Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:15 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Kerajaan DAP Selangor zalimi penduduk Sungai Besar? #prksgbesar #scs93

Posted: 13 Jun 2016 05:10 AM PDT


1. Kerajaan BN menaikkan insentif pesawah dari RM300 ke RM350 setiap tan padi. Dengan tambahan ini, harga bersih bagi setiap tan padi adalah RM1,550 berbanding RM1,200, jika tanpa subsidi.

2. Jumlah keseluruhan subsidi Kerajaan BN, termasuk subsidi baja, racun dan kos bajak adalah RM2,700 bagi setiap 2.5 ekar sawah satu musim. Jika setahun (dua musim) jumlah peruntukan yang Kerajaan BN salurkan adalah RM5,400 bagi setiap 2.5 ekar sawah.

3. Projek Kolam Takungan di Parit 4 yang dibina oleh kerajaan BN telah menyelamatkan pesawah dari kemarau el-nino. Kerajaan BN membelanjakan RM6 juta untuk pastikan projek Kolam Takungan ini terus dilaksanakan walaupun Selangor jatuh ke tangan Pakatan.

4. Kerajaan PR Selangor bukan saja tidak menyokong projek ini malah menentangnya seolah-olah tidak mahu Kolam Takungan ini memberi manfaat kepada pesawah di Sungai Besar. Halangan kerajaan PR bukan saja mengakibatkan projek ini tertangguh selama 2 tahun, tapi PR juga sengaja menyusahkan usaha BN membantu pesawah dengan mengenakan denda sebanyak RM680,000, denda RM150,000 bagi penebangan pokok di kawasan itu, menyita mesin-mesin dan kemudiannya mengenakan pula bayaran Lesen Menduduki Sementara (T.O.L) sebanyak RM64 ribu setahun.

5. Kerajaan PR Selangor seolah-seolah berdendam dengan rakyat Sungai Besar. Bukan sahaja pesawah menjadi mangsa, malah nelayan juga dizalimi. Pada 20 April 2016, 26 Ketua Pengkalan diminta membuat permohonan tanah supaya tidak dikenakan T.O.L. Pada waktu yang sama, Kerajaan PR Selangor juga mengenakan CUKAI RM600 setahun bagi setiap sampan/pancing di setiap pengkalan.

6. Peliknya, wakil rakyat Dap di Sekinchan dan Selangor tidak pernah melakukan sebarang pembelaan terhadap pesawah dan nelayan di Sungai Besar. Malah mereka merelakan Kerajaan Selangor mengenakan cukai ke atas nelayan dan menghalang projek Takungan Air.

7. Sedangkan wakil rakyat BN tidak pernah berhenti berkhidmat. Allahyarham YB Noriah Kasnon sebelum meninggal dunia berusaha mendapatkan sebanyak 50 buah jentera pam air untuk pesawah di Sungai Besar. Kelmarin, sebanyak 50 buah jentera pam air telah diserahkan kepada pesawah biarpun beliau sudah tiada lagi.

8. YB Budiman Mohd Zohdi pula, sejak menjadi ADUN BN di Sungai Panjang lagi begitu prihatin dalam soal kenaikan kadar pemotongan harga padi yang dilakukan BERNAS sebanyak 20%. YB Budiman telah mengadakan sidang media facebook dan menghantar nota bantahan kepada Menteri Pertanian. Akhirnya, jumlah insentif kepada pesawah telah dinaikkan. Jika dipilih menjadi Ahli Parlimen Sungai Besar, tentu lebih banyak lagi yang boleh Budiman lakukan untuk pesawah dan nelayan di Sungai Besar.

Comments (0)