Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:07 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO] TG Nik Aziz Sendiri Kagumi Mahathir, PAS Saja Yang Degil...

Posted: 17 Jun 2016 01:51 AM PDT

"Dua perkara yang saya kagum dengan beliau (Tun Dr. Mahathir Mohamad)," kata Almarhum TG Nik Abdul Aziz.

"Pertama, dengan keadaan Kelantan di bawah pembangkang tapi beliau luluskan RM600 juta untuk Kelantan yang kemudian diuruskan oleh Tun Daim Zainuddin.

Yang kedua, beliau lantang menyerang Zionis, Yahudi. Ini yang menyebabkan semua negara Arab hormat kepada beliau. Banyak di antara pemimpin negara Arab sendiri yang senyap tak mahu menentang Yahudi dan takut.


Tapi beliau di antara pemimpin yang bukan orang Arab, pemimpin Melayu yang tentang sungguh-sungguh perangai Yahudi dan Amerika.

Ini menyebabkan nama baik Malaysia dimasyhurkan di merata dunia," ujarnya.

Ini bererti TG Nik Aziz memperakui bahawa Mahathir adalah seorang negarawan besar dunia.

Tiada pemimpin UMNO/BN (jauhlah lagi pemimpin PAS) yang seberani dan selantang Mahathir di pentas antarabangsa mengecam tindakan Zionis dan Yahudi.

Malah Mahathir satu ketika pernah dengan lantang menentang dasar-dasar kerajaan Britain dengan "BUY BRITISH LAST" disamping memperkenalkan dasar "PANDANG KE TIMUR".

Tetapi berbeza dengan Najib. Najib begitu Mesra-Barat. Siap bermain golf dengan Obama. Malah ikut telunjuk AS yang menjajah ekonomi dunia melalui TPPA.

Kini Mahathir menggunakan sisa usianya yang ada untuk terus berjuang bersama rakyat, kali ini untuk menumbangkan Najib dan UMNO BN dengan Deklarasi Rakyat. Mahathir kini bersama Pakatan Harapan bagi mempastikan Najib dan UMNO BN dikalah dan disingkirkan bagi SELAMATKAN MALAYSIA.

1MDB merupakan satu bala dan malapetaka bagi negara,yang menyebabkan hutang negara menjadi hampir RM800 bilion. Justeru itu seluruh negara perlu menolak dan singkirkan kepimpinan Najib dan UMNO BN sebelum Malaysia muflis dikerjakannya. Malah nama negara turut tercemar di luarnegara lantaran skandalnya, dan ini amat memalukan rakyat Malaysia....

Cara yang paling dekat ialah rakyat Kuala Kangsar dan Sungai Besar perlu memilih parti AMANAH/PAKATAN HARAPAN!

PAS juga patut dikalahkan kerana teramat jelas PAS kini bersekongkol dengan Najib dan UMNO BN yang zalim itu. Menyokong PAS sama seperti menyokong UMNO, menyokong Najib, menyokong Rosmah, menyokong 1MDB, menyokong Jho Low dan menyokong kemungkaran yang dilakukan mereka.

Malah Presidennya, Haji Abdul Hadi menolak seruan Mahathir supaya singkirkan Najib..

PAS nak jatuhkan UMNO, bukan orang UMNO. PAS nak jatuhkan UMNO, bukan Najib.

Nampaknya PAS ingin berjuang hanya selepas negara menjadi muflis dikerjakan Najib. Bengong!

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan (Surah Hud : 113)


Ayuh rakyat Kuala Kangsar dan Sungai Besar, UNDI CALON AMANAH esok!



Sebuah Jet Peribadi Di Kazakhstan, Apa Tujuannya?

Posted: 16 Jun 2016 07:15 PM PDT

Lagi ‪#‎misterijet‬. Alasan yang diberikan kenapa kerajaan menyewa jet mewah dari Emirates sehingga membazirkan berpuluh juta wang rakyat ialah kerana jet terbaru yang dibeli tahun lepas kini sedang disenggara ("maintenance"). Saya pun cubalah jejaki jet terbaru ini untuk mengesahkan dakwaan itu. Cuma saya terkasima kerana maklumat saya menunjukkan jet itu berada di Kazakhstan. Pulak dah! Mohon sahabat-sahabat tolong saya jejaki jet ini dengan sebarkan kenyataan media saya di bawah.


16 JUN 2016


PERDANA MENTERI PERLU SAHKAN LOKASI JET ACJ320 9M-NAB YANG DILAPORKAN BERADA DI KAZAKHSTAN

Sejak saya mula-mula mendedahkan kontroversi kerajaan menyewa sebuah jet peribadi mewah dari Emirates yang digunakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor untuk ke Istanbul minggu lalu, alasan yang diberikan oleh pihak Datin Seri Rosmah Mansor ialah sewaan jet mewah itu adalah satu keperluan kerana jet terbaru milik kerajaan iaitu ACJ320 9M-NAB kini sedang disenggara ("maintenance") dan tidak boleh digunakan.

Saya telah tunjukkan semalam bagaimana kalau pun benar jet ACJ320 9M-NAB kini tidak boleh digunakan kerana sedang disenggara, Datin Seri Rosmah Mansor boleh sahaja menggunakan satu lagi jet sedia ada iaitu ACJ319 9M-NAA memandangkan sekarang pun ada 2 jet yang beroperasi iaitu ACJ319 9M-NAA dan BBJ737-700 M53-01.

Walau bagaimana pun, saya telah mendapat maklumat dari pemberi maklumat yang membantu saya cuba menjejaki lokasi sebenar jet terbaru ACJ320 9M-NAB untuk mengesahkan kebenaran dakwaan bahawa sewaan jet dari Emirates itu satu keperluan kerana jet terbaru milik kerajaan sedang disenggara.

Saya dimaklumkan bahawa setakat minggu lepas sehingga 12 Jun 2016, jet terbaru milik kerajaan ACJ320 9M-NAB itu berada di Kazakhstan, seperti paparan dari pengkalan data kedudukan pesawat berikut:

Ini menimbulkan tanda tanya kenapa jet yang diubahsuai khusus itu berada di Kazakhstan.

Saya juga menyemak kehadiran syarikat yang berkaitan dengan industri penerbangan mewah yang ada di Kazakhstan untuk mengesahkan kebenaran dakwaan bahawa jet terbaru milik kerajaan itu kini sedang disenggara.

Saya mengakui bahawa sebuah syarikat yang berkaitan dengan Comlux memang ada di Kazakhstan iaitu Comlux Kazakhstan LLC yang operasinya melibatkan sewaan jet dan khidmat-khidmat lain. Saya juga sedia maklum bahawa pada kebiasaannya jika sebuah jet itu sedang disenggara maka Comlux boleh menggantikan sebuah lagi jet lain buat sementara waktu sementara jet disenggara.

Malangnya sehingga kini tidak ada sebarang laporan mengenai aktiviti senggaraan ke atas ACJ320 9M-NAB seperti yang didakwa sedangkan selalunya pergerakan dan aktiviti jet dilaporkan secara terperinci oleh perunding penerbangan seperti Aero Transport Databank (www.aerotransport.org)

Oleh yang demikian, saya menyeru Jabatan Perdana Menteri mengesahkan secara rasmi dan menunjukkan bukti bahawa jet ACJ320 9M-NAB memang berada di Kazakhstan dan sedang melalui proses senggaraan. Kerajaan juga perlu menerangkan kenapa tidak ada jet gentian yang digunakan seperti amalan biasa sehingga perlu menyewa sebuah jet baru dari Emirates yang merugikan rakyat.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

ULASAN GB

GB membaca banyak respons ke atas pendedahan Rafizi di atas.

Kemudian terbaca pula kisah lama mengenai seorang anak sulong Najib berkahwin dengan seorang kerabat Kazakhstan.

Jadi berlegar spekulasi dan persepsi di kalangan rakyat, apakah jet peribadi itu digunakan khusus untuk anak Najib berkenaan? Tiada siapa boleh menghalang rakyat membuat spekulasi dan persepsi sedemikian kerana Najib belum lagi memberitahu sebab-sebab utama jet itu berada di negara tersebut.

Jika benar hal sedemikian, rakyat berhak untuk mempersoalkan bagaimana harta rakyat boleh digunakan untuk hal peribadi keluarga Najib?

Nampaknya misteri jet semakin parah....

Comments (0)