Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:09 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Mujahid Sanggah Hanya Jemaah Mereka Saja Yang Islam

Posted: 29 Jun 2016 01:40 AM PDT

Naib Presiden Parti Amanah negara (AMANAH), YB Dato Dr.Mujahid Yusof hari ini membidas tanggapan kumpulan (didalam konteks jemaah Islam) bahawa hanya mereka sahaja yang betul dan orang lain tidak betul. Keluar dari jemaahnya dianggap keluar agama dengan meletakkan agama sebagai jemaah dan jemaah sebagai agama dan ia adalah pemikiran takfiri seperti yang berlaku di IS dan Qaedah.

Mujahid berkata demikian di dalam satu forum bertajuk KEGANASAN PERSEPSI DALAM PERSPEKTIF ISLAM di dalam rancangan DEMOKRASI yang disiarkan secara lansung oleh RTM1. Forum tersebut menampilkan dua orang lagi ahli panel selain Mujahid iaitu Fathul Bari Mat Yahya, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, dan Ustaz Ahmad Marzuki Shaary, Ahli Parlimen Bachok dari Parti Islam SeMalaysia (PAS).


Tatkala mengupas lanjut mengenai keganasan persepsi tersebut, Mujahid juga menegur mereka yang menanggapi perlaksanaan Islam itu tanpa melihat realiti, tanpa melihat perundangan dan kerangka yang ada sehingga ia melahirkan persepsi ganas seperti mereka melihat mereka saja yang betul dan orang lain salah belaka.

Itulah hal yang mendasari pemikiran seseorang sehingga lahirnya sikap keganasan.

Ia adalah akibat dari penafsiran Islam secara literal dan sempit dan mengambil sejarah secara totok dimana elemen keganasan menyusup masuk di dalam pemikiran rakyat lebih-lebih lagi di dalam zaman kini melalui media sosial.

Sebelum itu Mujahid menyatakan bahawa pentingnya fiqh itu difahami dengan waqi' dan Fiqh Malazi perlu difahami sebelum terperangkap dengan keganasan persepsi.

Fathul Bari pula menyatakan bahawa elemen keganasan persepsi adalah suatu yang lumrah yang telah wujud sekian lama semenjak penciptaan manusia lagi dimana malaikat pernah bertanya kepada Allah swt tatkala Adam hendak dijadikan khalifah di atas mukabumi. Apakah Allah swt ingin menjadikan makhluk yang boleh mendatangkan kerosakan di atas mukabumi dan mampu untuk melakukan pertumpahan darah.

Namun katanya, persepsi malaikat berakhir dengan kepatuhan kepada Allah apabila Allah menyatakan bahawa "Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui" (penghujung ayat 30 suratul Baqarah).

Jadi Fathul Bari menganggap bahawa keganasan persepsi itu sebagai sesuatu yang semulajadi.

Pendapatnya itu mengingatkan kita mengenai pendapatnya di dalam beberapa tahun lepas tentang sokongannya terhadap kerajaan partinya di dalam menaikkan harga barang-barang dengan menyatakan ia adalah qadarullah (ketetapan ALLAH) dan rakyat kena menerimanya sebagai ujian dalam bentuk kesusahan dari Allah.

Sementara Ahmad Marzuki Shaary pula membawa beberapa kisah dari sejarah Islam dan kontemporari untuk menjustifikasikan beberapa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh partinya, PAS.

Namun kisah-kisah yang dibawa adalah kisah-kisah yang seperti yang telah dihujjahkan oleh Mujahid sebelumnya sebagai tidak menepati waqi'.

Beliau yang juga tidak selesa dengan perkataan "mengkritik" kerajaan dengan menganggap perkataan itu sebagai kasar tapi lebih selesa menggunakan "menasihat" sesuai dengan dasar partinya yang menjadi "penasihat" kepada kerajaan yang ada kini.

Forum tersebut dikendalikan oleh Sayed Munawar Syed Mustar dan merupakan slot ketiga di dalam rancangan Demokrasi.


Comments (0)