Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:38 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Undi awal di Kuala lancar, 80% dijangka keluar mengundi'

Posted: 13 Jun 2016 10:36 PM PDT

Undi pos penyebab utama kemenangan BN, kata Nurul Izzah

Posted: 13 Jun 2016 10:36 PM PDT

Helikopter terhempas adalah takdir bg penduduk Sg Besar, kata Wan Azizah

Posted: 13 Jun 2016 10:35 PM PDT

Polis buka kertas siasatan ucapan Rafizi 'bom Najib'

Posted: 13 Jun 2016 10:34 PM PDT

Era Mahathir dalam Proton sudah tamat kata Najib

Posted: 13 Jun 2016 10:32 PM PDT

Nak belajar agama dengan saya atau Kit Siang, soal Hadi

Posted: 13 Jun 2016 10:31 PM PDT

Presiden PAS perlekeh AMANAH, sebut PAN

Posted: 13 Jun 2016 10:30 PM PDT

Memang PAS nak baik dengan UMNO, kata Hadi

Posted: 13 Jun 2016 10:29 PM PDT

Jamal: 'DAP tidak ada isu, hanya kaitkan saya dengan Gerakan Baju Merah'

Posted: 13 Jun 2016 10:28 PM PDT

Jamal: 'DAP tidak ada isu, hanya kaitkan saya dengan Gerakan Baju Merah'

Posted: 13 Jun 2016 10:28 PM PDT

'Jangkaan undi majoriti PAS dan BN sangat tipis di K Kangsar' - Calon PAS

Posted: 13 Jun 2016 10:27 PM PDT

PAS: Kempen Azmin bersama AMANAH tidak beri kesan di K Kangsar

Posted: 13 Jun 2016 10:26 PM PDT

Calon Amanah bentang manifesto 5 tuntutan 'Suara Wakil Kuale'

Posted: 13 Jun 2016 10:25 PM PDT


Dr Termizi memperkenalkan manifesto 'Suara Wakil Kuale' dalam sidang medianya pagi ini.Dr Termizi memperkenalkan manifesto 'Suara Wakil Kuale' dalam sidang medianya pagi ini.
Calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli hari ini membentangkan manifesto mengandungi lima tuntutan kepada kerajaan yang dinamakan Suara Wakil Kuale.
Dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini, Ahmad Termizi berkata, beliau akan memastikan perlaksanaan janji oleh kerajaan seperti pembinaan jambatan Manong, penaiktarafan hospital dan peningkatan kemudahan awam sesuai dengan status Bandar Diraja.
"Saya akan bertanggungjawab di parlimen dan banyak isu persekutuan tapi kita masih ada dua wakil rakyat Umno BN yang akan melaksanakan tanggungjawab yang akan dipersoalkan iaitu wakil BN Dun Manong dan wakil Bukit Chandan," katanya.
Beliau juga akan memastikan berlakunya penambahan peluang pekerjaan melalui pengembangan industri asas tani, industri persisiran sungai dan industri pelancongan.
"Banyak industri yang boleh dibangunkan di sini untuk memperkenalkan Kuala Kangsar," katanya.
Selain itu Ahmad Termizi mendesak kerajaan membina laluan keluar tol untuk memberi kemudahan kepada penduduk sekitar Manong serta merancakkan pembangunan dan industri setempat.
"Kita berharap Lebuh raya Plus turut dimanfaatkan untuk penduduk sekitar Manong yang ketinggalan dalam pembangunan," katanya lagi.
Selain itu beliau turut menuntut kerajaan mewujudkan pusat latihan kemahiran di kawasan Manong untuk melahirkan tenaga kerja mahir.
"Sekarang ini masih kurang peluang pekerjaan di Manong menyebabkan ramai orang muda keluar dari kuala Kangsar. Jadi kita mahu rakyat kuala Kangsar kekal di sini dengan mewujudkan pusat kemahiran agar lebih ramai tenaga kerja dapat dilahirkan," katanya.
Ahmad Termizi juga beriltizam akan menyuarakan penentangan terhadap semua tindakan kerajaan yang merugikan negara dan memudaratkan rakyat seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Rafizi cabar JPM dedah kos jet dinaiki Rosmah

Posted: 13 Jun 2016 10:24 PM PDT

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini mencabar Jabatan Perdana Menteri mendedahkan kos sewaan jet peribadi yang digunakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Istanbul bulan lepas.
Rafizi berkata, ini adalah selepas kos sebanyak RM1.44 juta yang dianggarkan beliau dipertikaikan oleh pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor.
Setiausaha Agung PKR itu berkata Rizal mendakwa jet itu disewa daripada Emirates Airlines pada "dry lease", dan Emirates hanya menyediakan perkhidmatan "air charter".
"Dry Lease" merujuk kepada sewa khas kapal terbang tanpa melibatkan kos bahan api manakala "air charter" merangkumi keseluruhan khidmat mewah yang datang dengan pesawat tersebut.
Oleh itu, Rafizi berkata, anggaran beliau bahawa RM60,000 kos pajakan sejam adalah tepat.
"Penerbangan pergi balik dari Subang ke Istanbul yang diambil oleh Datin Seri Rosmah mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam – maka kos bagi penerbangan itu sahaja yang ditanggung rakyat adalah RM1.44 juta.
"Jika yang dipertikaikan ialah jumlah jam penerbangan yang ditempah, maka Jabatan Perdana Menteri wajar berterus terang dan memberikan angka sebenar yang ditanggung oleh rakyat.
"Saya khuatir sewaan secara "air charter" ini dibuat mengikut kadar bulanan tanpa mengira perjalanan sebenar, justeru anggaran saya bahawa ia boleh mencecah sehingga RM86 juta," katanya.

Azmin turun ke Sungai Besar mulai hari ini, lengkap sudah sokongan untuk Amanah

Posted: 13 Jun 2016 10:22 PM PDT

Setelah mengadakan perbincangan dengan pimpinan kanan PKR dan Dr. Dzulkifli Ahmad, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara semalam,  Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan turun membantu kempen calon Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar mulai hari ini.
Beliau akan turun ke Sungai Besar pada hari ini, 14 Jun 2016 dan pada hari Jumaat, 17 Jun 2016 manakala akan ke Kuala Kangsar pada hari Khamis, 16 Jun 2016 untuk bersama-sama menggembleng kekuatan dan berkempen untuk calon-calon Pakatan Harapan, kata naib presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Pengumuman orang kanan Azmin ini melegakan kem Pakatan Harapan di kedua-dua pilihan raya kecil itu terutama di Sungai Besar kerana Azmin mempunyai pengaruh tersendiri selaku menteri besar.
Dengan turunnya Azmin lengkaplah sudah sokongan padu semua pihak terhadap calon Amanah dari Pakatan Harapan melawan Barisan Nasional (BN) dan sekutunya.
Menurut Shamsul, Azmin mempunyai jadual padat selaku menteri besar yang perlu mengiringi DYMM Sultan Selangor bertemu rakyat sepanjang bulan Ramadhan.
"Walau bagaimanapun beliau tetap komited dalam mencari ruang serta mengendalikan masa dalam mengimbangi tugas rasmi beliau sebagai seorang pentadbir tertinggi negeri dan juga sebagai pimpinan utama Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, katanya, beliau  tegaskan PKR tetap komited untuk memastikan kemenangan kedua-dua calon Pakatan Harapan yang bertanding di Sungai Besar.
Kehadiran Azmin bermula hari ini, katanya, pasti akan memperkukuh semangat dan gerak kerja jentera pilihan raya dan ditambah pula dengan komitmen luar biasa Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta barisan Naib Presiden seperti Nurul Izzah, Tian Chua dan Dr. Xavier Jayakumar serta pimpinan PKR di semua peringkat yang berganding bahu membantu kempen Pakatan Harapan.

PRK Kuala Kangsar: Dr Najiha yakin menang, tapi tipis

Posted: 13 Jun 2016 10:21 PM PDT

Ini berdasarkan unjuran terhadap undi yang diperoleh, katanya.
dr-najiha
KUALA KANGSAR: "Saya yakin menang dengan kemenangan yang sangat-sangat tipis," kata calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad berhubung peluangnya dalam PRK kali ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan di pusat pengundian awal di Kuaters IPD Kuala Kangsar hari ini.
Katanya, PAS berjaya memberikan saingan sengit kepada BN sepanjang tempoh kempen yang hanya berbaki empat hari lagi.
"Saya rasa persaingan sengit maknanya (menang) tipis. Mungkin BN pun rasa begitu. (Ini berdasarkan) unjuran terhadap undi yang kita akan dapat.
"Memandangkan ini PRK, mungkin peratus keluar mengundi tidak akan melebihi 75%," katanya.
Ketua Dewan Muslimat PAS itu bagaimanapun tidak menyentuh berhubung peluang AMANAH, parti yang dilihat menjadi seteru utamanya dalam PRK ini.
Katanya, kedatangan Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi membantu kempen AMANAH tidak akan memberikan kesan yang besar.
"Pengaruh Azmin hanya di Selangor, Sungai Besar berbanding di Kuala Kangsar," katanya.
Azmin yang dilihat kurang memainkan peranan dalam kempen dua PRK ini dijadualkan berkempen di Sungai Besar pada hari ini dan Jumaat, manakala di sini pada Khamis.

Mahathir sedia diheret ke mahkamah supaya boleh soal Najib dan isteri

Posted: 13 Jun 2016 10:19 PM PDT


Mahathir raikan calon Amanah di Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi. Gambar Roketkini.Mahathir raikan calon Amanah di Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi. Gambar Roketkini.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak kisah diheret ke mahkamah atas tindakannya mendedahkan salah laku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada umum.
Beliau berkata, setakat ini polis telah memanggilnya sebanyak tiga kali untuk disoal siasat berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap salah laku Najib, lapor Roketkini.
Namun, jelas Mahathir, beliau hanya akan membuka mulut mengenai dakwaan yang dibuat terhadap Najib itu di mahkamah.
"Saya pun pernah kena panggil tiga kali. Tanya saya macam-macam soalan.. Kalau nak saya jawab, dakwa saya ke mahkamah. Dalam mahkamah, saya boleh jawab," katanya semasa berucap di acara Persidangan Khas Skandal 1MDB dan Derma RM4.2 bilion kelmarin.
Tambah Tun Mahathir lagi, di mahkamah nanti, beliau menerusi peguamnya boleh bertanya kepada Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur tentang kesahihan gambar Rosmah menaiki jet peribadi yang memuatkan beg-beg besar diangkut oleh 12 individu.
Kesal dengan tingkah laku 'Wanita Pertama Malaysia' yang menggunakan pesawat peribadi untuk menghadiri majlis di Istanbul pada 27 Mei lalu, Mahathir berkata ada banyak pengangkutan lain boleh digunakan Rosmah bagi menjimatkan wang kerajaan.
"Jika kita mahu ke mana-mana, kita ada Malaysia Airlines (MAS) dan kita boleh pergi mana-mana sahaja, tetapi dia menyewa jet dengan kos RM80 juta untuk dua bulan. Dan kemudian mereka kata, mereka tidak ada wang," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M 'berdansa' dengan Kit Siang kerana Umno ubah rentak

Posted: 13 Jun 2016 10:18 PM PDT

Deklarasi Rakyat telah membawa mereka yang saling 'bermusuhan' suatu ketika dahulu untuk duduk di meja yang sama, namun ia menjadi lebih janggal untuk melihat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang bergabung tenaga.
Sejak itu, kedua-dua veteran berkenaan sering kali diasak untuk menjelaskan tindakan sedemikian kepada penyokong dan pengkritik masing-masing dengan ada di kalangan mereka menyifatkan ia sebagai khianat.
Dalam catatan terbaru blog beliau, bekas perdana menteri itu menegaskan bahawa beliau terpaksa 'berdansa' dengan orang kuat DAP itu setelah Umno tidak lagi memainkan rentak seperti dahulu.
"Saya tidak akan ada bersama Kit Siang jika UMNO masih UMNO yang ditubuh pada 1946," ujar beliau.
Mahathir juga menegaskan bahawa memandangkan beliau bukan lagi ahli mana-mana parti politik, beliau bebas untuk menyertai mana-mana gerakan.
"Sebagai rakyat Malaysia saya sertai gerakan rakyat untuk menumpaskan Najib. Jika terdapat dalam gerakan ini Lim Kit Siang, dia juga rakyat.
"Hanya dalam usaha dan niat untuk singkirkan Najib sahaja kita bersetuju," tambah beliau.

JIKA AMAR MAKRUF, NAHI MUNGKAR, TIADA ALASAN HADI BERBAIK DENGAN NAJIB

Posted: 13 Jun 2016 10:10 PM PDT

Selepas didedahkan oleh Tun Mahathir Mohamad, Hadi Awang dengan pantas mengesahkan mengenai pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri itu yang diadakan kira-kira tiga bulan yang lalu.

Tun Mahathir mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas itu ialah khusus untuk memberi penjelasan mengenai salah laku Najib Razak selama ini.

Namun, di sebalik Presiden Pas itu, menurut Tun Mahathir, mengakui ada kebenaran tertentu dalam penjelasan yang diberikan, beliau menolak pelawaan untuk turut serta dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri.

Penolakan itu, kata Hadi adalah disebabkan Pas tidak menentang individu atau orang, tetapi menentang dasar atau konsep.

Sekiranya orang diubah, tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga, kata Hadi dipetik sebagai berkata.

Bolehkah diterima hujah Hadi bahawa penolakannya untuk bekerjasama menjatuhkan Najib ialah semata-mata kerana Pas berjuang untuk menolak dasar dan konsep,  bukan menentang individu?

Apa dasar dan konsep UMNO dan BN yang ditentang dengan serius oleh Hadi Awang selama Najib menjadi Perdana Menteri?

Apakah sikap berbaik-baik dengan Najib boleh ditafsirkan bahawa Pas benar-benar berjuang menentang dasar dan konsep?

Bolehkah perjuangan menentang dasar dan konsep diteruskan dengan jujur jika sudah berbaik-baik dengan individu?
Read More / Baca Lagi >>

Rosmah, Najib dan Umno yang ditertawakan, bukan saya, kata Rafizi

Posted: 13 Jun 2016 10:06 PM PDT


Rafizi pertikaikan siapakah yang diketawa, beliau atau Rosmah dan Najib serta Umno.Rafizi pertikaikan siapakah yang diketawa, beliau atau Rosmah dan Najib serta Umno.
Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan Umno Datuk Seri Anuar Musa terhadap beliau sebenarnya meleset kerana yang jelas  ditertawakan rakyat adalah Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno sendiri.
"Saya tidak terkejut bila Tan Sri Annuar Musa menyerang peribadi saya (kononnya rakyat mentertawakan saya) apabila ditanya media mengenai pendedahan ini. Dalam Parlimen pun beliau pernah menggunakan kata-kata yang tidak sopan untuk menyerang peribadi saya.
Rosmah menaik jet mewah yang disewa kerajaan.Rosmah menaik jet mewah yang disewa kerajaan."Cuma saya ingin mengingatkan Tan Sri Annuar Musa dan pimpinan Umno bahawa dari jumlah rakyat Malaysia yang menonton video yang saya dedahkan dan reaksi mereka, jelas bahawa yang ditertawakan adalah Datin Seri Rosmah Mansor, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Umno sendiri," kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.
Ini kerana, kata Rafizi, sehingga kini sudah 1,049,309 lebih sudah menonton video Rosmah menaiki jet mewah dengan beg-beg besar itu.   "Setakat jam 730 pagi ini (sejak dimuatnaik pada hari Jumaat, 10 Jun 2016 jam 1250 tengahari), video Datin Seri Rosmah Mansor menaiki jet dengan beg-beg yang diangkut telah ditonton oleh 1,049,309 penonton di Facebook saya, dikongsi sebanyak 16,800 kali dan telah muncul di "timeline" 2,260,537 akaun.
"Ini tidak termasuk capaian di laman-laman lain seperti Malaysiakini, Youtube dan sebaran melalui whatsapp. Jumlah tontonan melebihi 1 juta orang dalam tempoh kurang empat hari jelas menunjukkan isu ini benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.
Sehubungan itu, katanya, terpulanglah kepada pimpinan Umno untuk memperlekehkan pendedahan ini atau mengambil tindakan segera untuk menangani kemarahan rakyat itu.
Menurut Rafizi, beliau memberi masa sehingga empat hari bagi pimpinan Umno/Barisan Nasional dan pihak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab pelbagai persoalan yang timbul ekoran pendedahan saya mengenai tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan sebuah jet peribadi mewah yang disewa khas (ACJ319 A6-CJE) dari Emirates dan dibayar oleh rakyat bagi tujuan menghadiri sebuah majlis di Istanbul.
Beg-beg besar dibawa naik jet mewah yang disewa oleh kerajaan untuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah.Beg-beg besar dibawa naik jet mewah yang disewa oleh kerajaan untuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah.Malangnya, katanya,  tidak ada seorang pun pimpinan Umno/Barisan Nasional yang berjaya memberi penjelasan yang memuaskan.
Malah, katanya, kenyataan Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Datuk Rizal Mansor, Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor mengeruhkan lagi keadaan kerana cuba memutar belitkan fakta.
Rafizi juga menjelas beberapa kenyataan yang disifatkan oleh beliau sebagai pembohongan pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor.
Berhubung dengan anggaran kos RM86 juta yang dikatakan tidak betul, Rafizi berkata, sehingga kini, pihak Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan tempahan jet-jet peribadi milik Kerajaan Persekutuan masih belum memberikan angka sebenar kos yang ditanggung rakyat untuk menyewa jet ACJ319 A6-CJE selama 2 bulan.
Bagi beliau, Rizal dan pemuka-pemuka Umno cuba menjadi suara rasmi Kerajaan Persekutuan dengan memperkenalkan terma-terma seperti "dry lease" bertujuan mengelirukan rakyat agar menolak angka RM86 juta yang saya kemukakan sebagai anggaran.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan ‘bom Najib’, polis siasat Rafizi

Posted: 13 Jun 2016 10:01 PM PDT

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan ekoran ugutan jenayah.
rafizi
KUALA KANGSAR: Polis memulakan siasatan terhadap Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berhubung 'ugutan bom atom' yang dibuatnya pada satu ceramah, kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi.
Beliau berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan ekoran ugutan jenayah.
"Kami akan memanggil Rafizi untuk memberikan keterangan," katanya pada sidang media hari ini.
Sekumpulan empat individu membuat laporan polis terhadap Rafizi yang didakwa mengugut untuk 'mengebom Parlimen' dalam satu ceramahnya.
Menurut laporan polis itu, Rafizi berkata 'mahu meletakkan bom kasi hancur Najib kalau calon Amanah menang di Kuala Kangsar', dalam satu ceramah di Manong, 9 Jun lalu.
Ucapan Rafizi itu dipercayai merujuk kepada calon AMANAH, Dr Ahmad Termizi Ramli yang berkhidmat sebagai pensyarah fizik nuklear di Universiti Teknologi Malaysia sebelum bersara.
Rafizi dalam responsnya semalam hanya menganggap laporan itu sebagai jenaka dan berharap polis tidak memandang serius kenyataannya yang dibuat secara perumpamaan itu.
Mengulas lanjut, Rahim menasihati parti bertanding agar tidak membuat kenyataan seumpama itu walaupun 'secara jenaka'.
"Kalau dia bergurau sekalipun, ia tetap satu ugutan dan kita akan siasat.
"Saya nasihatkan parti yang bertanding dan penceramah di Parlimen Kuala Kangsar tidak membuat provokasi, (membangkitkan) isu perkauman dan agama yang boleh menggugat keamanan," katanya.
Beliau berkata polis setakat ini menerima 16 laporan dan membuka 6 kertas siasatan.
"Saya melalui 7 PRU dan 5 PRK, saya dapati PRK Kuala Kangsar ini amat baik, terbaik bagi saya," katanya.

Najib tak endah nasihat, bantahan Raja-Raja - Dr M

Posted: 13 Jun 2016 09:54 PM PDT

Ada ahli Umno yang tidak senang dan marah kerana saya berada di satu pentas dengan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, musuh ketat Umno.
Saya tidak akan ada bersama Kit Siang jika Umno masih Umno yang ditubuh pada 1946.
Di masa saya jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri teguran dan cabaran terhadap saya tidak ditegah oleh saya. Musa Hitam, Tengku Razaleigh dicalon untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Ramai Menteri dalam Kabinet saya, seperti Tan sri Rais Yatim, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Syed Hamid Albar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkempen menyokong Razaleigh dan Musa.
Saya tidak halang mereka, tidak lucut keahlian mereka.
Keputusan undian memberi kemenangan kecil kepada saya dan Ghafar. Umno diheret ke mahkamah dan hakim hukum Umno haram.
Saya terpaksa hidupkan semula Umno. Walaupun Tengku Razaleigh menubuh Semangat 46 tetapi majoriti ahli Umno menyertai Umno Baru.
Turut menyertai ialah Abdullah Badawi, Kadir Sheikh Fadzir, Syed Hamid dan kemudian Rais Yatim. Mereka kembali menjadi Menteri. Tidak ada siapa yang dibuang dari Umno melainkan mereka sendiri memilih untuk menyertai Semangat 46.
Kembali kuat
Apabila Semangat 46 dibubar, ahli mereka diterima balik ke dalam Umno.
Umno kembali kuat walaupun yang tidak sokong saya di masa pertandingan berada dalam Umno.
Inilah cara Umno. Pemimpin dan ahli bebas menegur dan mencabar pemimpin. Saya diserang hebat oleh penyokong Anwar semasa dia menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.
Penyingkirannya dibuat oleh Majlis Tertinggi dengan dia diberi hak mempertahankan diri. Keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi.
Dalam kes Musa Hitam yang telah letak jawatan sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk menghantar rombongan di bawah Tan Sri Wan Mokhtar ke London untuk memujuk Musa menarik balik perletakan jawatan-jawatannya. Saya tidak larang.
Dia bersetuju kembali sebagai Timbalan Presiden dan tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya terpaksa lantik Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri, sementara Musa terus jadi Timbalan Presiden.
Lepas itu Musa pujuk musuhnya, Tengku Razaleigh untuk bertanding sebagai Presiden melawan saya. Musa sendiri bertanding jawatan Timbalan Presiden dibawah calon Presiden Tengku Razaleigh musuhnya.
Walaupun Musa melakukan semua ini saya lantiknya sebagai Wakil Istimewa Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya beri kepadanya taraf Menteri.
Semua yang saya lakukan diasaskan kepada demokrasi.
Tetapi hari ini Najib sebagai Presiden bukan sahaja tidak boleh dicabar, tetapi tidak boleh ditegur pun. Kalau sesiapa menegur dianya dilucut keahlian dalam parti.
Ini disusuli dengan larangan bertemu ahli dan pemimpin Umno. Ada pula keputusan menggantung jawatan. Tidak ada peluang diberi untuk pertahan diri.
Read More / Baca Lagi >>

Pakar perlembagaan selar lulus Akta MKN selepas Raja-raja minta diperhalusi

Posted: 13 Jun 2016 04:47 PM PDT


Aziz Bari kesal langkap kerajaan luluskan Akta MKN walaupun Raja-raja sudah minta ia diperhalusi.Aziz Bari kesal langkap kerajaan luluskan Akta MKN walaupun Raja-raja sudah minta ia diperhalusi.
Pakar perlembagaan Dr Aziz Bari menyelar sikap menteri-menteri kerajaan yang enggan mengulas mengenai Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diwartakan walaupun selepas Majlis Raja-Raja Melayu menitahkan supaya ia diperhalusi.
Merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengelak daripada menjawab soalan wartawan mengenai MKN sewaktu berkempen di Sungai Besar Jumaat lalu, Aziz berkata tindakan Zahid itu salah dari sudut perlembagaan.
Beliau juga berkata, sikap sama yang ditunjukkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang Datuk Seri Nancy Shukri juga menunjukkan mereka mahu melepaskan diri.
"Di sisi perlembagaan Zahid salah kerana sebagai orang kedua dalam kabinet beliau adalah bertanggung jawab manakala Nancy Shukri adalah menteri biasa.
"Apa pun Nancy juga salah kerana sebelum ini beliau dilaporkan berkata RUU berkenaan di bawah tanggungjawab Shahidan Kassim
"Nampaknya anggota kabinet ini semuanya mahu melepaskan diri. Mereka lupa bahawasanya mereka diikat oleh prinsip tanggung jawab bersama kabinet (collective responsibility)," kata beliau kepada Malaysia Dateline.
Menurut Aziz juga, semua anggota kabinet perlu mempertahankan RUU berkenaan di khalayak ramai bukan melepaskannya kepada orang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Husam cabar calon BN, Pas nyata pendirian isu 1MDB

Posted: 13 Jun 2016 04:47 PM PDT


Husam Musa mencabar Majlis Syura Pas juga menyatakan pendirian mereka dalam isu 1MDB. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Husam Musa mencabar Majlis Syura Pas juga menyatakan pendirian mereka dalam isu 1MDB. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.
Hanya calon Amanah setakat ini layak diundi kerana telah menyatakan pendirian menentang penyelewengan dan skandal mega negara, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Husam Musa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) kali ini tiada pilihan lain selain mengundi Dr Ahmad Termizi Ramli yang telah menandatangani Deklarasi Rakyat menentang skadal terbesar negara yang membabitkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.
Orang ramai yang mendengar ceramah Husam Musa di Kuala Kangsar malam tadi.  Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Orang ramai yang mendengar ceramah Husam Musa di Kuala Kangsar malam tadi. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh."Saya nak calon BN, calon Pas nyatakan pendirian sebelum hari mengundi. Dr Najihah itu kawan saya. Kalau dia tak berani, (kita) kena undi calon Amanah.
"Dia (Dr Ahmad Termizi) sorang-sorang bercakap isu 1MDB," katanya ketika berceramah di Jambatan Sayong malam tadi.
Jika tidak bersetuju dengan cabaran itu, Husam yang baru dipecat keahlian oleh Pas itu mencadangkan alternatif dengan diadakan debat antara ketiga-tiga calon Amanah, BN dan Pas atas tajuk sama.
"Kalau tidak puas hati dengan cabaran saya, kita buat debat, RTM, TV3 boleh jadi tuan rumah.
"Walaupun dalam edah, boleh buat dalam rumah dia. Atau dia boleh buat kenyataan bertulis nyatakan pendirian dia," katanya.
Husam yang hadir berkempen untuk Amanah sejak semalam banyak mengupas berkenaan kesan skandal 1MDB kepada negara dan rakyat khususnya.
Bekas naib presiden Pas itu juga beberapa kali mencabar pemimpin parti lamanya itu khususnya Dewan Ulamak dan Majlis Syura mengeluarkan fatwa terhadap skandal 1MDB yang melibatkan Najib.

Negara kian musnah, tolak calon BN 'bahasa' paling sesuai tegur Najib

Posted: 13 Jun 2016 04:46 PM PDT

Datuk Husam Musa yang menyepi sebelum ini turut muncul berkempen di PRK Kuala Kangsar. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Datuk Husam Musa yang menyepi sebelum ini turut muncul berkempen di PRK Kuala Kangsar. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa berkata, dalam keadaan tidak ada sesiapa yang boleh menyentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ini termasuk kuasa Raja-Raja, rakyat di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pula mempunyai peluang itu dan ia seharusnya diguna sebaik mungkin.
"Satu -satunya kuasa yang masih berbaki adalah kuasa rakyat. Ukuran awal kesedaran rakyat terhadap mala petaka 1MDB sepatutnya boleh dilihat melalui dua PRK ini.
"Semua pihak, khususnya para pengundi di PRK ini, mempunyai tugas besar membetulkan negara dengan menghantar isyarat yang dapat ditelan oleh Najib - pengkhianatan ke atas negara melalui 1MDB tidak dapat dimaafkan.
"Calon BN Najib wajib ditolak. Itu bahasa yang difahami oleh Najib," kata bekas naib presiden yang dipecat dari Pas itu ketika berucap pada majlis Kolokium Rakyat 1MDB, bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Kangsar hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)