Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


7 SEBAB MENANG DAN KALAH DI SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR

Posted: 07 Jun 2016 05:00 PM PDT


ULASAN Prk Sg. Besar & Kuala Kangsar-
Seluruh negara pasti masih belum lupa kemenangan besar BN di Sarawak bulan lalu. Namun begitu, nafsu pembangkang khususnya DAP dan PKR untuk memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak sebenarnya sudah digerakkan selepas PRU13 pada tahun 2013 lagi. Apabila DAP menang banyak kerusi di seluruh negara ketika itu, DAP sudah lupa diri dan DAP amat yakin untuk menambah lebih banyak kerusi di Sarawak. Malangnya mereka mendapat malu besar.

Di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, saya meramalkan BN akan menang besar kerana sebab-sebab yang berikut:-

1. Barisan Pembangkang berpecah-belah, serabut dan tidak meyakinkan. Rakyat melihat barisan pembangkang caca-merba. Parti yang caca-merba tidak boleh diharap untuk membantu rakyat. Pakatan Harapan yang diwakili DAP, PKR dan Amanah adalah gabungan yang sangat lemah.

Di peringkat Kerajaan Negeri Selangor pula, ianya adalah campuran parti DAP, PKR dan PAS, manakala Amanah adalah anak tiri dalam kerajaan negeri Selangor. Rakyat pun bertanya, Menteri Besar Selangor hendak sokong calon yang mana satu? PAS atau Amanah? Jentera Kerajaan Negeri Selangor akan bantu calon PAS atau calon Amanah? Rakyat pening dengan hal-hal seperti ini.

2. Deklarasi Rakyat tenggelam di dalam kedua-dua PRK ini. Tiada gerakan dan tiada momentum. Hangat-hangat tahi ayam. Isu pungutan suara yang dikatakan palsu secara online masih tidak terjawab. Maka, gerakan ini tidak memberi apa-apa kesan di kedua-dua PRK tersebut. Tiada persembahan deklarasi rakyat kepada DYMM SPB Yang DiPertuan Agong pun sebagaimana diwar-warkan.

3. Semasa PRU13, undi calon PAS agak tinggi. Namun begitu, selepas PAS berpecah kepada Amanah, undi yang dimiliki oleh calon PAS semasa PRU13 pasti menurun. Dua minggu lalu seorang pemimpin PAS berkata di sini, mereka kehilangan kira-kira 200,000 ahli PAS yang beralih kepada parti Amanah. Dari segi matematik, sudah pasti undi PAS juga akan kehilangan juga dan merosot di PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar. Manakala, saya melihat jumlah undi calon BN akan meningkat.

4. Kedua-dua kerusi tersebut adalah kerusi majoriti orang Melayu, bukannya kawasan DAP. Orang-orang Melayu sama ada dalam UMNO, PAS dan atas pagar sangat alergik dengan nama DAP. Ianya disebabkan dasar DAP dilihat anti Islam dan anti Melayu sejak sekian lama. DAP adalah parti Malaysian Malaysia yang pro-Cina. Oleh itu, tindakan Amanah bersekongkol dengan DAP merugikan calon parti Amanah.

5. Parti Amanah adalah parti baharu dan tidak meyakinkan. Ilmu agama dan ilmu kepimpinan Presiden parti Amanah jika dibandingkan dengan Presiden parti PAS bagaikan langit dengan bumi. Presiden PAS adalah Naib Presiden Majlis Ulama Sedunia. Manakala Presiden Amanah disebut secara lelucon sebagai pakar membaling 'mikrofon'. Sebagaimana teroknya keputusan calon-calon parti Amanah di Sarawak, begitu jugalah yang akan menimpa calon-calon parti Amanah di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

6. Faktor simpati. Orang-orang Melayu akan memberi undi simpati kepada calon-calon BN di atas malapetaka yang menimpa bekas wakil rakyat mereka di Sg. Besar dan Kuala Kangsar. Itu adalah tipikal dan lumrah dalam kehidupan orang Melayu sejak sekian lama.

7. Kebobrokan dalaman parti PKR telah menghakis kepercayaan rakyat kepada parti itu. Kemarahan dan sindiran DS Anwar Ibrahim dalam surat terbukanya ini sangat menghiris hati. Pendedahan Rafizi Ramli di sini berlakunya rasuah khususnya rasuah perempuan dalam kerajaan Selangor juga membangkit kemarahan rakyat. Malah pergaduhan yang semakin meleret-leret di antara Kem Azmin Ali vs Kem DS Wan Azizah tidak lagi boleh disembunyikan. Malahan pergaduhan dalam aplikasi WhatsApp di antara Rafizi Ramli vs Latheefa Koya di sini sangat jelek di mata rakyat.


Kesimpulan awal saya ialah, BN akan menang di dalam kedua-dua PRK tersebut. Namun begitu, jentera BN perlu lebih bekerja keras, kerana bukan kemenangan biasa yang perlu ditunjukkan di situ sebaliknya BN perlu menunjukkan kemenangan luar biasa. Kemenangan luar biasa ialah kemenangan dengan majoriti besar.

WARTAWAN TOLONG JANGAN PANGGIL KAMI PARTI PAN

Posted: 07 Jun 2016 08:30 AM PDT


CACAMERBA
BERSERABUT
PENING
APA LAGI?

PARTI PAN DAKWA ORANG MUDA BENCI PAS,

Posted: 07 Jun 2016 12:17 AM PDT

   
@AzminAli withdraws financial support for PAS & PAN in #PRKSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #TeamBudiman 

In a move to sabotage the Sungai Besar by-election and ensure both PAS & PAN lose to Barisan Nasional, Selangor Menteri Besar has stop all funding to PAS & PAN candidates and its election machinery. 

The move was done as a subtle attempt by Azmin to ensure that the Wan Azizah - Nurul Izzah - Rafizi Ramli alliance takes the blame if the opposition loses the by-election to Barisan Nasional.  If you remember, Azmin all along wanted PKR to contest the seat but this was not agreed by the Wan Azizah - Nurul Izzah - Rafizi Ramli alliance as a win for PKR will strengthen Azmin Ali's position in the state. 

In a direct hit back at Azmin and to weaken his team, on June 1, PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail said her party had decided it was better for Azmin not to be present at any of Pakatan Harapan functions so as to maintain harmony within the Selangor government that still had PAS representatives in it.

It looks like the fight in PKR is getting worse and it is only a matter of months before the party splits into two as what happened to PAS previously. Will Azmin lead a splinter team out of PKR and start a new party? Only time will tell.

Comments (0)