Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:33 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Irmohizam: 5 ahli keluar parti tak jejas semangat Umno

Posted: 15 Jun 2016 04:33 PM PDT

MALAYSIAKINI


Tindakan lima anggota Umno kawasan Sungai Besar menyertai PAS semalam langsung tidak melemahkan semangat parti untuk melihat calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menang kerusi berkenaan, Sabtu ini.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata perkara itu adalah bukti kebebasan demokrasi yang diamalkan di negara ini.

"Terpulanglah kepada mereka... yang pasti perkara tersebut tidak melemahkan semangat parti untuk melihat calon BN menang di kawasan Parlimen Sungai Besar.

"Paling penting bagi saya adalah disiplin dan perkara tersebut adalah perkara yang menjamin keutuhan dalam BN," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa LKIM bersama media di Sungai besar semalam.

Petang semalam, lima anggota Umno, termasuk bekas ketua Pemuda Umno cawangan Muara Sungai Limau, Rosli Semin mengumumkan menyertai PAS di Markas PAS Simpang Lima di Sungai Besar.

PRK Sungai Besar pada Sabtu ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Budiman dengan calon PAS yang merupakan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, manakala AMANAH mempertaruhkan Pengerusi Amanah Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dan kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.- Bernama

Rafizi bawa 'jet' ke Kuala Kangsar

Posted: 15 Jun 2016 04:23 PM PDT

Rafizi bawa 'jet' ke Kuala Kangsar


KUALA KANGSAR- Ceramah Pakatan Harapan di Parlimen Kuala Kangsar malam ini dikejutkan dengan 'ketibaan' sebuah replika  jet yang dibawa ketika ucapan, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

'Jet'  itu tiba tatkala ‎Rafizi baru memulakan ceramahnya yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Amanah Negara (Amanah) di Jalan Daeng Silili, Kuala Kangsar malam tadi.

"Sila beri laluan, jet nak turun," demikian tutur Rafizi ketika mengumumkan ketibaan 'jet' tersebut.

Sementera itu, Rafizi ketika berbicara mengenai jet itu berkata, ia simbolik kepada kesusahan yang dihadapi oleh rakyat sekarang ini.

"Rakyat dikenakan pelbagai tekanan, tetapi ada pemimpin yang hidup dalam keadaan 'gembira,"katanya.

Ceramah tersebut turut dihadiri oleh pimpinan Amanah, antaranya Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, dan pimpinan kanan Amanah yang lain.

Minuman terlalu panas galak kanser?

Posted: 15 Jun 2016 04:16 PM PDT

SINAR HARIAN

Minuman terlalu panas galak kanser?
Esofagus
 
 
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Hasil penyelidikan mendapati minuman yang telalu panas mampu menggalakkan pertumbuhan sel kanser di esofagus.

Laporan CNN mengatakan hasil kajian oleh International Agency for Research on Cancer mengatakan minuman bersuhu atas 65 darjah celsius menggalakann kanser pada bahagian tersebut.

Meminum teh, kopi atau mana-mana minuman pada suhu tersebut boleh menyebabkan esofagus 'terbakar'.

American Burn Association mengatakan minuman seperti teh dan kopi selalu disediakan dalam suhu sedemikian.

Mereka yang biasa meminum minuman pada suhu tersebut digalakkan membiarkan ianya sejuk terlebih dahulu.


Pakatan NGO pro-BN lapor polis terhadap Mahathir

Posted: 15 Jun 2016 04:14 PM PDT

MALAYSIAKINI


Pakatan NGO Pro Barisan Nasional dan Gabungan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam kerana dikatakan mendakwa bahawa ahli Umno boleh dibeli.

Presidennya, Zulkarnain Mahdar mendakwa bahawa tuduhan seperti itu adalah menjengkelkan dan berniat jahat kerana sebagai ahli Umno, mereka hanya menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada parti.

"Bagaimana beliau boleh berkata demikian? Kami hanya melahirkan tanda setia kepada parti tapi kami dikatakan telah dibeli," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Balai Polis Sungai Besar semalam.
Zulkarnain berkata beliau merasa terhina dengan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir dalam entri blognya bertajuk, Kebebasan Bersuara bertarikh 7 Jun.

Beliau juga mengkritik dakwaan Dr Mahathir bahawa orang-orang yang tidak menandatangani Deklarasi Mahathir akan kehilangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), biasiswa, peluang perniagaan dan keistimewaan lain.

"Ini adalah fitnah dan tuduhan dusta... hanya kerana kami tidak mahu menandatangani perisytiharan beliau," katanya.

Zulkarnain berkata beliau membuat laporan polis itu bagi membolehkan pihak berkaitan mengambil tindakan terhadap Dr Mahathir dan beliau juga akan memfailkan saman fitnah.- Bernama


PAS: Tiada tindakan terhadap Dr Rani

Posted: 15 Jun 2016 04:10 PM PDT

MALAYSIAKINI


Tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Dr Abdul Rani Osman yang hadir ke program anjuran Parti Amanah Negara (AMANAH) kelmarin, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Katanya, kehadiran calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar itu adalah atas kapasitinya selaku Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru dan bagi meraikan kehadiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Kita sudah bincang sebelum itu, dan kita memang merasakan bahawa calon kita patut pergi (ke program) itu, sebab yang hadir adalah menteri besar dan kalau kita lihat menteri besar hadir kelmarin pun beliau tidak pakai baju parti," katanya dalam sidang media di markas induk parti itu di Simpang Lima, di Sungai Besar semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai kehadiran Dr Abdul Rani ke program anjuran Amanah yang turut dihadiri Mohamed Azmin, kelmarin.

Pada program itu, Azmin menyatakan sokongannya kepada calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur untuk PRK itu dan dalam masa yang sama turut mendoakan yang terbaik untuk Dr Abdul Rani.

Mengenai penyebaran mesej palsu menerusi aplikasi WhatsApp berkenaan keputusan Dewan Ulamak PAS Selangor yang kononnya kecewa dengan tindakan Dr Abdul Rani itu, Iskandar berkata ia adalah tindakan terdesak pihak yang sengaja mahu mengeksploitasi isu tersebut.- Bernama


Mahkamah benar PM tangguh saman fitnah terhadap Harakahdaily

Posted: 15 Jun 2016 04:07 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menangguhkan perbicaraan kes saman fitnahnya terhadap Harakahdaily berhubung artikel 'Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz'. 
 
Perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sepatutnya bermula 23 Jun ini. 
 
Tiga panel hakim diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan itu yang dibuat peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib. 
 
Mohd Hafarizam memohon penangguhan itu atas alasan anak guamnya mempunyai dua lagi rayuan di Mahkamah Rayuan berkaitan kes saman itu yang belum didengar dan diputuskan. 
 
Sehubungan itu, beliau memohon penangguhan berkenaan sementara menunggu keputusan terhadap kedua-dua rayuan itu. 
 
Pada 7 April lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk memasukkan dua kenyataan menafikan pembabitannya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion. 
 
Kenyataan itu, masing-masing dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara, yang menyatakan Najib tidak terbabit dalam salah laku berhubung 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion tidak mempunyai kaitan dengan syarikat itu. 
 
Satu lagi rayuan adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 23 Mei lalu bahawa kes saman terhadap Ketua Pengarang Harakahdaily, Taufek Yahya dan Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob, akan diputuskan melalui perbicaraan penuh. 
 
Najib memfailkan saman fitnah itu pada 18 Mac tahun lalu dengan menamakan Rosli dan Taufek sebagai defendan pertama dan kedua. 
 
Dalam penyata tuntutannya, Najib mendakwa Rosli menulis perkataan fitnah dalam artikel bertajuk 'Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz' pada 19 Februari 2015, yang diterbitkan defendan kedua di portal Harakahdaily.
 
 

Sokongan Azmin bukan jaminan PAN akan menang PRK - Khairuddin Othman

Posted: 15 Jun 2016 03:55 PM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
  Post Pic

SHAH ALAM: Sokongan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali terhadap calon Parti Amanah Negara (PAN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar belum tentu menjamin kemenangan parti itu pada 18 Jun ini, kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman.
"Saya ingat faktor sokongan MB tidak ada kena mengena, kalau MB tak sokong (PAS) pun (keadaan) tiga penjuru ni semua orang tahu agak sukar kerana berlaku pecahan undi.
"(Calon PAN) tidak boleh menang sebab kalau kita tengok rekod PRN Sarawak di Batu Kitang yang mana Azmin konsisten letak calon PKR berlawan dengan DAP dan BN pun kalah juga," katanya.
Malah beliau melihat sokongan ADUN Bukit Antarabangsa itu kepada calon PAN tidak lebih sekadar meraikan rakan komponennya dalam Pakatan Harapan.
       
"Saya ingat sokongan Azmin itu bukan sebagai menteri besar tapi sebagai Timbalan Presiden PKR. Jadi saya tiada hak untuk persoal hal parti," ujarnya.
Ketika ditanya mengenai adakah perkara ini menjejaskan hubungan PAS-PKR di Selangor, Khairuddin mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat selepas PRK nanti.
"Perkara itu terserah sendiri kepada MB, jadi saya ingat benda ni masih baru lagi jadi kita tunggu dan lihat apa akan berlaku selepas (PRK) ini," jelas beliau.
Semalam Azmin hadir di Majlis Iftar Perdana di Sungai Panjang bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Beliau menjelaskan kegagalan untuk hadir membantu kempen pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar disebabkan perlu mengiringi Sultan Selangor dalam program bersama rakyat hampir setiap malam pada bulan Ramadan. 
Sementara itu, Timbalan Pengerusi PAN Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menyifatkan ia sebagai petanda bahawa hanya Azmin yang mempunyai hubungan dengan PAS dan bukannya PKR.
"Sebenarnya (hubungan) PKR dan PAS ini kalau tengok dari segi prinsipnya, (antara) parti dia tak ada hubungan cuma Azmin sahaja. 
"Jadi bila Azmin dah tunjukkan sokongan dan buat kempen untuk calon Amanah (PAN), itulah sebenarnya PKR. Hubungan Azmin dengan PAS ini adalah sekadar bukan rasmilah. 

Perkasa mahkamah syariah 'buka jalan' pelaksanaan hukuman Islam - MAPIM

Posted: 15 Jun 2016 03:44 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yakin bahawa Rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda kuasa Mahkamah Syariah membuka jalan pelaksanaan hukuman Islam di Malaysia. 
 
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid juga berpendapat pindaan itu yang dibawa ke Dewan Rakyat pada penghujung Mei lalu dapat meluaskan lagi pelaksanaan undang-undang syariah, yang dilihat terbatas pada ketika ini.
 
"Maka dengan pindaan yang dicadang ini untuk meningkatkan taraf dan bidang kuasa mahkamah syariah. Ia dilihat sebagai asas awal untuk buka ruang memungkinkan enakmen-enakmen di peringkat negeri boleh dilaksanakan
 
"Apabila bidang mahkamah syariah dibatasi di peringkat persekutuan, maka sebarang enakmen yang hendak diusulkan di peringkat negeri akan terhalang. 
 
"Banyak enakmen-enakmen pentadbiran agama Islam di negeri-negeri terhalang untuk buat pindaan supaya undang-undang berkaitan syariah dan jenayah tak dapat dilaksanakan,' katanya menerusi temubual bersama Antarapos, hari ini.
 
Sehingga ke hari ini, segala bidang kuasa mahkamah syariah tidak boleh digugat oleh bidang kuasa mahkamah sivil, sebagaimana yang tertakluk di dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.
 
Namun begitu, masih ada beberapa batasan yang menyebabkan undang-undang Islam, sebagaimana yang dibawa dalam enakmen negeri-negeri tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
 
Mohd Azmi mengulas perkembangan semasa membabitkan tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang pada 26 Mei lalu membentangkan RUU Persendirian, bertujuan meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
 
Dalam usul tersebut menyebut bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan.
 
Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, yang menyebut bahawa dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2A, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.
 
Bukan Islam tak perlu bimbang
 
Mohd Azmi juga melihat langkah yang diambil parti Islam itu tidak mendatangkan masalah atau menjejaskan mana-mana kepentingan individu, termasuk kaum dan agama di negara ini.
 
"Apa yang dilakukan Hadi adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan perlembangaan negara dan prosedur parlimen itu sendiri," terangnya. 
 
Meskipun RUU persendirian itu menerima kritikan dan persoalan daripada pelbagai pihak, MAPIM yakin usaha untuk memberi penerangan kepada masyarakat, terutamanya yang bukan Islam akan membantu mereka membezakan tujuan memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah tidak ada kena mengena dengan pelaksanaan hudud.
 
"Yang dibentang itu tidak menjurus khusus untuk hudud walaupun pindaan yang dicadang itu mungkin ada kesempatan supaya hudud dilaksanakan. Namun ternyata dalam pembentangan RUU itu tidak menyatakan secara khusus, sebaliknya menekan keada soal bidang kuasa mahkamah syariah.
 
"Masyarakat perlu memahami dan menghargai undang-undang syariah dan hidup bersyariat sebagai tuntutan terhadap setiap orang Islam. Maka dengan aktiviti sebegini, apabila timbulnya isu RUU ini, kita akan beri kefahaman menyeluruh kepada masyarakat bahawa syariat sebagai sistem hidup kita dan cuba berikan penerangan mengapa RUU boleh beri kesan kepada pelaksanaan undang-undang syariah," katanya lagi

‘Najib perlu jelaskan 1MDB, bukan budak makan gaji Arul Kanda’

Posted: 15 Jun 2016 06:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim membidas kehadiran Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam satu majlis di Sungai Besar untuk menjelaskan isu-isu berkaitan firma pelaburan negara itu.

Menurut beliau, sepatutnya jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low, yang namanya dibangkitkan berulang-kali dalam siasatan global ke atas 1MDB, harus memberi penjelasan kepada pengundi.

Selain itu, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu dijemput untuk menjernihkan keadaan.

"1MDB kena panggil (Perdana Menteri) Najib (Razak) dan Jho Low ka Sungai Besar.

"Apa guna Arul Kanda? Budak makan gaji," kata Zaid dalam Twitter.

Pagi ini, Arul berucap pada satu majlis anjuran Jabatan Perdana Menteri untuk penjawat awam di Sungai Besar yang akan menyaksikan berlangsungnya pilihan raya kecil pada 18 Jun ini.

Calon BN bagi Budiman Mohd Zohdi turut hadir.

Dalam ucapannya, Arul menegaskan bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak bermaksud untuk menutup hutang 1MDB.

Beliau juga berkata bahawa deposit berbilion ringgit di akaun bank peribadi Najib tidak ada kena mengena dengan 1MDB.

Keluarga akui serah RM12 juta pada polis untuk Abu Sayyaf

Posted: 15 Jun 2016 06:06 AM PDT

MALAYSIAKINI


Keluarga empat mangsa culik di Sarawak mengakui menyerahkan RM12 juta wang tebusan kepada polis untuk diserahkan kepada kumpulan militan Abu Sayyaf pada 24 Mei lalu.

Harian Metro melaporkan, wang tebusan itu membabitkan sumbangan individu dan orang ramai sebanyak RM9 juta, pemberian syarikat perkapalan tempat mangsa bekerja sebanyak RM2 juta dan RM1 juta lagi hasil pajak gadai dua rumah keluarga mangsa di Pulau Li Hua, Sibu.

Bapa saudara kepada kepada salah seorang tebusan, Datuk Lau Cheng Kion berkata, wang tebusan itu diserahkan kepada Cawangan Khas di Sandakan pada 24 Mei lalu.

"Kami serahkan amaun itu membabitkan 12 cek Hong Leong Bank yang setiap satunya bernilai RM1 juta dalam sebuah beg sebelum diserahkan kepada Cawangan Khas di Sandakan pada 24 Mei, sekitar jam 4 hingga 6 petang.

"Semua wang itu sudah diserahkan kepada mereka (kumpulan militan Abu Sayyaf) dan kami tidak mengambilnya walau satu sen pun," katanya yang merupakan bapa saudara kepada tebusan Johnny Lau Jung Hien.

Lau berkata, selepas keluarga mangsa membuka akaun Facebook merayu bantuan orang ramai, mereka menerima maklum balas positif.

"Sumbangan diterima dari Papua New Guinea, Taiwan, China, Pulau Solomon dan Malaysia. Ada individu yang memberikan amaun besar dalam sumbangan itu, namun tidak mahu namanya didedahkan.

"Sesiapa yang ingin penjelasan lanjut mengenai wang tebusan ini, mereka boleh berhubung Cawangan Khas dan Bank Hong Leong di Sandakan. Ia adalah sumbangan orang ramai, kami tiada hak terhadapnya," katanya.

Pengakuan Lau itu bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa tiada wang tebusan yang dibayar kepada kumpulan militan Abu Sayyaf.

Khalid sebelum ini dilapor berkata keempat-empat tebusan itu dibawa pulang ke tanah air oleh Unit Tindakan Khas (UTK) selepas dibebaskan tanpa sebarang pembayaran.

Pada 1 April lalu, adik beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34, diculik dari kapal tunda MV Massive 6 oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Sabah.

Semua tebusan dibebaskan pada 9 Jun lalu dan menjalani pemeriksaan serta diambil keterangan oleh polis sebelum dibenarkan pulang, semalam.

Keempat-empat mereka di sambut keluarga masing-masing sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu jam 8.40 pagi, semalam.


Tiga lagi PI1M bakal dibina di Parlimen Sungai Besar

Posted: 15 Jun 2016 05:50 AM PDT

SINAR HARIAN


Tiga lagi PI1M bakal dibina di Parlimen Sungai Besar
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari (dua, kiri) melawat Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Pasir Panjang selepas merasmikan pusat internet tersebut di Batu 23 Pasir Panjang, Sekinchan hari ini. - Foto Bernama
 
 
SUNGAI BESAR - Kerajaan Persekutuan bakal membina tiga Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di kawasan Parlimen Sungai Besar bagi membolehkan masyarakat setempat mengakses internet jalur lebar dalam melaksanakan pelbagai urusan seharian.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata PI1M itu akan dibina di Kampung Desa Permai Parit 8, Tebuk Haji Yusof dan Kampung Sungai Haji Dorani yang menelan kos kira-kira RM5.4 juta.

Ketika ini, kawasan Parlimen itu mempunyai PI1M di Pasir Panjang, Kampung Sungai Leman, Kampung Tengah Peket 100 dan Sungai Panjang.

"Kita harap dengan adanya tiga lagi PI1M di Sungai Besar, ia dapat mewujudkan masyarakat yang celik IT (Komunikasi Maklumat).

"Jika masyarakat di sini terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN (Barisan Nasional), banyak lagi pembangunan yang akan kita ausahakan di sini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan PI1M Pasir Panjang dan Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2016 di sini, hari ini.

Jailani berkata PI1M di Kampung Desa Permai Parit 8 dan Kampung Sungai Haji Dorani dijangka beroperasi hujung tahun ini manakala PI1M Tebuk Haji Yusof pada awal 2017.

Mengenai maklum balas penduduk setempat terhadap PI1M, beliau berkata rata-rata mengakui ia memudahkan urusan seharian mereka tanpa perlu lagi ke kafe siber yang terletak agak jauh.

"Di PI1M, dengan hanya membayar yuran keanggotaan RM5 seumur hidup, golongan seperti warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) boleh mengakses internet secara percuma manakala pelajar dan kanak-kanak boleh menggunakan internet secara percuma untuk tempoh sejam," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Jailani berkata PI1M Pasir Panjang telah membantu menjana peningkatan sosio ekonomi komuniti setempat dan mewujudkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing.

Beliau berharap inisiatif yang dilaksanakan kerajaan BN bukan sekadar pelengkap kepada pembangunan masyarakat yang serba terhubung, malah membuka ruang untuk mengubah cara hidup komuniti di Sungai Besar khususnya, untuk terus maju dalam era globalisasi.

"Sehubungan itu, saya berharap pengundi akan bijak memilih calon yang benar-benar dapat membela nasib masyarakat di sini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar 18 Jun ini.

"Saya juga berharap pengundi tidak termakan dakyah pembangkang yang hanya pandai membuat janji serta provokasi. BN sebaliknya telah lama membawa kemajuan di kawasan Parlimen ini terutama dalam sektor pembangunan, ekonomi dan pembangunan modal insan.

"Sekiranya calon BN Budiman Mohd Zohdi dipilih, saya percaya sebagai Anggota Parlimen, beliau akan dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan meneruskan kesinambungan tradisi BN dalam memperjuangkan nasib rakyat di Sungai Besar," katanya.

Pada PRK itu, Budiman ditentang calon Pas Dr Abdul Rani Osman dan calon Parti Amanah Negara (Amanah) Azhar Abdul Shukur.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. - Bernama


Bayaran haji tahun ini kekal RM9,980 seorang

Posted: 15 Jun 2016 05:45 AM PDT

SINAR HARIAN

Tabung Haji


PETALING JAYA - Lembaga Tabung Haji (TH) memutuskan untuk mengekalkan bayaran haji tahun ini pada kadar RM9,980 untuk setiap jemaah walaupun berdepan peningkatan kos yang mencecah RM18,890 seorang.

Ahli Lembaga Pengarah TH, Tan Sri Abdul Shukor Husin berkata TH secara keseluruhannya sudah menanggung subsidi haji sebanyak RM125 juta pada tahun lepas dan menjangkakan angkat itu meningkat kepada RM160 juta bagi musim haji tahun ini.

"Pada musim haji tahun lepas, TH telah menanggung sebanyak RM7,290 bagi seorang jemaah yang membolehkan bayaran itu kekal pada RM9,980 sedangkan kos haji meningkat kepada RM17,270 seorang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program tanggungjawab korporat tahunannya, Program Ehsan TH, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor turut menyifatkan bayaran haji RM9,980 yang dikekalkan sejak tahun 2007 sebagai sumbangan utama program tanggungjawab korporatnya khususnya menerusi pemberian subsidi untuk para jemaah setiap tahun. – Bernama


Amanah sebenarnya parti pengacau

Posted: 15 Jun 2016 05:39 AM PDT

Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad 
 
 
SUNGAI LIMAU – Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) sebenarnya yang menjadi pengacau kerana turut sama bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar.

Menurut Iskandar, Pas mempunyai harapan besar setelah parti berkenaan menamakan calon terlebih dahulu untuk bertanding dalam PRK Sungai Besar namun tindakan Amanah yang turut sama bertanding adalah sangat tidak adil.

"Saya nak tegaskan ini adalah kerusi kita (Pas) dan kita pernah bertanding di sini.

"Bermakna kita yang terlebih dahulu masuk dan pernah bertanding di sini jadi tak adil kata kita pengacau.
Amanah yang pengacau," katanya pada sidang media yang berlangsung di Markas Pas Sungai Limau hari ini.

Iskandar berkata demikian bagi menjawab kenyataan Penasihat DAP yang mengatakan bahawa Pas adalah pengacau kerana turut serta dalam PRK kali ini dan sekiranya para pengundi memilih parti Islam itu sama seperti memilih BN.

Dalam perkembangan lain, Iskandar yang juga Pengarah PRK Pas Sungai Besar turut menggesa agar pengundi luar dapat pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih parti yang bertanding PRK kali ini.

"Saya menggesa pada pengundi luar untuk balik mengundi sepertimana saya nyatakan sebelum ini bahawa PRK ini penting bukan untuk kedua-dua kawasan tapi secara keseluruhan rakyat negara ini sebab ia beri mesej pada BN,"katanya.

Tambah Iskandar, Pas kini sudah bertemu lebih 80 peratus pengundi di Sungai Besar bagi membawa mesej agar mereka dapat menolak BN untuk kesejahteraan seluruh rakyat.

"Sekiranya BN menang besar hari ini, ia akan menyebabkan rakyat rugi dan kita nk beri mesej pada BN yang kita tak restui tindakan mereka,"katanya.


Rafizi: Bukti calon BN bukan pilihan semua

Posted: 15 Jun 2016 05:34 AM PDT


Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM


KUALA KANGSAR - PKR tidak menolak kemungkinan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid gagal mendapat sokongan penuh daripada pimpinan dan akar umbi Umno.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, perkara itu dapat dilihat melalui kenyataan bekas Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari yang tidak gembira dengan pencalonan berkenaan.

"Berita itu mengesahkan desas-desus bahawa pemilihan Datin Mastura sebagai calon BN bukanlah satu keputusan yang disokong mutlak oleh pelbagai peringkat dan sayap Umno.

"Sepanjang tempoh kempen, banyak spekulasi mengenai jentera BN yang tak bekerja sepenuhnya hati dan cuba memboikot parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Amanah Kuala Kangsar, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Ramly berasa agak terkilan dengan Mastura yang didakwa bersikap dingin dengannya .

Menurutnya, ada juga spekulasi yang mengaitkan pemilihan Mastura sebagai calon disebabkan mendapat sokongan padu daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Apakah benar pencalonan Datin Mastura mendapat dukungan kuat Datin Seri Rosmah Mansor berbanding calon lain, mungkin kerana sama-sama berasal dari Negeri Sembilan," katanya.

Rafizi berkata, pelbagai penafian dibuat oleh sebahagian pimpinan tertinggi Umno untuk menutup perkara berkenaan namun ia seakan dapat dihidu banyak pihak.

"Bila ada pimpinan tertinggi parti tampil ke depan dan membuat penafian terbuka mengenai desas desus itu, kesimpulannya ada masalah serius yang berlaku di peringkat akar umbi," katanya.

Katanya, meskipun mengakui tidak mempunyai maklumat lanjut berkaitan spekulasi berkenaan namun pihaknya meminta pimpinan BN menjelaskan perkara tersebut.

"Saya tidak ada maklumat lanjut mengenai perkara ini dan ingin mengambil kesempatan untuk bertanyakan soalan-soalan ini kepada pimpinan BN," katanya.


Mengapa Najib tak minat tahu mana RM26.7b Aabar BVI?

Posted: 14 Jun 2016 11:27 PM PDT



ULASAN l Bumi untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpijak semakin mengecil.

Jika tuntutan oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi melalui Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa London berjaya, Malaysia akan dihempap oleh beban kewangan sebesar RM 26.7 bilion atau AS$6.5 bilion!

Seawal 2014, Gabenor Bank Negara Malaysia melalui dua memorandum telah memberikan amaran kepada kerajaan pimpinan Najib risiko gegaran kewangan besar yang akan ditanggung oleh negara dari 'aktiviti' 1MDB.

Kini, pra gegaran itu sahaja sudah menggegarkan!

Antara isu dalam hubungan 1MDB dan rakan niaganya IPIC ialah salah pembayaran oleh 1MDB.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) seperti dalam laporannya, mengesahkan - sejumlah AS$1.3 bilion atau RM 4.51 bilion telah dibayar kepada Aabar BVI yang didaftarkan di British Virgin Island tanpa kelulusan lembaga pengarah 1MDB.

Selain itu, dokumen 1MDB menunjukkan satu lagi pembayaran kepada 1MDB berjumlah AS$2.1 bilion turut dibuat.

PAC mendapati, pembayaran dibuat kepada Aabar BVI tanpa kelulusan tembaga pengarah 1MDB!

Bukan jumlah wang yang kecil. Bahkan, sudah tersangat besar.

Bagaimana 1MDB telah tersalah bayar wang sebesar itu?

Wang itu sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikat IPIC bernama Aabar Investments PJS tetapi telah dibayar kepada Aabar yang lain - iaitu Aabar BVI!

Beza  Muhyidin dan Mahyidin 

Namanya seakan sama, ejaan sahaja berbeza. Tetapi, si bodoh dari kutub pun tahu, ia dua entiti yang berbeza.

Seperti kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin, 1MDB gagal membezakan antara Muhyidin dan Mahyidin.

Inilah yang menyebabkan IPIC dan Aabar meneruskan tuntutannya selepas beberapa kali mengeluarkan kenyataan 1MDB telah memungkiri komitmen seperti perjanjian. Aabar yang sebenar tidak dibayar.
Hasilnya, wang sejumlah AS$3.47 bilion atau bersamaan RM14.2 bilion dikebas orang!

Soalnya, siapakah 'orang' itu?

Mengikut kenyataan Presiden dan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pada akhir April tahun ini, ada kemungkinan 1MDB telah 'ditipu secara besar-besaran (massive fraud)' atau 'kerjasama tali barut dari dalam' 1MDB sendiri (collaboration from our side).

Bukankah kenyataan Arul itu berat? 1MDB ditipu!

Bersekali dengan perdana menteri ditipu kerana beliau mempunyai kedudukan tertinggi dalam 1MDB.
Tidak begitu bagi Najib yang cukup tenang.

Dalam jawapannya di Parlimen pada April tahun ini - hanya berbeza hari dengan kenyatan Arul Kanda - 'terlalu awal untuk menyimpulkan adanya unsur penipuan'.

Kenapa terdapat kesimpulan yang begitu ketara perbezaan antara dua kenyataan ini?

Satu, 1MDB ada kemungkinan ditipu kerana membuat pembayaran yang salah.
Satu lagi, cuba menolak adanya unsur penipuan.

Jika bukan kerana ditipu dan niat buruk melarikan wang itu, kenapa pembayaran itu dibuat?
Bukan sekali, tetapi empat pembayaran.

Tanpa kelulusan lembaga pengarah.

Seperti kura-kura

Jika sedikit sahaja semakan dibuat oleh 1MDB sebelum pembayaran dibuat, tidak ada nama Aabar BVI dalam senarai anak syarikat IPIC seperti laporan tahunannya bagi tahun 2011 sampai 2014 dan dalam laporan interim bagi tahun 2015.

Jika Arul Kanda mengatakan ada kemungkinan unsur jenayah dalam salah pembayaran sebesar ini, apa tindakan yang telah Arul Kanda lakukan?

Laporan polis?

Laporan kepada PM?

Apa pula tindak balas PM?

Mengarahkan polis menyiasat?

Adakah PDRM akan bergerak seperti kura-kura jika PM telah mengarahkan mereka memberkas siapa jua yang terlibat?

Adakah polis Malaysia begitu tidak cekap sehingga tiada apa dilakukan ke atas jenayah sebesar ini?

Apa langkah menteri kewangan atau PM untuk menuntut semula wang itu?

Kenapa perdana menteri tidak mengguna pakai Laporan PAC dan bertindak ke atas pengurusan yang telah melanggar arahan Lembaga Pengarah?

Apa pun, mengikut Artikel 117, MNA 1MDB, kuasa pemutus dalam 1MDB tidak lain dan tidak bukan adalah perdana menteri sendiri.

Kenapa beliau tidak bertindak?

Kerana dari awal lagi salah pembayaran itu telah dirancang?

Perlindungan kuasa tertinggi

Tanpa perlindungan kuasa tertinggi, tidak mungkin bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berani melakukan jenayah sebesar itu.

Jika ia memang dirancang, adakah wang sebesar RM14 bilion tidak pulang semula ke pangkuan perancangnya?

Sudah tentu dua figur dalam IPIC dan Aabar PJS yang telah dipecat, iaitu Khadem al Qubaisi dan Mohamed al Husseiny mempunyai jawapannya ke mana wang itu telah diagih-agihkan.

Tetapi kerana perdana menteri kita tidak berminat untuk tahu ke mana wang yang telah dibayar oleh rakyat Malaysia dan negara ini dilarikan oleh Aabar BVI atas sebab yang ia sendiri tahu, pihak berkuasa kita tidak diarahkan untuk menyoal siasat kedua-dua mereka.

Najib tidak kelihatan agresif mempertahankan kepentingan negara.

Kita telah kehilangan tempat pergantungan untuk negara kita dibela oleh kita sendiri.

Kita hanya bernasib kerana dunia di luar kita meneruskan dinamika dan perputaran. IPIC dengan tuntutannya, telah banyak membantu kita rakyat Malaysia dalam memahami isu 1MDB.

Bagi yang berdosa ke atas rakyat dan negara ini, akhirnya mereka akan membilang hari hanya dengan jari.
Dosa anda akan tetap terserlah jua.

Datuk Husam Musa adalah bekas naib presiden PAS yang kini dipecat parti itu tetapi kekal sebagai ADUN Salor


Arul Kanda turun Sg Besar jelaskan isu 1MDB

Posted: 14 Jun 2016 11:24 PM PDT

Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy berada di Sungai Besar hari ini dalam usaha untuk menjelaskan kepada penduduknya mengenai kontroversi yang melanda firma pelaburan negara itu.

Arul Kanda adalah tetamu jemputan pada ceramah mengenai isu-isu nasional anjuran Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir adalah calon BN Budiman Mohd Zohdi, walaupun mereka tidak berkongsi pentas.

Apabila ditanya sama ada beliau berada di Sungai Besar bagi berkempen bagi pilihan raya kecil itu, Arul Kanda enggan mengulas sebelum meninggalkan tempat berkenaan.

Warga Israel 'terlepas' masuk Malaysia jadi viral

Posted: 14 Jun 2016 10:46 PM PDT


Warga Israel
Foto yang dimuatnaik oleh laman Facebook StandWithUS


FOTO seorang seorang lelaki yang didakwa warganegara Israel mengambil selfie di hadapan Menara Berkembar Petronas viral di laman Facebook, kelmarin.

Tinjauan Sinar Online mendapati foto tersebut dimuatnaik oleh laman Facebook 'StandWithUs', sebuah NGO dari Israel pada 11 Jun lepas.

"Warga Israel Rudy Rochman meminta dunia menghentikan diskriminasi terhadap Israel," antara tertulis di kapsyen foto tersebut.

Laman tersebut mendakwa foto tersebut diambil di Malaysia di mana negara itu melarang sebarang kemasukan warga Israel.

"Beribu-ribu warga Israel melawat Asia untuk mempelajari budaya setiap tahun selepas latihan mandatori tentera.

"Tetapi, Malaysia membuat keputusan untuk mengharamkan kemasukan warga Israel (ke Malaysia)," kata laman tersebut.

Perkongsian yang dianggap 'perli' tersebut pantas menarik perhatian pelayar dari Malaysia dimana sesetengah mereka membalas perli tersebut.

"Minta maaf, Israel wujud ke? Yang saya tahu cuma Palestin," kata seorang pelayar dari Malaysia.
"Israel tak pernah wujud," balas ringkas dari seorang lagi pelayar.


Rakyat bebas pilih mana-mana calon tanpa paksaan

Posted: 14 Jun 2016 10:42 PM PDT


PRK Kuala Kangsar


KUALA KANGSAR -‎ Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, rakyat diberi kebebasan untuk memilih mana-mana calon dalam pilihan raya kerana ia telah termaktub di dalam perlembagaan negara.

Mohd Amar yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata ‎oleh itu, adalah salah sekiranya terdapat mana-mana pihak yang memaksa supaya rakyat mengundi mana-mana calon tanpa kerelaan mereka.

"‎Dalam musim pilihan raya,  kita pengundi ada hak untuk memilih... semua menteri turun, saya pun turun dari Kelantan, musim inilah kalau suruh menteri basuh seluar dalam mereka akan basuh, tidak percaya ? cuba sekali kalau ada menteri turun esok lusa suruh mereka basuh, katakan  nak suruh saya undi BN,YB kena basuh seluar dalam saya, tengok dia buat ke tak?  saya percaya dia basuh.

"Tidak percaya esok mintak kalau dia tanya siapa yang ajar beritahu saya yang ajar, saya yang ajar pasal apa penting undi kita rakyat ini ada kuasa, kita tidak perlu takut kepada sesiapa sebab kuasa dan kebebasan mengundi dijamin oleh Perlembagaan Negara.

"Tidak ada orang boleh paksa, polis pun tidak boleh paksa kita, tentera pun tidak boleh paksa kita sebab ada jaminan dalam undang-undang negara,"katanya ketika berucap dalam ceramah di Dataran Manong, Kualan Kangsar malam tadi.

Sementara itu, ‎Mohd Amar meminta agar pengundi di Parlimen Kuala Kangsar menggunakan kuasa mengundi mereka untuk merubah keadaan kini.

"‎Walaupun PRK ini, tidak ubah kerajaan, tetapi kalau rakyat bagi undi kepada  Pas, ia akan beri isyarat terhadap sikap Umno.‎

"Umno sudah lama jadi kerajaan, dia dah lupa diri dia (Umno) . Dia bila ada PRK baru jumpa rakyat. Puak-puak  ini kalau tiada PRK  dia tidak akan beri.

"‎Jadi kalau nak pastikan ada pembangunan, contohnya nak pastikan jambatan dibina...undilah Pas, kerana kami akan pastikan perkara itu," katanya.


Tiada keperluan lantik pemangku MB

Posted: 14 Jun 2016 10:40 PM PDT

Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahmad Bashah Md Hanipah
 
 
ALOR SETAR – Masih tiada keperluan untuk melantik Pemangku Menteri Besar Kedah walaupun penjawatnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Perkara itu diakui Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Datuk Bakar Din selepas melancarkan Misi Prihatin Pejabat SUK Kedah (Inovasi) 2016 di Wisma Darul Aman, semalam.

Beliau berkata, Ahmad Bashah masih memerlukan rehat yang mencukupi untuk melalui proses pemulihan dan tidak perlu sehingga melantik pemangku jawatan.

"Menteri besar masih berada di HPP. Saya pun dah beberapa hari tak melawat, tapi maklumat yang  diterima beliau masih dalam pengawasan hospital dan ditempatkan dalam wad ICU.

"Orang ramai belum boleh menziarahinya, cukup sekadar berdoa dahulu. Sebab kalau orang pergi ziarah, beliau asyik nak bersembang dan tidak rehat. Menteri besar memang perlu rehat yang cukup selepas pembedahan," katanya.

Menurutnya, tugas menteri besar tidak boleh berlangsung buat sementara waktu disebabkan keadaan kesihatan Ahmad Bashah.

"Tapi proses pentadbiran kerajaan tetap berjalan macam biasa. Program menteri besar yang dirancang sebelum ini memang berjalan, tidak batal. Cuma kita aturkan supaya ada wakil Exco yang ganti.

"Saya difahamkan sepanjang Ramadan ada enam atau tujuh program bantuan kepada masyarakat sudah diatur awal. Jadi Exco lain akan hadir mewakilinya," katanya.

Ditanya sekiranya ada urusan penting yang memerlukan kelulusan dan keputusan menteri besar, beliau mengakui ia boleh diselesaikan dengan cara terbaik.

"Buat masa ini saya tak nampak lagi ada hal yang penting, boleh diselesaikan. Kalau boleh ditentukan oleh pihak pentadbiran, saya akan buat keputusan.

"Kalau perlu perbincangan, saya akan bincang dengan Exco lain. Semua Exco pun berkomunikasi nak cari kaedah terbaik. Saya tak jumpalah sampai peringkat nak kacau menteri besar rehat, tak ada lagilah.
Insya-ALLAH boleh selesai," katanya.

Sekiranya keadaan memaksa, beliau akan berjumpa dan mendapatkan keputusan menteri besar untuk melaksanakannya.

"Tapi saya pun tak mahu ganggu beliau nak rehat. Kalau (saya) jumpa berbincang, beliau nak kena fikir pula. Jadi ia akan ganggu proses pemulihan.

"Bagaimanapun, saya fikir tak sampai lagi peringkat untuk kita lantik pemangku menteri besar," katanya.

Sebelum ini, Ahmad Bashah dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC) sekitar jam 7.45 malam selepas didapati lemah akibat komplikasi usus ketika hadir mesyuarat jentera Umno Kedah untuk dihantar membantu PRK Kuala Kangsar, di Hotel Grand Alora, di sini.

Adun Bakar Bata itu kemudiannya terpaksa dipindahkan ke HPP Isnin lalu untuk mendapatkan rawatan rapi pakar perubatan.


Berapa lama kanak-kanak patut tidur?

Posted: 14 Jun 2016 10:35 PM PDT

tidur
Gambar hiasan.
 

TIDUR yang cukup amat penting untuk kanak-kanak dan remaja yang akan menghabiskan masa siang mereka dengan belajar dan melakukan aktiviti.

Tidur yang cukup juga mampu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti hypertension, obesiti, diabetes dan masalah mental.

American Academy of Sleep Medicine mengesyorkan supaya rutin tidur yang cukup dimulakan untuk bayi berumur 4 bulan hingga 12 bulan, iaitu  tidur 12 hingga 16 jam sehari.

Kemudian, kanak-kanak berumur 1 hingga 2 tahun tidur secukupnya selama 11 hingga 14 jam.

Kanak-kanak 3 hingga 5 tahun pula memerlukan 10 hingga 13 jam sehari.

Menginjak umur 6 hingga 12 tahun, kanak-kanak mestilah tidur selama 9 hingga 12 jam sehari.

Di peringkat remaja, mereka yang berumur 12 hingga 18 tahun memerlukan tidur selama 8 jam hingga 10 jam.

"Tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan, dan perlu dimulakan ketika kecil," kata Dr Shalini Paruthi kepada CNN.

Cadangan yang dikeluarkan oleh American Academy of Sleep Medicine terhasil dari 864 penyelidikan.
Secara asasnya, durasi tidur mempengaruhi kesihatan am, daya metabolisma, kesihatan mental, fungsi imun, pertumbuhan dan prestasi selepas tidur.

"Orang ramai perlu tahu betapa pentingnya tidur yang cukup.

"Ini adalah kali pertama kami melakukan penyelidikan yang banyak dan membuat kesimpulan dan membuat cadangan seperti yang tersebut," kata Dr Shalini.


Mana lagi kerajaan nak korek bayar hutang 1MDB?

Posted: 14 Jun 2016 10:32 PM PDT

1MDB
1Malaysia Development Berhad
 
 
SHAH ALAM – "Dari mana duit bakal dikorek Kementerian Kewangan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya International Petroleum Investment Company (IPIC) berjaya tuntut RM26.5 bilion?"

Demikian persoalan terbaharu dibangkitkan Pas kepada kerajaan berhubung laporan terkini mengenai 1MDB melibatkan tuntutan IPIC dan Aabar Investments PJS dari Abu Dhabi yang mengemukakan Permintaan Timbang Tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, 1MDB hanya mempunyai lebihan tunai sekitar RM2.3 bilion setelah membayar semua hutang.

"Apakah rakyat yang juga akan disembelih nanti menggunakan kenaikan cukai, pengenalan cukai baru serta GST terhadap pembelian petrol dan pembayaran tol, yang dijangka akan dinaikkan selepas Hari Raya?," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Memetik laporan Bernama, Permintaan Timbang Tara (RFA) itu melibatkan kegagalan 1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) untuk melaksanakan obligasi kontrak mereka di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS)dan tuntutan itu bernilai kira-kira RM26.5 bilion.

Dalam pada itu, Pas menyeru pengundi di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk menghantar isyarat yang jelas dengan menolak Umno-BN secara total dengan mengundi parti Islam itu.

"Pas yang menjadi musuh politik tradisi Umno di seratus lebih kerusi Dun dan Parlimen di Semenanjung untuk berdekad lamanya.

"Pertembungan Pas dan Umno sudah turun-temurun. Sejarah tumbangnya kerajaan pilihan rakyat di Perak bukan hasil pengkhianatan Adun Pas," katanya.

Kit Siang pelawa calon Pas sertai Pakatan Harapan

Posted: 14 Jun 2016 10:15 PM PDT


Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman
Dr Abdul Rani Osman


SUNGAI BESAR - Calon Pas, Dr Abdul Rani Osman perlu menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar bagi menghentikan kezaliman di Putrajaya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Abdul Rani perlu menarik diri memandangkan Pas tiada harapan untuk menang dalam pertembungan tiga penjuru bagi menentang calon Amanah, Azhar Ab Shukur dan calon BN, Budiman Zohdi.

"Dr Rani adalah seorang yang baik tapi parti dia (Pas) tak begitu baik.

"Saya percaya kalau dia (Abdul Rani) rela untuk sertai Pakatan Harapan, tentu kami akan terima,"katanya ketika Ceramah Umum Pakatan Harapan yang berlangsung di Sungai Besar malam tadi.

Dalam pada itu, Kit Siang memaklumkan bahawa sekiranya Umno ingin ditewaskan dalam PRK kali ini, Pas perlu menarik diri bagi memberi laluan kepada pertembungan satu lawan satu.

Tambah beliau, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menyatakan sokongan kepada calon Amanah dan berharap agar Abdul Rani dapat melakukan tindakan sepatutnya bagi menghentikan kezaliman di Putrajaya.

"Kalau dia (Abdul Rani) ingin sertai Amanah, PKR atau DAP, kami amat berbesar hati untuk menerima dan dia perlu menarik diri dari PRK kali ini,"katanya.


Keahlian 32 ahli Amanah bantah parti belum disemak

Posted: 14 Jun 2016 10:04 PM PDT

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 
 
SUNGAI BESAR – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengakui masih belum menyemak status keahlian 32 ahli parti itu yang mendakwa mereka hilang kepercayaan terhadap calon Amanah, sebaliknya menyatakan sokongan terbuka kepada calon BN, Budiman Mohd Zohdi.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, parti itu tidak mahu melatah kerana menjelangnya pilihan raya, pasti akan ada ahli-ahli parti yang keluar dan masuk ke parti lain.

"Kita tak ada masalah sebab ini pengumuman-pengumuman yang biasa sebelum hari pengundian.

"Mungkin, kita akan lihat beberapa hari lagi yang keluar dari Amanah lebih daripada Amanah (kawasan) Sungai Besar itu sendiri," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Ceramah Umum Pakatan Harapan di Sungai Besar.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Amanah kempen pilih Budiman]

Beliau  memberitahu, sejarah pilihan raya di Terengganu pada tahun 1978 juga pernah membuktikan perkara sama dengan jumlah mereka yang keluar parti melebihi jumlah sebenar keahlian pada waktu itu.

"Saya masih ingat pada tahun itu yang keluar Pas lebih 17, 000, sedangkan ahli Pas pada waktu itu tak sampai pun 12, 000 di Terengganu. Jadi saya anggap ini perkara biasa," katanya.

Semalam, seramai 31 ahli penaja Amanah Kawasan Sungai Besar beralih arah menyatakan sokongan secara terbuka kepada Budiman selepas hilang kepercayaan terhadap calon Amanah, Azhar Ab Shukur.

Timbalan Ketuanya, Mohd Sapigni Tulus berkata, calon Amanah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar itu tidak layak dipilih kerana boleh diibaratkan seperti calon 'touch and go' selain bukan penduduk tempatan apabila bermastautin di Pahang.


Kerana 1MDB Kita Kena Saman di London

Posted: 14 Jun 2016 07:06 PM PDT


MAPPADULUNG sudah tidak boleh bohong. Temberang dia makin hari makin terang.Temberang Nujum Pak Belalang sudah tak laku. Satu dunia sudah tahu dan hari ini timbul lagi satu.



Pak Arab dah mengamuk.

Berita dari London,  tempat kegemaran Mohd Najib. Katanya, dia ada mansion (rumah mewah) di situ.

International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar), telah buat permintaan timbang tara kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London tuntut AS$6.5 bilion (RM26 bilion) daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF).

"RFA prihatin terhadap kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 015 (RNS Nombor 7064P)," kata IPIC dalam kenyataan yang dihantar kepada Bursa Saham London, hari ini. Baca lengkap di sini.


Menteri Kewangan Diperbadankan disaman di sini

Jelas Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak tipu. Dia kata, 1MDB tak akan jejas negara.
Nah sekarang Kementerian Kewangan yang dia jadi bos dah kena saman di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London. Beban siapa tanggung? Kita rakyat jelata lah.

IPIC menyatakan bahawa kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.

"Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA ," kata IPIC dalam kenyataan itu.

Apa lagi tipu-helah Mohd Najib dan pemakan-pemakan dedak dia nak kata?
Tolonglah, jangan terus perbodoh pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, khususnya, dan rakyat jelata dengan cerita dongeng kononnya Mohd Najib pakar urus ekonomi yang dahulukan rakyat.

Bukan semua rakyat jahil dan boleh disuapkan dedak.

Wallahuaklam.


Ismail kata Mat Sabu 'otak DAP'

Posted: 14 Jun 2016 07:03 PM PDT

MALAYSIAKINI


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu sebagai tokoh "berotak DAP" kerana membuat tuduhan ke atas Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Kata Ismail Sabri, sejak sekian lama MARA banyak berjasa dan membantu usahawan Melayu namun tetap menjadi kritikan Mohamad.

Malah, Ismail Sabri berkata segala usaha murni kerajaan membela nasib Melayu-Bumiputera kini telah terbukti.

"Mat Sabu (panggilan untuk Mohamad) 'otak DAP' apabila (dia) kata MARA pelingkup Melayu.

"Hari ini MARA sudah melahirkan satu juta usahawan dari kalangan Melayu melalui pinjaman, latihan dan sebagainya.

"Begitu juga dari segi (pendidikan) kita adakan MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) dan UiTM, lulusan 100 peratus orang Melayu dan sekarang itu sudah satu juta lebih pelajar yang kita telah lahirkan.

"Dan 30 peratus daripada tenaga kerja yang ada di negara kita bekas pelajar MARA," kata Ismail ketika berucap dalam program ramah mesra pemimpin bersama peserta Felcra Berhad di Sayong, Kuala Kangsar hari ini.

Ismail Sabri juga berkatakerajaan sudah terbukti berjaya membantu dan membangunkan masyarakat di luar bandar,

Mat Sabu ketika berucap dalam salah satu siri ceramahnya di Kuala Kangsar mendakwa MARA sebagai "pelingkup Melayu".

Namun, tidak dapat dipastikan apakah alasan beliau berkata demikian.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri kemudian mempersoalkan apa yang dilakukan pembangkang untuk masyarakat negara ini.

"Kita tengok apa yang dibuat pembangkang? Tidak ada apa. Tengok apa yang dilakukan pembangkang di Selangor?

"Selangor negeri kaya macam-macam boleh buat untuk orang Melayu dan bumiputera (tetapi apa) yang dibuat hanyalah berceramah setiap malam memfitnah kita dan sebagainya," kata Ismail Sabri.

Terdahulu beliau menyampaikan agihan keuntungan interim kepada peserta Felcra Perak.

Jumlah keuntungan Perak mencatatkan kadar tertinggi di seluruh Malaysia iaitu hampir RM20.34 juta yang diagihkan kepada hampir 16,000 peserta.


Comments (0)