Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:58 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Dari Seorang Pelakon, Ruminah Sidek Kini Penoreh Getah

Posted: 27 Jun 2016 04:05 AM PDT

Oleh: KEMALIA OTHMAN
 
 
Ruminah bersama suaminya Al Fatah Rahim Ismail ketika diijab kabul pada 17 Mei 2014.
 
 
PETALING JAYA: Pelakon veteran Ruminah Sidek melalui pengalaman berharga dalam hidupnya selain menjadi seorang pelakon iaitu bergelar penoreh getah sejak dua tahun lalu.

Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 70, berkata, pengalaman itu dilaluinya selepas menjadi isteri kepada peneroka Felda Jelai, Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 72.

Ruminah berkata, dia mengambil masa beberapa minggu untuk belajar menoreh daripada suaminya sehingga benar-benar berjaya.

"Mula-mula memang tidak tahu bagaimana cara nak menoreh getah, jadi saya belajar dengan suami sehingga saya menangis kenapa saya tidak pandai-pandai.

"Saya berdoa Allah permudahkankan saya untuk pandai melakukannya kerana saya benar-benar mahu menemani suami setiap pagi ke kebun getah. Sekarang suami pula kagum dengan kebolehan saya.

"Menoreh merupakan rutin kami setiap pagi, saya dan suami akan keluar seawal 6.30 pagi dan pulang kira-kira pukul 9 pagi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Ruminah diminta berkongsi kisah hidupnya selepas menjadi isteri kepada peneroka Felda.

Pasangan ini bernikah dalam sebuah majlis sederhana di Klang, Selangor pada 17 Mei 2014.

Ruminah mengakui dia sedang melalui kehidupan baharu yang sangat bahagia sejak mereka berkahwin.

Dia juga banyak manghabiskan masanya menjalani kerja-kerja yang tidak pernah dilakukan dalam hidupnya sebelum ini.

"Selain menoreh banyak juga perkara baru saya belajar seperti memancing, suami suka memancing di laut jadi dia bawa sekali. Ada suatu hari kami memancing sehingga di sempadan Johor bersama rakan-rakannya," ujar Ruminah.

Kemesraan Ruminah Sidek dan suaminya pada hari perkahwinan mereka.
 
Sementara itu lebih menarik tambah Ruminah, dia turut berasa dihargai apabila sering diundang menjadi tetamu dan memberi ucapan dalam majlis anjuran sekolah-sekolah berhampiran tempat tinggalnya itu.

Dia tidak menyangka kehadirannya mendapat perhatian dan diterima dengan hati terbuka oleh masyarakat Felda berkenaan.

"Sejak berkahwin saya dan suami banyak mendapat jemputan untuk hadir majlis-majlis penting di kawasan Felda itu termasuk sekolah-sekolah.

"Mereka suruh saya beri ucapan, malah mereka juga adakan majlis menayangkan filem-filem lama saya untuk tontonan tetamu dan pelajar-pelajar sekolah itu," ujarnya.

Katanya, sejak berkahwin dia tidak pernah berasa susah hati terutamanya dalam hal menguruskan kehidupan.

"Hati saya senang sahaja, tidak fikir masalah dan tidak fikir duit cukup atau tidak kerana semua suami yang uruskan.

"Sampai baju atau keperluan harian lain dia yang uruskan, setiap kali saya mahu keluarkan duit, dia tidak benarkan," ujarnya.

Tambah Ruminah, perkara-perkara berkenaan juga membuatkan berat badannya kini meningkat sehingga 70 kilogram.

"Orang kampung kata saya sudah berisi sekarang, bila timbang memang sudah 70 kilogram daripada 
sebelum ini hanya 64 kilogram.

"Saya ingat sudah tidak boleh gemuk, rupa-rupanya bila hati senang dan gembira badan kita boleh naik juga," ujarnya.

Ruminah berkata, dia bersyukur kehidupannya kini dianggap sebagai hadiah Allah dalam menghabiskan sisa hidupnya.

Dia juga tidak pernah membayangkan dapat menjalani kehidupan sebegini indah pada akhir-akhir usianya.

Sementara itu, bercakap soal kerjaya lakonan, Ruminah berkata, dia masih menerima tawaran bagi menyokong industri lakonan tanah air.

Katanya, lakonan sudah menjadi darah dagingnya yang tidak akan ditinggalkan begitu sahaja.

"Saya masih sihat dan boleh berlakon, suami juga benarkan saya berlakon dan dia selalu hantar ke Kuala Lumpur jika ada penggambaran.

"Kadang-kadang nak tolak tapi rasa tidak elok pula sebab mereka beritahu tiada ramai pelakon yang boleh bawa watak nenek. Tapi dalam sebulan selalunya hanya beberapa hari sahaja saya ada penggambaran," katanya.

Malaysia tak perlukan lebih daripada 20 menteri

Posted: 27 Jun 2016 03:38 AM PDT

 
 
ULASAN Berita rombakan kabinet yang akan berlaku dalam masa terdekat ini memberi ruang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melakukan reformasi kepada struktur kabinet sedia ada yang dilihat gagal berfungsi.

Tiga reformasi kabinet;

1) Mengecilkan jumlah menteri di Jabatan Perdana Menteri
2) Melantik menteri kewangan sepenuh masa
3) Mengecilkan saiz kabinet kepada 20 perjawatan menteri penuh

Kepimpinan untuk penggal kedua Najib pasca PRU ke-13 telah mula berkuat kuasa pada 15 Mei 2013.
Dari tarikh tersebut, dua kali rombakan kabinet telah berlaku iaitu pada 25 Jun 2014 dan 28 Julai 2015.

Rombakan pada 28 Julai 2015 menyaksikan pemecatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Antara 28 Julai 2015 dan penamatan tempoh perkhidmatan dua penggal senator Datuk Seri Idris Jala pada 2 September 2015, kabinet Najib mengandungi 37 orang menteri dan 32 orang timbalan menteri.

Pada tempoh tersebut, Jabatan Perdana Menteri telah mencatatkan jumlah seramai 11 orang menteri penuh (tidak termasuk PM dan TPM).

Langkah reformasi pertama yang perlu dilakukan oleh Najib ialah dengan mengecilkan jumlah terebut. Untuk rekod, jumlah menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum PRU 13 hanyalah 5 orang sahaja! Mampukah Najib lakukannya?

Atau setidak-tidaknya, dengan penamatan perkhidmatan Idris Jala dan Tan Sri Abdul Wahid Omar, diharap tiada lagi penambahan perjawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tambahan lagi, memandangkan tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Datuk Paul Low dalam mengangkat isu-isu integriti dan anti korupsi, saya mencadangkan agar beliau bersara dari kabinet dan tiada perlantikan baru dibuat bagi mengisi kekosongan tersebut.

Dari sudut yang lain pula, 'panglima perang' atau warlords Umno seperti Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Azalina Othman bolehlah mempengerusikan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu parlimen untuk memainkan peranan yang lebih.

Tidak perlulah sehingga terpaksa 'disumbat' semahu-mahunya di Jabatan Perdana Menteri ini.

Mewujudkan jawatankuasa-jawatankuasa khas parlimen untuk memposisikan warlord Umno bagi saya merupakan langkah 'menang-menang'Najib untuk mengawal sekaligus memastikan kabinetnya dapat terus digerakkan oleh menteri-menteri yang kompeten.

Pemimpin komponen BN seperti Datuk Mah Siew Keong, Datuk Wee Ka Siong, Datuk Seri Joseph Kurup dan Datuk Joseph Entulu perlu diberikan peluang menjadi menteri di kementerian-kementerian tertentu, bukan sekadar 'asal boleh' menempatkan mereka di Jabatan Perdana Menteri dengan tanggungjawab yang amat kecil dan tidak signifikan.

Reformasi kedua yang mesti dilakukan oleh Najib ialah memisahkan bidang kuasa perdana menteri dari kementerian kewangan.

Skandal 1MDB merupakan indikasi jelas bahawa perdana menteri dan menteri kewangan tidak boleh diterajui oleh satu individu yang sama. Keadaan ekonomi global dan cabaran semasa yang bakal kita hadapi kini menjadi asas yang kuat bahawa seorang menteri kewangan sepenuh masa amat diperlukan

Secara peribadi, saya tidak melihat keupayaan menteri kewangan kedua, Husni Hanadzlah untuk mengepalai kementerian ini. Hemat saya, Datuk Seri Mustapha Mohamad lebih wajar memainkan peranan tersebut.

Reformasi yang ketiga ialah dengan mengecilkan saiz kabinet sedia ada. Kabinet yang kecil tetapi efektif telah diamalkan di negara-negara demokrasi hari ini dan kebanyakkannya dengan disisipkan menteri-menteri junior atau junior ministers.

Cadangan saya;

Kementerian Pendidikan serta Pendidikan Tinggi disatukan dibawah satu kementerian. Tiada keperluan memisahkan antara keduanya;

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan digabungkan dalam satu kementerian. Pemisahan antara keduanya membuatkan koordinasi dasar antara kedua-duanya lebih sukar;

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Perusahaan Perladangan dan Komoditi digabungkan menjadi satu;

Tiga 'kementerian kecil' yang wujud untuk menampung perjawatan junior ministers dari Sabah dan Sarawak iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar perlu digabungkan menjadi satu bagi memastikan koordinasi polisi yang lebih baik dan bersepadu. Bahkan jika ada perjawatan menteri baru yang ingin dilantik dalam kerangka maksud yang sama, ia mestilah tetap berada dibawah satu Kementerian.

Dua lagi harapan saya ialah;

Menteri yang baru dapat dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Anifah Aman di Kementerian Luar Negeri.
Cabaran yang dihadapi di rantau ini kian memuncak khususnya di Laut Cina Selatan. Saya melihat Anifah gagal memainkan peranannya dengan efektif dan perlu diganti.

Kementerian Wilayah Persekutuan dimansuhkan. Sebagai ganti, Kerajaan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diwujudkan manakala pilihan raya Kerajaan Tempatan mengambil tempat di Putrajaya. Begitulah juga perihal Labuan di Sabah.


LIEW CHIN TONG adalah Pengarah Pendidikan Politik DAP dan Ahli Parlimen Kluang.

‘Bila PRU? Saya tak tahu lagi’ kata Najib

Posted: 27 Jun 2016 03:38 AM PDT


Najib
Najib Tun Razak

PUTRAJAYA -  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih berteka-tike apabila  ditanya sama ada barisan Kabinet ini adalah sebagai persediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Najib berkata: "Ia bergantung bila pilihan raya umum akan datang akan diadakan."

Kepada soalan bila beliau akan mengadakan pilihan raya umum, katanya: "Saya tak tahu lagi."

Ketika ditanya jika beliau sedar tentang rancangan Husni untuk bersara, Najib berkata Husni telah memaklumkan kepada beliau tentang hasratnya untuk bersara dan ia harus dihormati.

"Beliau sudah bersedia untuk bersara," katanya.

"Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh beliau selama ini," katanya yang dipetik laporan Bernama.

Kepada soalan kenapa tiada wanita dipilih untuk mengisi jawatan dalam rombakan Kabinet kali ini, Najib berkata: "kami boleh sentiasa isi pada bila-bila masa. Tidak perlu bimbang mengenainya."


Aktivis tanah NCR sentiasa berhadapan ancaman, kata Nurul Izzah

Posted: 27 Jun 2016 03:35 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
 Nurul mahu perjuangan Allahyarham Hasbi diteruskanNurul mahu perjuangan Allahyarham Hasbi diteruskan


Keselamatan aktivis yang memperjuangkan hak tanah adat bumiputra (NCR) di Sarawak semakin terancam apabila ada antara mereka sering mendapat ugutan dan ancaman oleh syarikat berminat mengambil tanah terbabit bagi tujuan mendapatkan hasil balak.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata beliau dimaklumkan perkara sama turut kerap dilalui Allahyarham Bill Kayong atau nama Islamnya, Mohamad Hasbi Abdullah sehinggalah membawa kepada pembunuhan beliau.

Keselamatan mereka yang memperjuangkan isu tanah adat ini terancam kerana kami dapat maklumat daripada Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo, bekas calon Adun kita di DUN Muru, Abun Sui Anyit, begitu ramai diugut oleh syarikat besar yang terlibat dengan pengambilalihan tanah untuk balak.

"Kita desak pihak berkuasa tidak mudah memberi alasan tidak cukup bukti, atau kurang masa kerana isu ini membelenggu rakyat Sarawak khususnya aktivis dan pejuang keadilan," kata Nurul Izzah seperti dilaporkan SelangorKini.

Jelasnya, perjuangan Allahyarham Hasbi hendaklah diteruskan supaya usaha dan pengorbanannya sebelum ini tidak menjadi sia-sia begitu sahaja.

Semasa hayatnya, meperjuangkan isu tanah adat Sarawak begitu dekat dihatinya sehingga menimbulkan perasaan kurang senang sesetengah pihak.

Allahyarham Hasbi yang juga Setiausaha KEADILAN Cabang Miri ditemui mati ditembak di Miri, pada 21 Jun lalu.

Beliau yang turut memimpin pelbagai NGO lain itu ditembak mati di lampu trafik berhampiran pusat membeli belah E-mart di Jalan Permyjaya-Kuala Baram di Senadin, Miri.

Allahyarham Bill Kayong atau nama Islamnya Mohamad Hasbi Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lambir di Jalan Lusut, Kampung Tunku Abdul Rahman kira-kira jam 3.00 petang semalam seperti mana permintaan keluarganya.

Upacara pengkebumian itu dihadiri hampir 1,000 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai Allahyarham sehingga menyebabkan keadaan jalan di situ menjadi sesak dengan deretan kereta yang diletakkan di bahu-bahu jalan.

Walaupun keadaan cuaca agak panas terik, orang ramai terus berpusu-pusu bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Upacara itu turut dihadiri beberapa pemimpin parti politik seperti Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ramai lagi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham di bawa mengeliling bandar Miri sambil diiringi kumpulan bermotorsikal berkuasa besar oleh ahli kumpulan Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) yang dianggotainya dan anggota polis trafik.

Allahyarham yang juga Setiausaha KEADILAN Cabang Miri ditemui mati ditembak di Miri, pada 21 Jun lalu.

Beliau yang turut memimpin pelbagai NGO lain ditembak di lampu trafik berhampiran pusat membeli belah E-mart di Jalan Permyjaya-Kuala Baram di Senadin, Miri.

Selangor lantik Hakim wanita Mahkamah Tinggi Syariah pertama di Malaysia

Posted: 27 Jun 2016 03:28 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Dua hakim wanita di mahkamah syariah Selangor.Dua hakim wanita di mahkamah syariah Selangor.


Selangor menjadi negeri pertama melantik Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam kalangan wanita bagi mengukuhkan lagi peranan institusi kehakiman di negeri ini.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada Noor Huda Roslan dan Nenney Shuhaidah Shamsuddin di Istana Bukit Kayangan, di sini, laporan Selangorkini dipetik.

Pelantikan berkuatkuasa pada 27 Jun itu dibuat selaras dengan Subseksyen 58 (1) dan Sekyen 59 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

Bercakap pada sidang media, Nenny Shuhaida berkata, tangungjawab diamanahkan kepada beliau akan dizahirkan secara telus dan adil.

"Ia peluang yang baik kepada pegawai syariah wanita di Malaysia, namun ia menjadi tangungjawab dan amanah yang berat untuk dilaksanakan.

"Namun kami akan menjalankan tugas ini dengan amanah dan adil kepada masyarakat secara amnya," katanya kepada pemberita.

Sementara Noor Huda Roslan berkata, pelantikan tersebut menjadi pendorong kepada golongan wanita untuk lebih berdaya saing secara sihat dengan kaum lelaki.

"Untuk menjadi hakim itu bukan perlu diukur disebalik perbezaan gender, namun ia lebih menjurus kepada bagaiamana keupayaan seseorang itu untuk menguasai perundangan berkaitan syariah.

"Tidak kira lelaki atau perempuan jika individu itu mampu menggalas tugas diberikan, ia sudah tentu tidak menjadi masalah," katanya.

Ditanya wujudnya tanggapan negatif sesetengah pihak berhubung pelantikan itu, Noor huda berkata stigma mengenai pertikaian tersebut perlu diubah bagi ke arah mengukuhkan lagi peranan institusi kehakiman negara.

"Dalam konteks mahkamah syariah di Selangor, bidang perundangan kita hanya tertumpu kepada isu takzir yang langsung tidak melibatkan hukum hudud.

"Fokusnya lebih tertumpu kepada isu kekeluargaan, harta dan hukum-dalam perkahwinan," katanya.

Menjelang rombakan: Najib dicadang kecilkan kabinet

Posted: 27 Jun 2016 03:23 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Liew Chin Tong minta Najib kecilkan sais kabinet.Liew Chin Tong minta Najib kecilkan sais kabinet.


Menjelang pengumuman penyusunan semula Kabinet, DAP meminta perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuat tiga perkara, iaitu mengecil jumlah menteri di Jabatan Perdana Menteri, melantik menteri kewangan sepenuh masa dan mengecilkan sais kebinet kepada 20 menteri sahaja.

Cadangan itu dikemukakan oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Menurutnya, rombakan pada 28 Julai 2015 menyaksikan pemecatan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Shafie Apdal.

Antara 28 Julai 2015 dan penamatan tempoh perkhidmatan dua penggal senator Idris Jala pada 2 September 2015, kabinet Najib mengandungi 37 orang Menteri dan 32 orang Timbalan Menteri.
Pada tempoh tersebut, Jabatan Perdana Menteri telah mencatatkan jumlah seramai 11 orang menteri penuh (tidak termasuk PM dan TPM).

"Langkah reformasi pertama yang perlu dilakukan oleh Najib ialah dengan mengecilkan jumlah terebut. Untuk rekod, jumlah menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum PRU 13 hanyalah 5 orang sahaja! Mampukah Najib lakukannya?" soal beliau.

Atau setidak-tidaknya, kata beliau, dengan penamatan perkhidmatan Idris Jala dan Abdul Wahid Omar, diharap tiada lagi penambahan perjawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Tambahan lagi, memandangkan tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Paul Low dalam mengangkat isu-isu integriti dan anti korupsi, saya mencadangkan agar beliau bersara dari kabinet dan tiada perlantikan baru dibuat bagi mengisi kekosongan tersebut," katanya.

Dari sudut yang lain pula, beliau mencadangkan,  'panglima perang' atau warlords UMNO seperti Shahidan Kassim dan Azalina Othman bolehlah mempengerusikan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu parlimen untuk memainkan peranan yang lebih. Tidak perlulah sehingga terpaksa di'sumbat' semahu-mahunya di Jabatan Perdana Menteri ini, katanya.

"Mewujudkan jawatankuasa-jawatankuasa khas parlimen untuk memposisikan warlord UMNO bagi saya merupakan langkah 'menang-menang'Najib untuk mengawal sekaligus memastikan kabinetnya dapat terus digerakkan oleh menteri-menteri yang kompeten," katanya.

Pemimpin komponen BN seperti Mah Siew Keong, Wee Ka Siong, Joseph Kurup dan Joseph Entulu perlu diberikan peluang menjadi menteri di kementerian-kementerian tertentu, bukan sekadar 'asal boleh' menempatkan mereka di Jabatan Perdana Menteri dengan tanggungjawab yang amat kecil dan tidak signifikan, kata Liew.

Reformasi kedua yang mesti dilakukan oleh Najib ialah memisahkan bidang kuasa Perdana Menteri dari Kementerian Kewangan. Skandal 1MDB merupakan indikasi jelas bahawa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak boleh diterajui oleh satu individu yang sama.

"Keadaan ekonomi global dan cabaran semasa yang bakal kita hadapi kini menjadi asas yang kuat bahawa seorang Menteri Kewangan sepenuh masa amat diperlukan.

"Secara peribadi, saya tidak melihat keupayaan Menteri Kewangan kedua, Husni Hanadzlah untuk mengepalai kementerian ini. Hemat saya, Mustapha Mohamad lebih wajar memainkan peranan tersebut," katanya.

Reformasi yang ketiga ialah dengan mengecilkan saiz kabinet sedia ada. Kabinet yang kecil tetapi efektif telah diamalkan di negara-negara demokrasi hari ini dan kebanyakkannya dengan disisipkan menteri-menteri junior atau junior ministers.

Cadangan beliau adalah:

Kementerian Pendidikan serta Pendidikan Tinggi disatukan dibawah satu kementerian. Tiada keperluan memisahkan antara keduanya;

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan digabungkan dalam satu kementerian. Pemisahan antara keduanya membuatkan koordinasi dasar antara kedua-duanya lebih sukar;

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Perusahaan Perladangan dan Komoditi digabungkan menjadi satu;

Tiga 'kementerian kecil' yang wujud untuk menampung perjawatan junior ministers dari Sabah dan Sarawak iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar perlu digabungkan menjadi satu bagi memastikan koordinasi polisi yang lebih baik dan bersepadu. Bahkan jika ada perjawatan menteri baru yang ingin dilantik dalam kerangka maksud yang sama, ia mestilah tetap berada dibawah satu Kementerian.

Dua lagi harapan beliau ialah;

1) Menteri yang baru dapat dilantik bagi menggantikan Anifah Aman di Kementerian Luar Negeri. Cabaran yang dihadapi di rantau ini kian memuncak khususnya di Laut Cina Selatan. Saya melihat Anifah gagal memainkan peranannya dengan efektif dan perlu diganti.

2) Kementerian Wilayah Persekutuan dimansuhkan. Sebagai ganti, Kerajaan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diwujudkan manakala pilihan raya Kerajaan Tempatan mengambil tempat di Putrajaya. Begitulah juga perihal Labuan di Sabah.

Pas Kedah nafi kerjasama dengan Umno, minta Mukhriz tidak jadi Nujum

Posted: 27 Jun 2016 03:20 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Pesuruhjaya Pas Kedah Ahmad Fakhrudin nafi dakwaan Mukhriz.Pesuruhjaya Pas Kedah Ahmad Fakhrudin nafi dakwaan Mukhriz.


Pas Kedah menafikan dakwaan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa wujud perjanjian antara Umno dan Pas untuk berbahagi negeri membabitkan Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pesuruhjaya Pas Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, selain berunsur fitnah, dakwaan itu hanya cubaan mencipta persepsi negatif dan propaganda buruk yang tidak layak dikeluarkan oleh seorang yang pernah menjawat jawatan menteri besar.

"Pas Negeri Kedah sama sekali tidak pernah menghulur salam mahupun menyambut sebarang usaha atau mengadakan perjanjian sebagaimana dimaksudkan hingga seolah-olah pemerintahan boleh dipotong bahagi seperti kuih bengkang.

"Datuk dinasihat agar lebih profesional dan menjadi diri Datuk yang sebenar-benar serta menumpukan tanggung jawab selaku Adun. Datuk tidak perlu lagi menjadi boneka atau Nujum Pak Belalang," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, dalam sidang media pertama selepas dipecat daripada Umno, Mukhriz memberi amaran kepada Umno Kedah agar bersiap sedia mengembalikan kerajaan negeri kepada Pas kerana mengesyaki ada pakatan antara dua parti itu.

Mengulas lanjut Ahmad Fakhruddin mengingatkan Mukhriz bahawa beliau dijatuhkan oleh kumpulan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah atas alasan kelemahan pemerintahannya akan memberi peluang Pas mengambil kembali Kedah.

"Tidak mungkin mereka yang membunuh politik Datuk atas sebab itu tiba-tiba hendak melepaskan Kedah kepada PAS?" soalnya.

Menurut beliau juga, Pas mengemukakan pendekatan politik matang dan sejahtera (BPMS) dengan mengamalkan politik berteraskan demokrasi mandat daripada rakyat.

"Pas tidak menjadikan jalan singkat, pemerdayaan dan tipu muslihat untuk merampas kedudukan. Pas juga tidak dayus untuk membiarkan Umno terus bermaharajalela dengan maksiat dan kemungkaran pemerintahan," tegasnya.

Pas sebaliknya kata beliau,  mahukan mandat yang kuat daripada rakyat menerusi demokrasi adil mengikut penggal dan tatacaranya.

"Pas komited menentang Umno/BN dengan menyediakan kekuatan di seluruh negara. Iaitulah menandingi kerusi pilihan raya di mana sahaja Umno bertanding hingga dapat menurunkan Umno/BN dari tampuk pemerintahan negeri serta Putrajaya.

"Pas berpendirian bahawa Umno adalah liabiliti yang membebankan untuk dipikul serta wajib ditolak. Dosa Umno terlalu berat untuk ditanggung dan Malaysia mesti segera diselamatkan," katanya.

Pas lantik Nik Amar pengerusi post mortem punca kalah teruk dalam PRK

Posted: 27 Jun 2016 03:17 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Nik Amar Abdullah akan kaji kenapa Pas kalah teruk dalam dua PRK.Nik Amar Abdullah akan kaji kenapa Pas kalah teruk dalam dua PRK.


Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah akan mempengerusikan Jawatankuasa Post Mortem bagi mengkaji keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun lepas yang menyaksikan Pas kalah teruk.

Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata jawatankuasa itu akan menyiapkan laporan sehingga akhir Ogos depan.

Katanya, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca-punca kekalahan Pas di kedua-dua kawasan PRK terbabit.

"Berdasar kepada pemerhatian awal Pas tidak kurang sokongan walaupun gagal memenangi PRK berkenaan.

"Ini kerana undi teras Pas masih kekal. Sebaliknya penyokong PKR dan DAP berpaling arah di mana ada yang menyokong calon BN atau Amanah," katanya sebagaimana dilaporkan lidah rasmi Pas, Harakahdaily hari ini.

Beliau juga berkata post mortem itu juga akan menilai pengendalian perjalanan pilihan raya secara terperinci.
Pada PRK tersebut Pas hanya menduduki tempat ketiga di Sungai Besar selepas BN dan Amanah manakala di Kuala Kangsar Pas menduduki tempat kedua.

Jumlah undi yang diperolehi oleh Pas dalam kedua-dua PRK ini lebih rendah dari yang mereka perolehi dalam pilihan raya umum 2004 lalu, iaitu pilihan raya yang paling teruk dalam sejarah pencapaian pilihan raya Pas dalam tempoh lebih 20 tahun.

Di Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh majoriti 6,969 undi mengatasi calon Pas Dr Najihatussalehah Ahmad dan Amanah Dr Ahmad Tarmizi Ramli.

Di Sungai Besar pula Budiman Mohd Zohdi mendapat majoriti 9,191 undi mengatasi calon Amanah, di tempat kedua dan calon Pas di tempat ketiga.

Takiyuddin juga menyambut baik tindakan Pas Kelantan tidak mahu memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding di beberapa kerusi pilihannya.

"Bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan PAS Pusat untuk menentukannya," ujar beliau.

Wabak campak meningkat

Posted: 27 Jun 2016 03:11 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA: Sebanyak 873 kes wabak measles atau campak dilaporkan sehingga minggu pertama bulan ini, sekaligus menunjukkan peningkatan 340 peratus berbanding 197 kes untuk tempoh sama tahun lalu.
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes demam campak itu disebabkan kanak-kanak tidak mendapatkan imunisasi.
 
Beliau berkata majoriti wabak membabitkan rumah persendirian (63.6 peratus), diikuti institusi (28.8 peratus) dan komuniti (7.6 peratus)."
 
"Sepanjang tahun 2015, terdapat 1,318 kes wabak demam campak dengan dua kematian dan belum ada kematian pada tahun ini," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya pada Ahad.
 
Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 66 kes wabak demam campak dilaporkan sehingga minggu pertama bulan ini, iaitu peningkatan hingga lima kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
 
"Pada 2014, hanya 11 wabak demam campak dilaporkan (bagi tempoh berkenaan) dan meningkat kepada 57 wabak pada 2015," katanya.
 
Bagi wabak cacar air atau chicken pox, Dr Noor Hisham berkata, 109 kes dilapor pada tahun ini iaitu menurun 34.7 peratus berbanding 167 pada 2015 dan 125 pada 2014.
 
Katanya, tiada kematian akibat cacar air pernah dilaporkan dalam tempoh tiga tahun, serta majoriti kes bagi tahun ini melibatkan institusi (90 peratus) seperti taska, tadika, pusat jagaan harian dan pusat tahanan.
 
Beliau berkata, demam campak dan cacar air adalah penyakit cegahan vaksin yang sangat mudah berjangkit melalui udara dan sentuhan langsung kepada titisan cecair pesakit.
 
Katanya, imunisasi demam campak akan diberikan kepada kanak-kanak pada umur sembilan dan 12 bulan, manakala imunisasi cacar air tidak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan.
 
Menurutnya, gerakan antivaksin turut memberi kesan kepada liputan imunisasi sehingga menyebabkan liputan itu boleh menurun sehingga kurang daripada 95 peratus.
 
Katanya data dari klinik kesihatan menunjukkan bilangan kes yang menolak vaksin dalam kalangan ibu bapa meningkat daripada 470 kes pada 2013 kepada 1,292 kes pada tahun 2014.
 
Dr Noor Hisham menarik perhatian bahawa campak dan cacar air adalah sejenis penyakit yang amat mudah merebak dan kanak-kanak yang dijangkitinya perlu diasingkan dan tidak dihantar ke pusat asuhan, taska, tadika atau sekolah.
 
Katanya, ibu bapa dinasihatkan bekerjasama dengan memastikan anak-anak mereka mendapat imunisasi, sama ada pada tarikh hari lahir pertama anak atau semasa kempen imunisasi campak dijalankan dalam komuniti.
 
"Tindakan bijak kita akan menurunkan risiko jangkitan campak dan mengurangkan keterukan penyakit serta mencegah kematian," katanya.
 
 

Mukhriz boleh sertai PAS jika mahukan jawatan MB Kedah semula

Posted: 27 Jun 2016 03:09 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Sekiranya Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahukan jawatan Menteri Besar Kedah semula, beliau boleh menyertai PAS untuk merampas kembali kedudukan itu daripada Barisan Nasional (BN), demikian tawaran daripada Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
"Beliau kena masuk PAS, baru boleh jadi Menteri Besar semula. Barulah hatinya boleh puas. 
 
"Hal ini kerana beliau akhirnya dapat menumpaskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah yang memberontak terhadapnya sehingga beliau kehilangan jawatan sebagai menteri besar," katanya yang dipetik FMT.
 
Semalam Mukhriz mendakwa terdapat usaha memberi jalan kepada PAS menubuhkan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
 
Katanya Umno Kedah bakal kehilangan negeri itu disebabkan adanya "pakatan peringkat tertinggi" Umno-PAS.
 
Tuan Ibrahim berkata PAS akan terus berusaha merampas semula Kedah daripada Umno.
 
"PAS tetap akan bertanding melawan Umno di Kedah. Penentu kemenangan ialah rakyat dan bukannya mana-mana parti politik," katanya.
 
Beliau turut mengingatkan Mukhriz mengenai sokongan ahli Dewan Undangan Negeri dari pembangkang ketika mengadakan pertemuan dengan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dulu.
 
"Harap-harap Mukhriz ingat semula siapa yang dokong dia dan siapa yang tidak dokong dia ketika istana minta berjumpa dengan semua Adun dari pembangkang dan BN," jelasnya.
 
 

Muhyiddin berhak tubuh parti baru dan tanding PRU14 - Rais Yatim

Posted: 27 Jun 2016 03:02 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sama ada sebagai calon bebas ataupun menubuhkan parti baru.
 
Namun menurut Veteran Umno Tan Sri Dr Rais Yatim, sebelum Muhyiddin memilih jalan itu, ahli Parlimen Pagoh berkenaan hendaklah mengambil kira kesan daripada keputusan yang bakal diambilnya kelak.  
 
"Negara kita (amalkan) demokratik jadi semua hak itu harus dihormati walaupun dalam situasi Muhyiddin yang sudah tidak menjadi ahli Umno. Jika beliau berhasrat bertanding di Pagoh, tiada siapa yang boleh menghalang.
 
"Tentulah beliau akan bertanding atas tiket yang lain sama ada bebas ataupun atas nama parti lain. Perkara itu perlu ditimbang sedalam-dalamnya sebelum beliau nak mengambil tindakan," katanya kepada Antarapos.
 
Semalam Muhyiddin memberitahu akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh tetapi masih belum membuat keputusan sama ada bertanding atas tiket bebas ataupaun menyertai parti sedia ada.
 
Jumaat lalu Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan untuk memecat Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta merta daripada parti itu.
 
Pemecatan itu dibuat kerana mereka sering mempersoalkan pemimpin tertinggi Umno bersabit isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion, meskipun ia masih dalam siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Kedua-dua mereka juga kerap kali menyertai pembangkang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Deklarasi Rakyat yang dipimpin bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.
 
Ketika ditanya mengenai kebarangkalian Muhyiddin mewujudkan parti baru bersama Mukhriz dan Mahathir, Rais tidak menolak kemungkinan itu.
 
Malah beliau berkata jika itu yang berlaku, ia bakal memecahkan lagi undi Melayu yang sedia ada.
 
 

Sanjeevan hadapi dakwaan baru

Posted: 27 Jun 2016 03:00 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Polis dijangka menahan Pengerusi MyWatch, Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan atas dakwaan baru berhubung peras ugut hari ini.
 
Menurut Mohan, adiknya masih dirawat di Hospital Seremban sejak Khamis lalu selepas mengalami "sakit dada ringan dan sakit teruk di tangan kanannya."
 
"Reman lima hari itu sepatutnya tamat hari ini dan kami jangka dia sama ada didakwa atau dibebaskan.
 
"Bagaimanapun, pegawai penyiasat (yang ditugas mengendalikan kes itu) tidak dapat dihubungi apabila peguam kami cuba menghubungi beliau beberapa kali bagi mendapatkan perkembangan terkini," kata Mohan kepada FMT.
 
Tambahnya, polis hanya "soal siasat" Sanjeevan kira-kira 20 minit sepanjang lima hari ini.
 
Kini, keluarganya diberitahu Sanjeevan akan ditahan dan direman semula hari ini atas pertuduhan lain yang dipercayai peras ugut.
 
Mohan berkata, keluarganya percaya ini adalah konspirasi polis untuk menutup mulut Sanjeevan daripada terus membuat pendedahan.
 
Sanjeevan, 32, ditahan Rabu lalu susulan aduan seorang pemilik perniagaan judi haram yang mendakwa menerima panggilan Pengerusi MyWatch itu meminta wang "perlindungan" sebanyak RM25,000.
 
Sanjeevan didakwa mengugut akan mendedahkan urus niaga pengadu itu dalam Facebook kepada media atau polis, jika dia gagal membayar wang perlindungan itu.
 
Polis kemudiannya memasang "perangkap" susulan aduan itu.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mendedahkan tiga lagi individu tampil mendedahkan mereka diperas ugut Sanjeevan.
 
 

Najib umum barisan Kabinet baru

Posted: 27 Jun 2016 02:58 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, mengumumkan rombakan Kabinet baru yang menyaksikan pelantikan dua menteri penuh serta empat timbalan menteri baru.
 
Najib turut mengumumkan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berundur dari barisan Kabinet baru ini.
 
Beliau berkata Husni meminta untuk berundur atas sebab peribadi.
 
Dua menteri penuh yang dilantik ialah Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
 
Beliau mengambil alih portfolio Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
 
Selain itu, Perdana Menteri berkata, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Ghani dilantik sebagai Menteri Kewangan II.
 
Penyusunan semula jawatan menteri dan timbalan menteri:
 
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Kiong
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan
 
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar
 
Menteri Kewangan II, Datuk Johari Ghani
 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz
 
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datu Nasrun Datu Mansur
 
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong
 
Timbalan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong
 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri K Devamany
 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong
 
 
 

PH tunggu masa sesuai 'lamar' Muhyiddin, Mukhriz

Posted: 27 Jun 2016 02:54 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk menerima penyertaan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam gabungan pembangkang itu.
 
Namun Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Datuk Saifuddin Abdullah, berpendirian adalah lebih baik menunggu masa yang sesuai bagi 'melamar' kedua-dua bekas pemimpin yang dipecat daripada Umno baru-baru ini.
 
"Kita sentiasa terbuka untuk Tan Sri Muhyiddin menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan, tetapi adalah tidak cantik untuk kita sebut perkara ini secara terbuka begini. 
 
"Kita menghormati kedudukan dan ketokohan beliau jadi tidak manis untuk dibincang secara begini," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian dalam mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin bahawa dirinya dan Mukhriz masih belum membuat keputusan berkaitan platform mana yang akan dipilih kerana masih terlalu awal untuk diputuskan.
 
Malah bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga turut berkata banyak pihak mahu beliau menyertai gabungan pembangkang bagaimanapun tidak menolak untuk bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pagoh pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
 
Menjawab perkara itu, Saifuddin berkata gabungan pembangkang akan menyokong langkah Muhyiddin untuk bertanding sebagai calon Bebas selagi perkara itu selari dengan perjuangan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan baru di Putrajaya.
 
"Kita PH sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan semua parti pembangkang dan termasuk calon Bebas, yang selari dengan perjuangan kita. Sebab pada kita yang utama ialah membentuk blok pembangkang yang lebih besar," jelas Saifuddin.
 
Muhyiddin sebelum dipecat pada Jumaat lalu, sebelum ini dilihat 'mesra' pembangkang apabila menyertai Deklarasi Rakyat yang dipimpin bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang bertujuan bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
Turut serta dalam deklarasi berkenaan Mukhriz Mahathir dan beberapa kepimpinan pembangkang antaranya Lim Kit Siang, Datuk Mahfoz Omar, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali

PAS: Kalau benar dakwaan Mukhriz, sertai saja kami

Posted: 26 Jun 2016 10:37 PM PDT

 
Tuan Ibrahim ingatkan Mukhriz siapa yang menyokongnya ketika krisis MB dulu.


tuan-man-mukhriz


PETALING JAYA: PAS hari ini mempelawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai parti itu sekiranya mahu kembali bertugas sebagai menteri besar Kedah.

Ia susulan dakwaan Mukhriz semalam terdapat usaha memberi jalan kepada PAS menubuhkan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.

"Beliau kena masuk PAS, baru boleh jadi Menteri Besar semula. Barulah hatinya boleh puas. Hal ini kerana beliau akhirnya dapat menumpaskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah yang memberontak terhadapnya sehingga beliau kehilangan jawatan sebagai menteri besar," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Semalam, Mukhriz memberi peringatan kepada Umno Kedah yang ia bakal kehilangan negeri kepada PAS akibat "pakatan peringkat tertinggi" Umno-PAS.

"Umno Kedah perlu siap sedia menyerahkan kerajaan Negeri kepada PAS. Seolah-olah ada pakatan antara Umno dan PAS di peringkat tertinggi, dan sudah nampak menjurus ke arah itu.

"Mereka cuba menyatukan PAS dan Umno. Saya merasakan Kelantan, Terengganu dan Kedah akan diberikan kepada PAS (untuk tujuan itu)," kata bekas menteri besar Kedah yang baru dilucutkan keahlian Umno itu.

Tuan Ibrahim berkata PAS akan terus berusaha merampas semula Kedah daripada Umno.

"PAS tetap akan bertanding melawan Umno di Kedah. Penentu kemenangan ialah rakyat dan bukannya mana-mana parti politik," katanya kepada FMT, hari ini.

Beliau turut mengingatkan Mukhriz mengenai sokongan ahli Dewan Undangan Negeri dari pembangkang ketika mengadakan pertemuan dengan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dulu.

"Harap-harap Mukhriz ingat semula siapa yang dokong dia dan siapa yang tidak dokong dia ketika istana minta berjumpa dengan semua Adun dari pembangkang dan BN," jelasnya.

Penyokong bakar buku perlembagaan Umno

Posted: 26 Jun 2016 10:07 PM PDT

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Timbalan Pengerusi GKCM, Rashdan Mohamed (kanan) membakar buku perlembagaan Umno selepas mendakwa parti itu bertindak tidak mengikut perlembagaan. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Timbalan Pengerusi GKCM, Rashdan Mohamed (kanan) membakar buku perlembagaan Umno selepas mendakwa parti itu bertindak tidak mengikut perlembagaan. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.


Sekumpulan ahli Umno yang dipimpin oleh Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) membakar buku perlembagaan Umno hari ini ekoran kegagalan parti itu mematuhi perlembagaannya ketika memecat timbalan presidennya, Tan Sri Muhyidn Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tindakan membakar buku perlembagaan itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi GKCM, Rushdan Mohamed serta para pengikutnya di samping sidang media yang dibuat oleh Muhyidin dan Mukhriz di Damansara hari ini.

Bagi mereka, ia adalah selaras dengan tindakan Umno yang tidak lagi mematuhi buku perlembagaan Umno itu.

Umno didakwa memecat dua pemimpin mereka, Tan Sri Muhyidn Yassin dan  Datuk Seri Mukhriz Mahathir tanpa dipanggil membela diri padahal ia termaktub dalam perlembagaan parti itu.

Ia menimbulkan kemarahan penyokong kedua-dua pemimpin itu.

Siapa bakal mengisi lima jawatan Kabinet Najib?

Posted: 26 Jun 2016 10:06 PM PDT

ARIF ATAN
 
 
(Dari kiri) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Idris Jala dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar masing-masing tidak lagi berada dalam kabinet.(Dari kiri) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Idris Jala dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar masing-masing tidak lagi berada dalam kabinet.


Selepas pemecatan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dari Umno, Najib Razak dijangka akan mengumumkan rombakan Kabinet hari ini.

Difahamkan rombakan berkenaan bagi memenuhkan kekosongan tiga jawatan menteri dan dua timbalan menteri.

Hal ini susulan pelepasan jawatan Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU) ekoran penamatan perkhidmatan Ahli Dewan Negara itu pada 4 Jun lalu.

Terdahulu, Datuk Seri Idris Jala yang melepaskan jawatan selepas penggal keduanya sebagai senator tamat pada 3 September tahun lalu.

Beliau sebelum ini merupakan Menteri di JPM yang bertanggungjawab terhadap Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Menurut sumber, pengisian jawatan yang dilepaskan Abdul Wahid dan Idris itu harus diisi pada kadar segera bagi memastikan penyediaan Bajet 2017 berjalan lancar.

Difahamkan juga, Ahli Parlimen Sungai Besar selepas menang Pilihan Raya Kecil Parlimen itu baru-baru ini, Budiman Zohdi antara nama disebut untuk menganggotai Kabinet.

Sementara itu, penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar dalam catatannya memberitahu kemungkinan individu dari Pas turut dilantik dalam rombakan Kabinet ketika parti Islam itu dilihat mesra Umno sejak kebelakangan ini.

"Betulkah dalam rombakan kecil kabinet nanti Najib Razak akan lantik orang parti agama sebagai menteri?

"Seorang menteri dan seorang timbalan menteri. Yang dikatakan akan jadi menteri akan diletak di JPM manakala yang timbalan pula tidak dapat dipastikan. Kalau benar Alhamdulilah hirabbialamin," ujarnya lagi.

Pecat Muhyiddin tindakan bacul Najib, tempelak GKCM Johor

Posted: 26 Jun 2016 10:04 PM PDT

DALIA ISMAIL
 
 
Mohd Solihan Badri Mohd Solihan Badri Tindakan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden, adalah satu tindakan bacul yang diputuskan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Pengerusi GKCM Johor Mohd Solihan Badri berkata, walaupun GKCM berjaya mendapatkan lebih 156 cawangan Umno mengusulkan supaya Najib merundur, dilihat tidak memberi kesan kepada kedudukan Presiden.

"Beliau (Najib) telah bekerjasama dengan ahli Majlis Tertinggi untuk 'menyelesaikan' masalah yang dihadapinya dengan mengambil tindakan bacul memecat keahlian Muhyiddin dari Umno.

"Dengan perkembangan terkini, ahli akan meletakkan jawatan dan menyatakan sokongan padu terhadap Muhyiddin," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau ditemui ketika hadir pada majlis sidang media yang diadakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Kelab Alumni Universiti Malaya, semalam.

Mohamad Solihin adalah antara tiga daripada ahli jawatankuasa di bahagian Pagoh yang telah menyatakan pendiriannya untuk melepaskan jawatan dalam parti serta merta selepas pengumuman pemecatan itu dibuat oleh ahli majlis tertinggi parti pada Jumaat.

"Saya letak jawatan sebagai AJK Bahagian Pagoh bersama dengan Datuk Abu Bakar Mohd dan Datuk Aziz Hashim.

"Selain daripada itu beberapa ketua cawangan di Pagoh turut menyatakan hasrat mereka untuk meletakan jawatan kelak," dakwanya.

Bahagian Pagoh mempunyai 156 cawangan yang mana diberitahu sebanyak 103 cawangan telah menyatakan usul menolak Najib pada persidangan Ketua-ketua cawangan yang berlansung pada April lalu.

Menurut Mohd Solihan rata-rata ahli akar umbi di bahagian itu tidak puas hati terhadap kaedah pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz pada Jumaat lalu, telah menyatakan pendirian bersama mereka untuk keluar daripada jawatan masing-masing.

"Ada yang berfikir untuk meletakkan jawatan dan membubarkan cawangan masing-masing.
"Ini timbul kerana rasa tidak puashati mereka dengan Umno diperingkat pusat (Ahli Majlis Tertinggi) kerana memecat Muhyiddin," ujarnya.

Mengulas sama ada tindakan ketua-ketua cawangan ini bersifat emosional sebagaimana pandangan Naib Presiden Umno,Datuk Seri Hishamuddin Hussein, beliau menafikannya sebagai tindakan beremosi.

"Kita tidak beremosi untuk letak jawatan. Ini kerana dahulu kita sertai Umno bukan kerana emosi.
Kesedihan dan rasa marah itu memang ada tetapi tindakan yang kami ambil ini kerana kami berfikir cara Umno bertindak diperingkat pusat tidak mengikut peraturan perlembagaan parti.

"Kia mahu tunjukkan kita berdiri teguh pada perjuangan Muhyiddin yang mahu membawa Umno ke tahap yang lebih baik berbanding masa kini.

"Tanpa memanggil Muhyiddin untuk diberikan ruang bercakap dan bersemuka dengan Ahli Majlis Tertinggi sebaliknya, terus memecat beliau, adalah tindakan tidak boleh diterima dikalangan ahli akar umbi di Pagoh.

"Apa yang kita lakukan ini untuk menegakkan kebenaran dengan matlamat mahu menamatkan kemungkaran yang kini menghimpit keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pemimpin tertinggi parti  mengemudi Umno untuk masa hadapan.

"GKCM adalah suara dan hasrat akar Umbi Umno. Kita yakin sebuah parti baru atau gerakan baru,  kelak akan mendapat sokongan meluas, terutama ahli Umno, khususnya golongan muda, " ujarnya.

Sebagi rekod GKCM ditubuhkan dengan objektif untuk mengembalikan keyakinan ahli akar umbi kepada Umno berikutan penglibatan Najib dalam skandal kewangan terburuk melalui IMDB yang dijadikan modal dikalangan parti pembangkang untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum ke-14.

Kini GKCM mendapati kepimpinan Umno daripada peringkat Ketua Bahagian dan ahli MT telah gagal dalam tanggungjawabnya menegur salah laku Presiden.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika mengadakan sidang media pemecatan mereka semalam yang dihadiri kebanyakannya penyokong Deklarasi Rakyat dan ketua-ketua cawangan. - Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika mengadakan sidang media pemecatan mereka semalam yang dihadiri kebanyakannya penyokong Deklarasi Rakyat dan ketua-ketua cawangan. - Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.

Bolehkah 3M bentuk kuasa ketiga?

Posted: 26 Jun 2016 09:56 PM PDT





 
Oleh Scott Ng


Masa depan politik Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini terawang-awang, susulan mereka dipecat daripada Umno selepas setahun konfrontasi kuasa berlaku antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohmad dengan mereka yang setia bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kejatuhan Muhyiddin daripada kedudukannya amat menakjubkan. Tahun lalu, dia hanya selangkah daripada jawatan PM.

Tetapi dengan cepat dia diketepikan daripada Umno selepas memilih untuk bercakap menentang 1MDB. Sejak itu dia menjadi figura yang sepi, tidak pernah bangkit dan memotivasikan, sedangkan Mahathir berharap dia akan menjadi ketua dalam gerakan anti Najib.

Mukhriz pada mulanya kelihatan tidak mencampuri hal ehwal bapanya, sehinggalah dia disingkirkan daripada jawatan menteri besar Kedah beberapa bulan lalu. Pemecatan itu dilihat secara tidak langsung menjadi hukuman politik kepada bapanya. Sejak itu Mukhriz aktif dalam gerakan anti Najib.

Kini, kejadian terbaru ini membangkitkan persoalan sama ada Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin – yang digelar 3M – boleh membentuk kuasa ketiga utama? Ramai yang membayangkan kuasa ketiga didorong oleh golongan moderat di Malaysia, mungkin diterajui Datuk Zaid Ibrahim, tetapi perlukah 3M membentuk blok politik mereka sendiri, mereka mungkin mempunyai pengaruh mencukupi untuk mengumpul sekutu dan mengumpulkan angkatan perang bagi memperkasa kuasa yang boleh dipercayai untuk menyertai PRU14.

Kononnya, penjajaran anti Najib akan bersekutu dengan Pakatan Harapan adalah langkah yang paling logik, tetapi PKR mungkin mendatangkan masalah. Kebanyakan ahlinya sangat setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka mungkin enggan mengadakan sebarang hubungan bermakna dengan Mahathir, lelaki yang dilihat sebagai bertanggungjawab terhadap kejatuhan pemimpin mereka yang kini dipenjarakan. DAP dan Amanah pula setakat ini menunjukkan kesanggupan untuk bersama Mahathir.

Bagaimanapun, selamat untuk mengatakan ramai penyokong Pakatan tidak akan selesa dengan hubungan terlalu rapat antara pakatan itu dengan sekumpulan ahli politik yang dianggap baka baik Umno. Jika penjajaran itu akan lebih meretakkan Pakatan dan mengasingkan sebahagian pangkalan sokongannya, maka tiga parti dalam gabungan itu perlu sama ada menolak kuasa ketiga atau menyusun pakatan mereka di sekelilingnya.

Satu benda yang pasti: parti pembangkang, termasuk PAS tidak boleh menandingi angkatan perang BN secara bersendiri, dan dengan bisik-bisik mula kedengaran mengenai PRU14 bakal diadakan tahun depan, sudah tentu dapat dibayangkan pakatan pemerintah sudah mula mengumpul dana yang diperlukan untuk menggunakan permainan tertentu dan jentera pilihan raya.

Mahathir, sebagai ahli politik veteran, dia akan menjadi pelakar perbezaan untuk mana-mana parti pembangkang yang memilih untuk bersatu dengan 3M. Kita tidak boleh mengetepikan jasanya selama bertahun-tahun melengkapkan jentera yang sama digunakan Najib sekarang. Dana yang datang sebagai ucapan terima kasih kepadanya akan memperkasakan jentera kuasa ketiga ke paras yang mungkin boleh menanding BN.

Apa pun, kita tidak boleh menjangkakan 3M akan duduk diam untuk tempoh yang lama. Pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz memuktamadkan perceraian antara Mahathir dan Najib dalam Umno. Kita mungkin akan melihat penyusunan semula politik Malaysia dalam beberapa minggu lagi.~Fmt


Harapan berkecai ke Putrajaya

Posted: 26 Jun 2016 09:42 PM PDT



Parti pembangkang Malaysia pernah bergelut dalam situasi yang amat sukar sebelum "tsunami politik" tercetus pada 8 Mac 2008. Paling mengecewakan apabila pembangkang kalah dalam pilihan raya kecil (PRK) Ijok, meskipun meletakkan calon berwibawa, Khalid Ibrahim untuk menghidupkan semula harapan pembangkang sebelum pilihan raya umum ke-12 (PRU12). Anwar Ibrahim pada ketika itu berceramah di tepi jalan, merayu agar pengundi memenangkan calon PKR itu untuk membawa "sedikit perubahan", dalam suasana politik yang tertekan itu. Ia disambut dengan tepukan, tetapi tidak dibalas dengan kertas undi.

Nasib bergilir selepas PRU12. BN pula tersepit dalam dilema yang berlanjutan. Malah langkah menggantikan Abdullah Ahmad Badawi dengan Najib Razak tidak mengundang fenomena "Perdana Menteri Baru". Tanpa segan-silu Najib menyogok pengundi dengan janji peruntukan dana -- "You help me, I help you"-- namun tetap kalah apabila pengundi mempertahankan maruah diri dengan menolak suapan sedemikian. Apapun yang dilakukan, serba tidak kena.

Pilihan raya negeri Sarawak, pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar telah menjadi titik pusingan. Pembangkang yang dilambung dengan sokongan dan harapan sebelum ini, telah jatuh terjelepok ke atas tanah. Politik telah mengajar kita untuk menelan hakikat sungguhpun pahit. Pengajarannya, politik tidak berkembang bergantung kepada sejauh mana optimis atau pesimisnya kita. Padahal, tangan kita yang melakar wajah politik kita. Kaki kita yang menentukan sejauh mana kita jejakkan langkah masa depan kita. Ertinya, idea tanpa pelaksanaan hanyalah buih harapan yang menunggu detik saatnya pecah berkecai.

Gagal tawar harapan

Analisis optimis sebelum ini mencadangkan bahawa seandainya berlaku peralihan enam hingga 10 peratus undi, maka Pakatan Harapan bakal menawan Putrajaya dalam PRU14. Ia tidak mustahil, dengan skandal 1MDB dan RM 2.6 bilion, ditambah pula dengan pelaksanaan GST yang membebankan kos sara hidup rakyat. Malah, kawasan desa di pinggir bandar yang menjadi benteng BN sebelum ini akan jatuh ke tangan pembangkang, kerana harga getah, kelapa sawit dan sebagainya telah menjunam ke paras yang rendah.


Nampaknya kesemua faktor memihak kepada pembangkang, melainkan kegagalan Pakatan Harapan menangani hubungan dengan PAS, yang dijangka akan memecah-belahkan undi "anti-BN". Tetapi ada juga yang kekal optimis, mengandaikan faktor Mahathir mampu memacu momentum kepada Pakatan Harapan, lantas memahat paku terakhir ke keranda BN.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah menjawab segala-galanya. Pengaruh Mahathir tidak cukup besar sebagaimana yang diharapkan, sebaliknya Umno semakin bersatu mempertahankan Najib. PAS tetap menguasai kubu tradisionalnya, sementara Parti Amanah Negara (AMANAH) masih belum mampu menggantikan PAS buat setakat ini. Sentimen pengundi Cina semakin mendingin, pengundi muda keberatan untuk balik mengundi sehingga paras sokongan Cina terhadap Pakatan Harapan jatuh daripada kemuncaknya pada PRU13.

Jari dituding ke arah pengundi yang termakan dengan gula-gula yang ditaburkan sepanjang pilihan raya, sehingga terlupa bagaimana pengundi sanggup menghukum BN meskipun dijanjikan peruntukan dana dalam pilihan raya yang lalu. Hakikatnya, pengundi sanggup menukar undinya dengan gula-gula yang ditawarkan BN kerana kegagalan pembangkang untuk menawarkan wawasan dan harapan yang lebih besar. Seandainya pengundi dipersalahkan kerana tidak berpandangan jauh dan mementingkan diri, bagaimana pula dengan politikus pembangkang yang masing-masing kembali mempertahankan kubu tradisionalnya setelah menyedari harapan bersama untuk menawan Putrajaya sudah berkecai?

Seperkara lagi, peratusan pengundian yang rendah juga disebabkan prestasi pembangkang yang mengecewakan, sama ada dari segi politik kepartian mahupun dasar pemerintahannya. Tepuk dada tanya selera, berbaloikah seseorang pengundi membiayai tambang pengangkutan untuk pulang mengundi, sedangkan dia sedar bahawa nilai undinya akan disia-siakan setelah pembangkang berpecah?

Daripada segi dasar pula, model pembangunan negeri Pakatan Harapan seolah-olah tidak jauh bezanya berbanding BN, apatah lagi sesetengah projeknya juga merosakkan persekitaran alam. Ia sedikit sebanyak melunturkan semangat pengundi yang menaruh harapan agar Pakatan Harapan membawa perubahan besar.

Malah ia memberi kesempatan kepada BN untuk menyebarkan propaganda bahawa tiada beza antara Pakatan Harapan dengan mereka. Retorik sedemikian sudah memadai untuk menghakis sokongan terhadap Pakatan Harapan.

Langkah ke depan

Pembangkang harus bermuhasabah dalam hal rundingan sesama parti pembangkang. Seandainya persoalan ini gagal dirungkai sebelum PRU14, maka kemungkinan besar Pakatan Harapan akan hilang kerajaan negeri Selangor. Barangkali PAS juga akan kehilangan kerajaan negeri Kelantan, dan BN bakal mengembalikan majoriti dua pertiga dalam parlimen. Jikalau ramalan ini menjadi realiti, maka ia akan memberi laluan kepada persempadanan semula kawasan pengundian dengan penambahan kerusi yang memihak kepada BN.

Padahal, Pakatan Harapan agak kekok sepanjang PRK Sungai Besar. Kedua-dua parti AMANAH dan PAS yang bertanding adalah sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor. Persoalan yang lebih mencabar, apakah senarionya untuk Pakatan Harapan dan PAS di Selangor menjelang PRU14? Adakah Pakatan Harapan akan meletakkan calon di kawasan PAS bertanding? Seandainya kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan negeri Selangor, apakah mereka akan bekerjasama dengan PAS untuk mengekalkan kuasa di Selangor?

Ia berbalik kepada soal rundingan antara Pakatan Harapan dengan PAS. Tiga formula disyorkan. Pertama, mengundang PAS masuk ke dalam Pakatan Harapan; kedua, kekal berasingan dan masuk gelanggang meskipun menyaksikan pertandingan tiga penjuru; ketiga, formula 3+1, Pakatan Harapan tidak terikat dengan PAS tetapi mencapai muafakat untuk mengelakkan perang tiga penjuru.

Seandainya tiada tekanan dalaman PAS, presidennya Hadi Awang dijangka tidak akan berunding dengan Pakatan Harapan. Maka jikalau Pakatan Harapan menghulurkan tangan, sudah tentu PAS akan mengenakan syarat-syarat bekerjasama yang memihak kepada dirinya, termasuk agenda pelaksanaan Hudud wajib termaktub dalam manifesto bersama Pakatan Harapan, atau PAS mahu bertanding di lebih kawasan berbanding PRU13. Sudah pasti cadangan sedemikian akan mencetuskan perselisihan dalam Pakatan
Harapan kerana DAP akan membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan hudud. Pemimpin AMANAH dan PKR pula akan keberatan untuk melepaskan kawasan yang ditandinginya pada PRU13.

Masalah dengan formula kedua adalah PAS masih menguasai kira-kira 30 peratus undi Melayu. Jikalau PAS tidak memberi laluan kepada AMANAH, malah bertekad untuk bertanding di kawasan PKR, maka BN-lah yang akan mendapat manfaatnya. Ini kerana sistem first-past-the-post (FPTP) ini menobatkan calon yang mendapat undi tertinggi sebagai pemenang, sungguhpun jumlah undi daripada calon-calon yang lain lebih tinggi. Dengan kata lain, BN boleh menang dengan peratusan undi yang lebih rendah daripada 50 peratus, malah 33 peratus+1 undi sudah memadai, jikalau dua calon yang lain memperoleh 33% undi masing-masing dalam perang tiga penjuru.

Dari segi teori, nampaknya formula 3+1 adalah penyelesaian yang paling mungkin untuk mengurangkan kerosakannya ke tahap minimum. Pakatan Harapan dan PAS tidak terikat kepada agenda masing-masing, sekadar mencapai muafakat untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru. Walau bagaimanapun, dari segi realitinya, ia masih berdepan dengan halangan dan risiko, di mana mungkin ada pihak yang tidak akur kepada keputusan rundingan, dengan meletakkan calonnya pada saat-saat akhir dan menjurus kepada perang tiga penjuru.

Senario PRU14

Kita wajar bersedia untuk beberapa senario yang mungkin berlaku ketika PRU14. Jangan mudah kita lupa bahawa kegagalan pembangkang pada hari ini berpunca daripada kegagalan Pakatan Rakyat bertindak balas terhadap keputusan PRU13 pada awal pagi 6 Mei 2013. Pakatan Rakyat seolah-olah tidak bersedia untuk senario menang peratusan undi (50.1 peratus undi) tetapi kalah peratusan kerusi (40 peratus kerusi parlimen), sehingga ada pemimpin yang mahu ke jalan raya tetapi ada pula yang tidak sabar-sabar untuk mengangkat sumpah. Malah jelajah Blackout 505 kemudiannya juga menyaksikan perbezaan pandangan apabila sesetengah pemimpin menambat langkah kerana khuatir ia diambil kesempatan oleh pihak berkepentingan untuk mencetuskan rusuhan kaum.

Seandainya kita mahu mengambil iktibar daripada pengajaran di atas, maka beberapa persoalan wajar kita bincangkan sedalam-dalamnya, dan mencapai keputusan sepakat sebelum masuk gelanggang PRU14. Antaranya:

Pertama, apakah pembangkang akan menerima keputusan PRU14, jika sekali lagi BN menang dengan undi minoriti, tetapi merangkul majoriti kerusinya? Malah situasinya agak berbeza berbanding PRU13, kerana jikalau perang tiga penjuru gagal dihalang, maka sistem FPTP sememangnya membenarkan BN untuk menang dengan peratusan undi yang lebih rendah.

Kedua, seandainya beberapa muafakat tercapai di kalangan pembangkang, dan ia berakhir dengan bilangan kerusi yang diperoleh Pakatan Harapan dan BN tidak jauh bezanya. Kebetulan PAS yang menguasai 10-15 kerusi, menjadi kingmaker (penentu), dan kemungkinan PAS akan menggariskan agenda pelaksanaan hudud sebagai syarat kerjasama. Sudah tentu BN akan menerima apa sahaja selagi kekal berkuasa.

Persoalannya, apakah Pakatan Harapan akan menerimanya, dengan mengambil kira pendirian DAP yang amat tegas dalam isu ini? Bagaimana pula dengan suara pengundi yang mengundi Pakatan Harapan, tetapi tidak bersetuju dengan agenda PAS ini? Jelas, jikalau isu ini dibincangkan hanya apabila ia berlaku, maka bersedialah kita untuk diperintah Umno-BN sekali lagi.

Tatkala burung unta meluncur di Lebuh Raya Persekutuan, jangan pula pemimpin politik kita memasukkan kepalanya ke dalam tanah. Padahal kita berdepan dengan saat-saat yang genting, kerana masalah yang terpampang di depan mata, lebih berat untuk bahu yang memikulnya. Jangan bandingkan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan PRK Ijok. Itu nostalgia ketika susuk Anwar Ibrahim masih berada di luar penjara. Realitinya Anwar sedang meringkuk di penjara sekarang. Dan kini giliran kita sendiri untuk memperjuangkan nasib kita sendiri.

LIM HONG SIANG ialah bekas editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu serta penyunting buku Tsunami Cina: Retorik Atau Realiti?


Tindakan MT tak adil, kata Muhyiddin

Posted: 26 Jun 2016 09:29 PM PDT

Tindakan MT tak adil, kata Muhyiddin
Muhyiddin ketika sidang media yang berlangsung hari ini. –Foto Sinar Online


DAMANSARA - Tindakan Majlis Tertinggi Umno (MT) membuat keputusan untuk memecat bekas Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tanpa melalui proses keadilan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan parti.

Menurut Muhyiddin, untuk berlaku adil, MT Umno sewajarnya memberikan surat tunjuk sebab terlebih dahulu bagi membolehkan beliau dan Mukhriz menerangkan sebarang asas berhubung tindakan mereka sebelum ini.

"Itu (keputusan) dibuat dengan kehendak mereka sendiri tanpa beri ruang kepada kami untuk beri sebarang penjelasan,"katanya dalam sidang media yang berlangsung di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang rayuan berhubung pemecatannya dari Umno.

Beliau berkata, negara sedang berhadapan dengan satu keadaan yang  agak membimbangkan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berdepan dengan pelbagai skandal moral serta kewangan.

"Bagi saya, sebahagian besar rakyat marah dan tak puas hati dengan apa yang berlaku dan mereka mengharapkan satu platform politik baru untuk wujud bagi memberi pilihan supaya masa depan negara terus terpelihara dan sebagainya," katanya.

Untuk tujuan itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa pihaknya mempunyai satu pendekatan yang lestari untuk jangka masa hadapan.

"Kita perlu adakan perbincangan di antara kita serta mereka yang mempunyai pandangan sama dgn kita bagi membincangkan apakah tindakan sewajarnya untuk kami ambil bahi menghadapi masa depan negara selepas ini," katanya.

Kelmarin, MT memutuskan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.
Sementara, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.


Sertai Amanah pilihan terbaik Muhyiddin, Mukhriz .

Posted: 26 Jun 2016 09:25 PM PDT


Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik


SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat tidak mustahil bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai Pakatan Harapan selepas penggantungan mereka daripada Umno.

Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, penyertaan mereka itu sama ada atas kapasiti individu ataupun menyertai mana-mana parti yang ada dalam Pakatan Harapan.

Menurutnya, pilihan terbaik bagi kedua-dua pemimpin itu sekarang adalah menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

"Selepas apa yang berlaku, apakah mereka akan sertai Pakatan Harapan atau menubuhkan parti baharu?...Namun untuk menubuhkan sebuah lagi parti politik Melayu yang baru agak tidak efektif. Cukuplah kita lihat jerih payah Amanah yang sehingga kini terpaksa berkorban dan membanting tulang untuk melebarkan pengaruh mereka di kalangan orang Melayu di luar bandar.

"Pilihan yang terbaik ialah untuk mereka menyertai Amanah dan parti tersebut melakukan penstrukturan semula untuk menerima sebilangan besar ahli-ahli Umno yang mendokong dan menyokong Tun M dan kedua-dua Muhyiddin dan Mukhriz," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Katanya lagi, akar umbi Umno  di Kedah, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pasti akan terkesan dengan situasi itu dan tidak mustahil akan bersama-sama menyertai Amanah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin, Mukhriz dipecat, Shafie digantung jawatan]

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pada 24 Jun lalu, Majlis Tertinggi Umno  memutuskan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.

Sementara Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal digantung dari jawatannya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.


Pas kaji dua keputusan PRK

Posted: 26 Jun 2016 09:21 PM PDT



Pas kaji dua keputusan PRK
Takiyuddin (duduk) turut menyelami perasaan penarik beca selepas majlis penyampaian sumbangan di Bazaar Tok Guru semalam.


KOTA BHARU - Pas akan kaji dua keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar melalui satu jawatankuasa 'Post Mortem' yang akan dipengerusikan oleh Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca kekalahan Pas di dua kawasan tersebut baru baru ini.

"Bagaimanapun Pas tidaklah kalah teruk, cuma undian yang dahulunya berpihak kepada kita sebelum ini, berpecah kepada pihak lawan termasuk BN, Parti Amanah Negara (Amanah) dan beberapa parti komponen lain.

"Kita akan jalankan post mortem untuk menilai pengendalian dan perjalanan pilihan raya proses secara terperinci dan menyeluruh," katanya kepada media di sini semalam.

Terdahulu, beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis menyampaikan sumbangan sempena Aidilfitri kepada 50 penarik beca yang menerima sumbangan beras, barangan makanan dan wang di pekarangan Bazaar Tok Guru di sini semalam.

Sementara itu, Takiyuddin menyambut baik tindakan Pas Kelantan yang tidak akan memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding di beberapa kerusi pilihan mereka.

"Namun apa pun keputusan yang kita akan hadapi pada PRU akan datang ia bergantung kepada Pas Pusat untuk menentukan coraknya.

"Saya sambut baik seruan itu dan mereka ada alasan tersendiri namun perkara itu terpulang kepada keputusan tertinggi untuk membuat keputusan seterusnya," katanya.

Letak jawatan tindakan emosi, kata Hishammuddin

Posted: 26 Jun 2016 04:35 PM PDT

 BERNAMA


Jangan emosi kata HishamuddinJangan emosi kata HishamuddinTindakan beberapa anggota Umno Bahagian Pagoh yang meletak jawatan sebagai tanda membantah keputusan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat berasaskan sentimen emosi semata-mata, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Anggota Parlimen Sembrong itu berkata beliau amat memahami keputusan yang dibuat mereka, bagaimanapun ia (emosi) boleh dibendung menggunakan penjelasan dan pendekatan yang ikhlas.

"Saya setuju dengan hujah Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tentang perkara ini (isu pemecatan Muhyiddin) dan saya percaya kalau kita pegang kepada nilai-nilai perjuangan, kita melihat sesuatu itu bukan berkisar kepada peribadi tetapi kepada kepentingan parti.

"Kita tengok apa yang diputuskan itu bersandarkan kepada disiplin yang mengikat kita semua termasuk diri saya sendiri sebagai naib presiden...apa yang kita fahami di Pagoh, ada sentimen emosi tetapi saya harap ia tidak menular kepada bahagian-bahagian lain. Setakat ini, saya tidak nampak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Rahmat Ramadan, Khatam al-Quran serta Majlis Kesyukuran Projek Jiwa Murni Parlimen Sembrong di Felda Ulu Dengar, dekat sini petang tadi.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan itu berkata sejak dari dahulu, Umno terutamanya Umno Johor tidak pernah meletakkan kepentingan peribadi dan kepentingan individu melebihi kepentingan parti.

"Daripada isu Tun Musa Hitam, isu Tun Dr Ismail semasa dia Menteri Dalam Negeri, Datuk Onn Jaafar lagi iaitu pengasas Umno. Bila dia (Onn Jaafar) keluar dari Umno disebabkan visinya jauh ke hadapan, ditolak oleh Johor, ditolak oleh orang Melayu, ia tidak menjejaskan parti.

"(Dan) ini nilai-nilai perjuangan prinsip kita dalam Umno Johor (dan) itu saya harap, akan terus dapat kita pertahankan dan saya percaya itu cara kita dididik, itu cara kita dibesarkan, itu cara kita diminta untuk berpolitik, saya rasa itu cara yang betul," katanya.

Ketika ditanya sama ada isu pemecatan itu akan menjejaskan persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14, beliau berkata ia tidak akan menjejaskan jentera UMNO terutamanya di Parlimen Sembrong.

Semalam, tiga anggota jawatankuasa (AJK) daripada Umno Bahagian Pagoh iaitu Ketua Umno Cawangan Batu 6 Datuk Abd Aziz Hashim, Ketua Cawangan Umno Parit Medan Mohd Solehan Badri dan seorang AJK Datuk Abu Bakar Mohamed meletakkan jawatan tanda bantahan kepada pemecatan Muhyiddin, yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh.

Keputusan pemecatan Muhyiddin diumumkan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi semalam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.

Turut dipecat dari parti ialah bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, manakala Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keahlian sementara menunggu laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.

Menanti sifir baru politik Muhyiddin

Posted: 26 Jun 2016 04:29 PM PDT



ULASAN Tanpa dirancang lagu allahyarham Sudirman, Gerimis Di Lautan, bagaikan menjadi lagu latar ketika saya membaca berita pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

Bukannya mengejutkan sangat berita itu. Kedatangan pengumuman begitu kira-kira seperti menunggu durian gugur di dusun. Buahnya ada, cuma menanti detik matang yang betul.

Bersama 'gugur' dengan Muhyiddin ialah bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Kedudukan itu menjadikan mereka - dari satu segi - sama seperti bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di luar Umno kerana mengkritik pemimpin Umno.

Bekas menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keahliannya. Dia tidak dipecat, tetapi penggantungan itu meletakkan sebelah kaki beliau sudah berada di luar lingkaran Umno.

Siapa yang tidak tahu kerunsingan dialami mereka terhadap nasib Umno kini. Di mata sebahagian orang - termasuk 3M itu (Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz) - Umno kini dalam keadaan parah akibat tindak-tanduk presiden dan penyokongnya.

Ranggi jadi lembut

Justeru mereka bergerak ke sana sini membuat penjelasan dan menarik sokongan supaya Datuk Seri Najib Razak diketepikan daripada jawatannya sekarang.

Tapi biasalah, kecuali Dr Mahathir, yang lain tidak ada pengalaman menjadi pembangkang. Atau bersahabat dengan pembangkang. Maka kemarahan itu kita lihat tidak lebih daripada sekadar macam marah-marah manja.

Menyindir, berkias, kemudian barulah sedikit lebih keras. Oh, semasa menegur itu adalah sekali dua mereka bersajak.

Pada Mac lalu misalnya Muhyiddin membaca sajak ikonik Chairil Anwar, Aku, semasa majis di Kampung Batu Ampat‎, Kota Tinggi.

Cuma sedihnya sajak ranggi Chairil itu menjadi suku masak di tangan Muhyiddin kerana beliau hanya membacakan dua daripada 13 baris Aku.

"Aku ini binatang jalang
dari kumpulannya terbuang."


Barangkali ada benarnya juga kata sesetengah orang, dalam keadaan berhemah dan berlapik itu pun Muhyiddin dibuang, lebih baiklah beliau sebelum ini melawan dengan lebih garang.

Kini nasi bukan saja sudah menjadi bubur, malah menjadi bubur basi.

Pilihan yang ada

Dengan kemenangan bergaya BN di Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Muhyiddin.

Najib dan sekutunya memiliki testimoni untuk menunjukkan majoriti rakyat sebenarnya masih yakin kepada Umno yang diterajuinya. Pedulilah apa pun yang dikata orang.

Sedangkan cakap Dr Mahathir pun tak dipeduli orang, apa lagilah ceramah pembangkang. Cakap Muhyiddin, lagilah.

Dalam keadaan begitu apakah pilihan yang ada pada bekas timbalan perdana menteri dan menteri besar Johor itu?

Pertama, beliau boleh bersara daripada politik. Atau hanya bergerak di belakang tabir untuk menyedarkan rakyat Malaysia, terutama ahli Umno supaya melakukan sesuatu pada parti itu.

Tanpa menjadi ahli Muhyiddin boleh menubuhkan suatu pertubuhan bukan kerajaan dan bergerak di atas landasan itu.
Kalau bernasib baik pertubuhan berkenaan boleh berkembang dan lebih berpengaruh daripada PERKASA.

Kedua, menyertai kumpulan bekas yang berhormat dalam Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) selepas ini.

Selepas 'diceraikan' Umno tidak nampak sebarang kemungkinan Muhyiddin akan dicalonkan lagi dalam pilihan raya umum akan datang kecuali berlaku perubahan drastik pada parti berkenaan.

Memanglah MUBARAK tidak sehebat sesetengah pertubuhan lain tetapi dalam keadaan tertentu MUBARAK itu laku juga. Misalnya keyataan mereka masih dicari untuk memberi pandangan kepada isu-isu semasa.

Ketiga, melepaskan segala titik bengik dan sepak terajang politik secara mutlak dan menyertai bidang yang berlainan sama sekali. Menjadi penerbit album lagu anaknya yang berbakat besar itu misalnya.

Bermaruah, dengan merit

Ia memang langkah langka, tetapi tidak ada aibnya menjadi tenaga penting dan besar untuk melonjakkan lagi nama Najwa ke peringkat lebih tinggi. Tidak semestinya beliau menjadi penerbit eksekutif untuk karya penyayi itu. Memadai dengan menjadi tenaga belakang tabir untuk menasihati dan merangka strategi.

Tetapi tentulah yang lebih lazim, menjadi pengerusi syarikat atau badan korporat seperti kebanyakan bekas wakil rakyat lain. Pengalaman, pengaruh dan rangkaian kenalan Muhyiddin tentu besar manfaatnya untuk syarikat atau badan berkenaan.

Syaratnya, janganlah amalkan kronisme atau tumbuk rusuk sebaliknya operasi dijalankan secara bermaruah dan berdasarkan merit. Muhyiddin tentu tidak asing langsung dengan praktik begitu.

Pilihan keempat ialah berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Tindakan Muhyiddin bersajak itu membayangkan bahawa pada jiwa beliau ada naluri seni yang baik.

Tidak semestinya beliau menjadi penyajak atau penyair seperti Pak Samad Said. Boleh saja Muhyiddin menulis buku menceritakan pengalaman panjangnya sebagai tokoh konglomerat dan siasah sebelum ini.
Dr Mahathir sudah menulis banyak buku, bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dan Datuk A Kadir Jasin pula boleh menjadi perunding kepada buku itu nanti.

Karya Muhyiddin - jika itulah pilihan beliau - tentu ditunggu-tunggu ramai. Ada banyak penerbit yang mahu membantu beliau merealisasikannya. Atau Muhyiddin boleh menjadi sebahagian rumah penerbitan mandiri yang semakin popular kini.

Saya kemudian teringat kembali lagu Sudirman itu:

Apalah guna ke bendang
Padi seberang takkan menjadi.
Apalah diharap sayang
Kasihnya orang, orang tak sudi


Apa pun, ia adalah pilihan Muhyddin sendiri. Seperti kenyataannya semalam obor perjuangan dalam jiwanya itu masih terus menyala. Beliau boleh terus melawan, tetapi dengan lebih berani, terbuka dan terus terang.

Alang-alang melawan, melawan betul-betul. Kalau ada 'keris' yang masih tersarung, hunuslah. Cuma jangan belajar daripada PAS. Muhyiddin tidak perlulah hunus keris tiga depa, ya.


Comments (0)