Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:10 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Malaysia menuju diktator, titah Raja-raja Melayu di 'bakul sampahkan'

Posted: 11 Jun 2016 09:05 PM PDT


Kedaulatan Raja-raja terus terhakisKedaulatan Raja-raja terus terhakis
Saya merujuk kepada Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah sah dijadikan undang-undang pada 7 Jun yang lalu berdasarkan *Perkara 66(4)(a) Perlembagaan Persekutuan tanpa mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong*.
Suka saya mengingatkan semua pehak bahawa di dalam Persidangan Majlis Raja-Raja ke 240 yang diadakan pada 16 Februari 2016 yang lalu, Majlis Raja-Raja mengambil perhatian serius terhadap cadangan akta ini yang dilihat memberi kuasa yang begitu besar kepada Perdana Menteri dan MKN dalam soal keselamatan negara. Lantaran itu, "Majlis Raja-Raja melalui kenyataan bertulis yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 17 Februari 2016 telah menitahkan kerajaan supaya meneliti dan memperhalusi kembali beberapa peruntukan di dalam rang undang-undang tersebut".
Majlis Raja-Raja juga menyatakan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor akan menulis surat rasmi kepada kerajaan berkaitan perkara tersebut. "Peguam Negara sendiri kemudiannya telah menyatakan bahawa pihaknya akan melakukan tindakan sewajarnya bersabit dengan titah Majlis Raja-Raja tersebut". Manakala di dalam persidangan Dewan Rakyat pada 24 Mac 2016, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, "Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan bahawa kerajaan akan mengambil kira pandangan Majlis Raja-Raja tersebut dan berjanji bahawa kerajaan akan sekali lagi membuat sembah taklimat berhubung kandungan rang undang-undang tersebut kepada Majlis Raja-Raja".
"Majlis Raja-raja dan jadi lebih rendah dari Majlis Ketua Kampung"
Oleh itu, amatlah memeranjatkan kita semua apabila dimaklumkan bahawa rang undang-undang yang penuh kontroversi tersebut secara tiba-tiba telah sah menjadi suatu akta tanpa mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong. Tambah memeranjatkan lagi apabila *Peguam Negara sendiri mengakui bahawa versi rang undang-undang yang telah disahkan menjadi Akta MKN tersebut adalah sama sebagaimana yang diluluskan Parlimen pada Disember 2015 dan langsung tidak diperbaiki sebagaimana yang dititahkan oleh Majlis Raja-Raja*. Ini menunjukkan bahawa Peguam Negara dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tidak menepati janji untuk memperbaiki rang undang-undang ini dan juga membawanya untuk dibincangkan dengan Majlis Raja-Raja.*Tindakan ini suatu penghinaan terhadap Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja dan meletakan Majlis Raja Raja lebih rendah dari Majlis Ketua Kampung*.
Read More / Baca Lagi >>

MANA SATU PEMBOHONG....

Posted: 11 Jun 2016 08:28 PM PDT

Bank Dunia atau PANGLIMA PERANG ORANG ISLAM ??

MANA SATU PM MALAYSIA YANG PALING KUAT MENIPU ??!!

Posted: 11 Jun 2016 08:27 PM PDT

FAKTA..
Di antara byk2 Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr.Mahathir, Tun Abdullah Badawi & Najib Razak...

'Undi Amanah untuk DAP' slogan sekat ahli tegar beralih sokongan, kata penganalisis

Posted: 11 Jun 2016 08:19 PM PDT


Kerana tiada lagi peluang sebegini sentimen perkauman ditiupkanKerana tiada lagi peluang sebegini sentimen perkauman ditiupkan
Strategi kempen mengaitkan undi Amanah adalah undi DAP hanya memastikan ahli tegar parti tidak menganjak sokongan kepada Pakatan Harapan, kata Pengerusi Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar.
Menurutnya, sentimen berbaur perkauman itu bagaimanapun tidak banyak mempengaruhi majoriti pengundi yang tidak berada dalam jalur keras mana-mana parti.
"Sebaliknya, isu bebanan sara hidup, pendapatan hasil padi, pengangguran anak-anak mereka menjadi isu utama," jelasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline pagi ini.
Mengulas lanjut pola pengundi Melayu di kawasan luar bandar, beliau memberitahu isu nasional masih belum begitu menyentuh kesedaran politik mereka.
"Isu nasional seperti 1MDB, GST dan lain-lain tidak memberi kesan dan menjadi perbualan pengundi Melayu berbeza dengan pengundi Cina," tambahnya lagi.
Minggu pertama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan wujud tohmahan mengaitkan undi Amanah untuk DAP.
Untuk rekod, terdapat 67.16 peratus pengundi Melayu di P.93 Sungai Besar daripada jumlah keseluruhan 42,655 pengundi.
Sementara itu di P.67 Kuala Kangsar, pengundi Melayu merangkumi 68 peratus daripada 32,949 pemilih.

Undi Pas membazir, tiada peluang menang, kata Zaid Ibrahim

Posted: 11 Jun 2016 08:14 PM PDT


Datuk Zaid IbrahimDatuk Zaid Ibrahim
Pengundi pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak perlu mengundi calon Pas dalam pilihan raya kali ini kerana parti itu tidak berpeluang untuk menang dan membazir sahaja, kata Datuk Zaid Ibrahim.
"Bagi pengundi Melayu, tak usahlah undi Pas, buang masa saja kerana pas akan kalah. Undi untuk parti yang tentu kalah buat apa.
"Pas sudah menjadi parti yang tiada perjuangan. Jadi jangan undi Pas, undi Azhar, calon Amanah," kata Zaid, bekas menteri kerajaan BN yang menjaga urusan perundangan ketika itu.
Beliau berkata demikian dalam kolokium 1MDB, anjuran Deklarasi Rakyat di sebuah dewan Cina dekat Sekinchan semalam.
Oleh itu, katanya, bagi membolehkan undi mereka penuh bermakna dalam pilihan raya ini, mereka perlu undi Amanah.
Menurut Zaid, negara ini sudah terlalu teruk bukan saja pada pandangan rakyat negara ini bahkan juga sangat buruk di  peringkat antarabangsa.
Bagi beliau, pilihan raya ini amat penting dalam menentukan negara terus merudum atau bangkit kembali.
"Jika ada pemimpin curi, penyiasat pula tidak siasat. Ini tanda kurang baik untuk negara.
"Kalau rakyat tidak beri kata dua kepada pemimpin, maka 1 MDB akan jadi 2 MDB dan seterusnya akan menjadi 3 MDB," kata Zaid merujuk kepada skandal terbesar negara itu.

Guna jet peribadi hak PM, isteri - Annuar Musa

Posted: 11 Jun 2016 08:12 PM PDT

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa meminta semua pihak menghormati dan tidak menafikan hak Datin Seri Rosmah Mansor sebagai isteri ketua negara yakni perdana menteri Malaysia.
Annuar berkata demikian mengulas perjalanan Rosmah menaiki jet peribadi untuk ke Istanbul, Turki baru-baru ini.
"Janganlah harap perjalanan isteri kepada perdana menteri di atas jadual penerbangan yang biasa, saya fikir tidak ada satu pemimpin pun di dunia ini yang berbuat demikian.
"Jadi, jangan kita menafikan hak seorang isteri perdana menteri atau perdana menteri dengan menyatakan dan cuba memberi bayangan seolah-olah ia disewa untuk kegunaan peribadi," kata Annuar kepada Malaysiakini.
Untuk hari ketiga berturut-turut, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli terus mendedahkan mengenai Rosmah menggunakan jet peribadi untuk ke Istanbul, Turki.
Manakala yang terbaru, anggota Parlimen Pandan itu berkongsi video dua minit yang kononnya menunjukkan Rosmah menaiki pesawat milik Emirates Airline dengan pegawainya membawa beg ke dalam pesawat.
Bagaimana pun pendedahan itu ditempelak pegawai khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor.
Mengulas perkara itu, Annuar yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata tidak timbul langsung soal penyalah gunaan kuasa mengenai perjalanan Rosmah.
Malah, Annuar menegaskan terdapat perbezaan antara tugasan peribadi dengan tugasan atas sifat isteri kepada perdana menteri.
"Ada bezanya tugasan peribadi dengan tugasan atas sifat isteri kepada seorang perdana menteri dan tugasan isteri kepada perdana menteri mesti dihormati, diberikan hak dan kedudukan serta apa yang selayaknya bagi beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Gandingan Umno-Pas selamatkan kerajaan BN, akui bekas Ketua Hakim Negara

Posted: 11 Jun 2016 08:09 PM PDT


Tun Abdul Hamid MohamadTun Abdul Hamid Mohamad
Selepas Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengakui berazam untuk bersatu dengan Umno, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad terang-terang menyatakan kerjasama Umno-Pas adalah bagi menyelamatkan Kerajaan Persekutuan BN.
Dalam artikelnya di Berita Harian Ahad hari ini, Hamid berkata, bentuk kerjasama itu boleh dibincangkan dan cara lebih mudah ialah Umno dan Pas bertanding seperti biasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
"Kemungkinan kerajaan Persekutuan BN akan kalah pada PRU14 adalah amat serius. Kerajaan Persekutuan diterajui Umno, tidak dapat tidak hendaklah dipertahankan. Kita sedang berusaha kuat untuk memastikan kerajaan itu tidak tumbang.
"Jika nampak Kerajaan Persekutuan BN akan tumbang, Pas segera sertai kerajaan BN," jelasnya.
Menurut Hamid, 74, langkah sama juga lagi baik dilaksanakan di peringkat negeri untuk menggagalkan DAP, PKR dan Amanah menubuhkan kerajaan.
Ujarnya, harapan Pas untuk menguatkuasakan hukuman hudud akan berkubur kerana DAP menjadi parti yang dominan jika pembangkang berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas PRU14.
Dalam artikel penuh di halaman 12 akhbar itu juga, Hamid berkata, hak dan kedudukan Islam dan orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak akan terhakis jika pembangkang dapat menumbangkan BN pada PRU14.
"Orang bukan Melayu terutama sekali orang Cina sokong pembangkang kerana mereka mahu lebih daripada apa yang diperoleh melalui MCA dan Gerakan.
"Dari mana 'yang lebih' itu akan datang jika tidak daripada orang Melayu/Islam? Harapan Pas laksana hudud (jika itulah matlamat Pas) akan terkubur," jelasnya.
Peluang terbaik Pas
Menurut Hamid, Pas mempunyai peluang terbaik menyertai Kerajaan Persekutuan untuk mencapai lebih banyak cita-cita parti yang kini diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
"Pas boleh kekal sebagai Pas dan terus memerintah Kelantan jika pengundi Kelantan menghendaki demikian," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Mustafa harap niat Pas tidak disalah erti

Posted: 11 Jun 2016 08:07 PM PDT

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berharap tidak berlaku kekeliruan terhadap kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bahawa parti itu kini giat mendekati Umno.
Menurutnya, perkara itu berlaku hanya dalam konteks Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 dan sama sekali tidak melibatkan kerjasama dalam soal politik.
"Ini tiada kaitan politik, bukan dasar kita (Pas) untuk bekerjasama dengan Umno dalam soal politik," katanya, semalam.
Tambahnya, mendekati diterjemahkan  perbincangan bersama pimpinan Umno memerlukan teknikal rang undang-undang.

Mahathir sanggup hina mereka yang pertahankannya - Annuar Musa

Posted: 11 Jun 2016 08:00 PM PDT

"Jangan hina 191 Ketua Bahagian (UMNO) sebagai makan dedak, kami ada bahagian untuk bina dan tentukan kuasa pemimpin negara ini," kata Annuar Musa.
annuar-musa-mahathir-umno
KUALA KANGSAR: Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dilihat sanggup menghina anggota UMNO, jelas terlupa bahawa mereka (pemimpin dan anggota UMNO) itulah yang banyak berkorban mempertahankannya semasa memegang jawatan presiden parti itu.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata ketika menjadi presiden, Dr Mahathir juga telah mengajar agar semua anggota UMNO setia kepada presiden parti.
Namun kini, kata Annuar, Dr Mahathir sanggup menyifatkan mereka yang tidak menyokong hasutannya menentang Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai pemakan 'dedak'.
"Jangan hina 191 Ketua Bahagian (UMNO) sebagai makan dedak, kami ada bahagian untuk bina dan tentukan kuasa pemimpin negara ini," katanya kepada pemberita pada program buka puasa di Kampung Lempor di sini, semalam.
Annuar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa penyokong Najib kini sebagai pemakan dedak semasa menyatakan sokongannya terhadap calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Abdul Shukur pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
"Katanya nak selamat UMNO, tapi kerjasama dengan DAP dan Amanah, Tun Mahathir letak UMNO dan PAS lebih rendah daripada DAP dan Amanah," katanya.
Annuar berkata Najib telah berjaya membawa banyak perubahan kepada Malaysia baik dari segi ekonomi dan lebih baik daripada apa yang telah Malaysia capai ketika Tun Mahathir menjadi perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>

P093: Risalah perkahwinan dan belanja mewah Rosmah diedar

Posted: 11 Jun 2016 07:56 PM PDT

Rosmah telah diperkenalkan kepada bomoh ilmu hitam yang digunakan untuk mendapatkan Datuk Seri Najib Razak, petik risalah itu.
politik-najib
SUNGAI BESAR: Risalah menceritakan kisah perkahwinan dan perbelanjaan melampau Datin Seri Rosmah Mansor telah diedar kepada pengundi Sungai Besar.
Risalah setebal lapan muka surat itu diedar sewaktu ceramah kempen Pakatan Harapan (PH) di Dataran Tonggak yang dihadiri kira-kira 200 orang malam tadi.
Halaman utama risalah yang berjudul 'Di Sebalik Tabir Politik Najib' itu memaparkan wajah Rosmah berbaju hijau, sementara latar belakang pula berwarna merah darah.
Risalah tersebut mempunyai bebrapa sub-seksyen antaranya mengenai peralihan kuasa dalam UMNO-BN, sejarah Najib yang disorokkan, Najib kahwin lagi, siapa Rosmah(?), belanja mewah yang meragukan dan banyak lagi.
Turut diceritakan, bahawa Rosmah merupakan isteri kedua Datuk Seri Najib Razak manakala isteri pertama Perdana Menteri itu adalah Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar atau dikenali sebagai Ku Yie.
Risalah tersebut mendakwa Rosmah sebagai punca kepada perpisahan Najib dan isteri pertamanya.
Pada halaman ketiga, di bawah sub-seksyen 'Siapa Rosmah?', penulis risalah itu mendakwa Datin Che Mah Abdul Hadi, isteri kepada Datuk Arifin Ali yang merupakan bekas Speaker DUN Negeri Sembilan telah memperkenalkan Rosmah kepada bomoh ilmu hitam yang digunakan untuk mendapatkan Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

5 Saat Ikonik Tun Mahathir Mohamad Sepanjang Kariernya

Posted: 11 Jun 2016 07:18 PM PDT

RM3.6 juta digunakan bayar kredit kad Najib, dakwa Tony Pua

Posted: 11 Jun 2016 07:05 PM PDT

Undi PAS bermakna Najib, Rosmah kekal di Putrajaya - Rafizi

Posted: 11 Jun 2016 06:45 PM PDT

Jho Low rakan baik Rosmah, dakwa Tony Pua

Posted: 11 Jun 2016 06:37 PM PDT

Wang 1MDB dirompak, jangan tepuk tangan kena nangis - Tony Pua

Posted: 11 Jun 2016 06:31 PM PDT

Mahfuz: Pas, Amanah sepatutnya bincang sejak dulu lagi....

Posted: 11 Jun 2016 06:09 PM PDT

Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) sepatutnya mengadakan perbincangan tentang kerusi Parlimen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sejak dulu lagi.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah itu boleh mengelakkan perebutan kerusi antara kedua parti tersebut.
"Saya pernah cadangkan sebelum ini supaya Pas dan Amanah berbincang untuk pastikan satu lawan satu.
"Pas ambil satu kerusi dan Amanah pula ambil satu kerusi," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Menurutnya lagi, tidak ada gunanya kedua parti itu saling berbalas serangan kerana musuh sebenar kedua parti itu adalah BN.
"Strategi Pas dan BN adalah suatu yang bijak. Menyasarkan pada musuh yang sama.
"Alangkah baiknya jika Pas dan Amanah menghalakan serangan pada BN," katanya lagi.
Kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kini memasuki hari ketujuh dan‎ pengundian akan diadakan pada 18 Jun.
Read More / Baca Lagi >>

Bela dengan jujur penoreh getah, jangan permainkan mereka, kata Amanah

Posted: 11 Jun 2016 05:56 PM PDT


Penoreh secara pawah terjejas teruk akibat harga getah sekerap yang terlalu rendahPenoreh secara pawah terjejas teruk akibat harga getah sekerap yang terlalu rendah
Umno BN terus menjadikan kemiskinan rakyat sebagai senjata mereka bagi mendapatkan sokongan berpanjangan, kata pengerusi Parti Amanah Negara Perak, Asmuni Awi.
Beliau berkata, pemberian 'one off' sebanyak RM500 kepada penoreh gertah di Kuala Kangsar merupakan satu lagi tindakan memperbodoh pengundi.

"Beginilah nasib orang kampung yang terus dipermainkan Umno BN. Umno BN tak serius nak bantu rakyat tapi hanya ingin mendapatkan sokongan mereka dengan terus memperbodohkan mereka dengan bantuan 'one off'," kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala kangsar hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semalam mengenai bantuan khas kejatuhan harga getah sebanyak RM194 juta kepada 388,111 pekebun kecil di Kuala Kangsar.
Asmuni berkata, kerajaan seharusnya melaksanakan langkah-langkah konkrit termasuk menguatkuasakan harga lantai getah berbanding memberikan bantuan 'sekaligus' (one off) untuk pekebun kecil getah.
Read More / Baca Lagi >>

'Jangan terus tuduh kami pemakan dedak' - Annuar Musa

Posted: 11 Jun 2016 05:53 PM PDT


KUALA KANGSAR - "Saya bagi pihak Umno bahagian, kami sedih. Kami terus dituduh makan dedak di hadapan orang bukan Melayu."
Demikian luah Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa ketika mengulas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ketika berucap membantu Pakatan Harapan berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, hari ini.
Soalnya, adakah Mahathir tidak sedar bahawa ketua Umno bahagian ini pernah bekerja bersamanya dan menentang individu yang berhaluan kiri sewaktu beliau menjawat jawatan presiden Umno.
"Lebih 30 tahun saya membela Tun (Mahathir) sebelum ini. Adakah kerana saya makan dedak? Adakah kami, ketua-ketua bahagian kaya? Apa yang disogokkan kepada kami?
"Saya duka cita diantuduh kamindi hadapan orang bukan Melayu, di bulan yang mulia ini. Kami berkorban dengan macam-macam cara ketika bersamanya," katanya ketika ditemui di Kampung Lempor, hari ini.
Beliau berkata, Umno bahagian ini jugalah yang bekerja membantu beliau berjaya sebagai perdana menteri keempat.
"Saya rasa cukuplah. Tun naik sebelum ini kerana kami-kami ini yang berjuang.
"Kami tidak ikut Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Kami tak ikut Tun Musa Hitam. Kami tidak ikut Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sokongan kami hanya pada presiden. Sama juga seperti hari ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Azam Nik Abduh jadikan perlawanan PRK serentak hanya olok-olok

Posted: 11 Jun 2016 05:47 PM PDT


Sheikh Omar AliSheikh Omar AliParti Tindakan Demokratik (DAP) menyifatkan kenyataan Nik Abduh; "Memang PAS ditubuhkan untuk menyatukan ummah. Bukan hanya niat, dia (ada) niat, azam, ada belaka," yang merujuk persoalan penyatuan Pas-Umno memperlihatkan perlawanan antara Pas-Umno di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, hanyalah ibarat 'olok-olok' sahaja.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Saudara Sheikh Omar Ali, dalam satu kenyataan berkata jika rakyat mengundi PAS, hakikatnya parti itu sedang berusaha menjalin hubungan rapat dengan UMNO.
"Maka, apa ertinya mengundi PAS dalam 2 PRK ini?," soal beliau.
Menurut beliau tidak ada lagi garis yang jelas memisahkan perjuangan Pas dan Umno yang boleh menjadi asas kukuh mengapa rakyat perlu mengundi Pas berbanding Umno.
"Justeru, saya menyeru agar rakyat di Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberikan undi kepada calon-calon Pakatan Harapan dari Parti Amanah Negara yang jelas ingin memperjuangkan nasib rakyat dari terus dibelenggu polisi-polisi tempang dan sarat dengan rasuah dibawah Umno-BN," katanya.
Beliau menyifatkan kenyataan dikeluarkan Ahli Parlimen Pasir Mas merangkap Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh amat menyimpang dari semangat perjuangan politik Pas yang pernah dibawa oleh ayahnya sendiri Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
Pas pimpinan Almarhum katanya, amat menekankan ruh kesejagatan Islam.
"Ia cenderung ke arah membawa rakyat kepada ruh perjuangan Islam yang meraikan kepelbagaian yang tidak dibatasi perbezaan warna kulit," katanya.
Sebaliknya kata beliau, kenyataan Nik Abduh (rujuk http://m.malaysiakini.com/news/344921) hanyalah menggambarkan PAS yang kini hilang arah bahkan melangkah kebelakang sehingga terpaksa menjalinkan hubungan intim dengan Umno untuk lebih memahami parti berteraskan Mrlayu tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Kanun bertegas pamer wajah tokoh dan simbol parti sekutu bukan kesalahan pilihan raya

Posted: 11 Jun 2016 04:18 PM PDT


Kanun dakwa SPR tiada hak turunkan billboard wajah tokoh dan simbol parti sahabat AmanahKanun dakwa SPR tiada hak turunkan billboard wajah tokoh dan simbol parti sahabat Amanah
Biro undang-undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah) kesal tindakan SPR yang menurunkan gambar-gambar pimpinan dan simbol parti rakan Pakatan Harapan (PH) dengan alasan parti yang bertanding adalah Amanah.
Timbalan pengerusi Kanun, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata tindakan SPR itu tidak mempunyai asas perundangan malah ianya bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ("AKP").
"Seksyen 24B AKP menggariskan bahawa setiap calon atau ejen pilihanrayanya berhak membuat apa-apa bahan kempen yang difikirkannya sesuai selepas beliau membayar deposit bahan kempen.
"Ini bermakna, jika calon berkenaan berfikir bahawa dengan mempamerkan wajah atau logo parti lain yang membentuk Pakatan Harapan akan boleh menarik sokongan pengundi maka ianya adalah tidak bertentangan dengan undang-undang tersebut," katanya dalam satu kenyataan di portal rasmi Amanah.
. Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (Amanah) memandang serius aduan daripada petugas AMANAH bahawa SPR telah membuang "billboard" yang mengandungi gambar-gambar pimpinan Pakatan Harapan (PH) dengan alasan parti yang bertanding adalah Parti Amanah Negara dan bukan Keadilan atau DAP. KANUN menegaskan bahawa tindakan SPR itu tidak mempunyai asas perundangan malah ianya bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ("AKP").
Menurut beliau, satu-satunya sekatan yang boleh diambil terhadap bahan kempen berkenaan adalah bahawa jika bahan kempen itu mengandungi unsur-unsur mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan sepertimana yang disebut dalam seksyen 4A AKP.
"Maka mempamerkan wajah pimpinan atau logo parti dalam Pakatan Harapan bukanlah menjadi kesalahan di bawah seksyen tersebut," katanya.
Beliau seterusnya memohon mana-mana petugas dan jentera parti yang berhadapan dengan isu ini supaya mengambil nama, nombor kad pengenalan dan alamat petugas SPR yang bertindak menurunkan bahan kempen berkenaan supaya satu laporan polis dapat dibuat ke atasnya keranan tindakan itu jelas bertentangan dengan undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

Cuma Sia- Sia Jika Pas Menang PRK

Posted: 11 Jun 2016 04:11 PM PDT

Tun M makan dedak, kroni-kroni pun makan dedak - Idris

Posted: 11 Jun 2016 03:11 PM PDT

Hisham anggap PRK Kuala Kangsar jihad, terlalu peribadi

Posted: 11 Jun 2016 03:08 PM PDT

Saya tidak akan duduk diam sehingga tiba hari mengundi, sehingga majoriti kita lebih tinggi daripada pilihan raya lalu, katanya.

KUALA KANGSAR: Bagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein PRK Kuala Kangsar merupakan PRK yang bersifat peribadi, malah satu jihad buatnya.
"Memang saya anggap ia jihad saya sendiri. Saya tidak akan duduk diam sehingga tiba hari mengundi, sehingga majoriti kita lebih tinggi daripada pilihan raya lalu," katanya ketika berucap di depan jentera UMNO PDM Kampung Masjid, Manong, petang tadi.
Menganggap arwah Datuk Wan Muhammad Khair-il Wan Ahmad selaku sahabatnya, Hishammuddin mengimbas kembali saat sebelum tragedi 7 Mei lalu, di mana beliau juga dalam perjalanan yang sama.
"Kita tahu arwah tinggalkan kita ketika dalam perjuangan untuk menangkan PRN Sarawak. Saya dalam perjalanan yang sama. (Sebab itu) PRK ini peribadi buat saya," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa jentera Umno agar berusaha keras sepanjang baki enam hari lagi kempen dalam memastikan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid yang juga balu kepada arwah, menang.
"Saya sudah beritahu PRK ini personal buat saya. Jadi sesiapa yang tidak buat kerja kena menjawab dengan 'menteri perang' (pertahanan) ini," katanya.
Seramai 10 ketua bahagian UMNO turut hadir ke program itu. Mereka bertanggungjawab membantu parti itu di sana sepanjang kempen.
'Saya sedih dengan Tun M'
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan harap Dr Termizi lantang menegur Najib di Parlimen.

Posted: 11 Jun 2016 03:03 PM PDT


Read More / Baca Lagi >>

HISHAM LAGI PELIK....

Posted: 11 Jun 2016 03:00 PM PDT

Hishammuddin Hussein, Naib Presiden UMNO yang dibisik-bisikkan bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri dilaporkan pelik terhadap tindakan Tun Mahathir Mohamad yang sanggup turun padang memberi sokongan kepada calon Amanah dalam pilihanraya kecil kali ini.

"Saya pelik sebab peringkat awal Tun Mahathir kata akan sokong pembangkang untuk kalahkan BN, tetapi sekarang nampaknya beliau hanya sokong Amanah saja sedangkan Pas pun pembangkang juga.

"Jadi saya tak faham, menyokong pembangkang pun tak jelas, pembangkang yang mana? Pas ke? Amanah ke? DAP ke? Semalam (di Sungai Besar) beliau turun di atas platform DAP.

"Saya tak faham rasionalnya Tun Mahathir berbuat begitu," kata sepupu Najib itu ketika bercakap dengan media di Kuala Kangsar.
Alahai...kesiannya, macam mana nak jadi Perdana Menteri kalau benda semudah ini pun sukar memahaminya.

Kalau Hishammudian mengatakan beliau pelik dengan sikap Tun Mahathir, kegagalan memahami langkah mudah bekas Perdana Menteri itu jauh lebih pelik lagi sebenarnya.

Kenapa perlu pelik sedangkan Tun Mahathir awal-awal lagi sudah mengatakan beliau akan turun berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk membantu calon daripada parti yang menyokong Deklarasi Rakyat?

Sudah ke nak faham parti mana yang menyokong Deklarasi Rakyat?

Tentang Tun Mahathir turun dalam program anjuran DAP di Sungai Besar, bukankah parti itu merupakan salah satu komponen Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR dan Amanah?

Apa salahnya Tun Mahathir hadir dalam program anjuran DAP yang merupakan sebahagian aturcara kempen memenangkan calon Amanah yang bertanding?
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)