Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:53 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


'Orang luar' Rani sedia berdepan pencabar tempatan

Posted: 10 Jun 2016 11:07 PM PDT

PRK SG BESAR | TEMUBUAL Dia mungkin "orang luar" di Sungai Besar tetapi calon PAS Dr Abdul Rani Osman bersedia untuk mencurahkan masanya bagi berkhidmat kepada kira-kira 26,000 pengundi di kawasan yang terletak di timur laut Selangor itu.
 
ADUN Meru itu sudahpun mula mengimbangi masanya di antara komitmen keluarga, ibadat pada bulan Ramadan dan berkempen dalam pilihan raya kecil (PRK) di situ - berdepan dengan calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan calon Parti Amanah Negara, Azhar Abdul Shukur.

Temubual Rani dengan media kebanyakannya diadakan selepas berlangsung sidang akhbar parti itu di pusat operasinya di Simpang Lima, Sungai Besar.

"Kadang-kadang ada di kalangan anda menghantar kepada saya senarai soalan dan mengharapkan saya segera menjawabnya. Saya minta maaf kerana saya tak dapat berbuat demikian," katanya.

Jika dia menang pada 18 Jun ini, Rani berkata, pusat operasi itu juga akan menjadi pusat khidmatnya untuk rakyat.

"Saya berjanji untuk berada di sini seminggu sekali, bukan dua kali sebulan," katanya berseloroh semasa temubual bersama itu semalam.

Rani secara berseloroh merujuk kepada kenyataan Azhar baru-baru ini, yang telah diambil di luar konteks.
"Saya orang luar tetapi saya masih akan berada di sini," kata Rani.

Dalam satu ceramah di Sekinchan, Azhar berjanji kepada pengundi yang beliau akan bertemu dengan mereka dua kali sebulan, dengan merujuk kepada lokasi tersebut dan bukannya keseluruhan kawasan Parlimen Sungai Besar seperti yang dilaporkan oleh media tertentu.

Walaupun dilahirkan di Sungai Besar, Azhar hanya berpindah balik semula ke kawasan itu baru-baru ini selepas tinggal di Temerloh.

Rani sendiri berpangkalan di Kapar, Klang.

"Isteri saya sendirian di rumah. Saya berada di sini (di Sungai Besar) lima hari sebelum hari penamaan calon," katanya.

Isterinya, Afidah Anum Moghi, adalah seorang guru Bahasa Inggeris di SMK (P) Kapar.

Esok, Rani berkata, beliau akan meluangkan masa untuk pulang ke rumah dan berjumpa dengan keluarganya.

Mereka dikurniakan dua anak perempuan dan dua anak lelaki - seorang masih belajar di sekolah berasrama penuh dan yang lain di Kaherah, Mesir.

Rani yang berusia 58 tahun itu mengendalikan kliniknya sendiri sebelum dipilih sebagai ADUN pada tahun 2008.

Berkempen pada bulan Ramadan juga merupakan satu cabaran tambahan - bukan sahaja kepada Rani tetapi juga ketiga-tiga orang calon yang bertanding.

Untuk itu, Rani berkata, semasa sahur, beliau akan meminum air yang cukup dan memakan buah kurma untuk tenaga.

"Saya sudah tua, jadi saya tidak boleh ambil makanan yang pedas...," katanya berjenaka.

Rani fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Arab dan juga bercakap dialek Jawa tempatan.

'Tak perlu bimbang RUU Hadi'

Semasa berkempen bertemu pengundi Cina, beliau mengadunkan salam dengan istilah Cina dan sering diperkenalkan sebagai "koyok" - perkataan Jawa tempatan bagi doktor.

Mesej utama beliau kepada mereka ialah tidak ada yang perlu dibimbangkan berhubung cadangan pindaan oleh Presiden PAS, Datuk Ser Abdul Hadi Awang bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Sambil membayangkan banyak lagi yang harus dilakukan jika dia menang, Rani membuat beberapa janji kepada rakyat.

Selain masalah yang dihadapi masyarakat nelayan dan petani, Rani juga berjanji untuk menyediakan bantuan untuk pendidikan.

"Insya-Allah, saya juga akan memainkan peranan saya untuk mengkritik apa-apa kelemahan dalam pentadbiran kerajaan.

"Ini termasuk kempen untuk memansuhkan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) dan berhenti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)," katanya.

Nasihat Nik Aziz

Sementara itu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu, turut mengimbau masa ketika bersama allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ditanya berapa banyak masa beliau perlukan untuk berehat setiap malam, Rani berkata, beliau hanya tidur beberapa jam, mengikut nasihat Nik Aziz.

"Saya akan... bangun pada pukul 3 pagi atau 4 pagi dan terus berjaga. Itulah nasihatnya (Nik Aziz).

"Beliau berkata, 'Jika anda ada sebarang masalah dengan rakyat, jangan memberitahunya kepada rakyat," kata Rani, sambil menambah beliau turut menunaikan solat malam.

Itu merupakan salah satu rahsianya mencapai kejayaan, katanya.

"Sebagai seorang YB kita mungkin berhadapan dengan lima atau enam masalah sehari. Tetapi apabila kita melakukan solat malam, kita boleh mendapatkan 10 hingga 12 penyelesaian," kata bekas yang dipertua PAS Kapar itu - jawatan yang disandangnya untuk beberapa penggal sehingga pemilihan parti 2015.

Rani juga berkata, Nik Aziz mungkin kelihatan tegas tetapi dia juga suka bergurau.

"Apabila dia melihat saya, dia akan bergurau, 'Mu (kamu) ni bila nak tinggi? Tak tinggi lagi '," kata Rani sambil tersenyum.

Antara ketinggian tiga calon PRK Sungai Besar, Rani adalah yang paling rendah.

Namun Rani sering bergurau mengenainya dengan berkata itu adalah bukti beliau seorang yang rendah diri.

Selepas temu bual itu, Rani meluang masa untuk membaca Al-Quran sebelum bergerak untuk memenuhi jadual kempennya yang ketat, yang akan berterusan sehingga hari pengundian pada 18 Jun.

Kerusi Sungai Besar menjadi kosong selepas penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak.

Mengapa PAN terlalu sensitif perkara remeh temeh?

Posted: 10 Jun 2016 10:54 PM PDT

Oleh Abdul Rahman Malik
 
Post Pic
 
 
[ULASAN] Akhirnya Parti Amanah Negara (PAN) sudah hilang sabar. Ia tidak boleh lagi terima dirujuk sebagai PAN dalam laporan kebanyakan media. 
 
Pengerusi PAN Perak Asmuni Awi, mengeluarkan kata dua pada media supaya menggunakan nama "Amanah" dalam laporan mereka atau berdepan tindakan dilarang menghadiri sidang media parti itu.
 
"Masih ada media yang merujuk kami sebagai PAN. Tidak kira apa kecenderungan anda, sebagai media marilah kita bersikap profesional.
 
"Jika tidak, mungkin kita perlu kecualikan sebahagian daripada anda daripada (membuat liputan) sidang media kami yang akan datang. Harap dapat sampaikan kepada editor anda," katanya.
 
Asmuni berhujah, "Amanah" adalah nama yang diiktiraf Pendaftar Pertubuhan dan penggunaan "PAN" mengelirukan pengundi.
 
Sebenarnya sudah agak lama juga parti itu menjeruk rasa tidak mahu disebut sebagai PAN. Beberapa pemimpin PAN secara peribadi menegur pihak media supaya merujuknya sebagai Amanah.
 
Perkara ini pernah disuarakan secara sopan oleh Timbalan Presiden, Salahuddin Ayob tetapi nampaknya pihak media lebih selesa merujuk parti itu sebagai PAN.
 
Namun protes lebih serius pernah dibuat oleh pemimpin PAN dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kerusi Hulu Kelang, Saari Sungib. 
 
Beliau mengingatkan pihak media supaya merujuk dan memahami maksud ayat ke-11 surah al Hujurat demi menghindar kemurkaan Allah di akhirat kelak.
 
Terjemahan ayat berkenaan (yang dipetik daripada Kitab Al Quran bil hadis Nabawi yang diterbitkan oleh Karya Bestari) adalah seperti berikut:
 
"Wahai orang-orang yang beriman janganlah ada satu kaum yang mempermain-mainkan kaum lain (kerana) boleh jadi kaum yang dipermainkan itu lebih baik daripada mereka.
 
"Dan jangan pula ada golongan perempuan yang mempermain-mainkan perempuan lain (kerana) boleh jadi perempuan (yang dipermainkan) itu lebih baik daripada mereka.
 
"Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk.  Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (jadi fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". 
 
Soalnya, adakah singkatan PAN bagi Parti Amanah Negara itu satu tindakan mempermain-mainkan atau mencela parti yang ditubuhkan tahun lalu itu?
 
Sayugia diingat bahawa memang satu kelaziman media menggunakan singkatan abjad dalam laporannya. Contohnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu disingkatkan melalui terjemahan bahasa Inggerisnya, United Malays National Organization kepada Umno sahaja.
 
Begitu juga dengan Parti Islam seMalaysia disebut PAS; Democratic Action Party disebut DAP; Parti Bersatu Sabah disingkatkan kepada PBS sahaja. 
 
Amalan lazim media ialah, sebelum digunakan sebarang singkatan kepada apa jua nama Khas, ia perlu disebut dengan penuh pada rujukan pertama. 
 
Rujukan kedua dan selanjutnya barulah digunakan singkatan sahaja seperti United Nations High Commissioner for Refugees dirujuk sebagai UNHCR sahaja. Ini amalan media sejagat.
 
PAN adalah parti baru dan mungkin mahu meniupkan satu protokol media baru. Namun yang menjadi kemusykilan adakah singkatan ini bermakna satu penghinaan atau mempermainkan PAN?
 
Mengapa PAN angkuh mahu mengubah protokol media? Mengapa PAN berprasangka terhadap media? Tidakkah PAN sebuah parti Islam? Mengapa ia tidak menghormati kebebasan media memudahcara tugasnya?
 
Lebih penting lagi mengapa PAN hanya memetik ayat dan mesej Quran sebahagiannya sahaja? Tidakkah pemimpin-pemimpin PAN membaca ayat berikut daripada yang petiknya?
 
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah daripada berprasangka. Sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di kalangan kamu yang mengejek sebahagian yang lain. 
 
"Apakah ada di antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu berasa jijik. Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Surah al Hujurat ayat 12).
 
PAN parti Islam. Kenapa PAN berprasangka terhadap media? Apakah unsur buruk pada pemikiran PAN tersirat di sebalik singkatan PAN itu? Agak mustahil media boleh mengelirukan rakyat jika hanya menyebut parti itu sebagai PAN. 
 
Walaupun sudah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan itu tidak bermakna dalam interaksi sosial seseorang atau sesebuah parti politik itu wajib menggunakan nama yang membawa kata sifat atau adjektif Amanah. 
 
Ada insan yang didaftarkan sebagai Muhammad dengan Jabatan Pendaftaran Negara tetapi lebih dikenali dan disenangi disebut sebagai Mike Tyson sahaja.
 
Sebagai parti politik PAN harus mesra rakyat, khususnya pengundi. Jika dipaksa dipanggil parti Amanah, rakyat mungkin musykil dengan kemiripan logo PAN dengan logo sebuah stesen televisyen di India. 
 
Jika ada keberangkalian kemiripan itu sesuatu yang disengajakan, boleh jadi nanti parti itu akan digelar Parti Tidak Amanah.
 
 

PAS: Adik bongsu pun kempen lawan calon AMANAH

Posted: 10 Jun 2016 10:34 PM PDT

 
 
 
PRK K KANGSAR PAS Perak menggunakan adik bongsu kepada calon PRK Kuala Kangsar, Ahmad Termizi Ramli - Dzorif Ramli yang juga ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar - untuk berkempen menentang calon AMANAH itu.

Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria mendedahkan semalam bahawa Dzorif telah berkempen menentang Termizi dalam PRK Parlimen tersebut.

"Dr Ahmad Termizi adalah anak sulung, tetapi adik bongsunya, ustaz Dzorif Ramli, adalah Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar," katanya.

Berucap dalam satu ceramah di Kampong Ketior, yang terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar Kuala Kangsar, Razman bertanya jika Termizi benar, mengapa adiknya tidak mengikut jejaknya.

Katanya. ia menunjukkan bahawa adik bongsu itu yang juga seorang ulama, tahu ada sesuatu yang tidak betul.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan kedua-dua calon PAS sebagai profesional.

Dr Najiha (PRK Kuala Kangsar), katanya, adalah seorang doktor dan Dr Rani Osman (calon PRK Sungai Besar) juga seorang doktor.

Beliau juga membidas calon BN Mastura Mohd Yazid, yang menurut akan berdiam diri di Parlimen.

Katanya, beliau boleh memberi jaminan bahawa calon BN tidak akan bercakap di Parlimen untuk rakyat, kerana dakwanya, ahli Parlimen lelaki (Umno dan BN) pun tidak berani bersuara dan membangkitkan masalah yang melibatkan kerajaan.

Menurutnya lagi, bukan sahaja ahli-ahli Parlimen itu tidak membangkitkan isu-isu, malah bekas Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah disingkirkan selepas bercakap menentang perdana menteri.

Tambahnya, menteri kabinet (Datuk Seri Shafie Apdal) dan menteri besar Kedah (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) juga disingkirkan.

Dalam pilihan raya umum 2013, BN menang di Kampung Ketior, sebuah daerah mengundi kecil dengan 493 pengundi. BN memperolehi dalam 57.2 peratus undi di situ.

Ketika dihubungi, Dzorif, 39, memberitahu Malaysiakini melalui mesej teks bahawa beliau tidak boleh membuat kenyataan akhbar dan tidak mahu mengulas mengenainya.

Sementara itu, ibu tiri Termizi, Raja Nor Azian Raja Adenan dilaporkan berkata beliau gembira kerana anaknya bertanding di Kuala Kangsar.

Buletin AMANAH memetiknya sebagai berkata beliau gembira Termizi bertanding kerana beliau mahu membela rakyat dan anaknya itu berminat menyertai politik.

Katanya, Termizi menganggapnya sebagai ibuny sendiri.

Sanggup berbelanja mahal untuk bufet Ramadan

Posted: 10 Jun 2016 10:27 PM PDT

SINAR HARIAN



Bufet Ramadan hanya membazir
Mungkin harga yang dibayar untuk bufet tidak setimpal dengan kemampuan kita untuk makan kesemua hidangan.


SEOLAH-OLAH sudah menjadi trend, apabila tiba bulan Ramadan terdapat segelintir masyarakat yang sanggup berbelanja mahal untuk menikmati hidangan bufet buka puasa di hotel-hotel besar dan ternama.

Walaupun harga hidangannya jauh lebih mahal daripada juadah di bazar-bazar Ramadan yang menjadi pilihan kebanyakan umat Islam di Malaysia, namun pakej Ramadan yang ditawarkan oleh hotel-hotel 'berbintang' itu tetap laris dan mendapat sambutan hangat orang ramai.

Tinjauan Bernama mengenai harga dan sambutan bufet Ramadan di hotel-hotel di sekitar Kuala Lumpur, terdapat ramai pelanggan yang memilih untuk berbuka puasa di hotel dengan kadar bayaran serendah RM50 dan semahal RM199 seorang.

Alasan pelanggan sanggup berbelanja mahal ialah terdapat pelbagai jenis sajian makanan termasuk pencuci mulut yang ditawarkan di hotel-hotel dan restoran.

Malahan, tinjauan turut mendapati ramai yang tidak kisah dengan harga hidangan bufet Ramadan yang mahal walaupun ada pihak lain yang menganggapnya sebagai boros dan membazir.

Seorang pekerja swasta Mohd Razif Syukor, 36, ketika ditemui Bernama berkata keinginan untuk mencuba juadah berbuka puasa di hotel membawa dirinya dan rakan berkunjung ke sebuah hotel yang menyajikan masakan tradisional dengan lebih 100 sajian.

"Saya cuma mahu mencuba, bukan selalu berbuka di hotel, ini perancangan sebelum Ramadan. Isu bazir atau tidak itu terpulang pada individu, lagi pun saya dan rakan-rakan memang jenis suka makan," katanya yang berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel untuk pengunjung yang berbuka di situ seperti surau.

Jamilah Adnan, 40, berkata kesibukan bekerja membuatkan beliau lebih gemar untuk berbuka puasa di hotel atau restoran bagi menikmati kemudahan hidangan bufet.

"Bufet lebih mudah, boleh juga dapat dengan kadar bayaran bawah RM50 di hotel atau restoran. Kalau nak balik dan singgah beli makanan di bazar memang tidak sempat, jalan sesak," katanya.

Namun, ada juga yang merasakan berbuka puasa dengan bufet Ramadan di hotel ataupun restoran adalah tidak berbaloi malahan membazir.

Seorang pelajar kolej swasta Abdul Qawiy Abdul Yusof, 22, berkata bayaran RM50 bagi bufet Ramadan adalah mahal dan sepatutnya wang tersebut boleh dibelanjakan untuk perkara lain.

"Harga makanan sudah sama seperti gaji sehari, kalau bawa RM50 ke pasar boleh beli stok makanan mentah untuk dua, tiga hari," katanya lagi.

Menurutnya, perkhidmatan bufet Ramadan membawa ke arah lebihan sisa makanan yang banyak.

"Kalau 20 sajian yang dihidangkan pun belum tentu kita mampu makan, kalau pun mahu cuba semua dengan ambil dan letak dalam pinggan akhirnya mesti masuk tong sampah juga," katanya dan menambah tindakan mengikut nafsu makan itu hanya membawa kepada pembaziran makanan.

Dalam pada itu Suziyanti Aiman, 25, berkata masih ramai yang tidak sedar bahawa berbuka puasa dengan bufet Ramadan itu menjurus ke arah pembaziran.

"Banyak ajakan dan jemputan untuk bufet ini tapi saya tolak sebab perut tidak boleh makan banyak," katanya yang berpesan kalau rasa akan membazir, ingatlah orang yang kebuluran di Somalia.

Katanya juga, amalan berbuka puasa di hotel adalah tidak wajar kerana kadar bayaran yang tinggi selain membazir makanan.

"Bayar beratus, makan hanya untuk kapasiti RM10? Bazir duit, bazir makanan," katanya lagi.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata Islam menggalakkan agar umat berbuka puasa dengan hidangan sederhana dan yang paling baik adalah memasak sendiri makanan.

"Berbuka puasa di rumah boleh menghindarkan pembaziran wang dan mengelakkan lebihan makanan dibuang.

"Wang yang mungkin hendak dibelanjakan juga boleh didermakan atau sedekah ke jalan yang diredai," katanya yang turut tidak menggalakkan amalan berbuka puasa di hotel.

Di samping itu, katanya pihak yang menganjurkan majlis berbuka puasa dengan menjual meja juga merupakan pembaziran dan tidak selari dengan hikmah ibadah puasa yang hendak menyedarkan masyarakat tentang kesusahan dan kelaparan mereka yang daif serta tidak berkemampuan.

Dalam pada itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengulangi saranan tahun lalu agar pengusaha hotel atau restoran yang menawarkan hidangan bufet berbuka puasa mengenakan denda ke atas pelanggan yang membazir sepanjang Ramadan ini.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata tindakan itu perlu kerana pembaziran lebihan makanan yang dilakukan setiap tahun menjejaskan kemanisan ibadah puasa.

Beliau berkata, pengusaha juga boleh menyediakan alternatif lain seperti membungkusnya agar pelanggan boleh membawa pulang makanan yang tidak habis dimakan atau pihak hotel mengedarkan makanan (makanan yang tidak disentuh) kepada yang memerlukan seperti pelajar dan golongan gelandangan.

Tahun lalu, syarikat menyelia sisa pepejal SWCorp berkata untuk tempoh Ramadan setiap tahun, rakyat di negara ini membuang 270,000 tan makanan yang tidak diusik dan boleh dimakan semula.

Menurut syarikat itu, berdasarkan perkiraan juga, jumlah makanan tersebut boleh dihidangkan kepada 180 juta orang iaitu enam kali ganda melebihi populasi negara ini seramai 27 juta. - Bernama


Pas terus jadi 'punching bag' Amanah

Posted: 10 Jun 2016 10:22 PM PDT

SINAR HARIAN


Pas


SUNGAI BESAR - Pas terus menjadi 'punching bag' atau sasaran bagi Parti Amanah Negara (Amanah) di Sungai Besar apabila pemimpin parti itu secara berterusan mendakwa Pas tidak boleh menang dalam pilihan raya.

Dalam satu ceramah bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di sini malam tadi, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata, Pas‎ bercakap untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) hanya dengan semangat, tetapi tanpa ilmu.

Katanya, atas sebab itulah beliau serta pimpinan yang lain keluar daripada Pas dan menubuhkan Amanah kerana merasakan Pas tidak mampu untuk menang secara berseorangan.

"Lalu kita tubuh Amanah, berpakat dengan DAP dan PKR dan tubuhkan Pakatan Harapan," katanya.

Beliau turut mengakui bahawa Amanah pada awal lagi berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar selepas kekosongannya.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata Pakatan Harapan khususnya PKR kemudian mengadakan rundingan dengan Pas untuk menentukan calon di situ bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang calon BN.

"Lepas itu kita tunggu, kita beri tempoh sampaikan sudah dekat dengan hari penamaan calon, nampaknya Pas tidak mahu berunding dan PKR mahu berunding lagi, tapi kita kata cukup," kata Khalid.

Dalam pada itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa sepanjang 38 tahun dalam Pas dan berkempen untuk parti itu, ia tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya sehinggalah menyertai Barisan Alternatif pada pilihan raya 2008 dan Pakatan Rakyat selepas itu.

Katanya, kini Pas yang kembali berseorangan selepas Pakatan Rakyat terbubar dan tidak menyertai Pakatan Harapan dilihat tidak akan mampu untuk menang dalam pilihan raya.

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir pula mendakwa Pas tidak bercita-cita untuk menang dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun ini, sebaliknya hanya mahu meningkatkan jumlah undi yang diperolehi berbanding pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, Pas juga bertanding pada kedua-dua PRK itu hanya untuk memberi laluan kepada calon BN menang dengan memastikan calon Amanah mendapat undi yang kurang. - Bernama


Azmin ada komitmen lain sebab itu tidak ikut berkempen - PKR

Posted: 10 Jun 2016 10:16 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohd Azhar
Post Pic
 
 
SUNGAI BESAR: Seorang pemimpin PKR mempertahankan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang gagal turun padang membantu kempen calon Parti Amanah Negara (PAN), Azhar Abdul Shukor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar kali ini.
 
Menurut Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Azmin terikat dengan pelbagai komitmen lain justeru tidak berkesempatan untuk turut sama berkempen untuk wakil pakatan Harapan itu.
 
Shamsul berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa kegagalan Azmin mengiringi calon PAN itu membayangkan beliau tidak merestui pencalonan bekas guru sekolah bagi mewakili Pakatan Harapan.
 
Khairy juga mendakwa Azmin sebagai tidak mahu memberikan komitmen terhadap pengundi di Sungai Besar.
 
"Apakah beliau tidak nampak yang hadir pada hari penamaan calon adalah MB Selangor? Malah tiap malam MB ada program dengan Sultan Selangor, kemudian kalau tak hadir kata kita menghina raja-raja Melayu," kata Shamsul ketika hadir di Ceramah Umum Pakatan Harapan (PH) di Restoren Kuala Kurau, malam tadi.
 
Sebelum itu, ketiadaan kelibat Azmin sepanjang tempoh seminggu pertama kempen PRK Sungai Besar bagi membantu calon PAN menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan pelbagai pihak.
 
Bukan itu sahaja, Azmin juga tidak turun padang dalam membantu calon PAS, Dr Abdul Rani Osman, sebagai 'tanda' menghargai kerjasama yang dijalinkan antara PKR-PAS-DAP dalam kerajaan negeri.
 
Bagaimanapun, Azmin tidak menghadiri program pengumuman nama Azhar sebagai calon Pakatan Harapan selepas diminta berbuat demikian oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagi menjaga sensitiviti rakan tahalus siyasinya, PAS.
 
PRK Sungai Besar kali ini, PAS turut meletakkan calon walaupun dimnta beralah dan tidak bertanding merebut kerusi Parlimen itu.
 
PAS bagaimanapun nekad untuk meletakkan calonnya berikutan, kerusi Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisinya pada dua Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.

BERAPA BANYAK BEG? APA DALAM BEG? JAWAPAN PEGAWAI KHAS ROSMAH BANYAK TAK LOGIK

Posted: 10 Jun 2016 08:56 PM PDT

shahbudindotcom


Soalan mudah daripada Rafizi Ramli untuk Rosmah Mansor di hari ketiga pendedahannya mengenai penggunaan jet kerajaan oleh isteri Perdana Menteri itu - berapa banyak beg dan apa isi di dalamnya?

Jawab, jawab...jangan tak jawab.



Kali ini rasanya lebih sesuai jika Rosmah sendiri tampil memberikan jawapannya, bukan melalui pegawai khasnya, Rizal Mansor lagi.

Sebab setakat pegawai khas tak mungkin tahu berapa jumlah beg tersebut, apatah lagi isi-isi dalam semua beg itu.

Hanya Rosmah satu-satunya yang lebih tahu.

Tapi kalau tak boleh atau susah jawab di dunia, jawab saja di akhirat nanti.

Video beg-beg sedang diangkut ke dalam pesawat boleh ditonton melalui facebook Rafizi Ramli. 

NOTA - Baru sebentar tadi pegawai khas Rosmah, Rizal Mansor tampil dengan penjelasannya berkaitan isu yang dibangkitkan Rafizi ini.

Menurut kata Rizal, ruang kargo peswat itu telah diubahsuai untuk membesarkan tangki minyak, maka dengan kata lain ruang kargo adalah kecil, sebab itulah beg diangkut ke dalam pesawat.

Rasa-rasa logikkah jawapan itu?

Dalam kes penerbangan ini, kata Rizal lagi, ruang kargo digunakan untuk membawa kostum dan alatan Permata Seni, maknanya sebab itu ia tak muat untuk diisi dengan beg-beg.

Sekali lagi, logikkah jawapan itu?

Masuk akalkah  pesawat membawa VVIP turut digunakan macam lori untuk mengangkut barang-barang dan alatan, lebih-lebih lagi VVIP di dalam pesawat itu ialah "First Lady"  yang bernama Rosmah Mansor?

Logikkah perjalanan yang hanya memakan masa 13 jam  sampai perlu menukar pakaian dan mandi bagai dalam jet? 

Lebih kelakar, takkan kesemua 13 penumpang  membawa beg kerana kononnya mereka perlu menukar pakaian masing-masing semasa dalam penerbangan?

Kemudian kononnya  juga beg-beg itu untuk membawa makanan dari dapur untuk dibawa dalam jet? Bukankah makanan dalam jet sudah seperti di restoran atau hotel bertaraf lima bintang?


'Atas pagar' target lonjak undi Amanah

Posted: 10 Jun 2016 08:50 PM PDT

ARIF ATAN
 
 
 
Pengundi 'atas pagar' menentukan kemenangan Amanah di Sungai Besar.Pengundi 'atas pagar' menentukan kemenangan Amanah di Sungai Besar.


Golongan pengundi bukan penyokong tegar mana-mana parti politik menjadi sasaran untuk membantu kemenangan Amanah.

Pengarah Biro Pilihan Raya (BPR) Amanah Selangor, Cikgu Jaafar Shamsuddin berkata, sebahagian pengundi atas pagar pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu berpotensi untuk mengundi Amanah pada PRK, 18 Jun ini.

"Sokongan yang kita mahu raih adalah pengundi atas pagar yang sebelum ini mengundi Pas atau BN.
"Kalau kita dapat undi 35 peratus daripada kelompok mereka ini, tidak mustahil Amanah boleh menang," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline.

Walau bagaimanapun, beliau berharap peratus pemilih untuk keluar mengundi tidak terjejas ketika bulan Ramadan ini.

Sehubungan itu, ujarnya, gerak kerja kempen pilihan raya ke lapangan turut dipergiat dengan mengambil kira kesesuaian waktu sempena bulan Ramadan ini.

"Kita akan turun ke bazaar Ramadan bertemu dengan pengundi manakala di sebelah malam, ceramah kelompok akan diadakan selepas solat terawih sampai jam 12 tengah malam," katanya.

Selain itu, ujar beliau, usaha menjejaki dan menziarahi pemilih berdaftar diteruskan bagi tujuan mengemaskini pangkalan data, e-profiling yang dihubungkan dengan Pusat IT Nasional.

"Majlis berbuka puasa dalam sehari kita cuba di beberapa tempat. Kerja-kerja kempen dan ceramah juga fokus pada pengundi muda," jelasnya.
Mengulas komposisi 67.16 peratus pengundi Melayu di Sungai Besar, beliau tidak menolak segmen tersebut sebagai kritikal seperti dianggap banyak pihak.
"Peluang Amanah untuk menang lebih 50 peratus jika sokongan pengundi Melayu meningkat dan mencecah target," tambah Cikgu Jaafar lagi.

Untuk rekod, di Parlimen Sungai Besar juga terdapat 30.7 peratus pengundi Cina, India (1.92 peratus) dan lain-lain (0.23 peratus).

Mengikut pecahan jantina, 50.16 peratus daripada jumlah keseluruhan 42,655 pengundi di P.93 merupakan wanita.

Rafizi dedah video Rosmah naik jet mewah dengan beg besar

Posted: 10 Jun 2016 08:42 PM PDT

 
 
 
Rakaman video yang didedahkan oleh Rafizi bagaimana Rosmah naik jet mewah dengan banyak beg besar.Rakaman video yang didedahkan oleh Rafizi bagaimana Rosmah naik jet mewah dengan banyak beg besar.


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan video bagaimana isteri perdana menteri Datin Serti Rosmah Mansor sedang menaiki jet mewah pribadi dan membawa naik banyak beg-beg besar ke dalam pesawat.

Rafizi membuat pendedahan ini selepas pegawai Rosmah mengesahkan secara terbuka bahawa beliau telah menggunakan jet peribadi ACJ319 A6-CJE yang dibayar oleh rakyat untuk menerima satu anguerah di Turki.

Para petugas membawa naik beg-beg besar ke dalam jet mewah yang dinaiiki Rosmah.Para petugas membawa naik beg-beg besar ke dalam jet mewah yang dinaiiki Rosmah.Beliau juga tidak menafikan bahawa anak beliau, Nooryana Najwa Najib juga telah menaiki jet tersebut dan ditanggung oleh rakyat.

"Hari ini saya paparkan rakaman video Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut sebagai bukti lanjut," kata Setiausaha Agung PKR itu dalam satu kenyataannya sambil mendedahkan video tersebut.

Rafizi melontar soalan-soalan yang wajar dijawab oleh Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku perdana menteri ekoran video ini.

1.    Berapa orang pegawai yang mengiringi Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut?

2.    Kenapa beg-beg besar tidak disimpan di bahagian simpanan beg ("luggage") sedangkan ini adalah jet peribadi dan ada ruang yang besar dan selesa untuk menyimpan beg-beg besar tanpa mengganggu keselesaan di dalam pesawat? Apa guna menyewa jet peribadi mewah tetapi ruang mewah dipenuhi dengan beg-beg besar?

3.    Berapa beg-beg besar yang dibawa menaiki pesawat dan disimpan di ruang mewah?

4.    Siapa pemilik beg-beg besar ini?

5.    Apa kandungan beg-beg besar ini?

6.    Adakah beg-beg besar ini membawa wang tunai? Jika ya, adakah pengisytiharan membawa keluar wang tunai telah dibuat dengan pihak berkuasa yang sewajarnya?

"Ini adalah soalan-soalan yang akan bermain di fikiran rakyat apabila mereka meneliti rakaman video ini," kata Rafizi yang juga naib presiden PKR itu dalam kenyataannya.

Rafizi dalam sidang media mengenai jet Rosmah di Kuala Kangsar hari ini. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Rafizi dalam sidang media mengenai jet Rosmah di Kuala Kangsar hari ini. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Bagi beliau, Rosmah tidak boleh memberi alasan beliau tidak perlu memberi jawapan kerana apabila perjalanan dan sebahagian dari kegiatan beliau ditanggung oleh rakyat, maka rakyat berhak untuk mengetahui setiap perkara yang dibuat secara telus dan benar.

"Saya telah menanyakan beberapa professional yang telah berkhidmat lama di dalam industri penerbangan.

Mereka sependapat bahawa adalah janggal untuk menyewa sebuah jet peribadi tetapi tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan dengan membawa naik beg-beg besar ke dalam ruang mewah pesawat sehingga boleh mengganggu keselesaan penumpang yang membayar sewa yang mahal," katanya.

Oleh itu, katanya, adalah adil untuk beliau bertanyakan soalan ini:

"Apakah kandungan di dalam beg-beg besar itu yang sangat berharga hingga ia perlu dibawa ke dalam ruang mewah pesawat?"

Tun M kongsi kisah bazar Ramadan dan Najib

Posted: 10 Jun 2016 08:37 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamed. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menerusi catatan terbaharu di blognya berkongsi kisah mengenai Bazar Ramadan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

‎Menurutnya ,seperti biasa menjelang bulan puasa beliau  ke bazar Ramadan untuk membeli aneka jenis masakan yang hanya terdapat di bulan puasa.

"Hari pertama saya ke bazar di Putrajaya. Lokasi bazar telah dipindah tetapi pelanggan ramai seperti biasa.

"Hari kedua saya ke Kampung Baru. Saya kagum dan gembira kerana pihak berkuasa sudah mendirikan bumbung untuk melindungi gerai dari hujan dan panas. Kain berwarna-warni menghiaskan siling yang juga mengurangkan panas matahari.

‎"Tanpa dirancang saya bertemu dengan pegawai yang bertanggungjawab menghiaskan bazar Ramadan Kampung Baru dan saya ucap tahniah kepadanya. Katanya tahun hadapan keselesaan dan keindahan pasar itu akan diperbaiki lagi. Sekali lagi saya ucap tahniah kepadanya," katanya.

Namun katanya, sebelum beliau masuk kereta, dia menyatakan kegembiraannya bahawa dia diberitahu saya tidak akan pergi ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar‎.

"Saya terpaksa jelas bahawa saya akan berkempen di kedua-dua tempat. Bulan puasa bukan masanya untuk kita bersikap kasar. Saya akan cuba elak dari menggunakan perkataan yang kasar.

Sementara itu, beliau menegaskan masih tidak faham bagaimana ada pihak yang masih sokong kepimpinan Najib.

"Di Brazil dan Kenya dan beberapa negara lain, tidak banyak bukti yang menunjukkan pemimpin mereka terlibat dengan rasuah atau salah guna kuasa. Tetapi tuduhan masih dibuat terhadap mereka. Presiden Brazil digantung jawatannya oleh hakim besar supaya tidak mengganggu siasatan terhadapnya," katanya.

Namun di Malaysia katanya, masih ada ahli dan pemimpin Umno yang mempertahankan dan cuba menunjukkan kebaikan Najib.

Menurutnya, walaupun mereka gagal berbuat namun mereka terus menyokong Najib.


Ratu Naga datang sidang media SAMM, cabar Azharudin sumpah laknat

Posted: 10 Jun 2016 08:34 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
 
Ratu Naga (kiri) bertanya kepada Azharudin dan Cikgu Bard dalam sidang media pagi ini. Gambar Malaysiakini.Ratu Naga (kiri) bertanya kepada Azharudin dan Cikgu Bard dalam sidang media pagi ini. Gambar Malaysiakini.


'Ratu Naga' hari ini membuat kejutan dengan hadir ke sidang media anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan mencabar  pengatur cara komputer bebas, Azharuddin Othman untuk membuat sumpah laknat.

Syarul Emarina Abdul Samah yang dikenali sebagai Ratu Naga hadir ke sidang media yang diuruskan Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau Cikgu Bard, mencabar Azharudin bagi menyatakan segala dakwaannya di dalam akuan sumpah yang dibuatnya sebelum ini adalah benar.

"Saya datang sebab nama yang selalu kena sebut dekat berita hari-hari.

"Kalau saya kenal orang yang sebut nama saya tidak apa tapi (dia) tak ada kaitan langsung dengan benda ni semua.

"Kalau tengok di 'wall Facebook' saya, saya tidak campur dengan Deklarasi Rakyat kerana saya sedang sarat mengandung," katanya ketika ditemui pemberita di sidang media yang dianjurkan oleh SAMM itu, lapor Malaysiakini.

Ratu Naga yang sedang mengandung enam bulan itu juga sempat mengajukan beberapa soalan kepada Azharuddin tetapi pengatur cara komputer bebas itu memilih untuk berdiam diri.

Sebelum ini, Azharudin mendakwa, Ratu Naga membeli satu juta data pengguna telefon dari beliau untuk digunakan bagi mengisi borang menyokong Deklarasi Rakyat pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun Ratu Naga mendakwa beliau tidak mengenali Azharudin dan membuat sumpah laknat dengan menjunjung Al Quran di sebuah kedai mamak bagi menafikan dakwaan Azharudin.

Hari ini, Azharudin membuat sidang media lagi dengan diuruskan oleh SAMM dan Ratu Naga datang bersemuka dengan beliau dalam sidang media itu.

BN sukar raih majoriti PRU13, kata penganalisis

Posted: 10 Jun 2016 08:30 PM PDT

DALIA ISMAIL
PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh parti parti bertanding.PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh parti parti bertanding.


Barisan Nasional (BN)  hanya akan meraih sekitar 2,000 undi majoriti  jika gagal mengekalkan sokongan pengundi pada PRU13 lalu dan menarik pengundi Cina dan India di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini, kata penganalisis politik.

Dr Sivamurugan PandianDr Sivamurugan PandianPenganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, sasaran BN untuk mendapatkan majoriti undi  yang besar dengan isu-isu semasa hari ini tidaklah semudah dijangkakan.

"Ia bergantung kepada banyak faktor. Sejauh mana peratusan ahli dan penyokong Umno-BN akan keluar mengundi. Bagaimana jika sekiranya berlaku penurunan undi daripada kaum Cina?

"Bagi pengundi atas pagar pula adakah BN berjaya tarik mereka dan kecenderungan pengundi luar sama ada mereka akan balik mengundi.

"Semua faktor itu boleh mempengaruhi  perubahan pola pengundi bagi keputusan PRU13 lalu.

"Untuk capai angka itu, hanya boleh terjadi jika BN dapat memastikan jumlah undi yang diperolehi dalam PRU13 lalu dapat dikekalkan dan pertambahan undi itu akan berlaku sekiranya BN berjaya menyakinkan kaum Cina dan India dengan isu-isu semasa yang dimainkan dalam kempen pembangkang," ujarnya dalam wawancara dengan Malaysia Dateline, Ahad lalu, di Sungai Besar.
Sivamurugan membuat jangkaan daripada pengamatannya di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, berkemungkinan BN hanya mampu meraih majoriti sekitar 2,000 undi sahaja berbanding PRU13 lalu jika kemenangan memihak kepada BN.
Beliau berpandangan terdapat pengundi senyap di kalangan kaum Cina dan India di dua PRK ini yang akan mensabotaj calon parti masing-masing.

"Terdapat pengundi Cina dan India  pengundi senyap sebabnya mereka tidak tahu dan kurang maklumat apa yang berlaku antara parti-parti bertanding.

"Walaupun DAP bekerjasama dengan Amanah mereka juga harus menyakinkan Amanah bukannya klon Pas kepada pengundi Cina dan India.

"Cabaran besar pada BN pula,  jika BN berjaya yakinkan pengundi Cina bahawa Pas dan Amanah tiada bezanya, akan terdapat protes dalaman yang menunjukkan peningkatan terhadap peratusan tidak keluar mengundi dan undi rosak dikalangan kaum Cina dan India.

"Mungkin mereka kurang menyokong BN dan pada masa yang sama lakukan protes pada pembangkang," jelasnya.

Di Parlimen Sungai Besar daripada 42,655 pemilih berdaftar terdapat sejumlah 13,000 pengundi kaum Cina dan 820 orang adalah pengundi kaum India.

Manakala di  Parlimen Kuala Kangsar daripada 32,949 pemilih berdaftar terdapat 7,800 pengundi kaum Cina dan sejumlah 2,299 pengundi kaum India.

Mengenai calon-calon yang bertanding membabitkan tiga penjuru di Sungai Besar dan empat penjuru di Kuala Kangsar beliau berkata, keterampilan, slogan dan kempen terhadap calon juga akan menyumbang kepada undi kaum Cina dan India di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Di Kuala Kangsar walaupun calon BN tidak keluar berkempen diganti anak-anaknya dan jentera BN yang bekerja kuat bantu Mastura ia bukanlah isu besar bagi pengundi.

"Apa yang perlu dilihat protes dalaman Umno-BN terhadap Mastura perlu diminimakan dalam hari kempen yang berbaki ini.

"Bagi pengundi Cina dan India mereka tidak melihat kepada siapa yang dicalonkan sebaliknya melihat kepada prestasi calon. Sebab itu Mastura kata, dia mahu meneruskan perjuangan Allahyarham suaminya dan menjadikan 'track record' suaminya sebagai sandaran.

"Kalau kita tengok slogan calon Amanah Dr Ahmad Termizi itu pula menggambarkan seolah-olah wujud ketidakadilan, tiada kebebasan di pihak kerajaan yang memerintah. Isu itu dimainkan pembangkang dalam kempen mereka di Kuala Kangsar.

"Saya rasa sebahagian akan tertarik dengan cara berkempen memburuk-burukkan kerajaan dan calon BN yang bertanding.

"Manakala di Sungai Besar kekuatan calon BN apabila Pas menurunkan calon Adun Meru Dr Abdul Rani.

"BN boleh menang mudah apabila kita membandingkan track record perkhidmatan antara Budiman dan Dr Abdul Rani di Sungai Besar, sudah pasti pengundi Melayu khususnya akan memihak kepada Budiman yang juga Adun Sungai Panjang sejak tiga tahun lalu.

"Pendekatan dibuat calon BN mendekati pengundi di Sekinchan satu strategi yang baik bagi meraih undi kaum Cina kerana beliau tidak perlu banyak menonjolkan diri di kalangan pengundi Melayu yang lebih mengenali beliau terutama di kawasannya di Sungai Panjang.

"Dalam satu keadaan jika calon BN tidak disabotaj penyokong BN sendiri, dan calon Pas adalah calon luar, perselisihan Pas dan Amanah, situasi itu akan beri kelebihan undi kepada BN," ujarnya.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen masing-masing iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini.

Calon Amanah sokong singkir PM

Posted: 10 Jun 2016 08:22 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
 
Walk about calon Amanah Dr Ahmad Termizi di bazar Ramadan mendapat sambutan hangat pengunjungWalk about calon Amanah Dr Ahmad Termizi di bazar Ramadan mendapat sambutan hangat pengunjung


Calon Amanah pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli menyokong kempen Bersih 2.0 untuk menyingkirkan Perdana Menteri dan yakin penyingkiran Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan itu tidak akan memulihkan imej Umno dan BN.

"Sekiranya saya dipilih rakyat Kuala Kangsar sebagai Ahli Parlimen mewakili mereka, saya akan sokong penyingkiran Najib selaku Perdana Menteri.

"Ini adalah kerana Najib telah membawa banyak kerosakan kepada Negara. Sebagai pemimpin, beliau perlu dipertanggungjawabkan ke atas segala kerosakan yang dilakukan beliau termasuk yang terbesar setakat ini - skandal 1MDB," ujarnya dalam satu kenyataan media menjawab beberapa soalan dibangkitkan Besih 2.0.

Beliau juga menyifatkan usaha untuk menyingkirkan Perdana Menteri sebagai 'pengajaran politik' bagi rakyat bahawa mereka tidak wajar takut menggantikan pemimpin yang tidak betul.

Di masa yang sama, tambah beliau pemimpin perlu diajar takut kepada rakyat sekiranya mereka melakukan penyelewengan.

Dr Ahmad Termizi juga tidak bersetuju dengan pandangan bahawa penyingkiran Najib akan menyelamatkan Umno/BN.

"Saya tidak setuju dengan sikap itu kerana ianya tidak boleh dilihat secara berasingan.

"Kerosakan yang dilakukan Najib adalah atas kegagalan Umno/BN di mana mereka telah menjadi parti politik sekadar menjaga kepentingan peribadi dan bukan kepentingan rakyat.

"Najib mampu bertindak begini oleh kerana Umno/BN telah menjadi parti yang gagal dan tidak berfungsi demi rakyat mahu pun orang Melayu," tegasnya

Sehubungan itu, beliau yakin penyingkiran Najib tidak akan menyelamatkan Umno sebaliknya akan menjadikan rakyat lebih berani untuk membawa perubahan.

"Sama ada Umno akan selamat atau tidak hanya satu andaian. Sedangkan kerosakan yang dibawa Najib adalah satu hakikat dan kebenaran.

"Maka jangan kita berdiam diri dan tidak berusaha membetulkan kerosakan yang jelas dan nyata atas alasan satu andaian yang tidak tentu kebenarannya," ujarnya.
Dalam kenyataan medianya juga, Dr Ahmad Termizi turut menyatakan sokongan terhadap 10 tuntutan Bersih yang konsisten dengan pendirian beliau dan pimpinan Amanah.
"Saya juga akan sokong. Ketika dalam NGO sebelum ini, saya juga turun bersama semasa diadakan program Bersih 4.0 dan program Bersih sebelumnya," jelas beliau.

Menurut Dr Ahmad Termizi, sistem semak dan imbang dalam pentadbiran negara perlu diperkukuhkan selain sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

"Saya lihat bahawa 10 tuntutan Bersih adalah agak menyeluruh dan boleh membantu mengatasi ketidak adilan sistem pilihan raya sekarang.

"Termasuk dalam persoalan ini adalah sistem 'first past the post' yang diamalkan sekarang perlu dikaji dan ditukar kepada sistem pilihan raya 'proportional representation'  sebagai satu alternatif yang lebih adil," ujarnya.

Puasa 23 jam, 5 minit di Finland

Posted: 10 Jun 2016 08:18 PM PDT

SINAR HARIAN


Puasa 23 jam, 5 minit di Finland
Mohamed


HELSINKI - FINLAND. Umat Islam yang tinggal di Artic Circle berdepan cabaran hebat berpuasa apabila matahari hanya tenggelam selama 55 minit hingga 1 jam.

Keluarga Mohamed yang tinggal di utara Finland berkongsi pengalaman tersebut.

"Puasa bermula 1.35 pagi dan berakhir 12.48 pagi hampir keesokan hari," kata Mohamed dipetik laporan Independent UK.

Tambahnya, sanak-saudara dan ibu bapanya yang tinggal di Bangladesh sukar untuk mempercayai Mohamed terpaksa berpuasa selama 23 jam dan 5 minit.

"Mereka akan kata, ia susah untuk dipercayai! Tetapi kami berjaya mengharunginya, malah kami berpuasa tanpa sebarang masalah.

"Umat Islam di rantau berhampiran seperti Lapland di sempadan Sweden, mereka mengikut jadual puasa negara Islam berhampiran, seperti Turki," jelas Mohamed.

Lapland, Finland dan Sweden disinari matahari dalam tempoh yang sangat singkat atau tiada langsung pada musim panas.


'Saya minta Dr Rani tolong balik ke Meru...'

Posted: 10 Jun 2016 08:17 PM PDT

Ng Suee Lim, Dr Abdul Rani Othman
Ng Suee Lim, Dr Abdul Rani Othman


SEKINCHAN - Adun Sekinchan, Ng Suee Lim menasihatkan calon Pas bagi PRK kawasan Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Othman supaya menarik diri daripada bertanding.

Katanya, Abdul Rani tidak diperlukan di Sungai Besar dan penyokong Pas sendiri tidak membantunya berkempen.

"Kalau boleh sebelum 18 hari bulan nanti saya akan beritahu Dr Rani supaya tarik diri untuk jaga maruah dan tidak dipergunakan oleh Pas untuk menentang Parti Amanah Negara (Amanah).

"Sebagai kawan saya, dia ada maruah dan jangan gadaikan maruah sempena bulan Ramadan yang mulia ini," katanya menjawab respons Abdul Rani yang mendakwa kesibukan berkempen menyebabkan beliau terlepas pandang masalah di Pasar Awam Sekinchan.

Menurutnya, calon Pas PRK Sungai Besar itu sepatutnya berada di Meru dan menyelesaikan masalah penduduk di sana.

"Saya minta Dr Rani tolong balik ke Meru dan jaga jalan di sana yang berlubang-lubang dan sering dilanda banjir.

"Kalau dia gagal selesaikan masalah di sana tolong jangan persoalkan kerja saya di sini," katanya.

Kelmarin, Abdul Rani dalam kenyataannya di Sinar Harian meminta Suee Lim menyelesaikan masalah peniaga di Pasar Awam Sekinchan yang berdepan tekanan selepas Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menaikkan kadar sewa bulanan petak perniagaan sejak Januari lalu.

Wang tebusan: Keluarga mangsa culik tertekan

Posted: 10 Jun 2016 07:56 PM PDT

OBT
 

BERIKUTAN kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa tiada wang tebusan yang dibayar kepada kumpulan militan Abu Sayyaf untuk membebaskan empat rakyat Malaysia yang diculik dari perairan antarabangsa di luar Pulau Ligitan, 1 April lalu, keluarga mangsa culik terbabit kini dalam keadaan tertekan.

Ahli-ahli keluarga mangsa culik memberitahu sebenarnya wang tebusan yang diperolehi hasil sumbangan orang ramai telahpun diserahkan kepada pihak polis.

Sin Chew Jit Poh melaporkan, ibu saudara kepada salah seorang mangsa, iaitu Johnny Lau Jung Hien, 21, berkata, sekiranya polis tidak ingin mengumumkan mengenai wang tebusan itu, ahli-ahli keluarga mangsa culik ini akan mengadakan sidang akhbar sedikit masa lagi supaya dapat memberikan penjelasan kepada orang ramai yang banyak menyumbangkan wang derma kepada mereka.

Ahli keluarga ini tetap menegaskan sekiranya tiada wang tebusan diberikan kepada pihak pengganas itu, keempat-empat mangsa culik itu tidak mungkin dapat dibebaskan dengan begitu senang.

Difahamkan, kebanyakan hasil derma adalah datang dari penduduk Sibu, Sarawak dan beberapa negeri lain di seluruh negara. Tidak ketinggalan, keluarga mangsa turut mendapatkan bantuan wang dari negara China dan beberapa buah negara asing.

Selain JungHien, mangsa-mangsa culik lain ialah adik beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chi, 29 dan rakan sekerja Wong Hung Sing, 34.

Khalid sebelum ini berkata, keempat-empat tebusan itu dibawa pulang ke tanah air oleh Unit Tindakan Khas (UTK) selepas dibebaskan tanpa sebarang pembayaran wang tebusan.

Khalid berkata, beliau sendiri tidak tahu tentang wang tebusan.

"Kita tidak ada membuat sebarang bayaran..tanyalah pada keluarga mangsa," katanya.

Beliau berkata, apa yang penting mangsa dalam keadaan selamat dan bagaimana kita lakukan itu terserah pada PDRM. Cuma diingatkan agar masyarakat memberi kepercayaan dan keyakinan dalam polis mengendalikan perkara demikian.

Katanya, perkara ini tidak boleh didedah kerana ia akan melibatkan kesukaran kepada pihaknya.

Kumpulan penculik difahamkan pada mulanya meminta wang tebusan sebanyak 300 juta peso (kira-kira RM30 juta) sebelum mengurangkan kepada 180 juta peso (kira-kira RM18 juta) untuk pembebasan empat pemuda dari Sibu itu.

Sebaik sahaja dibebaskan, empat tebusan itu dilaporkan menaiki bot selama lapan jam dari Jolo ke Sandakan.

Manakala China Press pula melaporkan, seorang lagi keluarga Jung Hen memberitahu, mereka akan menjelaskan kedudukan sebenar mengenai sumbangan wang tebusan itu sebaik sahaja Jung Hen selamat pulang ke pangkuan keluarga di Sibu.

"Pihak keluarga kami akan meminta nasihat daripada pihak polis untuk menguruskan hal ini. Selepas Jung Heng pulang, kami akan bincang semula," katanya.

Akhbar ini melaporkan, jumlah sebenar wang tebusan yang dibayar kepada kumpulan militan Abu Sayyaf untuk membebaskan keempat-empat mangsa culik itu masih meninggalkan tanda tanya.

Sejak tahun 2000, lebih kurang 10 kes penculikan dilaporkan berlaku di sekitar kawasan perairan Sabah. Daripada semua kes berkenaan, pihak polis tidak pernah memberikan maklumat mengenai jumlah wang tebusan yang diberikan kepada penculik.

Malah, pihak berkuasa tidak akan memberitahu dan mengakui mengenai pembayaran wang tebusan. Hal ini sebenarnya telah bukan jadi rahsia lagi kepada ramai orang. Sekiranya jumlah wang tebusan diberitahu secara umum, sudah pasti ia akan memberikan gambaran negatif kepada pihak berkuasa.

Oleh itu, akhbar ini menulis, semua pihak perlu menerima hakikat mengenai kenyataan Ketua Polis Negara itu.


GKCM edar surat terbuka minta Pengundi Sungai Besar, Kuala Kangsar tolak BN

Posted: 10 Jun 2016 07:49 PM PDT

DALIA ISMAIL
 
 
 
Pengundi diminta cermatPengundi diminta cermat


Sekreateriat Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) melalui satu surat terbuka kepada Pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar mahu pengundi menolak calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Melalui kenyataan gabungan itu, yang merayu kepada pengundi supaya tidak mengundi calon BN pada PRK kali ini.

"Bukan kerana kita berpaling tadah tetapi atas dasar untuk memberi mesej bahawa kita menentang kemungkaran para pemimpinnya.

"Apa yang paling penting ialah kita ingin menyatakan kepada Datuk Seri Najib bahawa perbuatan salahguna kuasanya tidak boleh dimaafkan dan beliau sepatutnya berundur.

"Jika kita terus memangkah BN pada kali ini, maka hancurlah harapan anak cucu kita yang mengharapkan kita untuk memulakan perubahan," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut Sejak kebelakangan ini Umno telah tergelincir dari landasan sebenarnya. Perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara telah ditingggalkan oleh para pemimpinnya.

Amalan rasuah, salahguna kuasa dan sikap berlumba lumba mencari kekayaan peribadi merupakan perjuangan pemimpinnya pada hari ini.

"Mengisafi hakikat ini, kami akhirnya menubuhkan GKCM yang merupakan gabungan ketua-ketua cawangan Umno bertujuan membetulkan keadaan dalam Umno.

"Kami sedar kami akan ditentang habis-habisan oleh mereka yang mempunyai kuasa ketika ini.

"Namun kami ingin melihat pemimpin-pemimpin Umno mengambil contoh kepimpinan Khulafah Al Rashidin dalam memimpin rakyat negara ini

"GKCM tercari cari pemimpin-pemimpin yang menjadikan Saidina Umar sebagai ikon dalam amalan kepimpinannya.

"GKCM juga ingin melihat bagaimana para pemimpin Umno menggunakan kekayaan peribadi mereka untuk berkhidmat ke jalan Allah dan kepimpinan mereka.

"Malangnya pemimpin Umno yang ada pada hari ini lebih sibuk berebut rebut mencari kekayaan peribadi dan mengumpul harta melalui amalan yang tidak dibenarkan oleh Islam," dakwa GKCM.

Kenyatana itu juga meyebut GKCM berharap janganlah kerana 'hadiah- hadiah' akan menyebabkan pengundi menggadai masa depan anak cucu di masa hadapan.

"Bila Najib beri 'hadiah' kerana niat mahu undi itu 'rasuah' namanya.

"Jika wang itu kita terima dan kerananya kita tidak beri undi yang diminta berertilah kita tolak malah 'menentang rasuah'.

"Sebaliknya kita berdoa supaya Najib bertaubat dan berhenti dari jadi Perdana Menteri supaya tokoh Umno yang lain dapat mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan memulihkan Umno untuk menang dalam PRU ke 14," tegas kenyataan itu.

Serang Amanah dengan fitnah, diam terhadap penyelewengan BN

Posted: 10 Jun 2016 07:46 PM PDT

ARIF ATAN
 
 
 
Fitmah disebar tanpa hormati undang-undangFitmah disebar tanpa hormati undang-undang


Modus operandi kempen pilihan raya yang mengaitkan parti Amanah kononnya alat atau khadam DAP dilakukan oleh pihak yang terdesak.

Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan berkata, provokasi kaum juga dimainkan untuk menyerang parti Islam itu pada ketika Umno-BN sedang dihujani serangan daripada segenap sudut.

"Ini menyentuh tentang cukai menindas, GST; kontroversi 1MDB serta isu derma RM2.6 bilion termasuklah terbaru pembongkaran pengunaan duit rakyat bagi sewaan jet yang dinaiki isteri Perdana Menteri.

"Mereka sudah ketandusan isu untuk menyerang Amanah dan pada masa sama tidak mampu untuk menjawab pelbagai pendedahan penyelewengan Fitnah golongan terdesakFitnah golongan terdesakwang rakyat.

"Jadi, isu perkauman yang memang modal lama mereka dihidupkan kembali," jelasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Beliau bagaimanapun yakin kira-kira 40 peratus pengundi muda berusia 21 hingga 40 tahun di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan termakan dengan sentimen perkauman sempit yang tidak menguntungkan rakyat itu.

"Mereka tentunya pengundi muda yang matang dan tidak akan tertipu dengan fitnah yang sedang dimainkn oleh Umno-BN dan mereka yang bersekongkol dengan mereka," tambahnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan satu imej menyerupai papan iklan kempen Amanah yang dikaitkan dengan DAP menjadi viral dan dikongsi dalam beberapa kumpulan WhatsApp hari ini.

Antara ungkapan tertera, "Vote Amanah, U will helps DAP stronger" (Undi Amanah, anda akan membantu DAP menjadi lebih kuat) serta "Undi Amanah = Undi DAP".

Walau bagaimanapun, maklum balas petugas jentera pilihan raya Sungai Besar memberitahu "billboard" itu dipercayai diedit untuk mewujudkan kebencian pengundi Melayu terhadap Amanah.

"Ikut maklumat (papan iklan provokasi) itu di Sekinchan tapi bila dicari tiada," kata sumber itu lagi.

Budaya menjijikkan terus menularBudaya menjijikkan terus menularSelain imej papan iklan yang dipercayai diedit, beberapa kain rentang dan poster memburukkan Amanah dengan DAP di lokasi Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, 18 Jun ini turut tersebar di media sosial.

Antaranya, kain rentang di hentian bas yang tertera ungkapan, "Amanah tolak hudud.

Amanah bukan parti Islam" berserta logo bermaksud tidak kepada Amanah.
Satu poster dengan logo DAP yang diterbalikkan pula menyebut, "Ini musuh kita! Termasuk sekutunya

Abdul Rani desak Budiman nyatakan pendirian berkenaan RUU akta 355 menjelang PRK Sungai Besar

Posted: 10 Jun 2016 07:42 PM PDT

DALIA ISMAIL
Dr Rani Osman cabar Budiman isytihar sokong RUU 355Dr Rani Osman cabar Budiman isytihar sokong RUU 355


Ahli Dewan Undangan Meru Dr Abdul Rani Othman mahu calon Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian sama ada menyokong Akta 355 ini.

Beliau ditemui Malaysia Dateline pagi ini ketika melawat Pasar Awam Sekinchan mengedarkan risalah berkaitan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah 355 kepada pengundi kaum Cina di Sekinchan.

"Saya nak sangat tahu pendirian Umno-BN terutama calon BN Budiman, mengenai RUU adakah dia dan parti komponennya itu sokong atau tak jika ia dilaksanakan kelak.

"Saya pasti mereka takut nak jawab pertanyaan saya ini," ujarnya.

Ditanya mengenai kenyataannya untuk keluar Pas sekiranya Pas bekerjasama dengan Umno wujudkan kerajaan perpaduan beliau berkata, tetap dengan keputusan yang pernah dibuatnya sebelum ini.

"Kerjasama(ta'aun) tidak menjadi masalah tapi bukan tahaluf dengan Umno. Jika Pas nak bertahaluf dengan Umno buat apa saya pula nak bertanding di Parlimen Sungai Besar ini," ujarnya.

Pada 8 Jun lalu bekas pesuruhjaya Pas Selangor ini mengeluarkan kenyataan beliau akan keluar Pas jika parti Islam itu bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Beliau berkata pemimpin Pas sudah berkali-kali menafikan akan wujudnya gabungan antara kedua-dua parti Melayu berkenaan walaupun ada spekulasi mengatakan demikian.

"Kalau ada kerjasama dengan Umno, saya yang akan jadi orang pertama tinggalkan Pas. Tidak ada rancangan seumpama itu," katanya dipetik daripada Malay Mail Online.

Beliau pagi ini menyerahkan lebih kuang 5,000 kuih Bak Chang kepada pengundi yang berada di Pasar Awam Sekinchan sambil mengedarkan risalah RUU berbahasa Cina dan Bahasa Melayu.

Comments (0)