Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:27 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kemunculan Amanah gugat mazhab politik lama

Posted: 10 Jun 2016 08:36 PM PDT

Datuk Dr. Mujahid Yusuf RawaDatuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa
Ketegasan Parti Amanah Negara (Amanah) menolak perkauman sempit dan 'menggunakan agama' untuk manifesto politik menyebabkan mazhab politik lama tergugat lalu menyerang usaha ini dengan pelbagai cara sebagai reaksi spontan mereka, kata Naib Presiden Amanah Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa.
Melalui kesepakatan Pakatan Harapan (PH) katanya, Amanah mahu mendidik rakyat bahawa pilihan raya sama ada kecil atau umum adalah medan kepada kesaksian terhadap prestasi dasar pemerintahan dari sudut apakah pulangan dan manfaat pemerintahan kepada rakyat yang lebih ramai.
""Amanah menentang rasuah dari akar umbinya dan mahukan pemerintahan ditegakkan atas sendi Maqasid Al-Shariah.
"Nuansa politik ini menggegarkan fahaman lama politik yang dilaungkan oleh Barisan Nasional (BN) dan parti Pas menyebabkan serangan bertubi kepada Amanah dan PH," katanya dalam satu kenyataan khas kepada pengundi PRK berkembar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar
Berikut disiarkan kenyataan penuh beliau,
Politik lama vs politik baharu

Amanah baru beberapa bulan di persada politik walaupun kebanyakan pemimpin tertingginya adalah otai dalam politik tanah aair semasa bersama Pas dahulu. Walaupun baharu dari segi penglibatan parti Amanah, ia mendapat perhatian yang cukup meluas baik dari kawan mahupun lawan. Ada beberapa faktor yang membentuk suasana demikian;

Kehadiran Amanah bukanlah secara solo, ia adalah sebahagian komponen Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR dan DAP. Kekuatan politik bersepakat inilah yang memberi kekuatan luarbiasa kepada AMANAH dalam kemunculannya. Parti pembangkang lain seperti Pas tidak mempunyai kekuatan ini kerana mereka lebih rela bersendirian walaupun pakatan Pas dengan parti Ikatan telah diisytiharkan sebagai Blok ke-3 namun ia langsung tidak memberi impak kepada erti sebuah politik kolusi.

Amanah tidak membawa agenda sempit politik seperti sentimen perkauman atau dogma agama yang sempit, ia menyatakan komitmennya pada pembentukan sebuah negara yang progresif, peduli, amanah dan mengamalkan dasar pemerintahan kerajaan yang bertanggungjawab dan telus. Ini bermakna Amanah menentang rasuah dari akar umbinya dan mahukan pemerintahan ditegakkan atas sendi Maqasid Al-Shariah. Nuansa politik ini menggegarkan fahaman lama politik yang dilaungkan oleh Barisan Nasional (BN) dan parti Pas menyebabkan serangan bertubi kepada Amanah dan PH.

Amanah tidak boleh berkompromi dalam usaha pembentukan sebuah politik baharu dengan bersikap perkauman sempit atau menggunakan doktrin agama sempit yang dogmatik untuk bermain dengan sentimen pengundi. Ketegasan ini menggugat mazhab politik lama di Malaysia yang cenderung kepada perkauman sempit dan 'menggunakan agama' untuk manifesto politik sedangkan prinsip besar agama yang menuntut erti keadilan, kemanusiaan dan kebebasan sepatutnya memandu parti politik menterjemahkannya dalam polisi pemerintahan. Ketegasan Amanah dalam hal ini menyebabkan mazhab politik lama tergugat lalu menyerang usaha ini sebagai reaksi spontan mereka.

Read More / Baca Lagi >>

Abdul Rani desak Budiman nyatakan pendirian berkenaan RUU akta 355 menjelang PRK Sungai Besar

Posted: 10 Jun 2016 07:51 PM PDT


Dr Rani Osman cabar Budiman isytihar sokong RUU 355Dr Rani Osman cabar Budiman isytihar sokong RUU 355
Ahli Dewan Undangan Meru Dr Abdul Rani Othman mahu calon Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian sama ada menyokong Akta 355 ini.
Beliau ditemui Malaysia Dateline pagi ini ketika melawat Pasar Awam Sekinchan mengedarkan risalah berkaitan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah 355 kepada pengundi kaum Cina di Sekinchan.
"Saya nak sangat tahu pendirian Umno-BN terutama calon BN Budiman, mengenai RUU adakah dia dan parti komponennya itu sokong atau tak jika ia dilaksanakan kelak.
"Saya pasti mereka takut nak jawab pertanyaan saya ini," ujarnya.
Ditanya mengenai kenyataannya untuk keluar Pas sekiranya Pas bekerjasama dengan Umno wujudkan kerajaan perpaduan beliau berkata, tetap dengan keputusan yang pernah dibuatnya sebelum ini.
"Kerjasama(ta'aun) tidak menjadi masalah tapi bukan tahaluf dengan Umno. Jika Pas nak bertahaluf dengan Umno buat apa saya pula nak bertanding di Parlimen Sungai Besar ini," ujarnya.
Pada 8 Jun lalu bekas pesuruhjaya Pas Selangor ini mengeluarkan kenyataan beliau akan keluar Pas jika parti Islam itu bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.
Read More / Baca Lagi >>

Akta 355: Pengundi Cina Sungai Besar khuatir, Melayu yakin

Posted: 10 Jun 2016 07:46 PM PDT

Ramai yang masih tidak jelas butiran terperinci dan apa itu Akta 355.
hudud_cina_600
SUNGAI BESAR: Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 Pindaan Mahkamah Syariah yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih sukar diterima masyarakat Cina di kawasan Sungai Besar.
Temu bual FMT bersama masyarakat Cina di Sungai Besar mendapati kebanyakan tidak bersetuju dengan akta tersebut.
Malah ada antara mereka yang tidak mengetahui secara jelas dan terperinci mengenai Akta 355 yang dijelaskan tidak mempunyai kaitan dengan hukuman hudud.
Penduduk, Quay Wee Sin, 26, berkata beliau tidak memahami apa erti RUU Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibentangkan di Parlimen pada sidang lepas.
Tetapi apabila diceritakan mengenai hukuman hudud, Wee Sin yang bekerja di restoran makanan laut itu secara terang-terangan menolak pelaksanaannya.
"Itu, tidak baik. Kalau orang curi barang, polis tangkap masuk penjara bolehlah. Tidak perlu buang tangan," katanya apabila mengulas mengenai isu hudud.
Wee Sin yang juga pengundi di Sungai Besar berkata jika dilihat dari perkembangan semasa, BN dan AMANAH memikat perhatiannya.
"BN dan AMANAH baik," katanya yang juga sukarelawan bomba.
Sementara itu, Lee Low Chuan, 34, berkata walaupun menyedari akta itu untuk umat Islam, tetapi tanpa berselindung beliau menyatakan tetap bimbang dengan akta tersebut.
Ini kerana, katanya beliau yang bekerja sebagai nelayan melihat pemimpin bukan Islam terus mendesak agar akta itu tidak diteruskan.
"Saya tidak pasti, tetapi kita bimbang kerana ada orang atas yang marah-marah dengan akta itu, kita juga rasa risau," jelasnya.
Namun sebagai nelayan, Low Chuan mengakui masih memerlukan BN memandangkan peruntukan yang diberikan kepada nelayan.
Manakala, bagi masyarakat Islam di kawasan Sungai Besar, kebanyakannya menerima sepenuhnya Akta 355 yang bakal dibentangkan semula pada Oktober ini.
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB SENDIRI TURUN PADANG DALAM PRK, APAKAH ZAHID HAMIDI TIDAK BERFUNGSI?

Posted: 10 Jun 2016 07:39 PM PDT

Sebenarnya bukanlah amalan biasa bagi Perdana Menteri dan Presiden UMNO untuk turun berkempen dalam mana-mana pilihanraya kecil. Lazimnya tugas itu diterajui sepenuhnya oleh Timbalan Perdana Menteri sahaja.

Ketika era Tun Mahathir Mohamad, semua pilihanraya kecil dipertanggungjawabkan kepada timbalannya. Ketika Tun Abdullah Badawi, Najiblah yang bertungkus lumus bergelumang dalam semua pilihanraya kecil.

Malah ketika Najib mempunyai timbalan yang bernama Muhyiddin Yassin, kelaziman dan kebiasaan memberi mandat kepada orahg nombor dua itu sentiasa diamalkan.

Jika kita masih ingat juga, dalam beberapa pilihanraya kecil sejak 2009 lalu di mana Najib bertimbalankan Muhyiddin, Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatan itulah yang turun padang siang malam, pagi petang dan macam berkampung di lapangan bertemu pengundi serta mengumumkan pelbagai peruntukan pembangunan.

Tetapi kelaziman dan kebiasaan itu nampaknya sudah tidak dipakai lagi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini. 

Najib sendiri mengambil keputusan turun padang di kedua-dua kawasan pilihanraya kecil itu untuk bertemu pengundi, turun ke bazar Ramadan, mengumumkan macam-macam projek pembangunan dan janji-janji yang lain.

Jika ketika Muhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, mengumumkan pembinaan Jambatan Manong, naik taraf universiti, bantuan kepada kaum India dan sebagainya, itu adalah antara peranan yang sepatutnya dilakukan oleh Zahid Hamidi, bukannya Najib.

Kenapa ini berlaku, adakah Najib tidak meyakini kemampuan Zahid Hamidi?

Mengapa tidak diberi peluang sepenuhnya kepada Zahid Hamidi menunjukkan bakat ketrampilannya, tambahan lagi ini adalah pilihanraya kecil pertama sejak beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO?

Mungkinkah sebagaimana yang ditanggapi banyak pihak bahawa pilihanraya ini ialah untuk menghantar mesej penolakan terhadap Najib, maka membuatkan Perdana Menteri sendiri turun padang dan berusaha sehabis baik yang mungkin bagi mengelakkan kekalahan BN benar-benar menjadi kenyataan?
Read More / Baca Lagi >>

‘PH tidak mustahil menang PRK jika strategi betul’

Posted: 10 Jun 2016 07:21 PM PDT

Biarpun dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pengundi kaum Melayu adalah majoriti (66% di Sg. Besar dan 68% di Kuala Kangsar) serta di kedua-dua tempat merupakan kubu Umno namun calon Parti Amanah Negara masih mempunyai peluang meraih kemenangan jika Pakatan Harapan (PH) menggunakan strategi yang betul.
Untuk masyarakat Cina yang merupakan 30% di Sungai Besar dan 24% di Kuala Kangsar, isu ekonomi adalah isu yang penting sekali buat mereka. Bagaimanapun, penganalisis politik bersetuju di kedua-dua kawasan pengundi Melayu membentuk hala tuju sokongan dan amat penting kepada mana-mana parti yang bertanding
Oleh itu, kempen yang memasuki hari ke-6 menyaksikan Amanah menggunakan isu kenaikan kos sara hidup yang turut dirasai oleh majoriti pengundi Melayu biar pun di pedalaman Sungai Besar mahu pun Kuala Kangsar.
"Akan datang rakyat akan dibebani lagi apabila geran kereta perlu ditukar dari format yang lama kepada format yang baru dan rakyat perlu bayar untuk membuat penukaran ini," ujar Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga pengarah komunikasi Amanah mengulas langkah terbaharu kerajaan memperkenalkan sijil kenderaan menggantikan geran sedia ada mulai 1 Jun.
Bagi Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, beliau berpendapat bahawa "Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang telah dilaksanakan sejak 1 April tahun lalu semakin terasa membebankan rakyat kerana cukai itu telah menaikkan harga semua jenis barang keperluan.
"Justeru itu, para pengundi diseru supaya bijak menilai keberkesanan dasar-dasar BN. Sama ada dasar-dasar tersebut prihatin dan pro-rakyat atau pun tidak," katanya.

Pengundi Kuala Kangsar mungkin buat kejutan – Raja Kamarul Bahrin

Posted: 10 Jun 2016 07:19 PM PDT

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang berkempen untuk Ahmad Termizi memberitahu, kemungkinan rakyat Kuala Kangsar akan membuat kejutan pada 18 Jun ini dengan memberi undi kepada Amanah.
Ini kerana katanya, fasa awal kempen, ramai pengundi yang tidak berani menzahirkan sokongan kepada Amanah dan Pakatan Harapan kerana takut bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dihentikan.
Namun katanya ada pengundi yang secara sembunyi-sembunyi menyatakan bahawa mereka akan mengundi Amanah.
"Saya pergi kempen ke kampung-kampung, turun ceramah, ada pengundi yang datang berbisik kepada saya bahawa mereka menyokong Amanah tapi takut untuk tunjuk terang-terangan, takut orang BN nampak.
"Saya yakin mereka akan memberi undi kepada Amanah pada 18 Jun ini dan kita akan terus mendekati golongan atas pagar ini," katanya yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu ketika ditemui di pejabat Amanah Kuala Kangsar semalam.
Dalam pada itu Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub berkata, pencalonan Amanah bagi kerusi Kuala Kangsar telah dipersetujui oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim terlebih dahulu.
Beliau berkata, keputusan meletakkan Dr Ahmad Termizi Ramli yang merupakan anak tempatan dipersetujui semua parti dalam Pakatan Harapan bagi memastikan perjuangan untuk membela rakyat semua kaum dapat diteruskan.
"Kita letakkan Dr Ahmad Termizi Ramli kita putuskan bersama dengan pimpinan Pakatan Harapan termasuk Datuk Seri Anwar di penjara Sungai Buluh. Anwar telah beri persetujuan bahawa Amanah mewakili Pakatan Harapan mewakili bertanding di Kuala Kangsar," kata beliau dalam ceramah di Taman Kenas Jalan Sultan Iskandar Shah, Kuala Kangsar malam tadi.
Kenyataan Salahudin melengkapkan kedudukan bahawa Dr Termizi mendapat sokongan semua pihak kecuali Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Sebelum ini, Presiden Amanah, Mohamad Sabu memaklumkan, bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti politik yang menyertai Delarasi Rakyat bersetuju memilih Dr Termizi.
Read More / Baca Lagi >>

Billboard kempen ingatkan rakyat tentang ‘Cina babi’ – Tony

Posted: 10 Jun 2016 07:12 PM PDT

DAP langsung tidak pernah menyebut perkataan yang mengguris perkataan kaum lain seperti yang dilakukan Jamal Yunos.
tony-pua_jala_cina-babi_600
SUNGAI BESAR: Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua akhirnya bersuara dan menjelaskan kepada rakyat Sungai Besar mengapa papan iklan ucapan rasis Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos dan lain-lain diletakkan.
Katanya, DAP langsung tidak pernah menyebut perkataan yang mengguris perkataan kaum lain seperti yang dilakukan Jamal sebaliknya hanya mengingatkan semula.
"Kita tidak sebut Cina babi, kita hanya memperingatkan semula apa yang pernah disebut.
"Kita minta Jamal dan konco-konconya minta maaf dan tarik balik tetapi masa itu dia kata kenapa kena tarik balik, apa salah kata Cina babi sebab Cina makan babi," katanya di Restoran Kuala Kurau, Sungai Besar, malam tadi.
Beliau berkata, pilihan raya adalah masa yang sesuai untuk memperingatkan rakyat mengenai tindakan yang dilakukan pemimpin UMNO.
"Masa pilihan raya adalah masa untuk menunjukkan pendirian parti masing- masing dan parti kita berpendirian perkataan sebegitu bersifat rasis dan perlu ditegur.
"Tapi yang dipersalahkan DAP dan AMANAH. Kecoh seluruh dunia kata kita biadab," katanya yang berucap di depan kira-kira 500 pengundi Sungai Besar.
Sebelum ini, DAP mengakui papan iklan tersebut dipasang dan ia diturunkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

GKCM edar surat terbuka minta Pengundi Sungai Besar, Kuala Kangsar tolak BN

Posted: 10 Jun 2016 07:06 PM PDT

Sekreateriat Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) melalui satu surat terbuka kepada Pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar mahu pengundi menolak calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.
Melalui kenyataan gabungan itu, yang merayu kepada pengundi supaya tidak mengundi calon BN pada PRK kali ini.
"Bukan kerana kita berpaling tadah tetapi atas dasar untuk memberi mesej bahawa kita menentang kemungkaran para pemimpinnya.
"Apa yang paling penting ialah kita ingin menyatakan kepada Datuk Seri Najib bahawa perbuatan salahguna kuasanya tidak boleh dimaafkan dan beliau sepatutnya berundur.
"Jika kita terus memangkah BN pada kali ini, maka hancurlah harapan anak cucu kita yang mengharapkan kita untuk memulakan perubahan," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut Sejak kebelakangan ini Umno telah tergelincir dari landasan sebenarnya. Perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara telah ditingggalkan oleh para pemimpinnya.
Amalan rasuah, salahguna kuasa dan sikap berlumba lumba mencari kekayaan peribadi merupakan perjuangan pemimpinnya pada hari ini.
"Mengisafi hakikat ini, kami akhirnya menubuhkan GKCM yang merupakan gabungan ketua-ketua cawangan Umno bertujuan membetulkan keadaan dalam Umno.
"Kami sedar kami akan ditentang habis-habisan oleh mereka yang mempunyai kuasa ketika ini.
"Namun kami ingin melihat pemimpin-pemimpin Umno mengambil contoh kepimpinan Khulafah Al Rashidin dalam memimpin rakyat negara ini
Read More / Baca Lagi >>

P093; Serang Amanah dengan fitnah, diam terhadap penyelewengan UMNO@BN

Posted: 10 Jun 2016 07:03 PM PDT


Fitmah disebar tanpa hormati undang-undangFitmah disebar tanpa hormati undang-undang
Modus operandi kempen pilihan raya yang mengaitkan parti Amanah kononnya alat atau khadam DAP dilakukan oleh pihak yang terdesak.
Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan berkata, provokasi kaum juga dimainkan untuk menyerang parti Islam itu pada ketika Umno-BN sedang dihujani serangan daripada segenap sudut.
"Ini menyentuh tentang cukai menindas, GST; kontroversi 1MDB serta isu derma RM2.6 bilion termasuklah terbaru pembongkaran pengunaan duit rakyat bagi sewaan jet yang dinaiki isteri Perdana Menteri.
"Mereka sudah ketandusan isu untuk menyerang Amanah dan pada masa sama tidak mampu untuk menjawab pelbagai pendedahan penyelewengan Fitnah golongan terdesakFitnah golongan terdesakwang rakyat.
"Jadi, isu perkauman yang memang modal lama mereka dihidupkan kembali," jelasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau bagaimanapun yakin kira-kira 40 peratus pengundi muda berusia 21 hingga 40 tahun di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan termakan dengan sentimen perkauman sempit yang tidak menguntungkan rakyat itu.
"Mereka tentunya pengundi muda yang matang dan tidak akan tertipu dengan fitnah yang sedang dimainkn oleh Umno-BN dan mereka yang bersekongkol dengan mereka," tambahnya lagi.
Budaya menjijikkan terus menularDalam perkembangan berkaitan satu imej menyerupai papan iklan kempen Amanah yang dikaitkan dengan DAP menjadi viral dan dikongsi dalam beberapa kumpulan WhatsApp hari ini.
Antara ungkapan tertera, "Vote Amanah, U will helps DAP stronger" (Undi Amanah, anda akan membantu DAP menjadi lebih kuat) serta "Undi Amanah = Undi DAP".
Walau bagaimanapun, maklum balas petugas jentera pilihan raya Sungai Besar memberitahu "billboard" itu dipercayai diedit untuk mewujudkan kebencian pengundi Melayu terhadap Amanah.
"Ikut maklumat (papan iklan provokasi) itu di Sekinchan tapi bila dicari tiada," kata sumber itu lagi.

Selain imej papan iklan yang dipercayai diedit, beberapa kain rentang dan poster memburukkan Amanah dengan DAP di lokasi Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, 18 Jun ini turut tersebar di media sosial.
Antaranya, kain rentang di hentian bas yang tertera ungkapan, "Amanah tolak hudud. Amanah bukan parti Islam" berserta logo bermaksud tidak kepada Amanah.
Satu poster dengan logo DAP yang diterbalikkan pula menyebut, "Ini musuh kita! Termasuk sekutunya."

P067: Wan Azizah dan calon Amanah disambut meriah di bazar Ramadan

Posted: 10 Jun 2016 07:01 PM PDT


Wan Azizah dan Ahmad Termizi di sambut meriah di Kuala Kangsar. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehWan Azizah dan Ahmad Termizi di sambut meriah di Kuala Kangsar. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang turun berkempen bagi calon Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Ahmad Termizi Ramli di bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar petang semalam mendapat sambutan hangat daripada pengunjung dan peniaga di bazar tersebut.
Sambutan terhadap beliau dan rombongan amat terasa walaupun dalam masa yang sama berlangsung program Kerajaan Barisan Nasional (BN) di tempat yang sama.
Beliau mengagihkan sebanyak 300 bekas bubur lambuk kepada pengunjung bazar sebelum berjalan dari gerai ke gerai dan beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga.

Rata-rata pengunjung dan peniaga kelihatan teruja apabila melihat kelibat beliau dan masing-masing bersedia dengan telefon bimbit di tangan.

Ada yang merakam video dan ada yang mengambil gambar dari jauh dan tidak ketinggalan mereka yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar dengan beliau. Malah tidak kurang juga mereka yang 'berselfie'.

Wan Azizah mengambil peluang memperkenalkan calon Amanah dan menyeru pengunjung dan peniaga yang ditemui agar memilih Dr Termizi yang mewakili Pakatan Harapan pada 18 Jun ini.

Tidak lama selepas itu, suasana menjadi semakin meriah dnegan kehadiran Dr Termizi sendiri untuk sama-sama berkempen dan memperkenalkan diri.

Sikap ramah kedua-duanya membuatkan orang ramai tidak segan untuk bertegur sapa malah respons yang ditunjukkan sangat positif.

Tiada peniaga yang menunjukkan muka masam apabila dihampiri Wan Azizah dan Dr Termizi walaupun sedang sibuk melayan pelanggan.

Pengunjung bazar juga tidak menunjukkan rasa tidak selesa apabila disapa malah mereka terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk bersalam dan mengambil gambar.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Wan Azizah berkata, rakyat Kuala Kangsar perlu memilih calon Amanah mewakili Pakatan Harapan agar pakatan tersebut menjadi pembangkang yang kuat di parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

'Saya minta Dr Rani tolong balik ke Meru...' - Ng Suee Lim

Posted: 10 Jun 2016 06:34 PM PDT

SEKINCHAN - Adun Sekinchan, Ng Suee Lim menasihatkan calon Pas bagi PRK kawasan Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Othman supaya menarik diri daripada bertanding.
Katanya, Abdul Rani tidak diperlukan di Sungai Besar dan penyokong Pas sendiri tidak membantunya berkempen.
"Kalau boleh sebelum 18 hari bulan nanti saya akan beritahu Dr Rani supaya tarik diri untuk jaga maruah dan tidak dipergunakan oleh Pas untuk menentang Parti Amanah Negara (Amanah).
Ng Suee Lim "Sebagai kawan saya, dia ada maruah dan jangan gadaikan maruah sempena bulan Ramadan yang mulia ini," katanya menjawab respons Abdul Rani yang mendakwa kesibukan berkempen menyebabkan beliau terlepas pandang masalah di Pasar Awam Sekinchan.
Menurutnya, calon Pas PRK Sungai Besar itu sepatutnya berada di Meru dan menyelesaikan masalah penduduk di sana.
"Saya minta Dr Rani tolong balik ke Meru dan jaga jalan di sana yang berlubang-lubang dan sering dilanda banjir.
"Kalau dia gagal selesaikan masalah di sana tolong jangan persoalkan kerja saya di sini," katanya.
Kelmarin, Abdul Rani dalam kenyataannya di Sinar Harian meminta Suee Lim menyelesaikan masalah peniaga di Pasar Awam Sekinchan yang berdepan tekanan selepas Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menaikkan kadar sewa bulanan petak perniagaan sejak Januari lalu.

Pas akui giat mendekati Umno

Posted: 10 Jun 2016 06:32 PM PDT

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui parti Islam itu kini giat mendekati Umno untuk meyakinkan bahawa dua parti Melayu Islam itu boleh bersatu kerana dasar kepentingan Islam, khususnya menerusi Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355.
Beliau berkata, penyatuan Umno dan Pas hanyalah satu kepalsuan dan tidak boleh kekal lama, melainkan jika kesatuan itu berlandaskan kepada kefahaman dan nama agama.
"Pas cuba faham elok-elok Umno, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), kalau mereka tumpu di atas jalan ini (agama), akan sampai satu masa kita boleh bersatu. Kita buat perbincangan, kita akui kita dekati Umno, untuk fahamkan mereka, bukan hanya rakyat, bahawa ada benda yang kita bertengkar (khususnya) soal politik dan nak tukar pemimpin.
"Ada benda kita kena kongsi bersama, iaitu agama. Setakat mana Umno faham agama yang boleh kita yakinkan mereka, kalau mereka terima alhamdulillah, itu baik," katanya eksklusif kepada Sinar Harian pada satu pertemuan.
Beliau berkata, Pas bukan sahaja berniat malah berazam untuk bersatu dengan Umno kerana matlamat penubuhan parti Islam itu adalah untuk menyatukan umat di atas jalan yang betul termasuk penyatuan parti politik.
"Memang Pas ditubuhkan untuk menyatukan ummah, bukan hanya niat, dia niat, azam, ada belaka. Jadi tiada sebab kita nak berpisah dengan PKR, nak balas dendam dengan DAP.
"Islam suruh menyatukan umat manusia, bukan umat Islam saja, tapi saat ini kita berpecah. Suatu hari nanti, kita tak tahu. Itu kita usahakan sebab memang manusia ini memang tidak akan maju kalau tak bersatu," ujarnya.
Bersatu bukan atas landasan politik
Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut berkata, penyatuan Umno dan Pas bukan berlandaskan politik, tetapi ia lebih kepada memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan di negara ini.
"Ia arahan agama termasuk RUU Persendirian Akta Mahkamah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli MT Umno pertahan jet peribadi digunakan Rosmah

Posted: 10 Jun 2016 06:23 PM PDT

Seorang anggota Majlis Tertinggi Umno mengutuk parti pembangkang yang kelihatan kehabisan isu kerana seringkali mengungkit isu pembaziran kerajaan untuk mengumpan pengundi.
Datuk Irmohizam Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor dalam kenyataan hari ini berkata, tomahan yang dibuat Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli tidak matang setelah menimbulkan pertikaian terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
"Tomahan Rafizi yang mendakwa bahawa isteri Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebagai boros kerana menaiki jet peribadi ke Turki adalah tidak matang.
"Ini mungkin kerana sebelum ini tuduhan yang dilemparkan kepada PM oleh beliau (Rafizi) dan kepimpinan parti pembangkang secara berterusan mengenai dana 1MDB dan RM2.6 juta tidak lagi menarik perhatian pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar," kata Irmohizam.
Beliau berkata Rafizi seringkali memberi kenyataan dengan congakkan angka yang mengelirukan rakyat sampai terlupa dengan 11 tindakan undang-undang terhadapnya.
Justeru itu, Irmohizam berkata bahawa parti yang matang seperti Barisan Nasional dilihat lebih tenang dan matang dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil.
"Parti yang matang tidak menyerang dengan mengecam individu dan mengaitkan secara semberono terhadap parti lawan, tetapi seharusnya menonjolkan kewibawaan sesebuah parti itu sendiri," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid beri amaran jangan main isu agama, kaum dalam PRK

Posted: 10 Jun 2016 06:21 PM PDT

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua parti politik terutamanya pembangkang agar tidak memainkan isu agama dan sensitiviti kaum dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Timbalan Perdana Menteri berkata langkah tersebut bertujuan memelihara keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.
"Maka kita mahu kawan dari parti lain mematuhi etika kempen yang ditetapkan.
"Jangan hanya berpandukan kepada etika ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sahaja, tetapi ahli politik sendiri mesti menjaga keharmonian hidup beragama dalam masyarakat pelbagai agama dan kaum," katanya ketika berucap pada Program Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan Bersama Timbalan Perdana Menteri di Masjid Nurul Falah, Tali Air 7, Sungai Leman semalam.
Beliau pada masa sama juga menasihati jentera kempen Barisan Nasional (BN) dan UMNO jangan sekali-kali menyentuh isu sensitif terutama yang membabitkan soal agama dan kaum.
Kenyataan Zahid itu susulan kontroversi papan iklan yang dinaikkan oleh pembangkang yang berbentuk provokasi di Sungai Besar baru-baru ini.
Dalam program dihadiri kira-kira 1,000 penduduk setempat itu, Ahmad Zahid turut menyerahkan bantuan kewangan kepada 100 anak yatim dan 100 al-Quran untuk diwakaf kepada Masjid Nurul Falah. T
imbalan Perdana Menteri turut berkata, sembilan laporan polis dibuat susulan tindakan parti pembangkang memasang papan iklan yang menyentuh isu agama dan kaum di sini baru-baru ini yang mana lima kertas siasatan dibuka pihak polis bagi menyiasat kes berkenaan.

Wang Besar: Najib umum RM43.5 juta bina jambatan di Kuala Kangsar

Posted: 10 Jun 2016 02:43 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM43.5 juta bagi pembinaan Jambatan Manong, Kuala Kangsar bagi memudahkan penduduk menyeberangi Sungai Perak.
Najib berkata Jambatan Manong ini akan menghubungkan Kampung Seberang Manong ke Pekan Manong di daerah itu.
"Jambatan Manong ini dah lama menjadi bualan tapi belum ada lagi majlis pecah tanah atau letak batu asas jadi saya nak umumkan mengikut standard JKR (Jabatan Kerja Raya).
"Saya dengan ini meluluskan pembinaan Jambatan Manong dengan peruntukan RM43.5 juta," kata Najib dalam majlis berbuka puasa bersama perdana menteri di Masjid Nurul Huda, Manong, Kuala Kangsar sebentar tadi.
Pembinaan jambatan itu akan disertakan dengan pembinaan jalan sepanjang tiga kilometer di sekitar kawasan tersebut.
Dalam majlis berkenaan, Najib turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada golongan anak yatim, asnaf dan ibu tunggal serta air zam zam dan kurma kepada wakil 25 masjid dan 53 surau di kawasan tersebut.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin.
Read More / Baca Lagi >>

Wang cukai bukan hak MCA, tapi hak kerajaan – Ridhuan Tee

Posted: 10 Jun 2016 02:39 PM PDT

MCA juga sewajarnya membina masjid dan sekolah agama untuk orang Melayu disebabkan orang Melayu telah memberi kekayaan kepada parti itu.
danial-ridhuan
PETALING JAYA : MCA tidak sepatutnya mengungkit isu cukai yang disumbangkan ahli parti kerana kutipan cukai merupakan hak kerajaan, kata Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Beliau berkata demikian menjawab Setiausaha Biro Keharmonian Agama, Chris Daniel Wong yang menepis dakwaan MCA parti anti-Islam kerana majoriti anggota MCA membayar cukai yang turut digunakan untuk membina masjid dan surau.
"Jika kerajaan belanjakan untuk kepentingan Islam, itu hak umat Islam kerana ia disebut dalam Perlembagaan," katanya lapor Ismaweb.
Malah, bekas ahli parti Cina itu berpendapat MCA wajar membina masjid dan sekolah agama untuk orang Melayu memandangkan orang Melayu telah memberi kekayaan kepada parti itu.
"Sudah tiba masanya MCA membalas budi Melayu yang telah menjadikan mereka kaya raya dan dapat kuasa. Jangan jadi kacang lupakan kulit," tegasnya.
Dalam pada itu, Ridhuan turut menyifatkan kenyataan Daniel Wong yang menafikan Malaysia sebagai negara Islam dengan merujuk kepada ucapan bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman sebagai jahil dan tidak layak menjadi pemimpin.
"Inikah standard pemimpin MCA berfikir? Layakkah mereka diundikan oleh Melayu? Standard pemikiran dan cara berhujah orang kampung. Kalau tak ada hujah, baik diam selepas puas makan dedak," katanya.
Tambahnya, tindakan Daniel Wong yang memetik ucapan Tunku Abdul Rahman sebagai ultra kiasu.
"Ucapan Tunku tidak mengikat atau 'binding'. Ia hanya sekadar ucapan. Yang mengikat kita adalah Perlembagaan. Hakikatnya Islam adalah agama Persekutuan yang mempunyai posisi istimewa dalam Perlembagaan," katanya.

Belum tentu Azmin bantu jika AMANAH menang – KJ

Posted: 10 Jun 2016 02:38 PM PDT

Ketiadaan kelibat Datuk Seri Azmin Ali membantu calon AMANAH mengundang tanda tanya
azmin kj
SUNGAI BESAR: Ketiadaan kelibat Datuk Seri Azmin Ali bagi membantu kempen calon Parti Amanah Negara (Amanah) di Sungai Besar seolah-olah mengesahkan desas-desus bahawa Menteri Besar Selangor itu tidak merestui calon parti yang mewakili Pakatan Harapan.
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata ketidakhadiran Azmin juga menggambarkan seolah-olah menteri besar itu tidak mahu memberikan komitmen terhadap pengundi di Sungai Besar.
"Saya tidak tahu kenapa, tapi dia (Azmin) tidak ada oleh kerana masalah yang berlaku dalam Pakatan Harapan hari ini di mana calon yang bertanding (bagi Pakatan Harapan) di sini tidak direstui oleh beliau.
"Jadi jangan ingat kalau kita bagi sokongan kepada PAN (Amanah) kerajaan negeri akan bantu kita (pengundi Sungai Besar)," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian peralatan sukan kepada persatuan belia pelbagai kaum di Sekinchan, di sini hari ini.
PKR sebelum ini 'tersepit' dengan perbalahan antara PAS dan Pakatan Harapan yang dianggotainya dengan DAP dan Amanah, termasuk dalam soal pemilihan calon bagi PRK Sungai Besar.
Azmin juga dikatakan mengelak daripada media selepas timbulnya isu dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor susulan pendedahan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli baru-baru ini.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR hadir di Sungai Besar pada hari penamaan calon, 5 Jun lalu, namun selepas itu tidak kelihatan sepanjang tempoh berkempen sehingga ke hari ini.
Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata komitmen rendah yang ditunjukkan menteri besar itu berbeza dengan pemimpin-pemimpin BN, termasuk menteri-menteri kabinet yang telahpun turun untuk mengadakan pelbagai program di Sungai Besar sejak sebelum hari pencalonan sehingga kini.
Read More / Baca Lagi >>

Dr. Termizi Ramli: Kita Mahukan 1 Kerajaan Yang Lebih Adil, 1 Kerajaan Yang Lebih Terus

Posted: 10 Jun 2016 08:07 AM PDT

Kempen Politik Jangan Sentuh Emosi Lawan - Asyraf Wajdi Dusuki

Posted: 10 Jun 2016 08:07 AM PDT

Undang-Undang MKN: "Dari Malaysiakini? Saya tak mahu jawab soalan dari anda" - Ahmad Maslan

Posted: 10 Jun 2016 08:04 AM PDT

Khalid Samad: Why hold by-elections during Ramadan?

Posted: 10 Jun 2016 08:02 AM PDT

UMNO angkuh sehingga menderhaka kepada Majlis Raja-Raja

Posted: 10 Jun 2016 06:29 AM PDT


Mesyuarat-Majlis-Raja-Raja
Pada 3 Disember 2015, Dewan Rakyat telah meluluskan sebuah rang undang-undang bernama rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (RUU MKN 2015) walaupun mendapat bantahan daripada kalangan ahli parlimen pembangkang.
Bantahan ahli parlimen pembangkang yang terdiri daripada ahli-ahli parlimen DAP, Amanah dan PKR adalah berkaitan dengan kuasa Perdana Menteri yang telah mengambil atau melebihi kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung dalam mengisytiharkan sesuatu kawasan keselamatan.
Dewan Negara seperti biasa kemudiannya meluluskan RUU MKN 2015 pada 22 Disember 2015 tanpa sebarang pindaan.
RUU MKN 2015 tersebut kemudiannya dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu oleh Peguam Negara semasa Mesyuarat Majlis Raja-raja kali ke-240 pada 17 Februari 2016.
Setelah ditaklimatkan oleh Peguam Negara, Majlis Raja-Raja berpendapat bahawa beberapa peruntukan di dalam RUU MKN 2015 tersebut perlu diperhalusi semula.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam suatu kenyataan menyebut bahawa "Bagi maksud tersebut Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-raja Yang ke-240 akan mewasalkan warkah kepada YAB Perdana Menteri."
Pada 18 Februari 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula dilaporkan berkata bahawa kerajaan mengambil maklum pandangan Majlis Raja-Raja bahawa beberapa peruntukan dalam rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara perlu diperhalusi.
Pada 19 Februari 2015 pula, akhbar Sin Chew Daily melaporkan bahawa Peguam Negara akan mengkaji semula RUU MKN 2015 selaras dengan nasihat Majlis Raja-Raja agar ianya diperhalusi semula.
Namun, pada 20 Mac 2016, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang telah dilaporkan oleh Sinar Harian bahawa beliau mengharapkan agar RUU MKN 2015 dipercepatkan pindaan selaras dengan tuntutan Majlis Raja-Raja.
Beliau berkata, "Saya menyokong saranan Majlis Raja-Raja yang mahu rang undang-undang itu diperhalusi. Beberapa pindaan harus dibuat tanpa membuang masa demi kebaikan negara."
Read More / Baca Lagi >>

SAYANG SEKALI, MENTALITI KJ DAH SAMA MACAM PEMIMPIN PAS

Posted: 10 Jun 2016 06:23 AM PDT

Kalau pemimpin Pas seperti Hadi Awang atau Mustaffa Ali yang mengatakan mengundi Amanah sama macam memberi undi kepada DAP, barangkali tidak ada sesiapa hairan dengannya.

Begitu juga, jika pemimpin UMNO seperti Ahmad Maslan, Fuad Zarkashi atau Salleh Said Keruak yang menyatakan demikian, orang mungkin masih boleh menerima seadanya apa yang ada dalam otak mereka.
Tetapi, apabila Khairy Jamaluddin yang selama ini selalu tampil dengan pemikiran berbeza dan kononnya mengamalkan politik idea, juga didapati sama seperti  mereka, tentu ramai yang geleng kepala.

Tak sangka KJ pun rupa-rupanya sama mentaliti dengan mereka. KJ dan Hadi Awang sudah tak berbeza lagi sekarang ini.

Tidakkah KJ sedar bahawa PKR, DAP dan Amanah adalah parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan dan oleh yang demikian, mereka berhak saling bantu membantu antara satu sama lain? 

Kenapa KJ tidak melawan perjuangan Pakatan Harapan yang selalu membangkitkan isu berkaitan masa depan negara, tata kelola, rasuah dan sebagainya dengan idea bernasnya atau hujah lawan dengan hujah?

Kenapa tak habis-habis dengan pemikiran sempit, perkauman dan rasis untuk menang pilihanraya?

Calon Amanah sokong singkir PM

Posted: 10 Jun 2016 06:20 AM PDT


Walk about calon Amanah Dr Ahmad Termizi di bazar Ramadan mendapat sambutan hangat pengunjungWalk about calon Amanah Dr Ahmad Termizi di bazar Ramadan mendapat sambutan hangat pengunjung
Calon Amanah pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli menyokong kempen Bersih 2.0 untuk menyingkirkan Perdana Menteri dan yakin penyingkiran Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan itu tidak akan memulihkan imej Umno dan BN.
"Sekiranya saya dipilih rakyat Kuala Kangsar sebagai Ahli Parlimen mewakili mereka, saya akan sokong penyingkiran Najib selaku Perdana Menteri.
"Ini adalah kerana Najib telah membawa banyak kerosakan kepada Negara. Sebagai pemimpin, beliau perlu dipertanggungjawabkan ke atas segala kerosakan yang dilakukan beliau termasuk yang terbesar setakat ini - skandal 1MDB," ujarnya dalam satu kenyataan media menjawab beberapa soalan dibangkitkan Besih 2.0.
Beliau juga menyifatkan usaha untuk menyingkirkan Perdana Menteri sebagai 'pengajaran politik' bagi rakyat bahawa mereka tidak wajar takut menggantikan pemimpin yang tidak betul.
Di masa yang sama, tambah beliau pemimpin perlu diajar takut kepada rakyat sekiranya mereka melakukan penyelewengan.
Dr Ahmad Termizi juga tidak bersetuju dengan pandangan bahawa penyingkiran Najib akan menyelamatkan Umno/BN.
"Saya tidak setuju dengan sikap itu kerana ianya tidak boleh dilihat secara berasingan.
"Kerosakan yang dilakukan Najib adalah atas kegagalan Umno/BN di mana mereka telah menjadi parti politik sekadar menjaga kepentingan peribadi dan bukan kepentingan rakyat.
"Najib mampu bertindak begini oleh kerana Umno/BN telah menjadi parti yang gagal dan tidak berfungsi demi rakyat mahu pun orang Melayu," tegasnya
Sehubungan itu, beliau yakin penyingkiran Najib tidak akan menyelamatkan Umno sebaliknya akan menjadikan rakyat lebih berani untuk membawa perubahan.
"Sama ada Umno akan selamat atau tidak hanya satu andaian. Sedangkan kerosakan yang dibawa Najib adalah satu hakikat dan kebenaran.
Read More / Baca Lagi >>

Azizah gesa Najib mansuh Akta MKN

Posted: 10 Jun 2016 05:24 AM PDT

Wan Azizah menyifatkan pewartaan RUU MKN 2015 sebagai undang-undang tanpa persetujuan Agong adalah perkembangan berbahaya dan julung kali berlaku dalam sejarah perlembagaan negara.
wan-azizah-NSCPETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong pada sesi Parlimen akan datang.
Ini kerana katanya, pewartaan Rang Undang-undang (RUU) MKN 2015 sebagai undang-undang adalah perkembangan berbahaya dan julung kali berlaku dalam sejarah perlembagaan negara.
Beliau turut mempersoalkan kenapa undang-undang baru drakonian itu perlu diluluskan secara tergesa-gesa sedangkan Majlis Raja-raja dan rakyat pelbagai lapisan turut berkongsi kebimbangan sama terhadap pewartaan RUU itu.
Presiden PKR itu berkata, BN bukan sahaja tidak menghormati raja-raja malah mereka mengabaikan peranan perlembagaan raja-raja.
"Peranan mereka amat penting khasnya dalam konteks negara kita, di mana BN telah lama mengabaikan kebebasan asasi dan perbezaan kecil dalam perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
RUU MKN 2015 yang dibantah parti pembangkang ketika dibentangkan dalam Dewan Rakyat tahun lalu, menjadi undang-undang dengan sendirinya walaupun tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
Ia diluluskan berdasarkan Fasal 4 (a) Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan, iaitu sesuatu RUU menjadi undang-undang 30 hari selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Comments (0)