Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:03 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Mat Taib Minta Rakyat Undi AMANAH Setelah PAS Dilihat Bersama BN

Posted: 08 Jun 2016 12:54 AM PDT

Mat Taib ajak pengundi sokong Amanah, selepas Pas seakan bersama BN

Setelah cadangan beliau agar calon Pas dipilih dengan cara parti itu bersama-sama Pakatan Harapan melawan Umno ditolak, kini bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mengajak pengundi agar menyokong calon Amanah.

Dalam satu kenyataannya, Muhammad yang kini menyertai PKR berkata, beliau menyokong Amanah di dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.



"Pada mulanya saya berharap Pas akan berada bersama-sama Pakatan Harapan. Pas bertanding melawan BN,"katanya dalam kenyataan itu.

Beliau yakin sekiranya Pas, Amanah, PKR dan DAP bersatu sudah pasti mereka akan bentuk kerajaan baru dalam PRU14 dan boleh mengambil alih Putrajaya.

Namun dalam keadaan sekarang, Pas seolah-olah sudah berada bersama BN.

"BN di satu pihak. Mungkin Pas bersama-sama di situ dan Pakatan Harapan (PH) di satu pihak yang lain," katanya.

Bagi beliau, rakyat Malaysia harus memilih antara satu.

"Sama ada kita pilih kerajaan BN atau kita pilih kerajaan PH. Ini adalah realiti politik negara kita pada ketika ini," katanya.

Katanya, siapa yang diharap boleh memimpin negara ini dengan lebih baik hendaklah dipilih dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

"Kita boleh menunjukkan sikap ini bermula dengan Pilihan Raya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Bagi saya pilihan terbaik ketika ini ialah dengan mengundi Pakatan Harapan melalui Amanah,"
katanya.

Beliau kesal kenapa Pas tidak bersama-sama dengan Pakatan Harapan melawan BN.

"Mengapa ini tidak menjadi keutamaan mereka? Kerajaan BN jelas banyak kelemahan hari ini. Terlalu banyak.

"Kalau begitu mengapa Pas tiba-tiba tukar pendirian? Oleh itu dalam keadaan begini pengundi-pengundi hendaklah keluar beramai-ramai menyokong Amanah," kata beliau dalam kenyataan itu.

Bagi beliau, dalam keadaan sekarang, Amanah bersama-sama Pakatan Harapan hendaklah diberi peluang untuk menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana Pas seolah-olah sudah berada bersama BN.

Bagi beliau, semua pihak perlu ketepikan segala perbezaan di sebelah Pakatan. Bersatu untuk menuju ke Putrajaya dan lakukan pembaharuan besar-besaran.

Beliau mahu negara ini dipimpin dengan lebih baik.

"Lakukan penjimatan dari segi perbelanjaan. Lakukan pembaharuan di dalam bidang pendidikan. Keluarkan jaguh-jaguh dari sekolah, maktab dan Universiti," katanya.

Negara ini, katanya, lapar dengan pemimpin-pemimpin yang benar-benar amanah dan berwibawa. -MD

ULASAN GB

Akhirnya Mat Taib sedar tentang keangkuhan, kesombongan dan kebodohan PAS.

PAS ditipu UMNO berkali-kali tapi masih selamba dengan kebodohannya dan cuba berselindung di sebalik retorika "politik matang".

Malah setelah memaki hamun Cina khususnya DAP kini dengan muka tak tahu malu mengajak mereka mengundi PAS.


Golongan ulamak PAS memang suka memaki hamun. Memang wajar semua menjauhinya supaya tidak menambahkan dosa ulamak PAS ini dari terus memaki hamun.



PAS mengkhianati amanah rakyat yang telah memilih mereka di atas dasar mereka komponen Pakatan Rakyat semasa PRU13 dahulu. Kini mereka cukup mesra dengan UMNO BN dan menjadikan PH sebagai musuh utama mereka.

Kita berharap dua PRK ini bakal memberi pengajaran besar untuk PAS.


Tolak PAS Kerana Pendirian PAS Sentiasa Berubah-ubah

Posted: 07 Jun 2016 11:15 PM PDT

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini menjawab beberapa persoalan yang berkisar mengenai persoalan mengapa Pakatan Harapan (PH) bertanding di kedua-dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Beliau menyatakan segala kerosakan yang berlaku dan membebankan rakyat hanya boleh dihentikan jika kita tukar kerajaan persekutuan, barulah kita boleh hapuskan GST, kita boleh bawa reformasi pendidikan supaya pendidikan itu bermutu dan kosnya tidak membebankan rakyat, barulah kita boleh mewujudkan pelbagai undang-undang supaya ahli politik dan penjawat awam tidak hidup bermewah dengan menggunakan harta rakyat.


Beliau berkata demikian di dalam sebuah klip video berdurasi lebih kurang 10 minit yang dihasilkannya untuk sebaran kepada umum hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung dan Naib Presiden Keadilan menyatakan pilihanraya kecil kali ini (Sungai Besar dan Kuala Kangsar) sebenarnya adalah pertembungan diantara Barsian Nasional (BN) sebagai kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) sebagai pembangkang persekutuan kerana hanya PH yang boleh menggantikan BN sebagai kerajaan persekutuan.

Kemenangan parti-parti pembangkang yang lain seperti PAS tidak akan mengubah keadaan kerana mustahil PAS boleh memenangi cukup kerusi parlimen untuk menewaskan BN.

Tambahan pula kebelakangan ini kita melihat PAS mengalami kemerosotan sokongan dari pengundi bukan-Melayu yang mendadak (PAS) dilihat tidak mampu untuk mewakili semua rakyat Malaysia.

Sebab itu kemenangan PAS dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini jika berlaku, akan menambah ketidak ketentuan politik negara kerana tidak pasti samada bila tiba masanya PAS akan memutuskan untuk menyokong BN kekal sebagai kerajaan persekutuan sekiranya beberapa syarat yang ditetapkan oleh PAS dipenuhi oleh BN.

Oleh sebab itulah Majlis Presiden PH memutuskan bahawa PH MESTI turut serta dalam PRK kali ini hanya melalui PH rakyat berpeluang menukar kerajaan persekutuan.

Dan setelah diteliti pelbagai faktor, Majlis Presiden PH juga memutuskan parti yang terbaik untuk mewakili PH di dalam PRK ialah Parti Amanah Negara (AMANAH).

Katanya lagi, sebenarnya PH telah membuka seluas-luas peluang kepada PAS bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru di kedua-dua PRK ini. Cadangan awal ialah supaya PAS bertanding di Kuala Kangsar dan PH bertanding di Sungai Besar, satu lawan satu melawan BN.

Malangnya isyarat yang kita dapat daripada PAS itu adalah berbeza-beza. Beliau dimaklumkan pada kala rundingan masih berjalan dengan wakilnya, ada pimpinan PAS yang telah mengumumkan bahawa PAS tetap akan bertanding di kedua-dua kerusi itu, malah menafikan rundingan telah berlaku.

Sebab itu perlu ada ketentuan yang jelas meneenai pendirian sesebuah parti pembangkang itu terhadap Dato Seri Najib Tun Razak dan juga UMNO.

Sebahagian besar perbezaan pendapat diantara PH dan PAS kebelakangan ini adalah berpunca dari perbezaan pendapat mengenai Najib dan juga UMNO.

Contohnya ambil misal yang paling mudah iaitu 1MDB. Pendirian kami di PH adalah jelas, 1MDB adalah skandal kewangan terbesar yang membebankan rakyat yang akhirnya rakyat terpaksa menanggung hutang 1MDB yang berpuluh-puluh bilion itu, maka Najib perlu dipertanggungjawabkan dan meletakkan jawatan serta-merta.

Tetapi pendekatan yang diambil oleh PAS adalah berbeza kerana PAS berpendirian PAS akan menyokong Najib dan UMNO dalam perkara-perkara yang PAS berpendapat membawa kebaikan untuk rakyat.

Jadi dalam kes 1MDB ini, hampir tiada penentangan dari PAS mengenai 1MDB, malah ketika ahli-ahli parlimen membuat undi untuk menolak Belanjawan yang dibentangkan Najib sebagai isyarat kita pertanggungjawabkan Najib diatas kegagalan 1MDB, ahli-ahli parlimen PAS mengambil sikap berkecuali di dalam pengundian tersebut.

Ketidak-tentuan pendirian PAS berhubung Najib dan UMNO ini boleh membawa kesan yang besar kepada hasrat rakyat untuk menukar kerajaan persekutuan di dalam pilihanraya umum ke 14 kerana MP-MP PAS ini adalah kunci kepada Najib untuk mendapatkan kembali undi dua pertiga di dalam parlimen untuk menambah kerusi-kerusi parlimen yang baru melalui persempadanan semula yang sudah tentu akan memberi kelebihan kepada UMNO BN.

Kedudukan di dalam Dewan Rakyat sekarang pelik, UMNO BN 132 kerusi, PH ada 73 kerusi, PAS ada 14 kerusi dan 1 Bebas iaitu TS Khalid Ibrahim dan 2 lagi kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan ditentukan dalam PRK ini.

Untuk Najib mendapatkan kembali undi dua pertiga untuk meluluskan persempadanan semula itu beliau memerlukan sekurang-kurangnya 148 kerusi parlimen.

Sekarang mungkin Najib tidak yakin untuk membentangkan penambahan kerusi-kerusi parlimen baharu itu kerana ada ahli-ahli parlimen PAS seperti Dato Mahfuz yang menunjukkan kecenderungan untuk membuat keputusan secara bebas.

Mungkin sekarang ini ada ahli-ahli parlimen PAS yang akan menolak pembentangan mmenambah kerusi parlimen baharu yang menyebelahi UMNO BN.

Tetapi jika PAS dapat mendapat kerusi parlimen yang baharu, dapat kerusi yang lebih, ada kemungkinan Najib mendapat balik undi dua pertiga di parlimen itu sekiranya ada tawaran-tawaran Najib yang dipersetujui oleh PAS yang dikira oleh PAS itu mendatangkan kebaikan dan itu dijadikan tukaran kepada PAS menyokong pembentangan penambahan kerusi parlimen baharu melalui persempadanan semula yang akan memenangkan UMNO BN.

Beliau berharap rakyat memahami pendirian PH bahawa ketidak-tentuan PAS terhadap kepimpinan Najib dan juga UMNO boleh menggagalkan hasrat rakyat untuk menukar kerajaan persekutuan kerana pendirian PAS itu berubah-ubah, betukar-tukar mengikut keadaan.

Ada masanya PAS menyokong pendirian Najib dan UMNO atas dasar itu mendatangkan kebaikan kepada rakyat, ada masaya, PAS menentang.

Apa yang akan jadi sekiranya semasa Najib membentangkan penambahan kerusi parlimen baharu melalui persempadanan semula, PAS mengambil pendirian itu satu langkah yang baik untuk rakyat dan memutuskan untuk menyokong pembenatngan tersebut?

Justeru pertembungan dalam kedua-dua PRK ini adalah diantara BN dan PH. Kemenangan kepada PAS dalam kedua PRK ini bukanlah satu tamparan kepada Najib atau pun UMNO. Tamparan itu hanya datang jika PH yang menang kerana kamilah (PH) yang tetap dengan pendirian UMNO BN mesti dikalahkan. Kerajaan Persekutuan mesti ditukar untuk membela dan menyelamatkan rakyat.

Maka pimpinan PH tidak ada pilihan lain kecuali masuk gelanggang ini kerana kita tahu bahawa PHlah satu-satunya harapan dan peluang rakyat untuk mengalahkan UMNO BN dan menukar kerajaan di Putrajaya.


Comments (0)