereka tidak rasa marah dengan skandal wang yang menyebabkan peruntukan rakyat dipotong dan menambahkan beban mereka?
Ada yang membuat komen bahawa isu-isu nasional tidak ada kesan kepada pengundi berbanding isu tempatan.
Saya rasa perkara ini perlu diperjelas dan diperbetulkan: isu tempatan dan isu nasional itu saling berkait. Kegagalan membina jambatan di Manong adalah kerana peruntukan yang tidak ada dan apabila disenaraikan, jambatan Manong lebih corot senarai keutamaannya berbanding projek-projek lain maka janji tinggal janji selama 5 penggal.
Harga getah yang rendah menjadi beban kepada penoreh getah kerana harga barang lain naik mendadak sedangkan pendapatan mereka turun. Harga barang naik disebabkan GST. GST diperkenalkan kerana kerajaan tidak cukup wang untuk menampung perbelanjaan akibat sumber sedia ada dibazirkan oleh pelbagai projek dan skandal.
Sebab itu saya tidak setuju dengan diagnosis mudah bahawa isu nasional tidak ada kesan berbanding isu tempatan.
Pendapat saya pengundi masih terlalu pekat dengan dua penyakit besar yang menjadi senjata pilihanraya Umno/BN sejak berdekad:
i) Penyakit sentimen perkauman/keagamaan - ramai pengundi pasrah dengan rasuah, penyelewengan dan pelbagai lagi (sedang mereka mengeluh setiap hari) kerana bagi mereka memerangi Cina DAP dan sekutu mereka (KEADILAN dan AMANAH) itu lebih penting dari membantu diri mereka sendiri. Akhirnya serangan perkauman yang bertubi-tubi oleh kedua-dua Umno dan PAS telah meningkatkan sokongan kepada Umno dan mengekalkan baki sokongan pengundi Melayu kepada PAS
Read More / Baca Lagi >>

Kemenangan BN referendum rakyat tolak pembangkang - Ismail Sabri

Posted: 19 Jun 2016 05:21 AM PDT

Kemenangan itu juga jelas membayangkan rakyat menolak politik kebencian, fitnah dan pembohongan yang selama ini dibawakan pembangkang.
sabri-bn
BERA: Kemenangan besar BN pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas menunjukkan keyakinan rakyat terhadap parti itu kian meningkat dan pada masa sama menggambarkan referendum rakyat menolak pakatan pembangkang.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemenangan itu juga jelas membayangkan rakyat menolak politik kebencian, fitnah dan pembohongan yang selama ini dibawakan pembangkang.
"Pembangkang sebelum ini mengatakan PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar akan menjadi referendum rakyat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu jika rakyat menolak calon BN bermakna rakyat menolak kepimpinan beliau.
"Mereka menganggap ini menjadi referendum rakyat kepada Datuk Seri Najib tetapi sebenarnya ia menjadi referendum kepada kepimpinan pembangkang. Kalau BN kalah mereka suruh Najib berhenti, kenapa pula kalau pembangkang kalah pemimpin mereka tidak berhenti?
"Jadi saya berharap mereka juga kena berani (buat apa yang dikatakan)," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan kepada golongan memerlukan di Masjid Batu Kampung Papan hari ini.
Dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam, BN bukan sekadar berjaya mempertahankan kerusi di dua Parlimen itu, tetapi turut melakar kejutan dengan mendapat majoriti lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-13.
Calon BN Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi memperoleh 16,800 undi dengan majoriti 9,191 undi manakala calon BN Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid pula mendapat 12,653 undi dengan majoriti 6,969 undi.
Ismail Sabri berkata, kemenangan itu turut menunjukkan rakyat menyokong Najib serta dasar yang telah kerajaan laksanakan menerusi pelbagai pendekatan bagi membantu rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Pengundi Cina tak setia – Dr Zuhdi

Posted: 19 Jun 2016 05:20 AM PDT

Mohd Zuhdi Marzuki berkata, berdasarkan pengamatannya, pengundi Cina akan beralih arah untuk menyokong parti lain selepas dua penggal.
zuhdi
PETALING JAYA: Kesetiaan pengundi Cina terhadap sesebuah parti itu yang tidak melebihi dua penggal adalah punca BN berjaya mendapat majoriti lebih besar di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata berdasarkan pengamatannya, pengundi Cina akan beralih arah untuk menyokong parti lain selepas dua penggal.
"Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan PRU 2013, mereka menyokong Pakatan Rakyat (PR), sekarang mereka akan kembali menyokong BN.
"Pola pengundian pengundi Cina sepanjang sejarah PRU di Malaysia saya perhatikan seperti itu," katanya kepada FMT hari ini sebagai mengulas faktor yang mempengaruhi pengundi Cina beralih arah menyokong BN di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar semalam.
Di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid yang merupakan balu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu, menewaskan tiga pencabar lain dengan majoriti lebih besar 6,969 undi.
Sementara Budiman Mohd Zohdi yang juga Adun Sungai Panjang berjaya mempertahankan kerusi Sungai Besar yang disandang Allahyarhamah Tan Sri Noriah Kasnon yang juga terkorban dalam tragedi helikopter itu dengan majoriti jauh lebih selesa iaitu 9,191 undi berbanding 399 undi yang diraih pada PRU13.
Untuk meraih sokongan pengundi Cina, Mohd Zuhdi menyarankan Dewan Himpunan Penyokong PAS memberi penjelasan berhubung tohmahan yang dilemparkan oleh DAP, MCA dan Gerakan.
"Pengundi Cina lari daripada PAS disebabkan PAS masih gagal memperjelaskan tohmahan yang dilemparkan oleh parti-parti itu," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menegaskan parti itu tidak kehilangan sokongan pengundi Cina pada dua PRK semalam kerana penubuhan parti itu belum sampai setahun.
"Bagi saya walaupun BN dapat meningkatkan peratusan pengundi Cina mereka, namun saya rasa itu fenomena yang biasa berlaku dalam mana-mana PRK.
"Sebab masyarakat Cina ini boleh 'demand', kadang-kadang dia tunjukkan sedikit berantakan tapi biasanya dalam PRU itu tidak akan terjadi," katanya.

PRK: Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan PAS akan kekal entiti berbeza

Posted: 19 Jun 2016 03:26 AM PDT


Suasana hari mengundi di  Sungai Besar
Suasana hari mengundi di Sungai Besar
Sudah awal lagi BN dijangka menang di kedua-dua pilihan raya ini apabila berlakunya situasi 3 penjuru melibatkan BN, Amanah, dan PAS di Sungai Besar manakala 4 penjuru di Kuala Kangsar dengan menyaksikan calon bebas turut sama bertanding.
Jika ditinjau di Sungai Besar, BN memenangi 16 800 undi mengalahkan calon Amanah yang mendapat 7609 undi manakala PAS pula ditempat ketiga dengan mendapat 6902 undi. Jika dicampurkan undi AMANAH dan PAS sekalipun, parti pembangkang hanya memperoleh 14 511 undi dengan majoriti 2289 undi.
Di Kuala Kangsar pula, BN memenangi kerusi ini dengan mendapat 12 653 undi mengalahkan calon PAS dengan undi 5684 dan calon Amanah mendapat 4883 undi. Undi parti pembangkang jika dicampur antara AMANAH dan PAS 10 567 undi dengan majoriti 2086 undi.
Maka dapat diperlihatkan bahawa jika undi Amanah dan PAS dicampur sekalipun masih tidak dapat mengatasi undi BN dengan perbezaan lebih 2000 undi. Jadi bagaimana ini boleh berlaku?
Sedikit Analisis
Pertama, antara faktor yang menyumbang kekalahan parti-parti pembangkang ialah jumlah keluar mengundi yang rendah. Di Kuala Kangsar hanya 71.4% membuang undi manakala di Sungai Besar hanya 74.4% keluar mengundi. Berbeza pada PRU ke-13, Kuala Kangsar mencatatkan 84.1% keluar mengundi manakala di Sungai Besar pula 88%. Faktor penyumbang kepada jumlah yang rendah ini ialah dibuat pada bulan ramadhan yang hampir kepada hari raya yang mengakibatkan pengundi luar keberatan untuk pulang. Jumlah inilah yang biasanya dilihat dalam siri-siri pilihan raya kecil apabila jumlah yang keluar mengundi hanya sekitar 70-80 % sahaja.
Undi kaum Cina yang mengundi Pakatan Harapan nyata memperlihatkan beberapa kemerosotan. Ini bermaksud BN berjaya meningkatkan penguasaan undi kaum Cina namun masih belum lagi mengatasi undi dari Pakatan Harapan. Ini dapat ditunjukkan menerusi saingan sengit Amanah dan BN di kawasan majoriti Cina. Paling menarik di Kuala Kangsar, BN menang di Jerlun iaitu kawasan majoriti Cina paling besar di Kuala Kangsar. PAS pula tewas teruk di kawasan-kawasan Cina apabila jauh ditinggalkan BN dan AMANAH. Kegagalan PAS mendominasi kawasan pengundi Cina seperti di Sekincan adalah merupakan sebab mengapa PAS gagal mendapat sokongan di kawasan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

'Lebih kerap Tun M turun, lagi untung BN' - Najib

Posted: 19 Jun 2016 03:24 AM PDT


KUALA KRAI - "Lebih kerap Tun Dr Mahathir turun, lebih menguntungkan BN, saya harap dia jangan berhenti, turun lagi."
Demikian sindiran sinis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas kemenangan besar BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar semalam.
Najib berkata, kehadiran bekas Perdana Menteri itu di dua pilihan raya termasuk berkempen untuk membuat pengutan suara menyingkirkannya jelas gagal.
"Pengutuan suara kononnya banyak pihak yang menyokong tetapi tidak diterjemahkan di dalam di dua PRK  dan PRN Sarawak,  ini kerana BN mendapat majoriti yang melipat kali ganda,
"Pungutan suara pula dilakukan tidak sah termasuk isu tandatangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mangsa Banjir di Kampung Staponal di sini hari ini.
Di PRK Kuala Kangsar, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang disandang oleh suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dengan majoriti 6,969 undi berbanding 1,082 undi.
Read More / Baca Lagi >>

Siapakah sebenarnya SINGA, SERIGALA dan ANJING-ANJING di negara kita ??

Posted: 19 Jun 2016 03:19 AM PDT


Biar semua naik janji rakyat syukur apa yang ada skrg..

Posted: 19 Jun 2016 03:17 AM PDT

Rakyat Malaysia patut bersyukur kepada Umno/BN kerana tanpa SINGA, SERIGALA & ANJING-ANJING di negara kita negara kita tak akan aman dan dapat suapan BR1M dan dedak..

Jatuh bangun pembangkang perkara biasa, DAP tidak putus asa

Posted: 19 Jun 2016 03:13 AM PDT

Walaupun mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil berkembar semalam dan pilihan raya negeri Sarawak bulan lalu, Ketua Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, Pakatan Harapan akan bangkit semula.
Menurut beliau, keadaan semasa adalah sama seperti apa yang dihadapi pembangkang semasa pilihan raya umum 1995, pilihan raya kecil Machap dan Ijok pada tahun 2007.
"Pada pilihan raya umum 1995, pembangkang 'hancur' dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih semula.
"Pada bulan April 2007, selepas kehilangan Machap dan Ijok, tiada seorang pun yang berfikir bahawa kurang daripada satu tahun kemudiannya, tsunami politik berlaku pada 8 Mac 2008.
"Dalam masa yang sukar seperti ini, kita tidak boleh berputus asa tetapi bangkit untuk menyerlahkan kepimpinan baru dan lebih baik untuk Malaysia," kata beliau dalam kenyataan, hari ini.
BN menang besar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam dengan meraih lebih banyak undi berbanding jumlah undi yang diperolehi oleh PAS dan AMANAH.
'Keruh dan berserabut'
Liew menambah, adalah sesuatu yang ajaib jika AMANAH dapat mengalahkan BN semalam, namun keputusan pilihan raya kecil itu diharapkan dapat menyelaraskan semula keadaan politik Malaysia dengan lebih jelas.
"Namun, perpecahan dalaman Umno dan PAS tidak diterjemahkan kepada undi yang mencukupi untuk calon-calon AMANAH. Oleh itu, suasana politik negara dilihat masih keruh dan berserabut," katanya lagi.
Melangkah ke hadapan, Liew berkata, Pakatan Harapan perlu meyakinkan pengundi luar bandar dan separa bandar bahawa perubahan dalam kerajaan adalah perkara yang betul untuk Malaysia.

Comments (0)