Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:28 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


AMANAH Tetap Tegap Sekalipun Diserang 2 Penjuru Oleh BN dan PAS

Posted: 24 Jun 2016 12:31 AM PDT

Analisa keputusan PRK-PRU13 Kuala Kangsar dan Sungai Besar 
Oleh SUHAIZAN KAIAT

BN dan Pas mengalami kemerosotan undi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) berbanding Pilihan Raya Umum Ke-13( PRU13) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. BN mengalami kemerosotan undi Melayu sebanyak 3% di Sungai Besar dan 6% di Kuala Kangsar.

Pas pula mengalami kemerosotan undi Melayu yang sama di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebanyak 7 peratus. Kemerosotan sokongan undi Melayu kedua-dua parti tradisi ini telah diserap oleh Amanah.


Pengundi Amanah terdiri daripada pengundi Melayu progresif, Islamik dan kelas menengah yang terdedah dengan maklumat. Amanah juga mendapat sokongan undi Melayu hasil daripada program Deklarasi Rakyat yang dipelopori Tun Dr Mahathir terutamanya di Kuala Kangsar. Amanah mendapat lebih sokongan undi Melayu di Kuala Kangsar berbanding Sungai Besar.

Kebanyakan pengundi Melayu kurang mengenali logo Amanah kerana baru berusia 9 bulan dan pertama kali bertanding dalam pilihanraya di Semenanjung. Ada setengahnya menganggap logo Amanah seperti parti bebas.

Terdapat ramai pengundi Melayu pro pembangkang yang keliru, manakah pembangkang sebenar di antara Amanah dan Pas. Pas memiliki kelebihan dengan usianya 65 tahun. Amanah pula ditohmah sebagai pro DAP dan pro Cina sama seperti tohmahan yang dihadapi oleh Pas dalam PRU13.

Faktor-faktor ini menyebabkan Amanah mendapat sokongan yang lebih rendah berbanding Pas dan BN. Jika pengundi Melayu lebih mengenali Amanah dan propaganda perkauman dapat diredakan maka sokongannya dijangka meningkat.

Pendekatan Pas yang berkerat rotan dengan DAP dan usul RUU tidak menambahkan undi Melayu. Sebaliknya Pas pula mengalami kemerosotan mendadak undi Cina dalam PRK berbanding PRU13 sebanyak 73% di Sungai Besar dan 63% di Kuala Kangsar.

Hasilnya, Pas hanya memperolehi undi teras seperti yang diperolehi dalam PRU11(2004). Dalam undi teras Pas terdapat undi tegar Pas sekitar 2000 hingga 3000 orang di kedua-dua parlimen ini.

Jika berlaku 10 penjuru sekalipun undi tegar Pas ini tidak akan berganjak. Undi teras Pas boleh menyusut tetapi undi tegar Pas tidak akan berubah.

Undi Cina yang diperolehi oleh Amanah adalah rendah berbanding yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Amanah sebagai komponen Pakatan Harapan dijangkakan boleh mendapat lebih sokongan undi Cina dalam PRK ini.

Malangnya terdapat pengundi muda Cina yang tidak mahu pulang mengundi kerana beranggapan PRK tidak boleh mengubah kerajaan.

Terdapat juga segelintir mereka yang kecewa dengan pertembungan barisan pembangkang. Bukanlah sesuatu yang pelik sokongan undi Cina berubah semasa PRK. Buktinya dalam PRK Sungai Limau (2013), undi Cina terhadap Pas mewakili Pakatan Rakyat merosot berbanding PRU13.

Kelemahan Pakatan Harapan mendapatkan sokongan undi Cina dan merudumnya sokongan undi Cina kepada Pas telah diserap oleh BN. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh strategi BN yang lebih berkesan. Janji-janji pilihan raya telah menarik sokongan pengundi Cina kepada BN terutamanya di Kuala Kangsar.

Walaubagaimana pun sokongan pengundi Cina kepada BN dalam PRK adalah bersifat sementara sahaja. Pengundi Cina dijangka akan beralih semula kepada pembangkang dalam PRU14. Itu bergantung kepada strategi BN dan Pakatan Harapan.

BN boleh berasa selesa dengan strategi memecahkan undi pembangkang dalam dua PRK kali ini. Jentera BN dan Pas sangat kurang berbalas serangan. Sebaliknya serangan hanya ditumpukan kepada Amanah sahaja.

Hanya Amanah mewakili Pakatan Harapan mendapat serangan daripada dua penjuru BN dan Pas. Model PRK ini telah menguntungkan BN dan boleh memberi kemenangan berganda kepada BN dalam PRU14.

Jika tiada usaha menyatukan barisan pembangkang bagi mewujudkan formula pertandingan satu lawan satu sebelum PRU14 maka rakyat pro pembangkang akan merasa bosan untuk mengundi dan barisan pembangkang bakal mengalami kekalahan yang teruk.

*Suhaizan Kaiat adalah Setiausaha Organisasi Amanah.


Benarkah AMANAH tandus undi Melayu?

Pilihanraya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah melabuhkan tirainya.

Masing- masing telah mengetahui keputusan, kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Namun, yang peliknya, PAS masih lagi menyasarkan kemarahannya kepada parti AMANAH khususnya dan Pakatan Harapan umumnya setiap hari sehingga ke hari ini.

Yang lebih menghairankan adalah, analisis-analisis pasca pilihanraya yang dikeluarkan oleh PAS sama ada dalam bentuk rasmi atau tidak rasmi, hampir semuanya hanya berkisar tentang undi kaum Melayu.

Ia dibincangkan daripada sudut polarisasi kaum dengan menghentam parti AMANAH dan Pakatan Harapan sahaja.

Dalam senario politik Malaysia terkecuali Kelantan dan Terengganu, undi daripada masyarakat berbilang kaum sangat mustahak untuk menjamin kemenangan bagi satu-satu kerusi yang ditandingi.

Oleh itu, analisis-analisis yang dibuat oleh PAS yang hanya membincangkan undi Melayu sahaja membuktikan bahawa PAS telahpun berputus asa untuk menarik undi kaum selain Melayu dan seterusnya menang di dalam perlawanan dengan Umno di masa akan datang.

Ia adalah satu pendekatan defensif dengan hanya membincangkan kekuatan asas yang ada. Ia menunjukkan PAS mula berundur dan menyudutkan diri mereka kepada politik satu kaum sahaja bukan lagi berbilang kaum dan bangsa seperti mana sebelum ini.

Analisis atas pengundi Melayu sahaja tidak ada makna untuk memenangi kerusi, tidak juga memberikan harapan dan pelan yang jelas untuk memenangi kerusi, tetapi sekadar untuk memberitahu bahawa PAS juga ada sedikit kekuatan asas.

Sekadar kekuatan asas ini tidak cukup pun untuk memenangi PRU.

Ia juga untuk sekadar memberikan gambaran bahawa mereka "menang dalam kalah" kepada ahli-ahli PAS yang mungkin telah mula risau tentang nasib parti mereka jika keputusan PRK baru-baru ini diterjemahkan kepada PRU14.

Pendekatan mendabik dada dengan undi satu kaum sahaja yang dilakukan oleh PAS berbeza dengan AMANAH dan Pakatan Harapan yang terus melakukan penelitian dan analisis terhadap pelbagai faktor.

Ini kerana perjuangan AMANAH dan Pakatan Harapan meliputi keseluruhan rakyat Malaysia. Ia lebih realistik dalam usaha menjatuhkan BN.

Dalam mana-mana analisis yang dilakukan oleh pihak PAS, mereka cuba menggambarkan bahawa AMANAH langsung tidak ada kekuatan, langsung tidak ada nilai tambah di dalam Pakatan Harapan dan langsung tidak mendapat sokongan pengundi Melayu.

Apa yang cuba disembunyikan oleh PAS adalah AMANAH mengatasi PAS di saluran daerah mengundi yang majoritinya Melayu di Parlimen Sungai Besar iaitu saluran-saluran di Daerah Mengundi Pekan Sungai Besar, Kampung Baharu Nelayan dan Taman Berkat.

Dengan data di atas, dakwaan yang mengatakan AMANAH tiada kekuatan asas langsung dan sebaliknya hanya bergantung kepada parti lain adalah jauh tersasar.

PAS juga cuba menyembunyikan realiti yang memalukan mereka dalam PRK Kuala Kangsar iaitu bagi kerusi DUN Manong yang majoritinya Melayu, AMANAH mendapat 2491 undi mengatasi PAS yang hanya mendapat 2426 undi.

Ia terus memberikan indikasi bahawa AMANAH boleh mengatasi PAS dalam beberapa keadaan sekarang dan memberikan harapan yang besar di masa akan datang.

Cubaan letakkan harga

Ada beberapa perkara menarik tentang perubahan PAS sebelum dan selepas PRK ini. Antaranya, sebelum PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS sering mendakwa bahawa PAS boleh menang jika bersendirian.

Namun, selepas PRK baru-baru ini, menang bersendirian tidak lagi menjadi bualan pemimpin PAS, dan mula berundur dengan hanya mengatakan Pakatan Harapan memerlukan PAS untuk menang.

Sebelum ini juga PAS mendakwa Parti Amanah Negara tidak langsung menjadi ancaman sedikit pun kepada PAS, tetapi selepas PRK, PAS berundur lagi dengan mengatakan bahawa parti AMANAH berjaya menyaingi PAS walaupun bergantung kepada sokongan DAP dan PKR.

Sebelum PRK, PAS mengatakan bahawa ia menjadi ancaman kepada BN, selepas PRK, PAS terus berundur dengan mengatakan PAS hanya menjadi ancaman kepada PKR sahaja seperti tulisan pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), "Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya PAS masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah".

Komentar berbaur ugutan ini menunjukkan PAS langsung tidak menghormati parti yang bersama dengan PAS di dalam kerajaan negeri Selangor, bahkan cuba mengugut PKR untuk tunduk kepada semua kemahuan PAS apabila menyedari bahawa PAS tidak mampu berhadapan dengan BN secara bersendirian.

PPP sebelum PRK menyatakan PAS akan menang, namun selepas PRK PPP mengubah nada hanya dengan mengatakan bahawa PAS ada kekuatan teras sendiri.

Yang mana difahami dengan kekuatan teras itu sahaja tidak memungkinkan kemenangan. Seolah-olah PAS mula mengakui bahawa PAS lebih memerlukan Pakatan Harapan.

Apa yang hendak saya katakan bahawa, daripada pengunduran-pengunduran di atas, menunjukkan PAS mula mengakui bahawa mereka tidak boleh bersendirian di dalam PRU14 kelak.

Cuma, disebabkan ego, mereka tidak mahu mengakuinya secara terus. Segala kecaman-kecaman di atas hanya membuktikan bahawa PAS sudah mula sedar bahawa kekuatannya tidak sekuat mana jika bersendirian.

Selain itu, serangan PAS kepada AMANAH hanyalah untuk mengalihkan perhatian terhadap kelemahan PAS yang gagal di kerusi tradisinya.

Seterusnya ingin menunjukkan PAS masih lagi mempunyai nilai di dalam persada politik negara. Namun, orang luar melihat, PAS cuba membuat spekulasi untuk menaikkan harga diri diri sedangkan nilai sebenar mungkin tidak setara dengan harga yang ingin diletakkan tersebut.

Analisis-analisis separuh masak itu juga langkah terdesak PAS untuk meletakkan harga tinggi bagi PAS yang telah dimalukan dengan kekalahannya di kawasan tradisi PAS, sekiranya ada pihak sama ada Pakatan harapan tau BN yang ingin berunding dengannya.

PAS cuba untuk menegakkan bahawa, PAS mempunyai share undi yang tinggi di dalam kelompok selain BN. Oleh itu Pakatan Harapan memerlukan PAS kerana PAS mendakwa mempunyai kekuatan asas.

Oleh itu, dengan kekuatan asas itu, sebarang rundingan tersebut harus tunduk kepada syarat-syarat PAS walaupun mungkin tidak munasabah.

Falasi 50 peratus kekuatan PAS di Selangor

PAS selalu mendakwa bahawa merekalah menjuarai undi Melayu di negara ini.

Pernyataan ini seringkali digunakan untuk memperleceh parti-parti lain. Tapi realitinya, dalam konteks negeri Perak dan Selangor, PAS tidak mampu memenangi kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti undi Melayu 70 peratus dan ke atas.

Daripada sudut kekuatan asas PAS secara individu, sepatutnya Parlimen Sungai Besar merupakan antara parlimen terkuat PAS di Selangor kerana mempunyai peratusan Melayu melebihi 65 peratus.

Namun begitu, PAS kalah di semua 128 saluran mengundi kepada BN termasuk di semua saluran mengundi Melayu kecuali di Daerah Mengundi Parit 13 Sungai Nipah Saluran 2 dan Parit 1 Timur Saluran 2.

Pencapaian ini sangat jauh dengan dakwaan PAS sebelum ini bahawa PAS menjuarai undi Melayu.

Kebanyakan daerah mengundi Melayu pula, BN jauh meninggalkan PAS seperti tidak ada saingan.

Menyedari hakikat yang memalukan ini, selepas PRK, PAS mula berundur daripada dakwaan menguasai undi Melayu kepada dengan hanya mengatakan bahawa PAS menyumbang 50 peratus daripada undi pembangkang secara keseluruhan.

PAS membuat dakwaan tersebut hanya dengan membuat generalisasi daripada keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kepada keseluruhan kerusi-kerusi lain yang sudah tentu berbeza demografi dan tahap pembangunannya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS. PAS telah bertanding berkali-kali sebelum ini. Begitu juga Kuala Kangsar. Cawangannya ada berpuluh. Dan ia juga kerusi yang mempunyai peratusan Melayu antara tertinggi di Selangor.

Kita boleh simpulkan bahawa kerusi Sungai Besar adalah kerusi yang sepatutnya PAS secara individu paling kuat di Selangor tanpa bergantung dengan parti-parti lain.

AMANAH dan Pakatan Harapan pula datang sebagai pasukan pelawat.

Namun begitu, setelah keputusan PRK dikira, dengan segala kelebihan di atas, PAS hanya boleh mendapat 50 peratus undi sahaja daripada jumlah bahagian undi lawan BN.

Oleh itu, di parlimen Sungai Besar yang mana merupakan antara parlimen yang terkuat PAS secara relatifnya pun, PAS terhutang budi dengan turut menerima sumbangan 50 peratus undi Pakatan Rakyat selama ini.
Maka pada kerusi-kerusi lain sudah tentulah bahagian undi Pakatan Rakyat kepada PAS melebihi 50 peratus.

Dalam kata lain, PAS sebenarnya mungkin hanya menjadi 'minor contributor'(penyumbang kecil) dalam jumlah undi bagi kawasan tersebut.

Rumusan yang lebih tepat bagi negeri Selangor dan Perak adalah PAS menyumbangkan tidak lebih separuh (0-50 peratus) kepada bahagian undi Pakatan Rakyat selama ini manakala Pakatan Rakyat pula menyumbang sekurangnya 50 peratus undi kepada PAS.

Kekuatan maksimum asas PAS secara individu adalah 50 peratus. Tidak lebih daripada itu.

Dakwaan bahawa PAS menyumbang 50 peratus daripada bahagian undi kepada Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan di setiap kerusi selama ini adalah falasi.

Adakah PAS akan mendapat 50 peratus bahagian undi pembangkang sekiranya turun bertanding tiga penjuru di parlimen Kepong ataupun Kapar? Sedangkan pada kerusi turun temurun yang PAS tandingi pun, Pakatan Harapan sumbangkan lebih 50 peratus undi kepada PAS dalam keputusan PRU baru-baru ini.

Idris Ahmad pula mengatakan bahawa, "Hanya PAS yang mampu bersaing dengan Umno untuk mengalih sokongan orang Melayu kepada pembangkang.

Perlu diingat teras politik di Malaysia ialah Melayu. Majoriti kerusi ialah orang Melayu.

Realitinya, dengan pendekatan PAS kini, PAS memerlukan masa berpuluh tahun lagi untuk mengembalikan undi bukan Melayu kepada PAS.

Manakala undi Melayu PAS pula sebenarnya telahpun tepu.

Ini kerana dalam keadaan masyarakat sangat-sangat mengenali PAS dan logonya, undi Melayu yang didapati oleh PAS tidaklah seberapa. Dan sukar untuk dibuat jangkaan bahawa undi Melayu PAS akan meningkat lagi daripada sekarang.

Undi bangsa lain apatah lagi.

Undi PAS boleh dikatakan sudah statik kalaupun tidak merosot di masa akan datang. Tanpa perubahan pendekatan PAS yang keras sekarang ini, parti-parti lain yang bersama PAS akan kehilangan undi asas mereka sendiri pula.

Sudut itu harus dicermati. Ini berbeza dengan AMANAH.

Walaupun sebagai parti baru, masih lagi dapat mengatasi PAS di beberapa daerah mengundi majoriti Melayu walaupun masih belum dikenali.

Masa yang berjalan, selaras dengan pengenalan parti, ideologi dan logo amanah, AMANAH akan terus meningkatkan undi Melayu selain mengekalkan undi daripada kaum-kaum lain di atas ketegasan pendiriannya di dalam menentang salah guna kuasa di dalam kerajaan BN.

Prinsip AMANAH yang jelas yang tidak boleh bertolak ansur dengan kezaliman akan menyebabkan golongan tertindas semakin terus menyokong AMANAH hari demi hari.

Cabaran AMANAH

Dalam tinjauan semasa PRK, didapati ramai pengundi masih ingat PAS berada di dalam Pakatan Rakyat.

Tugas menerangkan perkara sebenar tentang kedudukan AMANAH adalah satu tugas yang mencabar.

Ini juga antara sebab mengapa kekeliruan berlaku di kalangan pengundi yang tidak bersetuju dengan BN.

PRK baru-baru ini adalah berita baik untuk AMANAH dan Pakatan Harapan. Kemampuan AMANAH yang boleh mengalahkan BN dan PAS dalam banyak dan beberapa daerah mengundi membuktikan bahawa parti ini sangat berpotensi.

Bagi kerusi DUN Manong pula, AMANAH mengatasi PAS.

AMANAH tidak pernah mendabik dada bahawa undi yang didapatinya adalah hanya daripada kekuatannya sendiri.

Dan persoalan itu, tidak penting pun dalam usaha menyatukan setiap elemen-eleman anti BN.

Sumbangan sama ada kecil atau besar, ia tetap sumbangan. Ia lebih baik daripada bersikap angkuh dengan kekuatan sendiri yang tidak seberapa, yang tidak mampu pun diterjemahkan kepada kemenangan.

Tetapi untuk mengatakan bahawa AMANAH tidak ada kekuatan langsung adalah tidak masuk akal, jika melihat kepada data di atas.

Kekuatan yang sedikit, jika dihimpun-himpun akan menjadi besar. Asalkan ada muafakat.

Sebagai parti yang baru, AMANAH yakin akan menambahkan bahagian undinya hari demi hari selaras dengan pengenalan nama, prinsip, rekod terhadap perjuangan rakyat dan logo parti.

Peralihan undi Cina

Adalah sukar untuk menyimpulkan bahawa undi kaum Cina telah beralih kepada BN kerana peratusan jumlah keseluruhan undi yang didapati oleh calon BN adalah lebih rendah daripada PRU13.

Bagi DUN Sekinchan sebagai contoh, undi calon BN pada kali ini adalah 5641. Manakala undi bagi calon yang lalu adalah 5868.

Peratusan mengundi yang kurang menyumbang kepada perkara ini.

Oleh itu, hanya dengan ini, pihak BN tidak boleh mendabik dada bahawa mereka boleh merampas Selangor dalam PRU14 nanti.
Faizal Halim Abu Bakar, adalah Pengarah Penyelidikan dan Strategi Pemuda AMANAH Melaka
ULASAN GB

PAS boleh mendakwa apa sekalipun, tetapi hukum kebenaran dan keadilan yag berjalan menunjukkan PAS kini sedang meniti saat akhir usianya.

PAS sudah tidak layak dan tidak mampu untuk menjadi "parti Islam". Ia sering melakukan kesalahan-kesalahan syari'e dan hakiki, yang menyebabkan nama Islam tercemar lantaran parti itu.

Kini Allah telah datang sebuah "parti Islam" yang lain untuk menggantikan PAS yang jauh kesasar itu, AMANAH namanya,

Dan AMANAH membuktikan ia TEGAP BERDIRI sekalipun diserang dari pelbagai penjuru khususnya dari PAS dan UMNO.



Kalau DAP Itu Musuh Islam, Apasal PAS Masih Bekerjasama Dengan DAP Di Selangor?

Posted: 23 Jun 2016 07:55 PM PDT

Haron Din pula serang Dr M berkawan 'musuh Islam'

KUALA LUMPUR: Selepas diserang bertubi-tubi pemimpin Umno, kali ini giliran pemimpin tertinggi PAS pula menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang baru lepas.

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din memberitahu akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, bekas perdana menteri itu bersekongkol dengan DAP "yang nyata menjadi musuh Islam".


"Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga.

"Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita balik mempertahankan syariat Islam dengan mengutamakan ukhuwah atau persaudaraan yang berteraskan kepada hukum-hukum syarak dan menjauhi diri daripada tindakan yang mengundang kemurkaan Allah," kata Haron, yang merupakan anggota Majlis Perundingan Islam (MPI) diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dr Mahathir sebelum ini menjadi sasaran serangan pemimpin Umno dan PAS ekoran sokongan terbukanya kepada calon Amanah, yang mewakili Pakatan Harapan di kedua-dua PRK Sabtu lepas.

Calon Barisan Nasional (BN) di kedua-dua kawasan Parlimen itu menang dengan majoriti besar.

Ekoran kemenangan BN itu, Dr Mahathir menerima pelbagai sindiran dan teguran, termasuk daripada Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, yang berkata pemimpin berusia 90 tahun itu perlu perbanyakkan masa di atas tikar sembahyang dan bersara dari politik.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau akan terus bersuara menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya dilanda salah guna kuasa dan rasuah.

Haron berkata Dr Mahathir "berubah" kerana gagal menjatuhkan Najib.

"Apabila hasratnya untuk menukar Perdana Menteri tidak berhasil, maka semuanya telah berubah.

"Perjuangan untuk memartabatkan Islam melalui perpaduan sepatutnya menjadi keutamaan Dr. Mahathir dalam umur yang begitu lanjut," kata beliau dipetik Utusan Malaysia. -FMT

ULASAN GB

Semakin melalut dan kalut nampaknya PAS selepas pemergian Almarhum TG Nik Aziz.

Kini penggantinya sebagai Mursyidul Am PAS, Harun Din adalah tokoh yang pernah mengusahakan "kerajaan perpaduan" PAS-UMNO dan kini rancangannya itu seperti berjalan lancar.

Beliau telah pun dilantik sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) yang berada di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang gaji dan elaunnya tidak diumumkan.

Kini suara beliau menyamai suara UMNO, melabelkan DAP sebagai musuh Islam, sesuautu yang tidak pernah dilakukan oleh pemimpin PAS terdahulu, samada TG Fadzil Noor ataupun TG Nik Aziz.

Kita pun tidak tahu bab mana yang menyebabkan beliau melabelkan DAP sebagai muusuh Islam.

Apakah kerana DAP menentang hudud? Sedangkan bukan sahaja DAP menentang hudud, ada umat Islam sendiri (malah ramai juga ulamak) yang menolaknya.

PAS sendiri sudah membuat kenyataan dahulu bahawa "DAP berhak tolak hudud" dan "PAS tidak meletakkan hudud sebagai keutamaan".

Jika mengenai pindaan RUU untuk memperkasakan Mahkamah Syariah, tidaklah patut kita menuduh yang menentangnya sebagai "musuh Islam" sebab RUU itu masih tertakluk di bawah Perlembagaan Lord Reid.

Menyokong pindaan RUU berkenaan bererti bersekongkol mengukuhkan Perlembagaan yang PAS sendiri kecam sebagai tidak Islamik.

Seterusnya jika betul DAP itu musuh Islam, apa perlunya PAS berada di dalam Kerajaan Selangor lagi? Bukankah kerajaan Selangor itu juga didokongi oleh DAP bersama dengan PKR?

Tentang pangkat, tentang duit, tentang jawatan, oh tak mengapa untuk PAS bersama DAP. Akan dipertahankan sampai titisan darah terakhir kerananya. Bangkai punya prinsip.

Saya rasa pihak yang merasakan dirinya terpalit dengan tuduhan Harun Din itu khususnya DAP, wajar mengheretnya ke muka pengadilan supaya Harun Din itu tidak celupar mulutnya, menuduh dan memfitnah sembarangan, apatah lagi kedudukannya sebagai pemimpin nombor 1 PAS.

Berikut ialah pendedahan oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin dan Ust Ahmad Awang mengenai adanya desakan dari seorang pemimpin tertinggi PAS (Dr.Harun Din) yang mendesak supaya kerajaan campuran PAS-UMNO diwujudkan selepas PRU 2008


Comments (0)