Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:17 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


PAS Diperguna Atau Memang Tak Berguna?

Posted: 01 Jun 2016 01:08 AM PDT

'Kerusi manakah yang PAS 'pinjamkan' kepada DAP?'

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mempersoalkan ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz di muktamar dewan itu semalam yang menyarankan pimpinan PAS untuk mengambil kembali kerusi yang "dipinjamkan" kepada PKR dan DAP dalam pilihan raya yang lalu.

"Saya ingin bertanya kepada Nik Abduh, kerusi manakah yang "dipinjamkan" oleh PAS kepada DAP dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13)?


"Mengikut rekod kami, tidak ada sebarang rundingan kerusi di antara PAS dengan DAP sebelum PRU13 kerana tidak ada pertindihan kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti.

"Justeru itu, soal PAS "meminjamkan" kerusi kepada DAP untuk ditandingi tidak timbul sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga ingin mengingatkan Nik Abduh bahawa DAP merupakan sebuah parti yang telah mengharungi sejarah perjuangan selama 50 tahun dalam arena politik Malaysia.

"Hampir semua kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP dalam PRU13 adalah kerusi-kerusi yang ditandingi sejak tahun 1969 lagi iaitu pilihan raya pertama yang disertai oleh DAP sejak ditubuhkan pada tahun 1966," tambahnya.

Menurut Loke, PAS ada hak dan kebebasan untuk bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya akan datang "tetapi untuk menuntut semula "pinjaman" yang tak pernah wujud adalah satu dusta terhadap DAP".

"Sebagai seorang ahli Parlimen yang bergelar agamawan, saya menyeru beliau supaya lebih bertanggungjawab dalam kenyataannya dan menyampaikan ucapan berlandaskan fakta yang kukuh.

"Hujah beliau yang tidak disokong dengan fakta yang benar merupakan satu cubaan untuk menimbulkan persepsi negatif untuk mengelirukan ahli akar umbi PAS, kononnya hanya PAS sahaja yang berkorban semasa menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat," tegas Loke lagi.

Hakikatnya, kata beliau, ialah PAS juga mendapat kelebihan semasa mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR dan membantu PAS memenangi kerusi-kerusi yang tidak pernah dimenangi oleh mereka terutamanya di negeri-negeri Pantai Barat seperti di Perak, Selangor dan Johor.

"Saya juga berasa kesal dengan sikap angkuh Nik Abduh yang tidak mengenang jasa dan peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membantu PAS melonjak ke politik arus perdana pasca Gerakan Reformasi 1998.

"Umum diketahui bahawa PAS memenangi kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 di atas gelombang kebangkitan rakyat yang dicetus oleh kemarahan terhadap kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar," tegasnya.


'Cukuplah Pas dipergunakan dulu'

KOTA BHARU - Pemuda Pas menyarankan pimpinan Pas mengkaji kembali agihan kerusi Dun dan Parlimen yang bakal ditandingi parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketuanya, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pas perlu mengambil kembali kerusi yang dipinjamkan kepada PKR dan DAP dalam pilihan raya yang lalu.

"Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran di mana tenaga ahli kita 'dipergunakan' oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan, kemudian 'ditinggalkan' begitu sahaja.

"Sekiranya pimpinan ambil langkah berani tanding di kerusi yang selama ini 'dipinjamkan' kepada PKR dan DAP dlm PRU lepas, Pemuda Pas ikrar dan janji untuk ambil seribu satu langkah pastikan kemenangan berpihak kepada Pas," katanya ketika menyampaikan Ucaptama pada Muktamar Pemuda Pas di Kelantan Trade Centre, di sini, hari ini.

Katanya-katanya itu disambut dengan laungan takbir sebanyak tiga kali oleh para perwakilan.

Dalam pada itu, menurutnya pembahagian kerusi itu wajar mengambilkira aspek kekuatan jentera parti di kerusi yang ditandingi disamping pola sokongan pengundi mengikut komposisi umur dan tahap pendidikan.

Beliau juga mengingatkan ahlinya agar bersedia menyambut kedatangan orang-orang Melayu khususnya golongan muda yang sudah berubah tetapi tidak menzahirkan sokongan mereka.

"Mereka sokong Pas tapi belum sedia jadi ahli. Mereka sinis dan cakna perkembangan semasa kerana sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain menerusi Facebook, Twitter, Whatsapp, Instagram dan lain-lain.

"Justeru, Pemuda Pas meraikan hasrat tinggi anak muda yang mahu mendalami sistem politik Islam, evolusi dan penyesuaiannya dalam konteks moden dikembangkan melalui penubuhan sekolah politik di bawah kendalian kita, insya-ALLAH," katanya.

Tambahnya, Pemuda Pas mesti lebih memahami psikologi politik anak muda Melayu di bandar dan pengundi atas pagar dalam memberi kefahaman kepada mereka.
-SH


ULASAN GB

GB tak nak ulas panjang, tetapi umum mengatahui PAS itu PENGKHIANAT. Mengkhianati kepercayaan undi rakyat yang mana di dalam PRU13 dahulu rakyat mengundi PAS di atas dasar Pakatan Rakyat. Walaupun PR belum diluluskan oleh RoS, namun pada masa itu gelombang rakyat ingin menumbangkan BN dan justeru PAS berada di dalam PR maka dengan itu PAS menang di dalam beberapa kawasan DUN dan Parlimen.

Tetapi PAS merasa dirinya kuat jika bersendirian, tak perlu parti lain dan akhirnya tercampak keluar dari Pakatan Rakyat.

Mereka membawa lari kerusi yang dimenanginya di atas PR tetapi mereka menuduh AMANAH membawa lari kerusi PAS.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Rakyat akan terus menolak PAS. PAS kini terkontang-kanting terpaksa membentuk blok ketiga bersama IKATAN yang ahlinya 79 orang kemudian mendabik dada "kami blok yang tak boleh diperguna" oleh sesiapa.

Dan karikatur ini yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian amat menarik.




Kostum "Pahlawan Melayu" Muktamar PAS Jadi Bahan Lucu Oleh Netizen

Posted: 31 May 2016 07:50 PM PDT

Gambar-gambar sekitar Muktamar Pemuda PAS yang berlansung di Kelantan hari ini yang menyaksikan kelainan apabila pemimpin kanannya tampil dengan pakaian seperti pahlawan Melayu telah menjadi viral di media sosial.

Penampilan ketuanya Nik Abduh Nik Mat yang sebelum ini selalu tampil berkopiah hari ini nyata berbeza yang mana beliau hari mengenakan bertanjak dan menyelit keris di pinggang.

Keadaan ini berbeza dengan sebelumnya apabila pemimpin PAS lebih selesa dengan imej biasa mereka berkopiah putih, berserban dan berjubah.


Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Ketua Pemuda Muhammad Khalil Abdul Hadi dan naibnya, Khairul Nizam Khirudin turut berpakaian demikian.

Ke empat-empat mereka diarak bagaikan pahlawan Melayu dalam majlis perasmian muktamar Dewan Pemuda Pas yang berlangsungnya petang ini.

Tampak seperti peragaan pakaian beragam, kata seorang netizen. Macam-macam warna ada.

Namun ia juga menjadi bahan lucu kepada netizen lain yang rata-rata melihat pakaian "pahlawan Melayu" yang dikenakan gagal apabila aura sekeliling tidak dipadankan dengan pakaian berkenaan.

Sebagai contohnya Unit AMAL masih berpakaian moden dengan warna merah hatinya dengan tidak bertombak dan tidak berlembing sepertimana yang terdapat pada hulubalang-hulubalang zaman silam.


Begitu juga suasana dalam dewan yang rata-ratanya adalah berkonsepkan modenasasi dan "pahlawan-pahlawan" ini duduk di kerusi empuk yang tidak berlaku di zaman silam. Sehingga ada yang memberi komen: "Mujur tak tertikam keris di perut bila duduk di kerusi empuk itu".


Ada yang memberikan komen-komen lucu hasil dari gambar-gambar yang diviralkan itu. Misalnya ada yang membuat persamaan dengan Pendekar Mustar bersama-sama dengan tiga pahlawan di dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Allahyarham P.Ramlee.:


Ada pula yang menyamakan pakaian pemimpin PAS itu dengan pakaian pemimpin UMNO yang mengenakan kostum yang hampir serupa.


Malah ada yang menyatakan bahawa pakaian pahlawan PAS itu adalah gambaran kepada persamaan perjuangan PAS dan UMNO masakini.

Tidak kurang juga ada yang memberi persepsi dan interpretasi yang lebih jauh, apakah tema ini sebagai satu "amaran" untuk permulaan perang antara kaum di negara ini?

Ada pula yang agak nakal sedikit menyamakan pakaian itu dengan pakaian yang pernah dipakai oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.


Tetapi ada yang jauh lebih melucukan. Ia tertumpu kepada kostum Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggunakan dua keris.


Dan "anugerah foto paling lucu" pula yang dipilih oleh warga siber ialah juga foto Timbalan Presidennya juga dimana seorang "pahlawan Melayu" memberi tabik... sehingga ada yang memberi komen, agaknya dulu begitu Sultan Melaka beri tabik hormat kepada Hang Tuah yek ...


Demikian episod lucu dan bahana yang menimpa PAS setelah ketiadaan atau kekurangan golongan profesyenal di dalamnya. Mentaliti zero, kata seorang facebooker. Mahu membawa PAS ke era dulu-dulu, era kurang bertamadun, kata seorang yang lain.

Ini muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan selepas golongan progresif meninggalkan untuk membentuk Parti Amanah Negara.

Muktamar ini berlangsung menjelang dua pilihan raya kecil bulan depan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang ditandingi mereka. -GB

Comments (0)