Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:29 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PRK: Wan Azizah bawa salam Anwar mahu rakyat menangkan calon PH

Posted: 01 Jun 2016 08:24 PM PDT


Dr Wan Azizah menyerahkan watikah perlantikan Azhar sebagai calon Pakatan Harapan. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Dr Wan Azizah menyerahkan watikah perlantikan Azhar sebagai calon Pakatan Harapan. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat khususnya di Sungai Besar memilih calon Pakatan Harapan yang diwakili Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berangsung 18 Jun ini.
Seruan dari penjara itu disampaikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ketika berucap di Majlis Pengisytiharan Calon Pakatan Harapan bagi PRK Sungai Besar di Dewan Sri Sekinchan malam tadi.
"Saya bawa salam dari penjara. Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi salam kepada kita semua supaya teruskan perjuangan dan pilihlah calon Pakatan Harapan. InsyaAllah membawa kebaikan pada semua.
"Jangan salah pilih. Setiap undi penting dan pilihlah calon Pakatan Harapan daripada Parti Amanah Negara," katanya.
Sementara itu, Presiden Amanah melahirkan rasa terharu dengan sokongan Azizah dan Anwar terhadap Amanah untuk mewakili Pakatan Harapan pada PRK ini.
"Saya amat terharu Datuk Seri Wan Azizah bersama kita. Beliau pemimpin gigih, srikandi yang kita anggap sebagai ibu kepada kita dan ibu kepada rakyat jelata. Dengan kegigihan beliau terus memimpin PKR dn Pakatan Harapan.
Read More / Baca Lagi >>

AMK kenalpasti kerusi yang Pas kalah untuk ditandingi PKR

Posted: 01 Jun 2016 08:22 PM PDT


Dr Afif timbalan ketua pemuda PKRDr Afif timbalan ketua pemuda PKRAngkatan Muda PKR (AMK) telah mengenalpasti beberapa kerusi yang wajar diberikan kepada PKR selepas Pas gagal memenangi kerusi-kerusi tersebut walaupun telah berulang kali bertanding di kerusi itu sejak beberapa penggal yang lepas.
Justeru AMK akan memanjangkan cadangan mereka kepada pimpinan parti untuk menuntut kerusi-kerusi ini bagi diserahkan kepada PKR untuk diwakili.
Sehubungan dengan itu, Timbalan AMK, Dr Afif Bahardin (gambar) menyeru pimpinan PKR menyegerakan rundingan kerusi dengan parti pembangkang lain terutamanya Pas bagi menentukan kedudukan kerusi pilihan raya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.
Katanya, langkah ini perlu bagi memastikan perlawanan satu lawan satu untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN).
"AMK mengambil semangat tema Muktamar Dewan Pemuda PAS semalam, Bertekad Melebar Muafakat mengulangi pendirian agar semua pimpinan pembangkang waima dari Pakatan Harapan, PAS mahupun parti-parti pembangkang lain untuk segera ke meja rundingan bagi bermuafakat menentukan kedudukan kerusi pilihanraya menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 demi memastikan perlawanan satu lawan satu untuk berhadapan dengan regim Barisan Nasional.
"Formula yang telah ditinggalkan dan usaha yang digagaskan oleh Ketua Umum Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan pakatan pembangkang yang kuat telah terbukti menjadi senjata ampuh untuk menewaskan Barisan Nasional dalam pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada gesaan Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Malaysia Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kelmarin agar Pas menuntut semula kerusi-kerusi pilihan raya yang 'dipinjamkan' kepada PKR dan DAP.
Afif yang juga exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga berkata, PKR sebagai parti pelbagai kaum yang paling ke hadapan dalam persada politik negara sewajarnya diberikan ruang untuk bertanding di kerusi-kerusi yang telah gagal ditawan PAS sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

MAHATHIR: DEKLARASI RAKYAT

Posted: 01 Jun 2016 08:19 PM PDT

1. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamal sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
2. Negara ini mempunyai perlembagaan tertulis dan undang-undang untuk melindungi rakyat daripada perbuatan jenayah dan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan.
3. Malangnya kita sedang melihat Perlembagaan dan undang-undang negara diabaikan atau pun dicabuli. Kaedah untuk mendapat keadilan menerusi perlembagaan, iaitu membuat laporan kepada polis dan undi tidak percaya untuk menyingkir pemimpin kini tiada lagi wujud.
4. Pemisahan kuasa di antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman tidak dihormati lagi. Perdana Menteri seolah-olah mempunyai kuasa ke atas ketiga-tiganya. Akibatnya, beliau seolah-olah kebal dari segala undang-undang negara.
5. Dia menciptakan dana kekayaan negara (national wealth fund) dari wang yang dipinjam.
6. Sekarang Kerajaan sedang menanggung hutang yang berjumlah RM50 bilion.
7. 1MDB tidak dapat membayar faedah dua bilion dolar atas pinjaman.
8. 1MDB mungkir membuat pembayaran atas hutang yang lain. 1MDB melabur satu bilion dolar dalam syarikat usahasama dengan Petro Saudi, kononnya untuk mengeksploitasi konsesi minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan.
9. Usahasama tersebut telah dibubarkan kerana tidak ada minyak atau gas untuk dikeluarkan.
10. Saham USD1 bilion dalam usahasama tersebut telah dipinjamkan atau dijual kepada Petro Saudi dengan harga 1.2 bilion.
11. Lebih banyak wang lagi telah dipinjamkan kepada Petro Saudi.
12. Ke mana wang itu telah pergi tidak diketahui.
13. Lebih daripada USD2 bilion telah dilaburkan di Kepulauan Cayman.
14. Wang itu dikatakan telah dibawa balik dan didepositkan di sebuah bank Singapura.
15. Bank Singapura itu menafikan bahawa wang telah didepositkan dengannya oleh 1MDB.
16. 1MDB kemudianya mendakwa ianya bukan wang, tetapi unit. Unit apa?
17. Tiba-tiba Najib dilaporkan mempunyai USD681 juta (bersamaan dengan RM2.6 bilion) di dalam akaun peribadinya di Ambank.
18. Beliau mendakwa ia adalah sumbangan tetapi tidak dapat menunjukkan sebarang dokumen yang boleh dipercayai untuk membuktikannya.
19. Beliau telah membelanjakan sebahagian daripada wang yang dipegang dalam akaunnya itu untuk kegunaan peribadi.
20. Tiada rekod menunjukkan beliau membelanjakan untuk UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-13 sepertimana yang beliau mendakwa.
21. Laporan oleh Bank Negara bagi akaun ini nampaknya telah diketepikan oleh Peguam Negara yang baru dilantik.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Blok Ketiga meriahkan muktamar ke-62

Posted: 01 Jun 2016 08:00 PM PDT

KOTA BHARU: Muktamar Tahunan PAS ke-62 kali ini tetap meriah biarpun tidak kelihatan pemimpin besar pembangkang. Namun kehadiran pemimpin blok ketiga mencatat sejarah tersendiri.

Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) diketuai presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bersama pemimpin Ikatan pusat dan Ikatan Kelantan.

Turut kelihatan Timbalan Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Ruslan Puteh, Presiden Teras Keupayaan Melayu (Teras) Azmi Abdul Hamid, wakil Perkasa dan Parti Cinta Malaysia dan wakil-wakil NGO.

Manakala tetamu luar negara termasuk Biro Politik Himas, Dr Khaled  Qadumi, Muslim Imran,  Dr Naji Al Sharhi, Mohammad al Dawood  dan Bilal Al Akhras dari Hamas.

Pertubuhan Forum Belia Antarabangsa Turki diwakili Yilmaz Balcin dan Necip Fazil Aksoy.

Selain itu Konsul Jeneral Diraja Thailand, Pitoon Songkaeo dan Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Singapura, Rifi Rafiuddin Mohd Ridwan.

Selain itu wakil gerakan Islam Thailand, Akram dan wakil kedutaan Singapura.

Kelihatan juga veteran-veteran PAS termasuk bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Subky Abdul Latif dan isteri bekas Mursyidul Am PAS, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Read More / Baca Lagi >>

Antara kejayaan 1MDB pada negara tercinta Malaysia..

Posted: 01 Jun 2016 07:51 PM PDT

1) Nama Malaysia semakin harum ke pelusuk dunia.

2) Tanpa 1MDB, bermakna GST sukar dilaksanakan.

3) Hutang negara terus mencanak bertambah.

4) Aset2 negara terus tergadai pada komunis-China.

5) Pelabur asing telah menarik wang daripada saham2 Malaysia.

Apa lagi Mahathir mahu?

Posted: 01 Jun 2016 07:38 PM PDT

IMG_6940
Sekitar lima minit sebelum jam 9 pagi, saya melihat beliau tiba dengan iringan dua kereta polis. Sekonyong-konyong keluar dari kenderaan, beliau terlebih dahulu menghampiri seorang pegawai keselamatan yang memegang bekas makanan ikan. Diambilnya beberapa genggam dan dicampak ke kolam di perkarangan bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan harinya di pejabat dengan memberi makan kepada ikan-ikan koi, mungkin satu ritual menenangkan diri, setelah 13 tahun melepaskan jawatan sebagai kepala negara paling lama berkhidmat dalam sejarah Malaysia.
Pun begitu, setelah lama 'bersara' daripada jabatannya, Mahathir tidak lelah bermain politik. Sepelontar batu dari pejabatnya di Precinct 8 Putrajaya itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang cuba dijatuhkannya melalui usaha mengumpul tandatangan, selain bekerjasama dengan ramai musuh politik lama, termasuk pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang.
Kerjasama itu akhirnya membenih langkah meninggalkan parti yang diasaskannya, United Malays National Organisation (Baru), selain berjanji untuk berkempen bagi memastikan kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.
IMG_6899
Kerelaan beliau meninggalkan parti Melayu itu kemudian mengundang caci-maki ramai pihak yang dahulunya tegar mempertahankan Mahathir sebagai wira bangsa. Hatta media tradisional yang dikawal kerajaan turut tidak lepas menyerangnya, menggambarkannya sebagai si pengkhianat yang telah berpaling daripada perjuangan UMNO sejak zaman berzaman.
UMNO bukan lagi macam dulu
"UMNO macam la ni tak dak UMNO dah," katanya, ketika ditanya jika beliau sanggup melihat parti yang menjadi wadah perjuangan selama puluhan tahun kehilangan kuasa dalam usaha menjatuhkan Najib.
"Ini bukan parti UMNO. UMNO ada prinsip dia. Ini parti yang pertahan kepimpinan Najib. Dah jadi parti Najib," ujarnya, meminggirkan diri tanpa memperlihatkan sedikit pun rasa sesal atau kecewa.
Mahathir marah betul dengan UMNO yang lebih baru daripada UMNO Baru. Baginya, UMNO versi Najib Razak adalah UMNO yang bertuhankan duit.
"Dia mempertahan rasuah," tambahnya. "Cash is king, dia kata pada saya," merujuk kepada Najib mengambil alih tampuk pemerintahan dengan restu Mahathir sendiri setelah membantu menjatuhkan presiden sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang menaiki takhta UMNO dengan restu dan perkenan Mahathir juga.
Tuduhan-tuduhan Mahathir terhadap anak didik politiknya itu juga bukan sebarangan. "Dia bagi orang ni sejuta, orang tu sejuta, tak kan wakil rakyat lain nak senyap tak minta duit?" soal beliau. Pastinya dengan maklumat dalaman mengenai penyakit bawaan UMNO yang telah berakar sejak zaman pemerintahannya lagi.
Namun tidak adil untuk menuduh segalanya bermula sejak Mahathir mula memegang teraju parti pada 1981. Era awalnya amat popular di kalangan rakyat dengan pelbagai slogan dan usaha merancakkan kebosanan politik 1970an. Tetapi, tuduhan dan dakwaan rasuah serta salah guna kuasa mula lantang didengar pada pertengahan 1980an.
Pemimpin UMNO bodoh
Kini Mahathir pula yang marah dengan rasuah. "Pegawai kerajaan sekarang pun ambil duit sebab dia tengok pemimpin boleh ambil berbilion, tak kan dia tak boleh ambil sejuta, dua?" ujarnya, yang sejak mengambil alih kuasa daripada Almarhum Tun Hussein Onn memasarkan slogan-slogan seperti 'Bersih, Cekap, Amanah' dan 'Kepimpinan Melalui Teladan' sekitar Mac 1983.
Malang sekali slogan-slogan itu kemudiannya tidak diteladani, malah disalahtafsir sesuka hati, hatta menghasilkan produk-produk UMNO yang ternyata memalukan bekas presiden paling lamanya hari ini.
"Ketua cawangan UMNO, dia tak bagi orang yang ada kaliber masuk. Bila dia mati, siapa yang ganti dia? Orang lagi bodoh daripada dia. UMNO (sekarang) telah mengecut menjadi parti yang dipimpin orang bodoh, tak ada prinsip," tegasnya.
Penyakit korupsi sememangnya difahami sebagai penyakit warisan dalaman UMNO. Memang korupnya UMNO itu bukan kerana nama atau perjuangannya tetapi disebabkan terlalu lama memegang tampuk kuasa. Ia satu trend kepada mana-mana parti di dunia ini yang biasanya berakhir dengan rakyat menolak mereka.
Korupsi dalam UMNO macam saka harimau yang melekat dengan sesiapa sahaja yang membuat perjanjian untuk bertaat setia dengan parti itu. Selesa dengan gaya hidup bermewah-mewah, rasa berkuasa untuk mengarah-arah dan menjadi tuan di kawasan masing-masing menjadi asas penyakit itu sukar dihakis.
Namun menurut Mahathir, "Boleh buang kalau nak buang". Cumanya ternyata UMNO yang ditinggalkannya itu tidak pun membuang saka korupsi yang telah membarah, malah semakin rancak mempertahankannya sebagai satu cara hidup; menjadikan kita terus sangsi dan prejudis, serta sukar untuk meletakkan sebarang kepercayaan kepada apa sahaja yang membawa DNA UMNO.
Malah DNA Umno itu juga yang sedikit-sebanyak menjadi penghalang sokongan ramai pihak terhadap Deklarasi Rakyat yang digagaskan Mahathir awal Mac lalu bersama musuh-musuh politiknya. Hatta aktivis pilihan jalanraya, Hishamuddin Rais dan Maria Chin juga dibungkus bersama, dan dilabel pengkhianat oleh orang lama gerakan Reformasi 1998.
Anwar dan DAP
Disoal tentang penggabungannya bersama musuh-musuh zaman lampau, mantan Perdana Menteri itu menegaskan bahawa pemimpin-pemimpin parti politik menyertai muafakat Selamatkan Malaysia bukan sebagai pemimpin parti, hanya sebagai individu yang prihatin.
"Objektif hanya satu, singkirkan Najib," ujarnya ketika menghuraikan kenapa soal gagasan reformasi institusi dan pembelaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipersetujui secara langsung olehnya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan pertama kali sertai pilihan raya

Posted: 01 Jun 2016 07:32 PM PDT


 Azhar menerima watikah pencalonan dari Dr Wan Azizah bagi mewakili Pakatan Harapan dengan diperhatikan oleh pemimpin Amanah dan DAP. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Azhar menerima watikah pencalonan dari Dr Wan Azizah bagi mewakili Pakatan Harapan dengan diperhatikan oleh pemimpin Amanah dan DAP. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.
Buat pertama kalinya, Pakatan Harapan meletakkan calonnya secara rasmi untuk bertanding dalam pilihan raya selepas ia ditubuhkan beberapa bulan lalu selepas hancurnya Pakatan Rakyat, kata ketua sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifudin Abdullah.
Ketika berucap di majlis pengenalan calon mereka malam tadi, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi pilihan raya pertama Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Amanah, PKR dan DAP meletakkan calon rasmi mereka.
"Ini adalah calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah," kata Saifudin ketika berucap memperkenalkan Azhar Ab Shukur di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar malam tadi.
Azhar calon Pakatan Harapan di Sungai Besar. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Azhar calon Pakatan Harapan di Sungai Besar. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Selepas ditubuhkan, Amanah, DAP dan PKR menyertai pilihan raya negeri Sarawak namun ia atas nama parti masing-masing bukan atas nama Pakatan Harapan.
Ada antara calon-calon mereka bertembung antara satu sama lain misalnya antara PKR dengan DAP.
Istilah calon Pakatan Harapan digunakan oleh kesemua pemimpin yang berucap. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memulakan istilah itu dan dengan tegas berkata "Ini adalah calon Pakatan Harapan.".
Baju rasmi Pakatan Harapan yang mempunyai tiga jalur, oren, biru PKR dan merah DAP mula dipakai buat pertama kalinya dalam majlis malam tadi oleh sebahagian pemimpin yang hadir.
Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang yang turut berucap berkata, ini adalah calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah.
Azhar diperkenalkan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam majlis yang penuh sesak dengan para penyokong ketiga-tiga parti Pakatan Harapan malam tadi.
Ia juga diikuti secara langsung oleh lebih 1500 penonton video melalui Facebook Amanah di samping ribuan lagi yang mendengarnya melalui radio internet, DPedas.fm.
"Suasana ini mengulangi ketika Pakatan Rakyat diperkenalkan buat pertama kalinya dahulu. Suasana itu kini kita dapat kembali," kata Mohamad yang berucap memperkenalkan calon itu.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan guna isu edah untuk berkempen, kata calon Pas

Posted: 01 Jun 2016 07:31 PM PDT


Dr Najihatussalehah, calon Pas Kuala KangsarDr Najihatussalehah, calon Pas Kuala Kangsar
Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Dr Najihatussalehah Ahmad menasihatkan semua pihak supaya tidak menjadikan isu 'edah' sebagai bahan kempen pilihan raya itu.
 "Saya akur kepada apa yang ditetapkan oleh syarak. Saya nasihatkan semua orang supaya jangan sentuh isu edah," katanya pada sidang media pada Muktamar Dewan Muslimat Pas kali ke-56, di sini hari ini.
 Beliau merujuk kepada calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid yang tidak dapat menyertai kempen pilihan raya itu yang dijadual bermula 5 Jun ini kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam hukum Islam apabila seseorang wanita kematian suami.
 PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian suami Mastura, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
 Sementara itu, ketika ditanya mengenai cabaran yang bakal dihadapi ketika berdepan dengan Mastura, Dr Najihatussalehah berkata: "Tidaklah mudah bagi saya sebab kempen tetap juga berjalan walaupun beliau menggunakan media dan tidak turun berkempen."

Usul Muslimat putus dengan PKR akan dibawa ke Majlis Syura

Posted: 01 Jun 2016 07:28 PM PDT


Muslimat Pas luluskan tanpa bahas usul putus hubungan dengan PKR.
Usul Dewan Muslimat Pas Kedah agar Pas Pusat mengkaji semula Tahalluf Siyasi (kerjasama politik) diluluskan tanpa bahas oleh perwakilan dalam Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS (DMPM) kali ke-56 di Kota Bharu semalam.
Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Salamiah Mohd Noor berkata, usul tersebut akan dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk tindakan susulan.
Usul itu menyatakan PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS apabila mengadakan hubungan kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah), yang jelas menuduh serta memfitnah Pas dengan pelbagai dakwaan tidak berasas.
Menurut usul itu, bermula langkah Kajang sehinggalah konspirasi menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pandangan dan pendirian Pas tidak dihormati selain kesucian Pakatan Pembangkang dicemari dengan perancangan tertentu di luar pengetahuan Pas.
"Walaupun ada segelintir pemimpin PKR yang menghormati pendirian dan pandangan PAS namun rentetan isu sebelum ini memperlihatkan parti itu lebih selesa mengambil keputusan tanpa berbincang atau mengambil kira rakan tahallufnya berhubung hal-hal berkaitan.
"Sedangkan PKR banyak bergantung harap kepada Pas untuk menggerakkan jentera terutama menjelang pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Bukan DAP yang mempergadai hak orang Melayu

Posted: 01 Jun 2016 07:27 PM PDT

PAS ternyata cuba menyemarakkan emosi perkauman sejajar dengan muslihat UMNO yang sentiasa mencari helah mengaitkan isu-isu tertentu dengan dakwaan perkauman.
Syerleena-Abdul-Rashid_penang_wanita_600Oleh Syerleena Abdul Rashid
Dalam muktamar Pemuda Pas baru-baru ini, kita dapat melihat penonjolan retorik yang penuh dengan hasrat buruk sangka yang tidak terkawal terhadap DAP, lebih-lebih lagi sejak PAS mulai menjalin hubungan mesra dengan UMNO.
Hari ini, ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd. Hafiz Alias menyuarakan tuntutan mengekalkan 'tanah milik Melayu' dengan meminta semua konstitusi di Pulau Pinang menentang dan memperjuangkan apa yang diwawarkannya, ketidaksamarataan sosial yang membelenggu kerajaan negeri P. Pinang di bawah DAP.
Menurut beliau, populasi 'Orang Melayu di Pulau Pinang adalah kedua terbanyak ia-itu 43.6 peratus namun hanya memiliki 20.1 peratus tanah di negeri ini'.
PAS ternyata cuba menyemarakkan emosi perkauman sejajar dengan muslihat UMNO yang sentiasa mencari helah mengaitkan isu-isu tertentu dengan dakwaan perkauman.
PAS juga nampaknya sengaja buat lupa dengan dosa tindak-tandok UMNO yang lalu yang ternukil dalam lipatan sejarah. Umum mengetahui bahawa UMNO telah banyak 'merampas' tanah-tanah milik Melayu dengan membelinya pada harga murah dan menjualnya dengan harga tinggi.
Contohnya kes Kampong Terang di Balik Pulau di mana 31 pemilik tanah (Melayu) menjual tanah mereka pada Januari 2012 kepada Maison Heights Sdn Bhd dengan jumlah harga RM8,563,983.00 yang kemudian menjualkannya kepada Kay Pride Sdn. Bhd. pada May, 2012 dengan harga RM13,457,664.00 – untung sebanyak RM 5juta dalam hanya 5 bulan. Ini terang-terang suatu eksploitasi sistem yang sedia ada dan apa lebih menyedihkan ialah ia adalah suatu eksploitasi terhadap orang-orang Melayu dengan cara yang amat jijik.
Jangan kita lupa bahawa dua daripada anggota Lembaga Pengarah Maison Heights pada masa itu adalah Timbalan Pengerusi UMNO P.Pinang Dato Musa Sheikh Fadzir dan Pengerusi Pilihanraya Barisan Nasional, Dato Omar Faudzar.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar Tahunan PAS ke-62 bermula di Putik

Posted: 01 Jun 2016 07:24 PM PDT

KOTA BHARU: Muktamar Tahunan PAS kali ke-62 membuka tirai pagi ini selepas setahun muktamar lepas yang menyaksikan segelintir pemimpin meninggalkan perjuangan sehingga menubuh parti serpihan.

Orang ramai memenuhi pekarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) sejak pagi lagi. Malah ada yang tidur di kawasan tersebut terutamanya peniaga.

Dewan besar Putik pagi ini diwarnai hijau apabila perwakilan berpakaian baju Melayu lengka samping, sedondong bertema hijau. Ada juga yang berjubah hijau. Ini suatu anjakan berlaku daripada aspek pemakaian muktamar tahun ini.

Manakala  bentara yang bertugas membantu perjalanan muktamar juga lengkap dengan berpakaian selendang seumpama pahlawan Melayu.

Dewan Putik hampir dipenuhi perwakilan. Dewan Himpunan Penyokong PAS pula diketuai Balasubramanian. Kelihatan juga tetamu asing dari luar negara.

Sekarang menunggu ketibaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi memeriksaan perbarisan pasukan Amal di pekarangan Putik.

Muktamar ke 62 dijangka kenal pasti halatuju PAS hadapi PRU14

Posted: 01 Jun 2016 07:24 PM PDT

Muktamar Tahunan PAS ke-62 kali ini merupakan muktamar pertama setelah 'golongan profesional' meninggalkan parti Islam tersebut dan menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Berlangsung selama tiga hari bermula malam tadi, muktamar kali ini dijangka membincangkan pelbagai isu antaranya usul Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen minggu lalu.
Antara perkara lain yang dijangka dibangkitkan ialah penubuhan pasukan khas bagi memberi penjelasan lebih terperinci mengenai undang-undang berkenaan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.
Selain itu, perkara yang akan menjadi tumpuan pada muktamar kali ini juga ialah usul yang diluluskan Muktamar Dewan Muslimat semalam.
Usul itu meminta supaya PAS mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi bersama PKR terutamanya bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Usul dari perwakilan Muslimat Kedah itu timbul selepas PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS apabila menjalankan kerjasama dengan AMANAH yang didakwa banyak melempar pelbagai dakwaan terhadap parti Islam berkenaan.
Dalam muktamar tahun lalu, PAS meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan ia kemudiannya dibawa ke Majlis Syura dan diluluskan.
Malah, muktamar yang akan dihadiri kira-kira 2,000 orang perwakilan dari seluruh negara itu juga akan turut membincangkan perkara yang melibatkan pilihan raya umum ke-14 selepas PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.
Ia bagi mengenal pasti hala tuju parti dalam pilihan raya umum akan datang, di samping mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera iaitu tema muktamar kali ini.
Read More / Baca Lagi >>

Taklimat tertutup PAS tak bincang tahaluf siyasi dengan PKR

Posted: 01 Jun 2016 07:20 PM PDT

Presiden PAS hanya memberi amanat kepada perwakilan PAS dan menjawab segala tohmahan yang dilemparkan pihak luar terhadap parti Islam itu.
Takiyuddin-Hassan_hadi-awang_600
KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang langsung tidak menyentuh soal tahaluf siyasi dengan PKR semasa sesi amanat bersama Presiden.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditanya intipati perbincangan perwakilan bersama pucuk pimpinan secara tertutup sempena Muktamar Tahunan PAS ke-62.
"Itu (tahaluf siyasi dengan PKR) tidak disebut. Itu belum ada," katanya selepas menghadiri taklimat tertutup itu di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu malam tadi.
Selain mendengar amanat Hadi, pimpinan PAS turut menjawab beberapa tohmahan pihak luar yang disuarakan perwakilan.
"Yang lain itu saranan daripada presiden soal dalaman parti serta hala tuju kita (PAS) dari segi mengamalkan 'budaya politik matang sejahtera'," katanya.
Semalam, Dewan Muslimat PAS menerima usul mendesak parti Islam itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR terutama pada pilihan raya umum akan datang.
Usul yang dikemukakan Dewan Muslimat PAS Kedah pada Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-56 itu diterima tanpa bahas dan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS.
Hadi pernah dilaporkan sebagai berkata, hubungan PAS dengan PKR masih baik dan berjalan seperti biasa walaupun wujud beberapa kemelut dengan sekutunya berhubung peletakan calon di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Muslimat PAS usul putus hubungan dengan PKR

Posted: 01 Jun 2016 07:19 PM PDT

PAS disaran mengkaji semula Tahalluf Siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam semua pilihan raya akan datang.

Usul tersebut dibawa oleh Dewan Muslimat Kedah dalam Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-56 di Kota Bharu hari ini dan ia diterima tanpa bahas oleh perwakilan.

Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Salamiah Mohd Noor yang mengumumkan perkara itu menyatakan usul tersebut akan dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk tindakan susulan.

Usul itu menyatakan PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS apabila mengadakan hubungan kerjasama dengan Parti Amanah Negara (AMANAH), yang jelas menuduh serta memfitnah PAS dengan pelbagai dakwaan tidak berasas.

Menurut usul itu, bermula langkah Kajang sehinggalah konspirasi menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pandangan dan pendirian PAS tidak dihormati selain kesucian Pakatan Pembangkang dicemari dengan perancangan tertentu di luar pengetahuan PAS.

"Walaupun ada segelintir pemimpin PKR yang menghormati pendirian dan pandangan PAS namun rentetan isu sebelum ini memperlihatkan parti itu lebih selesa mengambil keputusan tanpa berbincang atau mengambil kira rakan tahallufnya berhubung hal-hal berkaitan.

"Sedangkan PKR banyak bergantung harap kepada PAS untuk menggerakkan jentera terutama menjelang pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Tergamak Nik Abduh umpamakan kami dengan 'arak' dan 'mabuk' - Anuar Tahir

Posted: 01 Jun 2016 07:05 PM PDT

DAP punca ahli PAS tinggalkan parti - Nik Abduh

Posted: 01 Jun 2016 07:04 PM PDT

Ustaz Azhar Abdul Shukur calon AMANAH (PH) PRK P093 Sungai Besar.

Posted: 01 Jun 2016 08:00 AM PDT


Ustaz Azhar Abdul Shukur dipilih sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi bahagian parlimen P093 Sungai Besar.
Pengumuman rasmi itu dibuat Presiden AMANAH, Mohamad Sabu sambil disaksikan Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Dr Wan Azizah kemudian menyerahkan watikah rasmi perlantikan Azhar sebagai calon PH disambut dengan laungan takbir oleh kira-kira 300 pendokong PH.
Azhar akan ditentang oleh calon Umno/BN, Budiman Mohd Zohdi dan calon Pas, Abdul Rani Osman. Penamaan calon akan berlangsung pada Ahad 5 Jun 2016.

 *MAKLUMAT CALON PAKATAN HARAPAN P.93 SUNGAI BESAR*


*MAKLUMAT PERIBADI*

Nama : *USTAZ AZHAR BIN DATO' AB SHUKUR*

Umur : 51 Tahun

Tempat Lahir : Sungai Besar, Selangor

Agama : Islam

Bangsa : Melayu

Status : Berkahwin

Isteri : Nor'adzimah Binti Hassanuddin (3 orang anak)


*PENDIDIKAN*

Ijazah Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam di Jamiah Abi Bakr Islamiyah, Karachi Pakistan (1990-1993)


*KERJAYA*

• Pengarah Urusan EZ Qurban Sdn Bhd (2017-kini)

• Pengarah Urusan EZ Kembara Sdn Bhd (2012-kini)

• Pengarah Minda Project Management Sdn Bhd (2016-kini)

• Pengarah Urusan EZ Fada' Sdn Bhd (2016-kini)

• Pengarah Urusan EX Career Sdn Bhd (2015-kini)

• Penyelia Maahad Tahfiz Al-Mahmudi, Temerloh (2005-2006)

• Pembantu Mufti Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja (2003-2004)

• Guru Penolong Kanan Sek Men Islam Puchong (1999-2003)

• Guru Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar (1997-1998)


*PENGALAMAN*

Berpengalaman mengendalikan program bersama IKIMFM dan TV9 dalam beberapa siri rancangan.


*PENCAPAIAN*

• The Medal MUNISARAPHOIN, Level of MOHA SENA (Kemboja 2015)

• The Medal MUNISARAPHOIN, Level of THIPDIN (Kemboja 2014)


*JAWATAN DALAM PARTI*

Ketua AMANAH Sungai Besar


#Amanah4SungaiBesar
#HarapanBaru


‘OGHANG KUALE’ MIRIP ‘PENDEKAR BUJANG LAPUK’

Posted: 01 Jun 2016 07:40 AM PDT

Kuala Kangsar akan menjadi 'buah mulut' rakyat Malaysia menjelang Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Lantas nama Kuala Kangsar akan sentiasa disebut-sebut. Dan yang paling penting lagi ialah ramai 'peminat' politik akan berkunjung ke Kuala Kangsar untuk berkempen. Malangnya bulan Ramadhan agak 'menghalang' para pengunjung ke bandar kecil ini yang amat terkenal dengan berbagai juadah untuk dinikmati. Pastinya 'durian runtuh' pula bagi peniaga-peniaga kecil Pasar Ramadhan yang akan berniaga pada bulan yang mulia nanti.
            Sebenarnya yang boleh dianggap sebagai 'downtown' bandar Kuala Kangsar ialah di 'Lembah'. Aku tak tahu samada 'Oghang kuale' masih ingat lagi dimana letaknya 'Lembah' itu. Aku pasti anak-anak muda tidak lagi tahu kedudukan 'lembah' itu. Mungkin mereka tahu tetapi tidak dapat membayangkan 'kehebatan' lembah pada tahun-tahun 1950an dan 1960an. Memang hebat!..
            Yang dikatakan kawasan 'Lembah' itu ialah kawasan yang berdekatan dengan Sungai Perak. Dari Jam Besar yang berdekatan dengan 'white bridge' (mengahala ke Bukit Chandan) sehinggalah ke 'gigi' Sungai Perak. Di situlah pusat kegiatan yang paling sibuk pada tahun-tahun 1950an dan 1960an, khususnya pada hari-hari Sabtu dan Ahad. Dan yang paling 'happeing' sekali ialah pada hari-hari menjelang bulan Ramadhan dan menjelang Hari Raya AidilFitri.
            Tidak dapat aku bayangkan kesibukan dan keseronokannya pada waktu itu!...
            Kawasan 'Lembah' pada waktu itu redup dan nyaman kerana dinaungi oleh rimbunan pokok Ara yang kebanyakannya lebih sepemeluk. Dan tentunya tidak sesibuk sekarang kerana pada waktu itu tidak banyak kereta yang lalu lalang di kawasan itu. Maknanya di situ merupakan kawasan bersantai (walaupun bukan hasratnya ke situ untuk bersantai). Mungkin keadaan yang sedemikianlah yang menjadi faktor untuk mendorong orang Melayu kelihatan 'relax' sebagaimana yang digambarkan oleh penulis Barat seperti R.O. Winstedt ataupun Maxwell.
            Yang tidak dapat aku lupakan tentang 'Lembah' ialah tentang kehadiran penjual ubat yang begitu ramai di situ untuk menjual berbagai ubat untuk berbagai jenis penyakit. Itu merupakan satu fenomena tahun 50an dan 60an yang kini sudah tidak kelihatan lagi. Di 'Lembah'lah para penjual ubat ini 'berkempen' untuk menjual ubat-ubat mereka. Dan suasana yang ada di situ pada ketika itu merupakan satu pesta yang pasti diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Aku juga jarang melepaskan peluang untuk ke situ bersama Atuk ku.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Polis dijangka siasat pegawai atasan Bank Negara

Posted: 01 Jun 2016 07:31 AM PDT

Polis dijangka mengambil keterangan daripada seorang pengarah Bank Negara Malaysia dan beberapa kakitangannya esok berkaitan surat yang dibocorkan kepada The Wall Street Journal.
Menurut sumber, satu pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan memanggil pengarah Jabatan Perisikan Kewangan Bank Negara dan akan melihat kepada kes pengubahan wang haram.
"Ini akan menjadi sebahagian daripada proses untuk menentukan sama ada surat yang dibocorkan kepada The Wall Street Journal itu adalah sahih," katanya kepada Malaysiakini.
Pasukan polis khas itu bertanggungjawab dalam kes-kes berprofil tinggi.
Berikutan itu, sumber itu berkata, kenyataan juga akan direkodkan daripada anggota-anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Jika surat itu didapati tulen, kita perlu mengetahui bagaimana ia telah bocor," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu Malaysiakini bahawa kakitangan Bank Negara akan disoal mengenai isu itu.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan anggota PAC disoal, dengan mengatakan kenyataan akan direkodkan daripada semua individu yang polis percaya boleh memberi penerangan tentang kes itu.
Selepas surat itu, yang berada di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) didedahkan minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim telah membuat laporan polis terhadap WSJ.
Read More / Baca Lagi >>

Menjawab 10 salah faham mengenai RUU Akta Mahkamah Syariah - Asyraf Wajdi

Posted: 01 Jun 2016 07:29 AM PDT

Berikut adalah jawapan saya dalam sesi Dialog dan Soal Jawab dengan pemimpin-pemimpin Bukan Islam khususnya MCA dan GERAKAN Kelantan di Kota Bharu petang semalam:
Asyraf-Wajdi-Dusuki_law_600
Oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki
1. Apa keperluan dipinda Akta 355?
Jawapan:
Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.
2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?
Jawapan:
Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.
3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam
Jawapan:
Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.
4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.
Jawapan:
Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan
5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?
Jawapan:
Read More / Baca Lagi >>

DUPP mahu agensi agama, NGO Islam di barisan hadapan perkasa Mahkamah Syariah

Posted: 01 Jun 2016 06:44 AM PDT

Muktamar kali ini berharap Pas Pusat mengadakan siri-siri dialog dengan parti-parti politik bukan Islam dan organisasi masyarakat lain supaya memahami usul pindaan Akta 355.Muktamar kali ini berharap Pas Pusat mengadakan siri-siri dialog dengan parti-parti politik bukan Islam dan organisasi masyarakat lain supaya memahami usul pindaan Akta 355.
Dewan Ulamak Pas Pusat berharap Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan agensi agama  berada di barisan  hadapan bagi menyokong usaha-usaha dirintis Pas ke arah pelaksanaan syariah lebih menyeluruh di negara ini seperti terkandung dalam usul diluluskan sebulat suara pada muktamar  parti itu hari ini.
Agensi agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Mufti, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) disaran mengambil tanggungjawab menerangkan kepada masyarakat kewajiban pelaksanaan syariah.
Tuntutan itu terkandung dalam usul dilulus Dewan Ulamak Pas Pusat pada muktamar kali ke-55 di Sweet Beach Resort,  lapor Harakah online hari ini.
Usul tersebut dilulus sebulat suara tanpa sebarang perbahasan perwakilan.
Naib Ketuanya Datuk Dr Johari Mat berkata muktamar juga berharap Pas Pusat mengadakan siri-siri dialog dengan parti-parti politik bukan Islam dan organisasi masyarakat lain supaya memahami usul pindaan Akta 355.
Muktamar kali ke-55 juga berharap diwujudkan task force terdiri daripada Lajnah Parlimen, Lajnah Penerangan dan Lajnah Dakwah bagi menerangkan kepada ahli-ahli parlimen, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri bagi memahami hasrat pindaan Akta 355.
Read More / Baca Lagi >>

DAP bidas dakwaan 'mabuk' pemuda PAS

Posted: 01 Jun 2016 06:43 AM PDT

Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh membidas rakan sejawatannya dari PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kerana mendakwa DAP bertanggungjawab terhadap perpecahan parti Islam itu yang mengakibatkan pembentukan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Wong mendakwa Nik Abduh mempelajari taktik Umno yang mengeluarkan kenyataan biadap dan dakwaan tidak berasas, berikutan 'penglibatan' parti Islam itu dengan Umno dalam tempoh kurang setahun sejak Pakatan Rakyat dibubarkan.
Wong berkata demikian sebagai mengulas ucapan Nik Abduh pada Muktamar Pemuda PAS awal hari ini seperti dilaporkan Malaysiakini.
Ketua Pemuda PAS itu dipetik sebagai berkata:
"Siapa yang memecahkan PAS sampai sesetengah ahli PAS mabuk pindah jadi AMANAH? DAP yang bagi arak sehingga mereka tubuhkan AMANAH. Itu tanda DAP angkuh," katanya.
Menjawab tuduhan itu Wong berkata Nik Abduh membuat dakwaan yang angkuh dan mendedahkan kurangnya adab beliau.
"Ucapan kosong dan fitnah itu tidak akan dilakukan oleh PAS yang dikenali DA semasa era Pakatan Rakyat.
"Adalah jelas bahawa selepas berkali-kali mengesahkan kerjasama (PAS) dengan Umno sekarang, dan juga menjadi 'penasihat' kepada Umno, penyakit Umno yang sentiasa menuduh DAP sebagai 'anti-Melayu' dan 'anti-Islam' kini telah merebak kepada kepimpinan Nik Abduh," kata ADUN Canning itu.

Dalam sebak, anak Nik Aziz minta AMANAH jangan jual nama ayah

Posted: 01 Jun 2016 06:39 AM PDT

Mereka akan dipertanggungjawabkan sekiranya mereka menokok tambah cerita yang tidak pernah Nik Aziz lakukan semasa memimpin PAS.
Nik-Mohamad_Nik-Aziz_amanah_600
KOTA BHARU: AMANAH diminta untuk tidak menjual nama allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menarik sokongan politik, minta waris kepada pemimpin besar PAS itu.
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz merasa kesal melihat parti serpihan PAS itu acap kali menjaja nama ayahandanya menerusi ceramah-ceramah.
Dalam nada sebak, anak kelima Nik Aziz itu berkata pemimpin AMANAH akan dipertanggungjawabkan sekiranya mereka menokok tambah cerita yang tidak pernah Nik Aziz lakukan semasa memimpin PAS.
"Saya nak pesan kepada sahabat-sahabat (dalam) AMANAH, nak cakap (mengenai Nik Aziz) ia mengandungi pahala (sekiranya betul) dan dosa (sekiranya tipu).
"Tetapi jangan cakap apa yang ayah saya akan lakukan sekiranya masih hidup (untuk AMANAH raih sokongan politik)," katanya dalam ucapan penggulungan Ketua Pemuda PAS kepada perwakilan muktamar sayap pemuda di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) petang tadi.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu akui Nik Aziz telah menyentuh kehidupan ramai aktivis-aktivis PAS dan AMANAH seperti seorang bapa yang memiliki ahli keluarga yang besar.
Beliau bagaimanapun meminta pimpinan dan ahli AMANAH supaya tidak mengaitkan perjuangan mereka dengan perjuangan bapanya.
Read More / Baca Lagi >>

"Pinjam kerusi" Pas guna bahasa kiasan supaya DAP faham, kata Nik Abduh

Posted: 01 Jun 2016 06:37 AM PDT


Nik Abduh Nik AzizNik Abduh Nik AzizKetua Dewan Pemuda Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau menggunakan bahasa kiasan berkaitan kenyataannya semalam, mahu mengambil semula kerusi yang kononnya diberikan kepada DAP.
Beliau tidak menyangka kata-katanya itu menyebabkan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew melenting.

Katanya, beliau hanya membuat sindiran dan meminta belajar mengenai bahasa kiasan agar tidak mudah gelabah.

"Mana ada kerusi Pas yang dipinjamkan kepada DAP. Saya gunakan bahasa kiasan supaya DAP faham yang Pas tidak akan berunding sebagaimana sebelum ini untuk pengagihan kerusi.

"Pas sedar untuk meletakkan calon bertanding di satu-satu kerusi, Pas akan tengok dahulu sejauh mana sokongan kekuatan yang berpihak kepada Pas," katanya pada sidang media di Kelantan Trade Centre (KTC) hari ini lapor portal media MG.

Beliau menjawab kenyataan balas Anthony Loke yang dilaporkan meminta Nik Mohamad Abduh menyatakan kerusi mana diberikan parti itu kepada DAP untuk bertanding pada Piliham Raya Umum ke-13 tahun 2013.

Read More / Baca Lagi >>

‘Mungkin Mahfodz berhubung secara terus dengan Allah’ – Wan Junaidi

Posted: 01 Jun 2016 06:35 AM PDT

Ahli Parlimen Santubong membidas kenyataan Ketua Dewan Ulama' PAS Datuk Dr Mahfodz Omar yang mendakwa masyarakat Islam Sarawak jahil dan tidak mengamalkan Islam secara sebenar.
Wan-Junaidi_mahfodz-moha_600
PETALING JAYA: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar membidas Ketua Dewan Ulama' PAS, Datuk Dr Mahfodz Omar yang mendakwa masyarakat Islam di Sarawak jahil dan tidak mengamalkan Islam secara sebenar.
Ahli Parlimen Santubong itu berkata, Mahfodz barangkali 'berhubung sendiri dengan Tuhan' sehingga boleh membuat tohmahan sedemikian.
"Nampaknya dia menghubungi Allah secara terus, barangkali sebab itu dia lebih tahu. Kami tidak berhubung dengan Allah, panduan kami hanya Al-Quran dan hadith Rasulullah," katanya sinis ketika dihubungi FMT.
Mahfodz dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama' PAS di Tok Bali, Kelantan semalam berkata parti pemerintah di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meneruskan 'pemahaman penjajah' terhadap Islam.
"Fahaman yang salah ini disambung oleh UMNO dan suku-sakatnya seperti PBB di Sarawak sehingga menjadikan orang Melayu sendiri tidak melaksanakan cara hidup Islam yang sebenar, kerana dikongkong oleh kejahilan agama yang menebal," katanya menurut laporan FMT hari ini.
Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa pula berkata Mahfodz tidak berhak menuduh orang Islam Sarawak tidak berpegang kepada ajaran agama yang sebenar.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)