Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


13,589 PENEROKA FELDA DINAFIKAN DUIT RAYA

Posted: 23 Jun 2016 02:02 AM PDT

*KENYATAAN MEDIA*
Hal Ehwal Felda PAS Pusat.


13,589 PENEROKA FELDA DINAFIKAN DUIT RAYA

Mereka semua terdiri dari 'Usahawan' peneroka Felda yang berusaha menguruskan sendiri kebun mereka, sepatutnya mereka ini dianugerahkan peneroka berdikari dengaan perbagai bantuan galakan.

Namun berlaku sebaliknya. Adalah amat malang kerajaan Barisan Nasional menghukum peneroka Felda yang berdikari ini.

Perdana Menteri telah mengumumkan  99,046 peneroka dapat duit raya sebanyak RM500 seorang sebagai hadiah istimewa daripada kerajaan yang melibatkan RM49.52 juta.

Beliau membuat pengumuman ini ketika  berucap merasmikan program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda peringkat kebangsaan 2016 di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3.

Jumlah peneroka Felda 112,635 orang, yang diumumkan hanya 99,046 RM500 seorang. Jika penafian 13,589 peneroka felda dari duit raya untuk tahun ini melibatkan RM6,794,500. satu tindakan yang tidak bertamadun dilakukan kerajaan terhadap sebahagian peneroka felda ketika bersiap menyambut hari lembaran.

Sebelum ini kerajaan juga mengumunkan sumbangan kepada pemilik kebun getah dan juga yang mengabil upah menoreh RM500. Kenapa peneroka yang berdikari ini tidak diberi? Mereka bukan peneroka kah?

Kenapa kerajaan sanggup menafikan hak mereka? PATI pun dibenar balik ke negara asal mereka tanpa dikenakan tindakan untuk balik berhari raya bersama keluarga mereka walaupun masuk secara haram dan jelas melanggar peraturan negara.

Perkara sebegini tidak sewajarnya berlaku ketika rakyat menghadapi keperitan hidup akibat kenaikan harga barangan harian kesan dari GST dan harga komuditi sawit dan getah yang tidak menentu.

Hasil tuaian peneroka juga sangat teruk dan tidak capai pengeluaran yang sepatutnya. Sewaktu peneroka Felda dicengkam kesulitan ini sewajarnya pihak kerajaan memperbanyakan bantuan, bukan menindas mereka.

Pihak Hal Ehwal Felda PAS Pusat merayu dan mendesak  agar kerajaan membuat bayaran semula kepada 13,589 peneroka Felda yang mengusahakan sendiri kebun mereka ini agar mereka dapat sama-sama menyambut hari lembaran tanpa air mata penindasan.

Sekian.

*Naraza Muda*
*Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat*
*23 Jun 2016*

Comments (0)