Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:19 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


BERIKUTAN IMPAK POSITIF, TUN M WAJIB DIDATANGKAN SEKALI LAGI KE SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR

Posted: 12 Jun 2016 09:01 PM PDT

Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkempen secara terbuka pada hari Sabtu di Sungai Besar dan Ahad di Kuala Kangsar ternyata memberi impak yang baik kepada harapan kemenangan calon Amanah pada pilihanraya kecil 18 Jun ini.

Berdasarkan pengamatan rakan-rakan yang berada di kedua-dua kawasan tersebut, mereka melihat kehadiran Tun Mahathir telah memberi kesan lebih baik kepada calon Amanah dan seterusnya menggugat harapan BN untuk mengekalkan kemenangannya.

Kata mereka, pengundi bukan Melayu yang majoritinya memang tidak bersama BN dan kerajaan selama ini akan lebih melimpah sokongan mereka kepada Amanah selepas kehadiran Tun Mahathir bersama kelompok kaum itu.

Ini kerana pengundi bukan Melayu sememangnya lebih mengkagumi dan cenderung mempercayai kata-kata bekas Perdana Menteri selama 22 itu berikutan dasar ekonomi yang pro kepada kaum tersebut sepanjang pemerintahannya.

Dengan kata yang mudah, bukan Melayu lebih percaya dan yakin serta terhutang budi kepada Tun Mahathir berbanding Najib.

Pengundi Melayu turut dikatakan mula berbelah bagi dengan kehadiran dan sokongan terbuka Tun Mahathir kepada calon Amanah berikutan logik yang diberikan olehnya amat mudah difahami iaitu kekalahan calon BN tidak sama sekali menyebabkan kerajaan bertukar, sebaliknya hanya bertujuan menghantar mesej penolakan rakyat terhadap Najib semata-mata.

Mereka juga percaya, pertambahan dua Ahli Parlimen kepada Pakatan Harapan melalui kemenangan dalam pilihanraya kecil ini tidak memberi banyak kelebihan kepada gabungan itu, tetapi ia mungkin mampu memberi sinar harapan yang lebih baik kepada masa depan rakyat dan negara.

Kata rakan yang dihubungi itu lagi, memang ramai pengundi yang ingin bersama-sama untuk menghantar mesej penolakan itu kerana kebanyakannya turut lemas dengan pelbagai isu berkaitan Najib yang terdedah satu demi satu sejak kebelakangan ini.

Secara umumnya, ramai pengundi bersungut bahawa sampai  bila rakyat harus dihidangkan dengan cerita-cerita buruk mengenai Najib yang dari segi jangka panjangnya memang menjejaskan nama baik negara dan tidak memberi tekanan kepada rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Oleh itu, kemungkinannya ialah lebih ramai rakyat yang akan mengundi Amanah apabila melihatkan kesungguhan dan sokongan terbuka yang telah ditunjukkan oleh Tun Mahathir sepanjang sehari suntuk berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Dalam keadaan ini, selain jentera Pakatan Harapan perlu meneruskan kempen seperti biasa sehingga hari pengundian pada 18 Jun, diyakini juga bahawa kelebihan akan terus memihak kepada calon Amanah sekiranya Tun Mahathir dapat didatangkan sekali lagi ke kedua-dua kawasan tersebut.

Tarikh yang paling baik untuk Tun Mahathir datang kembali ialah sehari sebelum pembuangan undi sama ada berucap dalam ceramah yang diadakan secara besar-besaran atau beramah mesra dengan pengundi di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai kubu kuat UMNO.

Kehadiran kali kedua beliau ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar pasti menjadikan hasrat untuk menghantar mesej penolakan rakyat terhadap Najib lebih mudah lagi menjadi kenyataan.

Pemimpin dan menteri-menteri UMNO juga jelas gusar dan panik dengan kehadiran kali pertama Tun Mahathir dengan pelbagai serangan cuba ditujukan kepadanya, tetapi dengan hadir sekali lagi barangkali juga akan membuatkan mereka terus "mengigau" dan "meracau-racau"  macam cacing kepanasan tetapi tidak satu pun menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan.

INI AMANAT BARU KE?

Posted: 12 Jun 2016 08:56 PM PDT

Presiden Pas, Hadi Awang berkata, memilih wakil rakyat adalah suatu tanggungjawab dan mereka akan berdepan kemurkaan Allah jika salah membuat pilihan pada hari pengundian 18 Jun ini.

Kalau apa yang diucap oleh Ahli Parlimen adalah salah, maka berdosa dan celakalah kita, katanya ketika memberi peringatan kepada pengundi Sungai Besar dalam suatu ceramahnya di sini.

Ayoyo...adakah ini amanat baru lagi?

Siapa pilihan yang salah itu?

Adakah yang salah itu calon BN, calon Pas atau calon Amanah?

Atau yang betul di sisi Allah bagi Hadi Awang hanya calon Pas saja?

Jika memilih calon Pas sebagai betul dan terhindar daripada kemurkaan Allah, apakah Ahli-Ahli Parlimen Pas selama ini memainkan peranan yang sewajarnya di Dewan Rakyat atau lebih banyak diam, ponteng dan sebagainya?

Tun M mahu BN tewas sehingga hilang wang pertaruhan

Posted: 12 Jun 2016 01:06 AM PDT


Tun Mahathir Mohamed

KUALA KANGSAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pengundi di sini memastikan BN bukan sahaja tewas tetapi hilang wang pertaruhan.
Katanya, biarpun Pilihan Raya Kecil (PRK) ini tidak boleh menukar kerajaan tetapi ia mampu memberi mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa rakyat menolak kepimpinannya.
"Dalam PRK ini amat penting untuk kita kalahkan BN. Bukan sahaja tumpaskan tetapi seboleh-bolehnya, kita bagi dia (BN) hilang wang pertaruhannya.
"Jadikan ia sebagai mesej buat Najib bahawa rakyat sekarang ini tidak mahu bersama Najib.
"PRK ini walaupun tidak boleh tukar kerajaan, tetapi dia boleh menjelaskan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia menolak Najib. Menolak seorang yang sudah banyak melakukan kesalahan," katanya dalam ucaptama forum 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Derma Najib di sebuah restoran di sini, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Undi Termizi, tolak Najib, Tun M rayu pengundi Kuala Kangsar

Posted: 12 Jun 2016 01:04 AM PDT


Tun Dr Mahathir mahu pengundi menolak PM Najib dengan mengundi AmanahTun Dr Mahathir mahu pengundi menolak PM Najib dengan mengundi Amanah
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merayu pengundi di Kuala Kangsar agar tidak memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) sebaliknya memilih calon Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Ahmad Termizi Ramli yang menyokong Deklarasi Rakyat.
Beliau berkata, tindakan itu bagi membuktikan penolakan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas segala salah laku dan penyalahgunaan wang negara yang dilakukannya.
"Dalam pilihan raya ini saya minta jangan undi BN kerana BN telah diperkosa oleh Najib.
"Undilah calon kita yang pada kali ini dari parti Amanah, yang penting adalah persoalan menolak Najib.
"Jangan membazir undi. Beri undi kepada calon yang menandatangani Deklarasi Rakya dan jangan beri satu undi pun kepada BN," katanya ketika berucap dalam program anjuran Deklarasi Rakyat di Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar hari ini.
Beliau juga menyeru rakyat memastikan Najib kalah teruk dalam pilihan raya akan datang.
"Rakyat mesti menentukan Najib kalah seburuk-burukknya biar hilang deposit," katanya.
Turut berucap ialah calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli, Datuk Hamidah Othman dan Datuk Khairuddin.

P093: ‘Ada ahli parti lawan turut sokong saya’

Posted: 12 Jun 2016 01:03 AM PDT

SUNGAI BESAR - Calon Parti Amanah Negara (Amanah) PRK Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur mendedahkan ada ahli parti lawan yang memberikan sokongan kepadanya.

Katanya, ahli parti lawan itu telah berjumpa sendiri dengan beliau dan menyatakan sokongan mereka secara peribadi pada Amanah.

"Semasa saya berkempen di beberapa buah tempat di Sungai Besar ada beberapa pemimpin parti lawan telah bertemu dengan saya untuk menyatakan sokongan pada saya dengan harapan Amanah menang di Sungai Besar nanti," katanya ketika berucap dalam sesi ceramah kelompok Pakatan Harapan, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Azhar berkata, ahli parti lawan  yang menemui beliau itu tidak dapat menyatakan perkara tersebut secara terbuka kerana masing-masing masih terikat dengan keahlian parti.

"Saya yakin ada ramai lagi ahli parti lawan yang berada di luar sana itu  menyokong Amanah dan akan membantu kemenangan kami di sini nanti," katanya.

Sementara itu, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, DAP bersungguh-sungguh membantu kempen Amanah kerana parti berkenaan berada dalam keluarga besar Pakatan Harapan.

"Kalau Amanah menang bermakna PKR dan DAP  menang dan Pakatan Harapan juga menang.

"Kalau ada yang tak faham mereka kena belajar lagi kenapa DAP kempen kuat untuk Amanah," katanya.

PAS tak boleh jadi kerajaan, Hadi nampak dedak - Tun M

Posted: 12 Jun 2016 12:58 AM PDT

Isteri Tun M tak pernah naik 'private jet' bawa beg banyak - Hamidah

Posted: 12 Jun 2016 12:57 AM PDT

Saya tanya dakwaan 'private jet' Rosmah di mahkamah, kata Tun M

Posted: 12 Jun 2016 12:56 AM PDT

RELA dapat RM30 "duit raya" hadir Majlis Zahid

Posted: 11 Jun 2016 11:53 PM PDT

Tun Mahathir: 1MDB Dan Derma Najib Razak

Posted: 11 Jun 2016 11:51 PM PDT

Tun Mahathir: Pilihan Raya Kecil Kali Ini Adalah Sebagai Referendum Bagi Najib Razak

Posted: 11 Jun 2016 11:51 PM PDT

Tun Mahathir: Reformasi & Lain-Lain Hanya Boleh Diteruskan Kalau Najib Tidak Didalam Kerajaan

Posted: 11 Jun 2016 11:50 PM PDT

Tun Mahathir: Hukum Hudud Tidak Boleh Dilaksanakan Dengan Adil Di Malaysia

Posted: 11 Jun 2016 11:49 PM PDT

PAS tak mungkin akan jadi kerajaan kata Tun M

Posted: 11 Jun 2016 11:49 PM PDT

P067: Tun Mahathir bercerita pertemuannya dengan DS Hadi

Posted: 11 Jun 2016 11:47 PM PDT

Tun Dr. Mahathir Mohamad mengejutkan hadirin di Kuala Kangsar apabila menceritakan beliau telah bersemuka dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan skandal kewangan negara yang melibatkan wang negara berskala besar.
Tun Mahathir di Kuala KangsarTun Mahathir di Kuala Kangsar
"Saya sudah terang kepada Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) secara peribadi kesalahan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi dia nampak dedak sekarang," demikian kata bekas Perdana Menteri itu seperti dilaporkan Sinar Harian.
Beliau mendakwa, pendirian Pas sekarang dibuat kerana parti itu tidak lagi mempunyai jumlah wakil rakyat yang ramai dan sokongan rakan pembangkang.
‎"Parti Pas tidak boleh jadi kerajaan apabila Pas dahulu keseorangan yang punyai bilangan wakil rakyat yang amat kecil, tetapi apabila dia (Pas) bersama Pakatan barulah bilangan wakil rakyat Pas meningkat tetapi kurang daripada rakan-rakan Pakatan maknanya Pas tidak mungkin boleh jadi kerajaan tidak usah cakap pasal nak tadbir.‎
"Pas sekarang sudah ketinggalan seorang satu parti sahaja, jadi Pas perlu sokongan daripada orang lain, dia nak pilih nak dapat sokongan Datuk Seri Najib," katanya dalam forum 1MDB dan Najib yang diadakan di restoran Chun Ji, Taman Suria Kuala Kangsar hari ini.‎
Namun ujarnya, beliau tidak pasti sama ada Abdul Hadi termakan dedak Najib buat masa ini.
"Jadi saya tidak pasti makan dedak atau tidak. Tetapi nak kata dia tidak tahu kesalahan najib itu tidak mungkin kerana saya sudah memberi penjelasan yang mendalam berkenaan kesalahan Najib.
"Berkenaan dia tunduk kepada kuasa asing, kes 1MDB dan sebagainya, semua ini membazirkan duit rakyat," katanya.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata dalam pertemuan itu Abdul Hadi mengakui bahawa ada kebenaran yang telah dituturkannya itu.‎
"Inilah sebab perkara yang saya jelas kepada Hadi dan dia mengaku bahawa ada kebenaran.
"Tetapi akhirnya kerana dia sudah keseorangan, tidak ada kawan lagi dan sudah berpecah serta membenci Amanah, itu dia berjuang memihak kepada Najib. Perjuangan Pas ini adalah untuk membantu Najib," katanya.

Tun Mahathir tiba di Kuala Kangsar untuk kempen kalahkan calon 'Najib
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir dilabel ‘pengkhianat’ UMNO

Posted: 11 Jun 2016 11:44 PM PDT

Saya tidak tau beliau masih realistik atau tidak dan kalau ya beliau tahu, ini adalah satu pengkhianatan kepada parti dan juga kepada legasi 22 tahun pemerintahan yang ditinggalkannya.
jazlan-mahathir-umno
JOHOR BAHARU: Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkempen untuk pembangkang bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar disifatkan sebagai pengkhianatan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Bahagian UMNO Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata "pengkhianatan" itu juga dilihat sebagai satu pengajaran yang ditinggalkan bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN itu.
"Saya tidak tau beliau masih realistik atau tidak dan kalau ya beliau tahu, ini adalah satu pengkhianatan kepada parti dan juga kepada legasi 22 tahun pemerintahan yang ditinggalkan beliau.
"Kalau pengkhianatan adalah satu pengajaran utama yang kita dapat, itu juga merupakan peninggalan beliau," katanya secara sinis.
Nur Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Anggota Parlimen Pulai berkata Dr Mahathir pernah mengajar masyarakat supaya jangan berpolitik sangat dan lebih menumpukan kepada pembangunan negara.
"Dia dulu buat Operasi Lalang, tangkap pemimpin pembangkang utama seperti Lim Kit Siang, Mohamad Sabu, Karpal Singh dan tangkap (mereka ini) atas alasan ketenteraman negara, sekarang ini dia duduk atas satu pentas dengan orang yang sama dan menyeru supaya pengundi di Sungai Besar mengalahkan calon BN," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Saya tanya dakwaan Rosmah sewa jet peribadi di mahkamah

Posted: 11 Jun 2016 11:39 PM PDT

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berikrar akan menjawab semua soalan yang diajukan oleh pihak polis sebelum ini kepadanya di mahkamah.
Beliau yang berada di Kuala Kangsar bagi menyokong calon AMANAH dalam pilihan raya kecil kawasan itu turut mengeluh bagaimana rakyat hari ini tidak tahu jika mereka akan ditangkap atau tidak kerana membuat laporan polis.
Sebelum ini, kata Mahathir, polis akan menyiasat sama ada laporan tertentu mempunyai asas atau sebaliknya , tetapi perkara yang sama tidak lagi boleh diperkatakan sekarang.
Mahathir berkata, beliau 'bertuah' juga ekoran telah dipanggil sebanyak tiga kali semata-mata untuk disoal siasat.
"Mereka bertanya kepada saya banyak perkara, tetapi mungkin kerana saya bodoh , saya tidak menjawab," kata Mahathir dalam nada bergurau semasa majlis anjuran Pakatan Harapan, hari ini.
"Jika mahu saya jawab, dakwa saya dan saya akan jawab di mahkamah," tambah beliau sambil diiringi tepukan daripada kira-kira 300 hadirin pada majlis itu.
Ketika di mahkamah, Mahathir berkata, menerusi peguamnya, beliau berhak untuk bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya mengenai kesahihan gambar jet peribadi itu.
"Saya ingin bertanya sama ada gambar adalah sahih, dengan 12 orang yang membawa beg besar.
"Jika kita mahu kemana-mana, kita ada Malaysia Airlines (MAS) dan kita boleh pergi mana-mana sahaja, tetapi dia menyewa jet dengan kos RM80 juta dan kemudian kata, mereka tidak mempunyai wang ," katanya.

BN boleh menang dalam keadaan sukar – Penganalisis politik

Posted: 11 Jun 2016 11:11 PM PDT

Selain faktor calon, kekuatan 3M, 'money mechinery and media' yang diguna BN mampu menarik sokongan pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Prof-Madya-Dr-Mohd-Azizuddin-Mohd-Sani
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kedua-dua kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam PRK namun dalam keadaan sukar.
Perkara itu ditegaskan oleh penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani setelah pemerhatiannya sepanjang lapan hari proses berkempen.
Katanya, kekuataan BN juga bukan disebabkan kepercayaan rakyat terhadap parti itu, sebaliknya pendekatan 3M 'money, machinery dan media' selain faktor calon mampu menarik sokongan pengundi kepada parti pemerintah itu.
"Saya lihat BN mampu memperolehi kemenangan di kedua-dua kawasan (Kuala Kangsar dan Sungai Besar) tetapi bukan secara mudah.
"Mereka harus bekerja keras untuk pastikan majoriti meningkat kali ini. Dengan kekuatan 3M, 'money, machinery and media', mereka mampu melakukannya. Faktor calon juga dilihat berperanan besar mempengaruhi pengundi kali ini," katanya kepada FMT.
Di samping faktor di atas, penjelasan isu nasional yang dibuat pucuk pimpinan BN seperti GST, 1MDB, derma RM2.6 bilion yang dijadikan bahan kempen parti pembangkang juga sedikit sebanyak mampu melembutkan kembali hati rakyat untuk terus memberi kepercayaan kepada parti pemerintah itu sehingga PRU14.
"Saya rasa isu nasional ada kesannya. Kehadiran Perdana Menteri di Kuala Kangsar baru-baru ini menjelaskan isu (GST, 1MDB dan derma RM2.6 bilion) kepada pengundi di sana sedikit sebanyak isu ini memberi impak kepada corak pengundian di kedua-kedua kawasan tersebut," katanya.
Mengulas mengenai sokongan rakyat kepada pembangkang, Azizuddin menjangka peluang PAS dan AMANAH menang agak kabur.
Read More / Baca Lagi >>

‘Saya temui Hadi terang kesalahan Najib tapi...’ - Tun M

Posted: 11 Jun 2016 11:09 PM PDT


KUALA KANGSAR - "Saya sudah terang kepada Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) secara peribadi kesalahan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi dia nampak dedak sekarang," demikian kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
Beliau mendakwa, pendirian Pas sekarang dibuat kerana parti itu tidak lagi mempunyai jumlah wakil rakyat yang ramai dan sokongan rakan pembangkang.
‎"Parti Pas tidak boleh jadi kerajaan apabila Pas dahulu keseorangan yang punyai bilangan wakil rakyat yang amat kecil, tetapi apabila dia (Pas) bersama Pakatan barulah bilangan wakil rakyat Pas meningkat tetapi kurang daripada rakan-rakan Pakatan maknanya Pas tidak mungkin boleh jadi kerajaan tidak usah cakap pasal nak tadbir.‎
"Pas sekarang sudah ketinggalan seorang satu parti sahaja, jadi Pas perlu sokongan daripada orang lain, dia nak pilih nak dapat sokongan Datuk Seri Najib," katanya dalam forum 1MDB dan Najib yang diadakan di restoran Chun Ji, Taman Suria Kuala Kangsar hari ini.‎
Namun ujarnya, beliau tidak pasti sama ada Abdul Hadi termakan dedak Najib buat masa ini.
"Jadi saya tidak pasti makan dedak atau tidak. Tetapi nak kata dia tidak tahu kesalahan najib itu tidak mungkin kerana saya sudah memberi penjelasan yang mendalam berkenaan kesalahan Najib.
"Berkenaan dia tunduk kepada kuasa asing, kes 1MDB dan sebagainya, semua ini membazirkan duit rakyat," katanya.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata dalam pertemuan itu Abdul Hadi mengakui bahawa ada kebenaran yang telah dituturkannya itu.‎
"Inilah sebab perkara yang saya jelas kepada Hadi dan dia mengaku bahawa ada kebenaran.
"Tetapi akhirnya kerana dia sudah keseorangan, tidak ada kawan lagi dan sudah berpecah serta membenci Amanah, itu dia berjuang memihak kepada Najib. Perjuangan Pas ini adalah untuk membantu Najib," katanya.

Mahathir rayu pengundi Kuala Kangsar sokong AMANAH

Posted: 11 Jun 2016 11:02 PM PDT

"Beri kemenangan kepadanya, agar kita dapat buktikan yang Najib tidak dikehendaki lagi oleh rakyat."
mahathir-amanah
KUALA KANGSAR: Selepas seharian berkempen untuk AMANAH di Sungai Besar semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memulakan kempennya di Kuala Kangsar.
Dalam program '1MDB dan Derma Najib Razak' anjuran Pakatan Harapan, mantan Perdana Menteri itu merayu hadirin agar memberikan undi mereka kepada calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli.
"Saya merayu supaya sokongan diberikan kepada Termizi. Beliau datang dari keluarga ternama, bijak pun bijak.
"Dia nampak matang dan layak wakili (Kuala Kangsar). (Walaupun) rambut dah putih sedikit, dan taklah muda macam saya," katanya disambut ketawa kira-kira 300 hadirin.
"Beri kemenangan kepadanya, agar kita dapat buktikan yang Najib tidak dikehendaki lagi oleh rakyat," katanya lagi.
Termizi, 61 tahun, merupakan seorang profesor fizik nuklear dan keturunan keenam Datuk Maharaja Lela, tokoh yang menentang Residen British JWW Birch pada abad ke-19.
Dalam pada itu, Mahathir juga mendakwa beliau pernah bertemu secara peribadi dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan tentang kesalahan Najib, dan mendakwa Hadi sendiri mengakui kebenarannya.
"Saya bagi penjelasan mendalam tentang kesalahan Najib; tentang Najib pada kuasa asing, tubuh 1MDB dan selewengkan duit. Semua ini membazirkan duit rakyat.
"Dia mengaku ada kebenarannya. Tetapi akhirnya tinggal keseorangan dan sebab itu dia berpihak kepada Najib. Kini perjuangan PAS untuk pertahankan Najib," katanya lagi dalam sidang media.
Dalam ucapannya sebelum itu, beliau berkata PAS tidak mungkin dapat mengalahkan BN jika berseorangan dan strategi terbaru parti itu adalah dengan berbaik-baik dengan Najib.
Dalam program ini, Mahathir sekali lagi menekankan skandal yang menyelebungi Najib, terutama berhubung 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam menyatakan kesedihannya berhubung tindakan Mahathir itu, sambil menyifatkan isu tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PRK kali ini.

Dari mana wang melayang, dari rakyat bukan ke YB

Posted: 11 Jun 2016 10:59 PM PDT

Al-Abror Mohd Yusuf

 Saya sedang leka membaca rencana tentang allahyarham Muhammad Ali yang ditulis Karl Taro Greenfeld apabila tiba-tiba ingatan ini dibayangi lintasan aneh.
Lintasan itu hadir begitu awal, sebenarnya. Saya baru di perenggan kedua dan menghadam fakta bahawa Muhammad Ali memilih Islam sebagai agamanya pada 25 Februari 1964.
Ia adalah tiga purnama sebelum John F Kennedy ditembak mati, dua minggu sebelum kumpulan Beatles muncul buat pertama kali dalam rancangan Ed Sullivan Show dan setahun sebelum Malcolm X dibunuh.
"Saya sudah meninggalkan halaman-halaman sukan, sekarang saya pergi ke muka depan," kata Muhammad Ali kepada wartawan majalah Sports Illustrated pada 1967 mengenai 'kedegilan' beliau untuk tidak dihantar ke Vietnam untuk berperang bagi pihak Amerika Syarikat (AS).
Ekoran pendiriannya itu, gelaran juara heavyweight Muhammad Ali digugurkan dan dia dilarang hidup sebagai petinju selama tiga tahun.
Dia kemudian menjadi ikon 'kaki lawan' yang mempersonakan ramai orang.
Saya cuba memejamkan mata untuk melihat apakah lintasan yang tiba-tiba menerjah masuk ke fikiran. Sukar pada awalnya namun kemudian ia menjadi semakin terang dan jelas.
Tidak dapat dipastikan bila saya membaca berita tentang anggota parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad. Namun bayangan beliaulah yang rupa-rupanya muncul dalam minda saya ketika itu.
Benih baru politik negara
Sudah lama saya mengagumi beliau, sebenarnya. Menganggap beliau sebagai ikon dan hero mungkin agak awal dan keterlaluan. Saya tidak berani dengan risiko begitu. Malah saya mungkin akan kehilangan ramai kawan jika saya mengisytiharkannya begitu.
Namun saya yakin beliau seorang ikon yang hebat dan wajar dikagumi.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)