Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:07 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Mengapa Najib tak minat tahu mana RM 26.7 bilion Aabar BVI?

Posted: 14 Jun 2016 09:44 PM PDT


Bumi untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpijak semakin mengecil.
Jika tuntutan oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi melalui Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa London berjaya, Malaysia akan dihempap oleh beban kewangan sebesar RM 26.7 bilion atau AS$6.5 bilion!
Seawal 2014, Gabenor Bank Negara Malaysia melalui dua memorandum telah memberikan amaran kepada kerajaan pimpinan Najib risiko gegaran kewangan besar yang akan ditanggung oleh negara dari 'aktiviti' 1MDB.
Kini, pra gegaran itu sahaja sudah menggegarkan!
Antara isu dalam hubungan 1MDB dan rakan niaganya IPIC ialah salah pembayaran oleh 1MDB.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) seperti dalam laporannya, mengesahkan - sejumlah AS$1.3 bilion atau RM 4.51 bilion telah dibayar kepada Aabar BVI yang didaftarkan di British Virgin Island tanpa kelulusan lembaga pengarah 1MDB.
Selain itu, dokumen 1MDB menunjukkan satu lagi pembayaran kepada 1MDB berjumlah AS$2.1 bilion turut dibuat.
PAC mendapati, pembayaran dibuat kepada Aabar BVI tanpa kelulusan tembaga pengarah 1MDB!
Bukan jumlah wang yang kecil. Bahkan, sudah tersangat besar.
Bagaimana 1MDB telah tersalah bayar wang sebesar itu?
Wang itu sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikat IPIC bernama Aabar Investments PJS tetapi telah dibayar kepada Aabar yang lain - iaitu Aabar BVI!
Beza  Muhyidin dan Mahyidin
Namanya seakan sama, ejaan sahaja berbeza. Tetapi, si bodoh dari kutub pun tahu, ia dua entiti yang berbeza.
Seperti kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin, 1MDB gagal membezakan antara Muhyidin dan Mahyidin.
Inilah yang menyebabkan IPIC dan Aabar meneruskan tuntutannya selepas beberapa kali mengeluarkan kenyataan 1MDB telah memungkiri komitmen seperti perjanjian. Aabar yang sebenar tidak dibayar.
Hasilnya, wang sejumlah AS$3.47 bilion atau bersamaan RM14.2 bilion dikebas orang!
Soalnya, siapakah 'orang' itu?
Mengikut kenyataan Presiden dan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pada akhir April tahun ini, ada kemungkinan 1MDB telah 'ditipu secara besar-besaran (massive fraud)' atau 'kerjasama tali barut dari dalam' 1MDB sendiri (collaboration from our side).
Bukankah kenyataan Arul itu berat? 1MDB ditipu!
Bersekali dengan perdana menteri ditipu kerana beliau mempunyai kedudukan tertinggi dalam 1MDB.
Tidak begitu bagi Najib yang cukup tenang.
Dalam jawapannya di Parlimen pada April tahun ini - hanya berbeza hari dengan kenyatan Arul Kanda - 'terlalu awal untuk menyimpulkan adanya unsur penipuan'.
Kenapa terdapat kesimpulan yang begitu ketara perbezaan antara dua kenyataan ini?
Satu, 1MDB ada kemungkinan ditipu kerana membuat pembayaran yang salah.
Satu lagi, cuba menolak adanya unsur penipuan.
Jika bukan kerana ditipu dan niat buruk melarikan wang itu, kenapa pembayaran itu dibuat?
Bukan sekali, tetapi empat pembayaran.
Tanpa kelulusan lembaga pengarah.
Seperti kura-kura
Read More / Baca Lagi >>

Ke mana haluan KUISAS selepas dinaiktaraf, soal Amanah

Posted: 14 Jun 2016 09:32 PM PDT


Amanah mahu tahu halian KUISAS lepas diumum naiktarafAmanah mahu tahu halian KUISAS lepas diumum naiktaraf
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelaskan kepada rakyat Kuala Kangsar status Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) selepas dinaik taraf menjadi universiti.

Pengerusi Amanah Perak Asmnuni Awi berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa KUISAS akan dijadikan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) bukan lagi institut pengajian tinggi awam (IPTA) memandangkan ia diselia di bawah sebuah syarikat korporat.

"Kita mahukan kepastian daripada pimpinan Umno dan Najib sendiri dan juga menteri pendidikan sama ada universiti tersebut akan dinaik taraf sebagai universiti awam atau swasta.

"Tolong jelaskan kerana ini menimbulkan keresahan kepada kakitangan wam dan akademik di KUISAS.

"Kita timbulkan persoalan ini kerana KUISAS di bawah sebuah syarikat holding. Sebab itu kami percaya apa yang akan dibuat ialah universiti swasta bukan universiti awam," katanya dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan KUISAS
diberikan status sebagai sebuah universiti penuh dengan nama baharu iaitu Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) berkuat kuasa serta-merta.

Selain itu beliau turut menyelar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan pembinaan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar khusus untuk anak-anak anggota polis.

Asmuni berkata, Zahid terus menabur janji kepda rakyat sedangkan janji terdahulu belum lagi ditunaikan.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah dilihat berjiwa besar, netizen puji Dr Rani kerana tidak bermusuh

Posted: 14 Jun 2016 09:20 PM PDT


Majlis berbuka puasa anjuran Pakatan Harapan turut disertai Dr. RaniMajlis berbuka puasa anjuran Pakatan Harapan turut disertai Dr. Rani
Kehadiran calon Pas Dr Abdul Rani Othman ke majlis berbuka puasa anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali semalam menjadi perbualan hangat di media sosial khususnya facebook.

Warga maya rata-ratanya memuji tindakan Abdul Rani yang disifatkan matang dan berjiwa besar, berbeza dengan sikap sesetengah pepimpin Pas lain yang melihat Amanah sebagai musuh mereka.
Datuk Seri Azmin Ali isytihar sokong Ustaz Azhar di majlis berbuka puasa Pakatan HarapanDatuk Seri Azmin Ali isytihar sokong Ustaz Azhar di majlis berbuka puasa Pakatan Harapan"Meskipun saya penyokong Amanah namun saya 'salute' dengan jiwa besar Dr Rani yang turut hadir dalam majlis ini," tulis pemilik akaun Mahani Othman Basir.
"Calon pas steady..snyum jee...haha..terbaiklah Dr (Rani)," tulis Hafiez Yahya.
"Alhamdulillah.. bagusnya calon pas.. sangat meraikan sahabat," tulis Ummu Aisy.
Di sebalik komen-komen positif itu, terselit juga komen-komen sinis yang melihat tindakan Abdul Rani itu mengesahkan dakwan banyak pihak bahawa beliau dari kumpulan harum manis.
Ada juga menyifatkan beliau tersepit dipilih sebagai calon Pas kerana mempunyai kawan yang ramai di kalangan pemimpin Amanah.

"Kesian Dr Rani..sebab percaturan Pas yang entah apa-apa dia jadi mangsa..tebal jer muka," kata Mohd Mazlan Mat Ani.
"Dr Rani tersepit sebenarnya...die antara Adun yg disebut-sebut sebelum ini untuk meninggalkan Pas..Pas dah tak ada calon lain yang paling sesuai untukk diletakkan di Sungai Besar..atas faktor pengundi Cina di Sungai Besar melebihi 30% Dr Rani lah yang paling sesuai dengan karektor profesionalnya dapat tambat hati orang Cina," tulis Rauna Diaz.
"Aku harap Dr Rani tarik diri sebagai calon & masuk Amanah... kita sama-sama doakan," komen Amaluddin Yusof.Dr Rani nyatakan beliau datang atas jemputan MBDr Rani nyatakan beliau datang atas jemputan MB
Sementara itu, sikap penyokong Amanah menerima dan menyambut baik kehadiran Dr Rani juga turut dipuji netizen yang disifatkan berbeza dengan Pas.
Beberapa mereka membuat perbandingan dengan program ceramah Pas yang dilihat terus bersikap keras terhadap Amanah walaupun mendakwa mereka membawa politik matang.

Parti oren itu parti nanar, kata Mohd Amar

Posted: 14 Jun 2016 09:17 PM PDT

KUALA KANGSAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggelar parti berwarna oren dipercayai merujuk kepada Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai sebuah parti 'nanar'.
Disebabkan itu katanya, pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar perlu menolak Amanah bulat-bulat.
"Orang Pas kena kekal undi Pas. Jangan tukar dengan oren. Parti oren ini bagi saya parti nanar.
Mohd Amar Nik Abdullah Orang Kelantan kata nanar ini bengong. Politik dia politik nanar.
"Bukti nanar ini, nak pilih warna pun tak pandai. Sebanyak-banyak warna yang ada dalam dunia ini yang Tuhan buat, dia pilih warna nak serupa dengan tok sami.
"Lambang pulak lambang pulak lambang Imayam TV. Di situ nampak dah tak pandai memilih. Jadi kalau macam ni nak jadi pemimpin macam mana?," katanya ketika berucap dalam ceramah di Dataran Menora, malam tadi.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, disebabkan itu, pilihan yang ada buat pengundi untuk PRK ini hanyalah antara Pas dan BN.
"Maka sebab itu pilihan yang ada pada pengundi adalah Umno-BN atau Pas.
"Kita minta kali ini daripada semua pengundi, orang Pas tentulah akan mengundi Pas, yang atas pagar dan BN pilih Pas supaya dapat membuat perubahan," katanya.
Dalam pada itu katanya, pengundi di Kuala Kangsar perlu berani untuk melakukan perubahan kerana sudah sekian lama Umno gagal meletakkan Islam sebagai aspek perjuangan.
Akuinya, biarpun Umno ada menyumbangkan elemen-elemen Islam dalam pemerintahannya namun ia masih belum mencukupi.
"Orang Melayu dah lama bagi kepercayaan kepada Umno. Dalam tempoh lama, dari sudut perjuangan Islam tidak nampak usaha yang bersungguh dan berkenan dilakukan oleh Umno-BN.
"Apabila pemimpin Islam, tanggungjawabnya adalah memastikan agama Islam ini berdulat. Tetapi dalam tempoh yang panjang ini negara kita masih kekal dengan sifat sekular. Masih jauh dengan kehendak agama," katanya.

SELEPAS DR RANI PUN TAK YAKIN MENANG, PENYOKONG PAS HARUS BERALIH RAMAI2 MENGUNDI AMANAH

Posted: 14 Jun 2016 09:14 PM PDT

Semalam Menteri Besar Selangor, Azmin Ali membuat penampilan di Sungai Besar dalam majlis berbuka puasa anjuran Pakatan Harapan dan sekaligus menyatakan sokongan terbuka kepada calon Amanah, Azhar Abd Shukur.

Esok atau lusa pula, beliau akan ke Kuala Kangsar pula dengan tujuan serta matlamat yang sama.

Jika sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO termasuk Khairy Jamaluddin mempersoalkan ketiadaan Azmin, kini segala-galanya telah terang lagi nyata. Calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan jelas menjadi pilihan sokongan Menteri Besar Selangor itu.

Dalam majlis berbuka puasa anjuran Pakatan Harapan itu, calon Pas Dr Rani Osman membuat kejutan dengan turut sama hadir sebagai tetamu yang tidak diundang. 

Walaupun beliau mengatakan kehadirannya sebagai bukti pengamalan politik matang, tetapi tidak dapat dinafikan ia juga menunjukkan beliau tidak lagi yakin dengan dengan kemampuannya bersama Pas untuk mencapai kemenangan pada 18 Jun ini.

Dengan hadir di majlis orang lain dan terpaksa mendengar Azmin menyatakan sokongan kepada  Azhar, Dr Rani ternyata cuba meraih simpati dengan kehadirannya itu. Beliau nampaknya begitu terdesak mengharapkan ada simpati penyokong Pakatan Harapan terhadapnya.

Ia dengan jelas menunjukkan beliau sudah kekurangan sokongan melalui label Pas yang dibawanya. Pengundi yang ingin menolak UMNO dan menghantar mesej penolakan rakyat kepada Najib Razak kini sedang bersama-sama dengan Pakatan Harapan dan bukan bersama Pas.

Jika Dr Rani sudah cukup yakin dengan sokongan pengundi Pas terhadapnya, tidak mungkin beliau sedia menebalkan muka di majlis Pakatan Harapan itu.

Malah bukanlah kelaziman bagi mana-mana calon untuk hadir dalam majlis orang lain. Biasanya sesama calon hanya mungkin terserempak ketika sama-sama meraih undi di tempat-tempat terbuka seperti pasar malam, bazar Ramadan, kenduri kahwin, di surau, masjid dan sebagainya.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Rani patut tarik diri selepas sertai majlis sokong calon Amanah

Posted: 14 Jun 2016 09:10 PM PDT

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencadangkan agar calon Pas Dr Rani Othman menarik diri dari bertanding selepas kehadirannya ke majlis sokongan kepada calon Pakatan Harapan oleh Menteri Besar Selangor semalam.
Lagipun, bagi ahli politik veteran itu, suasana sekarang menunjukkan beliau tidak mempunyai peluang untuk menang dalam pilihan raya ini.
"Lagi pun, saya secara terbuka boleh jangkakan calon Pas akan akan kehilangan kira-kira 10,000 undi dalam pilihan raya kecil ini berbanding dengan undi yang diperolehi oleh Pas dalam pilihan raya umum 2013 lalu, satu jangkaan yang pemimpin Pas tidak akan berani untuk menafikannya," kata ahli parlimen Gelang Patah itu.
Oleh itu, katanya, cara terbaik untuk menyelesaikan hal ini adalah dengan cara memastikan Umno dan BN dikalahkan dalam pilihan raya Sungai Besar ini.
"Cara terbaik adalah dengan cara Dr Rani menarik diri dari bertanding PRK Sungai Besar untuk memastikan satu lawan satu berlaku dalam pengundian Sabtu ini," katanya.
Beliau memberikan tiga sebab mengapa Dr Rani perlu menarik diri untuk memastikan calon Amanah, Azhar Ab Shukur memberikan pukulan hebat kepada Datuk Seri Najib Razak dan Umno/BN serta menyelamatkan Malaysia.
Pertama, Pas hanya berperanan sebagai pengacau undi sahaja kerana tidak mungkin Pas akan menang.
Yang kedua adalah Pas berada di tempat ketiga sekarang dan satu-satunya cara untuk kalahkan Bn adalah kesemua pengundi dan parti-parti politik bersatu di belakang calon Amanah.
Yang ketiga, Dr Rani patut hero dan menjadi contoh kepada pemimpin, ahli dan penyokong Pas pentingnya perpaduan untuk menyelamatkan negara ketika negara hadapi krisis besar di mata dunia.

PAS: Masa depan politik Husam selamat dalam Amanah

Posted: 14 Jun 2016 09:03 PM PDT

Husam lebih selamat sekiranya beliau berada dalam jemaah Amanah berbanding berjuang secara bersendiri, kata seorang ahli Parlimen PAS.
nik-mazian-nik-mohamad_Husam-Musa_amanah_600_1
PETALING JAYA: Datuk Husam Musa bebas menyertai Amanah kerana beliau tidak lagi bersama PAS, menurut seorang pemimpin PAS.
Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad berkata, perjuangan politik bekas naib presiden PAS itu juga akan lebih cerah berbanding berjuang secara bersendirian.
"Itu pilihan dia, saya sokong, dia tidak boleh bersendirian. Lebih baik duduk di bawah satu jemaah dan jemaah akan menegur dia (Husam) dan menasihat dia, malah ada Amanah juga jemaah macam PAS.
"Kalau dia masuk Amanah itu lebih selamat berbanding dia duduk sorang-sorang, bagi saya kalau dia masuk Amanah itu perkara biasa, dia bukan masuk parti kafir, dia masuk parti Islam juga," katanya kepada FMT ketika diminta mengulas hasrat Husam menyertai Amanah.
Husam sebelum ini menyampaikan hasratnya menyertai Amanah ketika turun membantu calon parti serpihan PAS itu di Kuala Kangsar Ahad lalu.
Beliau dipecat PAS 23 April lalu, kerana dituduh melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan perlembagaan parti.

Siapa pilihan orang Sungai Besar?

Posted: 14 Jun 2016 09:00 PM PDT

BOLEH tahan juga seloroh Dr. Abdul Rani Osman ketika diperkenalkan oleh pegawai SPR pada hari penamaan calon PRK Sungai Besar 5 Jun lalu.
Sambil tertawa, beliau menjengketkan kakinya seolah-olah mahu dilihat sama tinggi dengan calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah, Azhar Abdul Shukur.
Bagi pemerhati yang nakal, gelagat Abdul Rani ditafsirkan sebagai gambaran terhadap kemampuannya menghadapi pilihan raya ini.
Tindakan perwakilan Dewan Ulamak Pas Selangor mempertikaikan pemilihan beliau sebagai calon PRK Sungai Besar ketika  sesi perbahasan muktamar Dewan Ulamak di Kelantan 1 Jun lalu,  awalnya dibimbangi oleh Pas akan memberi kesan terhadap penampilan Abdul Rani.
Apa pun, memasuki pusingan terakhir kempen yang tinggal dua hari sahaja lagi, Abdul Rani dijangka akan 'lebih tinggi' berbanding Azhar dari segi pungutan undi.
Pemerhatian pada minggu terakhir kempen mendapati Pas lebih dipercayai berbanding Amanah yang begitu  'all out' sejak hari pertama.
Kempen parti itu yang diterajui DAP, dinilai oleh pemerhati sebagai strategi yang 'makan diri'. Amanah terlalu memberi ruang terhadap DAP hingga seperti terlupa bahawa pengundi Cina hanya 30 peratus daripada 42, 655 pengundi Sungai Besar. Majoriti adalah pengundi Melayu yang sebanyak 67 peratus.
Memberi ruang untuk DAP bergerak terlalu meluas ketika kempen pilihan raya boleh menggores hati pengundi Melayu, terutama dengan provokasi melampau yang telah mereka lakukan seperti dalam kes papan iklan provokatif di bulatan pekan Sekinchan tempoh hari.
Strategi membawa Tun Dr. Mahathir turun berkempen juga tidak banyak membantu. Malahan tindakan ini mungkin menyebabkan ramai orang Melayu tersinggung lantaran menganggap seorang negarawan yang begitu dihormati, disayangi, yang  banyak berjasa kepada negara, telah 'dirosakkan' oleh parti itu terutama tatkala mereka melihat bekas perdana menteri itu bergandingan dengan Lim Kit Siang di pentas.
Meskipun Dr. Mahathir telah menegaskan beliau kini nonpartisan dan sekadar mahu berkempen untuk sesiapa yang menyokong Deklarasi Rakyat, purata orang Melayu tetap terkilan dan sedih melihat apa yang berlaku dan tidak bersetuju untuk negarawan itu dibawa turun berkempen menyebelahi pembangkang, terutama di mana adanya Kit Siang!
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi Ramli: Saya Punya "Bom Atom"

Posted: 14 Jun 2016 08:40 PM PDT

AMANAH parti 'nanar'', warna pun serupa tok sami - TMB Kelantan

Posted: 14 Jun 2016 08:35 PM PDT

Nik Amar ajar pengundi bagi seluar dalam pada menteri UMNO

Posted: 14 Jun 2016 08:35 PM PDT

Nik Amar: Undi PAS pasti jambatan Manong siap

Posted: 14 Jun 2016 08:33 PM PDT

Habuan PRK: KJ hulur 'sampul coklat' dan beras percuma tarik pengundi tua

Posted: 14 Jun 2016 08:31 PM PDT

'Najib mesti pergi, pengganti macamnya pun akan disingkir' - Dr Hatta

Posted: 14 Jun 2016 08:23 PM PDT

Realiti di tanahairku..

Posted: 14 Jun 2016 03:03 PM PDT

Antara ulama, ustaz/ ustazah & ULARmak yg cari makan apabila di hadapan rakyat & VVIP..

PRK: Limpahan Projek Dan Rasuah Politik Untungkan Rakyat.!!

Posted: 14 Jun 2016 02:56 PM PDT



KUALA KANGSAR: Rasuah politik menerusi pemberian material, janji manis peruntukan dan projek 'mi segera' terus menjadi rutin kempen BN sebagai umpan menarik undi setiap kali pilihan raya.
Begitu juga penggunaan jentera kerajaan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi yang dikerah bagi meraih sokongan kepada BN.
Perkara sama juga sedang giat berlaku di PRK P.067 Kuala Kangsar menyaksikan BN terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan kerusi tradisinya.
Terbaru, Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri terpaksa turun mengumumkan pemberian bantuan khas RM500 kepada penoreh getah.
Pemberian secara 'one off' itu melibatkan peruntukan sebanyak RM194 juta yang akan dibayar menerusi RISDA kepada para penoreh di Kuala Kangsar.
Najib juga meluluskan serta merta RM43.5 juta bagi pembinaan Jambatan Manong yang akan menghubungkan Kampung Seberang Manong dan Pekan Manong.
Pembinaan jambatan itu telah menjadi janji BN sejak beberapa PRU lalu, namun hingga kini tidak pernah menjadi kenyataan.
Pada ketika ini lebih 2,000 penduduk di situ terpaksa menempuh perjalanan kira-kira 50 kilometer atau menyeberang dengan bot sebagai alternatif.
Turut diumumkan kerajaan ialah peruntukan RM2 juta kepada Hospital Kuala Kangsar untuk meningkatkan kemudahan dan peralatan.
Tinjauan di seluruh parlimen ini mendapati banyak jalan utama dan jalan kampung yang telah diturap tar sejak diisytiharkan kekosongan kerusi Kuala Kangsar awal Mei lalu.
Malah, pada ketika ini masih didapati banyak jentera berat pembuat jalan masih melakukan kerja-kerja penurapan.
Selain itu juga, beberapa infrastruktur awam, termasuk kediaman, kedai-kedai dan masjid sedang dibaiki atau diselenggara kontraktor berkaitan.
Malah, kelihatan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-menteri turun mengadakan pelbagai program dan penyerahan intensif kepada penduduk.
Para pengundi diseru bersikap bijak dengan mengambil peluang dari pelbagai lambakan pemberian tersebut dan mengajukan permintaan, tetapi mengundi calon yang akan membawa suara mereka secara konsisten ke Parlimen.

Pengundi Sungai Besar akan pilih BN atau Amanah

Posted: 14 Jun 2016 08:17 AM PDT


SUNGAI BESAR - Pakatan Harapan mendakwa hasil beberapa tinjauan terhadap pengundi menyaksikan mereka memilih sama ada BN atau Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar, 18 Jun ini.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, persaingan sengit sedang berlaku antara BN dan Amanah, manakala Pas jauh di belakang.
"Oleh itu, setiap undi untuk Pas adalah undi yang dipersia-siakan kerana tidak mungkin undi untuk Pas akan menyumbang ke arah mengalahkan BN," katanya pada Sidang Media di Pejabat Amanah Sungai Besar.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kemenangan Pakatan Harapan di Parlimen itu boleh tercapai sekiranya semua undi pembangkang dapat ditumpukan kepada calon Pakatan Harapan yang diwakili Amanah.
Beliau turut mempersoalkan sikap dan pendirian Pas terhadap BN yang dilihat tidak konsisten sama ada parti itu ingin menjalin kerjasama dengan BN atau pun sebaliknya.
"Kenyataan (Ketua Pemuda Pas) Nik Abduh (Aziz Nik Abdul Aziz) adalah bukti sikap berdolak-dalik ini. Atas sikap berdolak-dalik ini Pakatan Harapan meminta pengundi untuk lupakan Pas pada PRK ini," katanya.
Beliau memberitahu, PRK Kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberi peluang untuk rakyat menzahirkan kemarahan mereka terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Keputusan dua pilihan raya kecil ini tidak akan ada kesan terhadap kedudukan BN sebagai kerajaan di Putrajaya. Najib perlu diberitahu bahawa rakyat sedang marah dengan dasar-dasar kerajaan yang membebankan rakyat.

"Maka kekalahan calon Najib dan calon (Datin Seri) Rosmah (Mansor) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menyebabkan Najib dan pentadbirannya memikirkan kembali dasar-dasar menindas rakyat yang telah dan sedang mereka laksanakan," katanya.
Beliau menegaskan, kemenangan BN dianggap sebagai 'lampu hijau' kepada pentadbiran Najib terus membudayakan penyelewengan dan rasuah kerana mereka tetap mendapat sokongan daripada rakyat.
"Jika mereka menang, kita bimbang mereka akan merumuskan bahawa rakyat tetap menyokong BN walau apa cara mereka lakukan kepada rakyat," katanya.
Ditanya tentang kenyataan Nik Abduh yang menyindir parti yang diandaikan seperti 'gila talak', Khalid menjelaskan Pas mesti cermin diri terlebih dahulu dan mereka tidak seharusnya menyalahkan Amanah dalam perkara berkenaan.
"Kalau sekiranya wujud tanggapan bahawa Pas bekerjasama dengan Umno itu bukanlah salah kami. Kenapa tanggapan itu wujud, cermin diri.
"Kenyataan-kenyataan mereka ini memberikan gambaran seolah-olah begitu..kita tak cakap apa-apa," katanya.

DAP rayu pengundi luar Parlimen pulang mengundi

Posted: 14 Jun 2016 08:12 AM PDT


Pemimpin Umno terus mainkan sentimen politik benci

Posted: 14 Jun 2016 08:11 AM PDT


Lim Kit Siang dan Umno sentiasa bertembungLim Kit Siang dan Umno sentiasa bertembung
Kenyataan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob dari UMNO di Sungai Besar adalah satu pembohongan tipikal yang berlandaskan politik kebencian seperti yang kerap dimainkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini, termasuk semasa bulan suci Ramadan.
Ismail menuduh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sedang bekerjasama dengan pihak yang mahu menafikan hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam, malah mengatakan "jika Mahathir sudah bersama Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.. Itu sudah cukup jelas menunjukkan jawapannya."
Saya mencabar Menteri-menteri UMNO menyebut hanya satu peristiwa di mana saya telah menjadi anti-Melayu atau anti-Islam sepanjang 50 tahun penglibatan saya dalam politik, atau mereka harus berhenti menggunakan politik fitnah dan kebencian serta memberi fokus kepada langkah menyatukan rakyat agar dapat membina Malaysia yang bersatu-padu, hebat, adil dan harmoni.
Saya boleh mengemukakan satu senarai panjang berkenaan ucapan berbaur perkauman yang dilontarkan oleh Ismail dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, termasuk kenyataan Ismail tahun lalu yang menggesa orang Melayu memboikot perniagaan orang Cina, tetapi bolehkah mereka menyatakan hanya satu insiden di mana saya menjadi anti-Melayu atau anti-Islam sepanjang 50 tahun ini?
Saya tidak fikir wujud mana-mana pemimpin politik lain yang terpaksa menghadapi bermacam-macam fitnah besar dalam tempoh 50 tahun ini kecuali diri saya sendiri, memandangkan saya telah dituduh dengan pelbagai jenis perbuatan yang pengecut dan jahat, terutama melalui media arus perdana yang dikawal dan dimiliki oleh Barisan Nasional.
Saya telah ditohmah dengan julukan anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, anti-Cina berpendidikan sekolah Cina, anti-Cina berpendidikan sekolah Inggeris, anti-India, ejen KGB Russia, ejen CIA Amerika, ejen M16 British, ejen Perisikan Australia, dan bermacam lagi tuduhan yang tidak dapat dibayangkan.
Saya juga dituduh menjadi penyebab kepada rusuhan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, kononnya terlibat dalam perarakan haram sepanjang jalan-jalan di Kuala Lumpur sambil melaungkan slogan dan provokasi anti-Melayu, malah kononnya kencing di rumah Menteri Besar Selangor pada masa itu, Datuk Harun Idris di Kampung Baru di Kuala Lumpur seperti yang digambarkan dalam filem Tanda Putera!
Read More / Baca Lagi >>

Desakan Rakyat

Posted: 14 Jun 2016 08:07 AM PDT

Oleh Tun Mahathir
1. Ada ahli UMNO yang tidak senang dan marah kerana saya berada di satu pentas dengan Kit Siang, musuh ketat UMNO
2. Saya tidak akan ada bersama Kit Siang jika UMNO masih UMNO yang ditubuh pada 1946.

3. Dimasa saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri teguran dan cabaran terhadap saya tidak ditegah oleh saya. Musa Hitam, Tengku Razaleigh dicalon untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Ramai Menteri dalam Kabinet saya, seperti Rais Yatim, Abdullah Ahmad Badawi, Syed Hamid, Kadir Sheikh Fadzir berkempen menyokong Razaleigh dan Musa. Saya tidak halang mereka, tidak lucut keahlian mereka.
4. Keputusan undian memberi kemenangan kecil kepada saya dan Ghafar. UMNO diheret ke mahkamah dan hakim hukum UMNO haram.
5. Saya terpaksa hidupkan semula UMNO. Walaupun Tengku Razaleigh menubuh Semangat 46 tetapi majoriti ahli UMNO menyertai UMNO Baru. Turut menyertai ialah Abdullah Badawi, Kadir Sheikh Fadzir, Syed Hamid dan kemudian Rais Yatim. Mereka kembali menjadi Menteri. Tidak ada siapa yang dibuang dari UMNO melainkan mereka sendiri memilih untuk menyertai Semangat 46.
6. Apabila Semangat 46 dibubar, ahli mereka diterima balik ke dalam UMNO.
7. UMNO kembali kuat walaupun yang tidak sokong saya dimasa pertandingan berada dalam UMNO.
8. Inilah cara UMNO. Pemimpin dan ahli bebas menegur dan mencabar pemimpin. Saya diserang hebat oleh penyokong Anwar semasa dia menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.
9. Penyingkirannya dibuat oleh Majlis Tertinggi dengan dia diberi hak mempertahankan diri. Keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi.
10. Dalam kes Musa Hitam yang telah letak jawatan sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk menghantar rombongan dibawah Wan Mokhtar ke London untuk memujuk Musa menarik balik perletakan jawatan-jawatannya. Saya tidak larang.
11. Dia bersetuju kembali sebagai Timbalan Presiden dan tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya terpaksa lantik Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri, sementara Musa terus jadi Timbalan Presiden.
12. Lepas itu Musa pujuk musuhnya, Tengku Razaleigh untuk bertanding sebagai Presiden melawan saya. Musa sendiri bertanding jawatan Timbalan Presiden dibawah calon Presiden Tengku Razaleigh musuhnya.
13. Walaupun Musa melakukan semua ini saya lantiknya sebagai Wakil Istimewa Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya beri kepadanya taraf Menteri.
14. Semua yang saya lakukan diasaskan kepada demokrasi. Tetapi hari ini Najib sebagai Presiden bukan sahaja tidak boleh dicabar, tetapi tidak boleh ditegur pun. Kalau sesiapa menegur dianya dilucut keahlian dalam parti. Ini disusuli dengan larangan bertemu ahli dan pemimpin UMNO. Ada pula keputusan menggantung jawatan. Tidak ada peluang diberi untuk pertahan diri.
Read More / Baca Lagi >>

Amaran Hadi kepada orang Islam menentang hudud

Posted: 14 Jun 2016 07:57 AM PDT

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberi amaran kepada para penentang undang-undang hudud terutama daripada kalangan umat Islam sendiri dengan bersandarkan tiga potong ayat Al-Quran iaitu surah Hud ayat 18, surah Al-Baqarah ayat 208 dan surah Al-Maidah ayat 82.
Menurut Abdul Hadi, hanya mereka yang buta al-Quran akan melabel hukum hudud itu sebagai ciptaan Pas.
"Bahkan tidak boleh dicipta Nabi Muhammad SAW. Biarkan hanya mereka bersama penjajah menentang hukum ALLAH SWT terus rela tenggelam bersama kejahilan dan kebebalan mereka.
"Walaupun Pas telah perkenalkan melalui proses demokrasi serta dipamerkan kepada umum khususnya kalangan bukan Islam dalam dan luar negara, namun masih ramai yang beragama Islam buta al-Quran mengulas dengan akal jahil agamanya," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini usaha Abdul Hadi membawa Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 ke Dewan Rakyat bagi mengangkat taraf Mahkamah Syariah dihentam banyak pihak susulan ia dikaitkan dengan hukum hudud.
Pihaknya telah berkali-kali menegaskan pindaan itu tidak melibatkan pelaksanaan hukum hudud sebaliknya hanya untuk mempertingkatkan kuasa Mahkamah Syariah yang hari ini lebih rendah daripada Mahkamah Sivil.
Sementara itu, menyentuh soal penangguhan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu, Abdul Hadi berkata, undang-undang syariat ALLAH itu masih tidak dapat dilaksanakan demi meraikan golongan yang jahil walaupun mereka mengaku Islam.
"Walaupun sudah dilulus dan diwarta dua negeri namun belum berkuasa melaksanakannya kerana terhalang.
Read More / Baca Lagi >>

P093: MB Selangor turun Sungai Besar sokong calon Amanah, turut serta calon Pas

Posted: 14 Jun 2016 07:54 AM PDT


Azmin memperkenalkan calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan dalam pilihan raya ini dengan calon Pas, Dr Rani Othman turut menyertai majlis ini.Azmin memperkenalkan calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan dalam pilihan raya ini dengan calon Pas, Dr Rani Othman turut menyertai majlis ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali turun ke Sungai Besar hari ini bagi memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan dari Amanah, Azhar Abd Shukur.
Beliau menyertai majlis berbuka puasa (Iftar Perdana) yang dianjurkan Pakatan Harapan untuk memberikan sokongan moral kepada calon Amanah.
Azmin selaku Timbalan Presiden PKR mengisytiharkan sokongan beliau kepada Azhar di majlis berbuka puasa ini.
Turut hadir di majlis ini ialah calon Pas, Dr Abdul Rani Osman.

P093: Azmin sokong AMANAH, doakan PAS berjaya

Posted: 14 Jun 2016 07:51 AM PDT

"Saya doakan dia terus maju untuk sama-sama untuk dalam satu tekad kezaliman di Putrajaya," kata Azmin
Azmin-Ali_selangor_talk
SUNGAI BESAR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tampil di Sungai Besar malam tadi dan menyatakan sokongannya kepada calon Pakatan Harapan, Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH.
Ketidakhadiran Timbalan Presiden PKR sepanjang tempoh berkempen setakat ini mengundang pelbagai tanda-tanya dan telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan kritikan.
Tidak terhenti di situ, Azmin turut mengambil peluang menemukan Azhar dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dalam satu majlis berbuka puasa.
Kepada jaguh PAS untuk PRK Sungai Besar, Azmin mengucapkan semoga berjaya dalam pilihan raya kali ini.
"Sahabat saya Rani jangan bersedih…kita sahabat dalam DUN. Beliau banyak beri sokongan pada dasar kerajaan negeri sejak tahun 2008.
"Saya doakan dia terus maju untuk sama-sama untuk dalam satu tekad kezaliman di Putrajaya. Kita kena runtuhkan Putrajaya tanpa mengira latar belakang politik," kata Azmin disambut tepukan gemuruh hadirin.
Rani dalam ucapannya selepas itu berkata beliau menyambut pelawaan Azmin ke majlis berbuka puasa ini atas dasar hubungan seorang ADUN menghormati seorang Menteri Besar.
Azmin sebelum ini dilaporkan tersepit antara AMANAH, yang merupakan komponen Pakatan Harapan bersama DAP dan PKR, dan PAS, iaitu komponen penting dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Ini merupakan kali pertama Azmin turun membantu kempen Pakatan Harapan. Sebelum ini, beliau hanya turun pada sesi penamaan calon.
Read More / Baca Lagi >>

P067: Penyokong PAS pelawa menteri UMNO imam solat

Posted: 14 Jun 2016 07:49 AM PDT

Sudah tiba masanya PAS dan UMNO mencorakkan budaya politik baharu yang mengenepikan perbezaan politik, ulas Dr Asyraf Wajdi
surm2
Kurang empat hari tempoh berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, pelbagai coretan cerita dapat dilihat.
Namun lebih mencuri tumpuan apabila penyokong PAS mempelawa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi supaya menjadi imam solat Tarawih di Kuala Kangsar semalam.
Perkara itu dimuat naik sendiri Asyraf menerusi akaun Facebooknya. Beliau menyifatkan penghormatan yang diberi penyokong PAS mengambarkan suasana harmoni kempen PRK Kuala Kangsar.
"Seronok saya melihat suasana harmoni kempen pilihanraya di Parlimen Kuala Kangsar kerana jentera PAS dan UMNO boleh solat berjemaah Tarawih bersama bahkan pimpinan PAS kawasan dan ahli-ahli mereka juga setia mendengar tazkirah daripada saya bahkan meminta saya menjadi Imam Isyak dan Solat Terawih di Madrasah Taman Jasa Kuala Kangsar," kata ustaz UMNO itu.
Katanya sikap penyokong PAS dan UMNO itu jelas menunjukkan sudah tiba masanya kedua-dua parti mencorakkan budaya politik baharu dengan mengetepikan perbezaan pendapat dan meletakkan kepentingan Islam sebagai asas utama perjuangan.
"Sudah tiba masanya kita mencorakkan budaya politik baru yang meletakkan asas ukhuwwah dan kepentingan Islam melangkaui kepentingan-kepentingan lain hinggakan kita mampu berjiwa besar dalam menguruskan perbezaan-perbezan yang ada di antara sesama manusia," katanya.
Perkelahian antara penyokong PAS dan UMNO sebelum ini pernah sehingga penyokong masing-masing enggan mengiktiraf imam daripada parti lawan, lalu mencetuskan isu dua imam dalam satu masjid.
Namun kini, semangat puak antara parti Melayu dan parti Islam itu dilihat kian terhakis apabila pimpinan kedua parti menyatakan kesudian bekerjasama dengan kepentingan agama.

MISTERI BEG BESAR: ALASAN PIHAK DATIN SERI ROSMAH TIDAK MASUK AKAL

Posted: 14 Jun 2016 07:43 AM PDT

Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Dato' Rizal Mansor cuba jawab #misteribegbesar #jetmewah Pelbagai alasan diberikan, saya teliti dan kaji balik. Hari ini saya tampilkan jawapan yang menyangkal semua alasan yang diberikan sebelum ini. Setakat ini misteri masih belum terjawab, mohon sebarkan seluas mungkin agar lebih ramai yang boleh bantu selesaikan #misteribegbesar ini.

(Untuk paparan grafik penuh, sila lawati capaian
http://rafiziramli.com/2016/06/sewa-jet-dan-jumlah-beg-alasan-pegawai-datin-seri-rosmah-mansor-tidak-masuk-akal/)

14 JUN 2016

ALASAN PIHAK DATIN SERI ROSMAH TIDAK MASUK AKAL

Saya memberi masa sehingga empat hari bagi pimpinan Umno/Barisan Nasional dan pihak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab pelbagai persoalan yang timbul ekoran pendedahan saya mengenai tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan sebuah jet peribadi mewah yang disewa khas (ACJ319 A6-CJE) dari Emirates dan dibayar oleh rakyat bagi tujuan menghadiri sebuah majlis di Istanbul.

Malangnya tidak ada seorang pun pimpinan Umno/Barisan Nasional yang berjaya memberi penjelasan yang memuaskan. Malah kenyataan Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Dato' Rizal Mansor, Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor mengeruhkan lagi keadaan kerana cuba memutar belitkan fakta.

Saya juga ingin membetulkan pembohongan-pembohongan berikut yang dibuat oleh Dato' Rizal Mansor apabila beliau tidak ada jawapan kepada pendedahan saya:

PERTAMA: ANGGARAN RM86 JUTA TIDAK BETUL

Sehingga kini, pihak Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan tempahan jet-jet peribadi milik Kerajaan Persekutuan masih belum memberikan angka sebenar kos yang ditanggung rakyat untuk menyewa jet ACJ319 A6-CJE selama 2 bulan.

Dato' Rizal dan pemuka-pemuka Umno cuba menjadi suara rasmi Kerajaan Persekutuan dengan memperkenalkan terma-terma seperti "dry lease" bertujuan mengelirukan rakyat agar menolak angka RM86 juta yang saya kemukakan sebagai anggaran.

Konsep "dry lease" atau "wet lease" hanya terpakai sekiranya Kerajaan Persekutuan hanya menyewa jet sahaja tetapi keseluruhan operasi (dari juruterbang, pramugara, kos minyak dan lain-lain) dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan. "Dry lease" bermaksud sewaan jet semata-mata tanpa melibatkan kos minyak sementara "wet lease" bermaksud sewaan jet bersama-sama kos minyak yang dimasukkan sekali di dalam nilai keseluruhan sewaan.

Pun begitu, sewaan secara "dry lease" atau "wet lease" ini lebih terpakai bagi pesawat-pesawat biasa (contohnya pesawat kargo, pesawat ambulan udara, pesawat penumpan pukal dan lain-lain) dan bukannya jet peribadi mewah seperti ACJ319 A6-CJE yang dimiliki oleh Emirates ini.

Semakan saya menunjukkan setakat ini Emirates adalah satu-satunya syarikat penerbangan komersil di rantau Asia (dari kalangan syarikat penerbangan terbesar Asia) yang menawarkan khidmat jet peribadi lengkap dengan pramugara sendiri. Syarikat penerbangan komersil lain seperti Etihad masih menawarkan khidmat mewah melalui tiket kelas satu.

Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)