Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:25 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Selagi dia masih lagi memerintah selagi itulah rakyat akan diperbodohkannya..

Posted: 16 Jun 2016 04:02 PM PDT


BEZA POLITIK JEPUN DAN MALAYSIA

Posted: 16 Jun 2016 04:01 PM PDT

Di negara maju spt Jepun sering bertukar2 PM & menteri2nya jika mereka terpalit dgn sebarang skandal kerana mereka ada MARUAH DIRI...

TETAPI DI MALAYSIA ??

TERBARU: Gabenor Tokyo menyerahkan surat peletakan jawatannya hari ini, selepas dikritik kerana perbelanjaan peribadi mewah dan berhadapan undi tidak percaya dalam Dewan Undangan

TETAPI DI MALAYSIA ??

Najib terpalit skandal hutang RM42 bilion.. BUKAN ISU PENTING !!!

Posted: 16 Jun 2016 04:00 PM PDT


RM2.6 bilion masuk akaun bank peribadi Najib..
juga BUKAN ISU PENTING !!!

YANG PENTING.. jaga hati rakyat, bg #BR1M supaya UMNO & BN BOLEH MENANG lagi 'rompak' kekayaan negara & kantong rakyat DAN KENCINGKAN RAKYAT !!!

Bagaimana ‪#‎1MDB‬ telah tersalah bayar wang sebesar itu?

Posted: 16 Jun 2016 03:58 PM PDT

Wang itu sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikat IPIC bernama Aabar Investments PJS (Abu Dhabi) (tiada 'Limited') tetapi telah dibayar kepada Aabar yang lain - iaitu Aabar Investments PJS Limited yg berdaftar di British Virgin Island (BVI) yg mana dana 1MDB berjumlah AS$155 juta (RM603 juta) didakwa telah disalurkan ke syarikat produksi Red Granite bagi penerbitan filem 'The Wolf of Wall Street' pada 2013 di mana pengerusi Red Granite tersebut adalah anak tiri PM Najib Razak, Riza Aziz, 39.
NAMPAK TAK !!!
Makin lama 'mereka' nak tutup kebobrokan 1MDB satu persatu kebobrokan 1MDB terbongkar.

TU PUN masih lagi nak sokong & undi BN sampai mati ??

Posted: 16 Jun 2016 03:56 PM PDT

KENAPA skandal wang haram terbesar dalam dunia DIMILIKI OLEH MALAYSIA ??

SIAPAKAH yg memerintah M'sia..
..DAP atau BN ?!!

SIAPAKAH yg memerintah M'sia..
..Melayu-umno atau Cina-DAP ?!!

SIAPAKAH yg gadai aset2 M'sia..
..Melayu-umno atau Cina-DAP ?!!

PATUT LER boleh dapat 'TAN SRI'...

Posted: 16 Jun 2016 03:54 PM PDT


Kenapa jet kerajaan yang sedang diselenggara ada di Kazakhstan, tanya Rafizi

Posted: 16 Jun 2016 03:47 PM PDT


Kenapa jet baru milik kerajaan yang dikatakan sedang diselenggara berada di Kazakhstan, tanya Rafizi menambahkan kebingungan dengan skandal kerajaan BN.Kenapa jet baru milik kerajaan yang dikatakan sedang diselenggara berada di Kazakhstan, tanya Rafizi menambahkan kebingungan dengan skandal kerajaan BN.
Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa, jet terbaru milik kerajaan ACJ320 9M-NAB yang dikatakan sedang diselenggara sebenarnya berada di Kazakhstan.
Ia berdasarkan maklumat pengkalan data penerbangan yang diperolehi oleh beliau.
"Saya dimaklumkan bahawa setakat minggu lepas sehingga 12 Jun 2016, jet terbaru milik kerajaan ACJ320 9M-NAB itu berada di Kazakhstan, seperti paparan dari pengkalan data kedudukan pesawat.
"Ini menimbulkan tanda tanya kenapa jet yang diubahsuai khusus itu berada di Kazakhstan," kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.
Menantu kepada perdana menteri, iaitu suami kepada Nooryana Najwa, Daniyar Kessibayev adalah berasal dari Kazakhstan.
Menurut Rafizi, beliau juga menyemak kehadiran syarikat yang berkaitan dengan industri penerbangan mewah yang ada di Kazakhstan untuk mengesahkan kebenaran dakwaan bahawa jet terbaru milik kerajaan itu kini sedang disenggara.
"Saya mengakui bahawa sebuah syarikat yang berkaitan dengan Comlux memang ada di Kazakhstan iaitu Comlux Kazakhstan LLC yang operasinya melibatkan sewaan jet dan khidmat-khidmat lain.
Saya juga sedia maklum bahawa pada kebiasaannya jika sebuah jet itu sedang disenggara maka Comlux boleh menggantikan sebuah lagi jet lain buat sementara waktu sementara jet disenggara.
"Malangnya sehingga kini tidak ada sebarang laporan mengenai aktiviti senggaraan ke atas ACJ320 9M-NAB seperti yang didakwa sedangkan selalunya pergerakan dan aktiviti jet dilaporkan secara terperinci oleh perunding penerbangan seperti Aero Transport Databank (www.aerotransport.org)," katanya lagi.   Oleh yang demikian, Rafizi menyeru Jabatan Perdana Menteri mengesahkan secara rasmi dan menunjukkan bukti bahawa jet ACJ320 9M-NAB memang berada di Kazakhstan dan sedang melalui proses senggaraan.
Read More / Baca Lagi >>

Wakil rakyat yang berani perlu untuk lawan 'makhluk perosak', kata Azmin

Posted: 16 Jun 2016 03:46 PM PDT


Azmin berkata, wakil rakyat yang kuat diperlukan untuk lawan makhluk perosak, kata Azmin ketika berkempen untuk calon Amanah di Kuala Kangsar.Azmin berkata, wakil rakyat yang kuat diperlukan untuk lawan makhluk perosak, kata Azmin ketika berkempen untuk calon Amanah di Kuala Kangsar.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyeru rakyat Kuala Kangsar agar memilih wakil yang kuat di parlimen untuk melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan sebagai 'makhluk perosak'.
Beliau berkata, hanya calon parti Amanah Negara (Amanah) Dr Ahmad Termizi Ramli yang layak dihantar ke parlimen untuk membawa suara mereka.
"Kita mahu anak jati Kuale untuk mewakili kita dalam parlimen . Kita mahu suara yang lebih kuat, yang berani lawan Najib dan berani turunkan Najib kerana dia adalah makhluk perosak yang mesti diturunkan," katanya ketika berucap di majlis Iftar Perdana bersama penduduk Kampung Lempor Tengah, Manong Kuala Kangsar petang tadi.
Azmin juga berkata, jika ada pihak yang tidak bersetuju untuk menjatuhkan Najib, rakyat akan menjatuhkan pihak tersebut pada pilihan raya umum akan datang kerana bersekongkol dengan kezaliman.
"Baru-baru ini ada kenyataan seseorang, dia tidak setuju jatuhkan Najib. Sesiapa yang tidak setuju jatuhkan Najib percayalah rakyat akan jatuhkan mereka dalam pilihan raya yang akan datang.
"Jangan bersekongkol dengan kezaliman. Jangan bersekongkol dengan kemungkaran. Ekonomi parah, rakyat susah, pimpinan mewah bagaimana kita boleh teruskan perkara ini," katanya di hadapan kira-kira 200 orang yang hadir.
Read More / Baca Lagi >>

PEGAWAI KHAS ROSMAH KURANG ETIKA, BAGAIMANA KALAU SIDANG MEDIA NAJIB ATAU ZAHID HAMIDI DISERBU JUGA?

Posted: 16 Jun 2016 03:41 PM PDT

Rizal Mansor, pegawai khas Rosmah Mansor mungkin menganggap tindakannya menyerbu dan ingin hadir sama dalam sidang media Rafizi Ramli sebagai tindakan yang betul dan mampu menampilkannya sebagai hero.

Malangnya, tindakan itu lebih memperlihatkan imej kebudak-budakan, terdesak dan ketidakmampuan untuk terus melawan hujah dengan hujah dalam isu yang dibangkitkan oleh Rafizi iaitu berkaitan pembaziran isteri Perdana Menteri.

Dalam masa yang sama, perlakuan menyerbu sidang media itu juga secara tidak langsung turut  memalukan Rosmah yang merupakan bos dan payung tempatnya bernaung.

Meskipun Rizal mengatakan tindakannya dilakukan tanpa pengetahuan Rosmah, tetapi tanggapan umum tentunya mengatakan Rosmahlah yang meminta atau setidak-tidak menggalakkannya berbuat demikian. 

Dengan yang demikian, Rosmah yang sudah calar balar imejnya dengan pelbagai isu dan kelakuan, semakin koyak rabak gambarannya di mata umum.

Lebih buruk, jika benar Rizal mengatakan tindakannya hanya untuk hadir dan mencatat apa yang akan didedahkan Rafizi, mengapa perlu membawa puluhan pengiring yang seolah-olah mahu membuat kacau dalam sidang media itu?

Sidang media yang dibuat Rafizi untuk mendedahkan pembaziran Rosmah berkaitan penggunaan jet adalah isu politik yang hanya perlu dilawan dengan hujah dan penjelasan, bukannya dengan serbuan, tindakan ala samseng atau perlu dibahas secara berdepan.

Jika dalam sekian banyak pendedahan Rafizi sebelum ini Rizal boleh menjawab dan memberi penjelasan dengan tenang, mengapa tiba-tiba perlu untuk menghadirkan diri?

Apakah Rizal sudah tidak mampu lagi tampil dengan jawapan dan penjelasan atau semakin tertekan dengan satu demi satu pendedahan yang dibuat oleh Rafizi?
Read More / Baca Lagi >>

JET ROSMAH: KENAPA LAMBAT MENJAWAB?

Posted: 16 Jun 2016 03:38 PM PDT

Ini satu lagi persoalan baru yang ditanyakan oleh Rafizi Ramli berkaitan dengan jet eksekutif milik kerajaan setelah sebelum ini membangkitkan beberapa isu penggunaannya yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Sejak awal petang semalam sebaik Rafizi menanyakan soalan sama ada benar atau tidak jet kerajaan itu berada di Kazakhstan, kenapa belum ada sesiapa yang tampil memberi jawapan?

Mana respon daripada Jabatan Perdana Menteri? Jawablah, betul atau tidak jet tersebut pernah berada di Kazakhstan ketika ia dikatakan sedang diselenggara? 

Bukankah sekarang era langit terbuka dan zaman serba pantas? Kenapa masih begitu lembab dalam bertindak?

Mana sekian ramai pegawai PMO yang bertanggungjawab berkaitan media dan komunikasi?

Mana  juga Rizal Mansor yang sebelum ini panjang lebar menjawab di laman sosial Facebooknya setiap kali Rafizi membangkitkan isu jet yang dikaitkan dengan Rosmah?

Sudah beberapa jam berlalu, mengapa tidak menulis apa-apa? Masih berduka lara sebab tak dibenarkan masuk dalam sidang media Rafizi dua hari lalu?

Bila sebenarnya mahu dijawab - esok, lusa atau selepas pilihanraya Sungai Besar dan Kuala Kangsar nanti?

Amanah cabar calon BN nyatakan rakyat punca harga naik bukan Rosmah boros

Posted: 16 Jun 2016 03:36 PM PDT

Sidang media Pakatan Harapan di Sungai Besar hari iniSidang media Pakatan Harapan di Sungai Besar hari ini
Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Budiman Zohdi dicabar menyatakan pendiriannya sama ada bersetuju bahawa rakyat penyebab berlakunya kenaikan harga barangan.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, kerajaan hanya menyalahkan rakyat berhubung kenaikan kos barangan walaupun berpunca daripada polisi kerajaan.
"Kita nak minta dia (Budiman) setuju atau tidak peningkatan harga barang kerana rakyat boros bukan Rosmah yang boros," bidasnya.
Beliau mengulas dakwaan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Datuk Ibrahim Saad semalam kononnya peningkatan harga barangan disebabkan sikap pengguna di negara ini bukannya berpunca daripada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
"Ini pendekatan salahkan rakyat. Tak hairanlah menteri-menteri (juga buat kenyataan seperti) begitu," ujarnya.
Khalid selanjutnya menggesa supaya Budiman turut menjelaskan perancangan untuk menangani bebanan kos dialami rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir ajak kutuk kepimpinan Najib melalui peti undi 2 PRK

Posted: 16 Jun 2016 03:34 PM PDT

Dr Mahathir ajak rakjat kutuk Najib melalui peti undi dua PRK dengan mengundi calon Amanah.Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Dr Mahathir ajak rakjat kutuk Najib melalui peti undi dua PRK dengan mengundi calon Amanah.Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata, pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan peluang kepada rakyat untuk mengutuk kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, meskipun tidak dapat menukar kerajaan jika Pakatan Harapan memenangi dua PRK tersebut namun ia menjadi mesej kepada penolakan Najib.
"Kita berpeluang pilihan raya kecil hari ini untuk mengutuk kepimpinan Najib. Kita menang pun tak boleh jadi kerajaan tapi amaran atau mesej yang kita nak sampaikan boleh menyebabkan Najib fikir semula untuk terus menjadi perdana menteri," katanya ketika berucap dalam forum Selamatkan Malaysia bersama Deklarasi Rakyat di Pekan Manong hari ini, dalam kunjungan kedua beliau ke Kuala Kangsar bagi berkempen untuk Parti Amanah Negara (Amanah).
Beliau secara berseloroh berkata, kehadirannya mendapat sambutan yang hebat daripada Barisan Nasional (BN) apabila kebanyakan jalan diturap.
"Apabila diberitahu saya akan datang ke Manong ini mereka terus bubuh tar jalan. Tapi niat mereka lain sikitlah. Niat mereka berasaskan 'cash is king'. Wang tunai itu adalah raja.
"Dia fikir kalau pasang tar di jalan ini maka semua orang akan berduyun-duyun sokong calon mereka. Ini adalah sikap seorang yang pegang kepada rasuah sebagai yang utama. Cara nak menang beli semua orang," katanya.
Mahathir juga sekali lagi menyatakan sokongannya terhadap calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli dan menyeru rakyat Kuala Kangsar memilih Ahmad Termizi pada 18 Jun ini.
"Saya berada di sini bukan sahaja menyokong seorang calon daripada Amanah tetapi juga calon ini sudah menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menolak Najib.
"Saya sokong penuh pendirian calon dan saya harap rakyat di sini juga akan menyokong penuh calon yang kita perkenalkan," katanya.

Ahli Umno Sungai Besar, Kuala Kangsar diajak cipta sejarah

Posted: 16 Jun 2016 03:33 PM PDT


Kamarul Azman Habibur Rahman Presiden GKCM mengajak pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar cipta sejarah agar dikenang sepanjang zaman.Kamarul Azman Habibur Rahman Presiden GKCM mengajak pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar cipta sejarah agar dikenang sepanjang zaman.
Semua pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu berani melakukan perubahan untuk menukar pemimpin  negara agar dilihat berjiwa besar dan terus dikenang dalam sejarah politik tanah air.
Pengerusi Gabungan Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, jika pengundi gagal mengambil peluang dalam PRK kali ini kedua lokaliti itu gagal mencetuskan peluang perubahan pada landskap politik negara.
"Orang Kuale dan Sungai Besar mesti berjiwa besar kalau nak lihat perubahan besar kalau tidak keadaan tidak berubah.
"Orang Kuale dan orang Sungai Besar diberi peluang untuk dikenang dalam sejarah di kalangan mereka yang mencetuskan perubahan ini.
"Jika gagal mengambil peluang yang datang bergolek ini, pengundi  tidak akan dapat peluang yang sama dilain masa.
"Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan jadi seperti hari-hari biasa jika calon BN menang.
"Orang tak akan ingat Sungai Besar dan Kuala Kangsar lagi.
"Tetapi orang akan ingat Sungai Besar dan Kuala Kangsar sampai bila-bila jika pengundi berani katakan sesuatu terhadap BN melalui undi mereka pada PRK kali ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline malam semalam di Sungai Besar.
Kamarul berkata, akar umbi Umno terlalu lama di dua parlimen berkenaan lebih-lebih lagi di Parlimen Sungai Besar yang sudah tiga penggal.
Justeru beliau meminta pengundi keluar daripada kepompong keselesaan BN untuk membawa perubahan dalam landskap politik yang lebih baik berbanding di bawah penguasaan Umno-BN.
"Kekuatan akar umbi Umno sudah terlalu lama. Jika mereka tidak mahu keluar dari kepompong Umno bermakna mereka tidak mahu berjiwa besar," ujarnya.
Beliau berkata, pemimpin dan ahli Umno sendiri secara tidak langsung sudah menolak kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Amaran Tun M: Undi BN dapat "wakil Najib" bukan wakil rakyat

Posted: 16 Jun 2016 03:31 PM PDT



Jika anda undi BN, anda akan dapat wakil Najib bukan wakil rakyat, kata Mahathir di Kuala Kangsar.Jika anda undi BN, anda akan dapat wakil Najib bukan wakil rakyat, kata Mahathir di Kuala Kangsar.
Bekas perdana menteri yang paling lama memerintah negara, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika pengundi dalam pilihan raya kecil kali ini memberikan undi kepada calon Barisan Nasional (BN), mereka bukan mendapat wakil rakyat tetapi wakil Najib.
Bercakap di hadapan lebih 500 yang hadir, Tun Mahathir berkata jika calon BN menang ia tidak akan membela rakyat, sebaliknya menjadi pembela segala kemungkaran yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kalau pilih calon Umno, maknanya orang di sini bukan dapat wakil rakyat tapi wakil Najib.
"Bila wakil Najib, apa dibuat Najib beliau akan setuju. Beliau akan setuju untuk Najib ambil wang rakyat, wang negara," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Dengan wang inilah kata Mahathir, Najib akan pastikan dirinya akan kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
"Dia nak duit sebab "cash is king" dan boleh beli semua orang, boleh menipu pada pilihan raya," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu: Kemenangan Ini Akan Memulakan 1 Perubahan Politik Di Malaysia Masa Yang Akan Datang

Posted: 16 Jun 2016 03:26 PM PDT

Tun Mahathir: Menolak Calon BN Supaya Ianya Kalah Dengan Teruk & Hilang Wang Deposit

Posted: 16 Jun 2016 03:25 PM PDT

Rawat Anwar Ibrahim, di manakah janji Najib - soal Nurul Izzah

Posted: 16 Jun 2016 03:23 PM PDT

Najib dulu setia, tapi sekarang khinati negara, kata Tun M

Posted: 16 Jun 2016 03:23 PM PDT

Visual jet mewah RM2.6b 'mendarat' di Kuala Kangsar

Posted: 16 Jun 2016 03:22 PM PDT

Rafizi beri keterangan berkaitan Bom Atom Najib

Posted: 16 Jun 2016 03:21 PM PDT

Dia bukan 'orang Kuale' pun, kata Kamilia

Posted: 16 Jun 2016 03:20 PM PDT

Mahathir: Kalahkan BN, calonnya hilang deposit

Posted: 16 Jun 2016 03:19 PM PDT

Najib makhkuk perosak perlu disingkir, tegas Tun M

Posted: 16 Jun 2016 03:19 PM PDT

Azhar Tandatangan Ikrar Integriti Pilihan Raya

Posted: 16 Jun 2016 03:16 PM PDT

Tolak Budiman Calon 'Pak Turut'

Posted: 16 Jun 2016 03:16 PM PDT

Comments (0)