Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:19 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Mati Berjuang Selamatkan Negara Lebih Afdhal Dari Mati Ketika Di Sejadah

Posted: 22 Jun 2016 01:42 AM PDT

Ganjaran PAHALA selamatkan negara lebih besar daripada duduk diatas sejadah

Berikutan kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beberapa suara kedengaran meminta Tun Mahathir Mohamad agar berehat saja dan tidak lagi mencampuri urusan politik negara.

Antara hujah mereka ialah bekas Perdana Menteri itu tidak relevan lagi, hanya memusnahkan legasinya, sudah tercabut taring dan lebih baik menghabiskan sisa-sisa usianya di atas sejadah saja.


Jika pemimpin UMNO yang berkata demikian mungkin ia boleh diterima seadanya, mungkin kerana dedak sudah diterima, tetapi dalam hal ini pemimpin Pas pun lebih kurang sama saja nadanya.

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, keputusan dua pilihanraya kecil baru-baru ini mengesahkan taring politik Tun Mahathir telah tercabut dan mencadangkan supaya bekas Perdana Menteri itu menghabiskan hujung-hujung usianya di atas sejadah dan mengunjungi Kaabah.

Itulah sebaik-baik kehidupan ketika berada si hujung hayat kehidupan, kata beliau lagi.

Apakah ini tanda-tanda pertuturan orang yang sudah dipengaruhi dedak juga?

Apa agaknya reaksi Nik Aziz Nik Mat jika bapanya itu masih hidup dengan kenyataan Nik Abduh itu sedangkan negara sedang diselubungi dengan begitu banyak kerosakan yang disebabkan onar Perdana Menterinya?

Kenapa Nik Abduh hanya meminta Tun Mahathir saja yang berehat dan berada di atas sejadah, tetapi tidak kepada Najib yang di seluruh dunia diketahui dan diperkatakan dengan skandal kewangannya?


Kenapa juga Nik Abduh tidak meminta Hadi Awang sendiri agar lebih banyak berada di atas sejadah dan mengunjungi Kaabah berikutan persekongkolan Presiden Pas itu dengan pemimpin yang sedang membawa kerosakan kepada negara?

Antara Tun Mahathir, Najib dan Hadi Awang, siapa yang sedang berbuat pahala dan siapa pula yang sedang merosakkkan hari-hari tua sebelum menemui Tuhannya?

Dalam hal ini, harus disedari oleh Nik Abduh bahawa pahala dan mengutip bekalan sebelum mati bukan saja boleh diperolehi di atas sejadah atau dengan mengunjungi Kaabah semata-mata, bahkan berjuang dan terus berjuang menyelamatkan negara jauh lebih besar lagi ganjarannya.

Lagi pun, ibadah sembahyang wajib dan sunat sudah tentu menjadi amalan biasa setiap hari bagi Tun Mahathir dalam usianya seperti sekarang, manakala Kaabah pula sudah pun dikunjunginya beberapa kali sebelum ini.

Apakah dalam melihat pelbagai kerosakan yang sedang dilakukan Najib sekarang, Tun Mahathir masih perlu berada 24 jam di atas sejadah atau berulang alik setiap minggu mengunjungi Kaabah?

Tidakkah apa yang dilakukan Tun Mahathir waktu ini, malah dengan ikrar untuk terus berjuang, bahkan mungkin lebih keras lagi, adalah sesuatu yang lebih bermanfaat dan mendatangkan gandaan pahala berbanding hanya banyak sembahyang serta berumrah yang jelas pahalanya untuk dakapan peribadi semata-mata?

Untuk makluman Nik Abduh juga, ketiadaan pahala dan bertambahnya dosa seseorang pula bukan saja disebabkan oleh bersekongkol dengan pemimpin curang dan lebih membawa kerosakan, malahan dengan cuba menghalang orang lain daripada terus berjuang untuk mewujudkan kebaikan yang lebih besar kepada rakyat dan negara. -shahbudindotcom

ULASAN GB

Hairan kita dengan mentaliti pemimpin PAS yang ada pada hari ini. jauh lebih hairan terhadap pemimpin mudanya yang ramai kini diberikan gelaran "ustaz-ustaz" yang mengajar dan menanamkan dan mengapi-apikan rasisma, perkauman dan unsur-unsur jalur ekstrim seperti membenci kaum-kaum lain selain Melayu, malah kini mereka juga sedang mengajarkan doktrin-doktrin songsang di kalangan ahli jemaah mereka khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Salah satu doktrin sesat ialah bila usia sudah tua dan dah nak mati, lebih duduk atas sejadah. Sesuatu yang tidak pernah diajar oleh Rasulullah saw.

Dan di dalam isu Tun Mahathir, begitulah Nik Abduh yang pandai-pandai menasihat agar Tun Dr Mahathir supaya duduk di atas tikar sejadah.... bagi Nik Abduh itulah sebaik-baik pengakhiran hidup, dan bukan di medan juang.

Memang dah gila dan dah bingai dia ni.

So dalam bab "menasihat", jangan keterlaluan sehingga merasa diri sudah sempurna semata-mata kerana dah jadi ahli parlimen, dah dapat pakai lounge suite yang dulu hanya berserban dan bersandal, yang kini dah kenderaan mewah dan dah dapat duduk bersimpuh dengan PM serta semeja dengan para menteri UMNO yang lain.

Seseorang itu tidak tahu bagaimana keadaan hujung usia seseorang yang lain termasuk diri sendiri. Siapa tahu hujung usia TDM lebih baik dari Nik Abduh?

Saya agak boleh bersetuju dengan artikel diatas yang jika betul doktrin Nik Abduh itu, diminta Nik Abduh menyuruh Hadi Awang sendiri agar lebih banyak berada di atas sejadah dan mengunjungi Kaabah berikutan persekongkolan Presiden Pas itu (dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain -tambahan GB) dengan pemimpin yang sedang membawa kerosakan kepada negara



Ia Bukan Edit, Tapi Real.... :)

Posted: 21 Jun 2016 08:40 PM PDT

Malam ini GB kekurangan masa untuk membuat ulasan terhadap pelbagai isu politik walaupun banyak isu yang ada yang boleh diulas.

Jadi untuk memenuhi masa dan ruang malam ini, ada sebuah video yang agak melucukan. Walaupun sebelum ini sudah tersiar beberapa gambar namun ia didakwa gambar edit dan terus menyatakan ia satu fitnah.



Jadi di sini kita lampirkan video berkenaan yang menunjukkan gambar itu tidak diedit dan bukan fitnah.

Ku Nan jangan marah. Anggapkan ia fenomena biasa yang berlaku di mana-mana dan oleh sesiapa juga. Seluarnya tertanggal....masa sambut kemenangan calon BN PRK Sungai Besar. Berhati-hati di lain kali.

Ada yang menyatakan kita jangan melakukan sesuatu yang sesuatu yang mengaibkan saudara kita, tetapi hukum Allah yang berjalan menunjukkan pelakunya itu sedang diaibkan oleh Allah dan ia tentunya bersebab. Justeru itu kita perlu muhasabah diri sendiri mengapa keaiban itu tertimpa.


Comments (0)