Followers

Nuffnang

Cursing Malay : Terus Terang

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:22 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Kak Hassanah, Islamophobia Dari Dalam dan Melayu

Posted: 03 Jun 2016 05:20 AM PDT

Hari ni, kita dikejutkan pula dengan Kak Hassanah, seorang penulis yang dikantoi menipu mereka-reka cerita. Dia dihentam teruk. Walhal yang hentam dia tu baru aje kenal dia. SEBELUM NI TAK PERNAH KENAL PUN! MENJADIKAN DIA LANGSUNG TAK PERNAH ADA DOSA DENGAN KAU PUN WOI!

Walau bagaimanapun, trend hentam dia dah pun bermula, jadi ramailah yang hentam dia hanya kerana mereka ini kambing-kambing pengikut trend.

"Siapa kambing?" tanya kau balik.

Kambing adalah orang yang menghentam dia, hanya kerana dia tengok Kak Hassanah kita ni berpakaian ala Muslimah sejati. Pakai niqab. Muka pun tak nampak. Langsung tak nampak aurat.

Tapi menipu.

Kalau kau hentam dia sebab itu, kau la kambing yang aku maksudkan.

Secara tidak sedar sebenarnya, Islamophobia itu bukan hanya datang dari pengaruh luar, Islamophobia itu sendiri sebenarnya sudah tersemat di hati orang Melayu sendiri. Mereka ini sangat sinis dengan golongan berpurdah, berserban dan ber-ana-ente.

Kau tak sedar apa yang kau lakukan? Kau mengherdik seorang wanita kerana dia menipu atas sebab dia berimejkan agama Islam. Mungkin pada kau dia bertopengkan agama. Tapi persoalannya adalah, apabila anda mengatakan apabila seseorang itu memakai niqab, memakai jubah, memakai prudah, dia sepatutnya lebih menjaga diri dia, pertuturan dia dan penulisan dia.

Adakah undang-undang itu tidak terpakai pada anda juga?

Adakah kerana anda pakai tshirt, free hair, pakai short bermuda, suka pakai tshirt pagoda, pakai baju bundle, suka jeans UNIQLO, suka pakai topi koboi, suka pakai g-string, suka pakai short skirt, tidak suka pakai panties, suka pakai bowtie menjadikan anda berbeza dengan Kak Hassanah kita?

Kenapa yang pakai niqab, purdah, serban dan kopiah ni apabila berlaku kesilapan yang dilakukan oleh mereka, masyarakat kita dengan pantas menghentam diorang ni?

Apa dia buat memang salah. Tapi reaksi korang jauh lebih dahsyat sebab dia berpakaian sedemikian, betul? Kesilapan dia akan dinilai ikut ciri-ciri agama dan akan dinilai supaya kita dapat membuktikan betapa hipokritnya dia dalam pelaksanaan nilai agama Islam dalam perbuatan menipu dia.

Prejudis tu.

Tapi kita tak nak akui, bila orang tu berpurdah, berniqab dan berserban, kita expect better dari dia. Kita expect dia behave ikut cara dia berpakaian dalam semua aspek serba-serbi. Kita secara tanpa sedar letak dia di atas kita, betul?

Mengakibatkan, ramai yang mempersoalkan dia Islam tapi tak menjaga ke-Islaman dia.

Dia Islam, kau Islam.
Bezanya pakaian aje woi.

Jadi akhirnya, kita sendiri berlumba-lumba menyebarkan Islamophobia ini. Kita letak expectation melampau pada orang berpurdah, berniqab dan berserban, sedangkan, aku, kau dan Kak Hassanah ni sama je sepatutnya taraf kita.

Mungkin itu nikmat yang Allah bagi pada orang yang pakai pakaian yang teliti menutup aurat, kan Kak Hassanah? Ganjaran diangkat lebih tinggi di mata masyarakat sehinggakan kalau kita tersalah langkah, jatuhnya lebih sakit berbanding orang yang free hair.

Yang berbeza cuma pakaian kita tapi kerana sinisnya masyarakat kita pada golongan-golongan ni, akan makin terperosoklah mereka ke satu sudut dimaki oleh golongan Melayu yang rasa menghentam seorang wanita berniqab dan berpurdah kerana terpesong sikit dari ajaran Islam, adalah tindakan yang berlandaskan Islam.

Itulah dia Islamphobia dari kalangan orang Islam sendiri.


Malu sebenarnya kita ni, kalau orang tak nampak Islam dari segala tindak tanduk kita, tak kira betul atau salah. Sebab Allah dah kata, kita manusia. Kita takkan dapat lari dari kesilapan.

Kau free hair? Pernah ada orang ramai2 hentam kau secara berjemaah personally? Tak pernah kan? Tegur pun mesti senyap-senyap, sipi-sipi.Hari-hari kau buat silap, kalau kau tak sedia maklum lagilah.

Nasib baik masyarakat tak peduli pasal silap kau sebab kau free hair.

Jadi orang tak judgmental sangat.

ps - gambar sebagai hiasan apa yang aku maksudkan

Comments (0)