Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:12 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Ceramah PAN Di Kuala Kangsar Ditegur Kerana Menganggu Sembahyang Terawikh

Posted: 08 Jun 2016 08:28 AM PDT


Ini cerita ceramah PAN (baca DAP) di Taman Emas, Kuala Kangsar malam semalam. Ketika ADUN Tronoh, YB V Sivakumar sedang berceramah, datang dua orang lelaki berbaju Melayu meminta program ceramah dihentikan kerana mengganggu umat Islam yang sedang bersolat Tarawikh. Setelah mengadakan perbincangan dengan YB Nizar Jamaluddin,  ceramah berkenaan diteruskan dengan syarat speaker diperlahankan.

Kempen pilihanraya dalam bulan Ramadhan ketika umat Islam sedang berpuasa dan mempertingkatkan ibadah mereka, pendekatan berkempen dengan mengadakan ceramah memang sangat tidak sesuai di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam.

Puak-puak parti PAN (baca DAP) yang sedang sibuk berkempen, sehinggaka tidak tahu hendak menghormati masyarakat setempat yang ingin bersembahyang Terawikh amat dikesali.

Apa salahnya tunggu sehingga pukul 10.00 malam sesudah hampir kebanyakan sembahyang sunat berkenaan selesai, barulah ceramah sampai ke pagi.

@RafiziRamli Bergurau Dan Terkhilaf Mengatakan DSP Rosmah Mansor Guna Jet Peribadi Mewah Ke Istanbul Mewakili PERMATA

Posted: 08 Jun 2016 01:16 AM PDT


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sekali lagi melakukan gurauan. Kali ini gurauannya seperti biasa gurauan bodoh tidak berasas. Ianya adalah berkaitan tindakan DSP Rosmah Mansor menghadiri satu majlis di Istanbul bertarikh 27/05/2016, bernama 'Global Good Governance Award 2016', di mana PERMATA telah dianugerahkan "3G Children Welfare Award". DSP Rosmah Mansor hadir sendiri sebagai penaung untuk menerima anugerah itu.

Di dalam posting di dalam blog beliau yang diterbitkan selepas Sidang Media di Kuala Kangsar, baca di sini, Rafizi Ramli telah mengemukakan 3 soalan kepada Perdana Menteri dan DSP Rosmah Mansor:
1. Kenapa DSP Rosmah Mansor tidak menggunakan penerbangan komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?
2. Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan tersebut?
3. Kenapa DSP Rosmah Mansor sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini?
Merujuk kepada 'pertanyaan' Rafizi Ramli tentang penggunaan pesawat peribadi oleh Isteri Perdana Menteri, perlu difahami bahawa kehadiran beliau di Istanbul, Turki adalah bagi menerima anugerah "3G Children Welfare Award" bagi pihak Permata Negara di dalam Majlis Global Good Governance Award 2016.    

'Pendedahan' ini bersifat jahat kerana beliau cuba memesongkan pandangan rakyat bahawa Isteri Perdana Menteri sedang melakukan suatu pembaziran. Tuduhan ini jelas merupakan suatu fitnah apabila mengatakan lawatan ini bersifat bermewah-mewah. Isteri Perdana Menteri menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul hanya untuk menerima anugerah dan menyampaikan ucapan. 

Beliau bergegas pulang selepas majlis tersebut kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mana mungkin DSP Rosmah dapat menghadiri semua acara-acara penting sekiranya mengikuti jadual penerbangan pesawat komersil. 

Rafizi Ramli dengan sengaja cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap Isteri Perdana Menteri di dalam tempoh berkempen di Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Beliau sepatutnya menggunakan tempoh berkempen ini untuk memberitahu rakyat apa sumbangan parti beliau tawarkan kepada rakyat bukannya membuat 'pertanyaan-pertanyaan' yang tidak kena-mengena dengan Pilihanraya Kecil. 

Sekurang-kurangnya DSP Rosmah Mansor mengilhamkan suatu program yang memberi manfaat kepada ribuan anak-anak malahan program ini mendapat pengiktirafan dunia. YB pula apa program yang telah dilaksanakan? Harapnya pertanyaan-pertanyaan YB ini bukanlah gurauan semata. Tambahan pula bulan Ramadan yang mulia ini kita dianjurkan berbuat baik sesama insan.  

Untuk pengetahuan Rafizi Ramli, Program Permata Negara adalah sebuah projek kerajaan di bawah Bahagian Permata, Jabatan Perdana Menteri dan Isteri Perdana Menteri DSP Rosmah Mansor merupakan Penaungnya. Program Permata Negara adalah cetusan ilham beliau.

Menjawab persoalan Rafizi Ramli perjalanan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul tidak dilaporkan dan tidak diketahui, ingin saya jelaskan belum pernah berlaku dalam mana-mana berita melaporkan aturan perjalanan seseorang kenamaan kecuali berita mengenai aturcara lawatan.
 
Maka, saya ingin menjawab soalan-soalan yang ditujukan Rafizi Ramli,

SOALAN 1.

Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak menggunakan penerbangan komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?

JAWAPAN

Kerajaan tidak menyewa pesawat tersebut khusus untuk Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Pesawat ACJ319 No. Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh Kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan Negara termasuk Yang Di Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan lain-lain kenamaan. Isteri Perdana Menteri menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul hanya untuk menerima anugerah dan menyampaikan ucapan. 

Beliau bergegas pulang selepas majlis tersebut kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mana mungkin Datin Paduka Seri Rosmah dapat menghadiri semua acara-acara penting sekiranya mengikuti jadual penerbangan pesawat komersil. 
  
SOALAN 2. 

Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan tersebut?

JAWAPAN

Pesawat tersebut disewa oleh Kerajaan untuk sementara (2 bulan) sebagai gantian kepada pesawat ACJ320 yang kini dalam tempoh penyelengaraan.

SOALAN 3. 

Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini?

JAWAPAN

Pesawat tersebut adalah pesawat gantian Kerajaan maka atas sebab itu penerbangan ini menggunakan Pengkalan Udara Subang. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah Isteri Perdana Menteri Malaysia dan kedudukan beliau dari segi protokol adalah layak. Kita tidak memerlukan lepasan MCKK untuk bertanya soalan sedemikian. 

Satu sahaja soalan saya untuk YB Rafizi pula, siapakah penternak ikan yang dimaksudkan oleh Latifah Koya?

Ceramah PAN Cipta Sejarah - Hanya 7 Orang Berlansung 15 Minit

Posted: 07 Jun 2016 02:47 PM PDT


Parti PAN (baca DAP) seharusnya sedar bahawa ceramah bukanlah jalan terbaik untuk berkempen di Sungai Besar kali ini disaat penduduk di sini sibuk membuat amalan terutamanya di bulan Ramadhan. Strategu semeangny harus diubah jika tidak mahu calon PAN (baca DAP) kehilangan deposit pilihan raya.

Mana tidaknya, ceramah yang diadakan malam aemalam hanya mampu untuk menghadirkan 7 orang penonton. Itupun tidak dapat dipastikan sama ada mereka itu pengundi di Sungai Besar atau tidak. Ceramah semalam mampu mencatatkan rekod dunia di Guiness. Tambahan lagi, disebabkan bilangan penonton yang begitu sedikit, ceramah terpaksa dipendekkan menjadi 15 minit sahaja.

Calon PAN, Azhar Abdul Syukur telah berjanji di Balai Raya, Kampung Penerangan, Sekinchan, di hadapan 7 orang penonton dengan berkata,
"Saya berjanji balik dua bulan sekali, kalau seronok saya balik sebulan sekali."
Namun, ketiadaan penonton tidaklah lama. Apabila hampir tengah malam penyokong-penyokong PAN mula membajiri kawasan ceramah seperti gambar di bawah:

Comments (0)