Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:23 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KOMEN TUAN IBRAHIM KEPADA MUKHRIZ

Posted: 27 Jun 2016 09:47 PM PDT

PAS mempelawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai parti itu untuk bertugas kembali bertugas sebagai Menteri Besar Kedah, jika benar sepertimana dakwaannya UMNO sedang 'berunding' untuk menyerahkan negeri itu kepada PAS pada pilihan raya akan datang.

Pelawaan itu dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Beliau (Muhkriz) kena masuk PAS, baru boleh jadi Menteri Besar semula. Barulah hatinya boleh puas. Hal ini kerana beliau akhirnya dapat menumpaskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah yang memberontak terhadapnya sehingga beliau kehilangan jawatan sebagai menteri besar," kata Tuan Ibrahim.

Semalam, Mukhriz memberi peringatan kepada Umno Kedah yang ia bakal kehilangan negeri kepada PAS akibat "pakatan peringkat tertinggi" UMNO-PAS.

"UMNO Kedah perlu siap sedia menyerahkan kerajaan Negeri kepada PAS. Seolah-olah ada pakatan antara UMNO dan PAS di peringkat tertinggi, dan sudah nampak menjurus ke arah itu.

"Mereka cuba menyatukan PAS dan UMNO. Saya merasakan Kelantan, Terengganu dan Kedah akan diberikan kepada PAS (untuk tujuan itu)," kata bekas Menteri Besar Kedah yang baru dilucutkan keahlian UMNO itu.
Mengulas kenyataan itu, Tuan Ibrahim berkata sebagai sebuah parti pembangkang, PAS akan terus berusaha merampas semula Kedah daripada UMNO.

"PAS tetap akan bertanding melawan UMNO di Kedah. Penentu kemenangan ialah rakyat dan bukannya mana-mana parti politik," katanya kepada FMT, hari ini.

Beliau turut mengingatkan Mukhriz mengenai sokongan ahli Dewan Undangan Negeri dari pembangkang ketika mengadakan pertemuan dengan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dulu.

"Harap-harap Mukhriz ingat semula siapa yang dokong dia dan siapa yang tidak dokong dia ketika istana minta berjumpa dengan semua Adun dari pembangkang dan BN," jelasnya.

Mengulas isu sama, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mukhriz tersebut.

"Sangkaan Adun Ayer Hitam Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengesyaki wujud perjanjian antara Umno-PAS untuk membahagi negeri pemerintahan ialah tuduhan sangat dangkal dan ternyata berunsur fitnah.

"Selaku ahli politik, dakwaan itu hanya cubaan mencipta persepsi negatif dan propaganda buruk yang tidak selayaknya daripada seorang yang pernah menjawat kedudukan menteri besar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MUFTI PAHANG: KENAPA DAP MENGGELUPAR KEPANASAN, BETUL LAH TU ...

Posted: 27 Jun 2016 05:00 PM PDT


guan
noraini
Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman hari ini menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya atau meminta maaf kepada DAP berhubung kenyataannya sebelum ini yang didakwa melabelkan parti itu tergolong dalam kalangan kafir harbi

Beliau menjelaskan kenyataannya sebelum ini tidak merujuk kepada DAP, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menentang Islam boleh diistilahkan sebagai pemikiran kafir harbi iaitu cuba hendak memerangi umat Islam dan agama Islam.
"Saya tidak akan meminta maaf dan menarik balik apa yang saya katakan ini. Apa yang saya cakap itu bukan khusus kepada DAP sahaja, kepada semua yang menentang Islam.
"Asas yang saya bagi tahu kepada akhbar itu (Utusan Online) dalam bentuk semua, namun kalau mereka kata (tulis) DAP pun tidak salah, sesiapa pun yang menentang Islam jika mereka tulis tidak salah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan kenyataan Mufti Pahang itu keterlaluan dan tidak boleh diterima kerana DAP tidak pernah menentang Islam.
Sehubungan itu, beliau mahu Abdul Rahman menarik balik kenyataan berkenaan dan memohon maaf 
pkr
ustaz

Comments (0)