Followers

Nuffnang

Komentar Kini

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:24 PTG | Posted in

sumber :-

Komentar Kini


Mengapa hairan

Posted: 09 Jun 2016 05:04 PM PDT



Kebanyakan kita naik hairan apabila Datuk Mustafa Ali  ketua pengarah pilihanraya Pas dan Datuk Seri Dr zahid Hamidi, timbalan perdana menteri makan bersama sebaik sahaja selesai penamaan calon parlimen Kuala Kangsar, Perak baru baru ini.

Apa hendak di hairankan. Mereka boleh makan bersama. Bukan setakat itu sahaja, malah  antara mereka ada yang berbesan satu sama lain .

Menantu pemimpin pas anak orang kuat umno. menantu pemimpin umno anak orang kuat pas.Bermakna mereka tidak bermusuh sebenarnya.

Itulah hakikatnya, antara pemimpin pas dan pemimpin umno selama ini. Cuma mereka tidak boleh duduk semeja untuk bekerjasasama . Mereka amat elijik untuk berbicara mengenai politik pas dan umno.

Mengapa tidak. Kerana Parti Pas hala tujunya tidak sama dengan hala tuju perti umno. Inilah yang membuat antara mereka jadi elijik.Mereka tidaik boleh semeja membicarakan isu isu politik masing masing.

Pasal makan para pemimpin pas boleh sahaja asalkan makanan yang dihidangkan itu halal.

Sebab itu, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pernah makan bersama dengan Tan Sri Wan  Mukhtar Ahmad dan telah dijadikan isu dan disiar di muka depan akhbar Mingguan Malaysia suatu ketika dahulu.

Baru baru ini Datuk Mustafa Ali dan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pula telah dijadikan isu untuk sahkan UG PAS dengan Umno akan belaku bila bila masa sahaja dari sekarang.
Kita sama sama tunggu dan lihat apakah ia akan menjadi reality?

Teka teki ini begitu lama, akan tetapi belum terjawap kerana pas masih dengan pendiriannya sebagai parti pembangkang yang berbeza sebelum ini.

Bayangkan nahkoda bahtera pas dahulu tidak sama dengan nahkoda sekarang. Mereka pasti berbeza satu sama lain.

Dahulu, pas merupakan parti  serangan demi serangan, tetapi sekarang ini pas walaupun sebuah parti pembangkang tetapi telah cuba bertindak sebagai parti nasihat sepertimana yang dikehendak  oleh islam agar umno berada diatas landasan yang betul.






Comments (0)