Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:55 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PRK : BN boleh senyum, Amanah berpuas hati Pas tersengeh..

Posted: 18 Jun 2016 08:12 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Menerima keputusan dua Pirake, Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang selesai lewat petang tadi, BN boleh tersenyum dengan kejayaan mempertahankan kedua-dua kerusi itu, namun tidak boleh berpuas hati.

Kemenangan dengan majoriti besar (9,191) di Sungai Besar dan (6,969) Kuala Kangsar itu tidak mencerminkan hakikat kemenangan yang sebenar. Ini kerana sekiranya tidak berlaku pertandingan tiga penjuru, pecah undi Pas dengan Amanah, BN boleh bergerudum.

Hakikat majoriti diraih oleh BN ialah, (2,289) di Sungai Besar dan (2,086) di Kuala Kangsar, jika dikira gabungan undi yang diuperolehi Pas dan Amanah.

Seperkara lagi perlu diingat selalunya dalam Pirake BN menguasai sepenuhnya kerana memiliki segala kemudahan termasuk jentera kerajaan. Jadi advantage ada kepadanya.

Sebaliknya Amanah, boleh berpuas hati dengan kejayaan meraih undi sebanyak (7,609) di Sungai Besar dan (4,883) di Kuala Kangsar. Sebagai penyertaan sulung dalam pilihan raya di Semenanjung, Amanah harus berbangga dengan pencapaian itu, tetapi tidak boleh bergembira. Dalam suasana ditekan, dihina kiri kanan oleh BN, media dan bekas rakannya Pas, namun Amanah berjaya juga meletakkan dirinya di persada politik tanah air. Dapat menyelamatkan wang deposit suatu tuah besar bagi Amanah.

Pencapaian Amanah itu mengenalkan (demostrasi) parti itu kepada rakyat negara ini. Dan hasrat Amanah pun saya kira bukan obses mengimpikan kemenangan, apabila ia turut ditentang sama oleh Pas, tetapi cukup sekadar untuk berada di atas abangnya dari segi urutan pencapaian undi. Di Sungai Besar Pas meraih 6,902 di Kuala Kangsar 5,684 melebihi daripada Amanah.

Manakala Pas pula bukan sahaja tidak boleh berpuas hati dengan kedua Pirake itu, tetapi untuk tersenyum sumbing pun tidak boleh. Yang mampu Pas lakukan hanya tersengeh sahaja. Dengan kedudukan ditempat ketiga dibawa parti compingan yang dihina dan ditekan demikian rupa, ia memberi pukulan kepada Pas dan parti itu patut menutup muka kerana malu. Usia Pas jauh lebih tua berbanding dengan Amanah yang baharu berumur belum sampai setahun.

Pencapaian Pas itu dilihat bahawa apa yang dibimbang sebelum ini menjadi kenyataan. Bahawa Pas tidak akan menguak jauh kalau ia mengambil sikap bersuku dan "berkera" sumbang dalam politik. Dalam realiti politik rencam seperti Malaysia, bersikap kera sumbang tidak banyak membawa kebaikan.

Keyakinan dan strategi Pas untuk bertanding secara bersendirian jelas membawa bencana memalukan kepada parti yang pernah menjadi harapan umum untuk menjadi alternatif kepada Umno itu. Lainlah kalau ada nawaitu kecil disebalik kalbu Pas penyertaan itu bagi membantu BN, yakini Umno yang kini sudah dipelukinya demi mempertahankan kerusi itu dari jatuh ke tangan pembangkang.

Apa yang berlaku di dua Pirake itu bakal menggambarkan pencapaian dan senario pada Piraum ke 14 nanti. Sekiranya momentum ini dikekalkan, khasnya bagi Amanah ia tidak syak lagi parti bongsu itu bakal menjadi parti kedua atau ketiga selepas DAP dan PKR. Mungkin juga Amanah akan menjadi pengganti kepada Pas tidak mustahil. Hal ini saya yakin kalau Amanah dapat bertahan untuk lima enam tahun, selepas Piraum ke-14 nanti, Amanah ada potensi menjadi parti diminati generasi baru.

Read More / Baca Lagi >>

PKR - Pas mungkin ‘putus cinta’ selepas PRK

Posted: 18 Jun 2016 08:07 PM PDT

Hubungan ikatan politik antara PKR dan Pas mungkin bakal menemui titik akhir selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Ini kerana menurut penganalisis politik, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, PKR dilihat secara jelas lebih memihak kepada Parti Amanah Negara (Amanah) berbanding Pas.
"Saya rasa PKR akan merasai beban atau kesan jika parti itu benar-benar 'berpisah' dengan Pas.
Pas PKR "Ini kerana Pas memegang sokongan majoriti masyarakat Islam dan Melayu. Kalau undi Amanah lebih banyak daripada Pas, mungkin tak apa," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Menurutnya lagi, PKR perlu mengelakkan berlakunya perpisahan antara parti itu dengan Pas kerana pembangkang memerlukan kekuatan Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
"Bila berlaku perpecahan macam ini (pertembungan tiga penjuru di PRK Sungai Besar, empat penjuru di PRK Kuala Kangsar), PKR terus memilih untuk menyokong dan bersama Amanah.
"PKR kena ingat yang naiknya Azmin (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) sebagai menteri besar pun disebabkan oleh sokongan daripada Pas. PKR juga kena ingat bahawa Pas lebih disokong masyarakat Melayu berbanding Amanah," katanya lagi.

Warkah mahasiswa Al-Azhar untuk Tuan Guru Haji Hadi

Posted: 18 Jun 2016 08:04 PM PDT

oleh Al-Filfilany
warkah haji hadi
Tuan Guru yang mulia, kami para mahasiswa sangat tertanya-tanya tentang tindakan, perancangan, strategi, dan hala tuju apa dan ke mana yang Tuan Guru sedang halakan kapal yang sedang dinakhoda.
Apabila Pakatan Harapan di bawah Datuk Seri Dr Wan Azizah bersama semua Ahli Parlimen pembangkang utama dalam Parlimen membawa usul menolak belanjawan yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tuan Guru dan semua Ahli Parlimen PAS kecuali beberapa orang bertindak berkecuali.
Begitu juga, apabila saya membaca jawapan Tuan Guru, ketika dipelawa Tun Dr Mahathir untuk gerakan Deklarasi Rakyat bagi menyingkir Najib Razak, Tuan Guru juga tidak bersetuju.
Saya juga membaca tulisan Tuan Guru sebelum ini yang berpedomankan fatwa Al-Azhar dan ulama Syria yang menolak gerakan menjatuhkan pemimpin, kerana akan menggugat keamanan dan kestabilan negara.
Bukankah situasi Mesir, Syria, dan negara Timur Tengah yang terlibat dengan 'Arab Spring' merupakan situasi yang berbeza dengan keadaan Malaysia?
Satu persoalan pokok di dalam warkah ini, mengapa Tuan Guru tidak menentang isu 1MDB secara terang-terangan hingga memberi isyarat kepada Perdana Menteri bahawa rakyat menyampah dengan skandal syarikat bermasalah ini.
Skandal 1MDB sedang disiasat oleh berbilang agensi antarabangsa, dan terkini telah mengundang saman arbitrasi di London, menuntut jumlah keterhutangan yang amat besar.
Sekiranya Tuan Guru inginkan keamanan dan kestabilan negara, mengapa tidak menentang syarikat yang merosakkan dan menjatuhkan ekonomi dan maruah negara?
Saya ingin menarik perhatian Tuan Guru terhadap apa yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tentang penjualan aset negara kepada China, persetujuan menandatangi TPPA, dan pelbagai kerosakan yang terjadi pada era Najib Razak yang menggugat keamanan dan kestabilan negara. Ramai melihat, mengekalkan Najib Razak lebih berpotensi menghancurkan negara.
Namun kenapa Tuan Guru masih bertegas dengan pendirian untuk tidak kita turunkan Najib Razak dengan pelbagai kaedah dalam kerangka demokrasi yang boleh kita pilih tanpa kita bertindak seperti Arab Spring?
Read More / Baca Lagi >>

Amanah beri saingan sengit, namun pertandingan tiga penjuru merugikan

Posted: 18 Jun 2016 08:01 PM PDT


SUNGAI BESAR, 18 JUN: Meski Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan parti baru yang mewakili Pakatan Harapan dalam pilihanraya kecil kali ini, ia sebenarnya sudah menunjukkan prestasi yang baik, malah berjaya mengatasi PAS dalam satu kawasan yang dipertandingkan.
prkMengikut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PRK P093 Sungai Besar, Calon Amanah, Azhar Abdul Shukur berjaya memperoleh 7,609 undi, diikuti calon PAS, Dr. Abdul Rani Osman dengan 6,902 undi.
Calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi mengekalkan kerusi yang disandang BN itu dengan 16,800 undi, sekaligus meraih 9,191 majoriti undi dengan
Bagaimanapun, di P067 Kuala Kangsar, Calon Amanah, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli yang memperoleh 4,883 undi hampir mengatasi calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684).
Calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid memperolehi 12,653 undi dan menang dengan majoriti 6,969 undi. Calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary hanya mendapat 54 undi.
PRK Kuala Kangsar mencatatkan peratusan keluar mengundi hanya 71.4 peratus berbanding 84.3 peratus semasa PRU13.
Sementara itu, Azhar dalam sidang medianya sebentar tadi mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pengundi dan seluruh jentera Pakatan Harapan yang telah bertungkus lumus menjalankan kempen bersama dengan baik dan bersungguh-sungguh.

Najib: Mereka menolak pembohongan Dr M

Posted: 18 Jun 2016 07:56 PM PDT

Najib tidak membuang masa mensasarkan serangannya ke atas Dr Mahathir, sambil berkata "Idi Amin Malaysia lebih popular".
najib-mahathir-pru
KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas kemenangan selesa Barisan Nasional (BN) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Datuk Seri Najib Razak melancarkan serangan tajam ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad, mengatakan rakyat menolak semua dakwaan bekas perdana menteri itu.
"Kini dengan dua kemenangan majoriti besar, dan kemenangan BN 72 daripada 82 kerus di Sarawak bulan lalu, rakyat menunjukkan keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap BN.
"Mereka menolak pembohongan Tun Mahathir, mereka menolak kerjasama di antara bekas musuh, dan mereka menolak pembangkang yang tidak keruan, sebahagiannya kerana mereka bersekutu dengan Tun Mahathir," kata Najib dalam kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri semalam.
Sebelum itu, berucap di Sungai Besar semalam, Najib tidak membuang masa mensasarkan serangannya ke atas Dr Mahathir.
"Dia (Mahathir) panggil saya Idi Amin Malaysia.
"Idi Amin Malaysia lebih popular," katanya, merujuk bekas diktator Uganda pada 1970-an yang terkenal dengan rasuah dan pembunuhan.
Read More / Baca Lagi >>

Kemenangan BN bukti rakyat terima kepimpinan Najib

Posted: 18 Jun 2016 07:54 PM PDT

Pembangkang dan kumpulan anti-Najib menjadikan dua PRK itu sebagai pungutan suara dengan meminta pengundi menyatakan sama ada mereka masih mahu Najib menjadi Perdana Menteri.
salleh-keruak
KUALA LUMPUR: Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar menghantar mesej kepada pembangkang dan kumpulan anti-Najib bahawa mereka masih mahu Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, walaupun PRK itu semata-mata untuk pengundi di kedua-dua kawasan terbabit memilih wakil rakyat mereka, pembangkang dan kumpulan yang menentang Najib menjadikan PRK itu sebagai pungutan suara dengan meminta pengundi menyatakan sama ada mereka masih mahukan Najib menjadi Perdana Menteri.
"Itu adalah mesej mudah yang pembangkang dan kumpulan anti-Najib hantar kepada pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dan pengundi menghantar balik mesej kepada pembangkang dan kumpulan anti-Najib dengan mengundi BN.
"Dan mesej yang lebih jelas ialah kali ini pengundi memberi BN majoriti lebih besar berbanding 2013," katanya dalam catatan blog beliau http: //sskeruak.blogspot.my/.
Salleh berkata, BN terlibat dalam pertandingan tiga penjuru, namun perpecahan undi tidak menjejaskan prestasi BN apabila ia menang dengan peratusan undi lebih besar berbanding PRU13, menjadikan ia kemenangan berganda di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Pada PRU 2013, majoriti yang dimenangi oleh calon BN di Kuala Kangsar cuma kira-kira 2% (51% berbanding 49%) manakala di Sungai Besar ia hanya kira-kira 1% (50.5% berbanding 49.5%)," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pingat perak PAS dan Amanah bukan kemenangan

Posted: 18 Jun 2016 07:47 PM PDT

Menu utama PAS pada PRK ini ialah hukum hudud, dan kritikan terhadap BN hanyalah lauk tambah.
amanah-pas
"Tepuk kuat-kuat, nanti pangkah BN juga," seloroh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pada satu ceramah ketika berkempen di Kuala Kangsar baru-baru ini.
Walaupun ia satu gurauan, di sebaliknya adalah pengakuan betapa sukarnya menewaskan Barisan Nasional (BN) lebih-lebih lagi pada pilihan raya kecil (PRK) yang dibanjiri taburan janji pembangunan.
Sejak dari mula, kemenangan Datin Mastura Mohd Yazid pada PRK Kuala Kangsar memang sudah dijangka.
Begitu juga kemenangan Budiman Mohd Zohdi di Sungai Besar.
Apa yang tidak dijangka barangkali majoriti besar yang diterimanya, 6969 di Kuala Kangsar (dari hanya 1,083 pada 2013) dan 9,191 di Sungai Besar (dari hanya 399 pada 2013).
Menyedari kenyataan ini, maka pembangkang, PAS dan Amanah, seolah-olah lebih tertumpu mendapatkan pingat perak, iaitu tempat kedua.
Ceramah PAS menjadi medan menghentam Amanah, dengan fokus terhadap usul memperkasakan undang-undang Syariah, yang dilihat sebagai batu loncatan sebelum melaksanakan hudud di Kelantan.
Kritikan terhadap BN hanyalah lauk tambah. Tidak jelas apakah tawaran dan program PAS untuk rakyat.
Amanah yang mewakili Pakatan Harapan pula, walaupun konsisten membawa isu nasional dan menyerang BN, seperti sudah tahu sukar menewaskan BN.
Tetapi hakikatnya, undi yang diterima calon PAS di Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah, tidak banyak beza daripada calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli.
Kedua-dua pihak tidak boleh mendabik dada mendapat tempat kedua, iaitu PAS di Kuala Kangsar dan Amanah di Sungai Besar.
Selain itu, PRK ini juga pertandingan antara pemimpin tertinggi BN, PAS dan Pakatan Harapan.
Karisma pada calon, kalau pun ada, ditenggelami pemimpin mereka yang mendominasi kempen serta saban hari bertikam lidah antara satu sama lain.
Read More / Baca Lagi >>

PRU14: Elak pertandingan tiga penjuru, kata Suhaizan

Posted: 18 Jun 2016 07:46 PM PDT


Sikap Pas yang dilihat mesra BN menyukarkan blok pembangkang menewaskan BN pada pilihan raya.Sikap Pas yang dilihat mesra BN menyukarkan blok pembangkang menewaskan BN pada pilihan raya.
Barisan pembangkang harus mengelak berulangnya pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, tegas Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kai'at.
Mengulas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar malam tadi, beliau berkata, kegagalan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu hanya akan memberi lebih banyak keuntungan kepada BN.
"Dua PRK dan PRN (Pilihan Raya Negeri Sarawak" sebelum ini membuktikan bahawa suatu formula untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru yang merugikan barisan pembangkang perlu dirangka segera.
"Semua barisan pembangkang perlu duduk semeja membuat perundingan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline pagi ini.
Untuk rekod, jumlah diperoleh calon BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar masing-masing 16,800 dan 12,653 undi melebihi undi gabungan calon Amanah, Pas, Bebas dan undi rosak.
Menurut Suhaizan, kesepakatan kesemua parti pembangkang pada PRU14 nanti penting bagi memastikan hasrat rakyat untuk menumbangkan BN tercapai.
"Jangan hampakan harapan rakyat yang mahukan perubahan," tambahnya lagi.
Keputusan PRK di P67 Kuala Kangsar dan P93 Sungai Besar menyaksikan perbezaan jumlah undi diperoleh Amanah dan Pas masing-masing 801 undi dan 702 undi.
Sebelum ini, Pakatan Harapan cuba mengajak Pas untuk berunding berhubung penentuan kerusi untuk ditandingi tetapi parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu enggan.

APAKAH SEKARANG NAJIB MAKIN KUAT, TUN M MAKIN HILANG PENGARUH?

Posted: 18 Jun 2016 07:44 PM PDT

Keputusan dua pilihanraya kecil  semalam barangkali paling membingungkan untuk difikirkan. Bukan saja Pas dan Amanah tidak percaya dengan majoriti kekalahan sebanyak 9,191 di Sungai Besar dan 6,969 di Kuala Kangsar, malah UMNO dan BN sendiri tidak menduga sebesar itu kemenangan mereka.

Ia tidak saja bersandarkan majoriti pilihanraya 2013 lalu hanya 399 dan 1,082 iaitu masing-masing di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, tetapi juga melihatkan bagaimana sambutan hangat rakyat terhadap program-program anjuran Pakatan Harapan sepanjang masa berkempen diadakan.

Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Tun Mahathir Mohamad yang turun berkempen dan turut mendapat sambutan cukup baik penduduk tempatan, tiada sesiapa menduga kemenangan sebesar itu mampu diraih BN.

Apakah dengan keputusan ini menunjukkan Najib Razak semakin kuat dan Tun Mahathir makin hilang pengaruhnya?

Apakah ini menunjukkan harapan lebih baik untuk BN terus berkuasa dalam pilihanraya umum akan datang?

Di Sungai Besar, BN memperolehi 16,800 undi manakala Amanah 7,609 dan Pas 6,902 undi. Jika dicampurkan undi Pas dengan Amanah ia menjadi 14,511. Masih kalah kepada BN.

Tetapi dalam pilihanraya 2013 lalu, BN memperolehi 18,695 undi manakala Pas 18,296.

Bermakna undi yang diterima BN dalam pilihanraya kecil ini berkurangan sebanyak 1,896 dan undi blok pembangkang (Pas + Amanah) juga berkurangan sebanyak 3,785 undi.

Di Kuala Kangsar, BN memperolehi 12,653 undi, manakala Pas 5,684, Amanah 4,883 dan Bebas 54. Jika dicampurkan undi menentang BN ialah sebanyak 10,621. Juga masih kalah kepada BN.

Dalam pilihanraya 2013, BN di Kuala Kangsar memperolehi 14,218, Pas  13,136 dan Kamilia Ibrahim dari Bebas 447 undi.

Bererti undi BN berkurangan sebanyak 1,565 undi manakala undi blok pembangkang menurun sebanyak 2,962 undi.
Read More / Baca Lagi >>

Keputusan PRK Kuala Kangsar semarakkan perpaduan Pakatan Harapan

Posted: 18 Jun 2016 07:39 PM PDT

Keputusan ini berikan landasan lebih kukuh untuk PH kata Dr RamliKeputusan ini berikan landasan lebih kukuh untuk PH kata Dr Ramli
Pakatan Harapan berjaya membuktikan wujdunya kerjasama yang padu dalam Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, kata calon Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Ahmad Termizi Ramli.

Meskipun hanya memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut, beliau tidak kecewa malah sangat berbangga dengan kerjasama padu daripada Amanah, PKR dan DAP.

"Ini satu yang sangat kita banggakan, sangat berharga iaitu satu kerjasama yang padu yang tidak mungkin dapat dibina secara realiti kalaau tidak ada PRK ini.

"Mungkin secara konsep (kerjasama) boleh ada tapi ini terbukti dan pembuktian ini sangat hendak dilihat oleh rakyat agar kita dapat menjadi kerajaan dan parti yang dipercayai untuk menjadi kerajaan dalam pilihan raya umum ke-14," kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar malam tadi.
Suruhanjaya pilihan raya (SPR) mengumumkan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Mastura meraih 12,653 undi manakala calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684 undi), calon Amanah, Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (54 undi).
Read More / Baca Lagi >>

JANGAN MIMPILAH NAK TUMBANGKAN UMNO@BN PADA PRU14 !!!

Posted: 18 Jun 2016 04:09 PM PDT

Alhamdulillah.. akhirnya keputusan PRK Sungai Besar & Kuala Kangsar telah memihak BN. Tahniah diucapkan kpd semua..

Pada kedua PRK kali ini, cukuplah PAS mahupun AMANAH... kedua parti anda tetap kalah.. tidak perlu nak tuding jari pada mana2 pihak.. KALAH is KALAH... Parti Najib terguling guling dan terbongkang gelak atas jalanraya, siap bakar mercun lagi..

SEBAB APA ???

Sebab PKR, DAP, PAS tidak bersatu hati sebagaimana anda semua kuat bersama utk lawan Umno/BN dahulu !!!

Kami di SR telah sedaya upaya bongkar & kupas segala kebobrokan Umno/BN utk pendedahan buat rakyat tetapi rakyat tetap masih nak undi BN.. KENAPA ???

ANDA SENDIRI TAHU JAWAPANNYA...

Jika anda masih tidah bersatu sebagaimana terdahulu, kami cuma nak kata... JANGAN MIMPILAH NAK TUMBANGKAN BN PADA PRU14 !!!

Buat barisan pimpinan pembangkang semua, jadikanlah keputusan kedua2 PRK kali ini sbg satu pengajaran kpd anda semua.

Yang baik jadi kan tauladan... yang buruk jadikan sempadan... contohi lah UMNO / BN dalam soal bekerjasama.. hingga sukar dikalahkan W'PON KITA SEDIA MAKLUM BN 'Cash is KING'..

Kemenangan PRK, Selangor sasaran utama PRU 14 – Najib

Posted: 18 Jun 2016 04:06 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja mahu Barisan Nasional menang di Pilihan Raya Kecil (PRK), Sungai Besar malah beliau mahu kemenangan di Parlimen tersebut mengembalikan negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan.
"Saya mahu semangat baru dan daya juang ini berterusan. Jangan fikir kerja kita sudah selesai, belum selesai, belum boleh tidur belum boleh lunjur kaki. Kita kena menyingsing lengan.
"Jangan ada ego. Jangan taksub dengan kemenangan. Kita memang dah menang tapi kita nak kemenangan lebih besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan kembalikan BN di negeri Selangor ini.
"Selangor ada harapan dan ada perubahan boleh berlaku. Buktikan di bumi Sungai Besar. Kalau kita ulang balik sejarah, permulaan dan pemulihan BN bermula di tapak Sungai Besar," kata Najib.
Beliau yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis meraikan kemenangan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi pada PRK parlimen berkenaan.
Menurut Najib lagi rakyat hari ini tidak boleh bergantung kepada parti yang tidak ada persefahaman melainkan bergantung harap kepada BN yang boleh bawa kepada kemajuan dan menjamin masa depan rakyat.
Malah rakyat juga tidak boleh bergantung kepada pemimpin terdahulu yang lebih tua seperti bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Tak boleh bergayut kepada pembangkang, bergayut kepada orang dah berumur 91 tahun. Dulu cakap lain, hari ini cakap lain. Dulu ludah, sekarang dia jilat balik. Mana ada maruah. Mana ada prinsip. Dia nak kata apa katalah, saya gentlemen. Saya tak kata balik.

PH pelawa PAS kembali ke meja rundingan

Posted: 18 Jun 2016 03:59 PM PDT

Pembangkang perlu elak pertembungan tiga penjuru
Salahuddin-Ayub24
KUALA KANGSAR: Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP senada mahu mempelawa PAS kembali ke meja rundingan demi kebaikan bersama.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kekalahan Amanah di kerusi Parlimen Kuala Kangsar adalah petanda rakyat mahu gabungan parti pembangkang yang benar-benar kukuh.
"Masih ada masa untuk baiki. Kita akan buat kajian semula mengenai keputusan ini.
"Kita selalu terbuka untuk buat perbincangan dengan PAS," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Amanah Perak sejurus keputusan PRK Kuala Kangsar diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini.
Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming turut senada dengan Salahuddin untuk mengajak PAS kembali ke meja rundingan bersama PH.
Ini kerana jelasnya, pertandingan empat penjuru jelas memberi kesan kepada pembangkang untuk menewaskan BN.
"PAS kena pergi rundingan dengan PH. Jika PAS tak nak kalah perlu elak pertandingan empat penjuru. Kita sentiasa terbuka, tetapi PAS perlu ikhlas," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tuan Ibrahim: Cina ditakutkan punca PAS kalah Sg Besar

Posted: 18 Jun 2016 03:58 PM PDT

Pengundi Cina ditakutkan, usul Hadi pinda akta Syariah diputar belit, dakwa PAS
Tuan-Ibrahim_pas_cina_600
SUNGAI BESAR: PAS hari ini menuduh Umno dan Amanah memutar belitkan isu rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 sebagai punca PAS kalah pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengundi Cina ditakutkan sekaligus menyebabkan undi kepada parti itu di kawasan majoriti Cina rendah.
"Isyarat jelas terutamanya Amanah dan Umno untuk menakut-nakutkan pengundi Cina. RUU Akta 355 Mahkamah Syariah sengaja diputarbelit.
"Ia bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina," katanya menyampaikan ucapan kepada jentera PAS di Markas PAS, Simpang Lima, hari ini.
Calon Barisan Nasional BN Budiman Mohd Zohdi menerima 18,600 undi, diikuti calon Amanah, Azhar Abdul Shukur (7,609) dan calon PAS, Dr Abdul Rani (6,902).
Tuan Ibrahim berkata jentera PAS berjaya menepis sangkaan parti Islam itu tidak mempunyai masa depan.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah: Melayu masih takut ‘pocong’ DAP

Posted: 18 Jun 2016 03:56 PM PDT

Pengundi Melayu dilihat masih ada ketakutan tidak berasas disebabkan propaganda, kata calon Amanah.
Ahmad-Termizi-Ramli_amanah_dapr_6001
KUALA KANGSAR: Calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli berkata propaganda "kuasa Melayu akan hilang jika DAP menang" masih mempengaruhi pengundi.
Katanya kebanyakan pengundi tidak membuat keputusan tepat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar kali ini.
"Isu nasional mungkin main peranan tetapi propoganda hilang kuasa Melayu jika DAP menang masih menghantui pengundi. Saya sifatkan ini sebagai isu 'pocong' iaitu ketakutan yang tak berasas.
"Saya lihat pengundi masih belum buat keputusan sehingga saat terakhir. Mereka sebenarnya tidak memahami pengundi yang belum buat keputusan," katanya kepada wartawan bilik operasi Amanah Perak.
Termizi berkata Amanah pada masa depan akan lebih menumpukan pengundi wanita, khususnya untuk Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
"Kita akan kaji setiap pengundi. Kita lihat pengundi kuat adalah wanita Melayu. Ini juga berteruskan dalam PRK kali ini.
"Jadi kita akan cari jalan nak pecahkan tradisi ini," katanya.
Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid diumumkan memenangi kerusi Parlimen di sini selepas menewaskan tiga pencabar lain.
Mastura memperolehi 12,653 undi, diikuti calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684).
Sementara Termizi menerima 4,883. Calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary hilang wang pertaruhan dengan hanya 54 undi.

Skandal 1MDB gagal pengaruhi pengundi Sg Besar, Kuala Kangsar

Posted: 18 Jun 2016 03:56 PM PDT

Hishammuddin berkata, terbukti tohmahan pembangkang salah kerana rakyat boleh menilai sejauh mana impak 1MDB.
Hishammuddin-Hussein_1mdb_undi_600
SUNGAI BESAR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, isu 1MDB gagal memberi kesan atau mempengaruhi pengundi di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Jelasnya, sekalipun parti pembangkang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadikan isu 1MDB sebagai modal berkempen di kedua-dua PRK itu, BN masih mampu mempertahankan dua kerusi itu dengan majoriti lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-13.
"Ia (1MDB) dimainkan sejak hari pertama berkempen tetapi akhirnya pengundi telah membuat keputusan.
"Terbukti tohmahan (mereka) salah. Rakyat boleh nilai isu 1MDB sama ada ada impak atau tidak," katanya," katanya pada sidang media di Dewan Seri Bernam selepas pengumuman keputusan PRK Sungai Besar malam ini.
Calon BN, Budiman Mohd Zuhdi mendapat 16,800 undi mengalahkan calon Amanah, Azhar Abdul Shukur yang meraih 7,609 undi dan calon PAS, Dr Rani Osman dengan 6,902 undi.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, peratusan keluar mengundi di Sungai Besar hari ini ialah 74.4% berbanding 88% pada PRU13 di kawasan Parlimen sama.
Hishammuddin turut meminta wartawan bertanya kepada Mahathir berhubung kekalahan Pakatan Harapan yang disamakan dengan kegagalan Deklarasi Rakyat bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan oleh pengundi Sungai Besar.
Read More / Baca Lagi >>

Najib: Nampaknya 'Idi Amin' Malaysia lebih popular

Posted: 18 Jun 2016 03:53 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menyambut kemenangan BN dalam dua pilihan raya kecil dengan membidas pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dia panggil saya Idi Amin Malaysia.

"(Nampaknya) Idi Amin Malaysia lebih popular," katanya di Sungai Besar selepas kemenangan BN malam ini.

Beliau juga berkata keputusan pilihan raya hari ini menunjukkan bahawa rakyat menolak Deklarasi Rakyat yang diusahakan Mahathir dan pemimpin pembangkang.
Dr Mahathir yang dalam siri kempennya untuk calon parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan Najib sebagai 'Idi Amin Malaysia'.
Beliau mengingatkan kisah bekas presiden Uganda itu yang menggunakan harta rakyat sehingga ditolak oleh rakyat.

Sebagai parti tunggal, PAS ada kekuatan teras sendiri - Dr Zuhdi

Posted: 18 Jun 2016 03:51 PM PDT

Berdasarkan kepada keputusan-keputusan yang baru di keluarkan, Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
menyimpulkan beberapa dapatan awal.
1. Isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 1MDB, jet peribadi Rosmah Mansor dan lain-lain tidak berkesan untuk menarik sokongan mengundi parti-parti pembangkang.
2. Meskipun para pengundi rata-rata mengeluh dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan kos hidup, ia tidak berjaya dimanfaatkan oleh parti pembangkang untuk diterjemahkan ke kertas undi.
3. PAS yang masuk kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) ini sebagai parti tunggal mempunyai kekuatan terasnya sendiri sehingga mendahului Pakatan Harapan di Kuala Kangsar dan tertinggal sedikit dari Pakatan Harapan di Sungai Besar.
4. Daripada peratusan undi yang PAS terima, menunjukkan kekuatan teras PAS menyumbang lebih 50 peratus kepada sokongan terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 yang lalu.
5. Semenjak PRK Teluk Intan, diikuti dengan PRN Sarawak dan kini dua PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pengundi Cina dilihat kembali menyokong BN.
6. Keputusan seperti ini akan memberi ancaman kepada DAP untuk berhadapan dengan PRU ke-14, yang mana mereka akan kehilangan banyak di kawasan majoriti Cina yang mereka tandingi.
7. Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya PAS masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah.
8. Keputusan ini juga menunjukkan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi signifikan di kalangan pengundi Melayu, malah semakin beliau terlibat dengan Pakatan Harapan semakin hilang pengaruh beliau.

DR MOHD ZUHDI MARZUKI

Mat Sabu: Terbukti kita bukan 'parti nyamuk'

Posted: 18 Jun 2016 03:21 PM PDT

Pencapaian Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam dua pilihan raya kecil hari ini menunjukkan bahawa mereka bukan parti kecil seperti didakwa, kata presidennya Mohamad Sabu.
"Kamu tak boleh panggil kami parti nyamuk lagi," katanya dalam sidang media di Sungai Besar hari ini.

Walaupun kalah kepada BN, AMANAH mendepani PAS di Sungai Besar tetapi ketinggalan sedikit kepada PAS di Kuala Kangsar.

Walaupun kalah, Amanah anggap pencapaian membanggakan bagi parti baharu

Posted: 18 Jun 2016 03:17 PM PDT


Salahuddin di sidang media Pakatan Harapan selepas keputusan rasmi yang turut dihadiri Nga Kor Ming dan Dr Ahmad Termizi. Salahuddin di sidang media Pakatan Harapan selepas keputusan rasmi yang turut dihadiri Nga Kor Ming dan Dr Ahmad Termizi.
Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan keputusan bagi pilihan raya kecil (PRK) Parimen Kuala Kangsar sebagai membanggakan walaupun berada di kedudukan ketiga di belakang BN dan Pas.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, selepas bekerja kuat memperkenalkan Amanah yang belum mencecah usia setahun, parti itu mampu memperoleh 4,883 undi.
"Terima kasih kepada pengundi yang saya faham amat sukar untuk mengenali parti Amanah yang tak sampai umur setahun, baru lapan bulan, lambang pun baru, ramai rakan dalam Pakatan Harapan terpaksa bekerja keras untuk memperkanalkan Amanah.
"Atas beberapa halangan itu kita berupaya mendapat undi dan undi 4,883 itulah undi Pakatan Harapan setelah tidak ada lagi Pakatan Rakyat.
"Berdasarkan prestasi ini Amanah berasa kita telah mencapai keputusan yang amat membanggakan kami. Dalam keadaan yang begitu sukar kita telah berjaya untuk mendapatkan undi yang sebenarnya undi Pakatan Harapan," kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar malam ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Mastura meraih 12,653 undi manakala calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684 undi), calon Amanah, Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (54 undi).
Menurut Salahuddin, pencapaian Amanah itu merupakan kayu ukur untuk Pakatan Harapan menyertai pilihan raya umum akan datang sebagai satu gabungan yang kuat.
"Ini isyarat jelas yang kita berikan sebagai menghadapi PRU yang akan datang.
"Secara keseluruhannya penyertaan Amanah dibantu sepenuhnya oleh Pakatan Harpaan menjadikan ia begitu penting sehingga kita dapat muncul sebagai parti baru yang tidak boleh dipermainkan.
"Kita mendapat undi yang meyakinkan dan ini satu petanda bahawa rakyat mahukan suatu gabungan pakatan yang benar-benar boleh berhadapan dengan BN dalam PRU akan datang," katanya.
Sementara itu beliau berkata faktor pengundi luar turut mempengaruhi keputusan pada hari ini.
"Antara faktor yang mempengaruhi keputusan pada hari ini ialah jumlah keluar mengundi yang rendah 71 peratus berbanding 84.5 dalam PRU dahulu. Ini adalah kerana pengudi yang berada di luar Kuala Kangsar tidak pulang pengundi.
"Lebih 300 pengundi DAP dipindah ke Padang Rengas dan pengundi muda tidak pulang kerana memikirkan mereka harus pulang untuk berhari raya dua minggu dari sekarang. Ini semua faktor yang mempengaruhi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Iskandar: PAS tak boleh bersendirian dalam PRU14

Posted: 18 Jun 2016 07:59 AM PDT

Susulan keputusan pilihan raya kecil hari ini, Pengerusi PAS Selangor Datuk Iskandar Samad mengakui parti itu tidak boleh bersendirian dalam pilihan raya umum depan.
Katanya, mereka mahu mengembangkan 'blok ketiga pembangkang' yang dibentuknya bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

"Realitinya di Selangor ini bersendirian tak boleh.

"Memang kena ada sokongan dengan kawan-kawan lain," katanya yang juga pengarah pilihan raya PAS Sungai Besar.

Iskandar juga berkata PAS mesti bekerjasama dengan kumpulan NGO.
BN menang dengan majoriti jauh lebih besar berbanding pilihan raya umum lalu.

Di Kuala Kangsar, BN mendapat majoriti 6,969 undi manakala di Sungai Besar pula 9,191 undi mengalahkan PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).

P067 & P093: 8 sebab kenapa BN menang, pembangkang kalah

Posted: 18 Jun 2016 07:55 AM PDT

Berikut analisis segera keputusan pilihan raya Sungai Besar dan Kuala Kangsar:

(1) Pertembungan tiga penjuru tidak menguntungkan pembangkang di kedua-dua kawasan dan gagal membuka lebih peluang menyaingi BN. Malah ia menyebabkan pengundi bosan dengan kegagalan pembangkang bersepakat, sekali gus memberi undi pada BN atau tidak mengundi langsung.

(2) Kecelaruan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang berkempen untuk AMANAH tetapi berdoa untuk PAS membinggungkan pengundi. Jika trend ini berkekalan, besar kemungkinan BN akan merampas semula kerajaan negeri Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

(3) PAS membuktikan ia masih menjadi pembangkang berpengaruh. Walaupun undinya lebih kurang sama dengan AMANAH, tidak semestinya parti serpihannya itu lebih kuat. Ini kerana AMANAH disokong oleh dua lagi parti berpengaruh iaitu DAP dan PKR tetapi PAS hanya bersekutu dengan sebuah parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

(4) AMANAH tidak setanding PAS, DAP atau PKR. Meskipun mendapat jumlah undi yang dianggap memberangsangkan bagi parti yang hanya berusia lapan bulan, tetapi jangan lupa bahawa ia didokongi oleh DAP dan juga PKR.

(5) Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjadikan dua pilihan raya kecil ini sebagai referendum menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal. Walaupun pilihan raya kecil kebiasaannya lebih memihak parti kerajaan, Najib tetap dilihat semakin selesa walaupun diasak segenap penjuru dalam pelbagai isu.

(6) Seperti pilihan raya negeri Sarawak, trend pengundian menunjukkan BN mula mendapat sedikit demi sedikit undi masyarakat Cina. Lawannya AMANAH pula mampu memberi saingan di kawasan Cina manakala PAS pula sebaliknya.

(7) Walaupun dalam pelbagai kontroversi, daripada isu 1MDB, kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun Najib, sehinggalah penggunaan jet kerajaan oleh isteri perdana menteri, isu pembangunan yang dimainkan BN nampaknya masih memikat pengundi.

(8) Isu nasional kurang mendapat sambutan tetapi sebaliknya usaha BN membebaskan dua nelayan Sekinchan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia jauh lebih dekat di hati pengundi. Walaupun dilabel sebagai pelampau dan anti-Cina, namun kejayaannya membawa pulang dua nelayan itu banyak menambat hati pengundi.

KEPUTUSAN RASMI PRK SG BESAR [18 JUN 2016]

Posted: 18 Jun 2016 07:17 AM PDT

KEPUTUSAN RASMI PRK K KANGSAR 18 JUN 2016

Posted: 18 Jun 2016 07:16 AM PDT

Parlimen Sungai Besar kekal milik BN

Posted: 18 Jun 2016 07:14 AM PDT

SUNGAI BESAR - Kerusi Parlimen Sungai Besar kekal di tangan BN selepas calonnya, Budiman Mohd Zohdi diumumkan sebagai pemenang PRK Sungai Besar.‎
Dalam pertembungan tiga penjuru itu, Budiman berjaya menumpaskan calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Ab Shukur dan calon Pas, Dr Abdul Rani Othman.
Keputusan PRK Sungai Besar diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Sungai Besar, Mohd Khairuddin Md Som di Pusat pengiraan Undi Dewan Seri Bernam, Sungai Besar pada jam 10.00 malam.

Comments (0)