Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:38 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Seorang asnaf terima RM 1 juta?

Posted: 22 Jun 2016 03:52 PM PDT

Seorang asnaf terima RM 1 juta?
Dakwaan yang viral di media sosial.


SHAH ALAM -  Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) semalam tampil menjawab isu RM70 juta untuk 70 asnaf yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Melalui akaun Facebook PPZ, pihaknya menegaskan zakat fitrah yang dikutip akan diagihkan dan tidak pernah berlaku mana-mana jumlah yang terkumpul disimpan untuk kepentingan sesiapa.

"Viral baru-baru ini satu status Facebook maka, MAIWP terpanggil untuk bagi penjelasan. Tahun lepas RM8.2 juta zakat fitrah dikutip daripada sejuta umat Islam di Wilayah Persekutuan.

"Pada bulan puasa sahaja MAIWP dah agih lebih RM12 juta kepada lebih 30 ribu asnaf bagi Bantuan Aidilfitri. Begitulah MAIWP memanfaatkan zakat yang anda bayar. Tidak pernah kami menyimpannya untuk sebarang kepentingan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Status yang menjadi viral itu mendakwa hasil kutipan zakat berjumlah RM 70 juta itu jika diagihkan kepada 70 orang asnaf RM 1 juta setiap seorang, Malaysia bakal memiliki 70 orang jutawan dan dalam tempoh 10 tahun, negara bakal memiliki 700 jutawan Islam.

Menyentuh soal dakwaan itu, PPZ menjawab, jika hanya 70 asnaf yang menerima, nasib 30,000 lagi penerima secara bulanan tidak ada terbela.

"Bagaimana pula dengan institusi masjid, surau, sekolah rendah agama yang menerima dana zakat bagi membiayai bilal, imam, noja dan guru Kafa? Bagaimana dengan lebih 23,000 pelajar sekolah yang menerima bantuan zakat untuk belajar?

"Sungguh luas ilmu zakat itu. Mungkin dia pakar ilmu Matematik tapi bukan Ilmu zakat. Kita ada al-Quran dan Sunnah untuk dapatkan jawapan Matematiknya," katanya.


Buaya tembaga muncul di Sungai Klang

Posted: 22 Jun 2016 03:48 PM PDT

Buaya tembaga muncul di Sungai  Klang
Kelibat buaya tembaga yang sempat dirakamkan.
 
 
PUCHONG - Kampung Seri Aman di sini menjadi tumpuan seketika petang tadi apabila muncul kelibat seekor buaya tembaga di permukaan Sungai Klang berhampiran landasan transit aliran ringan (LRT) di Jalan Jurutera.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, reptilia tersebut dikatakan timbul di celah batu di bawah landasan LRT.

Penduduk,Kamsani Kamarudin,35, berkata, dia menyedari kehadiran buaya itu ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Seri Aman Hilir menuju ke sebuah kompleks beli- belah.

Katanya, dia berhenti di tepi jalan apabila melihat kenderaan penuh di tebing sungai.

Dia terkejut melihat seekor buaya sedang  elok bersantai dan mendapati haiwan tersebut berada di celah permukaan  batu berdekatan tapak binaan landasan.

"Memang ada buaya di kawasan sekitar situ namun ia jarang muncul dan kali terakhir dilihat berhampiran Kampung Tengah baru-baru ini.

"Saiz haiwan itu nampak lebih besar lebih kurang tiga meter panjang berbanding yang pernah diviral dan dilihat kampung berhampiran sebelum ini.

"Haiwan itu tidak  membahayakan penduduk  ramai yang pernah terserempak dengannya  di sungai itu," katanya.


Tugasan Sejarah PT3 akan dikaji semula

Posted: 22 Jun 2016 03:41 PM PDT

Mahadzir Khalid
Mahadzir Khalid


KUALA NERANG - Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula arahan yang mewajibkan pelajar di sekitar ibu negara yang melaksanakan Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi subjek Sejarah untuk mendapatkan tandatangan di Jabatan Warisan Negara.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihak kementerian akan berbincang dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi melihat kewajaran perlunya mendapatkan tandatangan itu.

"Saya kena lihat balik semua hal berkaitan yang dibangkitkan oleh PIBGN (Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional) dan juga akan berbincang dengan LPM mengenai perkara itu.

"Ia termasuk juga panduan, termasuk juga jadual kajian Sejarah dibuat pada hujung minggu pertama selepas cuti sekolah. Itupun saya nak tengok baliklah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Bersama Warga Kementerian Pendidikan Daerah Padang Terap di sini, malam ini.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan Presiden PIBGN Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan mendakwa arahan sedemikian tidak praktikal dan mungkin menyusahkan segelintir ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke jabatan itu.

Mohamad Ali berkata kaedah mendapatkan tandatangan itu bukan satu keperluan utama untuk kerja kursus memandangkan banyak lagi kaedah lain yang lebih sesuai untuk membantu mereka.

Mahdzir berkata, jika kementerian berpuas hati arahan mendapatkan tandatangan itu tidak perlu dilaksanakan, kaedah yang lebih sesuai mungkin akan diperkenalkan bagi kebaikan semua pihak.

Sementara itu, beliau berkata kementerian akan bertindak lebih tegas bagi memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Ini kerana ada kantin sekolah yang tidak mematuhi peraturan dengan menjual makanan yang memberikan kesan sampingan tidak baik terhadap kesihatan pelajar.

"Jika melanggar arahan, amaran dan tindakan akan diambil," katanya. - Bernama


Ketua Pesuruhjaya SPRM letak jawatan Ogos ini?

Posted: 22 Jun 2016 03:37 PM PDT

Ketua Pesuruhjaya SPRM letak jawatan Ogos ini?
Abu Kassim


SHAH ALAM - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilaporkan akan bersara awal pada Ogos ini.

Menurut sumber, Abu Kassim, 56, tidak meneruskan khidmat sebagai ketua pesuruhjaya walaupun kontrak beliau sepatutnya tamat pada 2018.

Manakala persaraan wajib beliau daripada perkhidmatan awam adalah pada tahun 2020.

"Abu Kassim dijangka membuat pengumuman hari ini," kata sumber itu.

Bagaimanapun sumber berkenaan tidak menyebut punca Abu Kassim  berbuat demikian.

Sebelum ini pernah timbul desas-desus Abu Kassim akan diganti atas masalah kesihatan.

Spekulasi beliau akan diganti sekali lagi timbul selepas agensi itu menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung derma RM2.6 bilion dan SRC International.

Namun, SPRM mengeluarkan kenyataan menafikan perkara itu bahawa Abu Kassim 'tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak' dan hanya akan berundur atas keputusannya sendiri.

Abu Kassim pernah menegaskan bahawa siasatan suruhanjaya terhadap dua kes tersebut telah dijalankan secara bebas dan menyifatkan siasatan berkenaan sebagai "dua kes yang paling mencabar dalam kerjaya beliau."

Sementara itu Abu Kassim ketika dihubungi enggan mengulas lanjut, sebaliknya akan membuat kenyataan media esok.

Beliau juga mengakui sudah pulih sepenuhnya daripada pembedahan yang dijalankan sebelum ini.

Abu Kassim memulakan kariernya sebagai seorang Pegawai Penyiasat di Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia pada tahun 1984.

Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (1) SPRM sebelum dilantik ke jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Januari 2010.

Beliau yang telah berkhidmat di SPRM lebih 30 tahun juga merupakan Naib Presiden International Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA).


Kerusi DAP DUN Sekinchan dalam ancaman

Posted: 22 Jun 2016 04:13 AM PDT

ROSLAN SMS CORNER



Dalam kempen PRK Sg Besar baru-baru ini antara pemimpin yang berkempen untuk Pan yang paling celupar dan kuat menyerang PAS adalah ADUN Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim.

Parlimen Sg Besar punya dua kerusi DUN satu DUN Sg Panjang yang diwakili Budiman dari BN dan satu lagi Sekinchan yang diwakili Ng.

Ng mempertahankan Sekinchan dalam PRU ke 13 lalu dengan majoriti 2239 undi mengalahkan calon BN.

Sekinchan merupakan DUN yang majoriti pengundinya sekitar 57% merupakan pengundi Cina.

Tetapi kini PRK Sg Besar telah merobah segala-galanya. 

Jika kita lihat keputusan PRK ini buat DUN Sekinchan menunjukkan BN telah menang di DUN ini dengan memperolehi 49.67% undi. Pan yang mewakili DAP sekadar memungut 36.81% undi dan selebihnya PAS.

Apakah maknanya?

Ini bermakna kerusi Ng iaitu satu-satunya kerusi DAP di wilayah sebelah sini di Selangor terancam dan jika trend ini berterusan Ng mungkin sahaja dikalahkan dalam PRU ke 14 nanti.

Di Sekinchan, pengundi Cina telah kembali ke BN dan jika begitulah seluruh Selangor, apakah nasib DAP nanti?

Barangkali Ng akan membatalkan pesta araknya yang dijanjikan itu…….








Ikram syor pedofilia dihukum di bawah syariah

Posted: 22 Jun 2016 03:58 AM PDT

 
Undang-undang sedia ada sekarang masih ketinggalan untuk menangani kes jenayah melibatkan seksual, kata NGO Islam itu.


ikram_child-sexual_600


SERI KEMBANGAN: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) hari ini mendesak kerajaan menghukum pesalah pedofilia di bawah undang-undang syariah kerana hukuman berat jenayah itu di bawah undang-undang masih ketinggalan menangani kes seumpama itu.

"Pakar syariah termasuk ulama Ikram perlu duduk semeja mencari kaedah dan cadangan hukuman bersesuaian berlandaskan syariat Islam berikutan undang-undang sedia ada tidak mampu membanteras gejala ini daripada berterusan.

"Ikram yakin hukuman yang akan dikenakan kepada pesalah nanti hendaklah hukuman lebih berat dan setimpal dengan kesalahan dilakukan berikutan setiap kesalahan pesalah turut menghancurkan masa depan mangsa," kata Ketua Wanita Ikram, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim pada program wacana "Pedofilia: Sejauh Mana Kita Diancam".

Asmah berkata undang-undang syariah mampu bukan sekadar menghukum tetapi memberi pengajaran kepada pihak lain.

Beliau turut mencadangkan pesalah pedofilia diasing daripada masyarat dalam tempoh tertentu selain menjalani rawatan psikologi membabitkan susulan kecelaruan identiti berkenaan.

"Kerajaan dan masyarakat setempat tidak boleh membiarkan pesalah sekadar menjalani hukuman tertentu tanpa mewajibkan rawatan bersesuaian terhadap pesalah berikutan pesalah berisiko melakukan kesalahan berulang," katanya.

Sementara itu, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja Hospital Selayang, Dr Norharlina Bahar, berkata antara punca berlaku jenayah pedofilia ialah pesalah sendiri pernah menjadi mangsa ganguan seksual.

"Kalau mereka pernah diganggu mereka sepatutnya dibantu. Sekiranya tidak dibantu, kebarangkalian mereka menjadi pemangsa juga tinggi," katanya.

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan pengakuan warga Britain, Richard Huckle, yang kini dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah di London.

Huckle mengaku bersalah terhadap 71 pertuduhan penderaan seks membabitkan kanak-kanak di Malaysia, dan persoalan ditimbulkan bagaimana pihak berkuasa tempatan gagal mengesan beliau ketika masih di Malaysia.

Seorang ditahan, kes tembak di Batu Caves

Posted: 22 Jun 2016 03:46 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

 

Polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian dan percaya ada maklumat penting diperoleh berkaitan kejadian itu


Ali-Ahmad_shoot_handcuff_60011


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan reman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes dua lelaki cedera ditembak di Batu Caves dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata lelaki tempatan berumur 31 tahun itu ditahan di Selayang kira-kira 6 petang semalam.

"Polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian dan percaya ada maklumat penting diperoleh berkaitan kejadian itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ali berkata kedua-dua mangsa berusia 30 dan 34 tahun itu dirawat di Hospital Selayang dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Mangsa cedera di pipi dan kepala akibat ditembak dari jarak dekat di persimpangan jalan besar Sunway Batu Caves.– Bernama

KWSP haram: Mungkin otak Zaharuddin tak betul kerana puasa

Posted: 22 Jun 2016 03:46 AM PDT

Shamsuddin berkata, tanpa KWSP, pekerja tidak akan mempunyai wang untuk digunakan ketika mereka bersara.


mtuc-mef-1


PETALING JAYA: Dakwaan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Zaharuddin Muhammad kononnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sistem zalim dan haram di sisi Islam adalah tidak berasas dan ekstrem.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan menegaskan dakwaan itu dibuat tanpa mempertimbangkan manfaat KWSP yang dihargai ramai pesara.

"Sekurang-kurangnya mereka mempunyai simpanan apabila bersara. Tanpanya, sesetengah daripada kita tidak akan berduit ketika bersara dan itu satu malapetaka.

"Dia perlu lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana ia boleh mendorong sesetengah individu mengeluarkan dan menghabiskan semua simpanan KWSP mereka sebaik sahaja berumur 55 tahun, walaupun mereka mungkin terus bekerja sehingga 60 tahun," katanya kepada FMT hari ini.

Shamsuddin turut mempersoalkan niat Zaharuddin mengeluarkan kenyataan itu ketika KWSP 
mengumumkan akaun patuh syariah Isnin lalu yang akan membolehkan pencarum menukar akaun sedia ada kepada akaun Simpanan Syariah mulai Ogos ini, di mana kadar dividennya dibayar berdasarkan prestasi portfolio patuh syariah.

Menantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu membuat perbandingan caruman KWSP dengan perbuatan merompak di mana perompak menjadikan wang rompak sebagai modal membeli barang sebelum "barang itu dijual semula kepada kita".

Zaharuddin yang mengalu-alukan langkah KWSP mewujudkan Simpanan Syariah dan menegaskan umat Islam wajib berpindah kepada akaun patuh syariah itu, bagaimanapun mendakwa sistem KWSP sendiri bercanggah dengan Islam kerana ia umpama cukai yang dipaksa.

Sementara itu, pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abdul Hamid memberitahu FMT yang KWSP sama sekali bukan satu bentuk cukai.

"Mungkin otak Zaharuddin tak betul kerana puasa. KWSP adalah simpanan di mana pekerja boleh mengeluarkan simpanan mereka kerana sudah berusia atau kesihatan dan untuk tujuan pendidikan antara lain.

"Sekarang ia menawarkan akaun patuh syariah penuh yang digalakkan Islam.

"Beliau perlu periksa faktanya sebelum membuat kenyataan yang akan menimbulkan keraguan dan ketakutan dalam kalangan umat Islam," katanya yang menasihatkan Zaharuddin mendapatkan maklumat lanjut daripada pegawai KWSP untuk memahami sistem berkenaan.

KWSP dengan keahlian hampir 15 juta, ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 bagi menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan cekap.

Jenazah Allahyarham Bill Kayong akan dikebumi Jumaat ini

Posted: 22 Jun 2016 03:39 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MIRI: Jenazah Allahyarham Bill Kayong yang ditembak mati individu tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat Lutong pada 8.30 pagi semalam akan dikebumikan pada Jumaat ini.
 
Presiden Persatuan Dayak Sarawak (Pedas) Kapten Collin Imran Abdullah berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 1 selepas sembahyang Jumaat.
 
"Sebelum dikebumikan, acara memberi penghormatan terakhir mengikut adat Iban akan dilakukan selama dua malam berturut-turut mulai malam ini (di rumah Allahyarham)," katanya.
 
Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Bill Kayong disahkan sebagai muslim selepas berkahwin dengan isterinya Hasyikin Hatta, 41, yang beragama Islam.
 
Pegawai Agama Islam Bahagian Miri, Jamaluddin Taim mengesahkan perkara tersebut.
 
Jenazah Bill Kayong ataupun nama Islamnya Mohd Asbi Abdullah akan diurus mengikut cara Islam.
 
 

Mudarat lebih besar bersekongkol dengan DAP, PAN

Posted: 22 Jun 2016 03:36 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Moha­mad memberi amaran bahawa tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad bersekongkol de­ngan DAP dan PAN akan membawa kemudaratan lebih besar kepada orang Melayu.
 
Beliau menegaskan, tindak-tanduk bekas Per­dana Menteri bersekongkol dengan DAP dan PAN yang disifatkannya sebagai 'anak syarikat DAP' semata-mata kera­na mahu mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan menimbulkan kesan lebih buruk kepada negara.
 
Menurut beliau, janganlah kerana tidak mahu Datuk Seri Najib Tun Razak terus menjadi Perdana Menteri maka beliau sanggup menyerahkan kerajaan kepada pembangkang yang diterajui oleh DAP.
 
Akibatnya, kata Abdul Hamid, sekali orang Melayu ter­le­pas tampuk pemerintahan, ha­rapan untuk memperoleh se­mula amat tipis sekali.
 
"Saya juga merasa sedih melihat Dr. Mahathir, di masa tua dan uzur, bersama-sama musuh politiknya yang berdekad-dekad, berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang dipertahankannya sekian lama.
 
"Apa jadi kepada pengorbanannya selama ini? Walaupun ada perkara yang saya tidak bersetuju dengan beliau, tetapi, saya ingin terus menghormati beliau di atas pencapaiannya dalam perkara-perkara lain yang saya kagumi itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
Kelmarin, Abdul Hamid meminta Dr. Mahathir mengambil iktibar daripada keputusan para pe­ngundi di kedua-dua PRK itu yang memberikan kemenangan kepada BN demi mahu melihat Melayu bersatu dan bukan terus bercakaran.
 
Menurut beliau, Dr. Mahathir tidak seharusnya merosakkan integriti dan pencapai­an yang diperoleh sepanjang ha­yat beliau dengan memilih arah yang bertentangan di penghujung jalan.
 
Dalam pada itu, berhubung kenyataannya kelmarin, Abdul Hamid menjelaskan, beliau bercakap mengenai 'kapal' iaitu UMNO dan bukannya 'nakhoda' iaitu Najib.
 
Beliau menjelaskan, mana-mana pihak tidak harus membakar kapal hanya kerana marahkan nakhoda apatah lagi bersekongkol dengan 'nakhoda-nakhoda kapal musuh' demi menghumbankan 'nakhoda kapal' sendiri ke laut.
 
"Saya khuatir nakhoda-nakhoda kapal musuh itu akan mengambil kesempatan untuk menenggelamkan kapal kita sendiri. Siapa untung? Biarlah anak kapal sendiri menentukan kedudukan nakhoda mereka.
 
"Terus terang, saya tidak kisah jika Dr. Mahathir berkempen dalam kalangan ahli-ahli UMNO untuk 'memaksa' Najib melepaskan jawatan Presiden UMNO dan jawatan Perdana Menteri.
 
"Malah, saya juga tidak kisah jika beliau berkempen supaya Parlimen meluluskan undi tidak percaya terhadap Najib (bukan terhadap Kerajaan BN) dan de­ngan itu, 'memaksa' beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Tetapi, saya tidak bersetuju Dr. Mahathir bersekongkol dengan DAP dan PAN," katanya.
 
Beliau berkata, jika tidak mahu Najib terus menjadi Perdana Menteri sekali pun, janganlah sampai hendak menjatuhkan kerajaan BN serta menyerahkannya kepada DAP atau pakatan pembangkang kerana mudaratnya lebih besar kepada orang Melayu.
 
 

Pesawat ringan terhempas, juruterbang cedera

Posted: 22 Jun 2016 03:31 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
CAMERON HIGHLANDS:  Seorang lelaki warga Australia cedera setelah pesawat ringan yang dipandunya hilang kawalan lalu terhempas di kawasan kebun sayur di Tringkap hari ini.
 
Kejadian berlaku pada pukul 1.30 petang itu mengakibatkan Peter Hardy, 56, mengalami kecederaan ringan termasuk calar di lengan kiri dan bahagian badan.
 
Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Zainalabidin Othman berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di sini untuk rawatan lanjut.
 
Katanya, ketika kejadian juruterbang terbabit sedang mengendalikan pesawat untuk menabur baja di ladang teh di Sungai Palas. 
 
 

Dedak apa Mahathir tabur hingga ramai pemimpin pembangkang rabun?

Posted: 22 Jun 2016 03:29 AM PDT

Oleh Zainal Salleh
Post Pic
 
 
[ULASAN] Memang terasa janggal apabila ada beberapa pemimpin politik yang pada suatu ketika dahulu menjadi musuh ketat Tun Dr Mahathir Mohamad kini boleh menggabungkan diri dengan bekas diktator yang pernah mereka benci itu.
 
Mereka sanggup berkongsi pentas politik dengan Mahathir untuk meyakinkan rakyat bahawa keadaan negara kini genting dan mesti diselamatkan daripada kerakusan dan kelemahan seorang pemimpin BN – Datuk Seri Najib Razak.
 
Perihal menjatuhkan pemimpin kerajaan memang kerja pembangkang. Jatuh pemimpin berkenaan berarti parti yang diwakilinya akan lemah dan goncang. Ini mungkin mengizinkan mereka mengambil alih sebagai pemerintah.
 
Jika diimbau apa dan bagaimana buruknya layanan Mahathir ke atas mereka sebagai pembangkang, sudah tentu perubahan citarasa politik mereka agak sukar diterima akal.
 
Bagaimanapun hasrat bertuankan Mahathir tidak dikongsi oleh semua entiti politik di negara ini. Masih ada yang tidak serasi dengan langkah itu dan mahu Umno-BN ditumbangkan melalui proses pilihanraya. 
 
PAS, misalnya, menjarakkan diri dari gerakan Deklarasi Rakyat yang ditaja oleh Mahathir kerana beranggapan kempen itu tidak mengikut lunas demokrasi. 
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendirian Najib mewakili kumpulan wakil rakyat paling ramai di Dewan Rakyat dan direstui oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong bagi menduduki jawatan perdana menteri.
 
Katanya, jika pendekatan petisyen dengan mengumpul tandatangan digunapakai menentukan pemimpin maka sukar menghayati demokrasi sebenar kerana ia boleh disalahguna orang berpengaruh mengkucar-kacirkan demokrasi.
 
Bagi Hadi kedudukan perdana menteri cuma boleh dibatalkan jika ia ditolak oleh partinya (Umno-Barisan Nasional) sendiri atau apabila berlaku keadaan Umno-BN hilang majoriti di Dewan Rakyat.
 
Pendirian Hadi itu nampaknya lebih beradab dan sejajar dengan amalan 'Budaya Politik Matang dan Sejahtera' yang menjadi pegangan PAS sejak berkelana sendirian selepas meninggalkan Pakatan Rakyat. 
 
Tun Mahathir menjadi Perdana menteri Malaysia selama 22 tahun dan sudah tentu beliau mempunyai ramai penyokong dan golongan yang 'terhutang budi' padanya semasa beliau berkuasa mutlak dari 1981 hingga 2003.
 
Beliau pemain catur politik terhebat di Malaysia. Bukan sahaja tempoh pemerintahannya satu rekod dalam Malaysia merdeka tetapi beliau masih mengekalkan pengaruh dalam era pasca persaraannya.
 
Beliau melantik Tun Abdullah Badawi sebagai penggantinya. Namun apabila tidak puashati prestasi Abdullah beliau menggerakkan kempen menurunkannya dan bertegas mahu Najib pula menjadi pewaris jawatan perdana menteri. 
 
Kini selepas 13 tahun bersara beliau mengepalai kempen menurunkan Najib yang dianggapnya gagal melaksanakan tanggungjawab perdana menteri melalui kempen yang dikenali sebagai Deklarasi Rakyat. 
 
Setelah gagal mempengaruhi ahli-ahli Umno menyokong aspirasi politiknya itu, beliau keluar Umno. Mahathir kemudian menggabungkan dirinya dengan parti-parti pembangkang yang berpangkalan dalam Pakatan Harapan.
 
Ramai pemimpin pembangkang teruja dengan kesempatan yang dibuka oleh Mahathir. Politikus seperti Lim Kit siang, Mohamad Sabu serta Azmin Ali melihat kehadiran semula Mahathir dalam politik nasional satu kesempatan baru.
 
Mereka memang amat perlukan seorang ikon untuk mencergaskan semula Pakatan Harapan yang 'hidup segan mati tak mahu' kerana perbalahan dan cemburu sesama mereka. 
 
PKR, DAP dan PAN hilang arah selepas tonggak dan simbol perpaduan mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipetisejukkan oleh mahkamah di penjara Sungai Buloh kerana jenayah sodominya.
 
Mahathir cergas semula dalam pusaran politik nasional. Usia 90 tahun bukan satu masalah baginya. Beliau tinggalkan Umno kerana bencikan Najib dan tidak mendapat sokongan Umno. Kini beliau menggerakkan petisyen menjatuhkannya.
 
Kebetulan dalam kempen Deklarasi Rakyatnya berlangsung dua pilihanraya penting. Pertama, pilihanraya negeri (PRN) Sarawak Mei lalu dan dua pilihanraya kecil (PRK) parlimen di Semenanjung bulan ini. 
 
Mahathir menyambar kesempatan ini untuk menumbangkan calon-calon BN supaya ia menjadi dalil jelas bahawa rakyat bukan sahaja tidak berkenan pada cara pemerintahan Najib malah sekaligus mahu melumpuhkan Umno-BN.
 
Keputusan PRN Sarawak mengecewakan Mahathir. BN menang 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak. Sementara dalam PRK parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar BN menang dengan undi majoriti jauh lebih besar. 
 
Sekaligus keputusan-keputusan berkenaan membawa mesej bahawa apabila diberi pilihan, rakyat masih yakin pada kepimpinan BN dan sudah tentu termasuk pemimpin utamanya, Najib. 
 
Namun reaksi penyokong deklarasi berkenaan kelihatan kebeeratan menerima mandat rakyat itu. Mereka enggan menjarakkan diri dari pendekatan politik songsang Mahathir ini. 
 
Dua bekas naib presiden PAS, Mahfuz Omar dan Husam Musa, misalnya, masih melihat cara Mahathir itu pendekatan terbaik "membetulkan" kerajaan.
 
Sebaliknya Mahfuz memaklumkan bahawa Deklarasi Rakyat akan meneruskan 'road show' mereka ke seluruh negara selepas Aidilfitri pada Julai ini.
 
"Selepas raya ini kita akan teruskan dan buat 'roadshow' ke seluruh negara dan dia akan memasuki fasa yang ke-2," katanya.
 
 Nampaknya ahli-ahli politik pembangkang yang melihat Deklarasi itu sebagai jalan pintas untuk melakukan perubahan dalam sistem politik negara sebenarnya membelakangi pandangan majoriti rakyat.
 
Nasihat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad serta pandangan pemerhati politik serta ramai lagi pemikir ulung, termasuk bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak dihiraukan.
 
Anwar dalam "Warkah dari penjaranya" mengingatkan bahawa perjuangan Deklarasi Rakyat adalah sempit jika tidak mensasarkan reformasi total dalam sistem pemerintahan negara. 
 
Sementara Tun Hamid pula menasihatkan supaya keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar wajar dijadikan iktibar oleh penggerak Deklarasi Rakyat supaya orang Melayu 'bersatu dan bukan terus bercakaran'.
 
Beliau berkata, selaku bekas Perdana Menteri Dr Mahathir tidak seharusnya merosakkan integriti dan pencapaian yang diperoleh sepanjang hayatnya dengan memilih arah bertentangan di penghujung jalan.
 
"Janganlah menyusahkan orang untuk terus menghormati beliau. Lebih baik Dr Mahathir berehat supaya orang boleh terus menghormatinya," katanya.
 
Adakah pemimpin-pemimpin pembangkang terbabit benar-benar yakin dengan pendekatan Deklarasi Tun Mahathir? Atau, mereka sekadar melihat ia jalan pintas untuk menumbangkan BN dan mengambil alih kuasa pemerintahan?
 
Soalnya, dedak apakah yang Mahathir taburkan untuk mereka hingga rabun menilai matlamat membalas dendam politikus veteran itu terhadap Najib yang sebenarnya tidak memberi banyak manfaat kepada rakyat?
 
 

Tun Mahathir dan dua Pilihan Raya Kecil

Posted: 22 Jun 2016 03:22 AM PDT

MUJAHID YUSOF RAWA
 
 
Tun Mahathir ketika berkempen bersama grup Pakatan Harapan untuk calon Amanah ketika berada di Sungai Besar sehari sebelum pembuangan undi.- Gambar Malaysia Dateline oleh Dalia Ismail.Tun Mahathir ketika berkempen bersama grup Pakatan Harapan untuk calon Amanah ketika berada di Sungai Besar sehari sebelum pembuangan undi.- Gambar Malaysia Dateline oleh Dalia Ismail.


Suasana kempen di kedua-dua PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar begitu unik sekali dalam sejarah PRK yang berlangsung baru-baru ini. Ia bukan sekadar PRK biasa yang semua telah sedia maklum bahawa segala jentera kerajaan ditumpukan dan rekod menunjukkan kemenangan amat sukar berpihak kepada pembangkang.

Tetapi kali ini sesuatu yang bersejarah telah berlaku apabila mantan Presiden Umno dan mantan Perdana Menteri paling lama iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkempen untuk Amanah dan Pakatan Harapan. Bapa Wawasan 2020 itu dengan terus-terang mengajak pengundi menolak calon Barisan Nasional kerana logiknya ialah memenangkan BN bererti mengiyakan skandal kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah memalukan Malaysia di mata dunia.

Bukan mudah untuk mantan Presiden Umno berbuat demikian, walaupun Bapa Kemerdekaan Tengku Abdul Rahman pernah berkempen atas pentas APU (Angkatan Perpaduan Ummah) satu ketika dahulu atas nama mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden Umno.

Tun Mahathir telah membuktikan bahawa "Negara Dahulu" (Nation First) adalah prinsip yang perlu diperjuangkan. Walaupun satu ketika kepimpinannya penuh dengan kontraversi dan ramai yang masih mengingatinya, namun saya yakin Tun Mahathir telah cuba membawa dirinya above politics dalam menghabiskan masa rehatnya daripada jawatan Perdana Menteri yang pernah disandangnya selama 22 tahun.

Saya berasa kesal kenyataan sesetengah pihak yang 'menyerang' Tun Mahathir supaya berhenti dari politik dan berehat. Mereka yang menyebut demikian tidak memahami antara tuntutan politik kepartian dan politik kenegaraan. Tun M tidak berpihak kepada politik kepartian tetapi beliau berpihak kepada kempen "Selamatkan Malaysia" rentas kepartian. Tidak mungkin beliau menyokong calon BN yang penyebab kepada 'malapetaka' yang menimpa negara hari ini. Tidak mungkin juga Tun M menyokong calon Pas yang tiada berpendirian malah 'mesra Najib' dalam skandal yang melanda negara hari ini.

Tun Mahathir melihat peluang "Selamatkan Malaysia" hanya terletak kepada calon Amanah yang berkongsi cita-cita yang sama. Kempennya jelas bukan bersifat kepartian tetapi Tun M mahu dilihat menjangkau kepartian kepada politik kenegaraan. Malangnya orang seperti Tun Hamid dan yang sama waktu dengannya gagal memahami dan terperosok dalam kesempitan minda dan agenda yang menyempitkan.

Untuk kejelasan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir kerana anda telah memberikan keunikan kepada kedua kempen kali ini lantas bersama lembaran baru politik yang telah diusahakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selama era reformasi bermula. Manusia paling kecewa dalam ketawa ialah tiada lain melainkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang menjadi penyebab kepada segala kecelaruan hari ini.

Tidak menghairankan aksi Tun Mahathir dipandang sinis oleh PM Najib, namun dalam kesinisan, hatinya geram dan marah apabila mantan presiden partinya tidak membelanya malah 'menyerang' kebejatan kepimpinannya.

 Tun M tidak berkempen untuk menangkan Umno-BN atau Amanah-Pakatan Harapan tetapi Tun M berkempen untuk "Selamatkan Malaysia" yang mana Amanah-Pakatan Harapan telah komited untuk lakukan dalam manifesto PRK kami. Walaupun BN menang, Pas dan Amanah masing-masing seri dalam meraih tempat kedua, ia bukan bermakna Tun Mahathir telah gagal dan suaranya tidak digeruni lagi tetapi hakikatnya ialah Malaysia memerlukan Reformasi Politik menyeluruh dengan pemikiran politik kepartian dan kenegaraan yang segar dan baru.

10. Akhirnya saya bagi pihak seluruh jentera Amanah amat menghargai usaha Tun Mahathir dan isteri serta Tim Deklarasi Rakyat yang berganding bahu bersama Amanah dan Pakatan Harapan untuk kempen "Selamatkan Malaysia" dalam kempen PRK baru-baru ini.
Terima kasih Tun Mahathir.

Semoga usaha Reformasi yang dilaungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pejuang lainnya dari DAP, PKR dan Amanah selama ini kekal bergaung sehingga PRU ke -14 yang akan datang.

Pas bakal hilang Kelantan, Perak dan Selangor pada PRU14, ramal Kit Siang

Posted: 22 Jun 2016 03:06 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Lim Kit Siang Lim Kit Siang Pas bakal berdepan kemungkinan untuk hilang kuasa ke atas negeri Kelantan yang telah ditadbirnya sejak 1990, selama 23 tahun berdasarkan keputusan diperoleh Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar,Sabtu lalu, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

 "Pada PRU ke-14, Pas Kelantan bakal berdepan kemungkinan untuk hilang kuasa ke atas negeri yang telah ditadbirnya sejak 1990, selama 23 tahun di bawah (Allhayarham) Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar," katanya.

Beliau berkata demikian kerana ramalannya sebelum PRK ternyata mengena apabila Pas dibuktikan begitu banyak undi setelah berpisah daripada Pakatan Harapan.

Pas hanya memperolehi 6,902 undi di Sungai Besar dan 5,684 undi di Kuala Kangsar.

"Pas memperolehi 18,296 undi di Sungai Besar dan 13,136 undi di Kuala Kangsar pada PRU 2013.

"Mereka kehilangan 11,394 undi di Sungai Besar dan 7,452 undi di Kuala Kangsar dalam PRK lalu," jelas Ketua Parlimen DAP itu dalam kenyataannya hari ini dilapor Roketkini.

Menurutnya lagi, Pas hanya tewas dengan majoriti tipis 399 undi di Sungai Besar pada PRU ke-13, namun undi yang mereka perolehi pada masa itu adalah atas nama Pakatan Rakyat.

"Saya telah berhujah bahawa cerminan yang tepat untuk sokongan bagi Pas ialah keputusan PRU tahun 2004, apabila Pas yang bertanding 'sendirian' mendapat 7,988 undi di Sungai Besar dan 5,748 undi di Kuala Kangsar," ujarnya lagi.

Malahan Pas, katanya lagi, tidak mampu mengulang pencapaian tahun 2004 di kedua-dua kawasan tersebut. Gabungan pembangkang sebelum ini – Barisan Alternatif, katanya terkubur sebelum PRU pada 2004, justeru memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional(BN) yang dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi pada waktu itu.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meramalkan Pas akan bungkus di Selangor dan Perak, berdasarkan keputusan PRK Sabtu lalu.

"Pas akan menyusut daripada mempunyai 15 kerusi Dun di Selangor, dan lima kerusi di Perak pada PRU ke-13 sehingga langsung tidak mempunyai kerusi, sepertimana yang berlaku dalam tahun 2004," jelasnya.

Yapeim salur bantuan RM2.2juta kepada pelajar miskin sambut hari raya

Posted: 22 Jun 2016 03:03 AM PDT

 BERNAMA
 
 
Datuk Asyraf Wajdi DusukiDatuk Asyraf Wajdi DusukiYayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyumbangkan bantuan kepada kira-kira 13,000 pelajar miskin di seluruh negara bagi menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata yayasan itu memperuntukkan RM2.2 juta bagi menjayakan program berkenaan secara serentak di seluruh negara, mulai semalam.

"Sebanyak 1,000 pelajar miskin terpilih di setiap negeri mendapat bantuan itu untuk membeli keperluan sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan berkenaan peringkat negeri Kelantan di Masjid Ibrahimi di sini, malam tadi.

Turut Hadir, Ketua Pengarah YaPEIM merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abibullah Samsudin.

Asyraf Wajdi berkata peruntukan untuk program itu adalah daripada keuntungan hasil aktiviti perniagaan yang diusahakan yayasan tersebut.

"Ia sebahagian daripada usaha memperkasakan program kebajikan dan tanggungjawab yayasan itu membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan," katanya.

Beliau berkata mulai sekarang, agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri diarah menguar-uarkan kepada umum mengenai aktiviti sosial yang mereka lakukan tanpa berselindung untuk mengelak fitnah.

"Selama ini aktiviti-aktiviti agensi agama kurang mendapat publisiti menyebabkan ada yang mempersoal dan memfitnah ke mana wang dibelanjakan," katanya.

AMANAH lebih kuat kerana bersama PKR,DAP - Mat Sabu

Posted: 22 Jun 2016 02:58 AM PDT

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menegaskan bahawa parti itu lebih kuat dengan kehadiran PKR dan DAP.

Beliau juga menyatakan ketidak setujuan berhubung Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa calon-calon Amanah yang bertanding dalam pilihan raya kecil baru-baru ini akan kehilangan deposit mereka tanpa sekutu parti.

"Kekuatan AMANAH terletak pada Pakatan Harapan (HARAPAN). Berseorangan, kami tidak kuat. Tetapi tidaklah sampai ke tahap hilang deposit," kata Mohamad kepada Malaysiakini.

AMANAH, kata beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, akan terus bersama Pakatan Harapan kerana percaya dengan bersendirian dalam perjuangannya, parti itu tidak dapat pergi jauh dalam arena politik negara.

"Kami akan kelihatan kuat, tetapi kita tidak akan menang dalam pilihan raya, (tetapi ) HARAPAN boleh.
"(Dan) kita hanya berumur lapan bulan, jika kita berusia dua tahun, mungkin kekuatan kita akan berbeza ," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir tidak faham mengapa Mohd Amar membuat kenyataan sedemikian.

"Sebelum ini, beliau kata kami gila kerana memilih warna oren, kini dia membuat kenyataan bahawa kita akan hilang deposit jika kita tidak bersama-sama dengan PKR dan DAP.

"Mengapa mesti membuat kenyataan seperti itu? Kami percaya konsep kerjasama dalam politik. Di Malaysia, tidak ada parti politik termasuk Umno, boleh bersendirian bagi mendapatkan kuasa mentadbir negara ini," tambah beliau lagi.

Geng curi Anak Bapak ditumpas polis Johor

Posted: 22 Jun 2016 02:55 AM PDT

 
 
Polis percaya dapat menumpaskan sindiket curi kenderaan oleh kumpulan penjenayah dikenali "Geng Anak Bapak" dengan tertangkapnya tiga lagi saki baki anggota kumpulan itu di Johor Bahru, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd Taib Ahmad berkata ketiga-tiga mereka berumur antara 31 hingga 35 tahun, dengan dua daripadanya ialah anak beranak.

Beliau berkata penahanan mereka di sebuah kawasan di Skudai Kiri di Tampoi kira-kira pukul 5.20 petang itu adalah susulan daripada tangkapan empat lagi anggota kumpulan berkenaan pada 18 Jun di tempat yang sama.

Mohd Taib berkata polis akan menahan reman ketiga-tiga suspek selama 14 hari sehingga 3 Julai ini.
"Dalam tangkapan empat anggotanya sebelum ini, polis juga telah merampas sebuah lori yang dilaporkan hilang di Taman Universiti, selain daripada peralatan curi kenderaan.

"Semakan awal kemudian mendapati keempat-empat suspek yang berumur 21 hingga 44 tahun itu turut didapati positif dadah jenis morfin dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan curi kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.- Bernama




Jho Low disahkan pemilik Good Star Ltd selama 5 tahun

Posted: 22 Jun 2016 02:53 AM PDT

Sejak beberapa tahun kebelakangan, kerajaan Malaysia menyatakan syarikat Good Star Ltd yang menerima AS$1.03 bilion daripada 1MDB dimiliki oleh rakan kongsi usaha sama dana, PetroSaudi International Ltd.

Sekarang, seorang pegawai dengan berpengetahuan dalam penyiasatan kawal selia mengesahkan apa yang bank pusat Malaysia tegaskan baru-baru ini yakni Low Taek Jho adalah pemilik tunggal Good Star selama lima tahun hayat firma berkenaan.

"Apa yang saya boleh katakan dengan pasti ialah Jho Low adalah pemilik eksklusif bermanfaat Good Star," kata pegawai itu, memetik laporan oleh Reuters.

Menurut dokumen pendaftaran yang dilihat oleh Reuters, Good Star telah diperbadankan di Seychelles pada 18 Mei 2009, empat bulan sebelum pembayaran awal kepada PetroSaudi.

Ia telah dibubarkan lima tahun kemudian iaitu pada 2 Mei 2014.

Low, yang sering dirujuk sebagai Jho Low, adalah pemilik Good Star sepanjang lima tahun itu, kata pegawai berkenaan.

Jho Low bersama-sama kerajaan telah menafikan beliau mempunyai apa-apa kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diasaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada September 2009 untuk melabur dalam projek hartanah dan tenaga strategik.

Banyak firma perniagaan dan bank-bank Malaysia telah terpalit dengan 1MDB yang sedang bergelumang dalam kemelut rasuah dan pengubahan wang haram yang membawa penyiasat untuk meninjau transaksi dan hubungan kewangan merentasi global - dari Malaysia ke Singapura dan Seychelles, dari Abu Dhabi kepada syarikat luar pesisir di Caribbean serta dari Amerika Syarikat ke Switzerland.

Siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu.

Kematian angkasawan Yuri Gagarin terjawab

Posted: 22 Jun 2016 12:11 AM PDT

MSTAR ONLINE

Kematian angkasawan Yuri Gagarin terjawab
Kapsul Gagarin ketika berada di angkasa pada 1961
 


MOSCOW - Kematian individu pertama mengorbit bumi pada 1961 Yuri Gagarin terjawab selepas rakanya Aleksey Leonov membuat pendedahan di media baru-baru ini.

Selepas tujuh tahun angkasawan Rusia itu melakar sejarah, media melaporkan beliau terbunuh ketika kemalangan semasa latihan penerbangan namun, pihak berkuasa ketika itu tidak mendedahkan punca bagaimana beliau meninggal dunia.

Pelbagai teori konspirasi tercetus sejak kematian beliau. Ada menyifatkan beliau dibunuh atas arahan pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev kerana membocorkan rahsia kerajaan, ada juga berpendapat, Gagarin membunuh diri dan tidak kurang juga mengatakan, pesawat beliau menjadi mangsa dendam Objek Terbang Yang Tidak Dikenali (UFO) ketika berada di angkasa.

Tetapi selepas 40 tahun menyimpan rahsia, Leonov akhirnya mendedahkan punca sebenar kematian Gagarin yang merupakan rakan karibnya.

Beliau menjelaskan, ketika latihan penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan Rusia, terdapat sebuah pesawat pejuang SU-15  (dirahsiakan pemandunya) tidak dibenarkan melakukan latihan, namun juru terbang itu berdegil untuk terus melakukan latihan penerbangan.

"Pesawat itu terbang hampir dengan pesawat Gagarin. Juruterbang itu tidak mengikut syarat penerbangan ditetapkan apabila menurunkan had ketinggian penerbangan mencecah 450 meter.
Pesawat itu berada pada jarak 15 meter dan akhirnya berlanggar dengan pesawat Gagarin pada kelajuan super sonik 750 kilometer sejam," katanya dipetik MailOnline

Menurutnya, sebelum kebenaran penerbangan diberi, latihan itu sepatutnya dibatalkan kerana cuaca buruk namun, belum sempat di arahkan, kejadian tersebut telah berlaku dan pesawat terbabit terhempas di perkampungan Novoselova.

Leonov merupakan salah seorang daripada panel penyiasat dalam tragedi itu.


Cabul polis wanita, jurutera mengaku tidak salah

Posted: 22 Jun 2016 12:05 AM PDT


Cabul polis wanita, jurutera mengaku tidak salah
Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari mahkamah dan dihantar ke penjara sehingga jamin dijelaskan.


KOTA BHARU – Seorang jurutera kualiti warga negara Bangladesh mengaku tidak salah di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas dua dakwaan mencabul seorang anggota polis wanita.

Dakwaan terhadap Md Suman Hossain, 25, dibuat di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin.

Md Suman didakwa pada tuduhan pertama didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Konstabel polis berusia 24 tahun itu dengan meraba punggung mangsa di kaunter sebuah hotel di Jalan Kebun Sultan, di sini, pada jam 11.45 malam, 29 Mei lalu.

Pada tuduhan kedua, di tangga hotel sama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan memeluk belakang mangsa dengan maksud mencabul kehormatannya pada masa dan tarikh yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ainun Zafirah Abd Halim memohon tarikh sebutan dan tidak
mencadangkan jaminan berikutan tertuduh warganegara asing, namun peguam, Mohd Rafizi Abdullah merayu bagi pihak anak guamnya itu supaya dibenarkan jamin.

"Tertuduh mempunyai pasport yang sah dan mahkamah boleh menahan pasport tertuduh serta itu sudah mencukupi bagi memastikan tertuduh tidak melarikan diri daripada negara ini," katanya.

Mendengar hujahan itu, Mohd Firdaus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 21 Julai depan. Setakat petang semalam, jamin belum dijelaskan.


Seks guna jari, penganggur mengaku tidak salah .

Posted: 21 Jun 2016 11:56 PM PDT

Seks guna jari, penganggur mengaku tidak salah
Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding.


KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku tidak salah di mahkamah sesyen, di sini, semalam, atas dakwaan dua kali melakukan hubungan seks dengan kekasih bawah umur menggunakan jari.

Dakwaan terhadap tertuduh, Muhamad Azam Mazri, 21, dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Tertuduh didakwa pada tuduhan pertama melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 15 tahun empat bulan di sebuah rumah kosong tanpa nombor di alamat Desa Harapan, Machang, pada jam 8.30 pagi, 25 April lalu.

Pada tuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama kepada mangsa pada jam 3.30 petang pada tarikh dan lokasi sama.

Dakwaan terhadap tertuduh dijalankan mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, tertuduh melalui peguam, Zuhaidi Akmal Hasan Basri merayu jaminan dibenarkan dengan alasan berasal dari keluarga kurang pendapatan dengan bapa OKU yang bekerja sebagai peniaga.

Rayuan mendapat bantahan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin dengan alasan mangsa masih di bawah umur dan kebarangkalian untuk berjumpa dengan tertuduh sangat tinggi walaupun mangsa tinggal di Kuala Krai.

"Daripada digunakan untuk menjamin tertuduh, lebih baik duit yang ada digunakan untuk menampung perbelanjaan adik-beradik tertuduh yang lain dan kepada perkara yang lebih baik," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan kes untuk sebutan semula pada 25 Julai depan dan tertuduh akan ditahan dipenjara sehingga tarikh itu susulan tiada jaminan dibenarkan.


Pas tidak akan tagih simpati‎

Posted: 21 Jun 2016 11:49 PM PDT

Ahmad Yunus Hairi


SHAH ALAM - Pas tidak akan berundur walau selangkah untuk menagih simpati daripada blok parti pembangkang (Pakatan Harapan).

Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, walaupun kecewa dengan keputusan PRK kawasan Parlimen Sungai Besar, Pas tetap istiqamah meneruskan agenda memperbaiki kerosakan negara dengan pendekatan 'Budaya Politik Matang Sejahtera' (BPMS) sepertimana digagaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas menghormati keputusan rakyat mengekalkan penguasaan BN di kerusi tersebut namun dalam masa sama, Pas akan tetap sentiasa berusaha memenangi semula hati pengundi secara berhemah dan profesional pada PRU14.

"Pas memasuki PRK Sungai Besar secara 'underdog', tetapi Pas ditohmah tidak mempunyai semangat setia kawan, tidak boleh dibawa berunding dan segala macam tohmahan negatif dilemparkan sedangkan parti hanya ingin meneruskan kesinambungan perjuangan di kerusi yang pernah ditandingi sebelum ini.

"Malah Pas mempunyai sejarah perjuangan politik dalam negara ini selama lebih 62 tahun dan selayaknya Pas mendapat sewajarnya daripada blok part pembangkang di dalam usaha jatuhkan Umno/BN," katanya

Ahmad Yunus yang juga Exco Selangor berkata, beliau kecewa apabila kalangan pimpinan yang sebelum ini pernah bersusah payah berjuang di dalam Pas, memburukkan parti di atas pentas ceramah Parti Amanah Negara (Amanah) dengan hasrat untuk menarik undi ahli-ahli tegar Pas.

Katanya, betapa rasa terhinanya apabila orang-orang yang pernah berjasa ini akhirnya ditempelak dan dicemuh kerana meninggalkan perjuangan gerakan Islam yang diterajui Pas.

Menurutnya, Pas Selangor akan mengaplikasikan gagasan BPMS secara bersungguh-sungguh di dalam gerak kerja dan tindakan bersepadu semua jentera parti Pas Selangor di semua peringkat.

"Inilah penyelesaian kita kepada rakyat supaya dapat berikan sokongan yang padu dan tidak berbelah bahagi kepada Pas dan Kuasa Ketiga bagi menjatuhkan BN daripada tampuk pemerintahan negara ,"katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Yunus berterima kasih kepada calon Pas, Dr Abdul Rani Osman yang memikul tanggungjawab berat sebagai calon Pas untuk PRK Sungai Besar.

Walaupun dicemuh dan difitnah, namun beliau tetap dengan politik matang sejahtera menyantuni masyarakat setempat dan pimpinan parti lawan.

"Terima kasih juga kepada pimpinan Pas Pusat dan juga petugas serta sukarelawan Pas yang hadir membantu," katanya.


Politik PAS Realistik, Politik PH Plastik

Posted: 21 Jun 2016 11:29 PM PDT

 
Oleh Alang Ibn Shukrimun


Kelihatan ramai yang terkejut dengan keputusan PRK lepas. Seolah-olah tidak menjangka keputusan yang diperolehi akan menjadi seperti ini terutama dari rakan-rakan pembangkang.

Ini boleh dilihat dari kenyataan kebanyakan pimpinan Dap, Pkr dan Pan. Rata-rata mengeluh kecewa tidak percaya. Ada yang menyalahkan pengundi, ada yang sugul membisu, ada yang berubah wajah serta merta dan ada juga yang terus menyalahkan PAS!

Apa yang dapat dilihat, fenomena u-turn beramai-ramai telah berlaku. Sebelum pilihanraya, kenyataan yang dikeluarkan sangat bongkak dan yakin. Berbangga dengan sokongan Tun M. Bermegah dengan kehadiran ceramah yang ramai dari kalangan Tiong Hua. Malah ahli akademik turut menjangka besar kelebihan buat PH dan nasib malang buat PAS.

Tetapi apabila keluar keputusan, mereka u-turn 180 darjah. Tiba-tiba sahaja berubah jadi baik, rendah diri dan penuh suci! Mula bercakap soal perpaduan, seruan membuang ego, dan memujuk PAS kembali bersama koalisi. Hilang segala bongkak dan sombong selama ini.

Di sebelah PAS pula, keadaan yang berbeza dilihat. Pimpinannya sedikitpun tidak terkejut seolah-olah sudah menjangka keputusan ini. Dari awal lagi Presiden PAS menunjukkn isyarat apa akan berlaku usai PRK kali ini. Perakara ini boleh dilihat melalui kenyataan Presiden pada Seminar Penerangan PAS Pusat 22 Mei yang lalu lagi:

"InsyaAllah kita akan tunjukkan satu eksesais yang baik dalam isu Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Eksesais bagaimana kita berpolitik, kita boleh bercatur politik dengan pihak lain, jangan main-main dengan pihak kita. Menang kalah perkara lain, pasang surut dalam perjuangan itu biasa, kita yakin bahawa kita makin maju insya-Allah.

"Sebaik eksesais untuk pilihan raya yang akan datang, yang lebih memberi peluang kepada parti kita insya-Allah untuk menunaikan tanggung jawab menyelamatkan negara dan ummat semuanya, Islam adalah penyelamat kepada Malaysia dan rakyat masyarakat majmuk," ujarnya pada Seminar Khas Penerangan di Muzium Sultan Alam Shah, di sini semalam.

Nyata keputusan PRK ini benar-benar terjadi sebagaimana yang disebut Presiden PAS. Orang mula menyedari kekuatan PAS. Orang mula bercakap soal masadepan pada PRU14. Orang yang selama ini memperlekeh mula gerun akan keberadaan PAS di arena ini. Sememangnya keputusan ini mengikut catur strategi PAS.

Apa yang ingin diberitahu, rupa-rupanya keupayaan PH dalam membaca politik tanahair begitu lemah sekali. Segala dakwaan sebagai profesional, progresif, idealistik, pakar dan sebagainya hanya sedap di telinga. Hakikatnya mereka tak mampu pun untuk berhadapan dengan gelora politik negara yang bukanlah besar manapun ini.

Saya masih ingat ketika ditanya berapakah anggaran kerusi yang berjaya dimenangi dalam PRN Sarawak, PAS menjawab kami bertanding 11 dan menjangka akan menang 1 kerusi. Tetapi bila ditanya Pan, mereka kata bertanding 13 dan dengan yakin menjawab, "kami yakin menang semua!". Ulas pemerhati politik, nyata PAS lebih realistik sedangkan Pan terlalu idealistik.

Selama ini mereka hanyalah menggunakan budaya politik-pop untuk meyakinkan orang ramai bahawa mereka hebat. Dicanang dalam media-media kononnya mendapat sokongan hebat rakyat. Dibantu cybertrooper yang menyebar berbagai persepsi menggambarkan kekuatan mereka. Pendekatan populis sebegini tidak membawa apa-apa makna apabila berhadapan real politik. Apa sebenarnya berlegar di peringkat akar umbi rakyat, mereka tak tahu apa-apa!

Namun begitu, sikap mereka terkenal tetap tidak mahu mengaku salah walaupun sudah terbukti silap. Se awal isu 16 September, isu UG, keputusan PRU13, isu MB Selangor, hinggalah isu guling Najib, tekaan politik mereka tetap tidak mampu menyaingi ijtihad politik Majlis Syura Ulama PAS. Tetapi mereka masih sombong tidak tahu akur dan dengar nasihat.

Kali ini mereka ajak PAS bergabung kembali. Saya cadangkan PAS letak prasyarat ketat dan tegas sebagai mukaddimah. Kalau benar mahu bergabung, lantik PAS sahaja sebagai pengerusi pakatan. Biarlah pakatan ini ada ketuanya. Biar PAS ajar mereka cara berpolitik. Mereka ikut sahaja kalau mahu pembangkang berkuasa. Buat sahaja apa PAS minta.

Kalau prasyarat tidak dipersetujui, ucapkan selamat tinggal sahaja kepada pakatan itu. PAS tidak akan rugi sedikitpun kerana banyak lagi agenda rakyat yang sedang diusahakan PAS. Gerakerja PAS tidak hanya menumpu kepada pilihanraya dan kuasa sahaja. Agenda tarbiah, dakwah, memartabat syariah Islam, menjaga kebajikan tetap berjalan walaupun PRU belum menunjukkan tanda-tanda.

Pesan kepada PH, belajarlah untuk jadi realistik lebih dari idealistik yang sebenarnya hanya retorik dan plastik. Rakyat sudah muak dengan taktik-taktik politik yang tampak bombastik tapi bodoh seperti 16 September, Langkah Kajang dan

Blackout. Hanya menyusahkan negara. Berpolitiklah untuk rakyat, bukan untuk jawatan dan habuan diri sahaja.

Eaglexpress Jamin Bayar Gaji Tertunggak Sebelum Aidilfitri

Posted: 21 Jun 2016 11:20 PM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 


PETALING JAYA: Syarikat penerbangan Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd (Eaglexpress) memberi jaminan untuk melunaskan tunggakan gaji kira-kira 300 pekerjanya seawal-awalnya minggu depan.
Menurut jurucakap Eaglexpress kepada mStar Online, semua bayaran gaji termasuk elaun yang tertunggak akan dibuat sebelum Aidilfitri.

Beliau juga mengakui syarikat penerbangan itu mengalami masalah kewangan sejak Februari lalu, disebabkan isu berkaitan dengan sijil Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA).

Katanya, ketiadaan IOSA itu menyebabkan syarikat tidak dapat beroperasi berikutan perniagaan utama terikat dengan Arab Saudi Airlines (Saudia) bagi membawa jemaah umrah dan haji.

"Memang Eaglexpress mengalami masalah kewangan selama beberapa bulan sejak Februari lalu. Tetapi kami baharu sahaja memperoleh IOSA tiga minggu lalu.

"Perniagaan kini kembali normal. Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan tunggakan gaji pekerja dan bayaran lain membabitkan operasi penerbangan.

"Kami menjangkakan bayaran gaji pekerja dapat dilakukan seawal-awalnya minggu depan atau sebelum Aidilfitri," katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Eaglexpress merupakan syarikat penerbangan carter yang berpangkalan di Kuala Lumpur untuk jemaah umrah dan haji sejak 2012. Antara penerbangannya ke Arab Saudi adalah dari Malaysia, Indonesia, Afrika Utara dan Timur Tengah.

Mengenai jaminan tunggakan gaji diselesaikan sebelum 1 Syawal, katanya: "Kira-kira 95 peratus kakitangan Eaglexpress beragama Islam dan kami berusaha untuk menyelesaikan isu gaji secepat mungkin bagi membolehkan mereka mempunyai perbelanjaan untuk berhari raya selain meringankan tanggungan keluarga dan komitmen kewangan lain."

Bagaimanapun kata jurucakap itu, tunggakan gaji hanyalah untuk dua bulan dan bukannya tiga bulan seperti yang didakwa.

"Ada pekerja yang dah dapat sebahagian bayaran meliputi elaun. Kita akan berusaha melunaskan baki tunggakan gaji dan lain-lain," katanya.

Sehubungan itu, jurucakap Eaglexpress meminta semua kakitangan termasuk juruterbang dan kru kabin supaya bersabar berhubung situasi yang dihadapi syarikat.

"Masalah kewangan merupakan perkara normal dalam perniagaan. Ada masa yang tak baik dan ketidaktentuan ini turut dialami Eaglexpress," katanya.

Pada Isnin, mStar Online mendedahkan sebuah syarikat penerbangan carter gagal membayar gaji sekurang-kurangnya selama tiga bulan membabitkan kira-kira 300 pekerja.

Isu gaji pekerja Eaglexpress susulan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara, Rayani Air sebelum ini yang turut tidak melunaskan tunggakan gaji kira-kira 400 kakitangannya mencecah jutaan ringgit, selain bermasalah dari segi operasi.

Bagaimanapun, Rayani Air yang digantung operasi selama tiga bulan sejak 11 April lalu telah dibatalkan Sijil
Pengendali Udara (AOC) oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) serta pembatalan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) pada minggu lalu.

"Simpanan Tak Cukup Nak Bayar Semua gaji Tertunggak Eaglexpress"

Posted: 21 Jun 2016 11:11 PM PDT

 
 
Kakitangan Eaglexpress
 
 
PETALING JAYA: Syarikat penerbangan Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd (Eaglexpress) menjelaskan bahawa isu 'sebahagian bayaran kepada sebahagian pekerja' berpunca daripada sumber kewangan yang terhad.

Menurut jurucakap Eaglexpress kepada mStar Online, syarikat penerbangan itu mengalami masalah kewangan selama beberapa bulan sejak Februari lalu sehingga memaksa hanya sebahagian bayaran yang boleh dibuat menggunakan baki simpanan.

"Kita bayar guna simpanan yang ada, tetapi tidak banyak untuk kami dapat bayar semua gaji dan elaun kepada semua pekerja.

"Apa yang kami lakukan adalah memberikan sejumlah bayaran kepada mereka yang membuat permintaan berdasarkan keperluan mereka," katanya kepada mStar Online.

Sehubungan itu jurucakap berkenaan menafikan dakwaan syarikat itu tidak bertanggungjawab kerana walaupun mengalami masalah kewangan, sejumlah kakitangan masih mendapat sebahagian bayaran.

Beliau mengakui gaji pokok selama dua bulan termasuk beberapa elaun lain tertunggak akibat masalah berkenaan.

Bagaimanapun dakwanya, terdapat segelintir pekerja terutama yang 'senior' sedia menunggu bayaran penuh dibuat kerana masih boleh bertahan sehingga kini.

"Jadi, kami memberi keutamaan kepada pekerja yang benar-benar memerlukan, yang membuat permintaan kepada kami seperti nak bayar bil hospital, pinjaman perumahan. Jumlah tertentu dibayar atas faktor keperluan mereka selain sumber kami yang terhad," katanya.

Ditanya mengapa tiada pengumuman rasmi kepada semua pekerja berhubung masalah gaji, jurucakap itu berkata, ia disebabkan syarikat tersebut pada awalnya menjangkakan akan memperoleh sijil Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA) Februari lalu.



"Kita tak jangka isu IOSA berlarutan sehingga beberapa bulan dan hanya mendapatnya tiga minggu lalu.

"Tetapi pihak pengurusan ada meminta setiap bahagian membuat pengumuman mengenai isu gaji kepada kakitangan masing-masing," katanya sambil merujuk IOSA sebagai salah satu peraturan untuk membolehkan Eaglexpress beroperasi di Arab Saudi di bawah Saudi Arabian Airlines.

Eaglexpress merupakan syarikat penerbangan carter yang berpangkalan di Kuala Lumpur bagi perkhidmatan jemaah umrah dan haji sejak 2012. Antara penerbangannya ke Arab Saudi adalah dari Malaysia, Indonesia, Afrika Utara dan Timur Tengah.

Pada Selasa, mStar Online melaporkan Eaglexpress memberi jaminan untuk melunaskan tunggakan gaji kira-kira 300 pekerjanya seawal-awalnya minggu depan, sebelum Aidilfitri.

Berita itu disambut baik oleh para pekerja yang selepas beberapa bulan menanti terutama dengan musim perayaan yang bakal tiba.

"Kami akan tunggu syarikat melunaskan segala gaji dan elaun tertunggak sebelum Aidilfitri. Ini termasuk gaji bulan Jun selain April dan Mei yang tertunggak.

"Kami berharap ia sebagai satu jaminan yang akan ditepati dan bukannya sekadar memberi harapan palsu," ujar mereka yang terdiri daripada juruterbang dan kru kabin.

Terdahulu, pada Isnin, mStar Online mendedahkan sebuah syarikat penerbangan carter gagal membayar gaji pekerjanya.

Isu gaji pekerja Eaglexpress didedahkan susulan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara, Rayani Air sebelum ini yang turut tidak melunaskan tunggakan gaji kira-kira 400 kakitangannya mencecah jutaan ringgit, selain bermasalah dari segi operasi.

Bagaimanapun, Rayani Air yang digantung operasi selama tiga bulan sejak 11 April lalu telah dibatalkan Sijil
Pengendali Udara (AOC) oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) serta pembatalan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) pada minggu lalu.

Comments (0)