Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:04 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Wang tebusan RM12j: MyWatch gesa siasat bekas komando

Posted: 20 Jun 2016 04:04 PM PDT

 
Ada kemungkinan Halim Ishak dan MCCF punyai kaitan dengan wang tebusan RM12 juta itu, dakwa Sanjeevan


Sanjeevan-R--Halim-Ishak


PETALING JAYA: Pengerusi MyWatch menggesa polis supaya menyiasat bekas komando mereka, Halim Ishak, yang sebelum ini dilaporkan sebagai orang penting dalam usaha pembebasan warga Sarawak yang menjadi tebusan Abu Sayyaf.

Sri Sanjeevan Ramakrishnan dalam laporan polis yang dibuatnya hari ini berkata ada kemungkinan Halim Ishak, dan Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) yang dipengerusikannya, punyai kaitan dengan RM12 juta yang dikumpul oleh ahli keluarga mangsa.

Sebelum ini, Astro Awani melaporkan Halim Ishak, seorang bekas komando VAT69 telah memainkan peranan penting dalam usaha pembebasan empat kelasi itu.

"Satu pasukan khas harus ditubuhkan segera untuk menyiasat kes ini agar ianya dapat membersihkan nama baik kewibawaan Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar daripada tuduhan," kata Sanjeevan dalam laporannya.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara hari ini berkata tidak ada keperluan bagi polis menjalankan inkuiri mengenai dakwaan pembayaran wang tebusan itu.

"Buat apa mahu inkuiri kerana kami tidak terlibat. Kami tahu ke mana wang itu pergi," kata Khalid di satu sidang media di Bukit Aman.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata wang itu telah disalurkan kepada badan-badan kebajikan tertentu di Filipina, selepas pihak keluarga memberitahu media mereka telah menyerahkan wang kepada Cawangan Khas (SB) sebagai wang membebaskan tebusan.

Khalid menafikan SB terlibat dalam sebarang pembayaran wang tebusan, dan berkata ada kemungkinan wang itu telah diberikan kepada pihak ketiga yang menyakinkan pihak keluarga bahawa mereka daripada agensi perisikan itu.

Wong Teck Kang, 31; Wong Teck Chii, 29; Johnny Lau Hien, 21; dan Wong Hung Sing, 34 diculik pengganas Abu Sayyaf 1 April lalu dan dibebaskan pada 7 Jun.

Lulus Grab ada unsur politik, dakwa pengasas syarikat teksi

Posted: 20 Jun 2016 04:01 PM PDT

 
Pengasas Big Blue Taxi dakwa pemilik perkhidmatan Grab mempunyai hubungan baik dengan MCA


Datuk-Shamsubahrin-Ismail-Mohd-Tom


SHAH ALAM : Hubungan antara peniaga dan parti politik dikatakan telah mempengaruhi rancangan meluluskan perkhidmatan perkongsian kenderaan Grab.

Dakwaan itu dibuat pengasas syarikat teksi premium Big Blue Taxi Service, Datuk Shamsubahrin Ismail kepada pemberita di majlis berbuka puasa syarikat itu hari ini.

"Memandangkan Grab dimiliki oleh Tan Chong Motor – Tan Chong baik dengan MCA dan Presiden MCA ialah Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) – jadi adalah tak patut (diluluskan).

"Kementerian tak berani nak luluskan sebab dia dah bawah MCA. Jadi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang jadi orang suruhan," dakwanya, ketika ditanya samada bersetuju dengan rancangan meluluskan perkhidmatan Grab dan Uber.

Grab sebelum ini dikenali sebagai MyTeksi di Malaysia diasaskan oleh Anthony Tan, anak kepada President Tan Chong, Datuk Tan Heng Chew.

Heng Chew dilaporkan tidak melabur dalam syarikat itu semasa ia dimulakan, dan Anthony pernah dilaporkan tidak berminat untuk menyertakan syarikatnya ke dalam Tan Chong.

Sabtu lalu, SPAD menyerahkan cadangan Program Transformasi Industri Teksi kepada kerajaan yang antara lain mencadangkan perkhidmatan Uber dan Grab dibenarkan beroperasi secara sah, disamping menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi.

Pembentangan cadangan itu selepas pemandu teksi mengadakan tunjuk perasaan di ibu negara Mac lalu mendesak aplikasi Uber dan Grab diharamkan.

"Makmal teksi yang telah dijalankan oleh SPAD pada Disember 2015, telah mengesahkan bahawa penyelesaian permasalahan di dalam industri teksi bukanlah satu tugas yang mudah," menurut SPAD dalam satu kenyataan 18 Jun lalu.

Sementara itu, Shamsubahrin turut tidak bersetuju sekiranya Uber dibenarkan beroperasi secara sah walaupun perkhidmatan itu mempunyai sistem yang bagus.

"Tapi perlaksanaan dia (Uber) salah sebab tidak ada permit, tidak ada lesen memandu, tidak ada insurans," katanya.

Media sebelum ini melaporkan syarikat milik kerajaan, Khazanah Nasional Berhad telah melabur secara tidak langsung dalam Uber sejak tahun lepas.

"Tak perlu luluskan sekarang. Simpan dalam perhatian dulu. Perbetulkan teksi dan kemudian tengok macam mana nak sertakan Uber," katanya.

Menurut Shamsubahrin, 75,000 teksi yang ada sekarang ini di seluruh negara akan terganggu sekiranya Uber diluluskan sebelum transformasi industri teksi dilaksanakan.

"Dulu Transit Aliran Ringan (LRT) ada masalah, kerajaan keluarkan pelaburan untuk transformasi dan tambahbaik.

"Kerajaan boleh belanjakan berbilion pada Aliran Transit Massa (MRT) mengapa pula tidak boleh belanjakan pada transformasi teksi?" soalnya.

Mahathir dedah rahsia BN menang pilihan raya kecil

Posted: 20 Jun 2016 03:49 PM PDT

 Mahathir Mohamad 


ULASAN l  Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang.

Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras.

Saya tidak mungkin sokong perbuatan salah guna kuasa seperti menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana ini sehingga rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah kerajaan bernilai RM3,000 pada harga RM60 sekaki persegi; penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low; pengakuan Datuk Seri Najib Razak bahawa adalah benar wang sebanyak RM2.6 bilion ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada kerajaan.

Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang peguam negara supaya dapat diganti dengan peguam negara yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Saya tidak dapat terima seorang perdana menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib berkenaan duit 1MDB; institusi-institusi kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak lebih RM20 bilion.

Saya tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep "Cash is King", wang tunai itu raja – iaitu mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya.

Kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi.

Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.

Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin.
Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.

Bagi saya usaha untuk membersih kerajaan Malaysia akan saya teruskan dengan apa cara sekalipun.

Mahathir Mohamad adalah bekas Perdana Menteri Malaysia dan artikel ini pertama kali dimuatkan di blognya.

PAS: AMANAH akan hilang deposit tanpa DAP, PKR

Posted: 20 Jun 2016 03:45 PM PDT

MALAYSIAKINI


Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) akan hilang wang pertaruhan jika tidak kerana DAP dan PKR, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Oleh itu, katanya, AMANAH tidak mampu menjadi pengganti PAS dalam Pakatan Harapan sebagaimana yang dicanang sebelum ini dalam pakatan pembangkang.

"Walaupun jumlah undinya besar di (Parlimen) Sungai Besar tapi saya percaya 90 peratus undi itu datang daripada DAP dan juga PKR, (dan) bukan undi sebenar AMANAH.

"Dan saya percaya kalau AMANAH bertanding secara bersendirian macam kita PAS kemungkinan besar mereka akan hilang deposit," katanya yang dipetik Bernama di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata jika melihat keputusan di peti-peti undi di kedua-dua Parlimen berkenaan, AMANAH juga gagal menawan hati pengundi Melayu sekali gus menunjukkan parti itu tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu.

"Jadi dari sudut ini kita nampak AMANAH tidak dapat menggugat PAS sebab undi
PAS ini tidak berubah, itu yang penting," katanya.

Pada pilihan raya kecil Sabtu lalu, calon AMANAH Azhar Abdul Shukor menduduki tempat kedua dalam pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan BN muncul sebagai pemenang.

Azhar mendapat 7,609 undi manakala calon PAS Dr Abdul Rani Osman mendapat 6,902 undi.

Di Kuala Kangsar, calon AMANAH Dr Ahmad Termizi Ramli menduduki tempat ketiga di belakang calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dalam pertandingan empat penjuru yang juga dimenangi oleh BN.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan parti serpihannya itu sebagai parti nyamuk.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu, selepas keputusan diumumkan Sabtu lalu berkata, terbukti bahawa mereka bukan parti kecil seperti didakwa.

Amar yang juga adalah timbalan menteri besar Kelantan juga memperlekehkan parti serpihan itu dengan mendakwa 'oren' AMANAH nanar, warna serupa tok sami manakala lambangnya pula menyerupai sebuah stesen tv di India, Imayam TV.

KWSP buka pendaftaran skim Simpanan Shariah 8 Ogos

Posted: 20 Jun 2016 03:42 PM PDT

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuka pendaftaran bagi pilihan simpanan persaraan baharunya, Simpanan Shariah, yang akan dilancarkan tahun depan, kepada ahli-ahlinya pada 8 Ogos, 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata KWSP memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM100 bilion, iaitu lebih kurang 15 peratus daripada keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion sehingga akhir Mac 2016.

"Ahli-ahli yang memilih untuk menukar akaun KWSP semasa, yang kini dikenali sebagai Simpanan Konvensional, kepada Simpanan Shariah perlu hadir membawa dokumen pengenalan diri ke mana-mana cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari mereka.

"Bagi melayakkan diri untuk Simpanan Shariah 2017, ahli perlu mengemukakan permohonan sehingga 23 Disember 2016 dan tertakluk kepada ketersediaan dana RM100 bilion," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahril Ridza berkata penglibatan KWSP dalam pelaburan Islamik bukan perkara baharu kerana lebih 45 peratus, atau RM295 bilion, daripada jumlah aset pelaburan KWSP adalah patuh Syariah.

"Di masa hadapan, kami menjangka mengembangkan pelaburan aset Syariah kami tidak kurang daripada RM25 bilion setahun secara purata atau seiring dengan kenaikan jumlah aset bagi mengekalkan minimum 45 peratus aset Syariah," katanya.

Selaras dengan prinsip Syariah, kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi portfolio patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen.

"Sebuah Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) ditubuhkan bagi menyelia semua aspek operasi, pelaburan dan tadbir urus Simpanan Shariah.

"JKPS juga akan mengiktiraf produk pelaburan Shariah yang ditadbir dan disahkan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia," katanya.

Simpanan Shariah KWSP merupakan pilihan simpanan baharu untuk ahli yang ingin menukar simpanan KWSP konvensional mereka kepada simpanan yang diurus dan ditadbir berdasarkan prinsip Syariah.

Berdasarkan kepada keputusan Rundingan Awam yang dijalankan oleh KWSP tahun lepas, lebih 70 peratus responden bersetuju perlu diadakan pilihan untuk ahli memilih supaya simpanan persaraan mereka diuruskan berdasarkan prinsip Syariah.

Pada taklimat media hari ini, Shahril berkata bahagian seterusnya pilihan Simpanan Shariah itu akan dibuka tahun depan dan saiz dananya dijangka ditentukan oleh permintaan sebenar tahun ini dan ketersediaan dana.

"Masih terlalu awal bagi kami untuk menentukan saiz dana. Bagi tahun ini, kami merasakan peruntukan RM100 bilion itu mencukupi untuk menampung permintaan.

"Ia adalah skim pertama berasaskan siapa cepat dia dapat. Jika mereka (ahli KWSP) tidak berjaya mendapatkan bahagian pertama, mereka secara automatik akan berada dalam senarai menunggu bagi tahun depan," katanya.-Bernama


Kekalahan Pakatan Harapan bukan luar biasa, kata Azmin

Posted: 20 Jun 2016 03:35 PM PDT

BERNAMA
 
 
Pakatan Harapan perlu bermuhasahabah diri kekalahan dalam PRKPakatan Harapan perlu bermuhasahabah diri kekalahan dalam PRKKekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bukan perkara luar biasa bagi parti pembangkang, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Kami pernah tewas dan bangkit semula, tetapi yang penting perlu muhasabah diri," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Beliau mengulas keputusan dua PRK iaitu di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Sabtu lalu, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang besar bagi mengekalkan kedua-dua kerusi itu.

Di Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon Pas Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur, dalam pertandingan tiga penjuru.

Di Kuala Kangsar, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,969 undi mengalahkan calon Pas Dr Najihatussalehah Ahmad, calon Amanah Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pendirian Tun Mahathir selepas BN menang PRK

Posted: 20 Jun 2016 03:33 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Tun Mahathir  dan Datuk Seri Mohd Najib RazakTun Mahathir dan Datuk Seri Mohd Najib RazakBekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  menegaskan pendiriannya tidak berubah, mungkin akan menjadi lebih keras, itu reaksi beliau apabila ditanya mengenai pendiriannya setelah BN menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu lalu.

Beliau berkata tidak mungkin menyokong perbuatan salah guna kuasa oleh kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak apabila dakwanya menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana yang rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah Kerajaan bernilai RM3000 pada harga RM60 sekaki persegi; penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low;
pengakuan Najib bahawa adalah benar wang sebanyak RM2.6 billion ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion Ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada Kerajaan.

"Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iaitu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang Penguam Negara supaya dapat diganti dengan Peguam Negara yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang OSA.

"Saya tidak dapat terima seorang Perdana Menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib berkenaan duit 1MDB; institusi-institusi Kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion Ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik Kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak RM20 billion lebih.

"Saya tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep "Cash is King", Wang Tunai itu Raja – iaitu mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya," ujarnya dalam entri terkini diblognya petang ini.

Tun Mahathir juga berkata kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi.

"Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.

"Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin.

"Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.

"Bagi saya usaha untuk membersih Kerajaan Malaysia akan saya teruskan dengan apa cara sekalipun." ujarnya.

PAS akui kerjasama pembangkang perlu, tapi tidak pasti bagaimana

Posted: 20 Jun 2016 04:11 AM PDT

 
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata sebarang bentuk kerjasama kali ini perlu berdasarkan dua prinsip.


tuan-ibrahim


PETALING JAYA: Dua hari selepas kekalahan pembangkang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS mengakui perlunya suatu bentuk kerjasama seperti Pakatan Rakyat dalam usaha melawan Barisan Nasional (BN).

"Apakah formula sebelum 2008 boleh diterokai semula? Tidak pasti namun keperluannya ada bagi menilai dari pelbagai sudut," Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu FMT hari ini.

Beliau diminta mengulas kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, mengalahkan PAS dan Pakatan Harapan yang diwakili Amanah dengan majoriti besar.

Tuan Ibrahim berkata sebarang bentuk kerjasama kali ini perlu berdasarkan dua prinsip.

"Prinsip utama yang boleh dipersetujui ialah satu lawan satu, dan jangan minta rakan kerjasama korbankan kerusi.

"Kedua, setiap parti mesti diberi kebebasan memperjuangkan prinsip parti secara demokrasi," kata Tuan Ibrahim.

Beliau bertegas tidak akan sesekali menggadaikan prinsip perjuangan PAS bagi mengekalkan hubungan dengan parti lain.

"Mereka yang tidak menghormati dan tidak boleh menerima prinsip PAS, mustahil diadakan kerjasama.

Mereka yang menjadikan rasuah dan salahguna kuasa membuli rakyat juga termasuk dalam mereka yang bercanggah teruk prinsip PAS dan kerjasama politik tidak dapat dilakukan.

"Tiada parti yang sanggup bekerjasama sampai hilang prinsip dan jati parti, dan juga tiada parti yang sanggup bekerjasama dengan mereka yang mencuri kerusi parti," katanya.

Pada PRU 2008 dan 2013, PAS, DAP dan PKR mengadakan persetujuan mengelak pertindihan kerusi.
Langkah itu membantu parti pembangkang menafikan BN majoriti dua pertiga kerusi Parlimen.

'Jangan dabik dada, pembangkang menang hampir separuh undi'

Posted: 20 Jun 2016 04:00 AM PDT

Kemenangan BN pada pilihan raya kecil berkembar, Sabtu lalu tidak bermakna rakyat menolak Tun Dr Mahathir Mohamad, kata seorang penyokong setia bekas perdana menteri itu.

Sebaliknya, menurut bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan majoriti BN tidak sebesar mana sekiranya semua undi pembangkang diambil kira.

"Najib, jangan mendabik dada!

"Najib cukup bangang untuk kata rakyat tolak Dr Mahathir," katanya kepada Malaysiakini.

Pada pilihan raya parlimen Kuala Kangsar, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh 12,653 undi untuk mengekalkan kerusi arwah suaminya dengan majoriti undi 6,969.

Sementara di Sungai besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi mendapat 16,800 undi untuk mencatatkan rekod tertinggi majoritinya sebanyak 9,191 undi.

Walau bagaimanapun, sekiranya undi yang diperolehi oleh AMANAH dan PAS digabungkan, majoriti BN berkurangan menjadi 2,289 di Sungai Besar dan 2086 di Kuala Kangsar.

Najib dalam ucapan kemenangannya semalam, berkata keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan bahawa orang ramai menolak Mahathir, yang telah berkempen untuk Pakatan Harapan dan menenatng BN.

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz juga berkata, keputusan berkenaan menunjukkan Mahathir kini secara rasmi kini sudah tercabut.

Mengulas kenyataan itu, Khairuddin berkata Nik Abduh perlu mencermin dirinya dan merenung prestasi lemah PAS berbanding parti serpihannya, AMANAH.

"PAS kata mereka kuat tapi akhirnya tewas di kedua-dua kawasan parlimen tersebut. Suruh Nik Abduh cermin muka dia terlebih dahulu.

"Jangan perlekeh orang lain tapi Nik Abduh harus perlekeh dirinya dan parti PAS terlebih dahulu!" katanya.

Pada pilihan raya Sabtu lalu, AMANAH mengatasi PAS dengan 707 undi di Sungai Besar, tetapi ketinggalan 801 undi di Kuala Kangsar.


Pemuda yakin kuda terlepas itu “Michael”

Posted: 20 Jun 2016 03:56 AM PDT

 
Wan Hanif berkata, abangnya membeli kuda bernama "Michael" itu pada harga RM4,000 kira-kira setahun lalu.


kuda-2


PETALING JAYA: "Saya yakin itu Michael," dakwa seorang pemuda yang percaya kuda dikesan berlari di tengah-tengah jalan raya di Kota Bharu semalam adalah haiwan peliharaan keluarganya yang hilang sejak minggu lalu.

Sehubungan itu, penjawat awam yang bekerja di Kuala Lumpur, Wan Hanif Wan Mohd Noor, 25, merayu orang ramai yang tahu kedudukan atau terjumpa kuda itu supaya menghubunginya di talian 013-3918528 atau abangnya, 019-9078283.

Harian Metro memetik Wan Hanif sebagai berkata, abangnya Wan Mohd Eddie Sham, 39, membeli kuda bernama "Michael" itu pada harga RM4,000 kira-kira setahun lalu.

Bagaimanapun, bapanya Wan Mohd Noor Wan Ahmad, 68, mendapati Michael hilang dari kandang di Gertak Kecupu, Binjai pada jam 4 pagi Khamis lalu.

Wan Hanif segera meminta bantuan rakan dan saudara mara untuk mencari Michael menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau percaya Micheal telah berlari sejauh 10 kilometer dari rumahnya ke Kubang Kerian dan kini mereka tidak tahu di mana ia berada.

Semalam, seorang pengguna Facebook, Adli Alimin memuat naik dua rakaman video selama 8 saat dan 29 saat ke laman media sosial itu menunjukkan seekor kuda berwarna coklak gelap dilihat berlari di jalan raya tanpa menghiraukan pengguna jalan raya lain.

"Berdasarkan maklumat yang saya terima, ia berlari dari Pasir Pekan di Wakaf Bharu ke Kubang Kerian," katanya sambil memaklumkan jarak antara dua lokasi itu kira-kira 10km.

Adli dilaporkan berkata, kejadian itu dirakam ketika dalam perjalanan ke pejabatnya kira-kira jam 10 pagi Ahad dan kuda itu berlari pada kelajuan kira-kira 80 km/j selama 45 minit.

Media tidak pasti jika kejadian kuda itu adalah perbuatan yang disengajakan untuk meniru burung unta selebriti, Chickaboo yang berlari di Lebuhraya Persekutuan pada Khamis lalu.


Jangan kaitkan keputusan PRK dengan penolakan Deklarasi Rakyat, kata Mahfuz

Posted: 20 Jun 2016 03:38 AM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menolak sebarang kaitan kemenangan Barisan Nasional di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai penolakan rakyat terhadap Deklarasi Rakyat.

Katanya, keputusan PRK itu tidak boleh dibandingkan dengan Deklarasi Rakyat kerana ia adalah perkara yang berbeza.

"Itu tidak boleh dibuat satu perbandingan, bagi saya bahawa nampak kerajaan begitu naif dan tersepit dengan menjadikan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) itu untuk menghalalkan semua penyelewengan yang berlaku yang dilakukan oleh mereka.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangan luar biasa BN di dua PRK itu yang dikatakan menjadi bukti bahawa rakyat menolak perjuangan yang dibawa oleh Tun Mahathir dan pembangkang terhadap kepimpinan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan Tun Mahathir berhenti berkempen untuk menjatuhkannya kerana lagi kerap tindakan itu dibuat, BN akan mendapat keuntungan yang lebih besar.

Dalam pada itu, Mahfuz memaklumkan bahawa Deklarasi Rakyat akan meneruskan 'road show' mereka ke seluruh negara selepas sambuat Aidilfitri pada Julai ini.

"Selepas raya ini kita akan teruskan dan buat 'roadshow' ke seluruh negara dan dia akan memasuki fasa yang ke-2," katanya lagi.



SPRM perlu siasat mana baki RM3.2 juta wang tebusan

Posted: 20 Jun 2016 03:33 AM PDT

MALAYSIAKINI


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya tampil menyiasat laporan dari Manila bahawa sebahagian daripada dana yang dikutip oleh ahli keluarga yang menjadi tebusan Abu Sayyaf tidak disampaikan kepada kumpulan militan itu.

Ini susulan akhbar Manila Times yang memetik sumber tidak dinamakan sebagai berkata bahawa hanya RM8.8 juta sampai ke Abu Sayyaf, walaupun keluarga berkenaan mengutip RM12 juta untuk membebaskan empat rakyat Sarawak itu.

Kerajaan Malaysia, bagaimanapun berkata, wang RM12 juta itu disalurkan kepada badan Islam tertentu yang sah di Filipina dan bukannya sebagai wang tebusan.

"Adakah dakwaan ini (Manila Times) benar? DAP mahu siasatan menyeluruh berhubung ke mana baki RM3.2 juta itu berada.

"Setiap rakyat Malaysia, terutamanya keluarga tebusan, ingin tahu jawapannya," kata Setiausaha DAP Sabah Phoong Jin Zhe dalam satu kenyataan.

"Jika dakwaan ini adalah benar, tindakan perlu diambil ke atas pegawai yang didakwa mengambil wang itu. Tindakan ini mesti dikutuk sekeras-kerasnya," katanya.

Menurut Manila Times, sumber mendakwa wang RM3.2 juta itu dikongsi bersama oleh anggota dan pegawai Malaysia dan Filipina yang terlibat dalam kes tersebut.

Minggu lalu, keluarga tebusan berkata mereka berjaya mengumpulkan RM12 juta melalui jualan aset dan sumbangan orang ramai bagi membebaskan empat kelasi yang dikurung selama 67 hari itu.

Mereka mendakwa wang diserahkan kepada pegawai Cawangan Khas bagi tujuan membebaskan tebusan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun menafikannya, manakala Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak ada wang tebusan yang dibayar.

Khalid juga berkata tidak akan ada inkuiri bagi menyiasat wang RM12 juta itu kerana pihaknya menyedari ke mana ia disalurkan.

Jumaat lalu, beliau berkata wang tebusan itu dipercayai diserahkan oleh keluarga mangsa sendiri kepada pihak ketiga dan keluarga mangsa banyak berurusan dengan ejen-ejen atau pihak ketiga dari Filipina yang dikatakan boleh membebaskan mangsa.

Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 31, dan anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing, 32.


‘Pemberian wang’ - BERSIH kecam sikap tak acuh SPR.

Posted: 20 Jun 2016 03:31 AM PDT

BERSIH mengecam dakwaan bahwa BN menawarkan pengundi terpilih tunai semasa pilihan raya kecil di kerusi parlimen Sungai Besar, Sabtu lalu.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata, ini jelas bertentangan dengan peraturan pilihan raya.

"Tetapi malangnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak fikir bahawa ini suatu kesalahan. Itulah kekecewaan paling besar," kata Maria kepada Malaysiakini.

Sabtu lalu, Malaysiakini melaporkan kira-kira 100 pengundi dilihat beratur di luar pejabat Umno Tanjung Karang selepas mengundi bagi kerusi pilihan raya kecil Sungai Besar ketika pusat pengundian hampir ditutup.

Menurut sesetengah mereka, mereka dimaklumkan melalui telefon semalam untuk hadir sendiri di pejabat itu selepas mengundi.

Seorang pengundi berkata, jumlah wang bergantung kepada tempat kediaman seseorang itu daripada RM100 sehingga RM200.

Malaysiakini telah menghubungi SPR untuk mendapatkan ulasan mereka.

Tahun lalu, pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata penyediaan elaun perjalanan untuk pengundi bukan satu kesalahan.

Maria berkata memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara ini akan akan menjadi lebih sukar.

"Calon yang memfailkan petisyen perlu membuktikan bahawa dengan pemberian wang, ini mempengaruhi pengundi untuk mengundi dengan cara tertentu.

"Tetapi tidak ada pengundi yang akan tampil mengatakan ini, jadi ia akan menjadi sangat sukar," katanya.


Najib Harap Dr Mahathir Terus Kempen Untuk Pembangkang

Posted: 20 Jun 2016 03:25 AM PDT

Oleh: THE STAR
 
 
Najib menyerahkan replika kunci kepada Che Wan Saat, 66, pada majlis penyerahan kunci rumah kekal baharu (RKB) mangsa banjir di Kampung Staponal Batu Jong di kawasan Dewan Undangan Negeri Mengkebang sempena lawatan kerja beliau ke Kelantan, Ahad. -fotoBERNAMA
 
 
KUALA KERAI: Tun Dr Mahathir Mohamad diminta terus berkempen untuk pembangkang kerana ia akan menguntungkan Barisan Nasional (BN), demikian menurut Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menjawab soalan wartawan di sini pada Ahad, Perdana Menteri berkata signal daripada dua pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah jelas.

"Lebih banyak Tun Mahathir berkempen untuk pembangkang, lebih baik untuk BN. Saya harap beliau tidak berhenti," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian kunci rumah baharu kepada 31 keluarga yang terlibat banjir pada 2014.

Lapor Salah Laku Anggota Polis Guna FB

Posted: 20 Jun 2016 03:23 AM PDT

Oleh: NADIRAH H. RODZI
 
 
Jalaluddin Abdul Rahman.
 
 
KUALA LUMPUR: Mulai hari ini anggota polis yang melanggar disiplin tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan kerana orang ramai boleh membuat laporan salah laku terhadap mereka dengan lebih mudah menerusi laman Facebook.

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk menerima laporan salah laku membabitkan anggotanya menerusi platform media sosial popular itu.

Sejak diperkenalkan pada 25 Julai 2014, sejumlah 46 laporan difailkan menerusi laman Facebook "Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM".

Kebanyakan aduan yang dibuat adalah mengenai anggota polis yang terlibat dalam kegiatan perjudian atau maksiat.

Mereka biasanya akan memberi maklumat mengenai lokasi dan menyediakan gambar sebagai bukti.

Pengarah JIPS, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ini adalah sebahagian daripada usaha jabatan itu untuk mendekati orang ramai dan mengukuhkan integriti anggota beruniform biru ini.

Melihat bilangan pengguna Facebook di Malaysia yang mencecah sehingga tujuh angka, beliau berkata JIPS mahu menggalakkan orang ramai untuk berkongsi maklumat mengenai salah laku anggota polis.

"Kami telah memulakannya sejak jabatan itu ditubuhkan hampir dua tahun lalu.

"Kami melihat banyak perkara yang menjadi viral di Facebook, jadi daripada mereka menyuarakan aduan atau apa sahaja maklumat yang mereka ada, mereka boleh datang terus kepada kami agar tindakan segera boleh diambil," katanya.

"Namun masih ramai yang tidak menyedari bahawa mereka boleh membuka laporan terhadap anggota kita menerusi Facebook tetapi saya percaya trend akan berubah.

"Kami bersedia untuk menerima aduan ini," katanya dalam satu temu bual.

Namun, Jalaluddin berkata kebanyakan rakyat Malaysia masih memilih untuk membuat aduan mereka dengan menulis surat.

Dianggarkan kira-kira 4, 275 aduan diterima sejak 2014 menerusi kaedah itu.

"Kami ada 18 saluran untuk orang ramai pilih tetapi berdasarkan statistik, majoriti pengadu memilih untuk membuat lapran menggunakan surat.

"Masalahnya kebanyakan pengadu akan memberi maklumat yang kurang jelas dan tidak meninggalkan malumat lengkap mereka," katanya.

Jalaluddin berkata kaedah kedua popular adalah melalui laporan polis.

"Setakat ini, kami menerima 1,646 laporan melalui laporan polis manakala 1,554 difailkan menerusi Rakan cop dan 945 lagi dibuat di cawangan pengurusan aduan JIPS," katanya.

Kaedah lain bagi orang ramai untuk membuat laporan termasuk hadir ke kaunter, panggilan telefon, e-mel atau faks atau melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Jika terdapat sebarang pertanyaan, ingin memberikan cadangan atau maklumat dan untuk membuat aduan sila layari laman web www.rmp.spab.gov.my atau e-mel ke ispaaapdrm@rmp.gov.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian 1-800-880-222 atau faks ke 03-2266 8790 atau hantar surat kepada: Ketua Penolong Pengarah JIPS (Pengurusan Aduan), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur.

Pelajar Tingkatan 2 Jadi Mangsa Rogol Lebih 30 Lelaki

Posted: 20 Jun 2016 03:09 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 


PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang keluar untuk bertemu rakan perempuannya dipercayai menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh lebih 30 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan pada malam Selasa lalu.

Sumber polis berkata, seorang rakan telah meminta pelajar Tingkatan 2 dari Guchil, Kuala Krai itu untuk mengambilnya di Ketereh.

Mangsa kemudiannya menghubungi rakan lelakinya untuk membawanya ke Ketereh yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Kuala Krai.

Sumber berkata, selepas mengambil rakan mangsa di Ketereh, sahabat lelakinya membawa mereka ke sebuah rumah kosong di Ketereh untuk berehat.

Sebelum meninggalkan rumah tersebut, mereka telah ditahan oleh seorang lelaki.

Selepas itu, sekurang-kurangnya 40 lelaki masuk ke rumah kosong tersebut dan membawa dua remaja perempuan itu ke dalam sebuah bilik dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Tidak dapat dipastikan sama ada rakan mangsa turut dirogol kerana dia belum membuat sebarang laporan polis berhubung insiden itu.

Mangsa, yang pengsan selepas diperkosa sekumpulan lelaki itu tersedar pada keesokan harinya dengan mengadu sakit dibahagian kemaluannya.

Menurut sumber, mangsa yang takut untuk memberitahu kedua-dua ibu bapanya mengenai insiden itu, tinggal di rumah saudara teman lelakinya sehingga 24 Mei lalu.

Selepas itu barulah mangsa memaklumkan kepada bapanya di Kuala Krai mengenai insiden tersebut.

"Apabila di pulang ke rumah pada Ahad, mangsa dibawa ke hospital Kuala Krai kerana kemaluanya mengalami pendarahan yang teruk," kata sumber.

Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai insiden tersebut pada hari yang sama.

Sumber berkata kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Ibu Temui Jasad Anak Tak Bernyawa

Posted: 20 Jun 2016 03:04 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
GEORGE TOWN: Seorang wanita berusia 72 tahun yang pulang ke rumah dikejutkan dengan mayat anak lelakinya yang tergantung di bingkai tingkap kayu tandas biliknya di Solok Lenggong di sini.

Warga emas itu yang enggan namanya didedahkan berkata anak lelakinya, Ooi Hoi Chip, 31, bekerja di sebuah kedai bunga yang perniagaannya sudah ditutup.

"Dia berkahwin dengan seorang wanita dari China yang kini hamil enam bulan. Dia merancang untuk membawa isterinya itu ke sini dalam masa terdekat.

"Saya kini bersendirian selepas suami meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang pada 1992 dan anak lelaki sulung saya meninggal dalam kemalangan jalan raya, 12 tahun lalu," katanya yang bekerja sebagai pengasuh sambilan ketika ditemui di bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata kes yang berlaku pada Jumaat itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pemilik Motosikal Berkuasa Tinggi Disalah Anggap Sebagai Polis Trafik

Posted: 20 Jun 2016 03:03 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Mohd Nadzri Hussain.
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kehadirannya di jalan raya sering disalah ertikan kerana menunggang motosikal jenis Honda CBX750 berwarna putih selain berpakaian jaket ibarat anggota trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Itu yang dialami individu yang ingin dikenali sebagai Wak, 40-an yang menjadi pemilik 'kuda putih', motosikal berkuasa tinggi terpakai yang dibelinya dengan harga RM4,000, ketika lelongan, kira-kira tujuh tahun lalu.

"Tidak dapat dinafikan kehadiran saya di jalan raya membuatkan pemandu kenderaan lain terkejut, mungkin mereka ingat saya polis trafik memandangkan motosikal saya menyerupai anggota keselamatan itu.

"Bagaimanapun, pemandu kenderaan akan sedar saya pengguna jalan raya biasa apabila motosikal tidak mempunyai sebarang logo polis atau siren," katanya.

Katanya, pembeli motosikal yang pernah digunakan oleh PDRM itu dinasihat untuk menanggalkan aksesori seperti logo polis dan siren yang terdapat pada motosikal berkenaan.

Semakan Bernama mendapati, ruangan iklan dalam talian menjadi platform bagi beberapa penjual persendirian menjalankan urusan jual beli motosikal terpakai itu secara terbuka.

Seorang penjual di laman web jual beli popular tempatan mengiklankan sebuah motosikal yang masih lengkap dengan aksesori asal serta tertera perkataan polis.

Ketika dihubungi, penjual berkenaan berkata motosikal berkenaan yang baharu diiklankan kira-kira awal bulan ini masih belum dijual, bagaimanapun ketika disoal lanjut, beliau tidak memberi respons.

Terdapat juga beberapa motosikal jenis sama yang telah diubah suai namun masih mempunyai aksesori polis termasuk siren, dijual di laman web sama.

Bagi Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain, beliau tidak menolak kemungkinan penjualan motosikal itu di pasaran secara terbuka mendorong kepada kewujudan aktiviti pengiring haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Mungkin juga mereka mengambil peluang menjalankan kegiatan itu dengan menggunakan motosikal CBX750 yang digunakan polis bagi mengaburi orang ramai," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Nadzri berkata orang awam yang memiliki motosikal berkuasa tinggi yang menyerupai anggota polis trafik itu dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakannya.

"Jangan salah guna motosikal itu untuk buat kegiatan mengiring kenderaan  atau aktiviti lain, ia suatu kesalahan.

"Kebiasaanya orang awam memiliki motosikal itu daripada lelongan yang dibuat oleh polis dan dalam perjanjian, mereka telah diminta menanggalkan semua aksesori seperti siren dan lampu pada motosikal itu," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata mana-mana pihak atau individu tidak dibenarkan menambah atau memasang siren pada kenderaan mereka.

Tiada perundangan yang diperuntukkan untuk membenarkan mana-mana pihak selain polis dan JPJ untuk berbuat demikian, katanya.

"Kita memang tidak akan lulus sekiranya terdapat permohonan untuk memasang siren pada kenderaan mereka," katanya.

Ditanya sama ada JPJ akan menyekat penjualan siren di kedai-kedai aksesori kereta, beliau berkata kuasa berkenaan terletak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Pihak JPJ tidak mempunyai hak untuk menghalang penjualan siren berkenaan kerana kebenaran import masuk produk itu (siren) di bawah penguatkuasaan KPDNKK," katanya. - BERNAMA

Pegawai Polis Ditahan Reman Disyaki Terima Rasuah RM5,000

Posted: 20 Jun 2016 02:58 AM PDT

 
MSTAR ONLINE   
 
 
KOTA KINABALU: Seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan Polis (DSP), ditahan reman lima hari bermula Isnin, kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM5,000.

Pegawai polis berumur 43 tahun berkenaan ditahan di pakir Lot Market 88 Kepayan, dekat sini ,kira-kira 10 pagi semalam.

Pegawai polis berkenaan disyaki menerima wang itu daripada seorang pengadu sebagai dorongan untuk menutup kes pengadu yang disyaki terlibat dalam kes penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan  pegawai polis berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.-- Bernama

Budak Perempuan Hilang Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Posted: 20 Jun 2016 02:56 AM PDT

Oleh: KATHLEEN ANN KILI
 
 
 
 
 
JOHOR BARU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun kembali ke pangkuan keluarganya dalam keadaan selamat selepas dilaporkan hilang ketika menunggu bas sekolahnya di hadapan rumah.
Insiden itu didakwa berlaku di Taman Mount Austin di sini kira-kira pukul 6.30 pagi Ahad.

Seorang ahli keluarganya berkata kanak-kanak perempuan itu pulang ke rumah dalam keadaan bingung, berpakaian seragam sekolah tetapi tidak memakai kasut kira-kira pukul 4 pagi Isnin.

"Dia kelihatan trauma. Dia memberitahu kami bahawa empat individu telah menculiknya.

"Kami membuat laporan polis dan mereka sedang menyiasat perkara itu," katanya.

Kes itu dibangkitkan di media sosial dan menjadi viral.

Nora Danish Sangkal Kafe Ditutup Kerana Tidak Mampu Bayar Sewa

Posted: 20 Jun 2016 02:48 AM PDT

 
 
Nora Danish menyangkal dakwaan tidak mampu membayar sewa punca kafe Kopi & XOXO miliknya bersama rakan kongsi ditutup. Foto GLENN GUAN
 
 
KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish menyangkal laporan kafe miliknya Kopi & XOXO yang diusahakan bersama rakan kongsi di Bangsar ditutup kerana tidak mampu membayar sewa bulanan yang tinggi.

Nora sebaliknya berkata, penutupan itu terpaksa dilakukan kerana kafe berkenaan selama ini hanya menumpang pada lot kedai yang mengusahakan butik sudah tidak lagi beroperasi.

"Sebenarnya bukan tidak mampu bayar seperti didakwa tetapi perniagaan utama di bangunan itu iaitu butik Rumoda sudah tidak lagi beroperasi.

"Apabila Rumoda keluar, tidak berbaloi untuk kafe kami meneruskan perniagaan di situ kerana tempat itu yang juga sebuah rumah tidak sesuai untuk berniaga.

Nora kini sibuk menguruskan dua cawagan baharu kafe miliknya.
 
"Itu sebenarnya punca Kopi & XOXO ditutup dan bukannya kerana tidak mampu bayar sewa," katanya kepada mStar Online.

Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Jurassic World versi Bahasa Melayu yang diadakan di KL Sentral di sini, Selasa.

Menerusi filem berkenaan Nora meminjamkan suaranya menerusi watak Claire dan selebriti lain yang turut terlibat adalah Hisyam Hamid, Izzue Islam, Bront Palarae, Fahrin Ahmad, Nabil Ahmad, Fara Fauzana dan Abby Fana.

Ia bakal menemui penonton menerusi saluran HBO (411) dan HBO HD (431) pada 6 Julai depan, pukul 9 malam.

Dalam pada itu, Nora berkata, sebagai ganti, dia telah membuka dua buah cawangan kafe tersebut masing-masing di Taman Tun Dr Ismail di sini dan Bangi, Selangor baru-baru ini.

Jelasnya, dia kini banyak menghabiskan masa di kafe berkenaan bagi mempromosikan makanan dan minuman yang dijual bagi menarik perhatian pelanggan.

"Jika benar kami tidak mampu bayar sewa, tidak mungkin saya bersama rakan kongsi lain berani buka dua cawangan sekali gus.

Barisan pelakon yang terlibat meminjamkan suara mereka untuk filem Jurassic World versi bahasa Melayu.

"Alhamdulillah ia permulaan baik dan sambutan diberikan pelanggan juga cukup menggalakkan terutamanya di Bangi.

"Saya memang sibuk menguruskan kafe buat masa ini sehingga masa bersama keluarga juga agak terhad," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Nora berkata, dia teruja dapat terlibat dalam filem Jurassic World versi Bahasa Melayu kerana itu adalah kali pertama dia meminjamkan suaranya untuk naskhah antarabangsa.

Bagaimanapun Nora mengakui bukan mudah untuk dia melakukan proses alih suara dan mengambil masa selama dua hari menyiapkan bahagiannya yang memegang watak Claire.

"Harus saya akui melakukan proses alih suara bukan mudah dan saya mengambil masa lima jam setiap sesi selama dua hari untuk menyiapkan bahagian saya.

"Tetapi ia pengalaman baharu untuk saya kerana saya juga dapat belajar tentang lontaran vokal memandangkan suara saya yang agak halus," ujarnya.

Langkawi kenakan caj penginapan kepada pelancong mulai 1 Julai

Posted: 19 Jun 2016 11:40 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
LANGKAWI: Kerajaan negeri Kedah akan mengenakan caj ke atas pelancong ke Langkawi bagi penginapan mereka selama berada di pulau peranginan itu, mulai 1 Julai ini, demikian menurut Exco Pelancongan negeri, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid.
 
Mohd Rawi berkata, caj yang dikenali‎ Bayaran Penggalakan Pelancongan Langkawi ini akan dikutip oleh Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Raya Pelancongan (MPLBP).
 
Jelasnya, bayaran seperti ini bukanlah suatu bentuk kutipan baharu ke atas pelancong di negara ini dan ia dijangka dapat memantapkan lagi pendapatan kerajaan negeri untuk memajukan industri itu.
 
"Ia sudahpun dilaksanakan di Melaka dan Pulau Pinang sejak lebih dua tahun lalu. Ia juga telah dilaksanakan di Kuala Lumpur," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan Hari Raya kepada kira-kira 600 golongan kurang berkemampuan di Ayer Hangat di sini, semalam.  
 
Tambah ADUN Ayer Hangat itu lagi, kadar bayaran yang dikenakan di bawah sistem kutipan ini juga amatlah rendah kalau dibandingkan dengan kemampuan pelancong yang berkunjung ke Langkawi.
 
Menurutnya, di bawah Bayaran Penggalakan Pelancongan Langkawi itu, caj RM1 dikenakan ke atas setiap satu malam bagi setiap bilik untuk kemudahan penginapan bertaraf satu hingga dua bintang.
 
Caj RM3 dikenakan ke atas setiap malam bagi setiap bilik untuk penginapan bertaraf tiga dan empat bintang, RM5 untuk penginapan lima bintang, RM7 untuk yang bertaraf enam bintang dan RM9 untuk tujuh bintang.
 
Menurutnya, Kedah sehingga kini masih banyak bergantung kepada peruntukan kerajaan pusat untuk memajukan sektor pelancongannya dan langkah mengenakan caj ini dapat mengurangkan kebergantungan tersebut.
 
"Kalau kami dapat jumlah kutipan yang memuaskan (melalui pelaksanaan bayaran penggalakan pelancongan ini), kami boleh laksanakan lebih banyak lagi program yang ada kaitan dengan pembangunan pelancongan," katanya.
 
Beliau berkata, pelaksanaan caj bayaran ini di Langkawi Julai ini akan menjadi titik permulaan sebelum diperluaskan lagi secara berperingkat ke tempat-tempat lain di Kedah.
 
"Jumlah (kadar bayaran) yang dikenakan ini bukanlah satu jumlah yang besar. Kalau kami tak (mengenakan) caj (pelancongan ini), saya rasa kami tak menuju ke arah yang ke hadapan (untuk memajukan sektor pelancongan Kedah)," katanya.
 
 

Artikel Fitnah:Bekas CEO TMI mohon maaf kepada bekas MB Selangor

Posted: 19 Jun 2016 11:36 PM PDT

BERNAMA
 
 
Tan Sri Khalid IbrahimTan Sri Khalid IbrahimKes saman bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap The Malaysian Insider (TMI) selesai selepas portal berita itu memohon maaf dan melahirkan rasa kesal berhubung penerbitan artikel mengenai isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Permohonan maaf secara terbuka itu dikemukakan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jahabar Sadiq Abdul Kader dan Penyunting Bahasa Melayu untuk versi Bahasa Melayu portal itu Amin Shah Iskandar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.

"Saya Jahabar Sadiq Abdul Kader, sebagai defendan pertama dalam tindakan ini dan pada masa material adalah CEO dan penyunting laman sesawang www.themalaysianinsider.com, dengan ini membuat kenyataan maaf bagi pihak saya dan semua defendan yang lain iaitu Amin Shah Iskandar dan Edge Insider Sdn Bhd," katanya.

Jahabar Sadiq juga mengakui bahawa artikel yang telah disiarkan pada 24 Julai 2014 bertajuk 'Going by Selangor ruler's criteria, Khalid should quit as MB' dan 'Berasaskan kriteria Sultan Selangor, Khalid wajar berundur sebagai MB' telah memberi gambaran kepada pembaca TMI dan rakyat Malaysia bahawa Abdul Khalid perlu berundur sebagai Menteri Besar Selangor (ketika itu).

Beliau juga mengakui bahawa menerusi artikel itu telah memberi gambaran bahawa Abdul Khalid seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak beramanah, tidak jujur, tidak berprinsip, korup dan orang tengah Umno bagi mencapai penyelesaian di luar mahkamah berhubung kes mahkamah melibatkan Bank Islam terhadapnya.

"Kami menerima fakta bahawa artikel pertama dan kedua bersifat fitnah dan telah menyinggung perasaan serta mencederakan reputasi Abdul Khalid sebagai Menteri Besar, Anggota Parlimen Bandar Tun Razak, Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dan terhadap beliau di dalam kapasiti dirinya sendiri.

"Menyedari perkara-perkara di atas, kami dengan ini menarik balik artikel pertama dan kedua, kami juga secara nyata dan tanpa syarat melahirkan rasa kesal dan dengan ikhlas serta suci hati memohon maaf kepada Abdul Khalid," katanya.

Katanya walaupun TMI telah ditutup dan tidak beroperasi sejak 14 Mac 2016, mereka menarik balik kedua-dua artikel dan semua kandungan di dalamnya berserta komen-komen pembaca.

Mereka berjanji sama ada secara sendiri atau melalui ejen, wakil, pekerja atau kakitangan tidak akan secara nyata dan/atau tidak nyata mengulangi atau menyebabkan penerbitan kandungan dan ulasan sama ada secara keseluruhan atau sebahagian yang telah dinyatakan dalam kedua-dua artikel.

Mahkamah kemudiannya membatalkan saman itu dan mengucapkan terima kasih kepada plaintif dan defendan kerana bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan tanpa sebarang kos. Hari ini kes itu dijadualkan untuk perbicaraan.

Abdul Khalid, 70, yang hadir di mahkamah hari ini diwakili peguam Edmund Bon, manakala peguam S. Stanley Sebastian dan Seira Sacha Abu Bakar mewakili kesemua defendan.

Pada 11 Ogos 2014, Abdul Khalid selaku plaintif, memfailkan saman terhadap Jahabar Sadiq, Amin Shah, pemilik dan pentadbir portal berita itu, The Edge Communications Sdn Bhd dan TMIDOTCOM Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga keempat.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa kesemua defendan telah menerbitkan kenyataan fitnah dan/atau palsu dengan niat jahat menunjukkan beliau sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai, seorang yang tidak layak menyandang jawatan Menteri Besar Selangor, serta seharusnya berundur dan/atau meletak jawatan sebagai Menteri Besar kerana tidak memenuhi kriteria Sultan Selangor.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita berkata institusi dan pengamal media sepatutnya memastikan berita-berita yang diterbitkan mengandungi fakta tepat dan benar demi memelihara kewibawaan diri mereka sendiri dan institusi kewartawanan.

"Permohonan maaf oleh para defendan ini sekali gus membuktikan bahawa segala tuduhan salah laku dan tidak bermaruah yang dikenakan terhadap saya adalah jahat, tidak berasas dan direka hanya untuk menjatuhkan saya daripada jawatan Menteri Besar Selangor," katanya.

BN perlu bersihkan imej rasuah pemimpinnya, kata Abdul Hamid

Posted: 19 Jun 2016 11:24 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Tun Abdul Hamid MohamadTun Abdul Hamid MohamadBekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menasihatkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bongkak dengan kemenangan pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar Sabtu lepas.

Sebaliknya, beliau berkata Umno perlu berterima kasih kepada pengundi dan cuba meluaskan sokongan dengan membersihkan dirinya dari imej rasuah, lapor Utusan Malaysia.

"Apabila BN kembali kuat, pengundi bukan Melayu terutama masyarakat Cina akan membuat perhitungan untung-rugi semula dan keadaan ini mungkin akan mengubah pendirian mereka untuk mengundi BN semula kerana mereka takut rugi," katanya.

Calon BN di kedua-dua kawasan Parlimen menang dengan majoriti lebih besar mengalahkan calon PAS dan Amanah.

Di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,969 (dari 1,083 pada 2013),
manakala di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti 9,191 (dari 399 pada 2013).

Sementara itu, Hamid turut menyelas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa bekas perdana menteri itu merosakkan integriti dan pencapaian beliau dengan menyokong pembangkang pada PRK ini.

"Janganlah menyusahkan orang untuk terus menghormati beliau.

"Lebih baik Dr Mahathir berehat supaya orang boleh terus menghormatinya," katanya seperti di petik oleh FMT hari ini.

IGP: Tak perlu inkuri siasat mana wang tebusan RM12 juta

Posted: 19 Jun 2016 11:05 PM PDT

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI

Tidak ada keperluan bagi menubuhkan sebuah inkuiri bagi menyiasat ke mana wang tebusan RM12 juta bagi membebaskan empat individu yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayaaf di perairan Pulau Ligitan, Sabah pada 1 April lalu.

Ini kerana menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, pihaknya menyedari apa yang terjadi dengan wang berkenaan.

"Pasal apa pula kita nak buat inkuiri, saya dah jelaskan apa jadi dengan duit itu.

"Tak ada sebab untuk kita buat apa-apa inkuiri kerana kita (polis) tidak terlibat," katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis sumbangan bungkusan kuih raya PDRM.

Khalid juga disoal sama ada pihak berkuasa lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat mengenai wang tebusan itu.

"Saya tak tahu, tapi polis tidak akan menyiasat kerana kita tahu mana pergi duit itu.

"Saya sudah jelaskan sebelum ini, jadi saya tak perlu ulang balik apa yang saya cakap," katanya.

Khalid pada sidang medianya, Jumaat lalu berkata wang tebusan RM12 juta bagi membebaskan empat individu yang diculik itu dipercayai diserahkan oleh keluarga mangsa sendiri kepada pihak ketiga.

Menurutnya, polis tidak tahu langsung mengenai wang terbabit kerana keluarga mangsa banyak berurusan dengan ejen-ejen atau pihak ketiga dari Filipina yang dikatakan boleh membebaskan mangsa.

Khalid pada sidang media hari ini mengulangi kenyataannya menafikan polis menerima dan membayar wang tebusan berkenaan seperti didakwa oleh ahli keluarga empat mangsa.

16 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan wang kutipan RM12 juta itu telah disalurkan kepada badan Islam tertentu di Filipina.

Sebelum ini keluarga empat kelasi Sarawak yang diculik pada 1 April lalu mendakwa mereka telah menyerahkan semua wang yang dikumpul bagi pembebasan mangsa culik itu kepada polis Cawangan Khas di Sandakan, Sabah pada 24 Mei lalu.

Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 31, dan anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing, 32.

Pada sidang media hari ini, Khalid juga mengesahkan bahawa dakwaan berlakunya penculikan terbaru yang membabitkan empat lagi warga Malaysia di perairan Sabah adalah hanya khabar angin.

"Tak ada, itu semua berita angin saja, kita pun tak dengar bahawa adanya rakyat kita yang diculik di perairan sana.

"Pihak Filipina juga tidak dapat memberi kita apa-apa pengesahan, jadi sehingga hari ini mereka tidak dapat memberi apa-apa pengesahan.

"Jadi saya anggap itu sebagai berita angin dan tidak ada kejadian itu berlaku," katanya


Comments (0)