Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:20 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Skandal 1MDB Menang Anugarah

Posted: 18 Jun 2016 01:49 AM PDT


BERITA dari Hong Kong semalam kata, surat khabar Wall Street Journal (WSJ) dan pengarang ekonominya bagi edisi Asia, Tom Wright, dapat anugerah 2016 Pertubuhan Penerbit Asia (Sopa) kerana mendedahkan skandal 1MDB.

Wright turut diisytiharkan sebagai "Editor of the Year". 

Sebelum ini, WSJ dipilih sebagai peserta terakhir kategori Laporan Antarabangsa anugerah Pulitzer Prize di Amerika Syarikat kerana pendedahannya mengenai skandal yang sama.


Tom Wright fasih bahasa Melayu


Laporan dari Kuala Lumpur pada 5 Julai tahun lepas kata, Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak akan fail saman ka atas WSJ pada hari Selasa berhubung laporan yang kaitkan beliau dengan kes seleweng RM2.6 bilion duit 1MDB.

Dekat 52 Selasa dah datang dan pergi. Tom Wright dan WSJ dah menang anugerah tapi Mohd Najib tak saman-saman juga.

Siasat punya siasat, rupa-rupanya bukan undang-undang negara, Timbalan Perdana Menteri, Peguam Negara dan ahli PAC saja Mohd Najib tukar tapi takwim pun dia tukar.

Takwim dia, bukan takwim kita. Masalahnya takwim dia dengan takwim kita sekarang dah tak sama.

Takwim kita ada tujuh hari dalam seminggu iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Takwim dia, yang juga dipakai oleh pemakan-pemakan dedaknya, kurang satu hari. Ada enam hari saja iaitu Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Selasa tak ada.

Sebab itulah sampai hari ni dia dan peguam dia tak saman WSJ.

"Minta maaf la no, tok mo lawak sikit. La ni kena buat peran bagi oghang gelak pasai ghamai sangat stress. Jangan dok stress sangat no takut sat ni kena serang jantung!"

Meminjam pakai gaya bahasa Allah yarhamha Pendeta Negara (Tan Sri) Ismail Hussein, atas nota yang lebih serius saya ingin menggarisbawahkan bahawasanya kemenangan Tom Wright dan WSJ ini adalah penghinaan – affront - kepada Perdana Menteri, para peguam serta mereka yang komited kepadanya.

Saya sedang tunggu kenyataan Perdana Menteri yang kata, dia tidak campur tangan dalam pemilihan Tom Wright dan WSJ sebagai pemenang anugerah SOPA.

Mari ketawa. Ketawa belum kena GST


Ketawa adalah ubat tanpa GST yang mujarab.
 
Takkanlah cerita mudah macam ini pun pengundi Kuale dan Sungai Besar tak faham kot?

Mustahil. 

Wallahuaklam.


LANGSUNG DARI KUALA KANGSAR: Petugas BN tertangkap beri 'dedak'

Posted: 18 Jun 2016 01:20 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
SEJUMLAH 32, 632 pengundi Kuala Kangsar yang layak akan mengundi mulai jam 8.00 pagi ini apabila pusat mengundi dibuka di pilihan raya kecil kali ini.

Mereka akan memilih antara empat calon yang bertanding iaitu calon Barisan Nasional Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti AMANAH Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Bagaimanapun, daripada keempat-empat calon itu hanya Mastura yang berdaftar sebagai pengundi di Parlimen Kuala Kangsar, manakala Dr Najihatussalehah merupakan pengundi di Parlimen Parit, Dr Ahmad Termizi (Shah Alam, Selangor), manakala Izat Bukhary (Kelantan).

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai sebanyak 32,949 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 22,496 adalah Melayu; Cina (7,757); India (2,287); Orang Asli (330); Bumiputera Sarawak (16); Bumiputera Sabah (13) dan lain-lain 50

IKUTI LAPORAN SECARA LANGSUNG DARI KUALA KANGSAR DI MALAYSIA DATELINE

3.06 petang

Pengarah Pilihan Raya Amanah Perak Ahmad Adli Abdullah mendakwa beberapa pengundi di Jalan Kangsar yang tidak dibenarkan mengundi di kawasan itu tidak membuat semakan status pengundian lebih awal.

2.53 petang 

Sehingga jam 2.00 petang tadi, sumber SPR menyebut 59 peratus pengundi sudah membuang undi di PRK Kuala Kangsar.

2.47 petang 

Sehingga jam 1.00 petang tadi, sumber SPR menyebut 53 peratus pengundi sudah membuang undi di PRK Kuala Kangsar.

Naib Presiden Amanah Dato' Dr Mujahid Yusof melawat pusat mengundi Talang Hulu.Naib Presiden Amanah Dato' Dr Mujahid Yusof melawat pusat mengundi Talang Hulu.

12.35 tengahari

Petugas BN didakwa memberi 'dedak' kepada pengundi selepas mereka mengisi borang khas.Petugas BN didakwa memberi 'dedak' kepada pengundi selepas mereka mengisi borang khas.

Para petugas Barisan Nasional (BN) dikesan memberikan sampul surat berisi wang tunai kepada pengundi di dua pilihan raya kecil (PRK) hari ini. Mereka  menerima sampul surat itu selepas mengisi satu borang khas.

12.15 tengahari

Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Hatta Ramli bertemu MB Perak Datuk Seri Dr Zambry di Ulu Kenas Manong.Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Hatta Ramli bertemu MB Perak Datuk Seri Dr Zambry di Ulu Kenas Manong.
Calon Amanah Dr Termizi memeluk naib presiden Pas Idris Ahmad yang kelihatan tidak selesaCalon Amanah Dr Termizi memeluk naib presiden Pas Idris Ahmad yang kelihatan tidak selesa
Pengundi datang dengan bot untuk mengundi selepas janji jambatan hanya tinggal janji sahajaPengundi datang dengan bot untuk mengundi selepas janji jambatan hanya tinggal janji sahaja

Sebanyak 36 peratus daripada 32,632 pemilih yang berdaftar, keluar mengundi setakat pukul 11 pagi bagi memilih wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar.

 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata setakat pukul 10 pagi tadi proses pengundian berjalan lancar dan tiada sebarang kekecohan berlaku, lapor Bernama.

 Semua 23 pusat mengundi dibuka tepat pukul 8 pagi dan akan ditutup pada 5 petang untuk proses pengiraan undi sebelum dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Perak.

11.55 pagi

Ramai pengundi tiada nama di tempat mereka biasa mengundi selepas dipindahkan tanpa pengetahuan mereka termasuk pengundi ini. Gambar Malaysiakini.Ramai pengundi tiada nama di tempat mereka biasa mengundi selepas dipindahkan tanpa pengetahuan mereka termasuk pengundi ini. Gambar Malaysiakini.

Beberapa orang pengundi yang selama ini mengundi di Jalan Kangsar, mendapati mereka tidak boleh mengundi kali ini.

Ini kerana mereka telah dipindahkan ke kawasan lain, kata Pengarah Pilihan Raya Amanah, Hatta Ramli, lapor Malaysiakini.

Katanya, beliau mengetahui mengenai perkara itu apabila lima daripada 10 pengundi hadir di 'pondok panas' mereka untuk menyemak pusat pengundian mereka.

"Saya rasa ini boleh menjejaskan keputusan kami," kata Hatta.

11.40 pagi

Mahasiswa antara yang turut  berkempen untuk calon Amanah dari Pakatan Harapan di Kuala Kangsar. Gambar di Sekolah Menengah raja Muda Musa.Mahasiswa antara yang turut berkempen untuk calon Amanah dari Pakatan Harapan di Kuala Kangsar. Gambar di Sekolah Menengah raja Muda Musa.
Kempen Pas mendakwa jika nakkan Islam undilah parti itu dan jika undi Amanah dapat DAP.Kempen Pas mendakwa jika nakkan Islam undilah parti itu dan jika undi Amanah dapat DAP.

Mahasiswa dan golongan wanita antara yang ramai memberikan sokongan untuk calon Amanah dalm kempen kali ini. Mereka datang dari pelbagai tempat bagi membantu calon mereka. Sementara itu, Pas terus menggunakan elemen provokasi dalam kempen mereka termasuk Undi Pas untuk Islam dan Undi Pan untuk DAP.

11.15 pagi

Sukarelawan Amanah berkempen di SMK Raja Muda MusaSukarelawan Amanah berkempen di SMK Raja Muda Musa

SPR memaklumkan, sehingga jam 10 pagi tadi, sudah 24 peratus keluar mengundi di Kuala Kangsar manakala di Sungai Besar pula 22 peratus.



Pengundi tak semak status lokaliti punca gagal mengundi

Posted: 18 Jun 2016 01:15 AM PDT

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Dr Ahmad Termizi menyantuni petugas pilihan raya Amanah di bangsal panas.Dr Ahmad Termizi menyantuni petugas pilihan raya Amanah di bangsal panas.


Pengarah Pilihan Raya Amanah Perak Ahmad Adli Abdullah mendakwa beberapa pengundi di Jalan Kangsar yang tidak dibenarkan mengundi di kawasan itu tidak membuat semakan status pengundian lebih awal.

Beliau berkata, maklumat berhubung status pengundian itu telah dikeluarkan pada 29 April lepas dibawah pewartaan perubahan lokaliti.

Katanya, perkara itu juga telah diperincikan kepada setiap parti yang bertanding pada 6 Mei hingga 12 Mei lepas bagi membantu setiap pengundi yang mengalami masalah berkenaan.

"Yang sebenarnya mereka (pengundi) tak semak status. Kita dah maklumkan ia dari awal lagi. Kita juga telah letakkan maklumat berhubung perkara itu di pejabat daerah dan secara online.

"Kita juga dah panjangkan perkara ini kepada parti bertanding supaya kalau ia terjadi mereka perlu bantu untuk memudahkan cara," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap perkara itu tidak lagi dipersoalkan dan setiap pengundi seharusnya mengetahui tentang lokasi pengundian sebelum membuang undi.

"Kita sudah lakukan perkara yang sepatutnya dan tidak timbul isu pun berkaitannya. Paling penting, pengundi perlu tahu status tentang pengundian," katanya.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Hatta Ramli mendakwa beberapa pengundi tersebut tidak dibenarkan mengundi di Jalan Kangsar.

Perkara tersebut telah diadukan kepadanya dan beliau akan meminta SPR untuk menjelaskannya.

Peratusan baik, Amanah optimis mampu cipta kejutan

Posted: 18 Jun 2016 01:11 AM PDT

HAZRI NAWAR
 
 
Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang melawat pusat mengundi Bukit Residen.Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang melawat pusat mengundi Bukit Residen.


Berbaki dua jam sebelum pusat pengundian ditutup, Parti Amanah Negara (Amanah) optimis mampu membuat kejutan pada kedua-dua pilihan raya kecil kali ini.

Pengarah Biro Pilihan Raya (BPR) Amanah, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, ia berdasarkan sokongan saat akhir yang ditunjukkan pengundi serta peratusan keluar mengundi yang agak memberangsangkan setakat ini.

"Dengan 59 peratus di Kuala Kangsar dan 58 di Sungai Besar setakat jam 2 petang, itu pada saya sudah cukup tinggi.

"Dengan baki dua jam lagi ini tidak mustahil angka 72 peratus seperti dianggarkan oleh SPR boleh dicapai.
"Bagi Amanah, jika peratusan keluar mengundi antara 72 hingga 75 peratus, kita optimis boleh buat kejutan," katanya ketika dihubungi.
Sehingga jam 2 petang tadi SPR mengumumkan peratusan keluar mengundi terus bertambah kepada 59 peratus bagi Kuala Kangsar dan 58 peratus di Sungai Besar.

Tempoh masa mengundi berbaki kurang dua jam lagi dan semua pusat mengundi akan ditutup pada jam 5 petang.

'Ada tak boleh mengundi kerana dipindah kawasan'

Posted: 18 Jun 2016 01:08 AM PDT

MALAYSIAKINI


Beberapa orang pengundi yang selama ini mengundi di Jalan Kangsar, mendapati mereka tidak boleh mengundi kali ini.

Ini kerana mereka telah dipindahkan ke kawasan lain, kata Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Hatta Ramli.

Katanya, beliau mengetahui mengenai perkara itu apabila lima daripada 10 pengundi hadir di 'pondok panas' mereka untuk menyemak pusat pengundian mereka.

"Saya rasa ini boleh menjejaskan keputusan kami," kata Hatta.

Seorang pengundi wanita juga memberitahu wartawan di pusat pengundian bahawa ramai pengundi terkejut mereka tidak boleh mengundi hari ini.

Hatta berkata mereka akan membawa perkara itu kepada SPR.

AMANAH: 'Pengundi kritikal', atas pagar tentukan keputusan

Posted: 18 Jun 2016 01:06 AM PDT

Keputusan dua pilihan raya kecil (PRK) hari ini sebahagian besarnya akan bergantung kepada undi 'pengundi kritikal' atau pengundi atas pagar, kata Pengarah Strategi AMANAH, Dzulkefly Ahmad.

Katanya, keputusan bergantung pada keberanian 'pengundi kritikal', yang dijangka menterjemahkan 'perbezaan pendapat dan kekecewaan' mereka terhadap kepimpinan mereka atau pengundi atas pagar yang telah mengundi parti/gabungan tertentu, untuk beralih sokongan/kesetiaan dalam PRK kali ini.

Dalam satu kenyataan hari ini,
beliau berkata 'pengundi kritikal' termasuk apa yang beliau sifatkan sebagai ahli PAS dan penyokong bukan ahli yang "tidak puas hati".

Beliau menambah ini termasuk ahli atau penyokong Umno yang sama ada pro-bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau anti-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli-ahli Umno ini, katanya, mungkin juga tidak bersetuju dengan pemilihan calon, katanya.

Menurutnya, terdapat sebab-sebab dan bukti yang mencukupi bahawa golongan ini akan membawa perubahan besar terhadap undi kepada PAS dan Umno.

Bagaimanapun, katanya, belum dapat dilihat dan diukur sama ada undi mereka akan beralih kepada AMANAH/Pakatan Harapan.

Sambil menyifatkan kedua-dua PRK itu sebagai kompleks untuk diramalkan, Dzulkefly menjelaskan beliau teruja untuk melihat sama ada parti baru ditubuhkan AMANAH, dengan diapit oleh DAP dan PKR, boleh membuat kejutan dalam PRK tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa kehadiran Mahathir dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dalam kempen di sana, telah menyumbang dalam menangani segmen tertentu pengundi Melayu.

3 petang: 65% undi di Sg Besar

Posted: 18 Jun 2016 12:58 AM PDT

MALAYSIAKINI


Sehingga jam 3 petang ini, 65 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Manakala di PRK Kuala Kangsar, 59 peratus keluar mengundi sehingga jam 2 petang.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah membuat tinjauan ke pusat pegundian di SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar pada kira-kira jam 10.30 pagi.
Calon PAS, Dr Najihahtusalleh juga tiba serentak dengan Mohd Hashim.

Sementara itu di Padi Radin, Sungai Besar, calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur mengambil peluang untuk mengunjungi sekolah rendah tempat beliau belajar, SK Seri Utama.

Azhar menghabiskan masa lima tahun di sekolah itu, yang merupakan salah satu daripada 30 pusat mengundi hari ini.

Turut mengiringi beliau ialah isterinya Nor'adzimah Binti Hassanuddin.

Walaupun dilahirkan di Sungai Besar, Azhar adalah pengundi berdaftar di Temerloh tetapi baru-baru ini berpindah semula ke kawasan itu.

Bekas menteri jadi pemandu Uber

Posted: 18 Jun 2016 12:56 AM PDT

MALAYSIAKINI


Seorang pengguna kelihatan terkejut apabila ketika perkhidmatan Uber yang menjemputnya dipandu oleh seorang bekas menteri dan tokoh korporat Tan Sri Wahid Omar.

Pengalaman itu diabadikan beliau dengan mengambil gambar selfie di dalam kereta sambil tersenyum dan dikongsi di media sosial.

"Guna Uber untuk ke pejabat oleh tokoh korporat dan ekonomi yang mungkin paling berjaya dengan kereta Perdana barunya.

"Rating lima bintang untuk YB Senator Datuk Seri!" tulisnya.

Tulisan itu dirakam oleh Pengarah Kanan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di Jabatan Perdana Menteri Norizan Sharif dan diketengahkan kembali di Facebook beliau.

Norizan, yang sempat berbuka puasa dengan Wahid semalam berkata, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahunya mendapat lapan penumpang semalam.

"Saya cuba memahami denyut nadi rakyat," kata beliau, menurut Norizan.

Norizan juga berkata Wahid berasal dari keluarga susah dan beliau menjadi pemandu Uber selama tiga hari sebelum menunaikan umrah di tanah suci.


Hampir 60 peratus sudah keluar mengundi

Posted: 18 Jun 2016 12:53 AM PDT

SINAR HARIAN

Hampir 60 peratus sudah keluar mengundi
 
 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Seri Hashim Abdullah memantau perjalanan proses pengundian ketika melawat pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar hari ini. - Foto Bernama
 
KUALA KANGSAR - Proses pengundian pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar berjalan lancar dengan 59 peratus atau 19,253 daripada 32,632 pemilih berdaftar keluar mengundi setakat 2 petang ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya menyasarkan peratusan keluar mengundi pada PRK itu adalah 75 peratus.   

Katanya aliran mereka yang keluar mengundi di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) dilaporkan agak perlahan, antaranya di PDM Bendang Kering, PDM Ulu Kenas, PDM Seberang Manong dan PDM Ketior.

Keadaan trafik juga dilaporkan sesak di beberapa kawasan di Kuala Kangsar, selain cuaca agak terik setakat 2 petang ini.

Semua 23 pusat pengundian yang dibuka sejak 8 pagi tadi akan ditutup 5 petang ini.  

PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan PRK kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor hari ini berikutan kematian Ahli Parlimen masing-masing iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikoper di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. - Bernama


'Wartawan palsu' Sinar Harian buat liputan di PRK

Posted: 18 Jun 2016 12:47 AM PDT

'Wartawan palsu' Sinar Harian buat liputan di PRK
Wartawan palsu itu menutup mukanya dan beredar selepas gagal menjawab beberapa pertanyaan dari wartawan Sinar Harian yang bertugas di tempat pengundian di SK Seri Utama. 
 

SUNGAI BESAR - Seorang 'wartawan palsu' yang mendakwa dari akhbar Sinar Harian tiba-tiba muncul di tempat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Utama.

Lelaki yang menyamar sebagai wartawan sambilan Sinar Harian Kuala Lumpur itu turut memakai pas media Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

"Saya dari Sinar Harian.. abang dari mana (merujuk wartawan Sinar Harian). Saya memang ditugaskan ke sini pada hari ini," katanya.

Bagaimanapun, setelah diasak beberapa soalan, lelaki berbaju kemeja sambil memegang kertas putih yang tiba di pekarangan sekolah itu kira-kira jam 10 pagi tadi terus menutup mukanya dan melarikan diri.

"Eh kenapa ni..tak payahlah ambil gambar. Abang nak buat apa ni?," katanya yang beredar dari tempat pengundian di sekolah terbabit.

Kecoh, Adun DAP hampir ditumbuk

Posted: 18 Jun 2016 12:44 AM PDT

Kecoh, Adun DAP hampir ditumbuk
Sedutan rakaman video insiden Adun DAP hampir ditumbuk pagi tadi. - Sumber video Howard Lee


KUALA KANGSAR - "Apa lu cakap, apa lu cakap, apa lu cakap, apa lu cakap, apa lu cakap!"

Demikian herdik seorang lelaki sambil mencekak leher baju Ketua Dapsy Perak, Howard Lee Chuan How di hadapan sebuah sekolah di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, kelihatan seorang lelaki berkaca mata hitam memakai baju warna biru mencekak leher Adun Pasir Pinji dalam satu kekecohan di hadapan sekolah itu.

Lelaki tersebut turut cuba untuk menumbuk Howard sambil beberapa lelaki lain di kawasan sekitar cuba mententeramkan keadaan.

Dalam satu kanyataan, Howard menyatakan rasa kesal terhadap insiden itu dan beliau tidak boleh menerima sebarang bentuk provokasi seperti itu.

Menurutnya, penyokong lawan melakukan provokasi dengan menjerit 'balik, balik, balik Tongsan' sebaik melihat beliau dan rakan lain berada di situ.

"Apabila ditanya kepada siapa mereka cakap sebegitu, mereka terus melakukan provokasi beramai-ramai sampai menghalang kenderaan daripada melintas jalan.

"Bila diminta supaya jangan biadab, ketua rombongan mereka balas dengan bersikap samseng, mencekik saya dan hendak menumbuk saya.

"Ini berlaku pada bulan Ramadan yang suci. Saya memang tidak boleh terima (provokasi) ini," katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau juga kesal dengan tindakan ahli MCA yang melihat sahaja insiden itu namun beliau merasakan itu bukanlah perkara luar biasa.

"Ahli-ahli MCA yang bersama mereka di sana, diam sahaja. Tapi itu bukan luar jangka, biasa sajalah," ujarnya.


Waspada bila pilih kahwin di sempadan

Posted: 18 Jun 2016 12:42 AM PDT

Waspada bila pilih kahwin di sempadan
Gambar hiasan
 

NIKAH sempadan menjadi jalan mudah buat pasangan yang mahu mengamalkan poligami tanpa kebenaran isteri pertama.

Menyalahi undang-undang negara, ia tetap menjadi pilihan mudah dengan alasan dan pendapat mengatakan nikah di mana-mana pun sah asalkan patuh kehendak syarak.

Atas alasan menggunakan agama, kehendak undang-undang diketepikan.

Mengikut undang-undang syariah kita, manamana individu yang hendak mengamalkan poligami perlu mendapatkan kebenaran mahkamah, ini yang kononnya 'dikatakan' sukar.

Sedangkan mereka takut akan kebenaran kerana ditolak keluarga atau isteri terdahulu.
 
Ikuti laporan MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN,NOOR AZURA SAHRIL & ATIRAH HASLI.


SHAH ALAM - Pernikahan sempadan yang membelakangkan undang-undang banyak mendatangkan masalah kepada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.

Peguam Syarie, Nahar Alias berkata, pernikahan di luar negara menjadi masalah apabila mereka tidak mendaftar pernikahan secara rasmi.

"Jika mereka tidak mendaftarkan pernikahan mereka di pejabat agama, sama ada di dalam mahupun luar negara, pasangan akan hadapi masalah untuk mendaftarkan sijil kelahiran anak kelak.

"Selain itu, pasangan juga akan berhadapan masalah dari segi pembahagian harta (faraid), pencen, nasabnya (keturunan) diragui," katanya, semalam.

Jelasnya, selain itu, pasangan juga akan menghadapi kesulitan ketika berurusan dengan majikan dalam pekerjaan masing-masing.

"Pernah jadi pada tahap serius apabila mahkamah akan fara' (bubar) pernikahan kalau mereka didapati dinikahkan oleh jurunikah yang tidak bertauliah," katanya lagi.

Beliau berkata, bagi pasangan yang dibubar pernikahan, mahkamah akan memerintahkan pasangan tersebut tinggal berasingan secara serta-merta.




"Bagi yang berpoligami, si lelaki perlu membuat permohonan poligami dulu dengan mahkamah, kemudian baru boleh bernikah macam biasa.

"Bagi pernikahan pertama, pasangan tersebut boleh bernikah seperti biasa dengan jurunikah di sini," ujarnya.

Nahar yang juga menyediakan khidmat sebagai peguam syarie turut menasihati mana-mana pasangan supaya lebih berhati-hati ketika melangsungkan perkahwinan di luar negara.

Beliau berkata, pernikahan sesebuah pasangan itu tidak sah dan boleh mendatangkan masalah sekiranya pasangan tersebut diuruskan oleh sindiket-sindiket haram dan tidak berdaftar.


Exco Kedah bersidang di Hospital Pulau Pinang?

Posted: 17 Jun 2016 10:51 PM PDT


 
Oleh Predeep Nambiar


GEORGE TOWN: Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Kedah akan bersidang di Hospital Pulau Pinang, memandangkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sedang berehat di situ.

FMT difahamkan mesyuarat berkemungkinan besar diadakan Rabu depan.

"Saya diberitahu mengenai mesyuarat di Pulau Pinang. Tiada surat rasmi setakat ini tetapi nampaknya akan berlaku," kata seorang exco kanan Kedah ketika dihubungi.

The Star hari ini melaporkan Speaker Kedah Datuk Md Rozai Shafian sebagai berkata anggota exco akan bertemu menteri besar, "memandangkan beliau sedang berehat di sana".

Bashah pengsan semasa mengadakan mesyuarat bersama ahli Dewan Undangan Negeri di sebuah hotel di Alor Star 3 Jun lalu.

Beliau dikejarkan ke sebuah hospital swasta dan ditempatkan dalam rawatan rapi.

Pada 6 Jun lalu, Bashah dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani pembedahan kecil di bahagian usus.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seusai lawatannya berkata Bashah dalam keadaan bersemangat dan diberi makanan mudah hadam.

KENAPA LAMBAT MENJAWAB?

Posted: 17 Jun 2016 10:49 PM PDT

  shahbudindotcom

 



Ini satu lagi persoalan baru yang ditanyakan oleh Rafizi Ramli berkaitan dengan jet eksekutif milik kerajaan setelah sebelum ini membangkitkan beberapa isu penggunaannya yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Sejak awal petang semalam sebaik Rafizi menanyakan soalan sama ada benar atau tidak jet kerajaan itu berada di Kazakhstan, kenapa belum ada sesiapa yang tampil memberi jawapan?

Mana respon daripada Jabatan Perdana Menteri? Jawablah, betul atau tidak jet tersebut pernah berada di Kazakhstan ketika ia dikatakan sedang diselenggara? 

Bukankah sekarang era langit terbuka dan zaman serba pantas? Kenapa masih begitu lembab dalam bertindak?

Mana sekian ramai pegawai PMO yang bertanggungjawab berkaitan media dan komunikasi?

Mana  juga Rizal Mansor yang sebelum ini panjang lebar menjawab di laman sosial Facebooknya setiap kali Rafizi membangkitkan isu jet yang dikaitkan dengan Rosmah?

Sudah beberapa jam berlalu, mengapa tidak menulis apa-apa? Masih berduka lara sebab tak dibenarkan masuk dalam sidang media Rafizi dua hari lalu?

Bila sebenarnya mahu dijawab - esok, lusa atau selepas pilihanraya Sungai Besar dan Kuala Kangsar nanti? 


Ribuan umat Islam banjiri Arab Saudi bulan Ramadan

Posted: 17 Jun 2016 10:43 PM PDT

DETIK DAILY


 

MADINAH - ARAB SAUDI. Ribuan umat Islam dari seluruh dunia termasuk Malaysia, kini berada di Arab Saudi bagi merebut peluang beribadah pada bulan Ramadan.

Ibarat lautan manusia, mereka memenuhi segenap ruang di Masjid Nabawi di sini dan juga Masjidil Haram di Makkah untuk menunaikan ibadah termasuk melakukan umrah atau ziarah di rumah ALLAH.

Dalam keadaan berpuasa selama lebih 13 jam, umat Islam selain menunaikan ibadat wajib, mereka juga menjalankan pelbagai ibadah lain termasuk membaca al-Quran dan melawat tempat bersejarah.

Pesara kerajaan, Mohd Hatta Jaafar, 59, mengambil peluang Ramadan ini untuk beribadah dan memperbaiki dirinya.

"Saya dan kakak saya ambil peluang ini untuk beribadah dan mengerjakan umrah," kata bapa kepada dua anak lelaki itu kepada Bernama, di sini hari ini.

Berasal dari Kuantan, Pahang, Mohd Hatta berhasrat untuk memenuhi aktiviti harian di tanah suci dengan beribadah bagi mencari keredaan Ilahi.

Berterima kasih kepada Tabung Haji Travel and Services, yang menawarkan pakej umrah pada bulan Ramadan, beliau berkata ibadah dapat dilakukan dengan selesa kerana pihak pengurusan menyediakan tempat penginapan yang dekat dengan masjid iaitu kira-kira 50 meter dari Masjid Nabawi.

"Saya suka dengan Tabung Haji, ia selesa untuk saya dan kakak saya menunaikan ibadah dengan bayaran RM15,000 seorang," katanya.

Pembimbing Ibadah Haji daripada Tabung Haji Travel and Services, Abu Hassan Wahab berkata kebiasaannya orang ramai datang ke Arab Saudi pada bulan Ramadan untuk merebut pahala yang tinggi.

"Kemeriahan jemaah berbuka puasa dan beribadah adalah tinggi. Di Madinah suasananya pada musim Ramadan lebih meriah berbanding di Makkah," katanya.

Laporan agensi berita pada 28 April lalu memetik kerajaan Arab Saudi, sebanyak 4.65 juta visa umrah dikeluarkan sejak November lalu.

Agensi itu memetik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Haji dan Umrah Saudi Abdullah Al-Qadi bahawa jumlah jemaah umrah dijangka meningkat pada Mei, Jun dan Julai. – Bernama


Jamal Abdillah Ke Penjara Pelawa Ameng Sertai Konsert 3 Suara

Posted: 17 Jun 2016 10:40 PM PDT

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
 
 
Ameng bersama Datuk Jamal Abdillah, Zamani Slam dan Jamilul Hayat pada sidang media Konsert 3 Suara yang diadakan di Bangunan Umno Selangor, Shah Alam pada Jumaat. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI
 
 
SHAH ALAM: Penyanyi Ameng (Spring) tidak menyangka penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah sanggup datang ke penjara Kluang, Johor untuk bertemunya pada tahun lalu demi mengajaknya menyertai Konsert 3 Suara yang bakal diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada September depan.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, berkata, pada awalnya dia menganggap pelawaan Jamal sebagai jenaka tetapi tidak menyangka penyanyi yang mendapat jolokan Raja Pop itu serius dan benar-benar mahu dia menyertai konsert berkenaan.

"Saya ingat Jamal datang melawat sebagai sahabat lama tetapi tidak menyangka kehadirannya itu dengan membawa tawaran yang saya anggap paling terbaik pernah saya dapat.

"Ketika itu tiada lain saya fikirkan selain ingin menyelesaikan hukuman penjara dan langsung tidak menyangka dapat pelawaan sehebat itu.

"Tetapi saya tidak terlalu berharap kerana masih menjalani hukuman penjara," katanya kepada mStar Online.

 
Jamal sanggup ke Penjara Kluang, Johor untuk menjemput Ameng menyertai Konsert 3 Suara.
Ameng berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert 3 Suara yang diadakan di Bangunan Umno Selangor di sini, Jumaat.

Konsert yang bakal berlangsung pada 22 hingga 25 September itu turut menampilkan Zamani (Slam) dan penampilan khas Jamilul Hayat selain Jamal dan Ameng sendiri.

Dalam pada itu, Ameng berkata, dia teruja untuk kembali ke pentas menghiburkan peminat dan berharap dapat mengembalikan nostalgia menerusi lagu-lagu hit nyanyiannya.

"Keyakinan saya sudah kembali dan berharap dapat melakukan sesuatu yang baik menerusi persembahan nanti.

"Insya-Allah seleksi lagu yang bakal dinyanyikan juga bagi mengimbau kenangan peminat," ujarnya.

Sementara itu, Jamal berkata, pemilihan barisan penyanyi untuk konsert berkenaan dibuat kerana bakat dimiliki selain kelompok peminat mereka yang masih kuat.

Malah Jamal tidak menafikan faktor mereka mempunyai sejarah yang sama membuatkan beliau memilih Ameng dan Zamani dalam memberi sokongan kepada mereka kembali bangkit dalam industri muzik.

Gabungan Zamani, Jamal dan Ameng bakal menggegarkan Konsert 3 Suara.

"Saya pernah berada di tempat mereka dan ada orang lain yang masih percaya dengan saya. Jadi mengapa saya tidak boleh buat perkara sama kepada mereka berdua.

"Saya berkeyakinan penuh mereka berdua tambahan pula masing-masing masih mempunyai kelompok peminat yang ramai," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Jamal berkata, pada konsert itu nanti mereka akan tampil dengan persembahan duet menerusi lagu Isabela selain beberapa kejutan lain.

Konsert berkenaan bakal diiringi oleh 20 muzik profesional bawah pimpinan Raja Mohd Sham Raja Saari.

Tiket bagi menyaksikan konsert tersebut dijual pada harga RM108, RM158, RM258, RM358 dan RM458.

Pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web www.ilassotickets.com atau hubungi 03-2170 6333.

Terdahulu Ameng dibebaskan dari Penjara Kluang pada Selasa lalu selepas lima tahun ditahan akibat penyalahgunaan dadah.

Hukuman penjara yang dikenakan keatasnya selama lapan tahun dikurangkan kerana disiplin dan contoh baik ditonjolkannya.

PRK Sungai Besar: 22 Peratus Keluar Mengundi Setakat 10 Pagi

Posted: 17 Jun 2016 10:36 PM PDT

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
 
 
 
 
SUNGAI BESAR: Setelah tamat tempoh 12 hari berkempen, seramai 42,365 pengundi berdaftar layak mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Sejak pusat pengundian dibuka pukul 8 pagi Sabtu, seramai 22 peratus pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang dan Sekinchan telah keluar mengundi setakat jam 10 pagi.

Pusat pembuangan undi akan ditutup pada pukul 5 petang dan pengiraan undi akan dilakukan di Dewan Seri Bernam, di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan rasmi dapat diumumkan pada pukul 9 malam Sabtu.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Nelayan Dibebaskan Pihak Berkuasa Indonesia Buang Undi

Posted: 17 Jun 2016 10:33 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Chua selesai membuang undi di SK Seri Sekinchan. foto K K Sham/The Star
 
 
SEKINCHAN: Salah seorang nelayan yang dibebaskan daripada tahanan di Indonesia membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar di SK Seri Sekinchan pada pukul 10 pagi Sabtu.

Chua Lee Teck, 46, yang baharu sahaja kembali ke kampung halamannya di Sekinchan selepas ditahan selama 101 hari berkata beliau mengundi calon yang dihargainya.

"Mereka telah membantu kami. Ia adalah masa yang sesuai untuk membalas budi mereka," katanya kepada pemberita di luar pusat pengundian di SK Seri Sekinchan.

Chua melahirkan rasa gembira kerana dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi.

Namun pada masa Chua mengakui pengalaman pahit yang diharunginya sejak tiga bulan lalu menyebabkan dia keletihan.

Chua bersama dengan Heng Chee Yong, 29, ditahan pihak berkuasa Indonesia pada 3 Mac lalu semasa dalam perjalanan untuk memancing.

Mereka dijatuhi hukuman penjara dua tahun empat bulan kerana didakwa mencerobohi perairan Indonesia.

Namun tempoh tahanan mereka berakhir apabila kerajaan Malaysia berjaya mendapatkan pembebasan dan pengampunan mereka daripada Presiden Indonesia Joko Widodo.

Skandal rasuah ‘Fat Leonard’, adakah TLDM terlibat?

Posted: 17 Jun 2016 10:23 PM PDT

stevensim_fatleonard

Roketkini.com


BUKIT MERTAJAM: Skandal rasuah Fat Leonard yang menggemparkan dunia pada tahun 2013 digelar sebagai salah satu skandal terbesar dalam sejarah tentera laut Amerika Syarikat, dan ia melibatkan pelabuhan di negara ini.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang pernah mengutarakan isu itu pada tahun 2013 sekali lagi menggesa kerajaan memberi jawapan sebenar berhubung skandal tersebut dengan mengemukakan empat soalan kritikal.

"Adakah terdapat mana-mana pegawai Malaysia terutama dalam bahagian pelabuhan yang terlibat dengan skandal itu?

"Seorang bekas ketua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kemudiannya bersara sebagai Ketua Angkatan Tentera Malaysia telah berkhidmat dengan GDMA dan syarikat-syarikat berkaitan. Wujudkah apa-apa pengaruh atau salah guna kuasa melibatkan perniagaan Fat Leonard di negara ini?

"TLDM juga merupakan pelanggan kepada syarikat Glenn Defense Marine Asia (GDMA) milik Fat Leonard. Adakah Fat Leonard menggunakan modus operandi yang sama dengan pegawai-pegawai TLDM?

"Ketibaan kapal USS George Washington pada 2012 diumumkan oleh Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan. Kini sudah jelas bahawa lawatan itu melibatkan rasuah dan salah guna kuasa. Adakah pegawai termasuk Menteri Pertahanan terlibat?" soal beliau dalam satu kenyataan.

Menurutnya, beliau sebelum ini telah cuba meminta jawapan dari pihak kerajaan di dalam dan luar parlimen, namun kerajaan memilih untuk berdiam diri berhubung perkara tersebut.

"Ini merupakan kes yang amat sensitif memandangkan ia melibatkan pertahanan dan keselamatan negara.

"Dengan siasatan besar-besaran sedang berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara lain, sudah tiba masanya untuk kerajaan Malaysia tampil memberi jawapan," katanya.

Skandal Fat Leonard merupakan skandal rasuah yang melibatkan seorang rakyat Malaysia bernama Glenn Francis Leonard atau dikenali sebagai 'Fat Leonard', pemilik syarikat pembekal perkapalan GDMA dengan pegawai kanan dalam angkatan tentera laut Amerika Syarikat. – Roketkini.com


Warga kota bantah cadangan DBKL mahu jadikan Taman Rimba Kiara ‘hutan konkrit’

Posted: 17 Jun 2016 10:16 PM PDT

IMG-20160617-WA0015

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Kerajaan sepatutnya menjadi badan terpenting dalam menjamin kelestarian alam sekitar, namun di negara ini, semakin banyak kawasan hijau terancam atas nama pembangunan bagi memenuhi kepentingan korporat dan pihak tertentu.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, berkata jika kerajaan atau pemaju swasta mahu membangunkan kawasan perumahan atau perindustrian, mereka haruslah meletakkan faktor alam sekitar sebagai kepentingan utama.

Oleh itu, beliau membantah sekeras-kerasnya pembinaan lapan blok kondominium 54 tingkat di kawasan Taman Rimba Kiara di Taman Tun Dr. Ismail dekat sini.

"Mengapa kawasan di Taman Rimba Kiara, sebuah taman hijau yang besar dengan tasik dan pelbagai jenis pokok boleh dijual oleh kerajaan kepada pemaju swasta untuk menjadikannya hutan konkrit?


IMG-20160617-WA0014

"Rata-rata semua penduduk terperanjat dengan pengumuman oleh kerajaan itu. Mereka juga ingin tahu, siapakah sebenarnya ahli politik yang menyokong projek tersebut?" katanya kepada Roketkini.

Menurut Lip Eng, penduduk Taman Tun Dr. Ismail telah berkali-kali mempersoalkan hal itu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun pertanyaan mereka tidak dilayan.

Jelasnya, walaupun kerajaan memberi alasan bahawa projek itu dijalankan untuk memberi rumah tetap kepada penghuni rumah panjang di Bukit Kiara, pembinaan kondominium itu sama sekali tidak boleh diterima kerana ia memusnahkan tapak alam sekitar yang amat diperlukan penduduk.

"Alasan kerajaan itu terlalu dangkal. Mereka hanya perlu membina satu blok pangsapuri sahaja untuk penduduk-penduduk rumah panjang dan ia boleh dibina di kawasan asal rumah panjang itu. Kenapa perlu bina lapan blok kondominium?

"Benarkah apa yang didakwa kerajaan itu atau mereka hanya menggunakan alasan itu untuk mendapat keuntungan dari pemaju swasta? Janganlah memperalatkan orang susah di rumah panjang itu untuk kepentingan poket sendiri," tegas Setiausaha DAP Kuala Lumpur itu.

Warga kota baru-baru ini dikejutkan dengan papan tanda di Taman Bukit Kiara yang menunjukkan bahawa kawasan di situ bakal dibangunkan dengan lapan blok kondominium 54 tingkat untuk tujuan kediaman dan pembangunan.

Isu itu rata-rata menjadi perbualan warga kota terutama di media sosial yang keras membantah pembangunan berkenaan memandangkan ia bakal menjejaskan alam sekitar di kawasan tersebut.

Semua pihak yang ingin mengutarakan bantahan disaran menghantar bantahan bertulis kepada DBKL selewat-lewatnya pada 29 Jun ini. – Roketkini.com


Kuala Kangsar: ‘Meneruskan perjuangan’ atau menolak Najib?

Posted: 17 Jun 2016 10:11 PM PDT

 
Seramai 32,949 pengundi Kuala Kangsar mengundi hari ini menentukan sama ada mahu meneruskan perjuangan bekas wakil rakyat dengan memilih balunya. 


Mastura


KUALA KANGSAR: Slogan "Meneruskan sebuah perjuangan" terpampang di kebanyakan poster calon Barisan Nasional (BN) di Kuala Kangsar.

Datin Mastura Mohd Yazid, balu kepada ahli parlimen terdahulu, Datuk Wan Mohammad Khair-il "dipasarkan" sebagai bakal wakil rakyat yang mampu meneruskan kesinambungan kerja suaminya.

Bagi pihak Pakatan Harapan, dan untuk skala yang lebih kecil PAS, PRK kali ini digambarkan sebagai referendum rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati kepada kepimpinan negara.

Penduduk Kuala Kangsar yang ditemui FMT nampaknya berbelah bahagi antara kedua-dua sisi tersebut.

Berdasarkan kecenderungan politik masing-masing, ada yang berkata PRK ini adalah wadah bagi pengundi menyatakan sikap terhadap isu-isu dalam negara, dan ada pula yang beranggapan sebaliknya.

Malah ada juga yang bersikap lebih pragmatik, menimbang pihak mana yang dilihat akan lebih banyak manfaat kepada Kuala Kangsar dan penduduknya.

Bagi Syed Ismail, 54, keutamaan harus diberikan kepada faedah yang bakal dinikmati penduduk Kuala Kangsar terlebih dahulu.

"Saya setuju dengan apa yang dikatakan pembangkang. Tetapi perlu tengok perut sendiri dulu. Sokong BN buat sementara ini.

"Keadaan mungkin berbeza pada pilihan raya umum, sebab ketika itu ada peluang untuk tukar kerajaan," katanya.

Shamsul Ghani, 38, bersetuju dengan kenyataan itu dengan berkata PRK ini untuk memilih wakil yang mampu menyelesaikan masalah rakyat, dan tidak melihat kepentingan isu seperti 1MDB.

Berbeza dengan Fairul Abdullah, 30, yang berkata warga Kuala Kangsar bukan sahaja mengundi untuk hari ini, tetapi juga masa hadapan.

"Kita juga mengundi untuk masa akan datang. Jadi perlu ambil kira isu-isu negara seperti 1MDB dan GST. Sekarang orang sakit nak beli ubat pun mahal.

"Tapi calon tetap kena tengok juga. Tak guna kalau yang dipilih nanti tak mampu bawa suara kita," kata penjawat awam itu lagi.

Bagi Farid Sattar, 34, PRK ini merupakan medan menyatakan rasa tidak puas hati pengundi kepada kerajaan, sama seperti yang digemakan Pakatan Harapan sepanjang kempen.

"Kita perlu suarakan sikap kita tentang GST, pembaziran, sebab yang terima kesannya rakyat juga," kata Farid, seorang kerani.

Subheader: Tangkap imaginasi pengundi

Bagi penganalisis politik Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi, isu nasional seperti skandal 1MDB dan GST tetap menjadi kelemahan kepada BN.

"Sejauh mana pembangkang memainkan isu ini dan menerapkannya dalam imaginasi pengundi menjadi salah satu faktor penentu menang kalah Umno," kata pensyarah Universiti Malaya itu.

Sementara BN seperti biasa memberikan pelbagai bantuan dan peruntukan bagi kempennya,

pembangkang terutama Pakatan Harapan kekal menganggap PRK ini referendum menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengadakan siri sidang media berhubung dakwaan penggunaan jet peribadi yang dibiayai kerajaan bagi perjalanan Datin Seri Rosmah Mansor ke Turki.

Baginya, jet tersebut adalah simbol pembaziran pemimpin negara yang perlu ditolak pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Begitu juga dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membawa agenda Deklarasi Rakyat bagi menolak Najib.

Mastura akan berhadapan Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah), Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS) dan Izat Bukhari Ismail Bukhari (Bebas).

Seramai 32,949 pengundi Kuala Kangsar akan memutuskan sama ada untuk menjadikan PRK ini kesinambungan bekas wakil rakyat mereka atau referendum menolak kepimpinan negara.

Langsung dari Sungai Besar, "tetap ada harapan", kata Ustaz Azhar kepada petugas Umno

Posted: 17 Jun 2016 08:09 PM PDT

ARIF ATAN dan DALIA ISMAIL
Sahabat lamaSahabat lama

"Tetap ada harapan", kata Ustaz Azhar ketika menyapa kumpulan petugas BN di SMK Sungai Besar,

Petugas Amanah, Pas dan BN sama ceria menyambut beliau yang kelihatan bersahaja dan mudah didekati, selalu menceriakan.

Bersama petugas AmanahBersama petugas Amanah
Petugas BN turut ceriaPetugas BN turut ceria
Calon Amanah Ustaz Azhar Datuk Shukur disambut meriah ketika melawat pusat pengundianCalon Amanah Ustaz Azhar Datuk Shukur disambut meriah ketika melawat pusat pengundian

Calon Amanah disambut meriah ketika melawat pusat-pusat pengundian di Sungai Besar pagi ini.

ACP Khalil AriffinACP Khalil Ariffin


Seramai 1,000 anggota polis ditempatkan di 30 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Sungai Besar hari ini untuk mengawal pengundi-peengundi uabgcakan membuang undi sehingga petang ini.

Menurut Pegawai Perhubungan Media PDRM Parlimen Sungai Besar, ACP Khalil Ariffin, sejak pusat pengundian dibuka jam 8 pagi tadi tiada sebarang insiden penyokong dan pengundi dilapor berlaku.

"Pada hari ini keadaan tenang dan terkawal.

"Pihak polis sejak jam 4 pagi tadi sudah mula berkawal di kawasan PDM.

"Cuaca nampak memberangsagkan pagi ini dan diharapkan pengundi akan keluar awal," ujarnya.

Di PDM Sungai Limau seramai 50 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan di pusat pengundi di sini.

"Suka saya nasihatkan semua pengundi dan penyolong parti supaya tidak ambil tindakan di luar batas undang-undang SPR dan polis sehingga masa diumumkan jumlah undi di pusat pengumpulan undi pada malam ini," terangnya.

Pengundi berusia 107 tahun turut ambil bahagianPengundi berusia 107 tahun turut ambil bahagian

Dalam usia yang sudah menjangkau 107 tahun Asmah Kassan dari Simpang Empat Sungai Limau hadir tepat jam 9 pagi ini untuk memilih wakil rakyat yang baru di Parlimen Sungai Besar hari ini.

Asmah hadir berkerusi roda ditemani dua anak saudara dan seorang cucunya.

Ditanya perasaannya hari ini, beliau hanya menjawab,"entahla" dalam bahasa jawa yang diterjemahlan oleh cucunya Indarwati Tumadi, 44.

Calon BN membuang undiCalon BN membuang undi

Daripada tiga calon yang bertanding hari ini hanya calon BN pengundi berdaftar di Sungai Besar,

Budiman Mohd Zohdi tiba di perkarangan Sekolah Kebangsaan Sungai Limau tepat jam 8.35 pagi tadi.

Beliau hadir ditemani isterinya Norma Aida, bapa Mohd Zohdi Abdullah dan ibunya Fatona Saiman.

Budiman yang membuang undi di saluran dua hari ini berkata beliau hari ini mempunyai jadual ketat sehingga petang ini untuk melawat 30 PDM di Parlimen Sungai Besar yang mempunyai dua dewan undangan negeri (Dun) Sekinchan dan Sungai Panjang.

"Jadual lawatan ke pusat pengundian agak padat hari ini di 30 PDM.

"Alhamdulillah saya dapat hadir bersama ahli keluarga di sini.

"Diharapkan semua berada dalam keadaan terkawal dan harap cuaca baik sehingga petang ini," ujarnya ringkas dalam sidang media diadakan di luar kawasan PDM pagi ini.

Pengundi Cina positif dengan petugas AmanahPengundi Cina positif dengan petugas Amanah

Pengundi Cina kelihatan cenderung memberi reaksi positif kepada kumpulan peraih undi dari Amanah dengan bertegur sapa dan berbual mesra.

Najid dan Ahmad mula bertugasNajid dan Ahmad mula bertugas

8.30 Pagi - Kumpulan penyokong Amanah, Pas dan BN tenang ketika cuba meraih perhatian di perkarangan SK Seri Utama. Kelihatan Mohd Najid (kiri) dan Ahmad memberitahu 30 orang dari unit mereka bertugas di situ.

Jamali JarutiJamali Jaruti

Pengundi paling awal yang kami temui, Jamali Jaruti, seorang guru berkata pengundi sudah matang dan hari ini akan membuat keputusan untuk menentukan ketetapan masing-masing memilih parti dan calon pilihan mereka.

Cuaca mendung namun pengundi pasukan kempen Amanah bersemangatCuaca mendung namun pengundi pasukan kempen Amanah bersemangat

8 pagi -  Cuaca sekitar Parlimen Sungai Besar mendung. Seramai 42,655 pemilih bakal membuang undi di 18 Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi Dun Sungai Panjang dan 10 lagi di Sekinchan.

Pengundi beratur sebelum sewal 7.30 pagi sebelum proses pembuangan undi dimulakanPengundi beratur sebelum sewal 7.30 pagi sebelum proses pembuangan undi dimulakan

Pengundi siap sedia setengah jam lebih awal sebelum proses pengundian dimulakan

Pusat Daerah Mengundi SK Sungai Limau, calon BN dijangka akan membunag undi di sini jam 8 pagi iniPusat Daerah Mengundi SK Sungai Limau, calon BN dijangka akan membunag undi di sini jam 8 pagi ini

Kempen provokasi di masjid?

Walaupun tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar sudah berakhir tengah malam tadi tetapi nampaknya tidak bagi pihak pengurusan Masjid Jamek Makmuriah.

Sementara menantikan solat Subuh berjemaah dimulakan sebentar tadi, skrin elektronik bersebelahan mimbar masjid sempat menayangkan paparan yang dilihat berbaur provokasi.

Imej yang asalnya merupakan satu sidang media dihadiri sekumpulan Ahli Parlimen DAP diletakkan bersama ungkapan "Haram sokong pihak tolak undang-undang Islam."

Kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman berserta wajahnya itu juga dinyatakan telah dipetik dari akhbar Berita Harian bertarikh 1 Jun lalu.

Sementara itu, doa Qunut Nazilah yang sunat dibacakan ketika umat Islam ditimpa musibah turut beberapa kali dibacakan.

Dalam perkembangan berkaitan, puluhan kertas bersaiz A4 berwarna kuning kelihatan bertaburan di bahagian luar pintu utama masjid tersebut.

Terpampang ayat "Keluarga Komunis Malaysia" dengan ungkapan "Undi Pan = Undi DAP = Undi Komunis".

Gelaran "Pan" yang sebelum ini kerap diguna pihak Umno dan Pas sebagai merujuk kepada Amanah itu menyaksikan mesej provokatif mengaitkan parti diterajui Mohamad Sabu itu dengan DAP dan komunis.

Seramai tujuh pemimpin DAP serta bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kononnya mempunyai hubungan persaudaraan dengan bekas Setiausaha Agung dan Ketua Umum Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya melarang mana-mana pihak menaikkan sebarang bentuk medium yang menyalahi peraturan SPR.

Hari ini seramai 42,655 pemilih bakal membuang undi dengan 67.16 peratus daripada mereka merupakan pengundi Melayu manakala Cina 30.70 peratus, India 1.92 peratus serta lain-lain 0.23 peratus.

Di Sungai Besar, 42, 837 pengundi berdaftar akan membuat keputusan untuk memilih ahli parlimen mereka melalui pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Budiman Zohdi, calon Amanah, Azhar Abdul Shukur dan calon Pas, Dr Abd Rani Othman.

PRK ini diadakan berikutan kematian ahli parlimen kawasan ini, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Wartawan kami, DALIA ISMAIL dan ARIF ATAN akan membawakan kepada anda liputan lansung dari lokasi pengundian di Sungai Besar hari ini.

Calon Amanah K Kangsar terbukti sangat popular di hari pengundian

Posted: 17 Jun 2016 07:52 PM PDT

BORHAN AHMAD
 
 

Dr Termizi menjadi kegilaan pengundi dan petugas hatta petugas BN. Gambar diambil di pusat mengundi Taman Bunga Raya.Dr Termizi menjadi kegilaan pengundi dan petugas hatta petugas BN. Gambar diambil di pusat mengundi Taman Bunga Raya.


Populariti calon Amanah di Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi terbukti di hari penamaan calon hari ini apabila beliau menjadi seumpama selebriti apabila melawat pusat-pusat pengundian.

Bukan sahaja penyokong Amanah bahkan juga penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) juga menyambut baik beliau.
Dr Termizi dengan petugas Pas di pusat pengundian di Taman Bunga Raya.Dr Termizi dengan petugas Pas di pusat pengundian di Taman Bunga Raya.
Di pusat mengundi Taman Bunga Raya, sekumpulan petugas BN kelihatan berebut-rebut untuk berselfie dengan calon Amanah itu.

Begitu juga petugas Pas. Mereka menerima salam Dr Termizi dengan penuh mesra.

Ilham Centre, sebuah pusat kajian bebas dalam laporan mereka malam tadi berkata, calon Amanah di Kuala Kangsar merupakan calon paling menonjol dan mempunyai faktor 'wow' kepada pengundi yang ditemui.

Latarbelakang anak tempatan Kampung Suak Petai Manong, keluarga yang besar di sana dan disokong dengan kelayakan akademik yang luar biasa bagi pengundi memberi kekuatan hampir 5 peratus atas faktor peribadi calon.

"Jika berlaku kejutan kepada BN di Kuala Kangsar, boleh dianggap berpunca daripada pemilihan calon yang salah dan Amanah meletakkan calon yang tepat," kata Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre dalam laporan akhir menjelang pengundian hari ini.

Bagi beliau, calon PAS dan strategi PAS hanyalah untuk mengekalkan sokongan pengundi mereka daripada beralih sokongan kepada Amanah semata-mata.

"Tidak lebih daripada itu," kata Hisomuddin.

Bomba laksana Ops Raya seminggu sebelum dan selepas Aidilfitri

Posted: 17 Jun 2016 07:50 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
BANDAR BARU NILAI: Jabatan Bomba dan Penyelamat akan melaksanakan Ops Raya seminggu sebelum dan selepas Aidilfitri ini. 
 
Ketua Pengarah, Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata operasi itu bertujuan memastikan keselamatan orang ramai, terutama pengguna jalan raya sepanjang tempoh itu. 
 
Katanya, antara ciri penting operasi itu ialah penempatan pasukan bomba di lokasi strategik, terutama sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). 
 
"Antara lokasi dikenal pasti termasuk sekitar Jalan Masjid India di Kuala Lumpur," katanya pada sidang media ketika menghadiri Majlis Jalinan Mesra dan Berbuka Puasa di Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Nilai semalam. 
 
Wan Mohd Nor berkata, pasukan di sepanjang lebuh raya PLUS pula akan ditempatkan di plaza tol dan Kawasan Rehat dan Rawat (RnR). 
 
"Ini akan membolehkan pasukan bomba bergerak lebih cepat jika ada kemalangan di lebuh raya," katanya. 
 
Sementara itu, katanya hanya kira-kira 20 peratus daripada anggota bomba dibenarkan bercuti untuk menyambut Aidilfitri. 
 
Beliau berkata, operasi bomba tidak akan terjejas kerana jabatan akan memastikan bilangan anggota yang bertugas mampu menangani apa sahaja kejadian yang berlaku, sama ada kebakaran atau kemalangan.
 
 

Pelawaan terhadap Dr Rani sertai PH ibarat 'bisikan syaitan' - Khairuddin

Posted: 17 Jun 2016 07:48 PM PDT

Oleh Shuhaniza Said
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pelawaan terhadap Dr Abdul Rani Osman untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) ibarat 'bisikan syaitan', kata Ketua Penerangan Dewan ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.   
 
Mohd Khairuddin berkata, bisikan sebegitu akan sentiasa ada untuk menggugat prinsip perjuangan seseorang pemimpin dan ternyata Dr Rani berjaya melepasi ujian itu.
 
"PAN, PKR dan DAP sentiasa memujuk ahli PAS bersama mereka, ibaratnya seperti syaitan membisikkan kejahatan untuk mengajak manusia meninggalkan kebenaran.
 
"Saya ucapkan tahniah kepada Dr Rani kerana istiqamah, dan bukan saja dia, ramai lagi yang istiqamah dengan perjuangan kita (PAS) insya-Allah," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Semalam, Dr Rani mendedahkan beliau dipelawa oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu untuk menyertai PAN dan menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar. 
 
Menurut Dr Rani, pelawaan berkenaan bukan pertama kali diterimanya malah terdapat ramai lagi pemimpin pakatan pembangkang itu membuat tawaran berkenaan.
 
Bagaimanapun, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, beliau akan kekal bersama PAS sehingga akhir hayatnya. 
 
Dalam pada itu tambah Mohd Khairuddin, pelawaan berkenaan memperlihatkan PAS ibarat 'anak dara sunti' yang sentiasa 'diintai dan diminati' ramai.   
 
"DAP dulu bergantung kepada PAS untuk (dapat) undi orang Melayu, PKR dulu bergantung kepada PAS, dan hari ini Umno pun cuba juga bersama PAS. 
 
"Tapi PAS ada prinsipnya, dan insya-Allah, ahli PAS yang dididik dengan perjuangan akan berjuang kerana prinsip, bukan kerana orang atau pemimpin. Mereka tak akan lari dari perjuangan Islam, Insya-Allah," ujarnya.
 
Tambah beliau, adalah perkara biasa dalam politik sekiranya terdapat ahli parti yang berpaling tadah dan menyertai parti lain, tetapi ujarnya ahli yang berjuang kerana prinsip akan istiqamah bersama PAS. 
 
"Itu yang membezakan mereka yang sebenar-benar dengan PAS, atau ikut-ikutan saja," kata beliau lagi.
 
Dr Rani akan bertanding mewakili PAS pada PRK Sungai Besar esok dalam saingan tiga penjuru bersama calon Barisan Nasional (BN), Budiman Zohdi dan calon PAN, Azhar Abdul Shukur. 
 
 
 

Comments (0)