Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Posted: 08 Jun 2016 08:39 PM PDT


LIHATLAH CERAMAH PAN RIBUAN HADIR KATANYA, #prksgbesar #KekalBN #BN4SGB

Posted: 07 Jun 2016 11:42 PM PDT


Ramai tertanya, bolehkah Pan ni membuktikan sesuatu kepada pengundi yang mereka ini hebat? Di kalangan penyokong pembangkang merasakan kehadiran Pan ini hanyalah sebagai gantian kepada Pas sahaja, kerana sebelum ini Pas dalam Pakatan Rakyat membuktikan mereka paling banyak membantu dalam merealisasikan undi popular ketika pru13 lalu.

Mana tidaknya di mana sahaja ceramah anjuran Pas ketika itu mengumpulkan ribuan orang, malah Dap menggunakan kesempatan itu untuk menarik undi melayu kepada Pakatan Rakyat.

Sampai ada amoi seksi sanggup pakai baju berlogo Pas, pegang bendera Pas sampai ramai menganggap Pas sudah berjaya menarik pengundi cina secara total.

Tetapi itu dahulu, ketika Dap dan Pas berkawan rapat, peluk cium, sekarang kalau sebut nama Pas, Dap tersedak, sebut nama Dap, Pas tersembur.

Sekarang sudah ada Pakatan Harapan, parti Amanah atau Pan menggantikan Pas, katanya Pan mampu menandingi Pas, sehingga keyakinan itu terbawa-bawa ke dalam mimpi, sudahnya Pan sudah dianggap balaci kepada Dap paling hadapan.

Ceramah Pan malam tadi di Sekinchan, turut bersama, YB Eg Suee Lim, YB Nurul Izzah juga ada kelihatan. Permasalahan kepada Dap, kerana ceramah itu agak lesu dengan kehadiran yang minimum.

Jadi apakah benar Pakatan Harapan mempunyai harapan di Sg Besar?

Kita tunggu dan lihat nanti di hari mengundi.

#scs93 #prksgbesar #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB


Comments (0)