Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:02 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Azhar Abd Shukur: Tak kenal Maka Tak Cinta...

Posted: 08 Jun 2016 12:38 PM PDT

Coretan Dari atokmu.com

Biarlah aku berterus terang. Aku bukanlah penyokong parti Amanah, dengan itu aku tidaklah meletakkan minat yang mendalam pada parti Amanah.

Namun, yang hak tetap hak, dan yang batil tetap batil. Ini adalah satu artikel mengenai Ustaz Azhar Ab Syukur – calon parti Amanah Sg Besar.

Aku kenal Ustaz Azhar bila aku join salah satu Ez-Kembara ke Sabah, tak ingat dah tahun bile. But since then aku ikuti perkembangan ustaz azhar dari facebook, berjumpa di rumah keluarganya di Temerloh dan juga di Selangor. Aku juga merupakan doctor yang merawat ketika mana die mengalami hypertensive crisis, dan Alhamdulillah sekarang boleh katakan hypertension dia amat-amat terkawal dengan perubahan gaya hidup dan juga ubat dari hospital. One of the person yang saya rasa boleh jadikan contoh pesakit Hypertensive that really change.

Ustaz Azhar yang aku kenal ialah orang yang sangat pemurah. Aku nak bawakan satu cerita, yang sepatutnya aku sembunyikan. Namun pada firasat aku, ketika ini, memberitahu perkara ini akan mendatangkan kebaikan kembali kepada Ustaz. I think what you give you get back.

In 2014, kita dilanda banjir besar di Kelantan. Ketika itu kami sekumpulan mengambil inisiatif untuk menubuhkan satu kumpulan perubatan yang membantu mereka yang terlibat dengan banjir. Alhamdulillah dengan berkat yang Allah kurniakan kami dapat mengubah sebahagian masyarakat yang terjejas dan terlibat banjir. Pada tahun 2015 kami mendaftar persatuan kami di ROS, dan sebagai persatuan baru, kami memerlukan dana. Sebenarnya aku segan untuk meminta-minta, tetapi kerana masyarakat dan juga keperluan persatuan aku khabarkan kepada ustaz azhar, sekiranya die ingin membantu.

Ustaz tak tanya banyak, die hanya Tanya untuk apa aku buat bende ni dan berapa bajet. Esok terus die masukkan RM10,000 bagi tujuan persediaan banjir. Aku tak tau la yang lain, tapi pada aku RM10,000 tu aku rasa sangat besar. Alhamdulillah dengan 10,000 tu kami tubuhkan persatuan kami dan kami jalankan tugas kami, dan maafkan kami kerana team kami di Kelantan, maka banyak program di Kelantan.

USTAZ AZHAR – DUIT 10,000 yang kamu beri itu :-

* Merawat golongan asnaf di DAPUR ASNAF KELANTAN
*Merawat anak-anak Al-Hafiz di Kelantan
*Merawat orang-orang meskin di Kelantan
*Merawat Orang – Orang Asli di Pos Pasik Kelantan
*Barang-barang dipinjamkan kepada Team-team medical lain untuk tujuan medical reachout di kawasan-kawasan Kelantan
*Membuat tabung kutipan dana untuk warga Syria
*Akan dibawa ke Kg Nelayan, Pulau Perhentian untuk tujuan Medical outreach
*Akan dibawa ke Sabah, untuk tujuan Medical Outreach
*Dan insyaAllah lebih banyak lagi pada masa akan datang.

Duit itu kami menfaatkan untuk masyarakat, semoga budi yang kamu berikan itu Allah balas sebaik mungkin. Aku mungkin bukan orang yang menyokong Parti Amanah, tapi aku tahu kamu akan menjadi pemimpin yang AMANAH. Tak dapat kami balas jasa baik tuan, semoga sedikit artikel ini membantu tuan dalam usaha tuan.




Comments (0)