Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:02 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Mereka tak faham, PAS parti berwahyu- Balachandran

Posted: 02 Jun 2016 08:17 AM PDT

N Faizal Ghazali

LIHAT VIDEO DI SINI


Perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Dr G Balachandran menggamatkan dewan Muktamar Tahunan PAS ke-62 yang berlangsung di Kota Bharu hari ini.

Dalam ucapan perbahasan dasar presiden, Balachandran bukan sahaja mengkritik pihak yang tidak dapat menerima Rang Undang-undang (RUU) untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah, malah turut menyifatkan PAS sebagai parti berkonsepkan wahyu.

"Mereka tak faham niat parti PAS, adalah parti yang berwahyu. Berteraskan al-Quran dan sunnah.

"Kita ada dua cawangan (bahagian) iaitu politik dan dakwah," katanya.

‎Beliau berkata, pihaknya faham bahawa RUU itu untuk memperkasakan mahkamah syariah, bukan untuk enakmen Hudud.

Bagaimanapun katanya, ramai orang bukan Islam memahami ia adalah untuk melaksanakan Hudud.

"Sebab itu presiden MIC (Datuk Seri S Subramaniam) menyatakan ‎mahu letak jawatan, bagi saya (dia) seorang pemimpin yang lembab.

"Kalau dia rasa susah (faham) boleh panggil kita, boleh ajar dia sikit," jelasnya.

Tambah Balachanran kekuatan parti Islam itu bukan kerana Pakatan Rakyat yang disertainya sebelum ini, tetapi kerana 'Islam'.

‎"Sebab itu kita boleh keseorangan, sebab Allah bagi kita rahmat DHPP dalam PAS. Kalau tidak, tak ada makna PAS rahmat, Islam rahmat untuk semua," katanya.

'Hidup Islam kita semua selamat'

Sementara itu beliau berkata, perjuangan PAS berteraskan agama bukan perjuangan bangsa seperti mana Umno.

"Hidup Melayu ‎tak jadikan Islam selamat, hidup Islam kita semua selamat," katanya.

"Jangan jadikan bangsa sebagai akidah perjuangan. Keadilan dalam PAS merangkumi semua kaum.

"Menjadi seorang Islam adalah hak Allah, yang penting kita ditarbiah sebagai seorang yang baik. Hindu yang lebih baik, Kristian yang lebih baik. Itu penting," katanya sambil memetik surah al-Maidah ayat kelapan.

Ucapan Balachandran menerima tepukan gemuruh perwakilan dan laungan takbir.

Malah, sebaik selesai berucap semua perwakilan berdiri memberi penghormatan kepada beliau.


Rakyat boleh pilih Anwar, DAP jika mahu- Dr M

Posted: 02 Jun 2016 08:10 AM PDT

MALAYSIAKINI


Landskap politik Malaysia menyaksikan pelbagai kelainan pelik mutakhir ini, dan yang terbaru organ DAP Roketkini menampilkan temubual eksklusif dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Seperti dijangka, Mahathir dalam temubual tersebut terus menghujani kritikan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut mengakui hak rakyat memilih sesiapa yang mereka mahu sebagai pemimpin, termasuk bekas ketua pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, apa yang penting pada masa ini adalah menyingkirkan Najib dan kemudian mengembalikan semula proses demokrasi.

"Selagi mana Najib ada di situ, semua orang boleh bercakap, tentang reformasi atau apa saja. Tapi apa pun tak jadi. Buang Najib, kembali kepada demokrasi. Rakyat boleh buat pilihan mereka sendiri.

"Kalau Anwar keluar, tak kiralah. Kita balik kepada demokrasi. Rakyat akan pilih kerajaan yang bagaimana yang mereka mahukan. Apa jadi selepas itu, jika rakyat nak undi pilih Anwar, maka boleh pilih Anwar. Jika mereka memilih kerajaan yang akan membebaskan Anwar, maka itu hak mereka," katanya.

April lalu Mahathir sekali lagi mendakwa Anwar, yang beliau pecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, tidak memiliki moral untuk memimpin negara.

"Saya terpaksa memecat beliau daripada parti. Selebihnya adalah mengenai kelakuan tidak bermoral dan orang-orang mengadu terhadapnya. Pihak polis mengambil tindakan akibat daripada aduan itu dan terdapat percubaan sembilan bulan sebelum beliau ditahan," katanya memberitahu akhbar The Australian.
Mahathir dalam temubual dengan Roketkini bagaimanapun mengelak soalan mengenai sama ada pandangannya mengenai Anwar sudah berubah.

Sementara itu, Mahathir juga mengakui beliau tidak berkuasa untuk menghalang rakyat daripada memilih DAP, parti yang pernah beliau kecam sebagai cauvinis.

Katanya, selepas Najib diisingkirkan, kedaulatan undang-undang dan perlembagaan perlu dikembalikan, termasuk kebebasan bersuara dan berhimpun.

"Lepas tu kita akan ada pilihan raya umum, tanpa Najib. Terserahlah kepada rakyat. Kalau nak sokong reformasi, boleh teruskan.

"Rakyat akan pilih pemimpin mereka. Kena terima pilihan rakyat. Kalau rakyat salah pilih, kita akan berhadapan masalah, dan akan terus berpusing (dengan masalah yang sama). Kalau rakyat nak pilih DAP, saya tak boleh buat apa-apa," katanya.

Bekas perdana menteri itu turut mengulangi kenyataannya bahawa ruang demokrasi telah merosot di bawah pentadbiran Najib.

"Ini nak buat laporan polis pun ditangkap, nak ke luar negara pun mereka nak pantau, akhbar dan media massa dikawal," jelasnya.


Hadi julang keris, potong pulut gergasi

Posted: 02 Jun 2016 08:03 AM PDT

MALAYSIAKINI

LIHAT VIDEO DI SINI


Upacara 'menjulang keris' sebelum ini hanya dikaitkan dengan pemimpin Umno dalam himpunan tahunan mereka, sebelum ia dihentikan beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini pula mencuri perhatian apabila menjulang keris replika gergasi, berukuran sekurang-kurangnya dua meter panjang.

Ketika merasmikan Muktamar ke-62 parti Islam itu di Kota Bharu, Hadi menggunakan keris gergasi untuk memotong kek pulut berwarna hijau dan putih yang menyerupai warna bendera parti itu.

Sebelum itu, keris tersebut diarak masuk ke dalam dewan oleh seorang lelaki berpakaian silat berwarna hitam.

Lelaki itu diapit dua lagi lelaki lain yang berpakaian seperti pakaian Bentara Istana Melayu lama.

Di belakang mereka, sekumpulan lelaki yang memakai pakaian silat membawa kek pulut gergasi berkenaan dengan cara mengusungnya di atas alatan seperti tandu.

Mereka muncul dari pintu masuk ke pentas utama diiringi tiupan serunai dan gendang yang sering digunakan semasa acara silat, sebelum keris berkenaan diserah kepada Hadi.

Hadi, dibantu oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, kemudian memotong kek pulut itu di tengah-tengah sorakan dan tepukan daripada perwakilan yang turut melaungkan Allahuakbar.

Pada majlis sama, para penyokong PAS yang terdiri daripada ahli bukan Islam membaca ikrar untuk menyatakan sokongan kepada Hadi dan PAS.

Semalam, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan pemimpin parti yang lain memilih untuk berpakaian ala pakaian pahlawan Melayu lama.

Pakaian itu mendapat perhatian kerana berbeza dengan pakaian kebiasaan pemimpin PAS yang hanya berjubah atau berbaju Melayu biasa.


Apa hukum letak mas kahwin RM15,000

Posted: 02 Jun 2016 06:13 AM PDT

Mas Kahwin
Gambar Hiasan
 
 
SHAH ALAM - "Ayah sebagai wali, ibu bukan wali, kalau ibu tidak setuju pun sah nikah, dia (ibu) tidak ada kena mengena dengan sah atau tidak sah nikah, cuma janganlah kalau sudah berjanji kita tidak tepati," demikian penjelasan Ustaz Azhar Idrus, ketika ditanya mengenai apakah hukum bakal suami yang berpakat dengan bakal isteri melanggar perjanjian membawa wang mas kahwin tanpa pengetahuan ibu pengantin perempuan pada majlis akad nikah.

Azhar Idrus berkata, dalam hal ini jangan bertindak mengecilkan hati ibu, walaupun ibu tiada kuasa (menjadi wali) dalam perkahwinan.

"Walaupun ibu tidak boleh menjadi wali  jangan buat benda yang mengecilkan hati ibu, kalau rasa tinggi sangat cakap molek-molek dengan ibu," katanya ketika memberi penjelasaan mengenai persoalan apakah hukumnya apabila ibu meletakkan mas kahwin RM15,000 tetapi waktu nikah si lelaki bawa mas kahwin RM8,000, hasil perbincangan bakal isteri dan bakal suami mereka sudah setuju jadi RM8,000 sahaja,tetapi si ibu tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Azhar Idrus berkata demikian, ketika menjadi panel dalam Program Bersama Ustaz Azhar Idrus, Aku, Ramadan dan Facebook di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam baru-baru ini.

Menggulas lanjut, Azhar Idrus berkata, yang menyebabkan nikah itu tidak sah ialah apabila dimajlis akad nikah itu, apabila ditanya RM10,000 dijawab RM8,000 ketika akad.

"Jadi dalam kes ini nikah sah yang penting masa akad itu, bila akad RM10,000 jawab RM10,000, yang tidak sah akad nikah itu apabila ditanya RM15,000 dijawab RM8,000 ini tidak sah, sebab berlawanan...jadi kalau mu berjanji tunaikanlah janji, memang dalam al-Quran tidak sebut hantaran tapi mas kahwin, hantaran adat, jadi adat bukan agama, cuma kita kena tunaikan kalau berjanji, jangan menyalahi janji...buat apa berjanji kalau tidak mampu," katanya.

Dalam pada itu, Azhar Idrus menyarankan agar ibu bapa memudahkan urusan perkahwinan dan meletakkan kadar yang mampu kepada anak-anak mereka yang ingin berkahwin.

"Janganlah letak tinggi sangat, letaklah pada harga yang patut," katanya.


Kaedah multimedia mampu tarik undi golongan muda

Posted: 02 Jun 2016 06:08 AM PDT

PRK Kuala Kangsar


SHAH ALAM – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar melalui kaedah multimedia yang akan digunakan oleh calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid merupakan satu pendekatan baru bagi mencapai pengundi sasaran.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, melalui kaedah multimedia, BN berupaya untuk mencapai pengundi sasaran khususnya generasi Y yang rata-ratanya kini menjadikan media sosial sebagai platform untuk mendapatkan sebarang maklumat.

"Penggunaan medan media sosial ini sudah terbukti berkesan di mana dalam PRU13 lalu, Pakatan Rakyat telah mengguna pakai pendekatan ini untuk menarik generasi Y.

"Malah, pengaruh media sosial ini berupaya untuk mempengaruhi para pengundi bagi memilih mana-mana calon yang sesuai dengan kehendak serta hasrat mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa kaedah multimedia termasuk video konferensi akan digunakan sepanjang kempen  PRK Parlimen Kuala Kangsar.

[ARTIKEL BERKAITAN: BN guna multimedia untuk sampaikan hasrat Mastura]

Namun begitu, Ahmad Marthada menambah, langkah dan strategi digunakan BN perlu digandakan memandangkan kekangan untuk parti berkenaan meraih kemenangan bagi membawa calon berhadapan dengan pengundi.

"Itu bagi saya merupakan satu kekangan buat BN kerana ketidakupayaan mereka membawa calon untuk bertemu dengan pengundi.

"Sebab itu saya kira, untuk memenuhi lompang yang ada itu, maka mereka akan cuba untuk menggunakan media sosial semaksimum mungkin bagi menyampaikan apa jua informasi kepada rakyat," katanya.

Tambah beliau, penggunaan media sosial turut dapat menjadi medan buat calon BN bagi menyampaikan sebarang informasi, manifesto serta ideologi perjuangan untuk disampaikan kepada pengundi di kawasan terbabit.


Polis pantau tiga kawasan panas sasaran militan

Posted: 02 Jun 2016 05:53 AM PDT

SINAR HARIAN
 


 

PDRM


PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melakukan rondaan keselamatan secara kerap di tiga 'kawasan panas' sekitar Subang Jaya, di sini yang dikhuatiri menjadi sasaran kumpulan militan IS.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, tiga kawasan itu ialah pusat membeli-belah Sunway Pyramid, Empire Shopping Gallery dan Subang Parade yang merupakan kawasan strategik serta tumpuan pengunjung.

"Kami menerima arahan terbaharu dari Bukit Aman untuk menjalankan operasi khas ini sebagai langkah pencegahan menangani berlakunya kes melibatkan ancaman Daesh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran MPV lima syif bertindih di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini, hari ini.

"Rondaan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dibuat 24 jam terutama pada waktu puncak antara pukul 4 petang hingga 12 malam," katanya.  

Menurut Mohammad Azlin, memandangkan rondaan dibuat di tempat awam, beliau menasihati orang ramai tidak berasa curiga dan panik kerana ia merupakan antara langkah pencegahan, sekali gus untuk memberi keyakinan keselamatan kepada pengunjung.

Sebelum ini, rondaan tersebut telah dilaksanakan secara berperingkat di beberapa bandar utama yang menjadi kawasan tumpuan orang ramai bagi menghantar isyarat bahawa keadaan keselamatan di negara ini berada dalam kawalan pihak berkuasa.

Ia berikutan perkembangan semasa termasuk insiden keganasan di beberapa bandar utama di dunia.

Dalam pada itu, Mohammad Azlin berkata sebanyak 40 kenderaan MPV bersama 103
anggota membuat rondaan lima syif bertindih di kawasan berisiko terjadinya jenayah dan berharap masyarakat bertambah yakin dengan tahap keselamatan di kawasan mereka. – Bernama


Hakim tarik diri daripada mendengar kes Anwar

Posted: 02 Jun 2016 05:50 AM PDT

Mahkamah


KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) menarik diri dari mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri, anak-anak dan empat cucunya bagi mencabar keputusan penjara yang tidak membenarkan anggota keluarganya melakukan sentuhan fizikal ketika melawatnya di penjara.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah mengumumkan keputusan itu hari ini dalam kamarnya yang dihadiri peguam Shahid Adli Kamarudin yang mewakili Anwar dan keluarganya dan Peguam  Kanan Persekutuan, Maisarah Johari bagi pihak Jabatan Penjara.

Ketika ditemui pemberita, Maisarah memberitahu, Hanipah membuat keputusan itu dengan alasan bahawa anak perempuannya belajar di sekolah yang sama dengan anak perempuan Anwar iaitu Nurul Nuha.

Menurut beliau Nurul Nuha merupakan salah seorang daripada pemohon yang memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman itu.

Hanipah juga menetapkan 15 Julai ini untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, untuk menentukan hakim lain bagi mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman itu.

Dalam permohonan yang difailkan pada 18 Mei lalu, Anwar,  68, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 63, dan empat anak perempuan mereka Nurul Izzah, 35, Nurul Nuha dan empat cucu selaku pemohon menamakan Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara dan Menteri Dalam Negeri selaku responden.

Mereka mendakwa penafian sentuhan fizikal ketika lawatan di penjara oleh responden adalah tidak munasabah, tidak sah dan melanggar Akta Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000 serta Artikel 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar melalui surat peguamnya bertarikh 2 Mac 2016 telah memohon kepada kesemua responden untuk membenarkan sentuhan fizikal semasa lawatan keluarganya sebaliknya permintaan itu ditolak melalui surat bertarikh 14 Mac 2016.

Sehubungan itu mereka memohon perintah mahkamah bahawa keputusan Pengarah Penjara Sungai Buloh (Responden Pertama) dibatalkan melalui satu perintah certiorari; serta perintah mandamus yang mewajibkan responden untuk membenarkan sentuhan fizikal antara  Anwar dengan ahli keluarganya setiap kali sesi lawatan di penjara.


Menjawab 10 salah faham mengenai RUU Akta Mahkamah Syariah

Posted: 02 Jun 2016 05:42 AM PDT



 
Oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki


1. Apa keperluan dipinda Akta 355?

Jawapan:

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000

. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?

Jawapan:

Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

Jawapan:

Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.

Jawapan:

Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?

Jawapan:

Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?

Jawapan:

Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:

(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.

(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.

(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.

Jawapan:

Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi (Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudah ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Jawapan:

Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Jawapan:

Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?

Jawapan:

Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja. Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.

Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.

* Dr Asyraf Wajdi Dusuki adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam)
 
 

Perwakilan Pas gesa tenggelamkan Pakatan Harapan

Posted: 02 Jun 2016 05:39 AM PDT

Perwakilan Pas gesa tenggelamkan Pakatan Harapan
Muktamar Tahunan Pas ke-62 di sini, hari ini. –Foto Sinar Harian


KOTA BHARU - Perwakilan dari Terengganu, Dr Alias Razak menggesa Pas Pusat mengukuhkan blok politik ketiga demi menenggelamkan Pakatan Harapan yang dilihat terus menerus mahu bersaing dengan parti Islam itu.

Menurutnya, Pas perlu mencari kembali momentum yang hilang akibat perpecahan Pakatan Rakyat.

"Harap Pas Pusat ambil perhatian blok politik ketiga ini yang kita mesti betul-betul pacu supaya dapat menenggelamkan Pakatan Harapan yang menjadi pesaing kita nampaknya pada hari ini.

"Mana tempat kita bertanding mereka bertanding. Nampaknya nak bersaing sungguh. Jadi kita kena bersungguh bagi mengatasi kehilangan undi akibat daripada perpisahan ini dan kita bina platform baru," katanya pada sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden di Muktamar Tahunan Pas ke-62 di sini, hari ini.

Pas membentuk blok politik ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pada 16 Mac lalu sebagai suatu kerjasama politik yang lebih tersusun dengan membawa model politik matang, terbuka bertanggungjawab, bersih dan sejahtera.

Dalam pada itu, Alias berharap pembentukan blok politik ketiga itu bukan sekadar di pentas sahaja.

"Kita mohon kepada Pas Pusat setelah kita tidak lagi bersama Pakatan Rakyat, maka untuk kita mendapat kembali momentum dan sokongan, maka penubuhan blok politik ketiga adalah penting dan saya harap ia tidak hanya sekadar di atas pentas.

"Laksanakan di semua peringkat bersungguh kerana inilah peluang menarik penyokong-penyokong atas pagar. Insya-ALLAH Pas Terengganu sedang mengerah...tapi nampak tidak berapa segar molek," katanya.

Beliau juga melahirkan keyakinan pengukuhan blok politik ketiga itu bakal memberi laluan kemenangan Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-14.


Pimpinan Najib kian kuno

Posted: 02 Jun 2016 05:23 AM PDT






Oleh Subky Latif


KERAJAAN yang ada ini sudah berkuasa dua tahun sebelum merdeka dan sejak merdeka ia saja yang memerintah. Sepatutnya dengan pengalaman yang lama dan banyak itu ia bertambah mantap dan cemerlang.

Lepas ia berPerdana Menterikan Najib mulai 2009 ia langsung tidak cemerlang, gemilang pun tidak dan langsung tak terbilang.

Yang terakhir ia jadi bertambah kuno. Tiba-tiba Marina Chin Abdullah, aktivis terkenal masyarakat dilarang meninggalkan negara. Tiada apa-apa penjelasan. Dan sekarang orang yang tak sehaluan dengan kerajaan mesti pastikan dulu nama masing-masing boleh keluar negara atau tidak.

Era perang dingin 50-an, 60-an hingga 80-an negara-negara tabir besi komunis yang fasis dan kuno saja menghalang rakyatnya keluar negara, justeru ia dikira satu pelarian dan mereka mencari suaka politik di luar negera.

Orang yang jadi pelarian itu mendedahkan segala keburukan dan kuno negaranya dan mereka ada yang bekerja untuk menggulingkan kerajaan yang tertutup itu.

Masyarakat yang macam itu tiada lagi. Dunia sekarang sudah terbuka. Pemerintahan yang releven, prorakyat, terbuka dan telus tidak rasa bimbang kerja memburukkan kerajaan di luar negara, kerana masing-masing cukup keterangan untuk menangkis semua tidak berasas.

Hanya kerajaan yang hidup atas propaganda, tidak dapat meyakinkan dunia akan ia telus, bersih dan adil saja yang curiga rakyatnya keluar negara.

Ketika Cuba yang kuno itu pun mula mengendurkan orang yang hendak ke Amerika, maka Malaysia di bawah Najib cuma mahu masuk ke sistem yang Cuba hendak keluar daripadanya.

Jika Marina itu bahaya dan ancaman tidak pula dia dihalang ke mana-mana dalam negeri. Orang-orang yang mungkin terlarang juga bebas berkempen dalam pilihan raya dan boleh masuk pilihan raya. Keluar negara tak boleh.

Saya ada pengalaman semasa jadi pemimpin PAS dulu. Saya keluar negara melalui Rantau Panjang. Semasa keluar sistem komputer imigresen tak berfungsi. Semasa balik tiga jam kemudian, saya disekat kerana nama saya adalah antara orang tak boleh tinggalkan negara. Saya terpaksa tunggu Polis Rantau Panjang lebih sejam bagi melepaskan saya balik.

Lepas itu kalau saya hendak keluar negara, saya terpaksa jumpa polis lapangan terbang minta jasa baiknya memberi laluan pergi. Saya difahamkan pemimpin PAS banyak yang kena macam itu.

Tindakan kuno itu lenyap. Kini ada semula. Mengapa bertambah mundur?

Patutnya, bertambah banyak pengalaman kerajaan tidaklah jadi macam zaman batu lagi. Orang yang ada masalah dengan jenayah, muflis dan lain-lain mungkin wajar diperhati polis. Tetapi orang yang tak setuju dengan kerajaan dan politik negara jadah apa disekat?

Bagi kerajaan yang kuno dan pemimpn yang penuh keburukan, tiada pembangkang keluar negara pun dunia tahu pekungnya.

Najib ada akaun bank RM2.6 bilion bukan pembangkang yang beritahu orang luar negara. Media luar negara yang bagitahu orang dalam negara. Kedutaan asing di Kuala Lumpur lebih banyak tahu tentang haprak kerajaan dan pemimpinnya daripada Kit Siang dan Mahfuz Omar.

Lama berkuasa patutnya bertambah matang. Tidak seperti lama hidup yang lazimnya banyak tak ingat dan ada jadi bayi semula. Itu sebabnya satu kerajaan tidak boleh terlalu lama. Bila lama ia kuno. Walapun Najib baru enam tahun tetapi dia mewarisi sistem usang, lapuk dan kering daya berfikir. Barang kuno yang terpakai yang antik saja.

KENAPA PAKATAN HARAPAN TAK LETAK MOHAMAD SABU DI SUNGAI BESAR?

Posted: 02 Jun 2016 01:46 AM PDT

 shahbudindotcom


Pakatan Harapan akhirnya meletakkan Azhar Abdul Shukur daripada Amanah untuk mewakili gabungan itu dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun depan.

Beliau yang merupakan Pengerusi Amanah Sungai Besar, tidak dipertikaikan dari segi kelayakan, kemampuan, pendidikan,  asal usul tempatan atau latar belakang keluarga di mana ayahnya pernah menjadi Adun dan Ahli Parlimen sebelum ini, tetapi yang menjadi persoalan ialah mengapa Amanah tidak meletakkan pemimpin bertaraf nasional sebagai calonnya?

Jika dilihat ini adalah pertaruhan pertama Amanah dalam pilihanraya kecil di Semenanjung dan berdasarkan calon BN dan Pas yang sudah diumumkan, parti itu seharusnya memilih calon yang lebih menonjol di peringkat nasional untuk diketengahkan.

Dengan menonjolkan calon yang lebih dikenali di peringkat nasional beserta isu-isu yang dibangkitkan dalam kempen nanti juga bersifat nasional, Pakatan Harapan tentunya akan lebih mudah menggamit kepercayaan pengundi.

Lebih-lebih lagi kerana calon BN, Budiman Mohd Zuhdi sudah pun menjadi Adun Sungai Panjang, begitu juga calon Pas yang merupakan Adun Meru, Klang.

Tetapi dengan hanya meletakkan Azhar, seorang yang masih bersifat tempatan dan belum begitu dikenali,  Pakatan Harapan tentunya kena bekerja lebih keras, bukan saja untuk memperkenalkan calon tersebut kepada pengundi, malah juga untuk menandingi dua lagi pesaingnya itu.

Azhar adalah nama yang terlalu baru untuk diketengahkan bagi berhadapan dengan calon kerajaan dan jika benar ingin memberi persaingan, malah di kalangan pimpinan Amanah sendiri pun ada yang tidak mengenalinya.

Di Sungai Besar, dalam konteks Amanah yang baru ditubuhkan dan diwar-warkan sebagai pengganti kepada Pas, calon yang paling sesuai untuk bertanding ialah Mohamad Sabu sendiri.

Kewajaran memilihnya atas kemampuan berhujah di Parlimen saja sudah banyak memberi kelebihan kepada Mohamad Sabu, berbanding Budiman atau Dr Rani.

Mungkin Amanah meletakkan Azhar dan tidak memilih Mohamad Sabu kerana bimbangkan kekalahan yang seterusnya akan menjejaskan imejnya, namun risiko kalah menang adalah lumrah dalam perjuangan yang perlu dihadapi, bukan dielakkan.

Jika takut risiko, meminjam kata-kata Anwar Ibrahim, lebih baik jangan bicara tentang perjuangan.

Umpama menaiki kereta, sama ada memandu secara perlahan di laluan tepi atau memecut laju di laluan paling kanan, kedua-duanya tetap terdedah kepada risiko kemalangan. Memandu laju barangkali kita yang melanggar orang, memandu perlahan mungkin lori melanggar kita.

Dalam konteks positif, jika Mohamad Sabu kalah misalnya, Amanah dapat lebih awal mengenal pasti kelemahan dan kekurangannya serta seterusnya mempunyai ruang untuk memperbaikinya sebelum berlangsungnya PRU 14 kira-kira dua tahun lagi.

Tetapi, sekiranya mampu menang, ia akan melonjakkan lagi imej Amanah dan lebih menggerunkan BN serta Pas.

Jika Mohamad Sabu juga yang menang atas kapasitinya sebagai Presiden parti, mesej kekalahan BN juga lebih perit untuk diterima oleh Najib Razak dalam menghadapi fasa-fasa masa depannya yang masih tidak menentu.

Namun, dengan Azhar sudah dipersetujui dan disepakati sebagai calon Pakatan Harapan di Sungai Besar, satu-satunya yang menjadi sandaran kemenangan hanyalah arus kebencian rakyat terhadap Najib dan kerajaan yang sedang dipimpinnya sekarang.


Lembaga Pengarah 1MDB yang baru digesa selesaikan kemelut syarikat

Posted: 02 Jun 2016 01:39 AM PDT

Tony Pua 3

Roketkini.com


KUALA LUMPUR- DAP menggesa supaya Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang baru dilantik semalam supaya menunjukkan komitmen dan kesungguhan untuk menyelesaikan kemelut skandal kewangan yang dihadapi syarikat sarat hutang terbabit.

Setiausaha Publisti DAP, Tony Pua berkata, pindaan terhadap Memorandum dan Artikel Persatuan serta perubahan Lembaga Pengarah 1MDB akan menjadi satu pembaziran jika pengarah-pengarah baru tidak menjalankan kuasa yang diamanahkan.

"Agenda utama bagi mesyuarat kali pertama Ahli-ahli Lembaga Pengarah, yang mungkin diadakan tidak lama lagi, adalah untuk meminta supaya juruaudit syarikat, Deloitte & Co untuk memulakan dan melengkapkan audit 1MDB yang tertangguh bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2015 dan Mac 2016.

"Tanpa gambaran yang jelas dan tepat mengenai kedudukan kewangan syarikat, lembaga pengarah akan bertindak dalam vakum, membuat keputusan tanpa mengetahui status asas syarikat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Incorporated) semalam yang mengumumkan pelantikan lembaga pengarah baharu 1MDB bagi menggantikan lembaga pengarah sebelum ini yang meletak jawatan berkuatkuasa 31 Mei.

Ahli lembaga yang baru dianggotai dan dipengerusikan setiausaha perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, setiausaha sulit kanan kepada ketua setiausaha kerajaan Datuk Norazman Ayob, dan ketua pegawai operasi Prokhas Sdn Bhd Datuk Kamal Mohd Ali. Manakala Arul Kanda Kandasamy kekal sebagai presiden 1MDB.

MoF Incorporated pada masa sama berkata ia telah melaksanakan cadangan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) bagi meminda artikel penubuhan 1MDB berkuat kuasa 31 Mei, termasuk pembubaran lembaga penasihat 1MDB, penghapusan Artikel 117 dan penukaran semua rujukan daripada perdana menteri kepada menteri kewangan.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, juruaudit perlu memberi keutamaan secara khusus untuk mengaudit dana AS$7 bilion (RM28 bilion) yang dipercayai hilang daripada 1MDB ekoran daripada kekurangan kerjasama daripada pihak pengurusan dan lembaga pengarah sebelum ini.

Mengulas lanjut, Beliau yang juga anggota PAC berkata, Serigar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB yang baru harus mengarahkan Arul Kanda supaya membekalkan semua maklumat dan dokumen bukti yang berkenaan supaya dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah yang pertama.

"Jika Arul Kanda gagal menerangkan mengenai AS$ 7 bilion dana yang diakaunkan, maka lembaga pengarah kini dalam kuasa mereka, selepas penyingkiran Artikel 117, memecat Arul Kanda ekoran ketidakcekapan, dan tindakan menutup dan bersubahat dengan penjahat yang telah menyebabkan berbilion-bilion dolar kerugian bagi rakyat Malaysia," tegasnya. – Roketkini.com


Tiada Rekod Huckle Bertugas Sebagai Guru - British Council

Posted: 02 Jun 2016 01:33 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Richard Huckle.
 
 
PETALING JAYA: British Council tiada mempunyai rekod penghidap pedofilia, Richard Huckle yang bertugas sebagai guru di Malaysia selepas dia menamatkan Sijil Pengajaran Bahasa Inggeris untuk Pelajar Dewasa (CELTA) pada 2008.

Seorang jurucakap berkata Huckle menamatkan kursus yang menyediakan latihan kepada individu untuk mengajar pelajar dewasa.

"Berikutan kursus ini, kami tidak mempunyai rekod yang menunjukkan dia pernah bertugas sebagai guru di Malaysia dengan kami, sama ada untuk pelajar dewasa atau kanak-kanak," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan.

Huckle dilaporkan mengambil kursus latihan guru di pejabat British Council di Kuala Lumpur.

Dia juga muncul dalam satu video promosi.

Huckle, 30, mengakui melakukan beberapa siri kesalahan pedofilia terhadap kanak-kanak di Malaysia.

Dia ditahan di Lapangan Terbang Gatwick pada Disember 2014 apabila pulang dari Malaysia untuk meraikan sambutan Hari Krismas.

Huckle berdepan 91 pertuduhan termasuk terhadap 23 kanak-kanak di Kuala Lumpur, lokasi dia dilaporkan bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris.

Suspek menjadikan bayi berusia antara enam bulan dan 12 tahun sebagai mangsa serta kesalahan itu didakwa dilakukan antara 2006 dan 2014.

Huckle dilaporkan mengambil gambar dan rakaman video dirinya mendera kanak-kanak yang kemudiannya dimuat naik dalam laman web gelap.

"PAS Tak Manja" - Abdul Hadi

Posted: 02 Jun 2016 01:30 AM PDT

 
 
 
KOTA BARU: PAS tidak 'manja' apatah lagi 'merajuk' sekiranya PKR memberi sokongan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar akan datang.

"Kita biasa saja. Kita tak manja. Kita parti yang tahan lasak," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media selepas perasmian Muktamar Tahunan PAS Ke-62 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dekat sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sokongan PKR  kepada Amanah pada PRK Sungai Besar sedangkan kedua-dua parti berkenaan membentuk kerajaan di Selangor pada pilihan raya umum yang lalu.

Ditanya sama ada PAS akan mempertimbangkan untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR berikutan sokongan kepada Amanah, Abdul Hadi berkata, ia adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya negeri.

"Kedua, ia menjadi kebiasaan dalam dunia politik demokrasi seluruh dunia," katanya.

Terdahulu, Dewan Muslimat PAS menerima usul mendesak parti Islam itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR terutama pada pilihan raya umum akan datang.

Usul yang dikemukakan Dewan Muslimat PAS Kedah pada Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-56 itu diterima tanpa bahas dan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS.

Dilaporkan usul berkenaan antara lain menyebut PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS dengan menjalin kerjasama dengan Amanah yang kerap melemparkan pelbagai dakwaan terhadap PAS.

Pada Rabu malam, Amanah menamakan guru agama yang kini seorang ahli perniagaan, Azhar Abdul Shukur sebagai calonnya untuk PRK Parlimen Sungai Besar.

1,263 Penyelia Kemas Naik Gred - Najib

Posted: 02 Jun 2016 01:24 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Najib hadir pada majlis Perhimpunan Perdana Anggota Kemas sempena Hari Pendidik 2016 di Dewan Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang pada Khamis. - fotoBERNAMA
 
 
SERDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan kenaikan gred untuk 1,263 penyelia Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang berkuat kuasa 1 Julai ini.

Ia melibatkan seorang Ketua Penyelia Kanan Kemas Negeri yang dinaikkan gred daripada S27 kepada S32; 178 penyelia kanan (S22 ke S27); 164 penyelia pra sekolah (S17 ke S27) dan 920 penyelia pelbagai jurusan (S17 ke S22).

Najib, yang menerima tepukan gemuruh ketika mengumumkan berita gembira itu pada Perhimpunan Perdana Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat bersempena Hari Pendidik 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang di sini Khamis, berharap penambahbaikan itu dapat meningkatkan komitmen warga Kemas untuk kejayaan negara.

"Mudah-mudahan dengan pengumuman kenaikan gred ini sebagai proses penambahbaikan secara berterusan, ia diharap akan memberi nafas baharu kepada warga Kemas untuk menjadi lebih produktif dan daya juang serta lebih komited menonggak kejayaan negara," katanya.

Pada majlis itu, Najib merakam penghargaan atas sumbangan anggota Kemas terutama di kawasan pedalaman.

"Apabila saya turun di kawasan pedalaman itu, orang pertama yang saya jumpa ialah anggota Kemas berbaju merah. Terima kasih Kemas kerana membantu kerajaan," katanya.

Perdana Menteri juga menyifatkan pendidik Kemas sebagai anggota barisan hadapan selaku perantara rakyat dan kerajaan untuk menyampaikan dasar kerajaan.

Menyingkap sejarah Kemas yang ditubuhkan pada 1961, Najib berkata Allahyarham ayahanda beliau, Tun Abdul Razak Hussein bersama anggota Kemas, meneruskan perjuangan menghapuskan buta huruf di kalangan orang dewasa di luar bandar.

Katanya agenda buta huruf telahpun selesai hari ini dengan kadar literasi negara mencapai 98 peratus, sekaligus meletakkan Malaysia antara negara yang tertinggi di dunia dari segi kadar literasi.

Najib berkata kerajaan sedang membantu proses transformasi masyarakat luar bandar dari segi pendapatan yang mana pendapatan golongan itu perlu dilonjakkan sejajar apabila negara mencapai negara maju menjelang 2020.

"Kita tidak mahu wujud perbezaan begitu ketara dalam negara kita. Walaupun kita tidak dapat mengelakkan perbezaan pendapatan antara bandar dan luar bandar, tetapi jurang itu hendaklah dirapatkan dan pendapatan luar bandar perlu dinaikkan pada tahap lebih tinggi," katanya.

Dalam pada itu, Najib mengingatkan warga pendidik Kemas untuk terus kekal relevan dengan meningkatkan keupayaan dan roh perjuangan dalam menjalankan amanah mendidik anak bangsa serta generasi masa hadapan agar golongan muda menjadi generasi berilmu dan berakhlak mulia.

"Keupayaan guru-guru tadika dan taska perlu lebih berkesan dalam usaha membangunkan dan mencorakkan generasi muda untuk memberi sumbangan yang cukup bernilai kepada masa depan negara kita," katanya, sambil menambah warga Kemas adalah pejuang kepada negara, bangsa dan masa depan bersama.

Katanya komitmen dan profesionalisme pendidik Kemas wajar ditingkatkan agar Kemas sentiasa menjadi agensi relevan sepanjang masa dan tidak ketinggalan zaman.

"Saya mahu melihat Kemas sebagai agensi pemangkin kepada transformasi sosial di luar bandar agar ia dilihat sentiasa dinamik dan berinovatif," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kemas Datuk Hassan Mohd Amin. - BERNAMA

Bukan pembangkang yang buat rakyat Perak derita kerana GST

Posted: 02 Jun 2016 01:16 AM PDT

Howard_Lee

oleh Fatih Hassan Nordin
IPOH: Dakwaan Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali bahawa rakyat negeri Perak suatu ketika dahulu mengalami penderitaan kononnya akibat daripada pemerintahan pakatan pembangkang, dibidas Sosialis Muda DAP (Dapsy) Perak.

Ketuanya Howard Lee Chuan How berkata, tohmahan seumpama itu menonjolkan kegagalan Tajol melihat masalah rakyat daripada perspektif nasional selain sikap tidak peduli beliau terhadap dasar-dasar membebankan rakyat yang dilulus dan dipertahankan kerajaan Barisan Nasional.

"Kenyataan beliau begitu jelas menonjolkan betapa 'out of touch' sesetengah pemimpin politik UMNO-BN. 

"(Cukai) GST yang benar-benar menderitakan rakyat dilaksanakan oleh siapa? 

"Peningkatan kos sara hidup yang mendadak akibat pelaksanaan GST itu berlaku di bawah pemerintahan parti mana?" katanya kepada Roketkini.com.

Sehubungan itu, Howard yang juga Adun Pasir Pinji menasihati pemimpin-pemimpin negara, terutamanya daripada UMNO-BN supaya lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan 'separuh masak' seperti itu.

"Sebagai seorang mantan menteri besar dan orang lama dalam politik, nak retorik pun biarlah benar dan berdasarkan fakta. Jangan sampai meludah ke langit, muka sendiri yang kena," ujarnya.

"Kami menghormati sesiapa yang telah menyumbang kepada negeri dan negara. Tetapi, jika kurang tahu dan faham keadaan semasa, mungkin kerana telah terlalu lama berada dalam kalangan puak elit dan kelas atasan, janganlah memalukan diri dengan kenyataan yang mengelirukan seperti itu," tambahnya.

Baru-baru ini, Tajol dalam satu majlis di Kuala Kangsar dilaporkan sebagai berkata bahawa sepanjang tempoh 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak, rakyat telah mengalami penderitaan ekoran salah faham yang berlaku dalam pakatan pembangkang berkenaan.

Tuduhan yang dibuat secara rambang itu tidak pula menjelaskan langsung apakah penderitaan yang beliau maksudkan. – Roketkini.com


Menjelang Ramadan, DBKL jangan kejam terhadap gelandangan

Posted: 02 Jun 2016 01:11 AM PDT

lip eng dbkl

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memindahkan kira-kira 30 gelandangan ibu kota ke beberapa lokasi yang jauh dari ibu kota, seperti dilaporkan media semalam menimbulkan kemarahan Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng.

Hairan juga kenapa rumah transit gelandangan yang telah mula beroperasi sejak beberapa bulan yang lalu tidak pula dimanfaatkan DBKL bagi menyediakan tempat tinggal sementara kepada golongan yang kurang bernasib baik itu.

"Apa tujuan DBKL mengangkut warga miskin kota dan kemudiannya menghantar mereka sampai ke tepi jalan lebuhraya Karak kalau sudah tersedia rumah transit untuk mereka?

"Adakah projek rumah transit yang baru siap dibina pada bulan Februari lalu, serta menelan kos RM3 juta itu sudah gagal dan ternyata sia-sia? Atau adakah ia tidak cukup untuk menampung keperluan warga miskin kota sedia ada?" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Lip Eng yang juga Ahli Parlimen Segambut menggesa supaya tindakan tegas diambil dengan segera terhadap mereka yang mengeluarkan arahan kejam dan menganiaya golongan kurang bernasib baik berkenaan.

"Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz mesti bertindak tegas ke atas sikap yang tidak berperikemanusiaan ini, dan berikrar supaya isu ini tidak disenyapkan begitu sahaja," katanya.

Malah, beliau menasihati DBKL supaya mendidik petugasnya untuk bersikap mulia terhadap golongan gelandangan serta menghayati malah memahami kesusahan yang terpaksa ditanggung mereka akibat kekurangan yang dihadapi.

"Menghampiri bulan puasa, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Lip Eng turut mengkritik sikap hipokrit kerajaan Barisan Nasional yang seolah-olah tidak mengendahkan nasib golongan tertindas di negara sendiri, sebaliknya memberikan keistimewaan dan layanan yang baik terhadap warga luar.

"Negara luar mungkin menyangka alangkah gilanya kerajaan Malaysia yang melayan golongan kurang bernasib baik dari kalangan kita bagai anjing kurap, namun gigih menyewa jet peribadi empat hari lalu untuk menerbangkan 68 orang pelarian Syria dan memberi pula kediaman mewah dengan pengawal keselamatan di Setia Alam. Ini sangat menghairankan," katanya. – Roketkini.com


Pesara tentera lapor polis individu jual 900,000 nama

Posted: 02 Jun 2016 01:00 AM PDT

Othman menegaskan beliau tidak mewakili mana-mana pihak.


pesara-tentera


KUALA LUMPUR: Seorang pesara tentera membuat laporan polis berhubung dakwaan pengaturcara komputer sambilan, Azharuddin Othman @ Abdullah telah menjual 900,000 nama dan nombor kad pengenalan dalam usaha untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Othman Ab Majid, 65, berkata beliau turut membuat laporan polis terhadap individu bergelar 'Ratu Naga' atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah yang didakwa membeli pangkalan data berkenaan.

"Saya memohon siasatan dijalankan oleh pihak polis terhadap tandatangan yang dipalsukan Azharuddin dan Ratu Naga atau individu lain terhadap rakyat Malaysia yang disenaraikan dalam Deklarasi Rakyat.

"Yang kedua pencurian data yang disenaraikan dalam Deklarasi Rakyat dan siasat dalang terlibat untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Othman yang telah berkhidmat dengan TUDM selama 23 tahun turut menegaskan beliau tidak mewakili mana-mana pihak.

Jelasnya, tujuan membuat laporan polis itu kerana beliau tidak mahu negara ini diganggu gugat pihak yang ingin mengucar-ngacirkan keamanan negara.

"Saya baca Malaysiakini, penipuan tandatangan itu untuk Deklarasi Rakyat. Saya rasa bertanggungjawab kerana saya bertanggungjawab mengamankan Malaysia.

"Jadi, susah payah waktu itu saya rasa tak guna kalau negara kita ini dikucar-kacirkan oleh satu pihak yang berkepentingan," tegasnya.

Pada 26 Mei lalu, Azharuddin tampil dengan akuan berkanun mendakwa didatangi Ratu Naga yang ingin membeli pangkalan data mengandungi 900,000 nama pada harga RM5,000.

Ratu Naga bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya pernah berhubung dengan Azharuddin, apatah lagi membeli pangkalan data yang mengandungi 900,000 nama dan nombor kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat.

"Dengan nama Allah saya tak kenal dia langsung. Ini fitnah. Tapi saya tergamam sebab dia boleh bersumpah kenal saya," kata Ratu Naga.

PAS mabuk pakai baju hulubalang – Khalid Samad

Posted: 02 Jun 2016 12:55 AM PDT

 
Ketua Komunikasi AMANAH senaraikan lima bukti PAS mabuk


Khalid Samad


SHAH ALAM: AMANAH melawan balik dakwaan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz bahawa DAP membuatkan parti serpihan PAS "mabuk".

Ketua komunikasinya, Khalid Abdul Samad menyenaraikan lima bukti bahawa PAS parti mabuk dan berperangai seperti pemabuk, antaranya penggayaan busana tradisional Melayu oleh pimpinan mereka.

"Anggap diri berada di zaman lain. Dia berada dalam kurun 21 tapi pergi perasmian majlis rasmi pakai baju hulubalang abad ke-14! Ini orang mabuk," katanya di satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Nik Abduh dan beberapa pimpinan PAS lain mengenakan pakaian tradisional Melayu, dilengkapi tengkolok dan keris, di perasmian muktamar sayap pemuda parti Islam itu dua hari lalu.

Beliau menyifatkan bekas rakan-rakan seperjuangannya sebagai mabuk kerana kekal bersama parti yang bermasalah.

"Saya nak beritahu pada Nik Abduh mungkin dia tak tahu. Orang mabuk dia tak larat nak buat parti baru. Dia duduk diam dalam parti lama walaupun parti tu bermacam-macam masalah, dia mabuk tak nampak maka kekal dalam parti lama."

Khalid turut berkata satu lagi bukti PAS mabuk adalah parti itu tidak boleh membezakan kawan dan lawan dengan memuji MCA dan Gerakan tetapi memperlekeh DAP dan PKR.

"Kata-kata tak selari dengan tindakan.

"Dia bentuk blok ketiga lepas tu cakap pasal nak satu lawan satu. Ini macam orang mabuk. Tindakan dan percakapan kamu bercanggah," katanya.

PAS mengaku bincang bentang hudud dengan BN

Posted: 02 Jun 2016 12:50 AM PDT

Rundingan dengan BN dilakukan kerana usul tersebut perlu dibaca oleh seorang menteri.


hudu hadi awang


PENGKALAN CHEPA: PAS akui parti itu pernah berunding dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan usul pindaan Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 dibentang di Parlimen.

Malah usaha untuk melaksanakan undang-undang Islam itu tidak sepatutnya dicampuri atau dibantah DAP kerana pendekatan setiap parti pembangkang adalah berbeza.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, rundingan itu dibuat kerana usul tersebut mesti dibawa oleh seorang menteri terlebih dahulu bagi membolehkannya dibaca di Parlimen.

"Kami hanya berunding dengan kerajaan supaya diizinkan membawa usul dan baca kali pertama.

"Demokrasi bukan sahaja di Parlimen, demokrasi termasuk perundingan serta berdialog. Kita telah kemukakan usul ini (undang-undang hudud) sejak 1995 dan ia bukan sesuatu yang baharu.

"Kami hanya berunding, terpulang (kepada pandangan) masing-masing. Kita bukan sahaja parti tetapi dalam pembangkang ada pendekatan masing-masing," katanya pada sidang media selepas di Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Putih hari ini.

Abdul Hadi pada 26 Mei lalu berjaya membentangkan usul tersebut dengan persetujuan Parlimen walau bagaimanapun ditangguhkan sehingga sidang akan datang.

Usul tersebut bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu mahkamah syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan undang-undang Persekutuan.

Bagaimanapun, ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakan komponen UMNO dalam BN, sehingga menggugut melepaskan jawatan dalam kabinet.

Syarikat telekomunikasi dibenar guna menara masjid sebagai pemancar

Posted: 02 Jun 2016 12:47 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Syarat yang dikenakan, kawasan masjid dan sekitarnya diberi kemudahan WiFi percuma dan pulangan mengikut keuntungan yang mereka dapat. 

hasan


NILAI: Syarikat telekomunikasi akan dibenarkan menggunakan menara masjid dan surau di Negeri Sembilan sebagai menara pemancar telekomunikasi mereka dalam masa terdekat.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini sebagai salah satu usaha menarik minat golongan muda dan masyarakat setempat untuk pergi ke masjid.

"Syarikat telekomunikasi ini nanti akan dibahagikan mengikut zon untuk dipasang menara pemancar mereka di menara masjid.

"Namun kita kenakan syarat, iaitu kawasan masjid dan sekitarnya diberi kemudahan WiFi percuma dan pulangan mengikut keuntungan yang mereka dapat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Pusat Komuniti Islam, Bandar Enstek dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Kumpulan TH Properties Datuk Azizan Abd Rahman.

Mohamad berkata Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Jabatan Agama Islam negeri sedang dalam peringkat membuat bancian masjid dan surau yang mempunyai menara sebelum membahagikannya mengikut zon yang ditetapkan.

"Bila ada kemudahan internet di masjid, saya yakin ramai orang akan datang ke masjid," katanya.

Mohamad turut menegur segelintir jawatankuasa masjid yang membuat aktiviti di masjid tanpa pengetahuan Jabatan Agama Islam negeri.

"Saya nak beritahu jawatankuasa masjid ini, masjid bukan milik anda, ia milik Jabatan Agama Islam, jawatankuasa dibenar menguruskan sahaja," katanya.

Sementara itu, Azizan berkata Pusat Komuniti Islam yang bernilai RM6.47 juta ini akan dijadikan sebagai pusat untuk keperluan kebajikan, pendidikan, keagamaan dan kebudayaan umat Islam serta masyarakat setempat.

Pusat komuniti ini dilengkapi dengan dewan serbaguna dan empat kelas yang dapat dimanfaatkan oleh 11,500 penduduk setempat.

"Masjid Bandar Enstek juga bakal didirikan di tapak bersebelahan Pusat Komuniti Islam ini.

"Pelan pembangunan masjid telah diluluskan dan pembinaannya bakal menelan kos sebanyak RM8.6 juta," katanya.

Sejak pelancaran Bandar Enstek pada 2000, TH Properties telah membangunkan 46 peratus daripada keseluruhan bandar itu dan ia dijangka siap sepenuhnya pada 2025.

Bandar Enstek merangkumi komponen kediaman, komersial, institusi dan industri dengan nilai pembangunan kasar RM9.2 bilion.– BERNAMA 

Usul Muslimat putus dengan PKR akan dibawa ke Majlis Syura

Posted: 01 Jun 2016 07:47 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Muslimat Pas luluskan tanpa bahas usul putus hubungan dengan PKR.Muslimat Pas luluskan tanpa bahas usul putus hubungan dengan PKR.


Usul Dewan Muslimat Pas Kedah agar Pas Pusat mengkaji semula Tahalluf Siyasi (kerjasama politik) diluluskan tanpa bahas oleh perwakilan dalam Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS (DMPM) kali ke-56 di Kota Bharu semalam.

Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Salamiah Mohd Noor berkata, usul tersebut akan dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk tindakan susulan.

Usul itu menyatakan PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS apabila mengadakan hubungan kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah), yang jelas menuduh serta memfitnah Pas dengan pelbagai dakwaan tidak berasas.

Menurut usul itu, bermula langkah Kajang sehinggalah konspirasi menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pandangan dan pendirian Pas tidak dihormati selain kesucian Pakatan Pembangkang dicemari dengan perancangan tertentu di luar pengetahuan Pas.

"Walaupun ada segelintir pemimpin PKR yang menghormati pendirian dan pandangan PAS namun rentetan isu sebelum ini memperlihatkan parti itu lebih selesa mengambil keputusan tanpa berbincang atau mengambil kira rakan tahallufnya berhubung hal-hal berkaitan.

"Sedangkan PKR banyak bergantung harap kepada Pas untuk menggerakkan jentera terutama menjelang pilihan raya.

"Memandangkan sejak kebelakangan ini, Pas dilihat bergerak secara bersendirian dan bersikap berdikari dalam menangani isu-isu politik dan masalah, maka adalah lebih baik dalam pilihan raya akan datang kita bertanding di semua kerusi tanpa bekerjasama dengan parti-parti lain," kata usul tersebut yang tertulis di dalam Buku Usul.

Usul DMPM ini dilihat bertentangan dengan sikap Pemuda Pas yang dilihat mesra PKR.

Malah dalam muktamarnya yang juga berlangsung semalam, beberapa pimpinan PKR hadir sebagai tetamu antaranya Timbaan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin.

Pada muktamar tahun lalu, Pas meluluskan usul Dean Ulama agar Memutuskan hubungan dengan DAP.

Pakatan Harapan pertama kali sertai pilihan raya

Posted: 01 Jun 2016 07:40 PM PDT

BORHAN AHMAD
 
 
 Azhar menerima watikah pencalonan dari Dr Wan Azizah bagi mewakili Pakatan Harapan dengan diperhatikan oleh pemimpin Amanah dan DAP. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Azhar menerima watikah pencalonan dari Dr Wan Azizah bagi mewakili Pakatan Harapan dengan diperhatikan oleh pemimpin Amanah dan DAP. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.


Buat pertama kalinya, Pakatan Harapan meletakkan calonnya secara rasmi untuk bertanding dalam pilihan raya selepas ia ditubuhkan beberapa bulan lalu selepas hancurnya Pakatan Rakyat, kata ketua sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifudin Abdullah.

Ketika berucap di majlis pengenalan calon mereka malam tadi, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi pilihan raya pertama Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Amanah, PKR dan DAP meletakkan calon rasmi mereka.

"Ini adalah calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah," kata Saifudin ketika berucap memperkenalkan Azhar Ab Shukur di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar malam tadi.

Azhar calon Pakatan Harapan di Sungai Besar. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Azhar calon Pakatan Harapan di Sungai Besar. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Selepas ditubuhkan, Amanah, DAP dan PKR menyertai pilihan raya negeri Sarawak namun ia atas nama parti masing-masing bukan atas nama Pakatan Harapan.

Ada antara calon-calon mereka bertembung antara satu sama lain misalnya antara PKR dengan DAP.

Istilah calon Pakatan Harapan digunakan oleh kesemua pemimpin yang berucap. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memulakan istilah itu dan dengan tegas berkata "Ini adalah calon Pakatan Harapan.".

Baju rasmi Pakatan Harapan yang mempunyai tiga jalur, oren, biru PKR dan merah DAP mula dipakai buat pertama kalinya dalam majlis malam tadi oleh sebahagian pemimpin yang hadir.

Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang yang turut berucap berkata, ini adalah calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah.

Azhar diperkenalkan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam majlis yang penuh sesak dengan para penyokong ketiga-tiga parti Pakatan Harapan malam tadi.

Ia juga diikuti secara langsung oleh lebih 1500 penonton video melalui Facebook Amanah di samping ribuan lagi yang mendengarnya melalui radio internet, DPedas.fm.

"Suasana ini mengulangi ketika Pakatan Rakyat diperkenalkan buat pertama kalinya dahulu. Suasana itu kini kita dapat kembali," kata Mohamad yang berucap memperkenalkan calon itu.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang turut berucap memberikan jaminan, pemimpin DAP akan berada setiap hari dalam kawasan pilihan raya kecil yang mempunyai 33% pengundi Cina ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Harapan.

Turut berucap adalah Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan naib presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof.

Dengan pengumuman ini, pertandingan tiga penjuru akan berlaku di Sungai Besar iaitu Pakatan Harapan melawan calon Barisan Nasional yang diwakili Budiman Radhi dan calon Pas Dr Rani Othman.

Malam ini, Pakatan Harapan akan memperkenalkan calon mereka di Kuala Kangsar pula.

Kedua-dua pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian ahli parlimen mereka dalam kemalangan helikopter ketika berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Penamaan calon akan diadakan 5 Jun ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 18 Jun ketika umat Islam sedang berpuasa.

Husam meroyan bila PAS jatuhkan talak?

Posted: 01 Jun 2016 07:33 PM PDT

Oleh Lokman Ramlee
Post Pic
 
 
[ULASAN] Sewajarnya Datuk Husam Musa merujuk kes pemecatannya dari PAS yang "masih disayanginya" itu kepada Pendaftar Pertubuhan ROS dan bukan menggunakan pelbagai alasan dan ruang untuk terus mengkritik PAS.
 
Langkah ini adalah lebih waras dan bijaksana memandangkan Husam menggunakan hujah bahawa pemecatannya itu tidak mengikut tatakelola dan perlembagaan parti.
 
Justeru sebarang keputusan atau tindakan pimpinan parti sebagai sebuah pertubuhan politik berdaftar dengan ROS mestilah dirujuk kepada pertubuhan berkenaan untuk mendapat keadilan untuk dirinya.
 
Namun sebaliknya Husam bertindak untuk menyelitkan kisah "penderaannya" itu dalam setiap kesempatan untuk mencuri perhatian media khususnya seolah-olah mahu terus mendedahkan "kepincangan" dalam PAS. 
 
Walhal jika menurut tatakelola disiplin PAS, Husam diberi kesempatan dalam tempoh tertentu untuk membuat rayuan terhadap keputusan Lembaga Disiplin yang menggugurkan keahliannya dalam PAS.
 
"Pendakwaan dibuat secara tangkap muat dan ambil mudah, tidak berdasarkan kata- kata sebenar dalam ucapan saya sebelum ini, selain atas alasan kerana menjadi saksi dalam satu kes sivil selepas mahkamah mengeluarkan sapina kepada saya," kata Husam.
 
Dalam pada itu, Husam turut mendakwa, pemecatan beliau itu antara lain bertujuan menghalangnya menghadiri Muktamar Tahunan PAS yang bermula pada 1 hingga 3 Jun ini.
 
Yang nyata, Husam memberi pelbagai alasan melengah-lengahkan rayuan itu. Di satu peringkat beliau menyatakan sudahpun menulis sebahagian surat rayuan pemecatan itu kepada presiden parti, Datuk Seri Hadi Awang.
 
Bagaimanapun beliau mendakwa tiada "mood" untuk melengkapkan dokumen bicara itu tambahan pula tempoh "iddah"nya masa banyak berbaki. 
 
Sudah tentu sikap Husam itu tidak membayangkan hasrat seseorang untuk merujuk kembali kepada parti. Ini kerana dalam hampir setiap kenyataan medianya akan diselitkan beberapa dakwaan tentang kepincangan dalam PAS.
 
Di segi pentadbiran, pimpinan PAS nampaknya amat bersabar menangani dakwaan dan sindiran Husam. Bekas Naib Presiden PAS itu diberikan banyak masa dan ruang "menjaja" alasannya dan sekaligus kritikannya terhadap PAS.
 
Anehnya di sebalik lagak berani, jujur dan semangat penuh kasih sayang mahu memelihara maruah dan integriti PAS, Husam sebenarnya bertindak seperti seorang yang berkelahi dalam rumahtangga dan amat cenderung pada fasakh.
 
Banyak kali pentadbiran PAS dan keputusan pimpinan parti itu, terutama Presidennya, "didedahkan" sebagai kurang peka dan bersikap berdolak dalik dalam kepimpinannya termasuk bersabit isu bekerjasama dengan Umno. 
 
Lantas pada 23 April lalu, Lembaga Disiplin parti pun bersuara dan menghukum Husam dipecat kerana melanggar perlembagaan parti. 
 
Namun Husam masih tidak mahu melepaskan "gigitan"nya terhadap "maruah dan wibawa" PAS. Beliau seolah-olah mahu menyatakan masih mempunyai lebih banyak peluru untuk menegakkan pendirian dan pandangannya terhadap PAS. 
 
Menjelang pilihan raya kecil parlimen (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Husam terus "menegur" PAS supaya menarik diri daripada bertanding jika enggan berunding dengan parti pembangkang lain.
 
Katanya, keengganan PAS berunding sehingga sanggup berdepan persaingan tiga penjuru dalam kedua-dua PRK berkenaan boleh menyebabkan parti itu kalah teruk termasuk mendapat undi lebih rendah daripada satu lagi parti yang tewas.
 
"Kalau berlaku tiga penjuru, PAS mesti dapat undi lebih daripada parti satu lagi. Jika ditakdirkan PAS dapat kurang undi, imej PAS akan rosak untuk tempoh yang sangat lama.
 
"Sama ada PAS berunding dengan parti-parti lain supaya berlaku satu lawan satu, atau, PAS tarik diri supaya tidak nampak teruk di mata rakyat," katanya.
 
Akhirnya Husam mengesahkan telah mengirim surat kepada Presiden PAS meminta supaya pemecatannya daripada parti itu ditarik balik dengan alasan keputusan dibuat tidak mengikut perlembagaan parti.
 
"Saya berharap Presiden mempertimbangkan perkara ini sebelum muktamar supaya saya boleh hadir sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kubang Kerian dan berpeluang membahaskan ucapan dasar dan mempersoalkan beberapa tindakan pemimpin parti sejak kebelakangan ini,'' katanya.
 
Husam berkata, jika permohonannya ditolak, beliau masih berminat untuk hadir ke muktamar sebagai pemerhati.
 
Beliau dalam pada itu turut memberitahu bahawa sedang mempertimbangkan untuk mengheret beberapa individu dalam Pas ke mahkamah kerana memfitnahnya sehingga dipecat daripada parti.
 
Dalam pada menyatakan masih sayang pada PAS, Husam dilihat masih berazam untuk menghadiri muktamar PAS yang sedang berlangsung demi "melondehkan" tindakan beberapa pemimpin PAS.
 
Malah dalam semangat meluap-luapnya mahu mempersoalkan beberapa tindakan pemimpin parti, Husam juga menyelitkan amaran mahu mengheret beberapa individu ke mahkamah kerana memfitnahnya hingga dipecat. 
 
Husam tentu tahu sikap dan kenyataan sebegitu tidak disenangi oleh pimpinan parti. Selain "menggertak" individu tertentu, Husam tentu maklum ramai ahli yang kurang selesa muktamar dijadikan medan "memburukkan" PAS. 
 
Adakah Husam memilih mahu menyertai muktamar kerana semata-mata didorong oleh sikap dan rasa kasih sayang untuk "membersih dan mempertahankan" maruah dan perjuangan PAS?
 
Atau, adakah kerana sehingga setakat ini belum ada parti lain yang sudi "melamarnya" setelah diceraikan PAS? Atau, adakah Husam sebenarnya dilanda sindrom "gila talak" kerana difasakhkan oleh parti kesayangannya?
 
Kini terpulang pada muktamar PAS yang sedang berlangsung di Kelantan untuk sudi mengangkat isu dan kedudukan Husam untuk dibahaskan, atau, mengabaikan rintihannya di luar parti sebagai satu anasir orang gila talak. 
 
Buat masa ini, nampaknya aktiviti Husam sekarang ialah bergiat secara peribadi dalam gerakan Selamatkan Malaysia atau Deklarasi Rakyat yang menyokong idea yang ditaja oleh mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad. 
 

Exco Kedah tarik balik keputusan keluar MCA

Posted: 01 Jun 2016 07:14 PM PDT

MALAYSIAKINI


Ahli Exco Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong telah menarik balik keputusannya untuk keluar daripada MCA.

Leong pada mulanya meninggalkan MCA kerana membantah apa yang menurutnya kegagalan parti itu untuk menghalang sokongan Putrajaya terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Leong dalam satu kenyataan berkata, beliau membuat keputusan itu selepas menyaksikan komitmen pimpinan MCA dan parti komponen BN yang lain dalam menentang RUU itu.

Katanya, ia juga ekoran gesaan akar umbi parti itu supaya beliau kembali bersama parti dan menyokong presiden MCA dan jawatankuasa pusat parti itu dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Ekoran itu, tegasnya, beliau telah memutuskan untuk menarik balik keputusannya untuk keluar parti.


Comments (0)