Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:14 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Rakyat Lagi Kecewa......

Posted: 15 Jun 2016 06:12 PM PDT

Rakyat spt kami lagi sedih dan kecewa PM 'Zimbabwe' salah guna wang rakyat untuk kesenangan, kemewahan bini BOROS...

HAKIKATNYA satu dunia tahu perangai bini Najib..

Posted: 15 Jun 2016 06:10 PM PDT

"Istri Najib Shopping Pakai Duit Negara
Habis Miliaran untuk Borong Baju dan Perhiasan", JAWA POS, 1 Apr. 2016

‘PKR, DAP, PAS perlu kembali ke meja rundingan’

Posted: 15 Jun 2016 06:07 PM PDT

PAS kini keseorangan dan bersekutu dengan parti Ikatan yang tak teruji, masih baru dan tidak ada kekuatan di Parlimen.
Awang-Azman-Awang_dap_pas_pkr_600
KUALA LUMPUR: PKR dan DAP perlu membuang ego dan kembali berunding dengan PAS bagi membentuk gabungan baharu sepertimana Pakatan Rakyat, sekiranya mereka mahu menguburkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, menurut seorang pemerhati politik.
"PKR dan DAP perlu melakukan rundingan dari hati ke hati dan sanggup berkompromi dengan PAS sekiranya tak mahu perkara ini berlaku (BN kekal memerintah).
"DAP perlu melenturkan sikap yang dilihat PAS sebagai agak keterlaluan untuk PAS terus menjalinkan hubungan dengan DAP," kata penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.
Beliau berkata, keterbukaan PAS untuk bekerjasama dengan Umno adalah disebabkan mereka mahukan parti Melayu itu menyokong perlaksanaan undang-undang hudud yang ingin dibawa parti itu kerana menyedari mereka tidak mempunyai kekuatan di Parlimen.
"PAS kini keseorangan dan bersekutu dengan parti Ikatan yang tak teruji, masih baru dan tidak ada kekuatan politik dari segi keahlian Parlimen.
"Bagi Umno pula kerjasama dengan PAS merupakan langkah terbaik menghalang Pakatan Harapan menjadi kuat dan berjaya memenangi PRU akan datang," kata pensyarah kanan Jabatan Sosiobudaya Universiti Malaya (UM) itu.
Beliau turut berkata PAS masih mampu mentadbir Kelantan walaupun bukan sebahagian gabungan pembangkang atau kerjasama rasmi dengan Umno.
Menurutnya, parti Islam itu bergerak secara bersendirian di bawah kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 1990 dengan bermodalkan dana yang agak terhad.
"Sebenarnya PAS masih dapat mentadbir Kelantan dengan dengan baik tanpa sokongan Umno," katanya kepada FMT.
Read More / Baca Lagi >>

DAP: Arul banyak masa berkempen untuk BN di Sungai Besar

Posted: 15 Jun 2016 05:58 PM PDT

DAP menjemput presiden 1MDB itu hadir di ceramah anjuran Pakatan Harapan pula bagi memberikan penjelasan kepada orang ramai.
pua-arul
PETALING JAYA: DAP hari ini melahirkan rasa hairan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy hadir di tengah-tengah kesibukan kempen pilihan raya kecil Sungai Besar sedangkan beliau enggan berdebat mengenai masalah dihadapi syarikat milik kerajaan itu.
"Ini sangat menghairankan saya, dan saya pasti ramai yang lain juga turut tertanya-tanya; apa yang Arul Kanda sedang buat di Sungai Besar?" soal Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.
"Bukankah beliau selalu menegaskan bahawa beliau bukan seorang ahli politik dan tidak berniat untuk tersangkut dengan pengupasan politik Malaysia?"
Pua, yang merupakan sebahagian daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan kerap membangkitkan isu hutang 1MDB, menjemput Arul hadir di ceramah anjuran Pakatan Harapan pula bagi memberikan penjelasan kepada orang ramai.
Arul hari ini berucap pada program yang turut menampilkan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Datuk Ibrahim Saad dan Ketua Penolong Pengarah E8 Counter Terrorism Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ayob Mydin Pitchay.
Beliau yang menjawab soalan penjawat awam menjelaskan panjang lebar masalah yang dihadapi 1MDB, dan menuduh pembangkang membesar-besarkan isu tersebut.
Arul bagaimanapun enggan menjawab soalan wartawan berkenaan sebab kehadirannya pada musim pilihan raya kecil.
Read More / Baca Lagi >>

Komuniti Malaysia di UK dan Eire rayu sokong calon Amanah

Posted: 15 Jun 2016 05:55 PM PDT


PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh parti parti bertandingPRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh parti parti bertanding
Sokongan terhadap calon-calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar semakin meluas saban hari.
Terbaru sekumpulan pelajar Malaysia di Britain yang menggelarkan diri mereka sebagai Harapan Baru - UK Eire mengeluarkan kenyataan media bertajuk '
Undilah Amanah - Demi Masa Depan Negara' yang ditujukan kepada para pengundi di kawasan parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Berikut adalah kenyataan media pengerusi HB-UK Eire, Dr Asrar Abu Bakar:
Salam Ramadhan,
Tahun lalu Amanah muncul dalam arena politik negara sebagai parti politik Islam generasi kedua yang bermatlamat membawa Islam "Rahmatan Lil Alamin" iaitu Islam sebagai rahmat seluruh alam.
Amanah menjunjung obor keadilan Islam sejagat melalui pendekatan politik yang beramanah, progresif, terbuka, inklusif, dan peduli rakyat serta menekankan konsep tatakelola yang baik (good governance) dalam kerajaan.
Kini Amanah semakin dikenali ramai setelah turut serta bertanding dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagi mewakili Pakatan Harapan (PH).
Harapan Baru-UK Eire turut terasa bahang kehangatan PRK SB & KK ini dan kami ingin menyeru seluruh penduduk di kedua-dua kawasan Parlimen berkenaan agar keluar mengundi pada 18 Jun nanti dan menaruh harapan serta kepercayaan kepada calon-calon Amanah demi masa depan negara.
HB-UK Eire menggariskan LIMA sebab mengapa perlu undi calon Amanah:
1. Parti Amanah tampil dengan dimensi baru politik matang dalam kempen PRK SB & KK dengan menekankan sikap toleransi dan meraikan perbezaan, membawa manifesto yang bermatlamat membantu rakyat,  serta menolak sikap menghukum, melabel atau memanggil dengan panggilan buruk, malah dengan lantang menolak sebarang unsur perkauman yang sering dimainkan oleh parti lawan.
Read More / Baca Lagi >>

Kajian: 47% belia Sg Besar tolak Najib, tapi 30% sokong BN

Posted: 15 Jun 2016 05:51 PM PDT

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan sebab untuk mengekalkan BN, kata kira-kira separuh daripada golongan belia ketika tinjauan di kerusi parlimen di Sungai Besar.
Sejumlah 47.4 peratus menjawab 'tidak' ketika ditanya sama ada BN perlu dikekalkan di Sungai Besar kerana kepimpinan Najib.
Begitu juga, 44.7 peratus menjawab dalam negatif ketika ditanya sama ada BN sepatutnya menang di Sungai Besar kerana kejayaan BN memberi BR1M untuk membela nasib rakyat.
Tinjauan itu dilakukan oleh firma penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE) ke atas 522 pengundi dengan 190 berumur antara 21 hingga 40 tahun.
"Rata-rata berpendapat keupayaan untuk memberi subsidi tidak seharusnya dipolitikkan. Sebaliknya menjadi tanggungjawab kepada sesiapa sahaja yang menjadi pimpinan sesebuah
negara.
"Pelbagai isu negatif yang melibatkan kepimpinan Najib telah mempengaruhi persepsi
golongan orang muda sehingga mengurangkan kredibiliti presiden Umno itu di mata orang
muda," kata Kluster Penyelidikan IDE dalam satu kenyataan media.

IDE adalah institut yang dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor.
Keputusan juga menunjukkan bahawa BN mendapat sokongan kira-kira satu pertiga daripada responden.
Sejumlah 30 peratus berkata BN sepatutnya menang di Sungai Besar kerana Najib manakala 37.4 peratus menyatakan bahawa BN seharusnya berjaya kerana BR1M.
Baki yang ditinjau tidak pasti sama ada Najib atau BR1M adalah alasan mengapa BN seharusnya menang di Sungai Besar.
Calon BN Budiman Mohd Zohdi menghadapi calon PAS Dr Rani Osman dan calon Parti Amanah Negara Azhar Abdul Shukur pada pilihan raya yang berlangsung Sabtu ini.
Kawasan Parlimen dimenangi calon BN Tan Sri Noriah Kasnon dengan kurang daripada satu peratus daripada jumlah undi pada pilihan raya umum lalu.
Allahyarham Noriah meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu ketika berkempen pada pilihan raya negeri.

Rafizi cabar Arul berdebat isu 1MDB malam buang undi

Posted: 15 Jun 2016 05:47 PM PDT


Rafizi lwn Arul KandaRafizi lwn Arul Kanda
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini mencabar Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy untuk berdebat sepentas dengannya, Jumaat ini.
Mengulas kehadiran Arul sebagai tetamu jemputan dalam ceramah isu semasa di Sungai Besar semalam yang turut dihadiri calon BN, Budiman Zohdi, beliau berkata, Arul juga harus bersedia untuk memberi penjelasan berkaitan 1MDB dalam program anjuran Pakatan Harapan.
"Arul sepatutnya berani juga berdebat tentang 1MDB atas pentas Pakatan Harapan kerana 1MDB adalah milik rakyat.
"Saya dengan ini sedia berdebat mengenainya dengan beliau (Arul) hari Jumaat malam, malam terakhir (kempen pilihan raya)," tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Menurut Rafizi, Arul perlu menyahut cabarannya untuk turut berceramah dalam program anjuran Pakatan Harapan jika benar 1MDB milik rakyat seperti pernah diakui sendiri oleh Arul sebelum ini.
Dalam program di Sungai Besar itu, Arul bagaimanapun dilapor enggan mengulas ketika ditanya pemberita sama ada kehadirannya dalam ceramah anjuran Jabatan Perdana Menteri itu adalah untuk berkempen.
Read More / Baca Lagi >>

BERITA GEMBIRA UNTUK PERUBAHAN, TUN M DATANG LAGI KE KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR

Posted: 15 Jun 2016 05:46 PM PDT

Melalui blog ini pada Ahad lalu, saya telah mencadangkan kepada Pakatan Harapan agar berusaha membawa Tun Mahathir Mohamad sekali lagi ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk melakukan kempen pusingan kedua kepada pengundi-pengundi.

Ini berikutan kedatangan kali pertama bekas Perdana Menteri itu dikesan telah mendatangkan impak positif kepada cahaya kemenangan calon Amanah di kedua-dua kerusi tersebut dan sekiranya hadir buat kali kedua, kilauan ke arah itu akan bertambah terang lagi.

Alhamdullah, Tun Mahathir akhirnya sedia turun sekali lagi ke Kuala Kangsar pada hari ini, Khamis 16 Jun dan di Sungai Besar pada Jumaat, 17 Jun.
Di Kuala Kangsar, Tun Mahathir akan menumpukan sasaran menemui pengundi serta hadir dalam program Deklarasi Rakyat di Kampung Melayu Manong  dan kemudian di Kampung Baru Jerlun.

Pada sebelah tengaharinya pula beliau akan menghadiri program bersama pengundi Cina di pekan Kuala Kangsar.  

Di Sungai Besar pada Jumaat, Tun Mahathir akan memulakan programnya bertemu pengundi di pekan Sungai Besar dan menghadiri program bersama pengundi Melayu.

Beliau kemudian akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Simpang Lima, Sungai Besar dan kemudian menghadiri program bersama pengundi Cina di Sekinchan.
Read More / Baca Lagi >>

Kumpulan rebel Umno sokong calon Amanah

Posted: 15 Jun 2016 05:43 PM PDT


Pilihan Raya Kecil Kuala KangsarPilihan Raya Kecil Kuala Kangsar
Gabungan Ketua-ketua Cawangan Malaysia (GKCM) berjanji akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, kata pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.
Beliau berkata, selepas penamaan calon pada 5 Jun lalu, Amanah tidak putus-putus mendapat kunjungan dan sokongan daripada pihak-pihak dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga pemilihan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid.
"Pada esok sokongan akan dapat dilihat dengan kehadiran Tun M bersama pasukan Deklarasi Rakyat dan Gabungan Ketua-ketua Cawangan Malaysia yang akan turun membantu kami di seluruh parlimen Kuala Kangsar kerana mereka telah berjanji memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam usaha memberikan kemenangan kepada calon Amanah.
"Ini merupakan satu suntikan kepada kami kerana mereka menyatakan sokongan dan akan menterjemahkan ke dalam bentuk undi," katanya dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.
Menurut Asmuni juga, Amanah akan menguruskan dengan baik sokongan golongan rebel Umno ini agar dapat memenangkan calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli.
"Selain daripada isu nasional mereka menyatakan ketidakpuasan hati  terhadap kepimpinan BN dan calon dan juga masalah dalaman di Kuala Kangsar.
"Kita uruskan dengan cara paling baik bantahan akar umbi Umno ini untuk disalurkan ke peti undi Amanah," katanya yang juga bendahari agung Amanah.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali ke Kuala Kangsar esok untuk menghadiri forum Selamatkan Malaysia bersama Deklarasi Rakyat dengan pengundi Melayu dan Cina di Manong pada jam 11 pagi.
Mahathir Ahad lalu telah menghadiri forum Selamatkan Malaysia di Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar.

Surat Mahathir kepada pengundi: Tolak PAS, tolak ‘cash is king’

Posted: 15 Jun 2016 05:42 PM PDT

Dr Mahathir berkata calon Pas perlu ditolak kerana presiden Pas sudah menjadi "ayam sabung" Najib.
mahathir_sk_600
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menulis surat terbuka kepada pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan megundi Sabtu ini, dengan menggsa mereka memberikan isyarat kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa rakyat menolak "cash is king" (duit itu raja).
"Dato' Najib dan calon-calonnya perlu ditolak supaya dia tidak boleh dakwa rakyat sokong 'cash is king' rasuah amalannya," tulis bekas perdana menteri itu dalam surat 14 perenggan seperti dipetik portal berita milik Amanah, Malaysia Dateline.
Ungkapan "cash is king" didakwa digunakan Najib bagi menjelaskan pemberian bantuan tunai kepada rakyat di musim mengundi.
Surat bertarikh 13 Jun 2016 itu turut menyeru agar calon Pas ditolak kerana presiden Pas sudah menjadi "ayam sabung" Najib.
"Pas berkata mereka tidak mahu bersama di dalam gerakan menjatuhkan Dato' Najib kerana mereka lebih fokus untuk menjatuhkan Umno dan BN. Jikalau Pas menang pun Umno dan BN tidak akan jatuh.
"Pendirian Pas dan Haji Hadi menyokong Dato' Najib adalah bagi menghalalkan rasuah dan penipuan yang dilakukan oleh Dato' Najib melalui 1MDB," kata Dr Mahathir.
Dan kepada penyokong dan ahli Umno, Dr Mahathir berkata ini masanya menunjukkan betapa Najib menghancurkan Umno dan memastikan presiden Umno di masa depan tidak akan mengulangi perbuatan sama.
"Jika masih sayang Umno kalahkan calon Najib. Penolakan Najib akan menjadi amaran kepada pemimpin selepasnya, sama ada dari Umno/BN atau parti-parti lain, bahawa jika mereka berperangai seperti Najib, mereka akan menghadapi kemarahan rakyat dan akan menerima nasib yang sama."

Laporan 1MDB WSJ, Tom Wright ungguli Anugerah Sopa

Posted: 15 Jun 2016 05:41 PM PDT


Laporan The Wall Street Journal's (WSJ) berhubung skandal 1MDB dan editor ekonominya untuk rantau Asia, Tom Wright memenangi Anugerah Persatuan Penerbit-penerbit Asia (Sopa) 2016 di Hong Kong malam ini.
Penerbitan itu menjadi pemenang Kumpulan A untuk Anugerah Scoop berhubung laporan mereka mengenai "Skandal 1MDB Malaysia" yang kemudian mendorong siasatan global dijalankan ke atas dana milik negara, selain mendapat liputan media di seluruh dunia.
WSJ juga mendapat penghargaan untuk rencana sama bagi Anugerah Kecemerlangan Laporan Penyiasatan.
Kategori itu memberi penghargaan kepada laporan yang membuat pendedahan mengenai rasuah atau salah guna kuasa dan menuntut pertanggungjawaban.
Wright pula dipilih Sopa memenangi anugerah wartawan terbaik.
Dia adalah seorang daripada wartawan WSJ yang bertindak membuat pendedahan mengenai 1MDB dan siri laporan susulan mengenainya.
Sebelum ini WSJ menjadi finalis bagi Hadiah Pulitzer untuk kategori laporan antarabangsa - yang menghargai kewartawanan cemerlang AS - juga berkaitan pendedahan 1MDB.
Sementara itu Malaysiakini turut menerima penghargaan untuk gambar semasa demonstrasi BERSIH 4 yang memaparkan penggunaan teknologi dron.
Sebuah lagi portal berita Malaysia The Star Online memenangi Anugerah Scoop Kumpulan B melalui laporan mengenai kenaikan kos visa bagi pekerja warga Indonesia di Malaysia yang menyebabkan semakin semakin sukar untuk mereka datang bekerja secara sah di negara ini.
Menurut Sopa calon bagi semua 18 kategori dalam bahasa Inggeris dan Cina diadili panel 100 juri dari seluruh dunia.
Ditubuhkan pada 1991 Anugerah Sopa dibuat untuk menghargai kecemerlangan media - baru dan tradisional - di rantau Asia.
Sopa pula ditubuhkan pada 1982 untuk memperjuangkan kebebasan media dan kecemerlangan kewartawanan serantau.

‘Najib perlu jelaskan 1MDB, bukan budak makan gaji Arul Kanda’

Posted: 15 Jun 2016 05:38 PM PDT

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim membidas kehadiran Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam satu majlis di Sungai Besar untuk menjelaskan isu-isu berkaitan firma pelaburan negara itu.
Menurut beliau, sepatutnya jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low, yang namanya dibangkitkan berulang-kali dalam siasatan global ke atas 1MDB, harus memberi penjelasan kepada pengundi.
Selain itu, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu dijemput untuk menjernihkan keadaan.
"1MDB kena panggil (Perdana Menteri) Najib (Razak) dan Jho Low ka Sungai Besar.
"Apa guna Arul Kanda? Budak makan gaji," kata Zaid dalam Twitter.
Pagi ini, Arul berucap pada satu majlis anjuran Jabatan Perdana Menteri untuk penjawat awam di Sungai Besar yang akan menyaksikan berlangsungnya pilihan raya kecil pada 18 Jun ini.
Calon BN bagi Budiman Mohd Zohdi turut hadir.
Dalam ucapannya, Arul menegaskan bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak bermaksud untuk menutup hutang 1MDB.
Beliau juga berkata bahawa deposit berbilion ringgit di akaun bank peribadi Najib tidak ada kena mengena dengan 1MDB.

Mahu debat dengan Rosmah, bukan pembawa beg Rosmah - Rafizi

Posted: 15 Jun 2016 05:35 PM PDT

Rafizi mahu sembunyi bom dalam rambut Rosmah

Posted: 15 Jun 2016 05:34 PM PDT

Nurrul Izzah cabar Arul Kanda berdebat di Sg Besar

Posted: 15 Jun 2016 05:33 PM PDT

Kenapa sewa 'private jet' kalau kerajaan ada tiga pesawat? - Rafizi

Posted: 15 Jun 2016 05:33 PM PDT

PAS berniat jahat, samakan warna AMANAH dengan warna sami

Posted: 15 Jun 2016 05:32 PM PDT

Mastura calon Rosmah? Rafizi minta pendirian BN

Posted: 15 Jun 2016 05:31 PM PDT

Rizal : Rosmah sedih atas tohmahan masyarakat terhadap dirinya

Posted: 15 Jun 2016 05:29 PM PDT

Comments (0)