Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:05 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


PAS Meroyan Bila Sendirian....

Posted: 21 Jun 2016 02:01 AM PDT

PAS: AMANAH akan hilang deposit tanpa DAP, PKR

Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) akan hilang wang pertaruhan jika tidak kerana DAP dan PKR, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Oleh itu, katanya, AMANAH tidak mampu menjadi pengganti PAS dalam Pakatan Harapan sebagaimana yang dicanang sebelum ini dalam pakatan pembangkang.

"Walaupun jumlah undinya besar di (Parlimen) Sungai Besar tapi saya percaya 90 peratus undi itu datang daripada DAP dan juga PKR, (dan) bukan undi sebenar AMANAH.


"Dan saya percaya kalau AMANAH bertanding secara bersendirian macam kita PAS kemungkinan besar mereka akan hilang deposit," katanya yang dipetik Bernama di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata jika melihat keputusan di peti-peti undi di kedua-dua Parlimen berkenaan, AMANAH juga gagal menawan hati pengundi Melayu sekali gus menunjukkan parti itu tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu.

"Jadi dari sudut ini kita nampak AMANAH tidak dapat menggugat PAS sebab undi PAS ini tidak berubah, itu yang penting," katanya.

Pada pilihan raya kecil Sabtu lalu, calon AMANAH Azhar Abdul Shukor menduduki tempat kedua dalam pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan BN muncul sebagai pemenang.

Azhar mendapat 7,609 undi manakala calon PAS Dr Abdul Rani Osman mendapat 6,902 undi.

Di Kuala Kangsar, calon AMANAH Dr Ahmad Termizi Ramli menduduki tempat ketiga di belakang calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dalam pertandingan empat penjuru yang juga dimenangi oleh BN.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan parti serpihannya itu sebagai parti nyamuk.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu, selepas keputusan diumumkan Sabtu lalu berkata, terbukti bahawa mereka bukan parti kecil seperti didakwa.

Amar yang juga adalah timbalan menteri besar Kelantan juga memperlekehkan parti serpihan itu dengan mendakwa 'oren' AMANAH nanar, warna serupa tok sami manakala lambangnya pula menyerupai sebuah stesen tv di India, Imayam TV.

ULASAN GB

Makin meroyan Nik Amarkini. Begitu juga kebanyakan ahli PAS yang terpekik terlolong seolah-olah mereka telah menang walhal hakikatnya mereka pun kalah juga.

Maka dicarinya justifikasi untuk menunjukkan undi mereka lebih dari AMANAH dan salah satunya ialah menyatakan PAS besendirian sedangkan AMANAH dibantu oleh dua parti lain iaitu DAP dan PKR.

PAS melupakan hakikat bahawa parti politik ditubuhkan untuk menyertai pilihanraya. Samada parti politik itu kemudian bergabung untuk membentuk satu entiti yang lebih besar seperti Barisan nasional atau Pakatan Harapan itu adalah hak masing-masing.

Malah PAS sendiri membentuk bloknya sendiri dinamakan Blok Ketiga, TETAPI malangnya tiada parti lain yang ingin menyertainya kecuali IKATAN, maka terbentuklah PASIK.

Jadi PAS sebenarnya mendapat sokongan IKATAN semasa PRK yang lalu walaupun IKATAN hanya mempunyai 79 orang ahli.

Kerana cemburu dan irihati dengan AMANAH yang telah mendapat sokongan dari dua parti yang besar iaitu DAP dan PKR maka dijerit-jeritlah anggapan mereka, AMANAH hilang deposit jika tiada dua parti berkenaan menyokong.

PAS pernah cuba untuk mencari rakan yang lain menyertai bloknya.

"Kongres Rakyat" yang dianjurkan PAS pada tahun lepas misalnya, PAS mendakwa bakal menghimpunkan lebih 200 wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik berhimpun.

Bila PAS dicabar untuk memberikan nama-nama 200 NGO berkenaan, terkedu dan terpinga-pinga pihak penganjur dengan memberi pelbagai dalih kerana tidak dapat menyediakan nama-nama berkenaan.

Kemudian baru-baru ini dilaporkan 500 NGO akan bersama PAS terhadap cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

500 NGO? Sekali dengar menggerunkan. Tapi ramai percaya, NGO-NGO itu adalah rekaan semata-mata dan banyaknya yang tidak berdaftar. Keahliannya pun diragukan. Mungkin ada Persatuan Kompang, Persatuan Main Congkak, Pertubuhan Nelayan kampung Nyior dan lain-lain.

Jika PAS kata boleh kuat secara bersendirian mengapa terpaksa mendapat sokongan 200, 500 NGO yang lain?

Malah salah seorang Naib presiden PAS mengakui PAS tidak boleh sendiirian menghadapi PRU14.


Demikianlah labun PAS dalam era politik semasa. Dan biarlah PAS terjun dengan labun-labunnya.

GB tertarik dengan ulasan Pak Shukur Harun... Katanya:

Biarkan pemimpin PAS menghina, memfitnah & mencaci AMANAH, tapi realitinya parti 62 tahun itu hampir ke garis penamatnya.

Buasanya ayam yang hendak mati, tendangan terakhirnya sangat kuat.


p/s
Sekadar untuk renungan semua, dari analisa ringkas di bawah kita boleh mengetahui masa depan AMANAH yang baharu pertama kali masuk pilihanraya di dalam arus politik Malaysia.




Mahathir: BN Menang PRK Dengan Rasuah Terbuka & Salah Guna Kuasa Yang Ketara

Posted: 21 Jun 2016 12:01 AM PDT

Mahathir dedah rahsia BN menang pilihan raya kecil

Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang.

Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras.

Saya tidak mungkin sokong perbuatan salah guna kuasa seperti menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana ini sehingga rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah kerajaan bernilai RM3,000 pada harga RM60 sekaki persegi; penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low; pengakuan Datuk Seri Najib Razak bahawa adalah benar wang sebanyak RM2.6 bilion ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada kerajaan.


Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang peguam negara supaya dapat diganti dengan peguam negara yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Saya tidak dapat terima seorang perdana menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib berkenaan duit 1MDB; institusi-institusi kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak lebih RM20 bilion.

Saya tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep "Cash is King", wang tunai itu raja – iaitu mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya.

Kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi.


Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.

Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin.


Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.

Bagi saya usaha untuk membersih kerajaan Malaysia akan saya teruskan dengan apa cara sekalipun.

Mahathir Mohamad adalah bekas Perdana Menteri Malaysia dan artikel ini pertama kali dimuatkan di blognya.


'Pemberian wang' - BERSIH kecam sikap tak acuh SPR


BERSIH mengecam dakwaan bahwa BN menawarkan pengundi terpilih tunai semasa pilihan raya kecil di kerusi parlimen Sungai Besar, Sabtu lalu.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata, ini jelas bertentangan dengan peraturan pilihan raya.

"Tetapi malangnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak fikir bahawa ini suatu kesalahan. Itulah kekecewaan paling besar," kata Maria kepada Malaysiakini.

Sabtu lalu, Malaysiakini melaporkan kira-kira 100 pengundi dilihat beratur di luar pejabat Umno Tanjung Karang selepas mengundi bagi kerusi pilihan raya kecil Sungai Besar ketika pusat pengundian hampir ditutup.

Menurut sesetengah mereka, mereka dimaklumkan melalui telefon semalam untuk hadir sendiri di pejabat itu selepas mengundi.

Seorang pengundi berkata, jumlah wang bergantung kepada tempat kediaman seseorang itu daripada RM100 sehingga RM200.

Malaysiakini telah menghubungi SPR untuk mendapatkan ulasan mereka.

Tahun lalu, pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata penyediaan elaun perjalanan untuk pengundi bukan satu kesalahan.

Maria berkata memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara ini akan akan menjadi lebih sukar.

"Calon yang memfailkan petisyen perlu membuktikan bahawa dengan pemberian wang, ini mempengaruhi pengundi untuk mengundi dengan cara tertentu.

"Tetapi tidak ada pengundi yang akan tampil mengatakan ini, jadi ia akan menjadi sangat sukar," katanya.
-mk





Nik Abduh & Rahman Dahlan Serang Mahathir, Amanah Pertahan...

Posted: 20 Jun 2016 04:16 PM PDT

AMANAH pertahan, ucap terima kasih kepada Dr M

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mujahid Yusof Rawa tampil mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menyifatkan kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak bererti bekas Perdana Menteri itu gagal dalam gerakan 'Selamatkan Malaysia' yang ditunjangi beliau.

Mujahid turut melahirkan rasa kesal terhadap Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyerang Mahathir dengan meminta beliau bersara daripada politik secara senyap-senyap dan tidak mendedahkan dirinya kepada penghinaan lanjut.


"Mereka yang mengatakan seperti ini tidak memahami perbezaan antara parti politik dan negarawan.

"Mahathir tidak berjuang di platform mana-mana parti politik, tetapi dalam kempen 'Save Malaysia' yang merentasi semua pihak," kata Mujahid kepada Malaysiakini.

Jelasnya lagi, adalah mustahil untuk Mahathir menyokong calon BN atau Umno apabila parti itu telah menjadi punca kepada bencana yang melanda negara ini.

Beliau menambah, adalah tidak mungkin juga bagi Mahathir untuk menyokong calon PAS yang mesra kepada BN di sebalik skandal yang menjejaskan negara.

"Mahathir nampak hanya calon Amanah sebagai satu-satunya peluang untuk menyelamatkan Malaysia setelah berkongsi wawasan yang sama," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

"Malangnya, ada pihak gagal untuk melihat ini dan terus terperangkap dengan agenda sempit mereka," katanya.


Taring Dr M 'secara rasminya' tercabut, kata Pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan taring bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasminya telah tercabut atau tertanggal ekoran kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil berkembar yang baru sahaja melabuhkan tirainya.

Anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 12 Februari 2015 itu berkata, Mahathir disarankan memperbanyakkan masa untuk berada di tikar sejadah dan di hadapan kaabah.

"Saya sarankan Tun Mahathir banyakkan berada di tikar sejadah dan di hadapan kaabah.

"Zaman kekuatannya ketika bertempur dengan almarhum ayahanda TGNA (Tok Guru Nik Aziz) telah berakhir.

"Jika Tun kembali kepada ALLAH dengan taubat yang benar, itulah sebaik-baik kehidupan di hujung hayat. Saya mendoakan," ujarnya dalam kenyataan.

Mahathir dicemuh pelbagai pihak ekoran kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, baru-baru ini setelah hasratnya untuk menjadikan pilihan raya kecil berkembar itu sebagai referendum menolak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal.

Bukan sahaja oleh Najib sendiri, Mahathir turut menerima tempelak dan pelbagai nasihat antaranya berehat, menjaga integriti dan nama baiknya oleh banyak pihak lain antaranya bekas ketua hakim negara, pimpinan PAS lain dan pemimpin Umno.

Mahathir juga pernah mendedahkan pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menerangkan dakwaan salah laku Najib.

"Saya jelaskan secara peribadi kepada Hadi mengenai salah laku Najib tetapi apa yang dia nampak ialah dedak," kata Mahathir.

Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, tuduhan yang mengaitkan PAS sebagai tunggangan UMNO hanyalah persepsi murahan oleh golongan lemah yang terpelanting akibat disantau mabuk dalam misi menawan Putrajaya.

"Ketika PAS bersama DAP, PAS dituduh UMNO sebagai tunggangan DAP. Ketika PAS berpecah dengan DAP, PAS dituduh DAP sebagai tunggangan UMNO.

"Sebagaimana PAS berjaya keluar daripada tuduhan pertama, PAS pastinya akan berjaya keluar daripada tuduhan kedua dengan selamat dan sejahtera.

"Malah tuduhan itu akan lebih mudah dihilangkan kerana PAS tidak pun mengikat sebarang perjanjian dengan UMNO sebagaimana ikatannya dengan DAP semasa di dalam Pakatan Rakyat dahulu," tambah beliau.

Mengenai keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jelas Nik Abduh, ia adalah laporan awal kekuatan PAS selepas berjaya melepasi krisis dalaman yang menyaksikan terkeluarnya anasir yang lemah dan buruk yang berusaha mengubah hala tuju perjuangan PAS.

"Adakah 25 peratus sokongan bersih di kubu UMNO untuk PAS itu kecil? Tidak. Itulah kekuatan tegar sokongan terhadap perjuangan Islam yang syumul di Malaysia.

"Itulah tuaian perjuangan yang disemai oleh para ulamak dan pejuang Islam sepanjang 65 tahun perjuangan PAS.

"Saya dan seluruh pemuda PAS bertekad melebarkan kesatuan dan muafakat umat ke arah cara hidup Islam yang benar. Kebatilan pastikan lebur.

"Itulah janji pemuda Islam untuk ayah dan ibu yang telah pergi meninggalkan kita dengan warisan perjuangan yang mulia," katanya lagi.

Ini kerana, tegasnya, PAS di sisi Islam adalah ibarat si pengemis yang bergantung harap sepenuhnya kepada kekuatannya.

"Anda usah berangan menjangkakan PAS akan mencintai rakan tahalufnya atau sesiapa pun melebihi cintanya kepada Islam," ujarnya.
-mk


ULASAN GB

GB hairan dengan kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul rahman Dahlan dan kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh yang membelasah Tun Mahathir.

Memang kita tak nafikan bahawa di zaman pemerintahan Mahathir tak semuanya indah. Malah ada beberapa insiden dimana pemerintahan beliau wajar dikritik dan dibantah misalnya Ops Lalang, Krisis Kehakiman dan lain-lain.

GB pernah ulas sebelum ini:

Tetapi sebagai manusia yang bertindak rasional, benci macamana sekalipun kita keatas Tun, kita tidak dapat menolak sumbangan Tun kepada pembangunan Malaysia.

Putrajaya yang Najib dan menteri-menterinya (termasuk pejabat Abdul Rahman Dahlan -tambahan sekarang) sedang duduk sekarang, Cyberjaya, PLUS, KLIA, Sepang Circuit, Petronas Twin Tower, KLCC... dan banyak lagi... itu semua dari Tun punya kepala hotak. Kita kena akur bab itu.

Sekiranya negara perlu berhutang ketika itu, namun rakyat berpuashati dengan "hasil pulangan" yang mereka nikmati.

Berbanding dengan era selepasnya, Pak Lah dan Najib, apa yang mereka berdua tu ada selain dari menjahanamkan negara terutama Najib yang kita telah meletakkan Malaysia diambang kebangkrapan dengan pelbagai skandal khususnya 1MDB?

Kini cuba bandingkan pula apa sumbangan Abd Rahman Dahlan dan Nik Abduh berbanding TDM.

Jadi sebelum memperlekehkan orang lain, tengoklah kepada diri sendiri dahulu.

Dan mengenai kenyataan Nik Abduh:

"Ketika PAS bersama DAP, PAS dituduh UMNO sebagai tunggangan DAP. Ketika PAS berpecah dengan DAP, PAS dituduh DAP sebagai tunggangan UMNO.
Sedar pun yang UMNO pernah menuduh PAS sebagai tunggangan DAP. Sekarang PAS pula mengikut rentak UMNO menuduh AMANAH kuda tunggangan DAP.

Di bawah ini kita paparkan semula video Almarhum TGNA memuji Mahathir walaupun sebelumnya mereka berdua bermusuhan.


Comments (0)